Persediaan sebelum perbicaraan
-
Upload
hafizuddinhussin -
Category
Documents
-
view
3.800 -
download
9
description
Transcript of Persediaan sebelum perbicaraan
PERSEDIAAN SEBELUM PERBICARAAN
OLEH:
Pengenalan…
Lazimnya, sesuatu perbicaraan melibatkan satu Plaintif dan satu Defendan.
Kadang-kadang ia melibatkan dua defendan dan melibatkan saksi sekitar 5-10 orang
Sambungan……
Persediaan untuk sesuatu perbicaraan sebenarnya merupakan satu proses yang berterusan bermula daripada hari pertama kes didaftar sehinggalah ke hujahan akhir
Mengapa Perlukan Persediaan?
Melancarkan perjalanan kes Untuk mengelak daripada perkara yang
tidak diingini seperti saksi belot Supaya peguam dan saksi tidak panik Supaya hakim dapat memberi tumpuan
kepada perbicaraan tanpa sebarang masalah dan gangguan
Apakah yang perlu dilakukan sebagai persediaan?
1.Semak Pliding
Pastikan pliding lengkap dan teratur- lakukan pindaan sekiranya perlu dan pastikan dokumen terpinda difailkan dan diserahkan kepada pihak-pihak berkaitan
Sambungan…..
Temuduga Anak guam Lakukan rundingan dengan anakguam
tentang fakta kes dan isu-isu berkaitan Lakukan analisa dan cadangkan strategi
untuk membuktikan kes bagi meyakinkan mahkamah
Sambungan….
2. Kenalpasti dan senaraikan nama-nama saksi yang berpotensi
Bincangkan dengan anak guam tentang saksi-saksi yang boleh memberi keterangan di mahkamah
Pastikan saksi yang boleh menyokong kes
Sambungan….
3.Sepina saksi-saksi
Setelah saksi-saksi dikenalpasti untuk dipanggil bagi memberi keterangan, keluarkan sepina dan pastikan penyerahan sepina adalah sempurna
Sambungan…
4. Kaji latar belakang hakim, attitude dan prosedur
Pihak-pihak boleh membuat persediaan
yang tepat bagi memenuhi kehendak hakim yang akan mengadili kes
Hakim akan sentiasa tenang semasa
mendengar perbicaraan
Sambungan….
5. Sediakan buku nota ringkas untuk perbicaraan
Catatkan maklumat penting seperti fakta ringkas kes, kronologi, maklumat berkaitan saksi dan sebagainya
6. Sediakan dokumen-dokumen asal dan bahan bukti Pastikan anak guam menyediakan dokumen asal untuk setiap eksibit - Kemukakan pada hari perbicaraan
7. Sediakan kenyataan Pembukaan
- Maklumkan kepada mahkamah jenis permohonan
8. Semak kewujudan saksi (availability of the witness)
Tentukan saksi manakah diantara yang saksi-saksi yang berpotensi, boleh memberi keterangan di mahkamah
9. Sediakan pernyataan saksi
- soalan-soalan untuk pemeriksaan utama bagi saksi-saksi yang akan memberi keterangan di mahkamah
- Sediakan soalan-soalan yang tidak berbentuk memimpin leading question
- mulakan dengan soalan-soalan asas
seperti nama penuh, pekerjaan, umur, hubungan dengan Plaintif dan sebagainya.
- Tanyakan soalan-soalan yang boleh memberi peluang untuk saksi atau anak guam menceritakan fakta kes
10. Sediakan saksi untuk pemeriksaan balas
Maklumkan kepada saksi bahawa beliau akan disoal balas oleh peguam pihak lawan dan saksi harus bersedia menjawab soalan
soalan bertujuan menggugat keterangan yang diberikan dan saksi akan diperiksa semula
11. Sediakan anak guam dan saksi untuk memberi keterangan (testifying)
ingatkan tentang etika pakaian dan adab
di dalam mahkamah
12. Semak tarikh dan waktu bicara Pastikan tarikh dan waktu ditepati
13. Semak kewujudan saksi dan maklumkan saksi bilakah mereka diperlukan
Pada hari perbicaraan….
Sentiasa ingatkan saksi supaya tidak panik dan sentiasa bertenang
Sediakan kad pengenalan Ingatkan saksi supaya bercakap benar
sebagaimana sumpah yang bakal dilakukan
Jawab hanya apa yang ditanya
Perlu diingat…
Persediaan saksi amat penting bagi mengelakkan saksi belot
Maksudnya?
Saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada kes kita mungkin tiba-tiba memberi keterangan yang boleh memihak kepada pihak lawan
Kemahiran Advokasi dan Etika
Seorang peguam syarie perlu bijak di dalam menggunakan kemahirannya untuk menyelesaikan masalah
Kemahiran di dalam mengendalikan sesuatu kes merupakan elemen penting untuk menentukan kejayaan sesuatu kes.
Perlu gunakan kemahiran kerana……
seorang peguam syarie dibayar untuk menggunakan kemahirannya di dalam mengendalikan sesuatu kes berhubung sesuatu tuntutan
Harapan setiap anak guam adalah kemenangan dalam tuntutan atau pembelaan
Tapi Awas! Perlu diingat……
Sekiranya anda terlalu taksub dan ego dengan kemahiran yang ada sehingga terlupa akan peranan peguam syarie yang sebenar……, maka anda sebenarnya …….
sedang menempah tiket ke tempat yang paling dilaknati Allah….
Seorang peguam syarie hendaklah…
mempunyai akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia, dan
hendaklah bersifat amanah, jujur dan berniat baik untuk menegakkan keadilan di dalam menjalankan tugasnya
Sentiasa ingat bahawa meskipun hakim mengadili kes berdasarkan apa yang anda hujahkan tetapi Allah…….
Membuat pengadilan berdasarkan apa yang anda niatkan…….
Ini bermaksud…
Seorang Peguam Syarie, mestilah tidak menyalahguna kehebatan yang ada pada dirinya untuk mempengaruhi mahkamah ke arah kezaliman…..maksudnya?
Janganlah menggunakan kelebihan yang ada pada diri untuk merampas hak orang lain.
Harus diingat…
PERANAN UTAMA Peguam Syarie di Mahkamah Syariah bukan sahaja membantu anak guam, tetapi juga membantu Mahkamah dan Hakim Syarie
Etika Peguam Syarie…
Arahan Amalan No. 4 Tahun 2002
Etika Peguam Syarie
Rujuk lampiran
Kesimpulan…….
Peguam syarie yang beretika bukan sahaja mendapat kesenangan dan kemuliaan hidup di dunia…..malah
Mendapat kebahagiaan dan keberkatan untuk hari akhirat…….