PERSEPSI TENAGA PENGAJAR GIATMARA … · persepsi tenaga pengajar giatmara terhadap akta...
Transcript of PERSEPSI TENAGA PENGAJAR GIATMARA … · persepsi tenaga pengajar giatmara terhadap akta...
PERSEPSI TENAGA PENGAJAR GIATMARA TERHADAP
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
SERTA PELAKSANAANNYA DI PUSAT-PUSAT GIATMARA
DI JOHOR SELATAN
NOR FAHMILAH BINTI MOHD NOOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI TENAGA PENGAJAR GIATMARA TERHADAP AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 SERTA PELAKSANAANNYA DI PUSAT-PUSAT GIATMARA DI JOHOR SELATAN
SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya NOR FAHMILAH BINTI MOHD NOOR ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh:
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: J 2875 JALAN MUAR PROF. MADYA DR. ABD.WAHID 77300 MERLIMAU MUKHARI MELAKA Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik )”
Tandatangan : ……………………………………………………
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABD.WAHID MUKHARI
Tarikh : …………………………………………………….
PERSEPSI TENAGA PENGAJAR GIATMARA TERHADAP AKTA
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 SERTA
PELAKSANAANNYA DI PUSAT-PUSAT GIATMARA DI JOHOR SELATAN
NOR FAHMILAH BINTI MOHD NOOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
Saya akui karya ini yang bertajuk “ Persepsi Tenaga Pengajar Giatmara Terhadap
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Serta Pelaksanaannya di Pusat-
pusat GIATMARA di Johor Selatan” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.
Tandatangan : ..............................................................
Nama Penulis : NOR FAHMILAH BINTI MOHD NOOR
Tarikh : ..............................................................
iii
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Dedikasi istimewa ditujukan buat........
Ayahanda, Ibunda dan Keluarga yang tercinta,
Mohd Noor bin Seman dan Hamilah Md. Dam
Kakak-kakak dan adikku,
Dan Mamal.
Buat Pensyarah-pensyarah yang disanjungi,
Terutama buat Prof. Madya Dr. Abd. Wahid Mukhari.
Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi,
Allahyarhamah Noraini bt. Mat,
Mohd Sofiyuddin bin Md Hanif,
dan Rakan-rakan 4 SPE.
Terima kasih atas segalanya dan semoga kalian akan diberkati Allah.
Sekian, Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya segala puji kepunyaan Allah. Kita memujiNya, meminta pertolongan kepadaNya dan memohon ampun kepadaNya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Abd. Wahid Mukhari selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua tenaga pengajar serta pihak pengurusan GIATMARA di seluruh kawasan Johor Selatan, Johor yang telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi melengkapkan kajian saya ini. Juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, rakan seperjuangan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga anda akan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya. Sekian, terima kasih. Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi tenaga pengajar di GIATMARA
terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; Bahagian IV, VII dan
VIII serta pelaksanaannya di sekitar Johor Selatan, Johor. Akta ini diwartakan pada
24 Februari 1994 yang bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja
di bengkel mahupun industri. Seramai 30 orang tenaga pengajar GIATMARA di
sekitar Johor Selatan yang merangkumi daerah Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat
telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah
set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik dan mengandungi 23 item yang
diukur menggunakan Skala Likert. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS versi 13.0). Kajian rintis yang
dijalankan memperoleh darjah kebolehpercayaan sebanyak α = 0.722. Analisis data
dilakukan secara frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan hampir
keseluruhan responden bersetuju dan melaksanakan Bahagian IV akta ini (91.16%),
diikuti dengan Bahagian VII dalam akta ini (81.30%), seterusnya Bahagian VIII yang
terkandung dalam akta (80.70%) dan akhir sekali terdapat kurang pengetahuan
terhadap keseluruhan akta ini secara amnya (79.02%). Bagaimanapun, tenaga
pengajar GIATMARA didapati memahami dan melaksanakan akta ini terhadap
pelajar dan bengkel.
vi
ABSTRACT
This study was carried out to identify the perceptions of the instructors in
GIATMARA on the Occupational Safety and Health Act 1994; Section IV, VII and
VIII and its application at the South Johor zone, Johor. The objective of this act,
which has been introduced on 24th February 1994, is to enhance the occupational
safety and health in the workplace. A set of questionnaire consisting of 23 items were
given out to 30 instructors of GIATMARA in the South of Johor zone including the
region of Johor Bahru, Pontian and Batu Pahat. The data were analyzed using the
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS version 13.0) program. From the
pilot study that had been done, the alpha cronbach score was α = 0.722. The data
were analyzed using frequencies and percentages. The results of the study showed
that almost all of the respondents agreed and applied the Section IV under this act
(91.16%), followed by Section VII under this act (81.30%), section VIII under the
act (80.70%) and finally there are lack of knowledge about the whole act (79.02%).
However, most of the GIATMARA instructors understood and applied this act to
their students and workshops.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PEMBIMBING
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan masalah 5
1.4 Objektif kajian 5
1.5 Persoalan kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
viii
1.6.1 Tenaga pengajar kerja amali di GIATMARA 7
1.6.2 Pihak GIATMARA 7
1.6.3 Pihak Industri 7
1.6.4 Penyelidik masa akan datang 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
1.7.1 Bahagian IV ( Kewajipan Am Majikan) 8
1.7.2 Bahagian VII ( Organisasi Keselamatan dan
Kesihatan 9
1.7.3 Bahagian VIII ( Pemberitahuan Kemalangan,
Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan,
Penyakit Pekerjaan dan Siasatan ) 10
1.8 Definisi istilah 10
1.8.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 10
1.8.2 Keselamatan dan Kesihatan 10
1.8.3 Bengkel atau Bilik Khas 11
1.8.4 Kerja amali 11
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 2.1 Pendahuluan 12
2.2 Istilah-istilah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 13
2.2.1 Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan 13
2.2.2 Hazard (Bahaya) 14
2.2.3 Risiko 15
2.2.4 Kemalangan 15
2.3 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 17
2.4 Bahagian IV, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 18
2.5 Bahagian VII, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 19
ix
2.6 Bahagian VIII, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 20
2.7 Pengetahuan Mengenai Keselamatan dan Kesihatan 23
2.8 Kepentingan Penjagaan Keselamatan dan Kesihatan 24
2.7.1 Kebajikan diri 24
2.7.2 Undang-undang 25
2.7.3 Ekonomi 25
2.9 Peranan Tenaga Pengajar terhadap Keselamatan dan
Kesihatan dalam Bengkel 26
2.10 Kesimpulan 28
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI
BAB 3 3.1 Pendahuluan 30
3.2 Reka bentuk Kajian 30
3.3 Prosedur Kajian 31
3.4 Tempat Kajian 34
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.6 Instrumen Kajian 36
3.6.1 Bahagian A 37
3.6.2 Bahagian B 37
3.7 Kajian Rintis 38
3.8 Kaedah Menganalisis Data 40
3.9 Jangka Masa Kajian 41
3.10 Kesimpulan 42
x
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA
BAB 4 4.1 Pendahuluan 43
4.2 Huraian Latar Belakang Responden (Bahagian A) 45
4.3 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian (Bahagian B) 48
4.3.1 Persoalan Kajian 1 48
4.3.2 Persoalan Kajian 2 50
4.3.3 Persoalan Kajian 3 52
4.3.4 Persoalan Kajian 4 54
4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 56
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB 5 5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan Kajian 60
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 65
5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 65
5.3.2 Rumusan persoalan Kajian 66
5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 68
5.4.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 68
5.4.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 69
5.4.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 70
5.4.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 71
5.5 Cadangan 72
5.5.1 Cadangan kepada Pihak NIOSH 72
5.5.2 Cadangan kepada Pihak GIATMARA 73
xi
5.5.3 Cadangan kepada Tenaga Pengajar GIATMARA 74
5.5.4 Cadangan kepada Pihak Industri 75
5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjutan . 76
5.7 Penutup 77
SENARAI BIBLIOGRAFI 78
LAMPIRAN
Lampiran A – D 81 – 89
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Bilangan tenaga pengajar di lapan buah pusat GIATMARA di
seluruh kawasan Johor Selatan
35
3.2 Penentuan saiz sampel berdasarkan populasi
Krejcie R.V dan Morgan D. W
35
3.3 Pembahagian item bahagian A mengikut faktor demografi
responden
37
3.4 Pembahagian item bahagian B berdasarkan Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994; Bahagian IV, VII dan VIII
38
3.5
4.1
Tahap Penilaian Responden berdasarkan Peratus
Perubahan Skala 5 mata ke 3 mata
41
44
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden mengikut Jantina 45
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden mengikut Taraf
Pendidikan Tertinggi
46
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden mengikut Jawatan
yang Disandang di GIATMARA
46
4.5 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden mengikut Tempoh
Pengalaman Mengajar
47
4.6 Taburan Responden mengikut Frekuensi dan Peratus bagi
Persoalan Kajian 1
49
4.7 Taburan Responden mengikut Frekuensi dan Peratus bagi
Persoalan Kajian 2
51
xiii
4.8 Taburan Responden mengikut Frekuensi dan Peratus bagi
Persoalan Kajian 3
53
4.9 Taburan Responden mengikut Frekuensi, Peratus dan Min
bagi Persoalan Kajian 4
55
4.10 Taburan Peratusan Skala Pemeringkatan 3 mata bagi setiap
Persoalan Kajian
57
xiv
SENARAI RAJAH NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
2.1
3.1
Menentukan Rekod Kecederaan atau Penyakit
Carta alir Kerangka Operasi
22
32
xv
SENARAI SINGKATAN
Akta 514 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
AKKP - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
NIOSH - National Institution of Occupational Safety and Health
OSHA - Occupational Safety and Health Act
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Kaji Set Soal Selidik 81
B Surat Akuan Individu 88
C Surat Pengesahan Telah Menjalankan Kajian di GIATMARA 89
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan industri di negara kita, Malaysia, semakin berkembang maju
dan ini menyebabkan negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir serta
mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai keselamatan. Ini adalah penting
kerana dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai perkara yang utama dapat
meningkatkan budaya kerja yang selamat dan terjamin.
Mengutamakan keselamatan berkait rapat dengan individu yang melakukan
kerja, penggunaan peralatan atau mesin, tempat kerja itu sendiri serta penglibatan
orang awam. Justeru pendidikan yang menjurus kepada gerak kerja amali serta
praktikal di Malaysia dipertanggungjawab untuk menerapkan budaya kerja yang
selamat bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dalam setiap pekerjaan
sentiasa terjamin.
Kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan ini seharusnya dipupuk dalam
diri individu sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar iaitu ketika berada di
2
peringkat pengajian lagi. Bagi individu-individu yang bekerja di kawasan kerja yang
terdedah kepada bahaya seperti di bengkel-bengkel, makmal ataupun di tapak-tapak
pembinaan harus didedahkan dengan kepentingan keselamatan dan kesihatan
sewaktu bekerja dengan lebih meluas agar mereka peka terhadap kemungkinan
bahaya sewaktu bekerja.
Keadaan terbaik yang dapat diketengahkan adalah seperti para pelajar di
pusat GIATMARA yang menjalankan pengajian mereka hampir secara
keseluruhannya di dalam bengkel kerja amali. Aktiviti-aktiviti amali ini mampu
mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan dan mereka seharusnya didedahkan
dengan secara meluas terhadap kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan serta
hak-hak mereka dalam aspek ini iaitu berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514). Pendedahan terhadap akta ini haruslah dilakukan oleh
barisan tenaga pengajar yang berfungsi sebagai pembimbing di bengkel kerja pelajar.
GIATMARA adalah institusi yang menjurus kepada kemahiran dan praktikal
yang bermaksud hampir keseluruhan proses pembelajaran dijalankan di dalam
bengkel kerja. Institusi ini bermula pada 1986 di Jitra, Kedah dan ditempatkan di
Pusat Latihan Belia yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sebanyak tiga Kursus
telah dijalankan pada awal penubuhannya iaitu kursus Automotif, Elektrik dan
Binaan Bangunan serta sebanyak 93 orang pelatih kumpulan pertama telah berjaya
menamatkan latihan. Kini terdapat 176 buah pusat latihan GIATMARA yang
beroperasi hampir di setiap negeri di seluruh Malaysia.
Di antara kursus di GIATMARA yang mana proses pembelajarannya
dilaksanakan dalam bengkel adalah kursus fabrikasi logam, pendawaian elektrik
domestik, binaan bangunan, membaiki enjin kereta dan bot, mengetuk dan mengecat
kereta, teknologi automotif dan membaiki motosikal. Kursus-kursus ini memerlukan
pelajar sentiasa berada dalam bengkel yang mana sentiasa terdedah kepada bahaya
terhadap keselamatan dan kesihatan bagi setiap kerja amali yang dijalankan.
3
Bekerja di dalam bengkel juga memerlukan tenaga pengajar serta para pelajar
berada dalam keadaan sihat dan selamat bagi setiap aktiviti pekerjaan mereka. Ini
merupakan peruntukan yang disediakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Akta 514 menyediakan rangka perundangan untuk
memupuk, merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang
tinggi semasa bekerja.
Akta 514 merupakan satu akta yang diwartakan pada 24 Februari 1994 yang
bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau
industri. Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan yang
bertindih di atas undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada seperti Akta
Kilang dan Jentera 1967. Secara amnya, Akta 514 ini merupakan satu akta yang
diwujudkan bagi memastikan adanya peruntukan yang lebih bagi memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja serta melindungi pekerja
daripada risiko kemalangan sewaktu bekerja dan perkara-perkara yang berkaitan.
Setiap pekerjaan yang dilaksanakan dalam bengkel mahupun industri adalah
tertakluk di bawah perlindungan serta peraturan dalam Akta 514. Ini membuktikan
bahawa tenaga pengajar serta pelajar yang terlibat dalam gerak kerja amali di
GIATMARA sentiasa dilindungi dari sebarang risiko kemalangan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, setiap tenaga
pengajar dan pelajar yang melaksanakan kerja-kerja amali di dalam bengkel
4
terlindung di bawah akta ini. Ini adalah penting bagi memastikan kesihatan dan
keselamatan pelajar serta tenaga pengajar terjamin.
Namun begitu, pelajar hanya diletakkan di bawah pengaruh Akta ini bersama
bimbingan tenaga pengajar yang bertanggungjawab ketika kerja amali berjalan. Oleh
itu, tanggungjawab sepenuhnya terletak kepada tenaga pengajar agar sentiasa
memastikan segala aspek keselamatan yang dijalankan dalam bengkel terhadap para
pelajar adalah berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan
seterusnya berupaya menurunkan kadar kemalangan bengkel yang berlaku di
institusi-institusi di Malaysia.
Mengikut ucapan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Malaysia, pada 16
April 2007, dalam ucapan beliau di majlis pelancaran Pelan Tindakan Kecemasan,
Polisi serta Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan:
“ Dalam jangkamasa dua belas tahun Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 diperkenalkan, Malaysia berjaya mengurangkan kadar
kemalangan industri. PERKESO melaporkan terdapat 109,447 kemalangan
industri pada 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes (2005),
penurunan sebanyak 60 peratus. Walaupun bilangan pekerja dan majikan
meningkat sebanyak 38 peratus iaitu daripada 7.19 juta orang (1994) kepada
11.67 juta orang (2005), namun kadar kemalangan semakin berkurang.”
(Y.B Datuk Abdul Rahman Bakar, 2007:1)
Budaya kerja selamat mampu diamalkan oleh setiap individu sekiranya
dipupuk ketika individu berada di institusi pengajian lagi sebelum mereka memasuki
alam pekerjaan. Seharusnya menjadi tanggungjawab tenaga pengajar untuk
mendedahkan dengan lebih lanjut bahaya kerja sewaktu aktiviti amali berjalan serta
akta yang harus dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan serta dapat
memelihara hak setiap individu dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
5
Menurut Asfahl (2004), pengurus kesihatan dan keselamatan pekerjaan harus
bertindak sebagai fasilitator dalam membantu, memotivasi dan menasihatkan orang
bawahannya bagi mencapai tahap pekerja yang selamat dan sihat. Pengurus dalam
konteks ini adalah tenaga pengajar di GIATMARA dan pekerja adalah pelajar di
GIATMARA yang mengikuti kerja amali dalam bengkel kerja. Oleh yang demikian,
tenaga pengajar merupakan golongan yang paling penting dalam memastikan aspek
keselamatan sentiasa diamalkan dalam bengkel kerja berdasarkan Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994).
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, penyelidik ingin meninjau persepsi tenaga pengajar di
GIATMARA mengenai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dalam
Bahagian IV, VII, dan VIII serta pelaksanaannya di bengkel-bengkel amali di
GIATMARA. Selain itu, penyelidik juga ingin meninjau sejauh mana pengetahuan
tenaga pengajar di GIATMARA terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, Bahagian IV, VII, dan VIII.
1.4 Objektif Kajian
Objektif yang hendak dicapai melalui kajian ini adalah:
i. Mengenalpasti persepsi tenaga pengajar kerja amali di GIATMARA terhadap
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta kepentingan
pelaksanaannya.
6
ii. Mengenalpasti pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994; Bahagian IV terhadap bengkel dan pelajar di GIATMARA.
iii. Mengenalpasti pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994; Bahagian VII terhadap bengkel dan pelajar di GIATMARA.
iv. Mengenalpasti pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994; Bahagian VIII terhadap bengkel dan pelajar di GIATMARA.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang ingin dikaji dalam penyelidikan ini adalah:
i. Adakah tenaga pengajar di GIATMARA maklum akan Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta kepentingan pelaksanaannya?
ii. Adakah tenaga pengajar melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994; Bahagian IV terhadap pelajar dan bengkel di GIATMARA?
iii. Adakah tenaga pengajar melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994; Bahagian VII terhadap pelajar dan bengkel di GIATMARA?
iv. Adakah tenaga pengajar melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994; Bahagian VIII terhadap pelajar dan bengkel di
GIATMARA?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini berfokus kepada Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994;
Bahagian IV, VII dan VIII serta pelaksanaannya di bengkel kerja amali di
GIATMARA. Kajian ini memberi kepentingan kepada:
7
1.6.1 Tenaga pengajar kerja amali di GIATMARA
Kajian ini memberi kelebihan kepada tenaga pengajar bagi kerja amali di
GIATMARA agar dapat menentukan batas kerja serta meningkatkan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan sepanjang waktu kerja amali dijalankan. Dengan ini, tenaga
kerja yang dihasilkan adalah lebih produktif dan mengamalkan budaya kerja secara
selamat yang tinggi.
1.6.2 Pihak GIATMARA
Pihak GIATMARA dapat memanfaatkan kajian ini dengan menjadikan kajian
ini sebagai rujukan dalam menghasilkan tenaga kerja yang mengamalkan budaya
kerja yang selamat berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
serta menaikkan nama GIATMARA sebagai pusat pengajian yang mampu
menghasilkan tenaga kerja yang selamat dan bermutu tinggi.
1.6.3 Pihak Industri
Diharap dengan kajian ini dapat membuka mata pihak industri akan
kebolehan pelajar dari pusat GIATMARA yang dididik dan dipupuk dengan budaya
kerja selamat dan sihat dalam bekerja. Hasil didikan tenaga pengajar yang peka
terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat menghasilkan pelajar yang
mampu menjadi tenaga kerja yang produktif sekaligus meningkatkan ekonomi
industri negara.
8
1.6.4 Penyelidik masa akan datang
Kajian ini dilaksanakan juga untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan
penyelidik dari segi teori dan amalan tentang tajuk yang dibincangkan, selain dapat
membantu perkembangan ilmu akademik. Kajian ini mampu menjadi sumber ilmiah
kepada penyelidik lain di masa akan datang.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini hanya tertumpu kepada AKKP 1994 secara umumnya terutamanya
dari 3 bahagian terpilih iaitu Bahagian IV, VII dan VIII serta pelaksanaannya.
Majikan dalam konteks kajian ini adalah tenaga pengajar di bengkel kerja amali
manakala pekerja adalah pelajar. Perincian bagi setiap bahagian serta maklumat
mengenainya dijelaskan dengan lebih lanjut dibawah:
1.7.1 Bahagian IV ( Kewajipan Am Majikan )
Bahagian IV dalam akta ini menerangkan tanggungjawab am majikan
terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta tempat kerja. Bahagian ini
meliputi beberapa seksyen yang merangkumi kewajipan am majikan kepada pekerja
mereka, kewajipan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan, kewajipan
am majikan terhadap orang yang selain daripada pekerja mereka, kewajipan
penghuni tempat kerja kepada orang selain pekerja mereka serta penalti yang bakal
dikenakan sekiranya tidak mematuhi akta ini.
9
1.7.2 Bahagian VII ( Organisasi Keselamatan dan Kesihatan )
Bahagian ini menerangkan organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
yang merangkumi beberapa seksyen. Seksyen ini menerangkan keperluan
pertubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja,
fungsi jawatankuasa keselamatan dan Kesihatan pekerjaan serta pengawasan
perubatan terhadap kesihatan. Berdasarkan bahagian ini, didapati adanya
kepentingan dalam mewujudkan sesuatu jawatankuasa dalam sesebuah organisasi
bagi melancarkan perjalanan kerja serta memudahkan permasalahan yang timbul.
1.7.3 Bahagian VIII ( Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerjaan, Penyakit Pekerjaan dan Siasatan )
Bahagian ini menerangkan tanggungjawab mengenai pemberitahuan
kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan serta penyakit pekerjaan
kepada majikan ataupun pengamal perubatan. Terdapat beberapa seksyen dalam
bahagian ini yang merangkumi pemberitahuan kemalangan, siasatan yang dijalankan
atas arahan Ketua Pengarah serta kuasa pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan dalam siasatan yang dijalankan.
Bagi batasan kajian, penyelidik mengehadkan kajian ini kepada tenaga
pengajar yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja amali yang dijalankan di
bengkel-bengkel kerja amali bagi pusat GIATMARA di sekitar Johor Selatan, Negeri
Johor yang merangkumi daerah Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat. Tenaga
pengajar yang dirangkumkan dalam kajian ini adalah terdiri daripada pensyarah yang
mengajar di pusat GIATMARA dan pembantu teknik yang bertindak sebagai
pembantu tenaga pengajar dalam gerak kerja amali di GIATMARA.
10
1.8 Definisi Istilah
Defini istilah dalam bab ini akan membincangkan beberapa istilah penting
yang ingin dikemukakan oleh penyelidik sebagai pengetahuan tambahan kepada
kajian ini. Istilah-istilah ini adalah penting bagi menguatkan serta meningkatkan
kefahaman terhadap kajian ini secara keseluruhannya.
1.8.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Menurut Lawyermen.com/Library Search, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 ialah satu akta yang menyediakan rangka kerja undang-undang bagi
keselamatan, kesihatan serta kebajikan yang kukuh terhadap pekerja di Malaysia
serta melindungi pekerja dari risiko kemalangan dan kecederaan terhadap aktiviti
yang dilakukan di tempat kerja.
1.8.2 Keselamatan dan Kesihatan
Kamus Webster menyatakan keselamatan adalah bermaksud kualiti atau
keadaan yang tidak membawa risiko. Manakala kesihatan pula bermaksud keadaan
tubuh badan atau minda berada dalam keadaan baik atau tidak baik (OHSAS 18002).
Mengikut Asfahl (2004) pula, keselamatan berhadapan dengan kesan bahaya yang
teruk manakala kesihatan berhadapan dengan kesan bahaya yang kronik.
11
1.8.3 Bengkel atau Bilik Khas
Bengkel bermaksud kilang kecil, tempat tukang-tukang bekerja ( Kamus
Dewan, 1996 ). Bengkel atau bilik khas bermaksud tempat atau ruang yang
digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran dan pelajar membuat latihan
praktis atau kerja amali ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990 ). Bagi kajian ini,
bengkel kerja pelajar adalah kawasan tertutup tempat di mana pelajar menjalankan
aktiviti amali bagi tujuan pembelajaran.
1.8.4 Kerja amali
Kerja amali yang dimaksudkan ialah gerak kerja yang dilakukan di dalam
bengkel, melibatkan pengurusan alat tangan dan mesin. Kerja amali merupakan
komponen mata pelajaran vokasional yang menggunakan banyak kemahiran
psikomotor. Kemahiran yang ada akan diuji dengan membuat projek mengikut tahap
tertentu.
Projek-projek ini telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Adakalanya projek amali diubahsuai
bergantung kepada kemahiran yang diperolehi oleh pelajar. Pelajar juga diberi
tempoh masa yang mencukupi bagi menyiapkan sesuatu projek. Bagi pelajar-pelajar
di GIATMARA pula, kerja amali mereka adalah tertumpu kepada bidang-bidang
pembelajaran yang diikuti sepanjang mereka berada di GIATMARA.