PERKARA 20
description
Transcript of PERKARA 20
Perkara 20; Kenalpasti Yang Mana Satukah Di Antara Perkara-Perkara Yang
Dinyatakan Di Atas Yang Telah Mengalami Perubahaan Sejak Kemerdekaan 1963.
Mengapakah Perubahan Tersebut Berlaku.
01. Pendahuluan
Tarikh 16 September 1963 sememangnya memberi perubahan kepada negara khususnya
dalam penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri
Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di samping jumlah
penduduknya yang menjangkau 10 juta orang.
Menyusur semula pembentukan Malaysia yang direalisasikan oleh Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebenarnya
telah disuarakan pada bulan Mei 1961 lagi melalui satu ucapannya dalam Persatuan
Wartawan Asing Asia-Tenggara di Singapura. Dalam ucapan tersebut, beliau telah
mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunai
digabungkan dalam satu kesatuan atau satu negara yang disebut sebagai Malaysia. Kata
Tunku dalam ucapannya, “Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara
bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan
Sarawak.”
Cadangan pembentukan ini telah menimbulkan inisiatif kepada rakyat Sabah
untuk melindungi kepentingan kaum masing-masing di bawah satu badan politik. Parti
pertama yang ditubuhkan ialah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) yang
diasaskan oleh Donald Stephens pada Osog 1961 bagi menjaga kepentingan kaum
kadazan. Selepas itu muncul parti-parti lain seperti Pertubuhan kebangsaan Sabah
Bersatu (USNO) yang mewakili Bumiputera Islam, Pertubuhan Kebangsaan Pasok
Momogun (PASOK) mewakili suku Dusun bukan Ilsam serta tiga buah parti Cina iaitu
parti Bersatu (UP), Parti Demokratik (DP) dan Parti Liberal (LP). Seterusnya pada julai
1961, wakil-wakil Sabah dan Sarawak telh dihantar oleh pihak Inggeris dalam
Persidangan Persatuan Parlimen Komonwel (CPA) ke lapan di Singapura yang membuka
jalan kepada penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC) pada
23 Julai 1961yang dianggotai olehh Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Donald Stepehens yang
ketika itu menjadi salah seorang ahli tidak rasmi Majlis Undangan Sabah. sebuah
suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya
Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961.
Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England.
Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie
yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai
mewakili kerajaan British. Tujuan penubuhan suruhanjaya iniadalah untuk meninjau
pendapa penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk
Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada
Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini
menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati
politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak
negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan
sekerja dan sebilangan besar orang ramai.
Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanah Melayu
yang ada dijadikan asas bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru.
Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-
negeri baru ke dalam Persekutuan. sehubungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu
dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo terjamin. Laporan
suruhanjaya cobbold ini dijadikan landasan paling kuat untuk memastikan penyertaan
Sabah dan Sarawak ke dalam pembentukan Malaysia. Andaian dan jaminan-jaminan
perlindungan itu tidak diwujudkan di dalam Perlembagaan Malaysia, suda pasti sukar
untuk kedua-dua negeri tu mengambil keputusan menyertai persekutuan baru itu. Untuk
memperjelaskan lagi usaha mendapatkan jaminan perlindungan itu, lima buah parti
politik di Sabah yang menyokong pembentukan Malaysia iaitu UKNO,Pasok Momogun,
2
UP dan DP telah bersatu menubuhkan Perikatan Sabah (Sabah Alliance) pada September
1962. Parti ini telah berbincang sesama sendiri dan bersetuju mengemukakan satu
memorandum yang dikenali sebagai “20 PERKARA” yang meliputi pelbagai aspek
perlindungan kepada rakyat Sabah. Memorandum itu kemudiannya dikemukakan kepada
IGC dengan tujuan supaya syarat-syarat perlindungan itu dapat dimasukan ke dalam
pindaan-pindaan Perlembagaan Tanah Melayu bagi membentuk Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu (PTM) & Tuntutan 20 Perkara. Justeru pada 9 Julai 1963 – Perjanjian
Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London. Antara Kandungan
utama perjanjian:
i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak & Sabah
tetapi agama lain bebas diamalkan
ii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris & bahasa
lain masih boleh digunakan
iii. Bagi Sarawak & Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10
tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
iv. Sarawak & Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen &
perkhidmatan awam
v. Rakyat bumiputera di Sarawak & Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang
Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
3
02. Dasar Pendidikan Pasca Merdeka dan Perkembangan Pendidikan di Sabah.
Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem
pelajaran kebangsaan. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962
dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini
diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila
peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964.
Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke
sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang
melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan
keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti
Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk
menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang
pendidikan yang sama untuk semua kaum. Pada masa ini juga Sistem Pendidikan
Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di
Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun
1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.
Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan
bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa
pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat
jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada
peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan
cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada
tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan
4
menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala
tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu
falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan
perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini,
pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam
masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum
termasuklah di negeri Sabah.
Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,
antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan
sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun
1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa
Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik
diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains
dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga
kerja mahir.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan
cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada
tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan
menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala
tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
5
03. Perkembangan Pendidikan Di Sabah. ( Perkara 15 )
Perkara 15: Pelajaran
Pelajaran hendaklah dijadikan perkara Persekutuan tetapi polisi dan sistem pentadbiran
pelajaran di negeri Sarawak dan Sabah masa ini hendaklah terus dikekalkan di bawah
urusan kerajaan negeri sehingga kerajaan itu mengubahnya.
Berdasarkan 20 PERKARA yang menjadi memorandum kerajaan Sabah dan
Sarawak terhadap komitmen pembentukan Malaysia. Kemasukkan Sabah dan Sarawak
dan pengenalan pendidikan percuma telah mennyebabkan pertambahan murid-murid di
sekolah rendah iaitu 44% dalam tempoh 1957-1967. Selepas 45 tahun, pembentukan
kerajaan Malaysia, perkara terbesar yang menjadi impak kepada perjanjian tersebut ialah
sistem pendidikan. Pada 16 September 1963 apabila Sabah menyertai Malaysia maka
Jabatan Pelajaran Sabah menjadi sebahagian daripada Kementerian Pelajaran
Persekutuan. Namun mengikut perjanjian antara kerajaan Sabah dan Kerajaan
Persekutuan semasa pembentukan Malaysia telah bersetuju bahawa dasar dan sistem
pentadbiran pelajaran di Sabah tetap di bawah kawalan kerajaan negeri sehingga satu
persetujuan yang lain dicapai.
Dalam hal ini dasar pelajaran adalah dikelolakan oleh Jabatan Ketua Menteri dan
Pengarah Pelajaran Sabah akan terus dinasihatkan oleh Lembaga Pelajaran dan
Jawantankuasa Pelajaran Tempatan. Berdasarkan perjanjian pendidikan ini,
pembangunan pendidikan di Sabah jelasnya boleh dibahagikan kepada zaman selepas
Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia dengan empat era pemerintahan :
(i) Datu Mustapha- Fuad Stephen (1963-1975),
(ii) Faud Stephen-Haris Salleh, (1976-1985),
(iii) Joseph Pairin Titingan (1986-1995),
(iv) Sakaran Dandai – Musa Aman (1996-2010).
6
Penyertaan Sabah dalam pentadbiran Malaysia mejadikan Jabatan Pelajaran
Sabah menjadi sebahagian daripada Kementerian Pelajaran Persekutuan. Namun
mengikut perjanjian antara kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan semasa
pembentukan Malaysia telah bersetuju bahawa dasar dan sistem pentadbiran pelajaran di
Sabah tetap dibawah kawalan kerajaan negeri sehingga satu persetujuan yang lain
dicapai. Dalam hal ini dasar pendidikan adalah dikelolakan oleh Jabatan Ketua Menteri
dan Pengarah Pelajaran Sabah akan dinasihatkan oleh Lembaga Pelajaran dan
Jawatankuasa Pelajaran Tempatan (Ee Ah Meng 1992). Wong Hoy Kee (1975)
mengatakan.
Although education (item 13A of Federal list in the ninth Schedule) will be a Federal
subject, the present policy and system of administration of education in North Borneo
and Sarawak should be undisturbed and remain under the control of the Government of
the state until the government other wise agrees. In particular, the present policy in the
Borneo States regarding the use of English should continue, knowledge of the malay
language should not…,
Walau bagaimanapun pada tahun 1970 kerajaan Sabah telah memperkenalkan
dasar
pembangunan pendidikan yang meliputi:
i. Membekalkan tempat bagi setiap kanak-kanak yang mencapai umur
persekolahan.
ii. Meningkatkan kemudahan sekolah menengah terutama di luar bandar.
iii. Meningkatkan nilai-nilai pelajaran di sekolah rendah dan menengah.
iv. Meningkatkan latihan teknik dan vokasional
v. Menambahkan kemudahan-kemudahan latihan perguruan.
vi. Bahasa Malaysia dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah Ingerís
mulai darjah 1
7
Integrasi sistem pendidikan Sabah dengan sistem pendidikan kebangsaan
(Persekutuan) bermula pada 1966 dengan terlaksananya pendidikan rendah percuma. Ini
di ikuti dengan bermulanya pendidikan menengah melayu pada 1968 sebagai satu projek
percubaan. Syor dari Jawatankuasa kurikulum 1969 peperiksaan Lower Certificate of
Education (LCE) telah menggantikan Sabah Junior Certificate, mulai 1973, manakala
pelajar-pelajar aliran melayu mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Tindakan kerajaan pusat memanjakan peruntukan Akta Pelajaran 1961 ke Sabah
pada tahun 1976, iaitu lebih kurang 14 tahun setelah Sabah merdeka melalui Malaysia,
merupakan suatu tindakan yang bijak dan wajar. Ini adalah keran, sekiranya kerajaan
pusat membiarkan kerajaan negeri Sabah mengekalkan sistem pendidikan yang diwarisi
dari penjajah British sejajar dengan kehendak Perkara 15, sudah tentu rakyat negeri
Sabah tidak dapat menikmati Dasar Pendidikan Negara Malaysia seperti yang dinikmati
sekarang. Pada 15 September 1969, Lembaga Pelajaran Sabah telah menerima Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah di sekolah sekolah
berpengantar bahasa Inggerís mulai 1970.
3.1 Era Fuad Stephen – Harris Salleh (1975-1985)
Mulai era tahun 1975, semua mata pelajaran di sekolah rendah di Sabah telah mula diajar
dalam bahasa Malaysia kecuali mata pelajaran bahasa Inggeris. Di peringkat sekolah
menengah, pengantar Bahasa Malaysia telah digunakan dalam pengajaran semua mata
pelajaran kecuali bahasa Ingerís sejak tahun 1976 bermula di tangkatan 1. Pada 1978
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) telah menggantikan Lower Certificate of
Education, pada tahun 1980 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menggantikan MCE
dan pada 1982 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengantikan HSC. Intergrasi
sepenuh dengan sistem pendidikan kebangsaan adalah bermula pada Januari 1976 apabila
Akta Pelajaran 1961 dilaksanakan di Sabah sepenuhnya.
8
“sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Malaysia telah manjadi
bahasa pengantar di sekolah rendah Sejak tahun 1970 dan telah menggantikan bahasa
Inggerís sehingga peringkat sekolah menengah . Pada tahun 1981 semua sekolah rendah
dan sekolah menengah telah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
bagi semua mata pelajaran kecuali bahasa Inggerís” (Ee Ah Meng 1992). Dalam tempoh
1976-1980 juga adalah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga (RMK ke-3), dimana
teras utama dalam RMK Ke-3 ini adalah untuk “menyatukan sistem pelajaran di Sabah
dan Sarawak dengan sistem pelajaran kebangsaan dengan cara berunsur-unsur.” Oleh itu
kerajaan pusat telah membiayai pembinaan 17 buat sekolah rendah dan menengah baru
dan 12 buah sekolah menengah di perbaiki dan 3 buah sekolah vokasional baru
dirancangkan untuk negeri Sabah. Pembinaan ITM (UiTM) cawangan Sabah di Kota
Kinabalu pada tahun 1972 dan pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
cawangan Sabah pada tahun 1978 di Limauan, Sabah.
Begitu juga dalam tahun 1981-1985 adalah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-
4, maka pelaksanaan dasar Pendidikan Kebangsaan di teruskan di Sabah dimana Bahasa
Malaysia telah menjadi bahasa pengantar utama di Pusat Pengajian Tinggi di Sabah
khasnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, cawangan Sabah di Limauan, Kinarut
Sabah, manakala ITM (UiTM) cawangan Sabah di Kota Kinabalu, masih mengekalkan
pengajarannya menggunakan bahasa Inggerís.
Dari segi kurikulum pula, kerajaan pusat telah menggubah semula kurikulum dan
mewujudkan pendekatan baru dalam pengajaran -pembelajaran di sekolah rendah dan
menengah yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
memberi penekanan kepada 3M (membaca, mengira dan menulis) dan dilaksanakan di
Malaysia termasuk di Sabah mulai 1983 dan diikuti pula dengan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Bagi mengukuhkan sistem pendidikan
negara, kerajaan juga telah menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun
1988, dengan memberi penekanan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi
membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988).
9
Dari segi pembangunan pendidikan, kerajaan pusat telah membiayai pembinaan
sebanyak 876 bilik darjah yang baru di Sabah dan menyediakan kemudahan bilik-bilik
perpustakaan di sekolah rendah dan menengah. Bagi sekolah Teknik dan Vokasional,
terdapat pembinaan perbesaran kepada dua sekolah Vokasional di Sabah. Pada era ini
perkembangan pendidikan di Sabah berkembang dengan pesat, terutama sekali dengan
pertambahan sekolah-sekolah rendah dan menengah di Bandar dan luar bandar,
pembesaran maktab-maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Gaya, Maktab Perguruan
Kent, Maktab Perguruan di Sandakan yang ada bagi menampung pertambahan
pengambilan guru-guru pelatih, pembesaran sekolah vokasional, pembinaan kampus
UKM cawangan Sabah di Menggatal dan pembinaan kampus tetap ITM cawangan Sabah
di Kuala Menggatal ,bagi mempastikan Sabah mempunyai tenaga kerja terlatih dan
profesional yang mencukupi bagi pembangunan ekonomi Sabah yang pesat membangun
pada masa itu.
3.2 Era Joseph Pairin Titangan (1986-1995)
Dalam era pemerintahan Partii Bersatu Sabah (PBS) hala tuju pembangunan pendidikan
adalah berdasarkan matlamat Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan Rancangan
Malaysia ke-6 (1991-1995). Dalam RMK ke-5 ini matlamat pembangunan pendidikan
adalah:
“matlamat pendidikan adalah untuk memupuk perpaduan Negara, melahirkan orang
perseorangan yang berpengetahuan, terlatih dan mahir untuk memenuhi keperluan
tenaga manusia dan sosial yang semakin bertambah” (Kerajaan Malaysia 1986).
Oleh itu syor-syor dalam Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pendidikan pada
1969 di teruskan pelaksanaannya terutama pelaksanaan KBSR di sekolah-sekolah rendah
dan KBSM di sekolah-sekolah menengah. Selain Dasar Pendidikan Kebangsaan yang
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 yang menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar di peringkat pendidikan rendah, menengah dan tinggi, kerajaan Sabah juga
10
telah melaksanakan pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah dan
memanjangkan tempoh persekolahan dari 6 tahun ke-9 tahun (Kerajaan Malaysia 1986).
Dalam Rancangan Malaysia ke-6 (1991-1995) Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah juga
memberi penekanan kepada pembangunan sumber tenaga manusia yang terlatih
disamping mempunyai nilai dan etika yang kukuh . Maka dalam RMK ke -6 (1991-
1995) matlamat pembangunan pendidikan adalah:
“Pendidikan dan Latihan akan terus dimaju dan ditingkatkan, bukan sahaja untuk
melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai, tetapi juga
untuk melahirkan warganegera yang bertanggung serta mempuynai moral dan nilai nilai
dan etika yang kukuh. Di samping itu, program berkenaan akan membantu membentuk
tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik yang akan meningkatkan daya saing
ekonomi Malaysia (Kerajaan Malaysia 1991).”
Walaupun kerajaan negeri pada masa itu tidak sahaluan dengan kerajaan pusat,
Namun dasar dan pembangunan pendidikan di Sabah tetap diteruskan seperti mana yang
terdapat dalam RMK ke-5 dan RMK ke- 6. Kerajaan tetap meneruskan dasar pendidikan
seperti KBSR yang memberi penekaan kepada kemahiran 3M (menulis, membaca dan
mengira) di sekolah-sekolah rendah di Sabah, dan memberi penekanan kepada mata
pelajaran sains dan teknikal melalui Kemahiran Hidup dan kemahiran Menipulatif
peringkat pendidikan menengah melalui Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).
3.3 Era Sakaran Dandai – Musa Aman (1996-2010)
Dalam era ini pembangunan pendidikan di Sabah banyak dipengaruhi oleh Rangka
Rancangan Jangka Panjang kedua (1991-2000) dan Dasar Rancangan Malaysia ke-7
(1996-2000), Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), dan Akta Pendidikan 1996, Dasar
Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggerís.
11
Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang kedua (RRJP 1991-2000) matlamat
pendidikan adalah: “untuk melahirkan warganegara yang mempunyai imbangan
bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran dengan penumpuan terhadap sains dan
teknologi, nilai-nilai rohani dan moral yang tinggi, rasa tanggungjawab, berdaya cipta,
mudah lentur diri dan berupaya memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan
negara yang harmoni, makmur dan bersatu (Kerajaan Malaysia 1991).”
Matlamat pendidikan dalam Rancangan Malaysia kelapan (RMK Ke-8) (2001-
1005) adalah: “pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan kearah membangunkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersatupadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
fizikal, juga berpegang teguh kepada ajaran agama, usaha ini selaras dengan hasrat
kerajaan untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dan
bertanggungjawab dan berupaya untuk mencapai tahap kehidupan yang tinggi dan
mampu untuk menyumbang ke arah keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.”
(Kerajaan Malaysia, 2001). Oleh itu matlamat pendidikan dalam RRJP dan RMK ke-8
adalah untuk melahirkan modal insan yang mempuyai pengetahuan dan berkemahiran,
tetapi juga mempunyai nilai moral yang tinggi dan mempu untuk meyumbang
pembanguan negeri khususnya negeri Sabah.
Pada era ini, peristiwa yang amat penting ialah penubuhan dan pembinaan
kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), di Kota Kinabalu pada 1996, bagi
mempastikan negeri Sabah mempunyai modal insan yang terlatih dan mencukupi bagi
membangunkan ekonomi negeri Sabah. Selepas sepuluh tahun penubuhan UMS, pada
tahun 2004, Universiti Malaysia Sabah mempunyai pelajar seramai 10,657 pelajar yang
terdiri daripada 9,922 orang pelajar ijazah pertama, 664 pelajar sarjana dan 71 orang
pelajar Ph.D (Kementerian Pendidikan, 2004).
12
Di peringkat sekolah rendah pula bilangan pelajar di Sabah adalah seramai 46,376
orang, bagi pelajar sekolah menengah pula seramai 173,351 orang , Manakala bilangan
sekolah rendah sebanyak 1057 buah dan sekolah menengah sebanyak 190 buah ; dan
bilangan guru sekolah rendah seramai 19,779 orang guru, manakala guru sekolah
menengah seramai 10,486 orang (Kementerian Pendidikan 2004). Pada tahun 1997, Akta
Pendidikan 1996 juga telah dipanjang ke Sabah di antara, kesan Akta Pendidikan
1996 terhadap pembangunan pendidikan di Sabah adalah :
i. Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama untuk semua institusi
pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan.
ii. Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi :
• Pendidikan Pra-sekolah
• Pendidikan Rendah
• Pendidikan Menengah
• Pendidikan Lepas Menengah
• Pendidikan Tinggi
iii. Tempoh persekolahan dilanjutkan dari 9 tahun kepada 11 tahun (sehingga
tingkatan 5).
iv. Mewajibkan semua tadika kerajaan dan swasta mengikut Garis Panduan
Kurikulum Para sekolah yang disediakan oleh kementerian Pendidikan.
v. Memperkenalkan satu kurikulum kebangsaan yang wajib digunakan oleh semua
sekolah termasuk sekolah swasta.
vi. Jika bahasa pengantar utama disesuatu institusi pendidikan adalah berlainan
daripada Bahasa Melayu, ia hendaklah diajar sebagai mata pelajaran yang wajib.
Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Malaysia telah menjadi
bahasa pengantar di sekolah sekolah rendah sejak tahun 1970 yang telah menggantikan
Bahasa Inggeris, manakala mulai tahun 1981 Bahasa Malaysia seterusnya menjadi bahasa
pengantar di sekolah sekolah rendah dan menengah sehingga sekarang ini manakala
Jabatan Pelajaran Sabah pula berfungsi sebagai sebuah kementerian mini di mana
pelbagai bahagian seperti yang terdapat di Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini
13
termasuklah bahagian-bahagian ikhtisas dan pentadbiran am. Mengenai pengajian tinggi
pula kerajaan pusat telah menambahkan bilangan Maktab Perguruan dengan menubuhkan
Maktab Perguruan di Keningau dan Maktab Perguruan di Sandakan selain Makatab
Perguruan Gaya dan Maktab Perguruan kent yang sedia ada bagi melatih bilangan guru
yang amat diperlu oleh kerajaan Sabah.Kerajaan pusat juga telah menubuhkan ITM
(UiTM) cawangan Sabah pada tahun 1973, UKM cawangan Sabah pada 1978, dan
Universiti Malaysia Sabah telah di tubuhkan pada tahun 1993 bagi melatih tenaga kerja
separa mahir dan professional yang diperlukan oleh kerajaan Sabah bagi membangunkan
ekonomi khasnya Malaysia amnya. Sejak Sabah mencapai kemerdekan dalam Malaysia
perkembangan pendidikan di Sabah berkembang denga pesat baik di peringkat rendah.
14
04. Kesimpulan
Walaupun terdapat peruntukan khas untuk negeri Sabah dalam perlembagaan
Persekutuan, namun pada masa yang sama ia tidak mengganggu gugat hak sah yang
dimiliki oleh negeri-negeri lain di negara ini. Justeru, dasar Pembangunan dan
perkembangan pendidikan di Sabah adalah berdasarkan dasar dan perancangan
pendidikan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, kerana segala
pembangunan dan perkembangan pendidikan di Sabah adalah di bawah kawalan kerajaan
Persekutuan. Walaupun kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk
pembangunan pendidikan di Sabah seperti yang dituntu oleh laporan Jawatan Kuasa
Antara Kerajaan atau Inter _Government (IGC) tetapi kerajaan persekutuan juga
mempunyai tanggunjawab kepada rakyat iaitu berjimat cermat dalam soal
membelanjakan wang rakyat. Sehubungan dengan itu, faktor tolak ansur yang menjadi
tulang belakang kepada perlembagaan kita perlu diambil kira kerana ia akan
mempengaruhi kestabilan negara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, faktor tolak
ansur yang menjadi tulang belakang kepada perlembagaan kita perlu diambil kira kerana
ia akan mempengaruhi kestabilan negara keseluruhannya.
15