Perpaduan Kaum Di Malaysia

2
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Perpaduan Kaum Di Malaysia Definisi Perpaduan Satupr oses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapatmembentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaanbersama di kalangan mereka. Perpaduanmasyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri- ciri masyarakat majmuk di negara kita. Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang berbeza Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu,pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.

Transcript of Perpaduan Kaum Di Malaysia

Page 1: Perpaduan Kaum Di Malaysia

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIAPerpaduan Kaum Di Malaysia

Definisi Perpaduan

Satupr oses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui

ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapatmembentuk satu identiti dan

nilai bersama serta satu perasaan kebangsaanbersama di kalangan mereka.

Perpaduanmasyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara.

Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk

di negara kita.

Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang berbeza

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat

yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat

permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu,pihak British memberi

keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan

berkembang secara sendirian.

Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah

Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang

dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.

Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai

oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun,

keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau

Inggeris.

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan

yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.Perbezaan di

Page 2: Perpaduan Kaum Di Malaysia

antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar

sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan

kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan

sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu

golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran

Inggeris dan berpelajaran vernacular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world–

view) yang sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak

ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting

bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan

sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua

ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu,

yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk

hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan

nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satucara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah

menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan

faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari :

“Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan

bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah

perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh

sebahagian besar rakyat negara ini.