Perlembagaan PBSM

4
1.0 NAMA PERSATUAN Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Jeram 2.0 ALAMAT Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram 16800 Pasir Puteh, Kelantan 3.0 OBJEKTIF a) Memberi kesedaran kepada ahli tentang kepentingan mengenali negara Malaysia. b) Menanam sikap kasih sayang, menghargai dan perasaan syukur tinggal di Malaysia. 4.0 KEAHLIAN a) Terbuka kepada semua pelajar Sekoah Menengah Kebangsaan Jeram. b) Pelajar yang menjadi ahli di Tingkatan 1 akan kekal sehingga Tingkatan 5. c) Setiap ahli persatuan mesti aktif dalam setiap mesyuarat yang dikendalikan. d) Semua ahli wajib hadir pada setiap perjumpaan kecuali ada surat kebenaran. 5.0 PENGURUSAN 5.1 GURU a) Bertindak sebagai penasihat, pembimbing dan pemantau. b) Peranan guru menambah minat yang mendalam serta kehadiran guru amat penting menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah persatuan. 5.2 AHLI JAWATANKUASA INDUK Ahli Jawatankuasa Induk terdiri daripada:

Transcript of Perlembagaan PBSM

Page 1: Perlembagaan PBSM

1.0 NAMA PERSATUAN Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SMK Jeram

2.0 ALAMAT Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram 16800 Pasir Puteh, Kelantan

3.0 OBJEKTIF a) Memberi kesedaran kepada ahli tentang kepentingan mengenali negara Malaysia. b) Menanam sikap kasih sayang, menghargai dan perasaan syukur tinggal di Malaysia.

4.0 KEAHLIAN a) Terbuka kepada semua pelajar Sekoah Menengah Kebangsaan Jeram. b) Pelajar yang menjadi ahli di Tingkatan 1 akan kekal sehingga Tingkatan 5. c) Setiap ahli persatuan mesti aktif dalam setiap mesyuarat yang dikendalikan. d) Semua ahli wajib hadir pada setiap perjumpaan kecuali ada surat kebenaran.

5.0 PENGURUSAN 5.1 GURU a) Bertindak sebagai penasihat, pembimbing dan pemantau. b) Peranan guru menambah minat yang mendalam serta kehadiran guru amat penting menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah persatuan.

5.2 AHLI JAWATANKUASA INDUK Ahli Jawatankuasa Induk terdiri daripada:

a) Pengerusib) Naib Pengerusic) Setiausahad) Penolong Setiausahae) Bendaharif) Wakil Kelas

Page 2: Perlembagaan PBSM

5.3 PERANAN AHLI JAWATANKUASA INDUK 5.3.1 Pengerusi a) Seorang yang bertanggungjawab. b) Berperanan mengendalikan mesyuarat. c) Sebarang keputusan adalah sebulat suara. d) Sentiasa berhubung rapat serta berkerjasama dengan guru penasihat. e) Memberi ucapan pada setiap perjumpaan.

5.3.2 Naib Pengerusi a) Memangku jawatan Pengerusi apabila ketiadaan pengerusi.

5.3.3 Setiausaha a) Bekerjasama dengan penasihat, pengerusi dan naib pengerusi. b) Memberitahu penasihat, pengerusi dan naib pengerusi mengenai mesyuarat yang akan diadakan. c) Mencatat dan menulis minit mesyuarat. d) Tanda kehadiran ahli. e) Catat aktiviti atau program yang dilaksanakan. f) Menyediakan laporan aktiviti persatuan pada setiap penggal.

5.3.4 Bendahari a) Menyimpan rekod kewangan. b) Merekod punca kewangan dan perbelanjaan persatuan. c) Mengutip yuran dari ahli. d) Tidak memaksa atau mengugut ahli dalam segi pembayaran yuran.

5.3.5 Wakil Kelas a) Membantu pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari dalam tugasan mereka. b) Tidak bertindak sendirian dan beri kerjasama erat dengan ahli-ahli lain.

6.0 YURAN a) Jumlah yang mampu dibayar oleh semua ahli. b) Yuran yang dipungut mesti ditanda atau dicatat serta-merta. c) Kedudukan kewangan persatuan mesti diumumkan kepada ahli dari masa kesemasa.

7.0 PERANCANGAN a) Kepelbagaian serta memberi manfaat kepada ahli adalah dua perkara utama dalam merancang aktiviti atau program persatuan. b) Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan mestilah terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat dan dipersetujui oleh semua ahli.

Page 3: Perlembagaan PBSM

8. MESYUARAT a) Mesyuarat agung diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa. b) Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau bila-bila perlu.

9. PEMINDAAN PERLEMBAGAAN a) Sebarang pemindahan perlembagaan boleh dilakukan mengikut kesesuaian atau keperluan semasa. b) Pemindahan perlembagaan akan dibuat dalam mesyuarat agung atau mesyuarat agung luar biasa serta mendapat persetujuan 2/3 daripada ahli.