PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang...
Transcript of PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA … · menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang...
PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP CABARAN TEKNOLOGI
KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT)
NALINEE A/P KOTHANDABANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/ 97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTAPENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP CABARAN TEKNOLOGI
KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT)
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NALINEE A/P KOTHANDABANI(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:No 38,, TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN,Jalan Ceria 14, Nama PenyeliaTaman Nusa Indah,Johor Darul Takzim.
Tarikh: 6 MEI 2009 Tarikh: 6 MEI 2009
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan saya berpendapat karya iniadalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : TN.HJ. HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh : 6 MEI 2009
PERSEDIAAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA MUDA TEKNOLOGI
SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP CABARAN
TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT)
NALINEE A/P KOTHANDABANI
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yangtiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penulis : NALINEE A/P KOTHANDABANI
Tarikh : 6 MEI 2009
iii
DEDIKASI
Buat insan yang dikenang
Suami yang dikasihi
En. Thamilvanan A/L Arumugom
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
Penyelia
En. Hassan Bin Hushin
Terima kasih atas doa dan sokongan mu
Semua Pensyarah
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Tuhan sahaja yang maha
mengetahui dan membalasnya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Tuhan kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En. Hassan Bin.
Hushin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa
jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua pensyarah
yang mengajar saya selama ini dan rakan sekelas saya yang telah banyak memberi
kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat suami tercinta yang banyak memberi
dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas dan tanpa jemu
mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi untuk isterimu ini ke menara gading
untuk merealisasikan impian. Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan
kasih sayang ikhlas tanpa batas.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji persediaan pelajar tahun satu
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap cabaran
Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT). Sampel kajian ini terdiri daripada 96 orang
pelajar 1 SPH di Universiti Teknologi Malaysia. Instrument kajian yang digunakan ialah
soal selidik. Data- data yang diperolehi kemudiannya di analisis menggunakan perisian
Statistical Packages For Social Sciences ( SPSS ) for Windows versi 15.0 untuk
mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratusan. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti
persepsi pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) terhadap cabaran Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT), mengenal pasti tahap
penguasaan pelajar tersebut terhadap kecekapan Teknologi Komunikasi Maklumat(ICT),
dan juga mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar
tersebut terhadap ICT. Dapatan kajian bagi objektif kajian pertama menunjukkan
bahawa majoriti pelajar dengan nilai min 4.39 memahami tentang kepentingan ICT dan
cabarannya kepada seorang pelajar untuk tujuan pembelajaran. Bagi objektif kajian
kedua, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap kecekapan
teknologi komunikasi maklumat adalah sederhana sahaja. Ini bermakna bahawa masih
terdapat ruang untuk meningkatkan tahap penguasaan responden terhadap kecekapan
ICT. Kajian juga mendapati dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
penguasaan pelajar terhadap kecekapan ICT, majoriti pelajar dengan nilai min 3.71
bersetuju dengan pernyataaan ‘Saya yakin saya dapat mengaplikasikan sesuatu
kecekapan ICT jika diberi latihan’ dan nilai min kedua tertinggi sebanyak 3.70 pada
pernyataan ‘Kemudahan wireless yang disediakan oleh pihak universiti amat menolong
saya’. Jadi, jelaslah di sini bahawa penguasaan seseorang pelajar terhadap sebarang
kecekapan ICT bergantung kepada faktor yang mempengaruhi atau mendorong mereka.
Pelajar yakin mereka sanggup mengaplikasikan dan menguasai sesuatu kecekapan ICT
vi
jika diberi latihan yang mencukupi. Begitu juga para pelajar berpendapat segala
kemudahan yang disediakan oleh pihak UTM ke arah mencapai kecanggihan ICT
seperti kemudahan wireless yang membolehkan pelajar menggunakan internet sepanjang
hari amat mendorong mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam dunia
teknologi maklumat .Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah ini.
vii
ABSTRACT
The aim of this descriptive research was to identify the readiness of first year
students, Bachelor of Education (Living Skill) to face ICT(Information Communication
Technology) challenges. The sample was 96 undergraduate students from University
Technology Malaysia. The data was collected by using questionnaire. Data collected was
analyzed by Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) for Windows version 15.0 to
get the frequency, mean and percentage value. Objective of this research are to identify
perception of first year student Bachelor of Education (Living Skill) about the
challenges facing the ICT advantage, identify students stage of ability to access ICT and
also to identify factor that influent students ability to access the ICT. The research
showed that majority of the students (mean of 4.39) were able to understand the benefit
of ICT and its challenges to learning. For the second objective, the research showed that
students stage of ability to access ICT were moderate. It shows that certain steps have to
be taken to improve students ability to access ICT. The study also found that two factor
which influence the students ability to access ICT namely ‘their ability to apply and
master in ICT if they were given proper training’ and ‘infrastructure that UTM provide
to them such as wireless’. Several suggestions on how to overcome the problem had
been proposed in this study.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xiiv
ix
1 PENDAHULUAN.
1.1 Pengenalan . 1
1.2 Penyataan Masalah. 15
1.3 Persoalan Kajian. 20
1.4 Matlamat Kajian. 21
1.5 Objektif Kajian. 21
1.6 Batasan Kajian. 22
1.7 Kepentingan Kajian . 22
2 KAJIAN LITERATUR.
2.1 Pengenalan. 24
2.2 Sumber Maklumat. 25
2.3 Teknologi Maklumat (ICT)
2.4 Literasi Maklumat (ICT)
2.5 Kemahiran Memperolehi Maklumat
(ICT)
2.6 Kepentingan Komputer Dalam
Pendidikan
2.7 Peranan Komputer Dalam
Pendidikan Di Malaysia
2.8 Komputer Dalam Pendidikan
2.9 Penggunaan Komputer Dalam
Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan
2.10 Penggunaan Komputer Dalam
Tugas Guru
2.11 Penggunaan Komputer Dalam
Pengajaran
26
28
29
32
34
35
37
39
40
x
2.12 Sebagai Alat Bantuan
Pengajaran
2.13 Literasi Komputer
2.14 Kepentingan ICT atau
Komputer Dalam Pendidikan.
2.15 Penggunaan ICT di Pusat
Pengajian Tinggi (Universiti
Teknologi Malaysia)
2.16 Kecekapan (competency)
2.17 Penguasaan
2.18 Tahap Persediaan
2.19 Era Maklumat dan Cabaran
Pengetahuan
2.20 Pelajar Sebagai Individu
Pengetahuan Dalam Era
Pengetahuan
2.20 Jantina
2.21 Kajian – kajian lepas
44
44
45
46
58
59
59
60
62
64
64
xi
3 METODOLOGI KAJIAN.
3.1 Pengenalan. 69
3.2 Rekabentuk Kajian. 70
3.3 Tempat Kajian. 70
3.4 Populasi Kajian. 70
3.5 Kaedah Pengumpulan Data
3.6 Pengumpulan Data Primer
3.7Pengumpulan Data sekunder
3.8 Prosedur Kajian
3.9 Kajian Rintis
3.10 Persampelan
3.11Kaedah Penganalisis Data
3.12 Kesimpulan
71
71
74
75
76
78
78
80
4 ANALISIS KAJIAN.
4.1 Pengenalan. 81
4.2 Penganalisaan Latar Belakang Responden
(Analisis Bahagian A)
82
4.3 Analisis Bahagian B
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3
4.4 Kesimpulan
83
85
88
93
97
xii
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN.
5.1 Pengenalan. 101
5.2 Rumusan kajian
5.3 Rumusan Analisis Biodata Responden
5.4 Rumusan Analisis Persoalan Kajian
5.5 Keseluruhan Rumusan
5.6 Cadangan Kajian
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan
5.8 Penutup
.
102
104
104
110
111
113
114
BIBLIOGRAFI 115
LAMPIRAN
A. Set Borang Soal Selidik
B. Dapatan Kajian Rintis
xiii
SENARAI RAJAH.
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.1 Rajah menunjukkan nilai alfa 77
Rajah 1.2 Perbandingan dapatan persoalan kajian 99
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURATJadual 1.1 Model REACTS 31
Jadual 1.2 Nilai Alpha Cronbach 77
Jadual 1.3 Skala Likert Yang Digunakan UntukPengukuran Tahap
79
Jadual 1.4 Tafsiran Tahap Berdasarkan Min 80
Jadual 1.5 Data set soal selidik yang telah diedar 82
Jadual 1.6 Bilangan dan peratusan responden mengikutjantina.
82
Jadual 1.7 Bilangan dan peratusan responden mengikutbangsa.
83
Jadual 1.8 Petunjuk Min Untuk Mengukur DarjahPenilaian Terhadap Responden
84
Jadual 1.9 Analisis berdasarkan persepsi pelajarterhadap cabaran Teknologi Komunikasidan Maklumat (ICT).
85
Jadual 1.10 Analisis berdasarkan Penguasaan pelajarterhadap kecekapan Teknologi Maklumat &Komunikasi ( ICT)
88
Jadual 1.11 Analisis berdasarkan Faktor- faktor YangMempengaruhi Tahap Penguasaan PelajarTerhadap Kecekapan Teknologi Maklumat& Komunikasi ( ICT).
93
Jadual 1.12 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 97
xv
SINGKATAN
UTM : Universiti Teknologi Malaysia.
ICT : Teknologi Komunikasi dan Maklumat.
SPH : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan( Kemahiran Hidup)
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
CICT : Pusat Teknologi Komunikasi dan Maklumat.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Dunia hari ini semakin maju. Setiap hari terdapat berbagai-bagai barangan dan
ciptaan baru yang dihasilkan. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Negara-
negara Eropah dan Jepun berlumba-lumba untuk mengatasi di antara satu sama lain
dalam penghasilan teknologi terkini. Dalam perlumbaan dunia menggunakan teknologi
maklumat ini, negara kita juga tidak ketinggalan. Malaysia sebagai sebuah negara yang
pesat membangun kini sedang memasuki dan berada dalam era teknologi maklumat,
industri berat dan teknologi tinggi.
Perkembangan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan teknologi
pendidikan begitu pesat sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Teknologi
pembuatan yang begitu popular pada tahun-tahun 80-an telah ketinggalan. Sekarang ini,
era teknologi maklumat dan satelit sedang pesat berkembang dan kita sedang memasuki
era teknologi yang tinggi dan canggih ini.
2
Menurut Ismail Zain ( Utusan Malaysia, 4 Julai 2001), CD-ROM yang
dikategorikan sebagai bahan Pukal Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
merupakan bahan multimedia, sama ada difokuskan kepada mata pelajaran tertentu
mengikut sukatan pelajaran, berfokuskan maklumat umum atau berfokuskan kepada
sesuatu bidang atau topik.
Menyedari hakikat akan kepentingan peranan teknologi khususnya teknologi
maklumat dan teknologi perkomputeran ke arah menjana negara menjadi negara maju
menjelang abad 21, pemimpin negara kita turut terpanggil untuk merancang dasar dan
wawasan negara. Perdana Menteri, Datuk Sri Dr. Mahathir di dalam ucapan beliau
sempena Persidangan 1 Majlis Perdagangan Malaysia, telah melahirkan hasrat untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar maju pada tahun 2020.
Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat membawa Malaysia ke arah
sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan.
(Dr. Mahathir, 1991).
Menurut John (1992), komputer boleh digunakan untuk mengajar semua
mata pelajaran dan bukan tertumpu kepada mata pelajaran sains dan metematik sahaja.
Dengan ini terpulang kepada guru itu sendiri sama ada mahu mempelbagaikan keadah
pengajarannya atau tidak. Sehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa
Muhamad (Utusan Malaysia, 28 Jun 2001), telah mengingatkan para guru bahawa
“kerajaan telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur teknologi di sekolah
dan para guru hendaklah menggunakan teknologi yang disediakan oleh kerajaan untuk
menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang”.
3
Kewujudan teknologi seperti televisyen satelit, internet dan komputer yang
diaplikasikan dalam institusi pengajian tinggi boleh menghasilkan seorang siswa yang
mahir dari segi teknologi.. Ini kerana teknologi perkomputeran mampu untuk
menyalurkan maklumat yang sukar diperolehi sebelum ini. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa wujud beberapa kelemahan dalam proses pendidikan di negara ini,
namun usaha yang berterusan dengan penggunaan teknologi terkini akan dapat
memperbaiki kelemahan itu. Ini semua hanya akan tercapai jika para siswa-siswi yang
bakal menjadi nadi pembangunan negara kita dan generasi akan datang mempunyai
kemahiran dalam teknologi maklumat.
Penyebaran dan penyampaian maklumat secara berkesan kepada pelajar di IPTA
mahupun di IPTS biasanya kurang diberi penekanan oleh kebanyakkan pengajar. Secara
tradisi, ramai pengajar yang mungkin mengandaikan bahawa setiap pelajar mampu
menerima apa sahaja yang disampaikan oleh mereka. Pada hakikatnya setiap pelajar
mempunyai perbezaan individu dari segi kemampuan memproses maklumat serta cara
belajar, tumpuan dan sebagainya. Oleh itu komunikasi yang lebih efektif amat penting
dalam pengajaran. Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam
pengajaran ialah melalui aplikasi teknologi komputer..
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan
era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam
pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan
kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan
alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta
budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi
pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek,
antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar,
penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
4
Pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing,
kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian
sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid,
masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan
teknologi yang berkesan dari segi kos.( Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri
Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005)
Pusat pengajian tinggi telah melaksanakan beberapa initiatif untuk
menggalakkan kegunaan teknologi maklumat (IT) di kalangan kakitangan akademik dan
pelajar . Satu daripada usaha yang telah mendapat sambutan yang amat baik di kalangan
kakitangan akademik dan pelajar ialah penggunaan teknologi laman web. Ramai
pensyarah di institusi pengajian tinggi kini mengendalikan Sub-Web masing-masing
untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan kuliah termasuk pengumuman umum,
nota-nota kuliah, kertaskerja seminar, latihan dan juga penyerahan tugasan secara
elektronik.
Perlu dititikberatkan bahawa semua pensyarah mengendalikan Laman Web
masing-masing tanpa bantuan staf teknikal atau jurutaip. Mereka hanya diberi "tutorial"
pada peringkat awal untuk menyakinkan mereka terhadap faedah dan mudahnya
mengguna teknologi Laman Web. Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi juga kini
dapat memperolehi nota-nota kuliah dan menyerahkan tugasan secara
elektronik. Mereka juga telah mula mengadakan perbincangan dalam forum elektronik
sebagai suatu media untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam perbincangan
akademik. Kini, teknologi laman web digunakan untuk pelbagai urusan-urusan.
5
Pensyarah kini boleh menerbitkan nota kuliah serta bahan-bahan lain dari bilik
masing-masing ke HBP Web Server (yang terletak di Makmal IT ) melalui Rangkaian
Tempatan USM (USMNet). HBP Web Server telah dilengkapi dengan Frontpage 98
Server Extension dan pensyarah boleh mengguna Frontpage 98 dari PC di bilik mereka
untuk terus menerbit dan menguruskan sub-web masing. Sekuriti ke sub-web adalah
melalui kaedah Windows NT Challenge-and-Response (iaitu suatu sistem sekuriti yang
amat kukuh). Ada juga pensyarah yang telah mula menerbit dan mengurus sub-web
mereka dari luar kampus (rumah kediaman) melalui Jaring dan TMNet. Dengan ini,
institusi pengajian tinggi kian menuju ke arah telework dan kampus tanpa sempadan.
Penyediaan laporan dalam bentuk elektronik sebenarnya telah lama berlaku di
institusi pengajian tinggi dan ini termasuk penyerahan laporan dan tugasan dalam
berbagai bentuk dengan diskette. Kini para siswazah diberi peluang untuk menulis dan
seterusnya serahkan laporan mereka ke HBP Server dengan mengguna teknologi laman
web juga. Kemahiran menulis dan menerbit secara elektronik amat penting untuk
generasi pekerja masa depan ("knowledge workers"). Selain penerbitan terus ke HBP
Web, kotak elektronik yang juga dikenali sebagai "Electronic Dropboxes" juga telah
disediakan di HBP Server untuk penyerahan tugasan oleh pelajar dengan FTP (File
Transfer Protocol). Tugasan itu mungkin dalam bentuk laporan atau pun projek
pangkalan data, CAD, GIS dan lain-lain.
Pelajar dapat berkongsi sumber melalui hasil projek pelajar (serta pensyarah)
termasuk CAD, GIS dan Pengkalan Data serta laporan-laporan boleh diperolehi dari
HBP Web Server. Diharapkan hasil projek ini boleh dipertingkatkan lagi oleh pelajar
masa depan sehingga tahap yang cemerlang dan mantap. Forum Elektronik juga
diperkenalkan. HBP Forum telah diguna oleh kursus undang-undang perancangan
sebagai sesuatu media untuk membawa inovasi kepada pembelajaran. Perbincangan
yang dijalankan di Forum tersebut akan dapat membuka pandangan pelajar terhadap isu-
isu dan pendirian yang mungkin bertentangan.
6
Sebagai suatu pertubuhan yang peka kepada kehendak dan pandangan
"pelanggannya", biasanya institusi pengajian tinggi telah sediakan kemudahan untuk
mendapat maklumbalas, terutamanya daripada pelajar. Penerangan dapat diberi
terhadap keraguan berkaitan dengan kaedah dan objektif kursus atau projek. Pelajar juga
dapat belajar Teknologi Web di Laman Web. Biasanya pusat pengajian tinggi
mengambil inisiatif membantu pelajar atau pelawat boleh belajar bagaimana mereka
sediakan suatu laman web yang serupa. Kelebihannya ialah pelajar dapat lihat
bagaimana sesuatu kemudahan itu sebenarnya berfungsi manakala buku tercetak dapat
menerangkan sahaja.
Kelebihan laman web ialah ia amat mudah untuk difahami dan
diuruskan. Sesiapapun boleh mengendalikan laman web tanpa kemahiran dalam
pengaturcaraan komputer. Maka ia sungguh menarik kepada pensyarah-pensyarah yang
ingin berkecimpung di dalam dunia IT tetapi belum lagi yakin boleh mengendalikan
sistem komputer atau perisian yang selalunya dianggap susah
(computerphobia). Dengan pengalaman daripada mengguna IT ini, diharapkan
kakitangan akademik ini akan terus mencuba teknologi maklumat yang lain.
Penerbitan dalam laman web akan memudahkan pencarian maklumat
(information retrieval) oleh pelajar. Dari seluruh dunia, sesiapa pun boleh guna search
engine untuk mencari maklumat yang dikehendaki dan maklumat itu boleh dibaca oleh
ramai orang secara serentak. Penerbitan dalam Laman Web menetapi sasaran dalam era
globalisasi. Bahan-bahan kuliah PBP kini boleh diperolehi oleh pelawat dari seluruh
dunia.
Penerbitan tercetak mengambil masa yang panjang tetapi dengan laman web,
sebaik sahaja pensyarah siapkan bahagian-bahagian tertentu, beliau boleh terbitkannya
untuk faedah pembaca. Sebarang pindaan juga dapat diterbitkan dengan cepat. Dalam
dunia akademik, sesuatu buku ilmiah biasanya mengambil masa yang panjang untuk
ditulis, dikritik, diulas dan seterusnya dipinda. Dengan laman web, pensyarah boleh
7
terbitkan tulisan ilmiah mereka untuk mendapat ulasan daripada pelajar atau pun pelawat
lain dan seterusnya mantapkan karya mereka.
Penggunaan teknologi oleh pensyarah boleh meringankan kerja mereka
terutamanya untuk memenuhi permintaan pelajar untuk nota-nota kuliah tercetak. Ia
juga boleh jimat perbelanjaan universiti daripada segi kos kakitangan dan bahan-bahan
untuk mengeluarkan nota tercetak. Hasil yang diterbitkan oleh pensyarah sendiri akan
memberi kepuasan kepada pensyarah (job satisfaction) itu dan seterusnya mendorong
beliau untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang mereka. Ia juga boleh menjadi
contoh kepada para siswazah.
Penerbitan nota kuliah serta hasil kerja pelajar di Web Server akan
menambahkan isikandungan web (Web content) daripada masyarakat Malaysia untuk
faedah seluruh dunia. Penggunaan laman web untuk pengajaran dan pembelajaran
mempertahankan pelaburan beberapa Juta Ringgit yang telah dan akan digunakan untuk
USMNet. Kini sudah ramai pensyarah di institusi pengajian tinggi yang telah menerima
teknologi laman web untuk membantu tugas pengajaran mereka dan mengendalikan
laman web sendiri. Mereka menjadi teladan yang baik kepada para siswazah.
Teknologi laman web memang mudah. Sebab itulah World Wide Web (WWW)
telah menjadi begitu popular dan telah maju dengan begitu cepat. Namun, WWW juga
telah menjadi lebih mantap. Selain daripada teks dan grafik, teknologi laman web kini
juga merangkumi bunyi dan animasi serta interaktiviti, ia itu seseorang pelajar boleh
berinteraksi dengan laman web seperti membuat pertanyaan dan menjawab soalan.
8
Kesemua kemudahan ini sebenarnya telah diserapkan ke Laman Web HBP tetapi
diharapkan ia akan diperluaskan kegunaannya oleh semua pensyarah supaya nota kuliah
lebih menarik dan efektif. Sebagai media untuk CAI/CBL (Computer Aided Instruction/
Computer Aided Learning) tidak boleh dinafikan teknologi Laman Web mempunyai
banyak potensi dan kelebihan jika dibandingkan dengan media CD-ROM.
Sebagai sebuah institusi yang peka kepada hasrat Kerajaan dan rakyat supaya
pekerja masa depan mahir dalam kegunaan IT untuk kerja sehari-harian, pusat pengajian
tinggi seperti Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan (PBP) telah
menyediakan akaun dan sub-web untuk setiap pelajar baru mulai Sessi Akademik
1999/2000. Semua tugasan / projek mereka boleh diterbitkan di sub-web masing-
masing. Pensyarah seterusnya boleh meneliti tugasan itu dari bilik pejabat mereka atau
dari mana jua mereka berada jika dapat akses ke Internet .Lama kelamaan, hasil
pensyarah dan pelajar akan menjadi mantap dan boleh disusun dan diterbitkan sebagai
buku ilmiah berbentuk elektronik.
Pada masa yang sama, Internet atau "International Network of Network" ialah
suatu rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Penggunaannya semakin
meningkat di negara kita walaupun tidaklah sehebat negara maju. Ini menggambarkan
keadaan realiti rakyat negara kita yang semakin celik komputer dan tidak lagi fobia
kepada teknologi baru. Ini jelas terbukti apabila institusi pengajian tinggi semakin
berusaha ke arah meningkatkan penggunaan teknologi moden ini terutamanya warga
pendidik.
9
Kalau dahulu, tidak adapun guru di Malaysia yang mengetahui apa itu internet,
apa lagi untuk menggunakannya.Tetapi kini, bilangan guru yang mempunyai akses ke
internet sudah mencapai angka ratusan dan tidak mustahil ianya akan meningkat kepada
jumlah yang lebih besar pada masa akan datang. Sesetengah pihak mungkin tidak begitu
memahami apakah yang boleh dibuat oleh seorang pelajar dalam internet.
Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan
maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat
sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seorang pelajar dengan
pelajar yang lain, pelajar dengan pensyarah, pensyarah dengan pensyarah lain dan
sebagainya.
Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet
ialah projek-projek yang telah dijalankan oleh pendidik berasaskan internet, rancangan
pengajaran dan pembelajaran, bahan maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan
dan kemahiran berbahasa, perkongsian maklumat , saluran komunikasi dan bahan –
bahan sejarah .
Antara bahan yang boleh diaplikasikan oleh warga pendidik dan pelajar melalui
penggunaan internet adalah seperti berikut. Antara teori pembelajaran yang sering
dibincangkan oleh warga pendidik pada masa ini ialah konstruktivisme. Beberapa
pendekatan pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran
koperatif, penyelesaian masalah dan konstruktif (inkuiri penemuan).
10
Kajian oleh Christle (1996) terhadap penggunaan mel elektronik (email) dan
penerokaan maklumat di kalangan para pelajar mendapati bahawa selain daripada
semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar semakin mesra
dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui
ini. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dan suasana baru
seperti menggunakan internet telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar
didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.
Pendekatan pembelajaran penyelesaian masalah merupakan alternatif yang
paling sesuai dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Melalui penggunaan
internet, pendidik dan pelajar dapat melihat pelbagai soalan mengikut aras pemikiran
pelajar. Di sini para pendidik boleh membimbing pelajar untuk memilih soalan-soalan
berkaitan untuk diselesaikan di dalam atau di luar waktu kuliah.
Koleksi jurnal berkaitan pelbagai topik dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang
sesuai digunakan oleh para pensyarah dan pelajar. Setiap jurnal mengandungi artikel
yang terkini dan boleh dicetak untuk dijadikan sumber rujukan. Terdapat juga laporan
hasil kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji dari seluruh dunia. Satu ruangan
perbincangan siber tokoh-tokoh pendidikan dari pelbagai bidang pengajian dari seluruh
dunia dimuatkan dalam ruangan internet (forum) . Tajuk dan perbincangan tokoh-tokoh
tersebut dikumpulkan dan disusun dengan sistematik bagi memudahkan pencarian. Turut
dimuatkan ialah isu-isu terkini dalam dunia sekarang dan pelbagai bidang pendidikan.
Terdapat kemudahan "bahan pencari" atau search, di mana pelajar hanya perlu menulis
kata kunci atau topik-topik tertentu yang mereka hendak cari. Satu senarai yang
berkenaan akan muncul dan kita boleh memilih item/tajuk yang sesuai.
11
Terdapat juga ruangan untuk soal jawab dalam rangkaian internet. Dalam
ruangan ini, siswazah berpeluang untuk mengemukakan sebarang kemusykilan dengan
pelbagai bidang yang kita ceburi. Soalan yang ditanya akan dijawab oleh pakar-pakar
yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Melalui email pelajar juga dapat
membaca koleksi soalan dan pertanyaan yang telah dikumpulkan mengikut topik-topik
tertentu.
Selain itu, terdapat juga banyak rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh
para pendidik dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain.
Rancangan pengajaran ini mengandungi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang meliputi pelbagai topik dan tahap. Pelajar juga berpeluang untuk mengemukakan
rancangan pengajaran yang lengkap untuk dimuatkan dalam laman web (jika terpilih).
Melalui internet, pelajar juga boleh mengetahui tokoh-tokoh silam yang lahir
atau meninggal pada tarikh-tarikh tertentu. Paling menarik ialah pelajar dapat mengenali
tokoh-tokoh ini dengan melihat gambarnya sekali. Contohnya ahli matematik yang
tersohor seperti Martin Gardner, Keith Devlin dan Ian Stewart. Sejarah matematik ini
telah disusun mengikut tajuk dan bidang tertentu dalam matematik untuk memudahkan
pelajar mengetahui sesuatu peristiwa dan tokoh mengikut kronologi. Sebagai contoh
pensyarah boleh meminta para pelajar mencari dan mengenalpasti tokoh-tokoh yang
berkenaan dengan matematik dengan melayari laman tersebut.
Online exercises ialah latihan yang dibuat secara online di mana para pelajar
akan membuka laman web yang dikirimkan oleh pensyarah dan menyelesaikan semua
masalah yang terdapat dalam latihan tersebut. Para pelajar dikehendaki mengemukakan
jawapan sahaja atau bersama-sama dengan jalan pengiraan. Cara ini boleh digunakan
untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian, kerja projek, soal selidik dan sebagainya.
Melalui cara ini juga, pembelajaran dapat dilakukan secara optimum dan berterusan.
Proses pembelajaran akan berlaku di dalam dan luar waktu persekolahan melalui
12
bimbingan secara siber. Ini kerana masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada
proses pembelajaran.
Para siswazah juga berpeluang mempelajari dengan lebih dalam tentang
kesenian. Bentuk-bentuk geometri yang diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan
satu corak yang menarik dan berharga. Dengan ini, pelajar berpeluang menghasilkan
corak-corak tersebut dengan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing-masing.
Ianya boleh digunakan sebagai bahan projek atau dalam bidang kesenian. Terdapat
banyak perisian tentang pelbagai bidang yang boleh digunakan untuk pengajaran sesuatu
konsep dan penguasaan kemahiran tertentu. Perisian ini boleh digunakan oleh siswazah
samada secara "online" atau didownload ke komputer peribadi. Ianya mudah digunakan
dan merangkumi banyak topik tentang bidang yang dicari.
Berdasarkan penggunaan internet yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan
bahawa ianya berpotensi untuk menjadikan sesuatu p & p itu lebih menarikdan
bermakna. Terpulang kepada siswazah untuk memaksimumkan penggunaan internet ini
dengan bijaksana memandangkan kemudahan yang sedia ada di institusi pengajian
tinggi. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada
hari ini, tetapi kemudahan untuk menggunakan internet terdapat di mana-mana; rumah,
kedai, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan
suasana pembelajaran bestari yang lebih kepada student centered / berpusatkan pelajar.
Ini akan menjayakan matlamat perlaksanaan sekolah bestari untuk melahirkan warga
negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia supaya dapat
menghasilkan seorang bakal siswazah yang sudah biasa dengan ’dunia komputer.’
Sebagai contoh, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan
penggunaan e-pembelajaran sejak tahun 1997. Pada masa itu, sistem tersebut dikenali
sebagai sistem pembelajaran maya dengan setiap fakulti di UTM mempunyai laman
13
pembelajaran maya yang dikendalikan sendiri oleh pihak fakulti. Pembelajaran maya
pada masa tersebut sebenarnya cuma merupakan laman web yang membenarkan pelajar
mengakses silabus, memuat turun nota kuliah dan mengakses lain-lain bahan pengajaran
melalui pautan yang disediakan.
Pada masa kini, e-pembelajaran bukan hanya berkaitan dengan proses memuat
turun nota kuliah semata-mata malah merangkumi skop yang lebih luas sehingga ianya
dilihat berpotensi dalam menggalakkan proses pembelajaran aktif di luar bilik kuliah dan
seterusnya menjadi sokongan dan pelengkap kepada proses pembelajaran konvensional.
Bagi meningkatkan penggunaan e-pembelajaran, pada penghujung tahun 2001, UTM
mula menyelaraskan penggunaan pembelajaran maya di setiap fakulti dan telah
memperolehi sistem pengurusan e-pembelajaran komersil iaitu WebCT.
Perisian WebCT merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran yang dapat
menyediakan pelbagai kemudahan P&P seperti memuat naik dan berkongsi dokumen,
membina bahan pengajaran secara elektronik, perbincangan maya, merekod aktiviti
pelajar dan berkomunikasi secara maya. Pihak universiti mengharapkan dengan
penggunaan sistem yang bersepadu ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan di samping mempermudahkan pensyarah menggunakan kemudahan e-
pembelajaran yang disediakan.
Walau bagaimanapun, setelah digunakan selama hampir tiga tahun, pihak
pengurusan dan juga jawatankuasa e-pembelajaran UTM telah memutuskan untuk
mencari satu sistem baru bagi bagi menggantikan sistem pengurusan e-pembelajaran
WebCT yang telah tamat lesen penggunaannya. Selaras dengan galakan pihak kerajaan
terhadap penggunaan perisian sumber terbuka (open source), akhirnya pada tahun 2004,
UTM telah memilih satu sistem pengurusan pembelajaran berasaskan sumber terbuka
yang dipanggil Moodle™.
14
Moodle adalah singkatan bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning
Environment. Ianya merupakan satu sistem pengurusan pempelajaran yang dibangunkan
berasaskan kepada asas pedagogi dan teori pembelajaran yang kukuh dikenali sebagai
konstruktivis sosial (Social Constructivist). Pendekatan ini memberi penekanan kepada
proses pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar harus membangunkan
pembelajaran mereka sendiri berdasarkan penemuan dan penerokaan yang dilakukan.
Persekitaran pembelajaran yang disokong oleh Moodle juga menekankan kepada
pembelajaran (sama ada secara kendiri mahupun secara berkumpulan) menerusi empat
fasa kerja iaitu membina (constructing), kolaborasi (collaborating), mencipta (creating),
berkongsi (sharing). Berdasarkan persekitaran pembelajaran dan juga aktiviti
pembelajaran yang disediakan dalam sistem, satu proses pembelajaran yang lebih
konstruktif dan aktif dapat disediakan untuk kegunaan pelajar. Ini seterusnya diharapkan
dapat menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mampu membina kefahaman sendiri serta
mencipta idea-idea baru tetapi juga tidak menghadapi masalah untuk berkongsi idea dan
bekerja dalam kumpulan.
Mereka seterusnya diharapkan mampu berkongsi maklumat yang diperoleh
dengan golongan yang memerlukannya iaitu masyarakat. Tidak seperti pakej perisian
LMS komersial, Moodle dibangunkan sebagai sebuah perisian sumber terbuka di bawah
pelesenan awam atau GNU. Ini bermakna sebarang pengubahsuaian boleh dilakukan ke
atas kod sumbernya mengikut keperluan pengguna selagi pengendali tidak menukar
lesen asal atau menjualnya untuk tujuan komersial. Oleh yang demikian, sistem sebegini
adalah lebih fleksibel dan mampu memberi impak yang lebih positif terhadap
perkembangan penggunaan dan pembangunan e-pembelajaran di UTM.
15
Diharapkan sistem pengurusan e-pembelajaran yang sedang berkembang di
UTM ini akan terus diperkasakan lagi kerana ianya adalah satu wadah yang bermakna
untuk pelajar menyuarakan pendapat serta buah pemikiran yang boleh diguna pakai oleh
pensyarah ataupun pihak pentadbiran UTM dalam mewujudkan persekitaran pendidikan
yang seiring dengan matlamat pendidikan negara.
Lantaran itu, pengkaji telah menjalankan kajian di Universiti Teknologi Malaysia
Skudai untuk meninjau akan tahap persediaan pelajar tahun satu ambilan sem 08/09
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap cabaran
Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).
1.2 Pernyataan Masalah
Revolusi teknologi maklumat yang bergabung dengan teknologi komunikasi ini
telah mempercepatkan penyebaran maklumat di seluruh pelosok dunia melalui rangkaian
jaringan internet. Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas memberi penekanan terhadap sains
dan teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian baru
menjelang tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu
kemestian untuk membolehkan negara bergerak kehadapan.
Dalam era teknologi maklumat ini, penggunaan komputer dalam segenap bidang
kehidupan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Ini kerana melalui penggunaan komputer
akan dapat memudahkan lagi tugas-tugas seharian. Oleh itu, pelajar di institusi
pengajian tinggi hendaklah mempunyai inisiatif untuk melengkapkan diri serta
meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer bagi tujuan pengurusan,
pengajian dan pembelajaran khasnya para siswa- siswi yang baru memasuki universiti
dan mereka ini terlibat secara langsung dalam pembelajaran yang berteraskan dengan
bidang teknologi. Melalui cara ini siswa-siswi baru tidak akan ketinggalan dengan
perubahan teknologi semasa.
16
Pengetahuan ialah satu sistem yang mana individu pengetahuan akan menjadi
sumber utama dalam permodalan baru. Menurut Riley (2001), pelajar pengetahuan ialah
mereka yang mencari, mengumpul dan mengagihkan maklumat dan ilmu dengan
menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT).
Charles dan Joseph (2000), pelajar berpengetahuan penting untuk menyumbang
idea dan penemuan baru kepada organisasi dan masyarakat. Pelajar berpengetahuan
yang merupakan bakal pekerja memerlukan pembangunan dari segi pengetahuan dan
kemahiran dalam bentuk latihan supaya dapat bersedia untuk menyumbangkan idea-idea
yang kreatif. Pelajar secara umumnya akan muncul sebagai faktor yang kritikal untuk
mencapai kejayaan dalam pengurusan pengetahuan sejak maklumat telah menjadi satu
komoditi yang amat bernilai dalam masyarakat dewasa ini (Gessesse,1997).
Berikut disenaraikan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh
setiap pihak yang terlibat dalam penggunaan dan perkembangan e-pembelajaran di
Universiti Teknologi Malaysia seperti yang termaktub dalam polisi e-pembelajaran
UTM dan juga polisi Pengajaran dan Pembelajaran UTM. Pihak pengurusan universiti
menerusi Senat bertanggungjawab menetapkan hala tuju dan polisi universiti khususnya
yang berkaitan dengan penggunaan e-pembelajaran dalam proses P&P.
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) yang bertanggungjawab menyediakan
program latihan dan sokongan untuk pensyarah, menyediakan kemudahan dan sokongan
kepada pensyarah dalam merekabentuk dan membangunkan bahan P&P elektronik dan
17
menyediakan manual, panduan penggunaan, garis panduan, tutorial dan sebagainya
untuk kegunaan pensyarah, memantau pelaksanaan dan perkembangan penggunaan e-
pembelajaran di kalangan pensyarah dan pelajar dan melaporkannya kepada pihak
universiti secara berkala, menyediakan indeks aktiviti yang menjadi penunjuk aras
kepada aktiviti e-Pembelajaran, menjalankan kajian keberkesanan program e-
pembelajaran dan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan.
Seterusnya, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT)
bertanggungjawab menyediakan program latihan dan sokongan untuk pelajar,
menyediakan kemudahan komputer, perisian dan talian internet untuk kegunaan pelajar
mencapai sistem e-pembelajaran universiti, mengurus, membangun dan memastikan
infrastruktur teknologi, seperti komputer pelayan, perisian sistem pengurusan
pembelajaran (LMS) yang digunakan, berfungsi dengan baik, mencari, mengkaji dan
membangunkan teknologi-teknologi baru dan bersesuaian dengan keperluan P&P
berasaskan penggunaan teknologi di universiti bersama pihak CTL dan menjamin
keselamatan data utama dalam sistem e-pembelajaran dan melakukan proses ‘backup’
supaya data e-pembelajaran disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun (atau
empat semester) bagi tujuan rujukan.
Dekan Fakulti juga bertanggungjawab menyediakan sokongan dari segi
kemudahan komputer yang dilengkapi dengan rangkaian komunikasi termasuk capaian
kepada internet bagi kegunaan staf akademik dan juga pelajar, melengkapkan bilik-bilik
kuliah dengan kemudahan berasaskan teknologi yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran, menyediakan sokongan dan motivasi yang bersesuaian kepada staf
akademik dalam penggunaan e-pembelajaran atau pembangunan bahan P&P elektronik,
membentuk jawatankuasa penyelarasan e-pembelajaran di peringkat fakulti yang
diketuai oleh Dekan bagi memantau pelaksanaan e-pembelajaran di peringkat fakulti dan
mengambil tindakan penambahbaikan susulan berdasarkan laporanpemantauan yang
dikeluarkan oleh pihak universiti.
18
Staf Akademik pula bertanggungjawab menyediakan nota atau bahan P&P yang
bersesuaian dengan silabus matapelajaran dan memasukkan ke dalam sistem e-
pembelajaran untuk rujukan pelajar, bekerjasama dengan pihak CTL sebagai pakar rujuk
atau pakar isi kandungan bagi tujuan mereka bentuk dan membangunkan bahan P&P
elektronik bagi mata pelajaran kendalian masing-masing, bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam mata pelajaran kendalian masing-
masing di dalam sistem e-pembelajaran, melibatkan diri secara aktif di dalam sistem e-
pembelajaran bagi matapelajaran kendalian masing-masing, mengemaskini dan
mempertingkatkan bahan pembelajaran yang disediakan.
Antara individu yang paling bertanggungjawab dalam hal ini ialah pelajar.
Pelajar bertanggungjawab dalam mengambil bahagian aktif dalam penggunaan aktiviti
pembelajaran yang telah disediakan melalui sistem e-pembelajaran, tidak
menyalahgunakan kemudahan yang disediakan bagi tujuan-tujuan lain selain daripada
untuk tujuan pembelajaran. Bagi menjamin kelancaran pembangunan dan juga
perkembangan e-pembelajaran di UTM, satu rangka kerja e-pembelajaran telah
disediakan oleh universiti. Lima komponen utama telah dijadikan dasar dalam
pembangunan dan perkembangan e-pembelajaran di UTM iaitu Institusi, Pengurusan,
Pembekal Pengetahuan, Pedagogi dan Teknologi. Setiap satunya saling menyokong di
antara satu sama lain.
Berikut dijelaskan mengenai setiap komponen yang dinyatakan. Pihak institusi
(iaitu UTM) bertanggungjawab menetapkan hala tuju dan polisi universiti khususnya
yang berkaitan dengan penggunaan e-pembelajaran dalam proses P&P. Ianya juga
menyediakan peruntukan serta sokongan yang diperlukan dalam mengembangkan
19
e-pembelajaran di UTM. Ini khususnya memastikan graduan yang dihasilkan
mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. e-pembelajaran di
UTM tidak akan berkembang tanpa maklumat dan pengetahuan. Semuanya ini diperoleh
daripada pembekal pengetahuan yang dikenalpasti seperti Perpustakaan dan juga
daripada pihak fakulti atau pensyarah itu sendiri. Semua maklumat yang dibekalkan ini
akan membentuk koleksi sumber yang boleh dicapai bila-bila masa, di mana-mana juga
menerusi sistem e-pembelajaran yang disediakan oleh universiti.
Pengetahuan yang bermakna akan terbentuk apabila ianya disampaikan menerusi
penggunaan pedagogi atau kaedah P&P yang bersesuaian. Pedagogi yang dipilih
seharusnya berasaskan kepada keperluan universiti amnya dan negara khususnya.
Kemahiran generik, pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan hasil misalnya
merupakan contoh elemen yang perlu diambil kira dalam pemilihan pedagogi yang akan
digunakan. Seterusnya, dengan bantuan pihak fakulti (pensyarah khususnya) semuanya
ini akan diintegrasikan bagi membentuk bahan pembelajaran digital untuk digunakan
oleh pelajar.
Sehubungan dengan itu, para pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya
pelajar tahun satu yang baru menjejaki kaki di menara gading perlu bersedia dengan
pengetahuan komputer untuk mengelakkan diri mereka daripada kejutan atau bebanan
memandangkan institusi pengajian tinggi kini lengkap dengan segala kemudahan
komputer yang berteknologi tinggi.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang persediaan pelajar tahun satu Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap teknologi komunikasi maklumat (ICT). Kajian
ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap penguasaan pelajar tahun satu Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kecekapan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dan apakah faktor – faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar tersebut
terhadap kecekapan teknologi maklumat komunikasi.
20
Selain itu, kajian sedemikian belum pernah lagi dijalankan di kalangan pelajar Universiti
Teknologi Malaysia. Ini mengukuhkan lagi rasionalnya kajian ini patut dijalankan. Pengenalpastian
terhadap tahap persediaan pelajar tahun satu dalam teknologi komunikasi maklumat akan membantu pihak
pengurusan UTM menyediakan keperluan pembangunan yang sepatutnya untuk menghadapi cabaran ICT.
1.3 Persoalan Kajian
Atas isu dan dasar inilah, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan seperti berikut :
1.3.1 Apakah persepsi pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap teknologi komunikasi maklumat
(ICT) ?
1.3.2 Sejauh manakah tahap penguasaan pelajar tahun satu Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kecekapan
teknologi komunikasi maklumat (ICT)?
1.3.3 Apakah faktor- faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar
tahun satu Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) terhadap kecekapan teknologi maklumat komunikasi?
1.4 Matlamat Kajian
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kecekapan ICT, dan sejauh manakah tahap
penguasaan pelajar terhadap kecekapan teknologi komunikasi maklumat (ICT), dan apakah faktor–faktor
yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar tersebut terhadap kecekapan teknologi maklumat
komunikasi.
21
1.5 Objektif Kajian
1.5.1 Mengenal pasti persepsi pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap teknologi komunikasi
maklumat (ICT).
1.5.2 Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar tahun satu Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kecekapan
teknologi komunikasi maklumat(ICT).
1.5.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan
pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) terhadap kecekapan teknologi maklumat komunikasi.
1.6 Batasan Kajian
1.6.1 Kajian ini terbatas kepada pelajar tahun satu Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
1.6.2 Kajian ini hanya dijalankan di UTM Skudai sahaja berdasarkan kos dan masa yang amat
terhad.
22
1.7 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini diharap dapat mendatangkan beberapa faedah seperti berikut:
1.7.1 Ilmiah Dan Akademik
Kajian yang berkenaan dengan cabaran pelajar baru(pelajar tahun satu)
terhadap teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah amat terhad. Justeru itu,
kajian yang berikut amat kurang di negara kita. Jadi, kajian ini diharap dapat
menambahkan lagi jumlah kajian yang sedia ada dalam disiplin yang sama.
Selain itu, hasil kajian ini juga akan dapat digunakan oleh pengkaji lain sebagai
satu rujukan untuk menjalankan kajian dalam bidang yang sama pada masa
hadapan.
1.7.2 Pihak Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia / Pihak
Pengurusan ICT Universiti Teknologi Malaysia
Hasil kajian ini juga diharap dapat memberi idea kepada pihak
pengurusan ICT UTM untuk mengenal pasti sejauh mana tahap penguasaan
pelajar baru(pelajar tahun satu) dalam kecekapan teknologi komunikasi
maklumat. Justeru itu, ia akan membantu pihak pengurusan UTM untuk
mengenal pasti kecekapan teknologi maklumat yang diperlukan oleh pelajar
tersebut.
Dengan itu, mereka akan dapat menyediakan latihan dan pembanggunan
yang sesuai dengan keperluan pelajar. Akhir sekali, kajian ini dapat memberi
satu gambaran menyeluruh akan tahap persediaan pelajar tahun satu kursus
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup) menghadapi
23
cabaran teknologi komunikasi maklumat. Ini disebabkan aset pelajar merupakan
tunjang pembanggunan sesebuah negara.
1.7.3 Pelajar Tahun Satu UTM
Dapatan kajian ini juga menjadi asas penilaian kepada pelajar itu sendiri
untuk meninjau tahap persediaan mereka untuk menghadapi cabaran teknologi
komunikasi maklumat.
Ini akan dijadikan satu dorongan kepada pelajar untuk mengambil
inisiatif sendiri untuk mengatasi kelemahan mereka sendiri menerusi
pembelajaran kendiri (self directed learning). Pembelajaran berterusan
membolehkan pelajar mencapai prestasi yang tinggi (David,2001