Perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada ... filefeminisme, sistem ekonomi yang...

5

Transcript of Perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada ... filefeminisme, sistem ekonomi yang...

Page 1: Perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada ... filefeminisme, sistem ekonomi yang berasaskan riba, kelakuan hedonisme dan lain-lain lagi. Tambahan pula hari ini wujudnya
Page 2: Perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada ... filefeminisme, sistem ekonomi yang berasaskan riba, kelakuan hedonisme dan lain-lain lagi. Tambahan pula hari ini wujudnya

Perjalanan acara 1st World Sama’ Fest bermula dengan alunan bacaan Al-Quran dan akan

menampilkan pelajar pintar daripada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, Johan

As’ari bersama kumpulan Suara PERTAMA, Raihan, Khalwati Ushaqqi (Turki), Nur

Muhammadi (Morocco), Hassan Khurshid (Pakistan), Rabitah An Nur (Syria) dan Chicago

Mawleed Committee (USA). Tarian Darwish daripada Turki turut dipersembahkan di dalam

acara ini. Persembahan istimewa dari Datuk Nash & Datuk Hattan akan menjanjikan satu

persembahan yang menakjubkan .

Tiket 1st World Sama’ Fest boleh dibeli melalui www.tickethotline.com.my dengan harga

serendah RM 89.00 sehingga RM 489.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan

masyarakat.

Mari berhibur dalam ketaatan.

Haflah Zikir Perdana Sebagai Usaha Ke Arah Kebangkitan Peradaban

Islam

Tamadun yang berpaksi kepada zaman ini bermula dengan revolusi perindustrian sepatutnya

membawa lebih banyak kebaikan dan kesamarataan kekayaan kepada umat manusia. Statistik

menunjukkan dunia mempunyai hampir 7.5 billion manusia tetapi sesetengah daripadanya

mempunyai pendapatan hanya 2.5 us dollar sehari. Setengah daripada kekayaan dunia adalah

di dalam tangan 62 individu terkaya dunia. Malah umat manusia masih berhadapan dengan

peperangan yang berpanjangan, kebuluran dan penyakit-penyakit yang sepatutnya boleh diatasi

dengan mudah. Keadaan peradaban zaman ini menunjukkan umat Islam sebagai khalifah

dimuka bumi telah gagal memimpin peradaban dunia.

Islam bermaksud keselamatan dan kesejahteraan. Setiap hari umat Islam mendoakan antara

satu sama lain dengan perkataan Assalamu`alaikum yang membawa erti sejahtera keatas kamu.

Namun Islam kini dipandang negatif oleh dunia. Islam sering dikaitkan dengan perkara-perkara

yang salah dan serong. Hal ini berlaku kerana kecelaruan pemikiran dikalangan masyarakat

Islam disebabkan kurang keyakinan bahawa Islam itu syumul serta mempunyai kaedah-kaedah

yang menjamin kehidupan dan kemakmuran. Natijah daripada keadaan ini, membawa kepada

kerosakkan masyarakat Islam dari segi pemikiran dan kelakuan seperti fahaman liberal,

Page 3: Perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada ... filefeminisme, sistem ekonomi yang berasaskan riba, kelakuan hedonisme dan lain-lain lagi. Tambahan pula hari ini wujudnya

feminisme, sistem ekonomi yang berasaskan riba, kelakuan hedonisme dan lain-lain lagi.

Tambahan pula hari ini wujudnya hiburan yang secara langsungnya tidak menepati syariat yang

ditetapkan oleh Islam dan menjadi salah satu punca kecelaruan yang berlaku.

Malah realiti kehidupan sosial zaman ini ialah ketiadaan rasa malu dikalangan wanita

termasuklah wanita Islam dengan mendedahkan aurat dan bangga dengan kelakuannya, kes

zina berleluasa sehingga lahirnya ribuan anak luar nikah dalam tempoh setahun, kes penceraian

yang tidak berkesudahan, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi. Masyarakat Islam kini lebih

terpesona dan tertarik untuk mengetahui tentang bola sepak berbanding majlis agama dan

tilawah al-Quran.

Arah tuju pembangunan perlu disusun semula mengikut landasan intelek, emosi dan

kerohanian seperti yang disarankan oleh pemimpin tertinggi Malaysia dalam dasar TN50.

Ketiga-tiga paksi ini bertepatan dengan asas pembangunan yang diajar dan diamalkan oleh

Rasulullah SAW. Pembangunan berpaksi kepada ketiga-tiga paksi ini adalah asas kepada

Rahmatan lil `alamin.

Penganjuran Haflah Zikir Perdana 2017

Penganjuran HZPS2017 buat kali ketiga ini diharap dapat melonjak Malaysia ke persada global

sebagai peneraju dan sekali gus mencetuskan kebangkitan peradaban Islam sedunia.

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) percaya dengan kekuatan dan sokongan

orang ramai pasti program ini mampu mencapai kebangkitan, kemakmuran dan keutuhan

peradaban Islam dalam pembangunan modal insan yang menjadi teras kepada kegemilangan

sesebuah masyarakat serta ekonomi negara yang mampan.

Penganjuran kali ini akan membawa beberapa komponen antaranya World Sama’ Fest, Majlis

Tafaqquh Fiddin, Persidangan Ulama Antarabangsa, Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara,

Pertandingan Marhaban Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Majlis Zikir Perdana

Sedunia 2017, Asnaf Foodtruck, pelancaran World Sufi Centre dan Jurnal Tarekat Tasawuf

Antarabangsa.

Page 4: Perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada ... filefeminisme, sistem ekonomi yang berasaskan riba, kelakuan hedonisme dan lain-lain lagi. Tambahan pula hari ini wujudnya

Menyedari betapa perlunya mesej peradaban, keamanan, dan kemakmuran disampaikan secara

konsisten satu anjakan paradigma dengan mengadakan Persidangan Ulama Antarabangsa dan

Simposium Tarekat tasawuf Nusantara yang bakal mengumpulkan ulama-ulama terkemuka

dari seluruh pelusuk dunia bagi mewujudkan titik persefahaman dalam hal-hal perbezaan

dikalangan umat Islam dunia. World Sama’ Fest pula mengumpulkan kumpulan Hadra dari

beberapa negara dengan persembahan yang unik dan menyentuh rohani. Manakala juara

Pertandingan Marhaban Piala YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah diadakan

secara berperingkat demi menghidupkan semula budaya warisan Nusantara pula akan

membawa pulang piala.

Selain itu pihak PERTAMA turut melancarkan Tabung Infak Zikir Perdana sebagai satu usaha

untuk mengajak warga Malaysia untuk mencari saham akhirat dengan sama-sama

membangunkan usaha dan kebangkitan ini. Usaha ini amat wajar disokong oleh semua pihak

terutamanya warga Malaysia dan konsisten setiap tahun penganjuran.

Jika di Tongi, Bangladesh rakyat di sana berinfak semata-mata kerana ingin membiayai

pehimpunan Bishwa Ijtema yang mengumpulkan beribu-ribu rakyat Islam setiap tahun.

Alangkah indah jika rakyat di negara ini mampu mencontohi amalan yang dilakukan oleh

rakyat Bangladesh dalam usaha mencapai kebangkitan Islam melalui penganjuran majlis

agama bertaraf antarabangsa. PERTAMA sedang berusaha untuk menjadikan HZPS2017

bukan sahaja anjuran sesebuah organisasi malah menjadikan ianya milik warga Malaysia.

Kesimpulannya ialah hasrat sebagai khalifah Allah dimuka bumi, umat Islam diharapkan

membangunkan dan menghayati peradaban yang berasaskan kepada risalah Muhammad SAW

bukan sahaja dalam bentuk ilmu semata-mata tetapi perlu diaplikasikan dalam kehidupan yang

menzahirkan bahawa Islam itu adalah kedamaian. Kedamaian itu merangkumi kedamaian

antara insan dengan khaliq dan kedamaian antara Insan dengan semua makhluk dimuka bumi.

Oleh itu, satu kesedaran membangkitkan peradaban perlu disemai dalam masyarakat Islam

dunia dengan hasrat umat Islam memimpin peradaban dunia pada 2050.

Page 5: Perjalanan acara 1 menampilkan pelajar pintar daripada ... filefeminisme, sistem ekonomi yang berasaskan riba, kelakuan hedonisme dan lain-lain lagi. Tambahan pula hari ini wujudnya