PERMAINAN ALAT MERANGSANG MINDA ANAK - …anakkusayang.com/Download/Panduan Permainan...
-
Upload
vuongthuan -
Category
Documents
-
view
240 -
download
3
Transcript of PERMAINAN ALAT MERANGSANG MINDA ANAK - …anakkusayang.com/Download/Panduan Permainan...
PERMAINAN ALAT MERANGSANG MINDA ANAK PANDUAN MEMBELI PERMAINAN UNTUK ANAK-ANAK Bonus Pembelian Games Pendidikan Anakkusayang http://anakkusayang.com ummu_abdullah
2
ISI KANDUNGAN
Bab 1: Fungsi Permainan Kanak-Kanak……………………………… 3
Pengembangan minda bayi anda…………………………………… 4
Deria yang Dirangsang oleh Alat Permainan ………………………. 6
Jenis-jenis Alat Permainan serta Fungsinya………………………….. 9
1. Permainan Mudah Alih, dan Permainan yang Merangsang
Penglihatan Bayi ………………………………………………………….. 10
2. Rattle/Kerincing ………………………………………………………… 11
3. Playmat / Gym ………………………………………………………… 12
4. Cermin Bayi ……………………………………………………………… 13
5. Mangkuk Bertingkat …………………………………………………… 14
6. Susun Gelang …………………………………………………………… 15
7. Blok Kain untuk Bayi …………………………………………………… 16
Panduan Bagi Ibu Bapa Sebelum Membeli Permainan ………….. 17
Bab 2: Bahagian Keselamatan Alat Permainan ……………………..21
3
Permainan Pelbagai Fungsi – Apakah Nilaiannya? …………………29
Alat Permainan Elektronik – Satu Pendapat.…………………………..33
Bahaya Permainan Elektronik ……………………………………………35
Panduan membeli permainan bayi …………………………………. 36
Bab 3: Panduan membeli alat untuk mengajar
anak anda berjalan............................................................................ 38
Bab 4: Bagaimana hendak memilih alat permainan ketika anak
anda berada dalam peringkat prasekolah .................................... 39
Bab 5: Panduan memilih permainan pada
peringkat persekolahan………………………………………………….. 41
Bab 6: Bagaimana hendak menjimatkan wang dan masa ketika
membeli alat permainan ? ................................................................ 42
PENUTUP ………………………………………………………………………46
4
Bab 1: Fungsi Permainan Kanak-Kanak
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa permainan membantu
memulakan proses perkembangan otak bayi. Otak bayi berada
dalam keadaan yang sangat baik untuk berkembang, mudah-
mudahan bayi anda akan tumbuh menjadi orang yang
cerdas. Kebelakangan ini, syarikat-syarikat yang mengeluarkan alat
permainan berkembang dengan pesat. Secara positifnya, kita
dapat simpulkan bahawa berkembangnya syarikat permainan
kanak-kanak selari dengan berkembangnya kesedaran para
pendidik tentang kepentingan mendidik anak sejak kecil. Bukan saja
alat permainan semakin banyak malah modul-modul pendidikan
anak juga semakin bercambah.
Jika kita sedar, semakin banyak alat permainan di pasaran, semakin
berkualiti alat permainan. Hal ini kerana syarikat-syarikat permainan
terpaksa menarik pelanggan atau pembeli melalui pelbagai
keistimewaan alat permainannya. Maka, kajian demi kajian telah
dijalankan untuk mengeluarkan alat permainan yang paling
berkualiti. Namun, tahukah anda apakah yang dimaksudkan
dengan “alat permainan berkualiti”?
Dengan panduan ini, saya harap pengetahuan berkisar alat
permainan dan pendidikan anak tersampai kepada para pembaca
tidak kira samada anda adalah ibu bapa, bakal ibu bapa ataupun
pelajar.
5
Pengembangan minda bayi anda.
Sekarang, mari lihat bagaimana otak bayi anda berkembang sejak
di lahirkan.
Sebaik sahaja bayi anda di lahirkan, otak bayi anda akan
berkembang pada kadar kelajuan yang paling tinggi. Ia akan
berkembang sehingga mencapai saiz 60% dari saiz otak seorang
dewasa pada tahun pertama. Ketika otak bayi anda berkembang,
sel neuron di dalam otak bayi anda turut berkembang dengan
pesatnya. Sel neuron berfungsi untuk menyimpan dan mengalir
maklumat. Sel neuron ini akan membentuk beberapa gabungan
dan memberi bayi anda kemahiran untuk berjalan dan sebagainya.
Setiap perkara yang bayi anda lakukan akan memberi kesan
kepada sambungan sel neuron anak anda. Belaian kasih sayang
daripada anda dan aktiviti yang bayi anda lakukan akan memberi
kesan kepada pengembangan dan perhubungan antara sel
neuron.
Kesimpulannya adalah
Semakin banyak ransangan yang bayi anda terima, semakin
banyak sel neuron yang berhubung antara satu sama lain.
Semakin banyak sel neuron anak anda bersambung, semakin
bagus otak bayi anda berfungsi.
Semakin bagus otak bayi anda berfungsi, semakin bijak anak
anda.
6
Untuk mengoptimumkan perhubungan sel neuron bayi anda, otak
bayi anda perlu diransang melalui 5 deria iaitu pendengaran, bau,
sentuhan, penglihatan dan rasa. Oleh itu, pemilihan alat permainan
untuk bayi anda perlu di lakukan dengan hati-hati.
Permainan bayi boleh memainkan peranan penting dalam
perkembangan bayi anda kerana ia boleh meransang deria anak
anda dan seterusnya mengoptimumkan perkembangan otak anak
anda.
Permainan Bayi yang tepat + kasih sayang dari anda = Anak Cerdik
7
Deria yang Dirangsang oleh Alat Permainan
1. Penglihatan.
Kajian telah membuktikan bahawa mata bayi masih belum matang
ketika dilahirkan. Oleh sebab itu mereka mengalami kesulitan untuk
fokus pada suatu objek atau gambar. Bayi yang baru lahir hanya
mampu fokus pada objek atau gambar-gambar yang kontra
sahaja. Oleh sebab itu, persekitaran hitam putih dan merah putih
adalah sangat digalakkan. Ibu bapa harus tahu bahawa dalam
pemilihan permainan juga penting untuk merangsang tahap fokus
bayi. Jadikan warna kontra dan cerah sebagai warna utama bagi
persekitaran bayi anda. Anda juga boleh melekatkan kertas warna
merah putih atau hitam putih pada dinding sekitar tempat tidur bayi
anda.
2. Sentuhan
Sentuhan sangat penting bagi merangsang bayi anda sebelum
menjangkau usia pra sekolah. Pada usia bayi, berilah apa pun
kepadanya, semuanya mereka akan sentuh. Bayi juga banyak
belajar daripada sentuhan sejak lahir dan sering dirangsang dengan
suntuhan. Kerana bahasa pertama yang mereka faham adalah
sentuhan dan belaian. Oleh sebab itu, memperkenalkan pelbagai
jenis tesktur kepada bayi dapat merangsang saraf-saraf atau deria-
deria bayi. Baik menyediakan permainan untuk bayi, mahupun
8
menyediakan permukaan yang bertekstur kepadanya adalah
sangat digalakkan.
Sekali sekala, lakukan aktiviti ini:
Berikan bayi anda menyentuh tuala dan sebutkan ”tuala”
Berikan bayi anda menyentuh dinding dan sebutkan “dinding”
Berikan bayi anda menyentuh kayu dan sebutkan “kayu”
Berikan bayi anda memegang perbagai alat dan tekstur. Tapi ingat,
pastikan segalanya selamat dan dalam pengawasan anda!
3. Suara.
Walaupun pendengaran bayi belum matang, bayi boleh benar-
benar menanggapi suara. Bahkan, muzik boleh membantu
menenangkan bayi selama bayi meragam. Selain itu, beberapa
kajian telah mendapati bahawa pendedahan muzik klasik dapat
membantu otak untuk berkembang, sebuah fenomena yang
disebut Efek Mozart.
Sebagai tanggapan atas penemuan ini, beberapa syarikat
permainan bayi bertindak menjadikan muzik klasik dimasukkan
kedalam sistem permainan mereka. Kepada penganut agama
Islam, saya menyeru para ibu bapa memperdengarkan alunan
ayat-ayat Allah yang dapat menenangkan bayi mahupun ibunya
dalam banyak situasi.
9
Malah, jika selalu diperdengarkan, bayi akan lebih cekap dalam
menangkap bunyi perkataan-perkataan arab. Hal ini lebih
memudahkan anak anda menghafal alQuran kelak. Insyaallah…
Ringkasnya, permainan bayi harus mempunyai ciri-ciri berikut:
Warna primer (merah, biru, kuning) terang untuk melihat
Mempunyai tekstur yang berbeza untuk menyentuh
Mempunyai suara yang berbeza untuk mendengar
Sebagai ibu, saya mendapati bahawa tidak semua alat permainan
yang tersedia di pasaran direka dengan cari-ciri ini. Bijaklah memilih
alat permainan dan mengubahnya menjadi menarik dan berkesan
dalam pendidikan anak.
10
Jenis-jenis Alat Permainan serta Fungsinya
Berikut adalah beberapa candangan saya mengenai permainan
yang sesuai untuk bayi anda pada era ini. Ini adalah pendapat
saya dan tidak semestinya sesuai bagi semua orang.
Anda boleh membeli mainan tersebut di kedai mainan
tempatan. Tetapi sekiranya anda mempunyai sedikit lebihan
kewangan, silalah layari internet dan mencarinya. Bahkan
kadangkala alat permainan di kedai online lebih murah berbanding
di kedai biasa.
11
1. Permainan Mudah Alih, dan Permainan yang Merangsang
Penglihatan Bayi
Bagi bayi yang baru lahir sehingga 6 bulan, permainan sebegini
sangat sesuai. Permainan sebegini mudah dibawa ke mana-mana.
Malah ia merangsang penglihatan bayi dengan begitu baik sekali.
Permainan sebegini mungkin sukar untuk didapati di kedai
permainan tempatan, bolehlah mencarinya di kedai-kedai online.
Selain merangsang penglihatan bayi dan mudah dibawa ke mana-
mana, bayi anda juga akan dihiburkan dengan muzik-muzik yang
mengiringinya. Namun permainan ini mestilah dikendali oleh ibu
atau penjaga bayi, ataupun angin sahaja yang menggerakkannya.
Itu juga sudah memadai. Warna yang dipamerkan adalah warna
kontra. Tidak kisahlah anda ingin membeli alat permainan yang
sebegini atau seperti lain. Yang penting, fungsinya dapat
merangsang penglihatan anak anda dan mudah dibawa ke mana-
mana.
12
2. Rattle/Kerincing:
Ketika bayi berumur beberapa minggu, pergelangan tangan dan
kakinya akan sentiasa bergerak. Hal ini sangat baik bagi
perkembangan otot bayi yang masih belum matang. Malah, anda
juga boleh menambah rangsangan penglihatan dan pendengaran
bayi dengan menyediakan mainan yang berbunyi yang diikat pada
pergelangan tangan dan kakinya. Pada masa yang sama,
sekiranya terdapat permainan sebegini pada pergelangan tangan
dan kakinya, ia mendorong bayi anda untuk mengangkat dan
menggerakkan kaki dan lengan.
Namun, pada sekitar tiga bulan, bayi anda akan menjadikan
permainan ini sebagai kerincing, bukan lagi diletakkan pada
lengannya. Namun ia juga bermanfaat sehingga bayi meningkat
usianya. Jika anda ingin lebih jimat, anda boleh mengikat
pergelangan tangan bayi anda menggunakan reben yang
berwarna kontra. Seperti merah putih atau hitam putih.
Pastikan keselamatan bayi anda terjamin!
13
3. Playmat / Gym:
Ketika bayi masih muda, bayi lebih banyak bermain di atas
lantai. Saya mencadangkan aktiviti merangkak ditingkatkan kerana
ia lebih kepada merangsang fizikal bayi anda. Malah dengan
merangkak, bayi anda dapat menerokai pelbagai sudut di rumah
anda dan pelbagai tekstur yang disentuhnya. Playmat merupakan
alat permainan yang membolehkan bayi anda beraktiviti dengan
optimum ketika bayi masih terlentang. Playmat bukan sahaja dapat
digunakan ketika bayi masih terlentang, malah ia akan dijadikan
mainan yang disukai bayi anda ketika usianya meningkat kerana
warna dan fungsinya yang pelbagai. Pada hemat saya, sebolehnya
jangan tiggalkan bayi anda terlentang tanpa beraktiviti.
Rangsanglah bayi anda seoptimum mungkin.
Apabila bayi anda dapat meniarap, bayi anda akan mula bermain
dengan cermin yang disisipkan pada playmat ini. Selain itu, ia akan
bersemangat untuk menendang dan mencapai alat permainan
yang bergantungan. Terdapat pelbagai jenis playmat di luar sana.
Buatlah pilihan yang bijak dengan kemampuan anda.
14
4. Cermin Bayi
Bayi suka melihat wajah-wajah, malah wajahnya sendiri adalah
wajah yang paling digemarinya. Ketika melihat wajahnya di cermin,
bayi berlatih memfokuskan penglihatan untuk melihat dirinya
sendiri.
Ketika anda ingin menyediakan cermin untuk bayi, dua hal yang
harus anda pastikan adalah bahawa ia mempunyai refleksi atau
pantulan yang tepat (tidak semua cermin mempunyai pantulan
yang tepat) dan sesuai dengan keperluan anda. Ini bermakna, jika
anda menginginkan sebuah cermin untuk kedua-dua keadaan iaitu
waktu tidur dan meniarap (iaitu untuk menggantung), sediakan
atau belilah cermin yang sesuai untuk kedua-dua keadaan tersebut
Ibu bapa yang kreatif, dapat menyediakan sendiri alat permainan
sebegini selain membelinnya. Namun, pastikan keselamatan anak
terjamin dan aktiviti ini mestilah di bawah seliaan pendidik atau
penjaganya.
15
5. Mangkuk Bertingkat
Permainan ini mempunyai warna dan saiz yang berbeza-
beza. Permainan ini agak murah dan merupakan permainan yang
boleh digunakan dengan pelbagai tujuan dan cara. Ia juga bukan
sahaja dapat digunakan ketika bayi masih kecil, malah ia dapat
digunakan sehingga bayi anda membesar. Misalnya, anda boleh
menggunakannya untuk memperkenalkan warna dan saiz, melatih
koordinasi tangan-mata, untuk menjadikan ia lebih menarik, anda
boleh sertakan senduk untuk menyedok dan menuangkan sesuatu
di dalamnya atau keluar darinya. Permainan sebegini lebih baik
sekiranya ia diperbuat daripada plastik yang berbeza warna dan
terdiri daripada lebih dari 5 cawan.
16
6. Susun Gelang
Permainan menyusun gelang-gelang ini terdiri daripada pelbagai
saiz dan warna. Anda boleh menggunakan alat permainan
pendidikan bayi ini untuk memperkenalkan bayi anda kepada
pelbagai warna, saiz, koordinasi tangan-mata dan lain-lain lagi.
Sebaiknya permainan ini sesuai bagi bayi berumur 9 bulan ke atas.
17
7. Blok Kain untuk Bayi
Manfaat yang paling jelas daripada sebuah blok bangunan untuk
bayi adalah untuk meningkatkan keupayaan motor halus. Bayi akan
belajar menyusun dan memanipulasikan mainan blok bangunan
menggunakan jari-jari kecil mereka.
Blok bangunan bagi bayi adalah yang terbaik. Malah ia dapat
digunakan sejak kecil sehingga bayi anda menjangkau usia 3
hingga 4 tahun. Yang terbaik bagi bayi anda adalah blok
bangunan yang lembut. Anda juga boleh mempelbagaikan fungsi
blok tersebut dengan membeli blok yang mempunyai bunyi loceng
atau yang berwarna hitam, putih dan merah. Aspek ini akan
memberi keseronokan dan tarikan kepada bayi anda.
Ketika anak anda mencapai umur 3 tahun, blok-blok lembut ini
boleh digantikan dengan lego kerana anak anda ketika ini sedang
membina kreativitinya dengan pesat.
18
Panduan Bagi Ibu Bapa Sebelum Membeli Permainan
Susahkah anda membeli alat permainan buat anak anda? Pergi
kedai, beli dan balik. Kan mudah.
Bagi saya, ianya tidak susah dan sangat mudah untuk membeli
sebarang permainan. Namun, jika anda para ibu bapa prihatin
dengan alat permainan yang bakal memberi rangsangan yang
optimum kepada perkembangan anak anda, ia perlu disusuli
dengan pengetahuan dan panduan. Jika tidak, saya boleh katakan
bahawa anda membazir sekiranya mainan yang dibelikan itu tidak
sesuai dnegan umurnya.
Anak-anak yang diberi alat permainan yang tidak sesuai dengan
umurnya akan mudah bosan dan tidak gemar bermain. Malah
mereka mudah meninggalkan medan permainan sekiranya mereka
tidak dapat memanipulasi alat permainan tersebut.
Kemampuan memilih barangan yang sesuai untuk pendidikan anak
dan juga perkembangan anak harus diketahui dan dipelajari. Hal ini
yang tidak ramai orang sedar. Sehingga alat permainan yang
dibelikan boleh jadi tidak sesuai dengan usia dan kemampuan
anaknya dan kadangkala bahaya bagi anaknya. Oleh sebab itu,
saya ingin berkongsi dengan anda semua tips bagaimana memilih
barang permainan yang baik buat anak-anak.
19
1. Keselamatan. Sila periksa bahagian keselamatan permainan
tersebut. Samada sesuai untuk anak anda yang berumur
sedemikian atau tidak.
2. Kesesuaian Permainan dengan Perkembangan Anak anda.
Pastikan anda sentiasa ingat bahawa ketika memilih
permainan, anda mestilah membeli permainan yang sesuai
dengan perkembangan anak anda, bukan umurnya sahaja
kerana boleh jadi anak anda lebih cepat perkembangan
IQnya, maka pemilihan permainan mestilah mengikut
kesesuaian perkembangan anak dan sebaliknya. Kenapa?
Jika tidak anak anda akan bosan malah akan “frust” dengan
permainan tersebut. Bukankah permainan merupakan alat
yang digunakan untuk mengembangkan IQ dan juga EQ?
Bukankah permainan merupakan alat yang dapat
menggembirakan anak-anak?
Saya bagi satu contoh yang berlaku kepada anak saya. Ketika
umurnya kurang 2 tahun, saya belikan lego untuknya, akan
tetapi dia kecewa kerana tidak dapat menyambungkan
antara satu lego dengan yang lain. Maka, saya simpan
permainan itu, dan ketika umurnya hampir 3 tahun, anak saya
sangat gembira dan sukakannya. Alhamdulillah…
3. Harga yang berpatutan. Harga yang berpatutan bukan
bermakna ia murah, namun ia mestilah berpatutan dengan
kualiti permainan tersebut. Permainan yang tahan lama dan
20
berkualiti mestilah mahal berbanding alat permainan yang
tidak tahan lama dan kurang kualitinya. Bagi saya, saya
memilih permainan yang tahan lama, namun tidak bermakna,
permainan yang tidak tahan lama ini tidak berguna. Ia juga
sangat berguna kerana anak-anak mudah bosan dengan
permainan. Namun ada juga sesetengah syarikat alat
permainan yang mahal, namun kurang menepati ciri-ciri
keselamatan dan perkembangan otak anak yang sesuai.
4. Tidak mengandungi unsur-unsur keganasan dan
seumpamanya. Sebelum membuat pembelian, ibu bapa
mestilah memilih alat-alat permainan yang tidak mempunyai
unsur-unsur keganasan dan juga unsur-unsur seksualiti. Hari ini,
kita hidup dalam masyarakat yang mudah terpengaruh
dengan filem-filem televisyen yang semakin hari semakin
berkembang pesat. Ketika sesebuah filem-filem barat atau
tempatan mencapai kejayaan yang besar, maka akan
muncullah pelbagai permainan kanak-kanak yang meniru
watak filem tersebut. Walaupun ianya tidak salah, namun
pilihlah alat permainan yang mana wataknya mempunyai sifat
peribadi yang positif.
Filem-filem juga mengandungi unsur-unsur keganasan seperti
penggunaan pistol, pisau dan seumpamanya. Ada sesetengah
ibu bapa memilih jalan selamat dengan mengelakkan
daripada membeli alat permainan pistol, pisau dan lain-lain
21
untuk anaknya. Hal ini bukanlah salah 100%, namun ibu bapa
dan pendidik seharusnya mengajar dan memberitahu anak-
anak kegunaan sebenar alat-alat tersebut dan mengelakkan
penyalahgunaannya.
22
Bab 2: Bahagian Keselamatan Alat Permainan
Sebelum membeli, anda dinasihatkan meneliti bahagian
keselamatan alat permainan tersebut. Ada beberapa kaedah
bagaimana anda boleh memastikan keselamatan pada alat
permainan anak anda.
Pertama, bacalah pada label dan ikuti umur yang disarankan untuk
setiap permainan.
Jika anda membeli permainan melalui website (online) dan tiada
maklumat-maklumat ini disertakan, anda boleh sahaja untuk
bertanya kepada bahagian pengurusan website tersebut samada
melalui telefon atau emel. Kadangkala, ibu bapa lebih cenderung
membeli alat permainan yang lebih advance berbanding usia anak
supaya anak mereka lebih advance dalam perkembangan mereka.
JANGAN!
Walaupun perkembangan kognitif anak anda sudah besedia untuk
permainan sebegitu, namun, ada sesetengah alat permainan yang
berbahaya buat mereka. Sebagai contoh, alat permainan bagi
anak kecil mestilah tidak mempunyai tali yang panjang, bahagian
kecil atau tajam kerana semua ini boleh menyebabkan bayi anda
tercekik, tertelan atau seumpamanya.
Pengusaha alat permainan sudah arif tentang semua ini dan tidak
akan menyarankannya kepada anak kecil di bawah 3 tahun. Oleh
23
sebab itu, pentingnya mengikut saranan pada label alat permainan
yang dibekalkan oleh pengusahanya.
“Alat permainan yang selamat untuk kanak-kanak atas 3 tahun,
tidak semestinya selamat untuk anak di bawah usia 3 tahun”
Oleh sebab itu, anda hendaklah sentiasa memastikan alat
permainan di rumah anda, bagi anak-anak yang berbeza usia
diasingkan. Sudah banyak kejadian anak kecil menelan bahan
magnetik. Alat permainan sebegini sebenarnya telah direka khas
buat kanak-kanak atas 3 tahun kerana anak kecil masih
menganggap semuanya boleh dimasukkan ke dalam mulutnya.
Kedua, kedua ibu bapa hendaklah sedar bahawa, walaupun
pengusaha alat permainan dan juga kementerian dalam kerajaan
telah menetapkan piawaian keselamatan alatan permainan, hal ini
juga penting bagi para ibu bapa untuk meneliti satu per satu.
Kerana mungkin ianya tidak dipatuhi oleh pihak-pihak tertentu.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan
Kepenggunaan (KPDNKK) telah mewartakan dua peraturan
berhubung standard keselamatan mainan kanak-kanak yang
bertajuk seperti di bawah:
(i) Peraturan Perlindungan Pengguna (Perakuan Kelulusan Dan
Tanda Pematuhan Standard Keselamatan) 2009; dan
24
(ii) Peraturan Perlindungan Pengguna (Standard Keselamatan Bagi
Mainan Kanak-Kanak) 2009
1) Penggunaan dan penjagaan alat permainan yang betul
a) Sentiasa menyelia anak anda yang sedang bermain
b) Buangkan kotak pembungkus permainan selepas
membukanya
c) Sentiasa memriksa alat permainan, sekiranya ia pecah dan
rosak segera baiki atau membuangnya
d) Semak juga alat permainan supaya tidak berkarat atau
terhakis
e) Waspada dengan alat permainan yang perlu dicas dan
pastikan ia dicas oleh ibu bapa
f) Ajarkan anak anda untuk menyimpan alat permainan dengan
selamat supaya ia tidak rosak atau terpijak oleh orang lain
hingga terjatuh
g) Kotak untuk menyimpan alat permainan hendaklah
mempunyai pembuka yang ringan dan mudah serta
mempunyai lubang udara di dalamnya untuk keselamatan.
2) Jenis alat permainan dan ciri-cirinya
a) Bahaya Tercekik
25
Elakkan membeli alat permainan kanak-kanak yang
mempunyai bahagian-bahagian yang kecil
Bahagian seperti hidung dan mata pada anak patung
sebaiknya dijahit daripada digam
Baca dan fahami label pada bungkusan
Jangan sekali-kali memberi kanak-kanak yang berumur
kurang daripada enam tahun, permainan seperti bola atau
belon kecil
Pastikan diameter bola untuk kanak-kanak tersebut adalah
lebih daripada 4.5cm
Jangan memberikan belon yang dibuat daripada lateks.
Belon diperbuat daripada mylar adalah lebih selamat
Sekiranya alat permainan tersebut mempunyai bateri,
pastikan ia tidak mudah dikeluarkan kerana kanak-kanak
boleh menelan dan tercekik dengan bateri tersebut.
26
b) Alat permainan bermagnet
Magnet-magnet yang longgar pada alat permainan
mempunyai potensi untuk ditelan oleh kanak-kanak
Kanak-kanak yang tertelan magnet akan menghadapi
bahaya tercekik dan kecedraan pada salur penghadaman
Jauhkan alat permainan yang mempunyai magnet
daripada kanak-kanak bawah 6 tahun
c) Bunyi
27
Telinga kanak-kanak sangat sensitif kepada bunyi
Jika alat-alat tersebut terlalu bising kepada anda, maka ia
juga tidak sesuai kepada kanak-kanak
Tanggalkan/keluarkan bateri atau tutup speaker alat
permainan tersebut dengan pita pelekat yang selamat
d) Bahaya mencekik
Jangan memberikan sebarang alat permainan yang
mempunyai tali lebih daripada 30cm kepada kanak-kanak
berumur di bawah setahun
e) Bahan kimia toksik
Beberapa alat permainan atau bahan kosmetik untuk
kanak-kanak mengandungi bahan kimia bertoksik
28
Jangan membeli alat permainan yang diperbuat daripada
plastic PVC (Poly Vinyl Chloride)
Baca label dan elakkan daripada membeli alat-alat
kosmetik mainan jika ia mengandungi xylene, toluene atau
dibutyl phthalate.
f) Alat permainan yang boleh ditunggang
Alat permainan yang boleh ditunggang seperti skuter atau
basikal kecil boleh menjadi sesuatu yang berbahaya.
Pastikan anak anda memakai helmet keselamatan
Pastikan permainan tunggangan tersebut dalam keadaan
stabil ketika anak anda menaikinya
Pastikan anak-anak anda bermain jauh daripada kawasan
berbahaya seperti kolam, tangga dan jalan raya
Ketiga, untuk menjamin keselamatan mainan anak daripada rosak,
ajarkan anak anda cara penggunaannya.
Jelaskan kepada mereka apa yang boleh dan tidak boleh
dilakukan pada setiap alatan permainan, beritahu kepada anak
juga agar mengasingkan alat permainan yang rosak. Walau
29
bagaimanapun, ibu bapa juga perlu memeriksa permainan yang
telah rosak untuk dibuang atau dibaiki. Beritahu selalu kepada anak
anda agar tidak merosakkan permainan atau meletakkannya
merata-rata setelah bermain agar tiada sebarang kemalangan
kecil berlaku.
Yang terakhir, untuk lebih menjamin keselamatan anak ketika
bermain permainannya, sudah tentu perlu dikawal selia oleh ibu
bapa atau pengasuhnya. Hal ini dapat mengelakkannya daripada
kemalangan kecil mahupun besar (dengan izin Allah s.w.t).
Dengan panduan di atas, diharap anak anda selesa dan selamat
ketika bermain. Serta kemalangan kecil mahupun besar dapat
dielakkan atau diminimumkan. InsyaAllah.
30
Permainan Pelbagai Fungsi – Apakah Nilaiannya?
Bagaimana memastikan bahawa alat permainan yang perlu dibeli
itu tidak terlalu mahal ataupun dikatakan berpatutan? Hal ini
supaya ibu bapa tidak membazir kemudian anak-anak pula dapat
menggunakan alat permainan yang dibeli dengan optimum. Sudah
semestinya permainan yang mempunyai fungsi yang banyak untuk
perkembangan anak-anak adalah lebih mahal harganya. Oleh
sebab itu, anda perlu tahu apakah aspek yang menyentuh
perkembangan anak anda sebelum membeli alat permainan yang
mahal tersebut.
Alat permainan yang bernilai adalah alat permainan yang
membesar bersama anak anda. Maksudnya ialah, alat permainan
tersebut dapat digunakan pada umur atau tahap yang berbeza.
Sebagai contoh “Blocks” ataupun yang lebih popularnya adalah
“Lego”. Alat permainan seperti ini membolehkan anak anda bebas
dalam membina idea. Tiada kesalahan yang dibuat, malah ia lebih
merangsang saraf-saraf otak untuk bersambung antara satu sama
lain. Hal ini bermaksud, ketika anak anda bermain Lego, anak anda
akan membina suatu rekaan bebas. Di mana anak anda tidak perlu
mengikut skema permainan tersebut. Dari sini, anak anda tidak
membuat sebarang kesilapan dalam rekaannya, malah anak anda
akan berimaginasi untuk mereka sesuatu yang lebih canggih pada
hemat mereka.
31
Melihat kepada “puzzles”, ia lebih sukar dan mencabar. Jika anak
anda belum sampai usia yang sepatutnya, anak anda akan mudah
bosan dan tertekan dengan permainan tersebut. Walaupun
“puzzles” dapat membina “3D views” dengan baik, namun
fungsinya hanyalah itu sahaja. Ia tidaklah terlalu bernilai berbanding
“Blocks”. Permainan seperti “Blocks” ini menjadi lebih bernilai
apabila ia berfungsi menjana daya imaginasi kanak-kanak. Seawal
usia 3 tahun, kanak-kanak telah mampu membina imaginasi
dengan baik. Kekreatifan pada rekaan anak anda itu juga memberi
sambungan pada saraf-saraf otak anak anda. Tiada salah dan
tiada betul. Kanak-kanak memang gemar meniru. Sehingga alat
permainan sebegini mampu menarik minat yang mendalam untuk
mereka belajar dan terus belajar. Tambahan pula, harganya
tidaklah terlalu mahal.
Fikirkanlah yang terbaik. Anda inginkan alat permainan yang mahal
kepada anak anda kemudian ianya hanya diletakkan di atas rak
sahaja kerana dikhuatiri rosak ataupun alat permainan yang
mampu mengembangkan potensi anak anda serta
menyambungkan saraf-saraf otaknya?
Tambahan lagi, permainan yang membuatkan anak anda berlakon
atau dapat meniru gaya sesuatu perlu dipertimbangkan. Ciri-ciri
permainan hendaklah ringkas dan tiada alat elektronik. Permainan
sebegini boleh dikatakan berkualiti dan bagus selagi ia dapat
32
mengekalkan tahap fokus anak yang tinggi kepadanya dan juga
dapat meningkatkan daya imaginasi anak anda.
Tahukah anda, bahawa terdapat alat ataupun barangan bukan
permainan yang mampu menjadi alat permainan yang efektif
kepadanya. Mahal? Tidak! Anda boleh dapatkannya dengan
harga kurang RM10.
Anda ingat pada bakul permainan anak anda? Bakul pakaian?
Kotak? Dan sebagainya yang sejenis dengannya. Saya sangat suka
ketika melihat anak saya bermain “kereta” sebagai permainannya.
Hanya gunakan bakul permainannya. Semua mainan dalam bakul
itu dikeluarkan, dan menggunakan bakul itu sebagai permainan.
Anda juga mesti pernah mengalami anak-anak yang menjadikan
kotak sebagai alat permainannya, baik untuk bersembunyi atau
menjadikan kotak sebagai apa-apa kenderaan yang dapat
dinaikinya. Inilah alat permainan yang bernilai juga! Ia mampu
mengekalkan tahap fokus anak anda sehingga 4 jam lamanya
(bergantung kepada sifat anak).
Jadi, jangan memandang rendah dengan alat permainan ringkas
ini. Malah pakar kanak-kanak juga menyarankan bahawa
permainan yang paling ringkas adalah yang paling baik.
Mengapa?
Permainan yang ringkas mampu menjana daya imaginasi
yang tinggi
33
Permainan yang ringkas membolehkan anak anda
melakukan pelbagai aktiviti dengannya, tidak terhalang
dengan satu-satu fungsi sahaja
Permainan yang ringkas membuatkan anak anda bekerja,
seperti perlu menggerakkannya
Permainan yang ringkas mampu mengekalkan minat yang
lama kepada anak anda kerana boleh bermain dengan
pelbagai fungsi dalam satu-satu masa.
Maka, fikirkan sesuatu sebelum membuat pembelian. Alat
permainan anak anda dapat mengembangkan daya imaginasinya
apabila ia berfungsi dengan baik. Jangan lupa juga untuk memberi
peluang kepada anak anda menggunakan “alat permainan” yang
terdapat di dalam rumah anda. “Alat permainan” ini sebenarnya
mampu mengembangkan minda anak anda!
Sekali lagi, pastikan ibu bapa atau penjaganya mengawal selia
aktiviti anak agar keselamatan terjamin.
34
Alat Permainan Elektronik – Satu Pendapat
Kebelakangan ini, alat permainan elektronik mendapat sambutan
menggalakkan. Sesetengah mereka menggembar-gemburkan
bahawa permainan elektronik lebih berpendidikan. Namun, adakah
ini benar? Adakah anda pernah membeli alat permainan sebegini
dan anak anda gembira dan terdidik dengannya.
Kebanyakan pakar perkembanagan kanak-kanak bersepakat
bahawa permainan elektronik tidak sesuai untuk perkembangan
kanak-kanak. Malah mereka juga memberi amaran kepada para
ibu bapa supaya berhati-hati dan memberikan had kepada anak-
anak dengan alat permainan elektronik kerana ia mampu
membahayakan anak anda yang sedang berkembang pesat.
35
Bahaya Permainan Elektronik
Mampu mempengaruhi pendengaran. Terdapat beberapa
kes yang melibatkan alat permainan elektronik yang
mengeluarkan bunyi bising menyebabkan kanak-kanak
hilang daya pendengaran. Oleh sebab itu, ketika membeli
alat permainan elektronik, pastikan ia tidak mengeluarkan
bunyi yang terlalu kuat.
Gagap dalam percakapan. Penemuan pada akhir-akhir ini
menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menerima terlalu
banyak input bukan manusia seperti televisyen atau
komputer, tidak dapat membina bahasa percakapan
secara normal. Hal ini kerana, kanak-kanak memerlukan
respon daripada manusia lain atau orang tuanya sendiri
dalam memastikan mesej yang disampaikan oleh kanak-
kanak itu betul dan dapat difahami. Atau sekiranya mereka
tersilap, ada orang yang dapat membetulkannya.
Memendekkan kadar fokus anak-anak. Hal ini berlaku
kerana alat permainan elektronik sentiasa mengubah
visualnya seperti kerlipan dan juga pergarakan yang sering
berubah-ubah. Dalam keadaan ini, kanak-kanak tidak
dapat fokus pada rangsangan yang stabil dan tetap pada
jangka masa yang panjang.
Menyumbang kepada obesiti. Hal ini sudah diketahui ramai
bahawa televisyen, komputer dan permainan video
menggalakkan kejadian obesiti di kalangan kanak-kanak.
36
Hal ini kerana terdapat kanak-kanak yang tidak bergerak
langsung ketika sedang bermain alatan ini, malah makan
juga di depan televisyen. Untuk mengatasi masalah ini,
beberapa pengusaha alat permainan berusaha
menggabungkan keseronokan dan kesihatan dengan
mengarahkan kanak-kanak bergerak ketika bermain
permainan elektronik. Contohnya papan menari.
Anak-anak pasif dan kurang berfikir. Apabila kanak-kanak
bermain dengan alat lektronik ataupun permainan
komputer, mereka sering menganggap bahawa alat
permainan tersebut merespon kepada mereka seterusnya
meletakkan kanak-kanak ini dalam keadaah separuh pasif.
Hanya sedikit ataupun tiada daya imaginasi yang
diperlukan ketika bermain. Malah, kebolehan program alat
permainan ini sangat terhad. Apabila anak anda jemu
dengan permainan ini, maka tiada lagi tarikan terhadap
permainan ini. Namun, pengusaha permainan elektronik
telah berusaha memasukkan aktiviti yang menggunakan
fikiran di dalamnya. Seperti permainan mengira, Sudoku,
dan sebagainya.
Kesimpulannya, mengehadkan anak terdedah dengan permainan
elektronik sangat penting. Terutama anak yang masih muda. Berikan
alat permainan yang ringkas buat mereka yang mana ia adalah
yang terbaik dalam perkembangan otak.
37
Panduan membeli permainan bayi.
Berikut adalah panduan yang boleh anda ikut ketika membeli
permainan untuk bayi anda.
Pertama, alat permainan tersebut mestilah mempunyai keselamatan
yang tinggi.
Ketika membeli pastikan anda tidak memilih permainan yang
mempunya ciri seperti ada bahagian tajam, terlalu kecil dan boleh
di masukkan ke dalam mulut, mempunyi bunyi yang bising dan
getah. Pastikan anda memilih permainan yang sesuai dengan umur
bayi anda. Patuh pada panduan pengeluar.
Kedua, beli permainan bayi yang boleh digunakan dalam masa
yang lama dan tidak mudah rosak.
Pilih permainan yang boleh di main dalam pelbagai cara dan
dalam masa yang sama boleh bertahan dalam masa yang sama.
Ketiga, jika anda ingin membeli lebih dari satu permainan, anda
boleh cuba dapatkan permainan yang boleh membantu
perkembangan fizikal dan mental bayi anda secara keseluruhan.
Apa yang saya maksudkan mengenai perkembangan fizikal dan
mental adalah seperti berikut :-
Kemahiran melakukan pergerakan besar - otot-otot berskala
besar seperti kaki, peha, tangan dan sebagainya perlu di latih
supaya anak anda berupaya untuk berjalan dan berlari
dengan baik. Permainan yang boleh membantu anak anda
untuk melakukan pergerakan besar adalah bola kecil dan
permainan yang melibatkan tendangan, larian dan
membaling.
Kemahiran mengawal mata dan melakukan pergerakan kecil -
Antara permainan yang boleh di cuba adalah permianan
38
yang melibatkan rampasan, melihat kiri dan kanan ,
mencucuk-cucuk dan beberapa permainan yang ringkas
tetapi melibatkan pergerakan yang kecil dan pengawalan
mata anak anda.
Peka kepada ruang – Antara permainan yang terlibat adalah
lego dan mangkuk bertingkat.
Deria bayi anda – sentuhan, bunyi, penglihatan dan bau.
Untuk membantu merangsang anak anda, belilah permainan
yang pelbagai bunyi, pelbagai bentuk, pelbagai warna dan
pelbagai bau.
Keempat, elakkan membeli DVD dan mana-mana permainan yang
melibatkan skrin digital.
Bayi perlu aktif bukan hanya duduk dan fokus pada skrin televisyen.
Pakar mencadangkan bayi di bawah 2 tahun tidak di benarkan
untuk melihat telivisyen.
39
Bab 3: Panduan membeli alat untuk mengajar anak anda berjalan.
Di sini saya senaraikan perkara yang perlu anda fikirkan sebelum
membeli alat permainan untuk mengajar anak anda berjalan.
Alat permainan tersebut mestilah selamat dari segi pembuatan
dan cara.
Pastikan alat permainan tersebut seimbang dalam membantu
dalam perkembangan fizikal bayi anda. Alat yang boleh
membantu anak anda melatih pergerakan otot besar, otot
kecil , kemahiran bercakap , emosi dan kemahiran berfikir
secra kreatif dan kritikal. Eloklah anda membeli alat permainan
yang boleh membantu anak anda untuk berkembang
sebanyak mungkin kemahiran. Permainan yang dicadangkan
adalah permainan yang boleh di tolak dan boleh dinaiki.
Elakkan membeli benda digital seperti DVD ketika anak anda
baru hendak belajar berjalan. Anak anda boleh belajar
membaca selepas beliau mahir berjalan.
40
Bab 4: Bagaimana hendak memilih alat permainan ketika anak
anda berada dalam peringkat prasekolah
Anak yang berada dalam tahap prasekolah akan belajar lebih
cepat ketika mereka bermain. Oleh itu amat penting untuk ibu
bapa memilih alat permainan terbaik untuk anak mereka.
Panduan untuk anda membeli belah
Permainan tersebut mestilah sempurna dalam pembuatan,
sesuai dengan umur dan selamat.
Ketika ini, anak anda sangat suka melakukan perkara yang
kreatif. Oleh itu ibu bapa perlu menggunakan kesempatan ini
sepenuhnya untuk melatih daya kreativiti mereka. Permainan
yang melibatkan lakonan seperti anak perempuan anda yang
suka memainkan watak ibu ketika bermain dengan anak
patung antara contoh perkara yang akan di lakukan oleh
anak anda ketika berada dalam tahap ini. Bagi lelaki mungkin
anda boleh membeli permainan yang memerlukan dia
mencantum sesuatu komponen sebelum boleh bermula
bermain. Bagi perempuan pula, mungkin anda boleh membeli
set alat permainan anak patung yang membolehkan gadis
kecil anda menyalin baju dan membentuk karakter yang
beliau suka.
Permainan yang boleh membantu sebanyak mungkin
perkembangan anak anda. Permainan yang mempunyai
variasi dalam bermain.
41
Pada tahap ini, eloklah anda bersikap sedikit dewasa dengan
anak anda. Bermain bersama dengannya sambil memberi
pendidikan kepadanya. Jangan bergantung kepada set DVD
dan peralatan digital.
42
Bab 5: Panduan memilih permainan pada peringkat persekolahan.
Apakah alat permainan yang sesuai untuk anak anda ketika ini?
Bagaimana untuk melakukan pilihan yang bijak ? Yang paling
penting, di mana hendak memperolehnya ?
Di sini, saya sertakan panduan untuk anda ;
Seperti biasa, keselamatan memainkan peranan penting
dalam aspek pemilihan.
Permainan yang terbaik pada tahap ini adalah permainan
yang sentiasa memberi anak anda peluang untuk berfikir.
Permainan seperti berlakon dengan anak patung dan melukis
antara permainan yang sesuai ketika ini.
Sukan antara permainan yang paling di sukai kanak-kanak
ketika ini. Belilah peralatan sukan yang anak anda minat.
Sukan boleh membantu anak anda untuk membina kekuatan
fizikal dan belajar bersosial.
Keadaan anak anda yang bersekolah, eloklah anda memilih
permainan yang mendorong ke arah pendidikan seperti
permainan matematik,permainan saintis dan sebagainya.
Sebelum terlupa, hadkan permainan berbentuk elektronik.
43
Bab 6: Bagaimana hendak menjimatkan wang dan masa ketika
membeli alat permainan ?
Saya tidak tahu mengenai anda, tetapi saya sukakan permainan
berkualiti yang murah. Persoalannya, adakah permainan tersebut
wujud?
Bagi memenuhi keinginan saya untuk memiliki permainan yang
murah, saya selalu membeli alat permainan yang berharga seringgit
yang berada di kaunter bayaran. Seperti biasa, barang yang
murah selalunya mempunyai banyak masalah, permainan tersebut
sangat mudah rosak.
Tetapi, perlukah kita menyerah kepada keadaan ?
Bolehkah saya memperoleh alat permainan yang murah tanpa
menjejaskan kualiti?
Ya, kita boleh mencari dan memperolehnya. Bagaimana?
Ikut panduan yang saya sediakan.
Pertama, beli permainan yang terpakai. Jangan pandang rendah
pada alat permainan terpakai, kalau ia masih elok untuk di gunakan
kenapa tidak? Anda boleh bertanya kepada rakan-rakan sama
ada mereka ada permainan yang tidak di gunakan. Anda juga
boleh membeli alat permainan dari kedai menjual alat terpakai.
Sudah tentu anda perlu membersih alat permainan tersebut
sebelum memberinya kepada anak anda. Lebih kreatif, anda boleh
44
mencarinya di internet. Buat satu iklan yang menyatakan anda ingin
membeli alat permainan yang sudah tidak di gunakan.
Kedua, ambil kesempatan ketika berlangsung jualan murah. Ketika
berlangsung jualan murah atau akhir tahun, gunakan kesempatan
ini untuk membeli alat permainan.
Ketiga, melakukan pembelian secara online atau membeli di
Internet. Lakukan kajian mengenai permainan yang anda hendak
beli, bandingkan harga dan anda boleh mula membeli. Lagipun,
pembelian dan kajian melalui internet memberi anda beberapa
faedah :-
1. Sistem kedai online selalunya mempunyai harga yang rendah.
Malah anda juga di antaranya menawarkan kupon dan
tawaran istimewa yang lain.
2. Mempunyai pilihan yang lebih dan berpeluang untuk mencari
alat permainan yang sukar untuk di dapati.
3. Menjimatkan masa dan tenaga.
4. Membantu anda untuk fokus ketika membeli belah.
Keempat, pinjam barang permainan daripada perpustakaan
permainan. Di Malaysia mungkin masih belum popular. Jika tiada
perpustakaan permainan, anda boleh merancang bersama rakan
anda untuk menukar bakul permainan anak anda dengan bakul
permainan anaknya. Tukar dalam jangka masa 1 bulan, kemudian
tukar semula atau tukar semula dengan kawan yang lain. Jika anda
45
berada dalam komuniti yang faham akan keperluan ini, pasti tidak
sukar untuk melakukannya. Cuba anda bayangkan, pada setiap
bulan, anak anda akan mendapat barang permainan baru tanpa
mengeluarkan wang. Jadi, pada pendapat saya, idea ini sangat
berbaloi dan sangat efektif.
Kelima, cipta mainan sendiri. Ketika anda mempunyai kesempatan
untuk mereka mainan sendiri buat anak anda, anda tidak perlu
meniru permainan yang dibeli dari kedai. Perkara yang lebih
penting adalah memastikan bahawa permainan buatan sendiri ini
dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Contohnya, anda tidak
perlu melabur untuk permainan bayi yang bergantungan pada katil.
Anda dapat membuatnya di rumah dengan kos yang lebih rendah.
Selain dapat memenuhi kreteria pendidikan dan perkembangan
bayi anda, anda juga dapat menggalakkan anak-anak anda untuk
menggunakan alatan di rumah sebagai permainannya. Kotak boleh
digunakan sebagai bot, kayu boleh dijadikan alat mengira dan
banyak lagi bukan? Dengan cara ini, anak anda akan mendapati
banyak permainan di dalam rumahnya (secara percuma).
Keenam, rancanglah dengan baik tentang koleksi permainan anak
anda. Anak anda boleh sahaja mempunyai alat permainan yang
mengandungi pelbagai fungsi dalam perkembangannya, namun
memiliki lebih daripada satu alat permainan yang mempunyai fungsi
yang sama adalah merugikan. Contohnya anak anda mempunyai
3 buah basikal. Malah membeli alat permainan yang mempunyai
46
pelbagai fungsi dan kekal lama sangat berbaloi. Semuanya di
tangan anda. Samada membeli permainan untuk berseronok
sahaja atau demi pendidikan mereka.
47
PENUTUP
Akhir kata daripada saya, didiklah anak anda sesuai dengan
tahapnya. Tiada istilah terlambat dalam mendidik. Selagi kita terus
sedar dengan kelemahan kita, kita semua akan terus memperbaiki
kesalahan yang kita lakukan dalam mendidik. Jadikan alat
permainan sebagai alat pendidikan mereka, kerana mereka belajar
dengan bermain!