Perjuangan kemerdekaan

32
PERJUANGAN KEMERDEKAAN

description

Pengajian Am LTA@KKLK

Transcript of Perjuangan kemerdekaan

Page 1: Perjuangan kemerdekaan

PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Page 2: Perjuangan kemerdekaan

Pengenalan Kemerdekaan - dari satu sudut - boleh difahami

sebagai bebas dari perhambaan, keterikatan, lepas dari dikenakan tuntutan, tidak bergantung nasib kepada orang, bangsa atau negara lain.

Merdeka juga bermakna bebas dari belenggu kelemahan peribadi dan keruntuhan moral, penyakit dan kemiskinan yang membingkai dan menghalang manusia dari mencapai darjat kemanusiaannya yang sejati.

Dalam konteks negara; kemerdekaan bermaksud terlepas dari penjajahan, sama ada penjajahan politik, ketenteraan, ekonomi, budaya, informasi dan sebagainya.

Page 3: Perjuangan kemerdekaan

PERJUANGAN MELALUISEMANGAT NASIONALISME

Menjelang abad ke-20, perjuangan mencapai kemerdekaan adalah berasaskan kepada semangat kebangsaan (nasionalisme). Semangat kebangsaan di kalangan penduduk negara ini adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama, iaitu pengaruh luar negeri dan hasil karya.

Page 4: Perjuangan kemerdekaan

Samb…

'Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.‘

Dalam bahasa yang mudah nasionalisme bermaksud semangat kebangsaan, semangat cinta dan sayangkan negara.

Page 5: Perjuangan kemerdekaan

Faktor Kebangkitan Semangat Nasionalisme

1. Faktor Luar Negara◦ Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun 1905.◦ Gerakan Pembaharuan Islam (pan-Islamisme) Timur Tengah◦ Pengaruh gerakan nasionalisme disekitar Asia Tenggara

seperti di Filipina dan Indonesia.◦ Revolusi Cina◦ Gerakan kemerdekaan di India oleh Mahathma Ghandi

2. Faktor Dalam Negara◦ Perkembangan pendidikan◦ Kesedaran nasionalisme dan pemerintahan sendiri kesan penguasaan Jepun di Tanah Melayu◦ Perkembangan bidang penulisan

3. Faktor-faktor lain (perkembangan media dll)

Page 6: Perjuangan kemerdekaan

Samb...

Kebangkitan Islam di Timur Tengah pada akhir kurun ke-19 Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan

pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Mesir. Intelektual mematangkan perjuangan Perjuangan nasionalisme melalui akbar dan majalah dan peranan akhbar

dan majalah melayu,cina dan india Kemunculan pertubuhan melayu sebagai gerakan berorganisasi

menentang penjajah Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) Kesatuan Melayu Muda Kemunculan pertubuhan orang cina dan india sebagai gerakan

berorganisasi menentang penjajah

Page 7: Perjuangan kemerdekaan

Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajahan Melalui Persatuan

Gerakan nasionalisme juga ditiupkan kepada penduduk tempatan melalui persatuan dan pertubuhan.

Secara umumnya dalam konteks perjuangan menuntut kemerdekaan terdapat dua jenis persatuan yang terlibat iaitu :

1. Pertubuhan Sosial (NGO) – Kesatuan Melayu Singapura (1926), Kesatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Perak (PMP),GAPENA, ASAS 50, 2. Petubuhan politik (Parti Politik) – Kesatuan Melayu Muda, Parti Komunis Malaya, UMNO, MCA, MIC, Parti Negara dl

Page 8: Perjuangan kemerdekaan

Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajahan melalui Parti Politik

Gerakan nasionalisme melalui persatuan dan parti politik dikatakan bermula agak lambat di Tanah Melayu.

Secara umumnya dalam konteks perjuangan parti politik ia boleh dibahagikan kepada dua jenis parti politik iaitu :

1. Parti Politik Berhaluan Kanan (Diplomasi dan Perundingan) – UMNO, MAC, MIC, Parti Negara, Parti Perikatan. 2. Parti Politik berhaluan Kiri (Radikal) – Kesatuan Melayu Muda (1939), Parti Komunis Malaya, PAS, API, PETA, AWAS dll.

Page 9: Perjuangan kemerdekaan

Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajahan melalui Penulisan

Gerakan nasionalisme juga ditiupkan kepada penduduk tempatan melalui hasil penulisan termasuk penulisan kreatif (cerpen, novel, puisi,lagu).

Secara umumnya dallm konteks perjuangan menuntut kemerdekaan terdapat dua bentuk penulisan yang terlibat iaitu :

1. Akhbar harian - Al-Imam, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Warta Sarawak. 2. Majalah dan terbitan berkala – yang mengandungi hasil-hasil penulisan kreatif seperti cerpen (cth: Anak Mat Lela Gila) hasil tulisan penulis seperti Ishak Haji Muhamad, Usman Awang yang merupakan ahli GAPENA dan ASAS 50. Selain itu novel juga turut dijadikan wadah perjuangan menuntut kemerdekaan dan memperbaiki tahap sosio-ekonomi masyarakat Melayu.

Page 10: Perjuangan kemerdekaan

Malayan Union

Bentuk pentadbiran baru yang diperkenalkan oleh British selepas Perang Dunia ke 2. Jika dikaji Perlembagaan MU mengandungi dua fasal utama iaitu yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Kerakyatan

Perlembagaan Malayan Union adalah seperti berikut:◦ Malayan Union ditadbir mengikut bentuk pentadbiran kesatuan (Union).◦ MU terdiri daripada gabungan 9 buah negeri Melayu termasuk Melaka

dan PP tetapi tidak termasuk Singapura.◦ Ketua bagi MU adalah seorang Gabenor dibantu Majlis Mesyuarat Kerja

dan Majlis Perundangan ◦ Kedaulatan raja dihapuskan◦ Kewarganegaran bagi MU dipermudahkan untuk masyarakat luar.

Kewarganegaraan diberikan secara automatik bagi mereka yang telah menetap di Tanah Melayu. Prinsip “jus soli”.

◦ Hak warganegara yang sama rata

Page 11: Perjuangan kemerdekaan

Tujuan Malayan Union DiperkenalkanMeningkatkan kecekapan pentadbiranKepentingan strategi pertahanan bagi pihak

BritishMelahirkan semangat cintakan tanah air.Balas dendam terhadap orang Melayu kerana

membantu Jepun mengusir British dari Tanah Melayu dan penghargaan terhadap masyarakat Cina dan India yang menyokong British

Mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. Sebelum kejatuhan TM kepada jepun perkembangan ekonomi antara negeri adalah tidak seimbang.

Page 12: Perjuangan kemerdekaan

Tindakan & Gerakan Penentangan

Penentangan melalui akhbar (Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya) dengan menjelaskan keburukan MU dan mendedahkan segala risiko kerugian yang bakal ditanggung oleh orang melayu jika MU dilaksanakan.

Tindakan Pemulauan dan Berkabung◦ Raja-raja memulaukan upacara perisytiharan penubuhan MU dan

istiadat perlantikan Gabenor MU. Manakala beberapa ahli bangsa Melayu dalam Majlis Penasihat Kerajaan juga telah menarik diri.

Mendapatkan sokongan bekas pegawai British yang pernah di Tanah Melayu.

Mengadakan perarakan dan demontrasi sebagai bantahan terhadap penubuhan MU◦ 15 Dis 1945, 10,000 orang berkumpul di Kota Bharu◦ 10 Feb 1946, 15,000 berkumpul di Johor

Page 13: Perjuangan kemerdekaan

Penentangan terhadap MU

1. Sultan kehilangan kuasa dan kedaulatannya – ini kerana ketua bagi MU adalah seorang Gabenor

2. Hak untuk memperolehi kewarganegaraan yang diberikan secara mudah kepada warga luar dan kelahiran baru seolah-olah menafikan hak orang Melayu di tanah airnya sendiri. Bermula dari sini banyak lagi masalah lain yang akan timbul.

3. Penubuhan akan menghapuskan hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputra.

4. Kerajaan Negeri akan kehilangan kuasa5. Malayan Union digubal tanpa mendapatkan pandangan

orang Melayu.6. Kaedah mendapatkan persetujuan sultan-sultan oleh Sir

Harold MacMichael yang dibuat melalui kaedah ugutan juga menyebabkan timbulnya perasaan tidak puashati dan penentangan.

Page 14: Perjuangan kemerdekaan

Kemunculan Parti PolitikPertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (UMNO) ◦ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’

Onn Ja’far. ◦Matlamat utama penubuhan parti adalah

untuk menetang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang-orang Melayu serta mempertahankan kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu.

◦Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik.

Page 15: Perjuangan kemerdekaan

Samb… Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)

◦ Di asaskan oleh Tan Cheng Lock (1949)◦ Melindungi kepentingan orang Cina dan

bekerjasama dengan kaum lain untuk capai kemerdekaan

Kongres India Tanah Melayu (MIC)◦ di asaskan oleh John Thivy (1946)◦ Menjaga kepentingan kaum india dan

memperjuangkan kemerdekaan bersama kaum lain

Page 16: Perjuangan kemerdekaan

Samb….Parti-parti lain

◦Radikal /sosialis - Parti Komunis Malaya (1930), Angkatan Wanita Sedar (1946), Angkatan Pemuda Insaf (1946) dll

◦Islam – Parti Islam Se-Malaya(1951), Hizabul Muslimin (1948)

◦Bukan perkauman – Parti Malaya Merdeka (1951), Parti Negara (1954)

Page 17: Perjuangan kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Bentuk pentadbiran alternatif yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja bagi menggantikan pentadbiran Malayan Union yang menerima tentangan hebat daripada orang Melayu.

Terdiri daripada 6 orang Pegawai British, 4 orang wakil raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO

Page 18: Perjuangan kemerdekaan

Pembentukan PTM Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu Penubuhan Majlis Mesyuarat Kerja Terdiri daripada 17 orang ahli yang dilantik.

Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang terdiri daripada 75 orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan ini terdiri daripada 14 ahli rasmi dari kalangan pegawai kerajaan, 9 orang YDP Majlis Undangan Negeri (MB), 2 wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan PP, 50 ahli tidak rasmi yang dilantik bagi mewakili kepentingan kaum-kaum asing, golongan peniaga, pertubuhan buruh dll.

Page 19: Perjuangan kemerdekaan

Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perlembagaan PTM 1948 adalah seperti berikut:◦ PTM ditadbir mengikut bentuk pentadbiran persekutuan. ◦ PTM terdiri daripada gabungan 9 buah negeri Melayu

termasuk Melaka dan PP tetapi tidak termasuk Singapura.

◦ Ketua bagi PTM adalah seorang Pesuruhjaya Tinggi British

◦ Pesuruhjaya Tinggi mentabdir PTM dengan bantuan Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan

◦ Hak raja-raja Melayu dikembalikan dan hak istimewa orang melayu diiktiraf

◦ Syarat-syarat kewarganegaran diperketatkan.

Page 20: Perjuangan kemerdekaan

Ancaman KomunisMatlamat untuk menggulingkan

kerajaan British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya

Bergerak secara bawah tanahKetika pendudukan Jepun, PKM

bekerjasama dengan Ingeris menentang Jepun dgn menubuhkan MPAJA

Sebaik Perang Dunia Kedua tamat, sebilangan gerila PKM keluar dari hutan dan mengatur strategi untuk mengambil alih kuasa.

Page 21: Perjuangan kemerdekaan

Penolakan Fahaman Komunis

Orang Melayu - bertentangan dengan ajaran agama Islam yang menolak kepercayaan tentang adanya tuhan.

Orang Cina - lebih berminat dalam aktiviti ekonomi melalui penubuhan MCA.

Page 22: Perjuangan kemerdekaan

Pemberontakan dan Keganasan Komunis

Jun 1948, PKM melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu

1948-1951, PKM melancarkan serangan hebat ke atas ladang, lombong, balai polis dan orang awam terutama yg berbangsa Eropah.

Perang gerila utk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.

6 Okt 1951, Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Polis British ditembak mati

Page 23: Perjuangan kemerdekaan

Langkah Menghapuskan Pemberontakan Komunis

Isytihar undang-undang daruratRancangan BriggsPerang SarafRundingan Baling

Page 24: Perjuangan kemerdekaan

Rancangan BriggsDiperkenalkan oleh Sir Harold Briggs

Strategi:(i) Menempatkan golongan setinggan di

pinggir hutan ke kampung baru bermula pada 1 Jun 1950 di Johor

(ii) Melancarkan gerakan kelaparan

Februari 1952, >400 000 org setinggan Cina ditempatkan semula di 400 buah kampung baru

Page 25: Perjuangan kemerdekaan

Perang Saraf1952, Sir Gerald Templer dilantik sbg

Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu.Strategi Sir Gerald Templer:

Longgar syarat kewarganegaraan bukan melayu Memberi pengampunan beramai-ramai kepada

anggota PKM yg menyerah diri Memberi hadiah kpd sesiapa yg memberikan

maklumat Menyebarkan risalah Kawasan putih dan kawasan hitam Perintah berkurung

Page 26: Perjuangan kemerdekaan

Rundingan Baling

Diadakakn di Baling, Kedah pada 28 dan29 Dis 1955.

Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

PKM menuntut supaya diiktiraf sebagai parti yang sah di sisi undang-undang tetapi ditolak.

PKM menolak tawaran kerajaan supaya meletakkan senjata.

Page 27: Perjuangan kemerdekaan

Rundingan Kemerdekaan

Feb 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London utk merundingkan kemerdekaan TM.

Rombongan terdiri drp wakil raja2 Melayu, wakil Perikatan dan wakil British di TM

Rundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

Rundingan memakan masa selama 3 minggu dr 18 Jan - 8 Feb 1956 (Perjanjian London)

Page 28: Perjuangan kemerdekaan

Keputusan Rundingan

Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada PTM pada 31 Ogos 1957.

Jawatan Setiausaha Kewangan dan Setiausaha pertahanan digantikan dengan jawatan menteri kewangan dan menteri pertahanan.

British diberi hak untuk menempatkan tenteranya di TM.

Penubuhan sebuah Suruhanjaya bebas bagi menggubal perlembagaan bagi PTM yang merdeka.

Page 29: Perjuangan kemerdekaan

Suruhanjaya ReidDitubuhkan Mac 1956,diketuai oleh Lord ReidDianggotai oleh 4 orang hakim dari negara

Komanwel iaitu Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B.Hakim (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Ditugaskan utk menggubal satu perlembagaan baru bg TM yang merdeka

Menerima 131 memorandum bertulis yg dihantar org perseorangan dan parti politik.

Memorandum perikatan mencerminkan tolak ansur antara ketiga kaum terbesar dan dikenali sbg 'Pakatan Murni'.

Page 30: Perjuangan kemerdekaan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Rangka perlembagaan itu dibentangkan dlm Majlis Undangan Persekutuan dan diluluskan pd 15 Ogos 1957 serta berkuatkuasa pd 27 Ogos 1957.

Perlembagaan berasaskan konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berpelembagaan.

Page 31: Perjuangan kemerdekaan

Samb....Asas perlembagaan yg dipersetujui ialah : - Ketua negara TM ialah YDPA, raja sbg ketua negeri. - Ketua kerajaan adalah Perdana Menteri - Kedudukan kaum bumiputera diiktiraf dan hak istimewa terjamin. - Bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan - Kebebasan beragama bagi org bukan Islam walaupun Islam sbg agama rasmi. - Taraf warganegara secara automatik bg yg lahir pada dan selepas kemerdekaan

Page 32: Perjuangan kemerdekaan

Perisytiharan Kemerdekaan

Perlembagaan kemerdekaan TM dilakukan pd malam ketika detik pertama 31 Ogos 1957 di padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka)

Bendera Union Jack diturunkan dan pertama kali dikibarkan bendera Malaya.

Menyusul upacara perisytiharan kemerdekaan dan majlis rasmi menandatanganinya di Stadium Merdeka.

Tunku Abdul Rahman dilantik Perdana Menteri pertama dan Tuanku Abdul Rahman sbg YDPA pertama.