PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA...

25
PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA...

Page 1: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

BAB BUMI DAN ALAM SEMESTA

DALAM MATA PELAJARAN SAINS

KBSR TAHUN LIMA

ADILAH ZAINAL RASID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI

DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA

SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya ADILAH BINTI ZAINAL RASID

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 780, JALAN MASJID BAUNG BAYAM, EN. ROSNI ZAMUDDIN 15200 KOTA BHARU, SHAH BIN SIDEK KELANTAN Nama Penyelia Tarikh : 12 MAC 2004 Tarikh : 12 MAC 2004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penyelia : En. Rosni Zamuddin Shah b. Sidek

Tarikh : 12 Mac 2004

Page 4: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

BAB BUMI DAN ALAM SEMESTA

DALAM MATA PELAJARAN SAINS

KBSR TAHUN LIMA

ADILAH ZAINAL RASID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC, 2004

Page 5: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penulis : Adilah Zainal Rasid

Tarikh : 12 Mac 2004

Page 6: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

.. buat mak, abah.. abang dan adik-beradik

tersayang..

‘.. kejayaan ini milik kita bersama..’

‘.. LILLAHI TAA’LA..’

Page 7: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas rahmatNya dan keizinanNya,

dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan penuh keyakinan dan

ketabahan menempuhi segala cabaran yang datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia saya,

En. Rosni Zamuddin Shah b. Sidek dan keluarganya yang telah banyak bersusah

payah memberikan tunjuk ajar dan panduan sehingga selesainya penyediaan projek

ini. Tidak lupa juga kepada En. Fidlah dan En. Rosli yang banyak memberi bantuan

untuk saya menggunakan kemudahan komputer dan video kamera dari Fakulti

Pendidikan. Tidak ketinggalan juga kepada pihak pengurusan SRK Taman Universiti

4 yang membenarkan saya menjalankan kajian di sekolah tersebut.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mak, abah, abang dan famili

tercinta yang telah banyak berkorban, menjadi sumber inspirasi dan mencurahkan

kasih sayang yang tiada tandingan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ini

ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, Tini, Liza dan Zu atas dorongan dan

bantuan yang telah diberikan dalam apa jua bentuk. Terima kasih. Akhir kata, ucapan

terima kasih kepada Kak Pah, Kak Dah, Kak Long, Ila, Sue, Sing, Tity, dan Abe

Rosdi atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan, serta semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan

projek saya ini. Jasa kalian abadi di jiwa ini dan semoga Allah SWT memberikan

ganjaran yang setimpal di atas segala sumbangan kalian. Wassalam…

Page 8: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi yang begitu canggih pada hari ini telah menjadikan

dunia ini tanpa sempadan lantaran penggunaan jaringan komputer yang begitu meluas

dan menyebabkan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) turut berkembang dan

digunakan di bilik darjah mahupun di rumah. Walaupun perisian PBK sudah berada di

pasaran dan Internet, namun penggunaannya masih belum meluas dan belum

disepadukan dalam sistem pendidikan di negara kita. Meskipun begitu, kerajaan sedang

berusaha meluaskan penggunaan PBK di sekolah melalui program sekolah bestari.

Namun demikian, banyak perisian yang berada di pasaran kini tidak menepati kehendak

kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan, tidak

menepati pedagogi pendidikan, dan tidak sesuai dengan cita rasa pendidik. Oleh itu, satu

perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer bab Bumi dan Alam Semesta dalam mata

pelajaran Sains KBSR Tahun Lima telah dihasilkan bagi mengatasi masalah ini. Perisian

yang dibangunkan dikhususkan kepada murid-murid Tahun Lima dan Enam yang bakal

menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bertujuan memudahkan

penguasaan para pelajar dalam topik Bumi dan Alam Semesta yang mengandungi

banyak konsep abstrak yang dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan bantuan

penggunaan unsur-unsur multimedia. Perisian ini dibina dan diadun dengan ciri-ciri

multimedia dengan menggunakan bahasa gubahan Macromedia Authorware 6.0

disokong oleh perisian bantuan seperti Adobe Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0, Adobe

Premier 6.0, Swish 2.0 dan Macromedia Flash MX.

Page 9: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

vi

ABSTRACT

The sophisticated technological development today made the boundless world,

with the wide computer coverage, the Computer Assisted Teaching Software (CATS) is

also developed and used in classroom and even at home. Although CATS is available in

the market and Internet, it is still not widely used and is not yet integrated in our

education system. Hence, the government is trying the best in order to enhance the usage

of CATS in the classroom through smart program. Still, the software in the market do

not suit the criteria of the national curricular, do not suit the culture and local thinking,

do not suit the educational pedagogic as well as the teachers’ point of view. In view of

that fact, the Computer Assisted Teaching Software entitled ‘Bumi dan Alam Semesta’

in the KBSR year 5 Science subject was developed in sequence to overcome the

problem. The software is meant for year 5 and 6 students who are candidate for UPSR

with the objective to simply bring about the empowerment of the students’

understanding in the topic, that encompasses the abstract concept that can be explained

more effectively with the aid of the multimedia elements. The software was developed

using a few authoring software namely Macromedia Authorware 6.0, Adobe Photoshop

7.0, Sound Forge 6.0, Adobe Premier 6.0, Swish 2.0 and Macromedia Flash MX.

Page 10: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Tujuan Perisian 8

1.6 Skop Kajian 9

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 10

Page 11: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

viii

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Perisian 11

1.9.2 Komputer 12

1.9.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 12

1.9.4 Sains 13

1.9.5 Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 13

(KBSR)

1.9.6 Bab Bumi dan Alam Semesta 13

1.10 Penutup 14

BAB II SOROTAN PENULISAN 15

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 16

Berbanding Media Pengajaran yang Lain

2.3 Definisi Multimedia 19

2.4 Elemen-elemen Multimedia 21

2.4.1 Teks 21

2.4.2 Grafik 22

2.4.3 Audio 23

2.4.4 Video 23

2.4.5 Animasi 24

2.5 Strategi Pengajaran dalam Perisian PBK 24

2.5.1 Tutorial 25

2.5.2 Latih Tubi 25

2.5.3 Simulasi 26

2.5.4 Permainan Berpendidikan 27

2.6 Teori Pembelajaran 27

2.6.1 Teori Behaviorisme 28

2.6.2 Teori Konstruktivisme 29

Page 12: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

ix

BAB III REKA BENTUK PERISIAN 31

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Model ADDIE 32

3.2.1 Fasa Analisis 33

3.2.1.1 Pembinaan Konsep Perisian 34

3.2.1.2 Menyatakan Tujuan 34

3.2.1.3 Mengenalpasti Skop Tajuk dan 35

Kumpulan Sasaran

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 36

3.2.2.1 Perisian Pembangunan 37

3.2.2.2 Perkakasan Pembangunan 38

3.2.2.3 Perisian dan Perkakasan Main Balik 38

3.2.2.4 Carta Alir Perisian 39

3.2.3 Fasa Pembangunan 45

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 45

3.2.5 Fasa Penilaian 46

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN 47

4.1 Pendahuluan 47

4.2 Pakej Perisian 47

4.3 Perbincangan Perisian 48

4.3.1 Tutorial 52

4.3.2 Unit 1 53

4.3.3 Latih Tubi 55

4.3.4 Permainan 60

4.3.5 Rehat Minda 61

4.3.6 Bantuan 62

4.3.7 Keluar 63

Page 13: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

x

BAB V KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN 64

5.1 Pendahuluan 64

5.2 Perbincangan Soal Selidik Secara Umum 65

5.3 Kesimpulan 66

5.4 Masalah Yang Dihadapi 68

5.4.1 Masa 68

5.4.2 Perkakasan 69

5.4.3 Kos 70

5.4.4 Perisian 70

5.4.5 Responden 71

5.4.6 Penilaian Perisian 71

5.5 Cadangan 72

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 79

Page 14: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 32

4.1 Paparan montaj 49

4.2 Paparan masukkan nama pengguna 50

4.3 Paparan ucapan selamat datang kepada pengguna 50

4.4 Paparan pilihan pengguna 51

4.5 Paparan objektif pembelajaran 51

4.6 Paparan panduan pengguna 51

4.7 Paparan menu utama 52

4.8 Paparan pilihan isi pelajaran dalam tutorial 53

4.9 Paparan isi pelajaran dalam Unit 1 54

4.10 Paparan video simulasi peredaran bumi dan bulan mengelilingi 54

matahari

4.11 Paparan Unit 1 yang menggunakan butang untuk 55

memaparkan rajah

4.12 Paparan latih tubi 56

4.13 Paparan arahan soalan objektif 56

4.14 Paparan soalan objektif 1 57

4.15 Paparan peneguhan negatif bagi soalan 1 57

4.16 Paparan peneguhan positif bagi soalan 1 58

4.17 Paparan arahan soalan subjektif 59

4.18 Paparan soalan subjektif 1 59

4.19 Paparan peneguhan positif soalan subjektif 1 59

Page 15: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.20 Paparan peneguhan negatif soalan subjektif 1 60

4.21 Peneguhan positif dalam Permainan Satu dan Dua 61

4.22 Peneguhan negatif dalam permainan 2 61

4.23 Paparan video dalam rehat minda 62

4.24 Paparan lagu dalam rehat minda 62

4.25 Paparan bantuan 63

4.26 Paparan keluar 63

Page 16: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

xiii

SENARAI SINGKATAN

BBM Bahan Bantu Mengajar

CAI Computer Assisted Instruction

CD Cakera padat

CD-ROM Compact Disk Read Only Memory

ICT Information and Communication Technology

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

MSC Multimedia Super Corridor

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

PLATO Program Logic Automated Machine

P & P Pengajaran dan pembelajaran

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

WWW World Wide Web

Page 17: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

LAMPIRAN A Surat Kebenaran Fakulti untuk Mengedarkan 79

Borang Soal Selidik

LAMPIRAN B Borang Soal Selidik untuk Mengenalpasti 81

Pengetahuan Sedia Pelajar

LAMPIRAN C Borang Penilaian Pakar 88

Page 18: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bukanlah perkara baru dalam dunia

pendidikan. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer-Assisted

Instruction (CAI) mula diperkenalkan di Universitiy of Illinois melalui rangkaian sistem

PLATO (Program Logic Automated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah

di Amerika Syarikat. PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan

perisian PBK, tetapi juga menguruskan permintaan pembelajaran, memantau

pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan memberi peluang kepada

pelajar dan guru untuk berkomunikasi melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang

menggunakan kerangka komputer utama telah diganti dengan NOVANet yang

menggunakan komputer peribadi pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama

selepas rangkaian ini dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan

dalam dunia teknologi maklumat pada tahun 1993. Rangkaian WWW ini telah

memberikan ruang yang lebih luas kepada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

untuk digunakan di bilik darjah dan di rumah tanpa sempadan.

Page 19: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

Di Malaysia, PBK masih baru. Meskipun perisian PBK sudah berada di pasaran

dan Internet, namun penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam

sistem pendidikan di negara ini. Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha meluaskan

penggunaan PBK di sekolah melalui program sekolah bestari.

Maka, dunia pendidikan yang selama ini hanya berasaskan chalk and talk iaitu

penerangan yang dibantu oleh papan kapur haruslah mengalami perubahan ke arah

penggunaan teknologi pendidikan PBK. Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2000),

konsep pengajaran dan pembelajaran guru di kelas haruslah diserapkan dengan teknologi

multimedia dan Internet yang telah menggabungkan pendekatan pendidikan dan hiburan,

maka kaedah pengajaran ini dinamakan edutainment (education + entertainment).

Pendekatan pembelajaran ini telah memindahkan isi pelajaran tradisi ke bentuk

permainan dan hiburan dan menjadikan sesuatu proses pendidikan itu sesuatu yang

dinanti-nantikan serta menjanjikan keseronokan kepada pelajar.

Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang

berpandangan jauh mengenai kemampuan teknologi telah mencetuskan idea untuk

mewujudkan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor, MSC). Tujuannya

ialah untuk memaksimumkan sebaik mungkin penggunaan ICT dalam pelbagai aspek,

dari urusan pentadbiran negara hinggalah kepada urusan pendidikan. Mengikut

perancangan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah haruslah

menggunakan teknologi multimedia sebagai suatu Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Dasar bagi ICT Pendidikan di Malaysia antaranya ialah ICT ini digunakan untuk

semua pelajar, peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan adalah sebagai alat pengajaran

dan pembelajaran, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata pelajaran. Selain

itu, ICT juga digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan

sistem pengurusan sekolah.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini semakin hari

semakin maju. Multimedia dan Internet pula merupakan antara teknologi yang semakin

Page 20: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

berkembang dan sama ada secara sedar mahupun tidak telah meningkatkan serta merubah

corak pemikiran serta tingkah laku kita terhadap kebanyakan aspek kehidupan. Teknologi

tersebut telah berjaya membentuk bagaimana seseorang itu berfikir, belajar, berhibur,

bersosial dan sebagainya.

Pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi multimedia mampu memindahkan

sesuatu maklumat daripada teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang

lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan media-media tambahan selain dari

teks seperti audio, video, animasi dan grafik. Pencarian maklumat terkini menggunakan

teknologi moden seperti Internet, CD-ROM dan sebagainya juga mampu menyokong

serta meningkatkan kuantiti dan kualiti maklumat yang diperolehi secara tradisi.

Perkembangan teknologi ini juga memperlihatkan wujudnya perubahan tugas dan

fungsi guru-guru di sekolah. Kalau dahulu guru merupakan pembekal maklumat secara

sepenuhnya kepada pelajar tetapi kini dengan suasana pembelajaran yang moden, guru

digalakkan untuk berperanan sebagai pembimbing dan fasilitator. Perkembangan

teknologi juga bukan hanya memerlukan murid yang hanya mahir dari segi mata

pelajaran yang diajar di sekolah tetapi juga dalam mengendalikan teknologi moden

tersebut dari pelbagai aspek.

Menurut pandangan Henich (1993) dalam Ab. Rahman b. Darus, Chin Yoon Poh,

Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram (2000) yang menyatakan bahawa penggunaan

komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada

penyampaian pengajaran yang berkesan. Sandholtz (1997) dalam Ab. Rahman b. Darus,

Chin Yoon Poh, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram (2000) telah menyuarakan

bahawa penggunaan teknologi multimedia boleh memudahkan pengajaran dan

pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan atau Kementerian Pendidikan

khususnya sentiasa mengadakan kursus pengenalan komputer dan membangunkan bahan

pengajaran berbantukan komputer bagi guru bukan sahaja merupakan pembelajaran

mengenai komputer tetapi juga pembelajaran berbantukan komputer yang perlu

dipelbagaikan penggunaannya bagi disesuaikan dengan kemampuan pelajar.

Page 21: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

1.2 Latar Belakang Masalah

Sama ada kita sedar atau tidak, pada hakikatnya sistem pendidikan awam kita hari

ini, masih lagi merupakan warisan dari sistem pendidikan di Zaman Revolusi

Perindustrian di Eropah. Sistem pendidikan yang menganggapkan sekolah seperti kilang

untuk mengeluarkan pekerja-pekerja yang patuh kepada arahan, senyap, menepati masa

dan rajin. Anggapan seperti ini tidak sesuai lagi kerana pada hari ini kita telah pun berada

pada zaman teknologi maklumat di mana mesin, komputer dan robot telah pun

mengambil alih sebahagian besar daripada tugas-tugas manusia di kilang-kilang, pejabat

dan rumah. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan

pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi

maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif.

Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih

diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam

pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk

mencipta atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian yang berada di

pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya

dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi sesuatu disiplin, dan tidak sesuai

dengan cita rasa pendidik (Supyan Hussin, 1996). Kementerian Pendidikan Malaysia

menjangkakan sebanyak empat buah perisian bagi mata pelajaran Sains, Matematik,

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dapat dibangunkan oleh konsortium yang

dilantik pada akhir tahun 1999. Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan

yang perlu dibuat bagi memperbaiki kandungan perisian tersebut dari segi isi pelajaran

dan cara penyampaian. Oleh sebab teknologi perkakasan dan perisian sentiasa berubah

dengan cepat, maka tidak mustahil perisian yang dihasilkan oleh konsortium atau syarikat

Page 22: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

swasta hari ini menjadi tidak sesuai lagi pada bulan hadapan. Hal ini bermakna bahawa

untuk jangka panjang, adalah lebih menjimatkan dan berkesan sekiranya para guru

sendiri membangunkan perisian mengikut kehendak masing-masing dan memperbaiki

serta memantapkan perisian tersebut dari semasa ke semasa. Sekaligus persoalan tentang

keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum, kesesuaian dengan budaya dan pemikiran

pelajar sama ada di sekolah luar bandar atau bandar, kesesuaian dengan pedagogi sesuatu

disiplin dan kesesuaian dengan cita rasa guru yang lebih mengetahui suasana

pembelajaran di sekolah akan dapat diatasi.

Tajul Ariffin Noordin (1995) menekankan bahawa apabila kita memasuki abad

ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang dikehendaki oleh negara ialah mereka yang dapat

menghasilkan pemikiran, penemuan, dan ciptaan yang terbaru dan tulen untuk

disambungkan kepada dunia. Manakala menurut Mohd. Hussain (1993), dunia hari ini

dan esok sudah tidak lagi memerlukan mereka yang sekadar cekap menulis, menyalin,

menghafal dan mengingati sahaja. Dalam perkataan yang lain, dunia hari ini dan esok,

memerlukan manusia yang lebih canggih pemikirannya, iaitu manusia yang memiliki

kemahiran berfikir di peringkat tinggi, bijaksana dan berfikiran cemerlang. Oleh itu,

sistem pendidikan yang perlu pada hari ini dan esok, adalah suatu pendidikan yang

mengajar pelajar-pelajar berfikir, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan-

keputusan di tahap tinggi.

Maka, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang berasaskan

chalk and talk (penerangan dengan dibantu oleh papan kapur) jelas sekali mempunyai

kelemahan dalam menyampaikan isi pelajaran tertentu terutamanya untuk mata pelajaran

Sains. Ini adalah kerana isi kandungan mata pelajaran Sains mengandungi banyak istilah-

istilah dan struktur-struktur objek yang abstrak yang tidak dapat dibayangkan oleh

pelajar, contohnya bagi bulan, matahari, orbit dan lain-lain. Selain itu, kaedah

pembelajaran tradisional tidak mampu untuk memaparkan secara visual apakah yang

sedang berlaku dalam alam cakerawala seperti fenomena siang dan malam, kejadian

geisar, kolam air panas, fasa-fasa bulan dan sebagainya yang menyebabkan para guru

sukar untuk menerangkan kepada murid isi pelajaran yang hendak diajar.

Page 23: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

Oleh itu, perisian pembelajaran berbantukan komputer yang interaktif sesuai

digunakan untuk satu simulasi proses kompleks, abstrak dan bersifat mikroskopik di

mana ia sukar diterang dan ditunjukkan dengan menggunakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran secara tradisional.

1.3 Penyataan Masalah

Wawasan 2020 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita yang keempat, Tun

Dr. Mahathir kira-kira 10 tahun yang lalu. Wawasan tersebut berhasrat menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berasaskan pada ekonomi yang berkembang

melalui pertumbuhan pelbagai industri. Di samping itu, Wawasan 2020 juga bermatlamat

menjadikan masyarakat Malaysia sebagai pengguna dan penyumbang kepada teknologi

tinggi. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi adalah merupakan teras kepada

sebuah negara yang maju. Untuk mencapai matlamat ini, Malaysia perlu melahirkan lebih

ramai ahli sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, mata

pelajaran Sains semakin dipinggirkan kerana rata-rata pelajar Malaysia tidak memilih

bidang yang berkaitan dengan sains dan teknologi disebabkan oleh anggapan bahawa

mata pelajaran Sains adalah sukar untuk dikuasai.

Masalah yang sama juga dihadapi oleh murid-murid yang bakal menduduki

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu yang masih menuntut di peringkat sekolah

rendah. Mereka beranggapan bahawa mata pelajaran Sains sebagai satu subjek yang

sukar kerana kebanyakan mereka tidak memahami apakah yang berlaku dalam sesuatu

tindak balas dan bagaimana pula dengan hasil tindak balas yang terbentuk. Murid-murid

tidak dapat melihat dengan mata mereka sendiri sesetengah tindak balas atau pun

kejadian yang berlaku, contohnya kejadian siang dan malam, di mana berlakunya

Page 24: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

pergerakan bumi mengelilingi matahari dan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Kejadian-kejadian inilah yang menyebabkan berlakunya fenomena siang dan malam

seperti yang sedang kita alami sekarang. Persoalan-persoalan ini sentiasa bermain di

benak murid-murid kerana mereka tidak dapat membayangkan apakah yang telah

berlaku. Contohnya, kejadian geisar yang tidak berlaku di Malaysia kerana Malaysia

berada dalam kawasan khatulistiwa. Adalah mustahil bagi seseorang guru itu untuk

membawa murid-muridnya ke suatu tempat yang mengalami geisar bagi menunjukkan

apa yang terjadi apabila pancutan air panas ke udara ini berlaku.

Perkara inilah yang sebenarnya menghantui para murid dan pendidik di dalam

bidang sains. Bab Bumi dan Alam Semesta yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran

Sains KBSR tahun lima dipilih kerana bab ini banyak melibatkan fenomena yang berlaku

di alam cakerawala yang tidak termampu digambarkan oleh murid-murid yang berada

dalam lingkungan umur 11 hingga 12 tahun. Dengan penghasilan perisian ini dapatlah

membantu guru menunjukkan apa yang berlaku terhadap bumi dan alam semesta di bilik

darjah di samping dapat meningkatkan penguasaan murid bagi menjawab soalan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal mereka hadapi.

1.4 Objektif Projek

Pengaruh komputer dalam kehidupan kita semakin ketara. Pengajaran

berbantukan komputer adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

semakin popular sejak akhir-akhir ini. Selaras dengan peningkatan penggunaan komputer

dalam kehidupan kita ini telah mendorong pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

menubuhkan Sekolah Bestari yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan

murid dan menggunakan teknologi sebagai pengantar. Dengan semikian, adalah wajar

bagi penyelidik membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer ini.

Page 25: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAB BUMI … fileBAB BUMI DAN ALAM SEMESTA DALAM MATA PELAJARAN SAINS KBSR TAHUN LIMA ADILAH ZAINAL RASID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA .

Oleh itu, objektif projek ini adalah :

1) Membangun dan membina satu perisian bagi bab Bumi dan Alam Semesta

mengikut sukatan Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tahun

lima yang dikhususkan kepada murid yang bakal menduduki Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) serta teknik penyampaiannya mengikut konsep asas

pedagogi pendidikan dan dibangunkan dalam bentuk CD.

2) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains KBSR dan terhadap

pembelajaran secara menyeluruh.

3) Melaporkan kepada murid tahap pengetahuan dan kemahiran murid apabila

selesai menjalankan sesuatu aktiviti melalui sistem maklum balas.