Permainan bola tampar
-
Upload
noraini-che-embong -
Category
Documents
-
view
82 -
download
3
Transcript of Permainan bola tampar
PERMAINAN BOLA TAMPAR
Mempunyai skill atau kemahiran ialah bekebolehan untuk membuat atau mempunyai
kemahiran didalam sesuatu bidang, didalam permainan bola tampar kemahiran
menguasai permainan ini amatlah penting. Dengan menguasai kemahiran yang
sepatutnya ada pada sesaorang pemain menjadikan sesabuah pasukan itu dapat
menguasai permainan tersebut. Perkara ini amat ditekankan oleh saorang jurulatih
terhadap setiap pemain.Diantara kemahiran itu ialah membuat hantaran hadapan
( digging/ forearm pass), merejam(spike), Mengumpan ( setting) menyangga (Dig)
dan servis, semua ini seharusnya ada untuk memperlihatkan satu kualiti permainan
yang baik.
Permainan Bola Tampar / peraturan
Permainan bola tampar terdiri daripada 6 orang pemain utama daripada 12 orang
pemain, ianya dimainkan diatas gelanggang yang berukuran 9m x 18m persegi,
dimana pada bahagian hadapan terdapat satu garisan serangan yang berukuran 3m
dengan ketinggian jaring 2.43m Lelaki dan 2.41m Perempuan. Panjang jaring ialah
9.5 m dengan kelebaran 1m, ketinggian tiang 2.55m dengan jarak daripada garisan
50cm hingga 100cm dan kelebaran garisan sekeliling ialah 5cm.
Menyediakan badan untuk permainan
Terdapat urutan Latihan yang perlu diikuti sebelum memulakan latihan, anda perlu
melakukan latihan memanaskan badan selama 8 hingga 10 minit untuk menaikkan
kadar nadi dan kefleksibeliti dan selepas latihan perlu juga melakukan sesi
penyejukan badan selama 5 minit. Proses ini dilakukan adalah bertujuan untuk
mengelakan daripada kecederaan dalaman semasa melakukan latihan.
Latihan untuk mengerakkan peredaran darah
1. Latihan melontar , mengutip, melambung dan gaya larian posture sekeliling
gelanggang.
Latihan Fleksibeliti
Latihan ini adalah bertujuan untuk merenggangkan otot yang bakal digunakan dalam
melakukan gerakan bola tampar. gerakan rengangan ini dilakukan selama 5 hingga 7
saat .
Penting: Semasa melakukan gerakan ini, jika anda merasai kesakitan dimana-
mana bahagian anggota - berjumpa dengan pakar perubatan atau doktor dengan
segera
Peraturan Dan Undang-
Undang Permainan
Kawasan Permainan
Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas
Dimenesi
Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang- kurangnya 3m lebar dandengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya
sekurang-kurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurang-
kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan
belakang.Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.
Permukaan Permainan
Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata.
Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan
sintetiksahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan olehFIVB.
Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang
bolehmenyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain diatas permukaan yang kasar atau licin.
Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna
cerah.Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yangberlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan .
Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untukpengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal
tidakdibenarkan
Pengiraan mata
Pengiraan mata Setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia berjaya mematikan bola atau pihak lawan melakukan kesilapan.Jika pasukan yang
menerima servis memenangi satu rali,pasukan mendapat servis dan juga satu
mata.Setiap perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set terbaik daripada 5set (Bestof5) dengan kiraan mata rali 25 mata bagi set pertama hingga set
keempat (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan,iaitu set kelima,ia dimainkan dengan kiraan mata
rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2 mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan,pasukan bertukar gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.
Putaran Servis
Putaran Apabila pasukan yang menerima servis memenangi hak untuk membuat servis,semua pemain mesti memutar satu kedudukan mengikut putaran jam: pemain diposisi 2 berputar keposisi 1 untuk membuat
servis,pemain posisi 1 akan berputar keposisi 6 dan seterusnya.
Pertukaran Yang Dibenarkan
Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersiyang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar
jersinya .Digelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadualpertandingan mesti menukar jersinya
Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan
bermaindengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang samabagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul
Pemain Libero
Pemain Libero (Bab 6 Peraturan FIVB) • Setiap pasukan boleh mendaftarkan satu atau dua orang pemain Libero yang memakai jersi yang berlainan warna
daripada jersi pasukan. • Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan digantikan dengan pemain asa lapabila bergerak
ke kedudukan hadapan. • Pemain Libero tidak boleh membuat servis, menghadang, menyerang dengan bola di atas paras jaring atau mengumpan atas kepala semasa berada di zon depan untuk serangan.