PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t...

12
e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ACCOUNT 4U. Hasmida binti Mohamad Hassan Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah Email: [email protected] Nor Fathimah binti Fathil Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah Nur Farrah Azwa binti Jasni Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah ABSTRAK Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan alat bantu berasaskan teknologi merupakan satu inovasi bagi memudahkan perlaksanaan P&P. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat maklumbalas dan persepsi pelajar terhadap program Basic Account 4U sebagai salah satu alat bantu P&P bagi kursus DPA1013 Fundamental of Accounting yang dibangunkan oleh pensyarah menggunakan perisian Microsoft Excel. Kajian ini dijalankan ke atas 205 orang pelajar yang mengambil kursus DPA1013 Fundamental of Accounting di Jabatan Perdagangan (JP), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan oleh pensyarah kursus dan persepsi pelajar adalah berdasarkan rekabentuk program, mesra pengguna dan peningkatan pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan. Menerusi data yang dianalisis menggunakan SPSS 20.0, mendapati persepsi pelajar terhadap 3 faktor tersebut adalah tinggi. Skor min tertinggi adalah persepsi terhadap mesra pengguna iaitu 3.44, diikuti peningkatan pengetahuan dan kemahiran 3.40 dan rekabentuk 3.31. Bagi perbandingan persepsi pelajar mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya ternyata program Basic Account 4U ini diterima baik oleh semua pelajar DPA1013- Fundamental of Accounting kerana ia mesra pengguna, membantu mereka dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan asas perakaunan dan mempunyai rekabentuk yang menarik. KATA KUNCI: Persepsi, Basic Account 4U, rekabentuk program, mesra pengguna, kefahaman dan pengetahuan asas. 1. PENGENALAN Pendidikan di Malaysia pada masa kini dipenuhi dengan pelbagai teknologi dan cabaran yang paling hebat terhadap pengaruh penggunaan perisian dan program komputer serta pelbagai gajet sebagai pemudahcara. Dunia teknologi masa kini sedang mengubah secara menyeluruh dan radikal kaedah P&P pendidik terhadap para pelajarnya. Penggunaan komputer dan internet sebagai bahan P&P yang mengintegrasikan unsur multimedia dan hipermedia ini dilihat sebagai satu inovasi ke arah pemanfaatan kekayaan sumber maklumat yang sedia wujud dengan meluas.

Transcript of PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t...

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ACCOUNT 4U.

Hasmida binti Mohamad Hassan Jabatan Perdagangan,

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

Email: [email protected]

Nor Fathimah binti Fathil

Jabatan Perdagangan

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

Nur Farrah Azwa binti Jasni Jabatan Perdagangan

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

ABSTRAK

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan alat bantu berasaskan teknologi

merupakan satu inovasi bagi memudahkan perlaksanaan P&P. Tujuan kajian ini dijalankan

adalah untuk melihat maklumbalas dan persepsi pelajar terhadap program Basic Account 4U

sebagai salah satu alat bantu P&P bagi kursus DPA1013 – Fundamental of Accounting yang

dibangunkan oleh pensyarah menggunakan perisian Microsoft Excel. Kajian ini dijalankan ke

atas 205 orang pelajar yang mengambil kursus DPA1013 – Fundamental of Accounting di

Jabatan Perdagangan (JP), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Kajian ini

menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan oleh pensyarah kursus dan persepsi

pelajar adalah berdasarkan rekabentuk program, mesra pengguna dan peningkatan

pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan. Menerusi data yang dianalisis menggunakan

SPSS 20.0, mendapati persepsi pelajar terhadap 3 faktor tersebut adalah tinggi. Skor min

tertinggi adalah persepsi terhadap mesra pengguna iaitu 3.44, diikuti peningkatan

pengetahuan dan kemahiran 3.40 dan rekabentuk 3.31. Bagi perbandingan persepsi pelajar

mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan

antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya ternyata program Basic

Account 4U ini diterima baik oleh semua pelajar DPA1013- Fundamental of Accounting

kerana ia mesra pengguna, membantu mereka dalam meningkatkan kefahaman dan

pengetahuan asas perakaunan dan mempunyai rekabentuk yang menarik.

KATA KUNCI: Persepsi, Basic Account 4U, rekabentuk program, mesra pengguna,

kefahaman dan pengetahuan asas.

1. PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia pada masa kini dipenuhi dengan pelbagai teknologi dan cabaran yang

paling hebat terhadap pengaruh penggunaan perisian dan program komputer serta pelbagai

gajet sebagai pemudahcara. Dunia teknologi masa kini sedang mengubah secara menyeluruh

dan radikal kaedah P&P pendidik terhadap para pelajarnya. Penggunaan komputer dan

internet sebagai bahan P&P yang mengintegrasikan unsur multimedia dan hipermedia ini

dilihat sebagai satu inovasi ke arah pemanfaatan kekayaan sumber maklumat yang sedia

wujud dengan meluas.

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Menurut Yusof Boon dan Sahibul Bahrin Ahmad (2011), para pendidik digesa untuk

melengkapkan diri dengan pelbagai teknologi atau kemahiran yang berteraskan teknologi

maklumat bagi menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar.

Kursus perakaunan merupakan satu kursus yang memerlukan pemahaman konsep teori dan

praktikal yang tinggi. Para pendidik dalam bidang ini perlu lebih kreatif dalam pelaksanaan

P&P agar pelajar lebih mudah faham dan dapat menguasai sesuatu topik. Antara kaedah yang

menarik ialah penggunaan komputer dan permainan berasaskan web agar pelajar tidak

tertumpu hanya kepada bahan P&P yang terdapat dalam buku sahaja.(Paul Jaijairan, 2012)

Kursus DPA1013- Fundamental of Accounting atau asas perakaunan merupakan satu kursus

yang wajib diambil oleh pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik. Menerusi kaedah P&P yang

biasa diamalkan bagi kursus ini, pelajar akan diberi penerangan secara teori menggunakan

slaid, buku rujukan dan papan putih. Pelajar kemudiannya akan diberi soalan latihan untuk

diselesaikan secara berkumpulan dan tampil ke hadapan untuk menerangkan hasil

jawapannya. Di peringkat awal, pelajar akan teragak-agak dan mengambil masa yang lama

untuk menyelesaikan sesuatu soalan. Kumpulan pelajar ini selalunya menghadapi kesukaran

dalam memahami konsep asas perakaunan bermula daripada bahagian catatan bergu, jurnal,

pengeposan urusniaga ke lejar, imbangan duga sehinggalah ke penyediaan penyata kewangan.

Mereka akan menggunakan buku rujukan sebagai sumber utama dan berbincang dengan

rakan-rakan semasa menjawab soalan.

Jika kita mengkaji sejarah perkembangan kaedah pengajaran di Malaysia, pada mulanya ia

berpandukan kepada buku teks semata-mata dan guru merupakan tumpuan pelajar-pelajar

tanpa penglibatan aktif para pelajar. Dengan kemajuan dan perkembangan teknologi

maklumat yang wujud sekarang ini, maka kaedah pengajaran telah berubah supaya

bersesuaian dengan keperluan semasa. Secara amnya teknologi maklumat diserapkan ke

dalam sistem pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki mutu pengajaran dan

pembelajaran dengan memilih komputer sebagai alat bantu mengajar. (Mohd Aris Othman,

2007)

Oleh itu, sebagai satu langkah inovasi ke arah proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan

teknologi, program Basic Account 4U dibangunkan. Ia juga bagi membantu pelajar untuk

memahami konsep asas perakaunan terutama semasa menjawab soalan latihan. Program Basic

Account 4U ini menggunakan perisian Microsoft Excel. Perisian ini dipilih kerana program

mudah dibangunkan oleh pensyarah yang bukan berkemahiran penuh dalam bidang

pemprograman. Arahan membangunan programnya ringkas dan sesuai dengan bentuk

paparan yang dikehendaki pensyarah. Boleh dikatakan setiap komputer peribadi mempunyai

perisian Microsoft Excel. Ia mudah digunakan dan tidak memerlukan saiz ruangan yang besar.

(Abd Razak Kaprawi dan Nofazilah Mohd Sajat, 2017)

Secara umumnya, program Basic Account 4U bukan sahaja dibangunkan untuk membantu

para pelajar yang mengambil kursus DPA1013- Fundamental of Accounting sahaja, namun

kursus perakaunan yang lain juga boleh menggunakannya secara umum. Berikut merupakan

item yang terdapat dalam program Basic Account 4U seperti Rajah 1:

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

a. Nama akaun.

b. Kumpulan akaun.

c. Kesan debit dan kredit dalam catatan bergu (Double Entry).

d. Kedudukan akaun dalam Imbangan Duga (Trial Balance)

e. Baki normal untuk lejar.

f. Kedudukan akaun tersebut dalam Penyata Kewangan (Statement of

Comprehensive Income dan Statement of Financial Position).

g. Definisi item.

Rajah 1 : Paparan Basic Account 4U

Cara menggunakan sistem ini adalah:

1) Pensyarah atau pelajar hanya perlu memilih nama akaun yang tersenarai dalam menu

nama akaun. Kemudian bahagian kumpulan akaun, kesan debit dan kredit, baki normal

untuk lejar dan kedudukan dalam imbangan duga serta penyata kewangan akan

dipaparkan dengan sendirinya.

2) Daripada paparan ini, pelajar boleh menjawab soalan akaun dengan mudah terutama

semasa meletakkan item akaun di bahagian yang betul.

3) Apabila latihan berulang kali dibuat menggunakan program Basic Account 4U, maka

pelajar akan mudah faham dan ingat tentang konsep asas perakaunan.

Apabila program ini digunakan bagi kursus DPA1013- Fundamental of Accounting,

maklumbalas pelajar itu amat penting bagi memastikan program yang dibangunkan berjaya

dan berkesan kepada para pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi

pelajar berkaitan rekabentuk program, tahap mesra pengguna program dan adakah program

Basic Account 4U ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan.

a

b

c

d

e

f

g

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

2. SOROTAN KAJIAN

Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini telah banyak berubah dan mengalami

evolusinya sendiri. Sebelum ini, penggunaan lisan dan tulisan sudah menjadi kebiasaan dalam

pengajaran, kini teknologi telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan yang lebih canggih

seperti penggunaan komputer, video dan pelbagai peralatan lain lagi yang menggabungkan

elemen visual, audio dan teks (Ahmad Rizal Madar, Muhammad Zhafran Mohaiyiddin dan

Mohamad Zaidi Mustafa, 2009).

Menurut Zainudin Hassan, Tengku Suhashila Tengku Langjuna Mohad dan Najib Abdul

Ghaffar (2007), melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara

interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang

mendalam. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar

untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari.

Penggunaan sesuatu alat bantu mengajar yang baik membolehkan pendidik melaksanakan

P&P dengan lebih cekap dan ceria. Secara tidak langsung, pelajar juga akan menikmati

suasana pembelajaran yang meyeronokkan dan cekap dalam penguasaan P&P. (Yusof Boon

dan Sahibul Bahrin Ahmad, 2011).

Rekabentuk bahan yang digunakan dalam kelas juga memainkan peranan yang penting dalam

memastikan bahan tersebut boleh diterima oleh pelajar. Rekabentuk kreatif dan menarik

sesuatu alat bantu mengajar dapat menarik penggunaannya dalam kalangan para pelajar.

Warna, jenis tulisan, paparan dan latar belakang sesuatu alat adalah mempengaruhi

rekabentuk yang dibangunkan. Hasil kajian Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong

(2009) menunjukkan pelajar amat berpuas hati dengan rekabentuk bahan P&P WebQuest dari

segi warna, ikon, isi kandungan dan grafik yang terdapat di dalamnya. Rekabentuk skrin

paparannya juga memudahkan penggunaan sistem berasaskan web ini. Kajian Ahmad Rizal

Madar et. al. (2009) juga menunjukkan persepsi pelajar yang tinggi terhadap rekabentuk

koswer yang menarik warna latarbelakang dan tulisan yang sesuai. Menurut Christopher Lu

Wei Wang (2012), penggunaan bahan bantu mengajar dengan rekabentuk yang menarik

memudahkan pelajar mengingati pelajaran yang disampaikan.

Faktor mesra pengguna bagi sesuatu alat bantu mengajar adalah perlu terutamanya bagi alat

yang boleh dicapai sendiri oleh pelajar di luar waktu P&P. Dalam kajian P&P berasaskan

WebQuest, ia dikatakan mesra pengguna kerana terdapat butang-butang kawalan yang

memudahkan navigasi dan sistem ini boleh dicapai di mana-mana dengan mudah. Terdapat

juga latihan pengukuhan dengan arahan yang jelas dan mudah difahami serta fungsi cetakan

format PDF bagi tugasan yang berlu dilaksanakan menerusi sistem ini. (Norazah Mohd

Nordin dan Ngau Chai Hong, 2009). Kajian penggunaan koswer dalam pengajaran oleh

Ahmad Rizal Madar et. al. (2009) mendapati ia diterima baik oleh pelajar kerana ianya mesra

pengguna dan mempunyai arahan penggunaan yang jelas.

Menerusi penggunaan alat bantu P&P yang baik, antara objektif yang ingin dicapai ialah

peningkatan pemahaman dan pengetahuan pelajar berbanding kelas tanpa penggunaan alat

bantu mengajar. Kajian Nur Elyani Musa dan Minarnie Hadzira Mohamad (2014) mendapati

penggunaan Microsoft Power Point yang menarik dalam kelas dapat menarik minat pelajar

dan meningkatkan pengetahuan serta pemahaman yang lebih baik dalam kalangan pelajar

berbanding hanya P&P yang hanya menggunakan papan putih.

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Menurut Siti Hajar Haji Saad, Noor Azimah Abd. Ghani dan Faizatulhaida Md Isa (2014),

kaedah pengajaran yang berasaskan komputer dan teknologi maklumat berupaya

menggantikan kaedah tradisional dengan pelbagai cara. Pelajar memberi pandangan yang

positif terhadap penggunaan alat bantuan pengajaran sebegini kerana proses pengajaran dan

pembelajarannnya dapat dilaksanakan secara ringkas, padat dan mudah difahami. Ia sangat

menjimatkan masa dan tenaga pensyarah serta pelajar dalam mencapai matlamat hasil

pembelajaran kursus.

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah kajian deskriptif. Ia melibatkan

populasi 205 pelajar semester 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

sesi Jun 2016. Semua pelajar ini terlibat sebagai sampel dan responden kerana mereka

mengambil kursus DPA1013- Fundamental of Accounting dan terlibat menggunakan program

Basic Account 4U.

Kajian dijalankan menerusi soalan soal selidik yang mengandungi 2 bahagian; Bahagian A:

Demografi responden berkaitan program dan jantina dan Bahagian B: Persepsi pelajar

terhadap program Basic Account 4U dari sudut rekabentuk program, mesra pengguna, dan

peningkatan pengetahuan dan kemahiran asas perkaunan. Soal selidik ini telah dibangunkan

oleh pensyarah yang mengajar kursus DPA1013- Fundamental of Accounting dengan merujuk

dan mengubahsuai soal selidik kajian oleh Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong

(2009). Soal selidik bahagian B menggunakan pemeringkatan skala likert seperti berikut :

Jadual 1 : Jadual Tafsiran Min

Skor Skala likert

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3

4

Setuju

Sangat Setuju

Item-item borang soal selidik telah diuji kesahannya menerusi kajian rintis dengan

menggunakan ujian kebolehpercayaan yang menunjukkan bacaan alpha cronbach 0.84.

Menurut Chua Yan Piaw (2014), item soal selidik yang mempunyai bacaan alpha cronbach di

atas 0.65 adalah diterima dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Bagi tujuan kajian ini, data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social

Sciences (SPSS) versi 20.0. Bagi mencapai objektif kajian, analisis deskriptif min, sisihan

piawai dan ujian-t digunakan untuk melihat persepsi pelajar terhadap rekabentuk program,

mesra pengguna dan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan. Julat

interpretasi skor min adalah seperti berikut:

Jadual 2 : Jadual Tafsiran Min

Skor Min Tahap Kecenderungan

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 2.99 Sederhana

3.01 – 4.00 Tinggi

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 Persepsi Pelajar Terhadap Rekabentuk Program

Jadual 3 di bawah adalah analisis dapatan yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap

rekabentuk program Basic Account 4U yang dibangunkan adalah berada pada tahap

tinggi iaitu dengan nilai skor min keseluruhan 3.31. Bagi item kedua iaitu ‘saiz tulisan

yang digunakan bersesuaian’ mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.93

dengan sisihan piawai 0.59. Ini menunjukkan bahawa paparan saiz font yang

digunakan sangat kecil terutamanya apabila pelajar mengakses program ini melalui

telefon bimbit mereka. Sementara itu, item ‘ilustrasi yang digunakan bersesuaian’

mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 3.55 dengan sisihan piawai 0.499, di

mana ia menunjukkan para pelajar amat menggemari hasil yang dipaparkan apabila

mereka memilih satu-satu nama akaun.

Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan Skor Min Dan Tahap

Kecenderungan Bagi Persepsi Pelajar Terhadap Rekabentuk Program Basic

Account 4U

Bil Item Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tahap

Kecenderungan

1 Paparan yang digunakan menarik. 3.36 0.481 Tinggi

2 Saiz tulisan yang digunakan bersesuaian. 2.93 0.590 Sederhana

3 Jenis tulisan yang digunakan bersesuaian. 3.18 0.506 Tinggi

4 Warna tulisan yang digunakan

bersesuaian.

3.28 0.452 Tinggi

5 Warna latarbelakang program

bersesuaian.

3.39 0.489 Tinggi

6 Kedudukan susun atur bahan / item

dalam paparan program bersesuaian.

3.38 0.487 Tinggi

7 Ilustrasi yang digunakan bersesuaian. 3.55 0.499 Tinggi

8 Bahan yang disediakan bersesuaian. 3.42 0.495 Tinggi

4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Mesra Pengguna Program

Jadual 4 di bawah adalah analisis dapatan yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap

program yang mesra pengguna bagi Basic Account 4U. Ia juga berada pada tahap tinggi

iaitu dengan nilai skor min keseluruhan 3.44. Item yang paling rendah mempunyai skor

min 3.39 dengan sisihan piawai 0.488 iaitu ‘arahan yang disediakan jelas dan mudah

difahami’. Tahap kecenderungan min ini tinggi, namun arahan ini mungkin boleh

diperbaiki supaya lebih jelas. Manakala, item ‘mudah digunakan pada bila-bila masa’

mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 3.55 dengan sisihan piawai 0.499. Ini

menunjukkan bahawa para pelajar akui bahawa program ini mudah digunakan kerana ia

mempunyai respon yang pantas untuk keseluruhan hasil yang diperlukan.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan Skor Min Dan Tahap

Kecenderungan Bagi Persepsi Pelajar Terhadap Mesra Pengguna Program Basic

Account 4U

Bil Item Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tahap

Kecenderungan

1 Mudah digunakan pada bila-bila masa. 3.55 0.499 Tinggi

2 Senang dibawa ke mana-mana. 3.43 0.496 Tinggi

3 Ayat yang digunakan mudah difahami. 3.40 0.492 Tinggi

4 Arahan yang disediakan jelas dan mudah

difahami. 3.39 0.488

Tinggi

5 Boleh dijadikan sebagai bahan rujukan

pantas. 3.44 0.497

Tinggi

4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Peningkatan Pengetahuan Dan Kemahiran Asas

Perakaunan

Jadual 5 di bawah adalah analisis dapatan yang menunjukkan persepsi pelajar dari segi

membantu peningkatan pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan dengan

penggunaan program Basic Account 4U yang dibangunkan di mana ia adalah berada

pada tahap tinggi iaitu dengan nilai skor min keseluruhan 3.40. Skor min 3.33 dengan

sisihan piawai 0.491 merupakan nilai yang paling rendah. Ia berkaitan ‘maklumat

yang disediakan mencukupi bagi asas perakaunan’. Nilai ini memberi gambaran

bahawa berlakunya kekurangan maklumat bagi meningkatkan pemahaman pelajar.

Oleh itu maklumat asas perakaunan boleh ditambah lagi ke dalam program ini untuk

rujukan pelajar. Contohnya item pelarasan seperti belanja atau hasil terakru dan

terdahulu, susutnilai atau hutang ragu. Manakala item ‘membantu pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran’ mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu

3.50 dengan sisihan piawai 0.501. Ini menunjukkan bahawa para pelajar menganggap

bahawa program yang dibangunkan ini sangat membantu ketika diperlukan

terutamanya ketika belajar di dalam kelas, membuat latihan dan mengulangkaji

pelajaran. Selain daripada itu pelajar juga dapat menghubungkaitkan pengetahuan

yang telah dipelajari di dalam kelas dengan membuat latihan pengukuhan dengan

menggunakan program ini. Ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu bentuk

pengajaran dan pembelajaran secara kendiri.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Jadual 5 : Taburan Responden Mengikut Kekerapan Skor Min Dan Tahap

Kecenderungan Bagi Persepsi Pelajar Terhadap Peningkatan Pengetahuan dan

Kemahiran Asas Perakaunan Terhadap Program Basic Account 4U

Bil Item Skor

Min

Sisihan

Piawai

Tahap

Kecenderungan

1 Isi kandungan yang bersesuai dengan sukatan

pelajaran. 3.41

0.494

Tinggi

2 Maklumat yang disediakan mencukupi bagi

asas perakaunan. 3.33

0.491

Tinggi

3 Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang

asas perakaunan. 3.43

0.496

Tinggi

4 Membantu pelajar dalam proses pengajaran &

pembelajaran. 3.50

0.501

Tinggi

5 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam

proses merekod jurnal dan lejer. 3.39

0.489

Tinggi

6 Membantu pelajar dalam penyediaan

Imbangan Duga. 3.38

0.485

Tinggi

7 Membantu pelajar dalam proses penyediaan

Penyata Kewangan asas. 3.36

0.481

Tinggi

4.4 Analisis Keseluruhan

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap

program Basic Account 4U adalah pada tahap kecenderungan yang tinggi. Menerusi

Jadual 6, persepsi yang paling tinggi adalah berkaitan dengan mesra pengguna yang

mencatat jumlah skor min keseluruhan sebanyak 3.44. Ini disebabkan oleh program ini

boleh diakses dengan menggunakan pelbagai medium seperti komputer dan juga

telefon bimbit yang mempunyai perisian microsoft excel di dalamnya. Tambahan pula

kebanyakan gajet di dalam pasaran memang telah dilengkapi dengan perisian

microsoft excel untuk membolehkan program ini digunakan. Oleh yang demikian,

pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan tentang asas perakaunan di mana-mana

sahaja mereka berada. Ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan kefahaman dan

kemahiran mereka di dalam kursus ini.

Manakala, persepi pelajar terhadap program Basic Account 4U yang paling rendah

adalah persepsi dari segi rekabentuk yang mencatatkan jumlah skor min keseluruhan

sebanyak 3.31. Ini menunjukkan bahawa terdapat kelemahan yang perlu ditingkatkan

dalam perisian ini iaitu dari segi saiz, jenis dan warna tulisan serta warna

latarbelakang agar dapat menarik minat pelajar menggunakannya. Namun begitu tahap

persepsi penilaian pelajar terhadap aspek ini masih ditahap piawai yang baik.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Jadual 6 : Jumlah skor min keseluruhan

Bil Item Skor

Min

Tahap

Kecenderungan

1

Persepsi Pelajar Terhadap Rekabentuk Program

Basic Account 4U.

3.31 Tinggi

2

Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Mesra Pengguna

Program Basic Account 4U.

3.44 Tinggi

3

Persepsi Pelajar Terhadap Peningkatan

Pengetahuan dan Kemahiran Asas Perakaunan

Terhadap Program Basic Account 4U.

3.40 Tinggi

Jadual 7 menunjukkan analisis inferensi menerusi ujian-t bagi menghubungkaitkan

jantina pelajar dengan tiga pembolehubah yang dikaji iaitu persepsi terhadap

rekabentuk program, faktor mesra pengguna dan peningkatan pengetahuan dan

kemahiran asas perakaunan. Dapatan kajian hasil ujian-t daripada 41 orang pelajar

lelaki dan 164 pelajar perempuan menunjukkan bacaan nilai p pembolehubah masing-

masing bersamaan 0.862, 0.286 dan 0.514. Kesemua nilai p bagi aspek yang

ditetapkan mempunyai nilai yang lebih besar dari α=0.05. Ini bermakna tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara jantina dan persepsi pelajar terhadap program Basic

Account 4U. Pelajar lelaki mahupun perempuan menerima dengan baik program ini

sebagai alat bantu pembelajaran selain buku rujukan sedia ada.

Jadual 7 : Analisis ujian-t bagi persepsi pelajar terhadap program Basic Account

4U mengikut jantina.

Bil Pembolehubah Jantina N Min Sisihan

Piawai

Nilai -t Nilai-p

1 Persepsi Pelajar Terhadap

Rekabentuk Program Basic

Account 4U.

Lelaki

Perempuan

41

164

3.32

3.31

0.224

0.194

0.174

0.862

2 Persepsi Pelajar Terhadap Mesra

Pengguna Program Basic Account

4U.

Lelaki

Perempuan

41 3.48

3.43

0.256

0.238

1.069 0.286

3 Persepsi Pelajar Terhadap

Peningkatan Pengetahuan dan

Kemahiran Asas Perakaunan

Terhadap Program Basic Account

4U.

Lelaki

Perempuan

41

164

3.38

3.41

0.223

0.221

-0.653 0.514

5. KESIMPULAN

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Secara keseluruhnnya pelajar bagi kursus DPA 1013- Fundamental of Accounting

memberikan penilaian persepsi yang positif terhadap program Basic Account 4U di mana ia

mesra pengguna, dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan serta

boleh dijadikan sebagai bahan rujukan semasa belajar di samping mempunyai rekabentuk

yang menarik. Kreativiti paparan adalah baik, namun boleh dipertingkatkan lagi terutama

aspek saiz tulisan yang menjadi medium komunikasi antara pengguna dengan program.

Adalah diharapkan program ini akan terus digunakan sebagai rujukan dan alat bantu P&P bagi

pelajar dan para pendidik yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kursus asas

perakaunan. Penghasilan program ini juga dapat menjadikan suasana P&P itu lebih menarik

dan pada masa yang sama dapat mengatasi masalah kesukaran pelajar dalam memahami

kursus ini terutamanya pelajar yang tiada asas perakaunan sebelum masuk ke politeknik.

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga amat berguna kepada para pendidik bagi

meningkatkan kreativiti dalam proses penyampaian P&P. Bagi pihak institusi pula, hasil

kajian ini boleh dijadikan sebagai galakan kepada semua pensyarah meluaskan bidang

kepakaran masing-masing. Terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh diinovasikan dalam

kelas dalam usaha menarik minat dan meningkatkan penyampaian P&P dalam sesuatu kursus.

Usaha yang dijalankan haruslah sejajar dengan perkembangan teknologi dan arus permodenan

dalam dunia pendidikan semasa.

Pada masa hadapan, skop kajian ini boleh diperluaskan lagi kepada pengukuran keberkesanan

program Basic Account 4U menerusi hasil pencapaian pelajar, tahap penerimaan pelajar luar

politeknik terhadap program Basic Account 4U dan faktor-faktor lain yang boleh menambah

baik paparan dan penggunaan program Basic Account 4U diperingkat umum.

RUJUKAN

Abd Razak bin Kaprawi dan Nofazilah Binti Mohd Sajat. (2017). Aplikasi MS Excel Dalam

Membina Bahan Bantu Mengajar. Diakses daripada http://prosiding.upgrismg.ac.id

Ahmad Nazir Muhammad Ali. (2006). Penyelidikan tentang pembelajaran visual dalam

mempertingkatkan pemahaman murid. Diakses daripada

www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan

Ahmad Rizal Madar, Muhammad Zhafran Mohaiyiddin dan Mohamad Zaidi Mustafa. (2009).

Kajian tentang Kesan Penggunaan Koswer Terhadap Tahap Pencapaian Pelajar

Berdasarkan Gaya Kognitif Field Independence-depence. International Conference of

Teaching & Learning in Higher Education. Kuala Lumpur.

Christpopher Lu Wei Wang. (2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual

Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga. Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP-

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. m/s 87-101

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan Edisi Ketiga. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.

Mohd Aris bin Othman. (2007). Kerkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Di Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi

Tingkatan 4 Di Negeri Sembilan. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong. (2009). Pembangunan dan Penilaian dan

Pembelajaran Berasaskan Web- Webquest bagi Mata Pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan

Malaysia 34(1): m/s 111-129

Nur Elyani binti Musa dan Minarnie Hadzira binti Mohamad. (2014). Keberkesanan

Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di

Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Prosiding PTSB 2014. m/s 223-230

Paul Jaijairan. (2012). Engaging Accounting Students: How To Teach Principles of

Accounting In Creative and Exciting Ways. American Journal of Business Education.

Vol 5. M/s 75-78.

Siti Hajar Haji Saad, Noor Azimah Abd. Ghani dan Faizatulhaida Md Isa. (2014).

Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Topik Numerical

Method Matematik Kejuruteraan 3 Bagi Pelajar Politeknik : Satu Kajian Tindakan.

Prosiding PTSB 2014. m/s 8-14

Yusof bin Boon dan Sahibul Bahrin bin Ahmad. (2011).Pengaplikasian perisian ASSETBase

dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Johor Bahru dan

Pasir Gudang, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. m/s. 1-9. (Unpublished)

Zainudin bin Hassan, Tengku Suhashila bt. Tengku Langjuna Mohad. Najib bin Abdul

Ghaffar dan Hamdan bin Said. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di

Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu

Lintang. Universiti Utara Malaysia. m/s 1-9

BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS

Hasmida binti Mohamad Hassan berasal dari Kulim, Kedah. Mendapat pendidikan Ijazah

Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) daripada Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana

Pendidikan (Teknikal) daripada Universiti Teknologi Malaysia. Kini berkhidmat di Politeknik

Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech sejak tahun 2006 sebagai pensyarah bidang

perakaunan.

Nor Fathimah binti Fathil berasal dari Bota Kanan, Perak. Mendapat pendidikan Ijazah

Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) daripada Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana

Pendidikan Teknik dan Vokasional daripada Kolej Universiti Tun Hussein Onn. Mula

berkhidmat di Politeknik Sabak Bernam, Selangor pada tahun 2004. Kini berkhidmat di

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PROGRAM BASIC ......mengikut jantina pula, hasil analisis ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara

e- Proceeding National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech sejak tahun 2006 sebagai pensyarah

bidang perakaunan.

Nur Farrah Azwa binti Jasni berasal dari Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan Ijazah

Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) daripada Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana

Pendidikan Teknik dan Vokasional daripada Kolej Universiti Tun Hussein Onn. Mula

berkhidmat di Kolej Komuniti Bentong, Pahang pada tahun 2003. Kini berkhidmat di

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi-Tech sejak tahun 2004 sebagai pensyarah

bidang perakaunan.