PERPUSTAKAAN KUi TTHO - CORE di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh ( TANDATAMJAN PENULIS)...
Transcript of PERPUSTAKAAN KUi TTHO - CORE di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh ( TANDATAMJAN PENULIS)...
P E R P U S T A K A A N K U i T T H O
3 OOOO 00083413 9
KOLE J UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: APLIKASI NILAIMURNIDALAM PENGAJARAN : SATU KAJIAN DI
KALANGAN PENSYARAH JABATAN KEJURUTERAAN AW AM, POLIMAS.
SESIPENGAJIAN : 2002 / 2003
Saya MP NASIR BIN MP SAFAR (770604-02-5171)
( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Saijana/Doktor Falsafab)* ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat seperti berikut:
1. 2. 3.
4.
Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan (•/)
SULIT
y
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdaijah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
( TANDATAMJAN PENULIS)
Alamat Tetap : 215 TAMAN BATU PEKAKA
09300 KUALA KETIL
KEDAH DARULAMAN.
( T A ^ S a t a n g a n PENYELIA )
KHAIRUL AZMAN BIN MQHD.SUHAIMY (Nama Penyelia)
Tarikh : 25 SEPTEMBER 2002 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2002
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara keija kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Saijana Muda ( PSM ).
'Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Saijana Pendidikan Teknik Dan Vokasional".
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
EN. KH7QRUL AZMAN B. MOHD. SUHAIMY
25 SEPTEMBER 2002
APLIKASI NBLAIMURNIDALAM PENGAJARAN : SATU KAJIAN DI
KALANGAN PENSYARAH JABATAN KEJURTJTERAAN AWAM POLEVLAS
MD NASIR BIN MD SAJFAJR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Saijana Pendidikan Teknik Dan Yokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
SEPTEMBER, 2002
i i
"Saya akui karya ini adalah basil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan :
Nama MD NASIR BIN MD SAFAR
Tarikh : 25 SEPTEMBER 2002
iii
Untuk insan-insan yang teristimewa dan disayangi,
Ayahanda Tuan Haji Md Safar bin MdArshad dan Bonda Puan Hajjah Mah binti Din,
serta Mohd. Sabri, Rohayati, Rohana dan Nurfitriyah Jazilahwani
iv
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGAS1H LA GJ MAHA
PENYAYANG
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, laporan projek
ini beijaya juga disiapkan seperti yang dijadualkan walaupnn berhadapan dengan
pelbagai rintangan dalam menyiapkannya. Terima kasih tak terhingga di tujukan kepada
individu-individu yang banyak membantu, memberi dan menyumbangkan idea serta
tenaga mereka sehingga laporan projek ini beijaya disiapkan.
Jutaan terima kasih ditujukan sepenuh ikhlas kepada penyelia projek, Encik
Khairul Azman bin Mohd Suhaimy di atas bimbingan dan dorongan yang diberi
sepanjang tempoh penyiapan laporan projek ini.
Ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional (JPTV), Fakulti Teknologi Kejuruteraan, KUiTTHO di atas keijasama yang
diberikan dalam membantu menyiapkan laporan projek saijana ini.
Ucapan teristimewa kepada keluarga tercinta yang banyak memberikan
semangat dan dorongan Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
V
ABSTRAK
Penyelidikan ini berkaitan untuk meninjau tahap kesedaran pensyarah dalam
mengaplikasikan nilai murni dalam pengajaran. Oleh itu objektif kajian ialah meninjau
sama ada nilai murni diaplikasikan dalam pengajaran, menyenaraikan nilai-nilai murni
yang sering diutamakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran, mengenalpasti
sama ada strategi penerapan nilai murni dapat membantu pensyarah dalam
mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan mengenalpasti sama ada penerapan
nilai murni meninggalkan kesan ke atas pelajar. Dengan menggunakan persampelan
rawak mudah, seramai 74 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan A warn daripada empat
kursus telah terhbat dalam kajian yang dijalankan. Instrumen kajian ialah soal selidik
dan data-data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package For Sosial Science versi 10.0 untuk mendapatkan min bagi memenuhi objektif
yang ditetapkan. Microsoft Excel juga digunakan untuk mendapatkan jumlah skor bagi
menjawab persoalan kajian yang kedua. Hasil kajian mendapati pengaplikasian nilai
murni diamalkan oleh pensyarah di mana nilai hormat-menghormati mendapat
keutamaan dalam pengajaran, pensyarah juga bersetuju bahawa penekanan strategi yang
sesuai adalah perlu supaya us aha penerapan nilai murni meninggalkan kesan mendalam
ke atas diri pelajar.
vi
ABSTRACT
This research relating to observe the awareness lecturer level in applying moral
values in teaching. Hence the study objective is in teaching to observe whether moral
values is applied, to list a number of moral values that are often prioritized in the process
of teaching, identifying whether moral values application strategy can assist the lecturer
to leave an implication on the students by applying moral values during process of
teaching. By using sample of easy random, 74 lecturers from four different courses of
the Civil Engineering Department were involved in this study. A questionnaire form
was used as the study instrument and data's were analyzed using Statistical Package For
Social Science version 10.0 software to fine the mean to fulfill the defined objective.
Microsoft Excel was also used to find score total to answer the second research question.
Study results shows that moral values application is applied by lecturers where respect
values receives the utmost preference in teaching, the lecturers also agree that strategic
suitable emphasis is necessary so that the applied moral values leaves a deep implication
onto student's self.
vii
SENARAIKANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
-DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENAJRAI KANDUNGAN vii
SENARAIJADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPERAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 ObjektifKajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
BAB 2 KAJIAN LITERATIM
2.1 Pengenalan 9
2.2 Konsep Nilai 10
2.3 Konsep Nilai Murni 11
2.4 Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan 12
2.5 Obj ektif Penerapan Nilai Murni 17
2.6 Strategi Mengembangkan Nilai Dalam
Pendidikan 18
2.6.1 Strategi Penggubalan Kurikulum 19
2.6.2 Strategi Rekabentuk Bahan 20
2.6.3 Strategi Pengajaran 21
2.6.4 Strategi Pembelajaran 21
2.7 Cabaran Nilai Murni Dalam Pendidikan 22
2.7.1 Perubahan Dan Kontradiksi Dalam
Pendidikan 22
2.7.2 Amalan Pedagogi Yang Klische 23
2.7.3 Duality Dalam Sistem Pendidikan 24
2.7.4 Sistem Pendidikan Berorentasikan
Perstasi tertutup 24
BAB 3 KAEDAH PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Persampelan 27
3.4 InstrumenKajian 28
3.5 Rekabentuk Soal Selidik 29
3.6 PenganalisaanData 30
IX
BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Pengaplikasian Nilai Mumi Di Kalangan
Pensyarah JKA POLIMAS 34
4.3 Ciri-ciri Nilai Murni Merentasi Kurikulum Yang
Sering Diutamakan Oleh Pensyarah. 36
4.4 Strategi Penerapan Nilai Murni Dalam
Pengajaran 39
4.5 Keberkesanan Penerapan Nilai Murni Ke Atas
Pelajar. 41
4.6 Rumusan 42
BAB 5 REKABENTUK PRODUK
4.1 Pengenalan 45
4.2 Latar Belakang Teori Penghasilan Produk 45
4.3 Objektif Produk 47
4.4 Batasan Produk 47
4.5 Kegunaan Produk 48
4.6 Kelebihan Produk 48
4.7 Sasaran Penggunaan Produk 48
4.8 Bentuk Dan Ciri-Ciri Produk 49
4.9 Kronologi Pembinaan Produk 49
4.9.1 Peringkat I 51
4.9.2 Peringkat n 53
4.10 Permasalahan Dalam Membangunkan
Produk 54
4.11 Penutup 55
BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan 56
6.2 Kesimpulan 57
6.3 Cadangan 59
6.3.1 Menetapkan Waktu Yang Standard 60
6.3.2 Penggubalan Kurikulum dan Silibus
Politeknik 60
6.3.3 Pendedahan Dengan Pelbagai Kursus
Nilai 60
6.3.4 Perlunya Keijasama Daripada Seluruh
Warga Politeknik 61
6.3.5 Perkenalkan Program Mentor 61
6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 62
6.5 Penutup 63
BIBLTOGRAFI 64
LAMPIRAN
xi
SENARAIJADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA STJRAT
3.1 Tafsiran min bagi dapatan persepsi
responden 21
4.1 Analisis Min Terhadap Penerapan Nilai-
nilai Murni Semasa Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. - 34
4.2 Analisis Item Ciri-Ciri Nilai Murni
Merentas Kurikulum Yang Sering
Diamalkan Dan Diutamakan Oleh
Pensyarah 37
4.3 Analisis Min Terhadap Strategi Penerapan
Nilai Murni 39
4.4 Analisis Min Terhadap Keberkesanan
Penerapan Nilai Murni Ke Atas Pelajar. 41
xii
SENARAIRAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Penerapan Nilai-nilai Mumi Dalam
Pengajaran 15
2.2 Penerapan Nilai Murni Secara Lingkaran
Bersepadu 16
2.3 Strategi Mengembangkan Nilai Dalam
Pendidikan 19
3.1 Skala likert 30
xiii
SENARAILAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Dapatan Analisis Min Soalan Kajian Pertama
C Dapatan Analisis Min Soalan Kaj ian Ketiga
D Dapatan Analisis Min Soalan Kajian Keempat
E - Dapatan Data Soalan Kajian Kedua
F Contoh Penulisan Nilai-Nilai Murni Dalam Rancangan
Mengajar Harian Dapatan Analisis
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan, dalam erti kata yang lebih luas, sangatlah penting bukan sahaja
kerana fungsi akademik bagi memperkembangkan keupayaan kognitif seseorang tetapi
juga kerana fungsi sosial dan peribadi. Pendidikan baik di rumah, di sekolah mahupun
di kalangan rakan sebaya berfungsi meletakkan asas-asas personaliti seseorang.
Implikasi daripada beberapa disiplin ilmu dapat membentuk kematangan seseorang,
keupayaannya mengawal diri atau menggerakkannya menjadi seorang yang
bertanggungjawab, berdisiplin dan beremosi sihat selari dengan kehendak atau lunas-
lunas yang diingini oleh masyarakat, agama dan bangsa. Pendidikan memberikan
seseorang asas-asas nilai untuk menjadi seorang individu yang berpersonaliti baik atau
sebaliknya.
Namun begitu sistem pendidikan perlu menjurus kepada satu arah atau halatuju.
Halatuju pendidikan negara seharusnya selari dengan intipati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan ins an yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Satu perkara yang menjadi persoalan di sini
ialah, apakah sistem pendidikan yang berpayung kepada FPK mampu melahirkan insan
2
atau pelajar yang seimbang seperti yang ditekankan dalam FPK itu sendiri. Watak insan
yang ingin dijelmakan melalui FPK adalah watak yang syumul. Insan adalah makhluk
yang bersifat mulia, amanah dan bertanggungjawab. Insan yang baik akan membentuk
keluarga yang baik seterusnya menjadi masyarakat dan bangsa yang baik. Berdasarkan
kepada faktor-faktor tersebut maka nilai-nilai murni perlu disemai di peringkat
permulaan lagi. Jadi pendidikan dilihat medium yang paling sesuai untuk menyemai
nilai murni ke dalam diri setiap insan pelajar. Masa yang terbaik untuk menyemat nilai
murni dalam diri insan ialah ketika di alam persekolahannya, sama ada di peringkat
sekolah rendah, menengah atau peringkat pendidikan tinggi seperti politeknik dan
universiti.
Dalam menghadapi dunia era pascamodenisme yang dianggap mencabar ini,
penerapan nilai murni di kalangan pelajar merupakan perkara yang am at penting.
Melalui amalan nilai murni ini, boleh menjadi satu benteng yang teguh bagi menghalang
pelbagai sindrom yang kurang sihat meracuni pemikiran dan personaliti pelajar.
Lanjutan daripada itu, nilai murni juga akan melahirkan taraf disiplin yang tinggi
sehingga membentuk pelajar yang jujur, amanah serta tinggi akhlaknya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Golongan pelajar merupakan kelompok yang menjadi aset kepada negara.
Harapan negara terletak dalam genggaman mereka, malah kejayaan sesebuah negara
pada masa akan datang bergantung kepada pencernaan minda mereka. Merekalah yang
bakal memegang tampuk pemerintahan negara kelak. Menurut Mohd Azib (1990),
golongan pelajar merupakan tenaga simpanan yang bakal menjadi pemimpin pada masa
hadapan, penyambung budaya, penggerak kemajuan, pelopor pembangunan dan
sebagainya bagi sesebuah masyarakat.
3
Gejala sosial yang melanda jiwa pelajar ketika ini berada pada tahap yang amat
membimbangkan. Pelbagai salah laku seperti penyalahgunaan dadah, rompakan,
pembunuhan, rogol, peras ugut, serta tindakan tunjuk perasaan secara redikalisme oleh
sebilangan pelajar IPT perlu dikaji dan diberi perhatian yang sewajarnya. Menurut Tan
Sri Musa bin Mohammad, Menteri Pendidikan (2001), budayapunk, rock, black metal
dan semua gejala sosial sekarang adalah amat membimbangkan bagi merealisasikan
harapan negara muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020, remaja memerlukan
ketahanan diri, jiwa dan minda. Pandangan Tunku Sarah (1998), juga sependapat iaitu
negara akan punah dan peradaban akan musnah sekiranya warganegaranya tidak
beretika, beijiwa kosong, buruk akhlak serta tidak bermoral.
Penerapan nilai-nilai murni di dalam kurikulum pendidikan adalah bersifat
sejagat dan tidak bercanggah dengan agama, budaya dan norma masyarakat. Peranan
guru di peringkat sekolah selain mengajar diwajibkan menerapkan unsur-unsur nilai
murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penekanan penerapan nilai murni di
peringkat KBSR ditekankan dalam matapelajaran Agama dan Pendidikan Moral iaitu
mendidik pelajar tentang kebersihan fizikal dan mental, belas kasihan, kesederhanaan,
kerajinan, berterima kasih, kejujuran, keadilan, hormat menghormati, semangat
bermasyarakat, kasih sayang, tidak angkuh dan sebagainya untuk membolehkan mereka
menghayati dan mengamalkan nilai murni tersebut. Di peringkat KBSM pula penerapan
nilai-nilai mumi telah dilakukan secara menyeluruh dalam semua matapelajaran yang
dikenali sebagai nilai murni merentasi kurikulum. Nilai murni merentasi kurikulum
mempunyai 16 ciri yang menekankan sifat baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat
menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan mental dan
fizikal, kejujuran, kerajinan, keijasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan
semangat bermasyarakat (Wan Mohd Zahid, 1989).
4
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidikan ini dibuat untuk mengenalpasti pelaksanaan penerapan nilai murni
di kalangan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah (JKA POLIMAS) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Permasalahan yang sering timbul di kalangan pensyarah ialah, mereka kurang
menitikberatkan aspek nilai murni dalam pengajaran mereka, sedangkan nilai murni
merupakan salah satu elemen penting dalam proses pendidikan. Malah menurut Awang
Had Salleh (1997), dalam sistem pendidikan telah wujudnya 'duality', di mana satu
menuntut ke arah kecemerlangan diri (akademik) dan satu lagi ke arah melahirkan insan
pelajar yang seimbang (nilai). Dalam keadaan lain, Khailani Tahir (1996) menganggap
pendidikan nilai dalam kurikulum pendidikan tidak berupaya memainkan peranan
sebagai menyediakan pelajar untuk berdikari pada masa depart, khususnya selepas
meninggalkan alam persekolahan.
Menurut Ahmad Mohamad Said (1993), Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri
Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan
Malaysia telah mengemukakan pandangan mengenai Wawasan 2020. Dalam ucapan
tersebut beliau telah menjelaskan bahawa:
"Malaysia boleh menjadi negara maju dengan masyarakat Malaysia
yangyakin, mempunyai nilai moral dan etikayang kukuh, hidup dalam
masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang dan
adil daripada segi pengagihan ekonomi, progresifdan makmur, dan
mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing
dinamik, giat dan kental".
Penekanan Perdana Menteri agar rakyat mempunyai nilai moral dan etika yang
kukuh untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 jelas menunjukkan akhlak
mulia merupakan antara elemen terpenting dalam membangunkan negara. Malah Dato'
Seri begitu mengharap agar negara mamiliki rakyat yang beijiwa mulia, beretika dan
5
berakhlak tinggi. Justeru pengkaji merasakan pendidik yakni pensyarah atau guru perlu
merealisasikan harapan kerajaan untuk melahirkan gerenasi yang beretika melalui sistem
pendidikan. Pendidik perlu sedar proses pengajaran dan pembelajaran perlu disulami
dengan elemen nilai agar produk yang lahir melalui sistem pendidikan Malaysia
memiliki sahsiah yang seimbang dan mampu menjana kemajuan negara ke peringkat
yang lebih tinggi dan membanggakan.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba meninjau tahap kesedaran pensyarah dalam mengaplikasi nilai
murni dalam pengajaran mereka. Oleh itu persoalan ini wujud untuk mencapai objektif
kajian. Antara persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. Sejauh manakah pensyarah di JKA POLIMAS menerapkan nilai-nilai
murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan?
ii. Apakah nilai- nilai murni yang sering diamal dan diutamakan oleh
pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di JKA
POLIMAS?
iii. Sejauh manakah strategi penerapan nilai murni dapat membantu
pensyarah JKA POLIMAS untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran?
iv. Sejauh manakah penerapan nilai murni dalam pengajaran meninggalkan
kesan ke atas diri pelajar JKA POLIMAS?
1.5 Kepentingan Kajian
Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah JKA
POLIMAS menilai diri mereka sendiri sama ada mereka mengaplikasikan nilai murni
dalam pengajaran mereka atau tidak. Mereka (pensyarah) harus sedar bahawa, dengan
6
pengaplikasian nilai murni akan dapat melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi
akademik dan rohani.
Dapatan ini juga dapat membantu pihak Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional (JPTV) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengkaji semula
kriteria-kriteria perlantikan pensyarah supaya kehadiran mereka di Politeknik dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dalam bidang akademik dan rohani.
Dapatan kajian ini juga boleh membantu JPTV untuk merancang kursus atau
latihan berkaitan nilai murni untuk pensyarah-pensyarah demi meningkatkan kesedaran
kepentingan nilai mumi dalam pendidikan.
1.6 Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian adalah untuk:
i. Meninjau aplikasi nilai murni dalam pengajaran pensyarah JKA
POLIMAS.
ii. Menyenaraikan nilai-nilai murni yang sering diutamakan oleh pensyarah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di JKA POLIMAS.
iii. Mengenalpasti strategi penerapan nilai murni dapat membantu pensyarah
JKA POLIMAS dalam mengaplikasikannya dalam pengajaran.
iv. Mengenalpasti nilai murni yang diterapkan dalam pengajaran,
meninggalkan kesan ke atas pelajar JKA POLIMAS.
7
1.7 Batasan Kajian
Untuk melihat pengaplikasian nilai murni dalam pengajaran di kalangan
pensyarah, pengkaji telah membataskan penyelidikan ini hanya dijalankan ke atas
pensyarah di JKA POLIMAS sahaja. Untuk menggambarkan satu populasi, sampel
dipilih menggunakan kaedah rawak mudah berdasarkan 4 kursus yang terdapat dalam
JKA, iaitu kursus Kejuruteraan A warn Pembinaan, Perancang Bandar dan Wilayah, Seni
Bina dan Ukur Bahan. Pengkaji telah mengenal pasti seramai 80 orang pensyarah akan
diambil sebagai sampel untuk kajian ini. Di mana setiap kursus, 20 orang pensyarah
akan dipilih menjadi responden.
1.8 Defmisi Istilah
Daripada pembacaan yang telah dibuat, pengkaji telah mengambil definisi istilah
yang sering digunakan dalam kajian ini, di mana setiap definisi dinyatakan sekali
sumber penulisannya.
i. Nilai Murni
Nilai murni didefinisikan sebagai melakukan sesuatu perkara yang berasas dan
berlandaskan lunas dan etika yang telah ditetapkan. Nilai murni juga merujuk kepada
sesuatu yang baik dan betul yang dikehendaki yang boleh dijadikan pedoman dalam
membentuk kehidupan. Menurut Sufean Hussin (1991), nilai-nilai murni adalah
merujuk kepada nilai yang menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.