PERKEMBANGAN
-
Upload
heryani-mukhair -
Category
Documents
-
view
264 -
download
0
description
Transcript of PERKEMBANGAN
PERKEMBANGAN
Kami memilih untuk membuat pembungkus kek dan kota pembungkus air susu. Kek
tersebut terdiri daripada aneka jenis yang dikeluarkan daripada syarikat yang sama. Minuman
pula terdiri daripada minuman susu segar. Bagi penggemar susu, ia boleh didapati dalam
pelbagai perisa antaranya coklat, strawberi dan jagung.
Kandungan nutrien, logo syarikat n kos perbelanjaan
Kami telah mencari maklumat pemakanan tentang kek sebelum memulakan mereka
cipta kotak pembungkus kek tersebut. Kami juga telah mencari maklumat pemakanan bagi
minuman tenusu. Lampiran 1 dan lampiran 2 merupakan maklumat pemakanan bagi kedua-dua
makanan dan minuman tersebut.
Kami seterusnya memilih warna merah jambu sebagai warna tema kotak kek kerana
warna ini dapat menarik minat pembeli wanita dan kanak-kanak terutamannya. Manakala, bagi
kotak minuman tenusu, kami memilih warna putih dan coklat yang melambangkan kesegaran
susu sebagai warna utama kotak pembungkusan. Pembungkus makanan dan minuman yang
menggunakan warna terang akan dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk
makanan ini.
Pertamanya, kami membuat reka bentuk untuk minuman. Kami menggunakan hamparan
kotak berisipadu 325 ml. Bekas ini mempunyai ukuran tinggi 9 cm dan berbentuk kuboid. Setiap
grafik dicetak gambar produk, ramuan, tarikh luput,maklumat pemakanan, arahan, kod bar, logo
halal, logo syarikat pengeluar, logo amalan perkilangan yang baik oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan alamat pengilang. Bentangan bagi pembungkus minuman adalah seperti dalam
Rajah 3 dan Rajah 4.
Seterusnya kami membuat reka bentuk untuk bungkusan kotak kek. Untuk rekaan ini,
kami menggunakan kertas kotak yang sedikit keras. Ia mempunyai ketinggian 29.6 cm dan lebar
91.2 cm. Kotak ini boleh memuatkan sebiji kek yang berbentuk bulat atau empat segi yang.
Bentangan pembungkus kebab ini adalah seperti dalam Rajah 5, Rajah 6 dan Rajah 7.
Akhir sekali, kami membuat bungkusan utama yang boleh memuatkan sebuah kek dan
satu kotak susu. Kotak ini menggunakan latar warna tema tersendiri bersesuain dengan produk
dan mempunyai maklumat lengkap tentang makanan dan minuman di dalamnya.