PERILAKU PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN ......dipersembahkan dalam benruk kertas kerja, latilian...

15
Sf!/.itllr PerpU\(ftAlItlII PERILAKU PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PELAJAR JABATAN PERSURATAN MELA YU, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA olelz DR. DING CHOO MING* ABSTRACT This is a reporc on a slUdy conducted by the library at the National University of Malaysia (UKM) to ascertain the method students use to meet thier research needs. Some interesting findings were found, of which the most prominent showed that students did their research on demand, rely and greatly influenced by their lecturers. Students interaction with library officers were minimal, while the usage of OPAC and library catalogue were limited to a certain group of students only. PENDAHULUAN l""P!:I ajian ke atas perilaku pencarian maklumat mengkaji mengapa, bagaimana dan apa langkah yang terlibat dalam mencari maklumat yang diingini. Secara umum, keperluan berbuat demikian disebabkan diri seseorang pad a waktu yang tertentu itu tidak dapat memberijawapan kepada soalan yang pertu diselesaikan, akibat pengetahuannya masih kurang daripada yang dikehendaki. Isu ini amat luas skopnya , maka ianya boleh dilihat daripada berbagai sudut. Sehubungan itu , Kuhltau , misalnya , melihat perilaku pencarian maklumat dari sudut kognitif, dan menafsirnya sebagai suatu proses kognitif dan sekali gus proses pembinaan (1988: 254). Di antara hujah yang dikemukakan beliau ialah proses itu melibatkan unsur psikologi, intelektual, perasaan, fikiran, pengalaman dan emosi lainnya. Kesemua itu berubah-ubah; bukan sahaja dari seorang ke seorang lain, telapijuga orang yang sarna dari masa ke masa. Sebab berlakunya perbezaan itu banyak . Di antaranya ialah tanggapan kita tentang kemampuan diri, sis tern maklumat yang ada, proses dan langkah pencarian, (opik, pengalaman, sarna ada tugasan itu segera atau tidak, lebih-lebih lagi sarna ada usaha itu dilakukan kerana kita diarah atau atas insitiatif sendiri. Namun demikian, langkah-langkah penearian yang terlibat itu, satu disusuli yang lain, adalah sarna pada semua orang setiap masa. Menurut Kuhltau (1988, 1993) proses yang panjang dan rumit itu bermula dengan langkah initiation, dituruti se- lection, exploration, formulation, collection dan diakhiri presentation. Proses itu rumit kerana kepelbagaian aktiviti recognizing, seeking, locating, * Pemyarah. labatan Sains Maklumat. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Transcript of PERILAKU PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN ......dipersembahkan dalam benruk kertas kerja, latilian...

  • Sf!/.itllr PerpU\(ftAlItlII

    PERILAKU PENCARIAN MAKLUMAT DI KALANGAN PELAJAR JABATAN PERSURATAN

    MELA YU, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    olelz

    DR. DING CHOO MING*

    ABSTRACT

    This is a reporc on a slUdy conducted by the library at the National University of Malaysia (UKM) to ascertain the method students use to meet thier research needs. Some interesting

    findings were found, of which the most prominent showed that students did their research on demand, rely and greatly influenced by their lecturers. Students interaction with library officers were minimal, while the usage of OPAC and library catalogue were limited to a

    certain group of students only.

    PENDAHULUAN

    l""P!:I ajian ke atas perilaku pencarian maklumat

    ~ialah mengkaji mengapa , bagaimana dan apa

    langkah yang terlibat dalam mencari maklumat yang

    diingini. Secara umum, keperluan berbuat demikian

    disebabkan diri seseorang pad a waktu yang tertentu

    itu tidak dapat memberijawapan kepada soalan yang

    pertu diselesaikan, akibat pengetahuannya masih

    kurang daripada yang dikehendaki. Isu ini amat luas

    skopnya , maka ianya boleh dilihat daripada berbagai

    sudut.

    Sehubungan itu , Kuhltau , misalnya , melihat

    perilaku pencarian maklumat dari sudut kognitif, dan

    menafsirnya sebagai suatu proses kognitif dan sekali

    gus proses pembinaan (1988: 254). Di antara hujah

    yang dikemukakan beliau ialah proses itu melibatkan

    unsur psikologi, intelektual, perasaan, fikiran,

    pengalaman dan emosi lainnya. Kesemua itu

    berubah-ubah; bukan sahaja dari seorang ke seorang

    lain, telapijuga orang yang sarna dari masa ke masa.

    Sebab berlakunya perbezaan itu banyak. Di

    antaranya ialah tanggapan kita tentang kemampuan

    diri , sis tern maklumat yang ada, proses dan langkah

    pencarian, (opik, pengalaman, sarna ada tugasan

    itu segera atau tidak, lebih-lebih lagi sarna ada usaha

    itu dilakukan kerana kita diarah atau atas insitiatif

    sendiri. Namun demikian, langkah-langkah

    penearian yang terlibat itu, satu disusuli yang lain,

    adalah sarna pada semua orang setiap masa. Menurut

    Kuhltau (1988, 1993) proses yang panjang dan rumit

    itu bermula dengan langkah initiation, dituruti se-

    lection, exploration, formulation, collection dan diakhiri presentation. Proses itu rumit kerana

    kepelbagaian aktiviti recognizing, seeking, locating,

    * Pemyarah. labatan Sains Maklumat . Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • dan gathering maklumat iru perlu diserentakkan dengan aktiviti constructing, reconstructing dan reasoning. Dengan kata lain , kita perlu mengaitkan maklumat yang hendak dieari dengan keperluan , pengalaman dan harapan berbuat demikian.

    Dalam setiap langkah itu. pelbagai perasaan dan fikiran yang tersebut itu akan timbul dan perlu diatasi satu persatu. Mengatasi perasaan ragu-ragu dan keliru misa ln ya boleh membantu kita mempertingkatkan pemahamam kita terhadap

    eabaran yang dihadapi. lantas memperkukuhkan keyakinan kita untuk meneruskan usaha penearian selanjutnya. Setiap langkah susulan hasil daripada ide baru atau ide lama yang memberi tafsiran baru itu mung kin berkesudahan dengan kita menemui

    apa yang ingin diearikan. Oleh sebab persepsi orang yang sudah melaluinya itu berbeza dengan orang

    yang tidak pemah melaluinya , maka proses penearian maklumatjuga dianggap George Kelly (1973) sebagai

    proses pembelajaran. Apa yang dimaksudkan beliau tidak lain daripada orang yang semakin banyak terlibat dalam usaha penearian itu temyata sudah semakin banyak belajar, maka lebih banyak mengetahui apa yang dikerjakan itu . Daripada segi ianya boleh mentransformasikan orang daripada alam

    yang jahil kepada yang arif, dan j uga daripada yang pas if kepada ya ng positif, maka proses pembelajaran itu juga berkait erat dengan proses pembinaan dalam erli kata orang yang terlibat itu

    dapat membina pemahaman dan keyaktnan dari setingkat ke setingkat yang lebih linggi .

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini benujuan meninjau perilaku pelajar lPM (Jabatan Persuratan Melayu), UKM, meneari

    maklumat di bidang pengkhusuan mereka, pengajian Melayu , di Perpusatakaan TSL (Tun Seri Lanang), UKM. Oleh sebab ruang lingkup perilaku itu amatlah

    luas sekalipun telah dikaitkan dengan aspek kognitif dan juga pembina .. l seperti yang disebutkan tadi ,

    Seilitllr Pf!rplI~t{Ili.Ucr"

    maka skop kajian ini terbatas kepada isu-isu seperti yang berikut: (a) persepsi , pengetahuan, pengalaman dan kebolehan pel ajar yang berkenaan, (b) faktor yang mendorong dan boleh mempengaruhi perilaku , sikap dan pendekatan mereka, (c) jenis maklumal yang menjadi sasaran

    mereka , (d) eara mereka melakukan penearian itu , (d) masalah yang mereka hadapi, (e) orang yang mereka dapati paling banyak menolong dalam usaha itu, (f) penggunaan katalog menolong mereka

    mendapatkan bahan di rak, dan juga (g) cadangan mereka untuk memperbaiki perkhidmatan penearian maklumat di masa depan. Isu yang ingin dikaji iru telah dibangkitkan dalam soal se lidik (lihat

    /ampiran).

    Metodologi Dan Sasaran Kajian

    Pada mula-mulanya , sasaran kajian ini ialah 120 pelajar lPM: 70 orang daripada tahun pengajian III (daripada 146 kesemuanya yang berdaftar) dan 50 orang 1agi daripada tahun pengajian IV (daripada 70 kesemuanya yang berdaftar) dalam semester I sesi 1996/97. Oleh sebab penyeltaan mereka dalam projek

    ini adalah dengan sukarela, hanya 96 orang memulangkan borang penyelidikan. Mereka diedarkan borang soal selidik itu seeara rambang pada awal Semester I sesi 1996/97. Mereka diberikan

    masa dua minggu untuk mengisi borang itu . Dalam tempoh itu , terpulanglah kepada mereka untuk

    menandakan jawapan yang didapati sesuai dengan proses atau langkah yang sudab biasa pada diri masing- masing. Mereka juga digalakkan men andakan seberapa banyak jawapan yang

    di sediakan memandangkan beberapa langkah-langkah itu me mang boleh bergabung dan

    digabungkan dengan satu melengkapkan yang lain sepanjang proses penearian maklumat.

    Di sini perlu diterangkan sebab hanya pelajar

    tahun III dan IV diplih. Seeara umum, kebanyakan

    mereka itu dianggap sudah lebih berpengalaman,

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • lebih banyak pendedahan dan juga mempunyai

    pengetahuan lebih baik di bidang kajian masing-

    masing berbanding dengan pelajar tahun I dan II.

    Pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang

    diharapkan itu l11ungkin terdapat pada sebilangan keeil pelajar tahun I dan II, tetapi tidaklah meluas

    seperti pad a pelajar senior. Selain itu, oleh sebab

    pelajar sasaran itu sudah mempunyai pengetahuan

    asas dalam penearian maklumat, maka mereka

    dipereayai dapat menyatakan pendapat mereka

    dengan lebih baik, bebas dan yaki n. Kesemua

    pertimbangan itu dibuat untuk memastikan agar data

    yang diperolehi ilU lebih linggi nilainya , selainlebih

    dipercayai.

    Data dan maklumat yang diperlukan itu

    walaupun terfokus - dalam erti kata soalan yang

    sama telah dikemukakan kepada pelajar yang lain-

    lain, tetapi mereka bebas menandakan jawapan yang sudah diberikan. Mereka yang ingin mengemukakan

    pendapat sendiri boleh berbuat demikian dalam

    ruangan kosong yang disediakan di akhir setiap

    soalan (keeuali soalan yang terakhir). Dengan kata

    lain, metodologi meninjau (survey research) ini

    memanglah sesuai unluk mendapatkan data daripada

    pelajar sasaran yang sudall dipastikan keistimewaan

    lain menggunakan perkaedahan ini ialahjiwa mereka tidak merasa terlekan. Di sebaliknya, mereka boleh

    merasa tenang semasa memberijawapan, lebih-Iebih

    lagi boleh mengubah fikiran sekiranya mendapati

    jawapan yang sudah diberi tadi mungkin kurang

    tepat. Yang penting ial ah semuajawapan yang diberi

    iru mempunyai lahap kebolehpereayaan (reliabil-

    ily) yang tinggi.

    Analisa Kajian

    Kajian ini berdasarkan data yang lerkumpul

    daripada 68 perkara yang dilanyakan dalam 10 soalan

    dalam 96 borang soal selidik yang dipulangkan.

    Sellitflr PerpU\llIllatlll

    Dalam kajiannya, Taylor (1968) mendapati ada

    empat keperluan yang mendorong kita mencari

    maklumat: the actual need, the conscious need, the formalized need dan the compromised need. Setelah mengkajinya, Ingwersen (1982: 167)

    mengatakan perlunya menggabungkan kesemua

    keperluan itu yang akan menentukan langkab

    penearian seterusnya. Apa yang dimaksudkannya

    ialah maklumat yang diperolehi untuk diproses iru

    diharapkan akan dapat menjanakan lebih banyak

    maklumat lain, tidak kira sarna ada untuk

    dipersembahkan dalam benruk kertas kerja, latilian

    ilmiah. perbincangan, tutorial atau esei lainnya.

    Sehubungan itu , kaji selidik ini bermula dengan

    soalan Apakah maklumat yang ingin anda carikan.

    Walaupun pelajar rahun III dan IV perlu mengerjakan

    topik yang diberi, tetapi pelajar tahun IV boleh

    mengerjakan topik pilihan mereka untuk projek

    latihan ilmiah. Walau bagaimanapun mereka boleh

    mencari maklumat tambahan agar dapat membuat

    kerja kelas atau rugasan seminar dengan lebih baik

    selain maklumat yang ditentukan pensyarah.

    Daripada gabungan di antara 'arahan' dengan

    'minat' seumpama irulah dapat diperbezakan sikap

    dan pandangan pelajar terhadap maklumat, pensyarah

    dan diri masing-masing. Perbezaan di antara pelajar

    yang mencari maklumat yang ditentukan dengan

    pelajar yang bebas mencari maklumat sendiri iru

    mungkin pelajar golongan yang pertama iru cuma

    mempunyai pemahaman yang samar-samar tentang

    topiknya, sekurang-kurangnya pada peringkat

    permulaan; manakala pelajar yang memilih topik

    sendiri sudah mempunyai 'pengetahuan yang lebih

    baik tenta ng topik dan juga maklumat yang

    diperlukan.

    Daripada data yang dikumpulkan ten tang soalan

    ini, sebanyak 68 orang atau 70.8% pelajar didapati

    mencari topik khusus yang diminta pensyarah,

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • berbanding dengan 32 orang, yaitu 33.3% pelajar

    bebas mencari maklumat dari mana-mana sumber.

    Sikap terlalu bergantung pada pensyarah itu bukan

    sahaja membuat pelajar golongan ini juga lebih

    banyak bergantung pada bahan r~ukan yang

    diberikan, tetapi juga membuat mereka kurang

    menggunakan khidmat penasihat pembaca di

    perpustakaan. Sehubungan itu, sebanyak 62.5 % pelajar mengatakan mereka mencari topik kbusus

    dalam buku dan jurnal yang disyurkan berbanding

    dengan cuma 8.3% pelajar mencari maklumat umum

    tentang topik yang te.-dapat dalam ensiklopedia dan

    kamus, misalnya. Gejala itu menyatakan bahawa

    pelajar memberi keutamaan Iebih untuk memenuhi

    keperluan pensyarah daripada minat sendiri itu.

    Implikasi on-demand searching, dan juga sikap

    terlalu bergantung pada pensyarah mempunyai

    kesannya ke atas perilaku pencarian maklumat di

    kalangan pelajar itu banyak. Di antaranya ialah

    pelajar golongan 'pengikut' ini ternyata amat ragu-

    ragu pada task initiation. Akibamya, mereka ini lebih

    pasif berbanding dengan golongan pelajar yang

    membuat pilihan topik sendiri. Perbezaan di antara

    mereka itu perbezaan di amara yang sudah biasa

    dengan maklumat dan pengarang yang berkaitan,

    maka ternyata lebih yakin pada kebolehan diri,

    berbanding dengan yang sebaliknya.

    Soalan pertama ini penting untuk familiarization:

    tidak kira sama ada mencari topik sendiri, atau

    mencari maklumat yang diberi. Tanpa mengetahui

    maklumat yang perlu dicari, pecambahan fikiran

    (brainstorming), perenungan (contemplation),

    perbincangan, lebih-lebih lagi mengaitkan keperluan

    baru dengan pengalaman lama dan lain-lain aktiviti

    yang terlibat dalam task initiation itu amatlah sukar

    dilakukan.

    Isu penanggapan , pengenalan dan pemahaman

    (perception, recognition dan understanding) tentang

    maklumat yang dibangkitkan dalam soalan tadi itu

    Sekitar Perplistakallll

    dapa! dikaji dengan lebih mendalam lagi dengan

    menanyakan Mengapa anda mencari maklumat

    itn? Soalan ini tentunya ada kaitan dengan keperluan

    mereka. Seperti yang diduga, 86 orang, yaitu 89.6%

    mereka melakukan pencarian maklumat on-demand

    untuk menyiapkan projek, pembentangan kertas kerja

    di seminar dan penulisan esei yang disuruh

    pensyarah. Ini tentunya termasuk pelajar tahun IV

    yang wajib menyiapkan latihan ilmiah Mereka ini

    merupakan sebahagian besar daripada 55 orang atau

    57.3% pelajar yang mendapati perlu mencari

    maklumat untuk mengemaskinikan pengetahuan dan

    ilmu mercka. Kesemua itu turut membantu

    memperlihatkan persepsi, pengenalan dan juga

    pemahaman mereka terhadap diri masing-masing

    berhubung dengan apa dan mengapa mereka mencari

    maklumat. Ini termasuk 12.5% pelajar bersedia

    untuk membantu kawan yang mungkin sudah

    terdesak, kerana terlalu sibuk dengan kuliah, tuto-

    rial, projek dan esei lain yang datang satu dituruti

    yang lain dalam masa yang singkat.

    Setelah mengetahui apa yang perlu dicari dan

    mengapa perlunya berbuat demikian, isu selanjutnya

    ialah menanyakan Bagaimana anda tahu adanya

    maklnmat yang dicarikan itu? So alan ini tidak

    kurang mencabar kerana ianya bukan sahaja ingin

    tahu pengalaman pelajar dalam mencari maklumat,

    tetapi juga tahap pengetahuan mereka tentang

    maklumat yang ingin dicari. Pengetahuan dan

    pengalaman itu bukannya boleh datang dengan sendiri. Melihat topik di tangan, ramai pelajar

    didapati merenung kerana cuba mencari pengalaman

    mencari maklumat pada masa lampau. Ada

    perbezaan di antara pelajar yang biasa mencari

    maklumat sendiri dengan yang jarang ataupun tidak

    pernah berbuat demikian. Secara umum, golongan

    orang yang kedua itu akan merasa bingung dan ragu-

    ragu kerana tidak pasti macam mana memulakannya.

    Yang mereka tahu cuma merasa perlu untuk mencari

    maklumat yang disuruh. Di sebaliknya, pada mereka

    .----------------------====--~==~

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • Seli.itur PerplIsttlAllllJl

    yang biasa berbuat demikian akall terbuka banyak yang disampaikan dalam masa lawatan berpandu itu

    alternatif yang baleh dieuba dan diterokai , selain sekadarkan pengenalan ringkas tentang Perpustakaan

    mengaitkan keperluan yang baru dengan penglaman TSL. Namun demikian , maklumat itu sudah

    yang ada. Pengaitan di antara lahu dengan tidak tahu dimanfaatkan sebanyak sedikit di sana sini sepanjang

    atau sebaliknya yang disebut dengan istilah chain- pengjian mereka.

    ing itu akan menalong mereka menfokus perhatian

    dengan lebih baik untuk selanjutnya memahami

    masalah itu dengan lebih baik. Dengan itu , dapatlah

    mereka bergerak dari alam yang lidak tahu, tidak

    pasti, yang ragu-ragu dan lain-lain yang bersifat

    negatif itu kepada yang tahu, yang pasti dan lain-

    lain yang bersifat pasitif. Proses itu bukan sahaja

    proses pembelajaran, telapi juga proses pembinaan.

    Disebabkan maklumat yang dieari itu ada kena-

    mengena dengan topik klmsus (lilzQ/ saalan 1.1)

    dan juga untuk menyiapkan projek yang disuruh

    (seperli soalan 2.2) . mah 87.5% pelajar

    mengatakan daripada pensyarahlah mereka tahu

    adanya maklumat yang berkenaan di perpustakaan.

    Sementara itu hanya 6.3% daripada mereka

    menggunakan curren I conlents dan 18.8 %

    menggunakan indeks dan abstraks lIntuk meneari

    sumber makillmat sendiri. Di alllara sebab ulama

    sedikit sahaja mereka menggunakan bahan rujukan

    itu tidak lain daripada hakikat bahan itu memang

    jarang dalam bidang pengaj ian Melayu. Sebagai

    alternatif 5 I % pelajar tahu adanya maklumat yang

    berkenaan daripada petikan rujukan dalam buku dan

    jurnal atau tesis yang pernah dibaea; dan 76% mereka

    menggunakan senarai baeaan yang diedarkan dalam

    kelas. Yang menarik di sini ialah 76 orang atau

    79.2 % pelajar mengatakan mereka tahu adanya

    maklumat yang dieari itu daripada sendiri

    mengunjungi perpustakaan. Lawatan ke perpustakaan

    yang dimaksudkan mereka ilU ialah kerana hendak

    menggunakan kemudahan yang disediakan, dan

    bukannya lawatan berpandu ke pepustakaan pada

    minggu suai kenai dalam tahun T dahulu. Maklumat

    Sekalipun sudah mengetahui seeara umum

    maklumat apa yang perlu dieari dan di mana

    tempatnya, tetapi ramai pel ajar masih terumbang-

    ambing di antara pasti dengan tidakpasti dan yakin

    dengan tidak yakin .. Timbulnya keeelaruan itu

    mung kin kerana apa yang diajar dalam kelas

    sekadarkan pengetahuan asas, maka pedu ditambab,

    diperdalami, dihalusi dan difahami. Untuk menokok

    tambah, lebih-lebih lagi mempertingkatkan

    pemahaman, mereka pedu berbineang dengan orang

    lain, misalnya. Fungsi perbineangan itu banyak,

    termasuk menolong menjelaskan (define),

    meluaskan (extend) dan memberi galakan (support)

    kepada apa yang mereka lakukan. Pendek kata, ianya

    penting kerana boleh membuat mereka semakin jelas

    tentang apa yang perlu dilakukan, maka membuka

    jalan untuk usaha seterusnya. Sehubungan itu,

    ditanyakan Siapakah telah anda berhincang

    mengenai projek itu? Sebanyak 70.8% pelajar

    didapati berbineang dengan ternan sekumpulan,

    64.6% dengan pensyarah, 56.3% dengan kawan

    sekelas, 47.9% dengan pengajar, 3.7.5% dengan

    kawan senior, manakala hanya 1% dengan

    kakitangan perpustakaan. Lebih banyak

    perbineangan dengan kawan berbanding dengan

    tenaga pengajar mungkin disebabkan pelajar

    digalakkan membuat pemeraban otak sesama sendiri.

    Sebab lain mereka suka bertukar-rukar pendapat

    sesama sendiri ialah mereka tidak merasa tertekan

    seperti ketika berhadapan dengan tenaga pengajar,

    apatah lagi ditertawakan. Pendek kata, hanya setelab

    gagal mendapat kata sepakat, atau meneari jalan

    keluar daripada kebuntuan, lebih-lebih lagi kerana

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • hendak memastikan apa yang dikehendaki

    sebenamya ole h pensyarah, barulah mereka

    berbineang dengan pensyarah yang berkenaan.

    Setelah memahami konsep dan skop kajian,

    timbul masalah Bagaimana memulakan pencarian

    maklumat yang dikebendaki? Langkah ini juga

    sangat meneabarkan dal am proses penearian

    maklumat. Oi sini, pelajar bukan sahaja perlu

    mengetahui apa yang ingin dieari, tetapi juga

    bagaimana memanfaatkan proses teknikal dalam

    sistem maklumat itu. Motif yang sebenaryang tersirat

    di sebalik soalan ini tidak lain daripada ingin

    memastikan sarna ada sudah wujud atau tidak atau

    sudah terjalin atau tidak komunikasi di antara pelajar

    dengan sistem maklumat. yaitu perpustakaan. Salah

    satu sebabnya ramai pelajar menjadi bingung ketika

    sampai ke perpustakaan ialah lidak tahu menahu eara

    yang terbaik unruk menggunakan perpustakaan

    daripada sebegitu banyaknya eara yang boleh

    digunakan.

    Walaupun semua pelajar sudah dimaklumkan

    bahawa katalog merupakan anak kunei untuk

    mendapatkan maklumat di perpustakaan semasa

    mengikuti lawatan berpandu ke Perpusrakaan Tun

    Seri Lanang, dalam minggu suaikenal pad a rahun I

    dahulu, terapi dalam kajian ini temyara bahawa

    hanya 31.3 % mereka memulakan penearian dengan

    menyemak katalog di perpustakaan, berbanding

    dengan 54.2 % berpandukan topik yang diberi pensyarah. Selain itu. sebanyak 35.4% pelajar lain

    merasa perlu berbineang dengan kawan lagi,

    sementara 34.4 % pelajar mendapati diri mereka

    masih berada di bawah pengaruh pensyarah. Oi sini

    temyata bahawa perbineangan dan juga bertukar-

    tukar pendapat dan pengalaman sesama ternan dan

    juga tenaga pengajar itu penting dari segi mereka

    boleh mendapat pengalaman praktikal yang

    Se"illlr PerplISlll"fltlll

    551 55.2 55.3 55.4 55.5 55_6 55.7 556

    sebenarnya dan tahulah memilih eara yang dianggap

    yang paling cekap, pantas dan mudah untuk meneari

    maklumat. Liliat kepopularan di antara pendekatan

    yang tersebut itu dalam carta di bawah ini:

    lni seeara langsong menunjukkan betapa besamya pengaruh teman dan pensyarah ke atas mereka bukan

    sahaja dalam hal ehwal pembelajaran dan pengajaran

    di kelas, tetapi juga penearian maklumat di

    perpustakaan. Oi sebaliknya, kemudahan kataIog

    seolah-olah tidak penting . Gejala ini memang uni-

    versal kerana menu rut kajian Krikelas, Hafter dan

    Markey (dipetik Hancock 1987:303) 25-50% pelajar

    tidak menggunakan katalog perpustakaan. Masalah

    itu bukanlah 'negatiye response w the caw[ogue ' atau 'caralogue non-lise' kerana terdapat 31.3%

    pelajar dalam kajian ini memulakan penearian

    dengan menyemak katalog. Oi kalangan mereka yang

    menggunakan pendekatan itu, 51 % membuat title

    search, diikuti 38.5 % membuat author search, dan

    30.2% membuat subject search. Namun demikian,

    gejala kurang minat dengan katalog perlu diselidiki

    untuk mengetahui halangan yang mereka hadapi lagi

    memandangkan pelajar yang menggunakan OPAC

    (sudah diperkenalkan di Perpustakaan TSL semenjak

    1991) tidak lagi menghadapi masalah controlled lan-

    guage yang digunakan dalarn kad katalog tradisional.

    Sementara itu ingin dinyatakan sebab uta rna

    penearian kelas tidak sepopular seperti penearian

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • judul ialah pel ajar t.idak memahami fungsi nombor kelas. Setiap nambor kelas yang diberikan kepada

    bah an perpustakaan itu sebenamya mempunyai hi-

    erarchical sll~iecI relaliol1ships di antara satu bidang

    atau perkara bahan dengan yang lain menurut

    konvensi pengkelasan dan pengkatalagan. Masalah

    ini bukan sabaja masalah kansep, tetapijuga masalab

    penafsiran. Namun demikian, membuat aUlhor

    search juga didapati kurang menarik. Oi antara

    sebabnya ialah banyak nama pengarang Melayu

    mempunyai banyak kelainan ejaan, di samping nama

    samaran. Pelajar juga tidak faham mengapa nama

    pengarang Melayu yang sebenar dikatalag per se,

    sedangkan nama pengarang Indonesia dan negara

    lain diterbalikkan. Oleh sebab-sebab yang tersebut

    itu, tidaklah hairan pelajar paling suka menggunakan

    lille search dalam OPAC yang membolehkan

    penggunaan kata kunci (keyword), KWOC, KWIC,

    PRECIS , nama pengarang dan lain-lain.

    Seliitllr PerplI'itali."""

    keberkesanan dan kecekapan usaha pencarian

    maklumat mereka.

    Sehubungan itu 21.9% pelajar JPM juga

    inginkan maklumat pengajian Melayu baleh didapati

    dalam pangkalan data eletronik, atau on-line

    memikirkan kemudahan seumpama itu sudab didapati

    dalam banyak bidang pengajian lain, termasuk

    pengurusan dan bisnes, undang-undang, Islam dan

    kependudukan. Tetapi, buat masa ini, OPAC adalah

    satu-satunya sistem katalog eletranik untuk mereka

    mencari maklumat dalam pengajian Melayu di

    Perpustakaan TSL. Kesan negatif daripada tidak

    adanya indeks dan abstraks eletronik ke atas usaha

    pencarian maklumat itu akan membesar berikutan

    semakin lama semakin banyaknya majalab dan jurnal

    (lihal sebahagian senarai ilu dalam soalan 1 J) dari

    masa ke masa. Setakat ini, 33.3 % pelajar mendapati sukar menapis maklumat dan 13.5% mereka

    mendapati sukar untuk menfakus topik. Masalah ini

    Walaupun pelancaran OPAC telah memberi boleh dikurangkan dengan bantuan indeks dan

    semacam anjakan paradigma kepada pencarian abstrak kumulatif, lebih-Iebih lagi eletronik yang

    maklumat di Perpustakaan TSL, (etapi ramai pelajar bermutu tinggi dan ramah pengguna. Kesan positif

    masih mengalami masalah mencari maklumat lainnya ialah pelajar diharap akan menjadi lebih

    mereka. Oleh itu, e10k ditanya Apakah masalah berdikari daripada terus bergantung pada pensyarab.

    yang paling besar yang dihadapi? Oaripada 13 Sementara itu, pergantungan dan interaksi pelajar

    masalab yang dibangkilkan, 87 orang pelajar atau dengan kakitangan perpustakaan amatlah sedikit

    90.6% daripada mereka mengatakan baban yang (lihal soalan 4.6 dan juga 9.4). Kebanyakan

    dicari itu SUdall dipinjam orang lain, 54.2 % pelajar interaksi di antara pelajar dengan kakitangan mendapati koleksi bahan pengajian Melayu perpustakaan berlaku di meja penasihat pembaca

    berselerakan, 50% pelajar mengatakan baban (ersalah dan kaunter pinjaman. Sehub'lDgan itu, 9.4% pelajar

    le(ak. Itulah yang merupakan duri yang paling mengaitkan masalah pencarian maklumat dengan

    menyakitkan dalam daging mereka. Apakah langkab birokrasi perpustakaan.

    yang boleh diambil umuk menyelesaikan masalah

    kekurangan bahan , bahan yang berselerakan dan Oisebabkan perbezaan persepsi, pengalaman,

    bahan yang tersalah letak? Walaupun kesemua itu pengetahuan dan kepakaran sesama mereka terhadap

    adalah masalah pengurusan perpus(akaan , te(api diri, terhadap sistem maklumat dan juga topik untuk

    kerjasama daripada pengguna pula amat diperlukan. projek masing-masing, maka ada setengah pelajar

    Selagi masalah (erSebUl tidak dia(asi, selama itulah tidak mengalami masalab yang dialami pelajar lain.

    pelajar akan mendapa(i sukar untuk memperbaiki Tidak kira apajuga cara dan strategi yang digunakan,

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • setiap masalah yang dihadapi dan diatasi

    kemudiannya itu memperlihatkan kepelbagaian

    aspek perilaku penearian maklumat. Setengah pelajar

    mendapati eara A lebih berkesan dan pamas daripada

    eara B atau C dan sebaliknya .. Di antara masalab

    itu ialah terlalu banyaknya maklumat pada setengab

    pelajar berbanding dengan terlalu sedikitnya

    maklumat itu pad a setengah pelajar lain . Walau

    bagaimanapun, semua kerja yang dimulakan itu mesti

    ditamatkan. Oleh itu mereka turnt ditanya Bilakah

    pencarian maklumat itu dianggap selesai?

    Sebanyak 80.2 % pelajar mendapati perlu

    menamatkan penearian itu sesudah berpuas hati

    dengan maklumat yang diperolehi dan 69.8 %

    menyatakan mereka sudah mendapat maklumat yang

    dikehendaki pensyarah. Kedua-dua pandangan itu

    baleh ditafsir sebagai mereka akan terus berusaha:

    meneari, menapis , menfakus , berbineang, bertukar-

    !Ukar pendapat, dan tukar-menukar strategi selagi

    tidak berpuas hati, sehingga dale-line. Sementara

    i!U , sebanyak 16 .7% pelajar akan menamatkan

    penearian setelah mengetahui sudah tidak ada

    maklumat lain lagi di Perpustakaan TSL. Jawapan

    seumpama itu mencerminkan mereka memang arif

    tentang bidang ilmu itu selain mengetahui koleksi

    bahan di perpustakaan. Berkeyakinan seperti itulah

    mereka boleh memutuskan untuk menamatkan

    penearian setelah memilih buku dan artikel yang

    penting. Sekiranya pelajar golongan itu

    menggunakan kepakaran diri sebagai ukuran, tetapi

    terdapatjuga 9.3 % pelajar lain menggunakan stand-

    ard kawannya: menam

  • Stl3J __ -,.- ",--_~~-. __ _

    $8.32

    ""

    Sedikil Menolong

    59_25

    Tidak Menolong

    Banyak Menolong

    S936 $937

    "" $9_32

    S811

    .5921

    . 5922

    1

    0 5923

    0 5924

    59 • • 59 25

    4.S926

    . 5927

    -. 5911

    . 59 12

    OS913

    1

    - eS9 14

    . S915

    a S91&

    I·S9171

    .5931

    . S932

    0 5933

    c S930t

    1.5935 111 51i136

    . 59.37

    Sf!J..illlr Pel' !'U\lttJ..UUIl

    Soalan 9 Sejauh mana pensyarah, pengajar, penyelia, kakitangan perpustkaaan, kawan sekelas dan kawan sekumpulan menolong anda mencari maklumat meminta pelajar menilai peranan masing-masing orang itu dalam menolong mereka meneari

    maklumat. Hasilnya dirakam dalam rajah yang berikut:

    Daripada tinjauan itu didapati kakitangan perpustakaan memainkan peranan yang paling keeil berbanding dengan orang lain. Hanya 3.1 % pelajar mengatakan kakitangan perpustakaan banyak menolong, sedangkan 47.9% pelajar mendapati kakitangan itu sedikit menolong dan 26% pelajar

    mendapati mereka tidak menolong. Tanggapan itu bertentangan dengan hakikat pustakawan yang sudah lama berkhidmat memang adalah pakar rujuk meneari maklumat di perpustakaan. Kakitangan itu tidak banyak menolong mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan khusus di bidang yang diminta pelajar. Oleh sebab gagal mendapat pertolongan seperti yang diharapkan, pelajar lebih suka dan kerap menghubungi pensyarah dan penyelia. Namun demikian, oleh sebab topik dan projek yang disuruh dikerjakan pelajar itu sudah diajar dalam kelas, maka tidaklah hairan sekiranya

    4.2 % pelajar mendapari tenaga pengajar tidak menolong, berbanding dengan 47.5% pelajar mendapati tenaga pengajar itu sedikit menolong, dan 43.8 % pelajar lain mendapati mereka itu banyak menolong.

    Mungkin disebabkan merasa segan berdepan dengan pensyarah, lebih-Iebih lagi takut peeah rahsia yang mereka memang tidak tahu, sebilangan pelajar

    merasa lebih elok meminta pertolongan daripada kawan kumpulan dan juga sekelas. Justeru semua pelajar itu sibuk dengan kuliah, tutorial, seminar dan aktiviti ko-kurikulum siang dan lama, kawan yang dihampiri biasanya euma dapat memberi pertolongan sekadar yang mampu . Pertolongan sesama kawan tertakluk kepada banyak faktor: sarna ada yang

    ====~--~~~~=================.

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • meminta tolong itu kawan baik atau tidak, atau kerana membalas budi. Sikap meminta penolongan harus diperbezakan dengan sikap bergantung pada kawan . Yang paling menarik daripada tinjauan ini ialah semua orang yang dihampiri untuk menolong itu didapati lebih banyak yang bersikap memberi sedikit pertolongan berbanding dengan tidak menolong atau banyak menolong. Daripada pertolongan yang sedikil itulah pelajar yang pintar dan rajin itu tahu menyelesaikan masalah mereka.

    Penearian maklumat adalah aktiviti meneari maklumat untuk menyelesaikan kerja . lanya bergantung pada banyak faklor , tidak kira human atau non-human. lermasuk (a) diri peneari maklumat itu, (b) lahap kepakarannya di bidang itu , (c) tahap pengalamannya menggunakan sislem maklumat, (d) bagaimana ia menjalinkan maklumat yang ingin dieari dengan stralegi penearian, dan (d) peranan dan orang lain. Tujuan soalan 10 Apakah faktur lain yang boleh membantu anda dalam meneari maklumat semata-mata ingin meminta pelajar sendiri mengemukakan syur agar kebolehan, kemampuan dan keyakinan mereka dapat diperlingkaskan lagi . Sehubungan itu , 62.5 % pelajar mendapati pengalaman menggunakan sis tern perpustakaan (termasuk OPACdan susunan rak) merupakan faklor yang terpenting . Untuk mendapalkan pengalaman itu, setiap pelajar perJu berusaha sendiri dan juga belajar daripada orang lain. Kesemua itu memerlukan ketabahan sepeni yang dilaporkan sebanyak 55.2 % orang pelajar. Ketabahan yang dimaksudkan itu bukan sahaja terbatas kepada mentoleransikan masalah yang timbul dari masa ke masa, tetapi juga pelajar yang berkenaan seharusnya bersikap terbuka dan pandai menyesuaikan diri (adaptive). Kedua-dua sikap itu penting dalam membuat mereka menjadi berani meneuba sendiri meneari alternatif, setelah gagal menjumpai maklumat yang dieari sesudah

    diberi tunjuk ajar. Daripada proses itulah banyak pengalaman dan pengetahuan baru dapat mereka kumpulkan untuk dijadikan anak kunei dalam

    Sef,;itar PerpustaAtlll1I

    membuka pintu gedung maklumat dan ilmu lainnya . Selain itu , sebanyak 40.6 % pelajar mendapati

    kepakaran diri dalam bidang ilmu yang berkenaan juga penting. Tidak kurang pentingnya ialah komitmen daripada kakitangan perpustakaan, walaupun euma sedikit.

    Kesimpulan

    Penyelidikan ini diharap dapat membuka sedikit daun jendela untuk kita mengetahui dengan lebih baik tentang perilaku penearian maklumat di kalangan pelajar JPM, UKM. Sehingga kini , mereka bel urn lagi berpeluang menggunakan kemudahan maklumat eletronik, pangkalan data CD-ROM atau sistem maklumat on-line yang sudah meluas di bidang pengajian lain. Sistem maklumat elelTonik yang dapat mereka manfaatkan eumalah OPAC. Walaupun terdapat perbezaan di antara penggunaan sistem maklumat eletronik dengan yang bukan eletronik, tetapi proses penearian maklumat yang dilalui itu sama: satu langkah disusuli yang lain dari peringkat permulaan , pertengahan sehingga ke peringkat akhir. Setelah diberi topik untuk dieaIi makiumalllya , maka bermulalah proses penearian yang disifatkan sebagai proses kogni tif dan juga proses pembinaan. Dari awal hingga ke akhir

    penyelidikan ini, perhatian telah ditumpukan kepada aspek pengalaman, kognitif, emosi dan psikologi lainnya yang perlu dipelajari, difahami , dikuasai dan juga dilalui. Ini adalah kerana lerdapat banyak masalah di sepanjang proses itu . Setiap masalah itu laksana satu jurang yang boleh memisahkan pelajar daripada maklumat yang diburu. Untuk merintangi jurang itu, banyak ikhtiar perJu dilakukan, termasuk berbineang dengan orang yang lebih tahu. Sebab-sebab mereka lebih suka dan lebih banyak bergantung pada setengah orang berbanding dengan yang lain juga telah diterangkan selain daripada sebab ianya ada kaitan dengan persepi, tanggapan, prasangka, pengalaman mereka sendiri di satu pihak dan juga pengarub daripada orang lain itu di satu

    pihak yang lain.

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • Daripada apa yang sudah dibincangkan,

    pencarian maklumat me mang boleh dipandang

    sebagai 'a problem so lving task ' . Walaupun

    penyelesaian masalah illl melibatkan pengurusan

    sistem maklumat di perpustakaan dan juga banyak

    orang lain , telapi pad a pokoknya masalah itu adalah

    masalah peribadi pelajar . Mereka sendiri harus

    berusaha memaha1l1i topik, mencari 1l1aklu1l1at,

    memilih strategi dan alternatifyang sesuai. Oleh itu,

    dalam konteks yang lebih luas lagi, proses pencarian

    maklumat yang panjang dan rumit itu suatu proses

    pembinaan keyakinan diri agar menjadi lebih pandai

    dari masa ke masa . Perkara yang turut dilibatkan

    ialah pengalaman, penafsiran , penghayatan serta

    pemahaman pelajar tentang topik yang perIu

    dicarikan maklumatnya dan juga sistem maklumat

    yang boleh dimanfaaikan. Di sini setiap apa yang

    dilakukan itu lengkap-melengkapkan yang lain.

    Ke semua itu secara lang song boleh

    Sel\;llIr l'erpU\IIIJ"tltlll

    mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan

    mereka. Peningkatan pemahaman dan pengetahuan

    itu jugalah yang menyebabkan berlakunya perubahan fikiran, metodologi, strategi selanjutnya sehingga mendapat apa yang dicarikan.

    Berdasarkan data yang dapat dikumpulkan, lemyata bahawa pelajar yang dikaji itu lebih banyak melakukan pencarian maldumat on-demnnd. OIeh sebab itu , orang yang dianggap paling berpengaruh dan penting pada mereka tidak lain daripada pensyarah. Daripada merekalah pelajar yang berkenaan bukan sahaja mendapat topik untuk dikerjakan, maka perlu dicarikan maldumatnya, tetapi juga dihormati semaeam 'pakar rujuk' untuk mendapatkan maldumat di perpustakaan. Pendek kata, pelajar pra-siswazah JPM yang berkenaan lebih banyak berinteraksi dengan pensyarah daripada kakitangan perpustakaan di setiap peringkat

    penearian maklumat.

    RUJUKAN

    Ellis, David el 01. "A comparison of information seeking parterns of researchers in the physical anti social sci-

    ence." .Iournal of Documentation 49:4 (1993): 356-369

    Hancock , Mecheline. "Subject searching behaviour allhe library catalogue anti Ihe shelves: implications for on-

    line interactive caralogues. " .Iou rna I of Documentation 43:4 (December 1987): 303-321

    Ingwersen, Peter." Search procedures in the library - analysed from the cognitive point of view." Journal of

    Documentation 38:3 (September 1982): 165-191

    Jacobson, Thoman & Fusani , David. "Computer, system anti subject knowledge in novice searching of ajull-text

    multiple database. " Library and Informatjon Science Research 14 (1992) : 97-106

    Kelly, George . A theory of personality: the psychology and personal constructs. New York: Norton. 1963.

    Kuhlthau, Carol Collier. "longitudional case studies of the information search process of users in libraries. "

    Library and Information Science Research 10 (1988): 257-304

    Kuhlthau , Carol Collier. " A principle of uncertainty for information seeking. " ,Journal of Documentation 49:4

    (December 1993): 339-355

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • Seit.ilar Perpus(llkUII1I

    Saracevic, T. "Relevance: a review of a framework for thinking on the notion of information science." .Journal

    of the American Society for Information Science 26 (1975): 178-194

    Taylor. R. "Qllesrioll-Ilegorialion and in/ormarion seeking in libraries." CoHege & Research Libraries 29

    (1968): 178-194

    SOAL SELIDIK

    I. Apakah maklumat yang ingin anda carikan?

    [1) maklumat khusus untuk topik yang dimima pensyarail (68 = 70.8%)

    [2) maklumat khusus yang ada kaitan dengan projek. esei. dll (60 = 62.5%)

    [3) maklumat umum umuk pengetailuan sendiri (8 = 8.3%)

    [4) maklumat umum yang ada kaitan dengan topik yang dikerjakan (32 = 33.3%) [5) lain-lain (sila nyatakan)

    2 Mengapa anda mencari maklumat itu?

    [1 ) mengemaskinikan pengetailuan dan ilmu yang diminati (55 = 57.3%) [2) menyiapkan projek yang disuruh pensyarail. pengajar dan penyelia (86 = 89.6%)

    [3) menyiapkan latihan ilmiah di tal1Un pengajian akhir (21 = 21.9%)

    [4) membantu kawan sekumpulan (12 = 12.5%)

    [5) lain-lain (sila nyatakan)

    3. Bagaimana and a tahu tentang adanya maklumat yang dicari itu?

    [I ) daripada sendiri mengunjungi perpustakaan (54 = 56.3%)

    [2) daripada maklumat yang diberi pensyarail. pengajar. penyelia . kawan dan

    kakitangan perpustakaan) (84 = 87.5%)

    [3) daripada curren! colllenrs (6 = 6.3%) [4) daripada indeks dan abstraks (18 = 18.8%)

    [5) daripada pengalaman (10 = 10.4%) ' [6) daripada rujukan petikan dalam buku dan jurnallain (49 = 51%)

    [7) berpandukan senarai bacaan yang diberi (20 = 20.8%) [8) lain-lain (sila nyatakan)

    LAMPIRAN

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • 4. Dengan siapakah telah anda berbineang mengenai projek itu?

    [I J pensyarah (62 = 64.6%) [2] pengajar (46 = 47.9%)

    [31 kawan sekelas (54 = 56.3%) [4 I kawan dari kumpulan yang sama (68 = 70.8%) [5 I kawan sellior (36 = 37.5%) [61 kakitangan perpustakaan (1 = 1%)

    [7 J lain-lain (sila sebutkan)

    5. Bagaimana anda meneari untuk mendapatkan maklumat itu?

    [I ] membuat author search (37 = 38.5%) [2] membuat ririe search (49 = 51 %)

    [3 1 membuat subject search (29 = 30.2%) [41 berunding dengan pensyarah (33 = 34.4%) [5 1 berbineang dengan kawan (34 = 35.4%) [6 1 menyemak katalog di perpustakaan (30 = 31.3%) [7] menyemak rak perpustakaan (17 = 17.7%)

    [8 J lain-lain (si la nyatakan)

    6. Apakah masalah yang paling besar dalam meneari maklumat?

    [I] menggunakan katalog, termasuk OPAC (17 = 17.7%)

    [2 ] meminta pel1olongan kakitangan perpustakaan (8 = 8.3%) [3 ] tidak ada indeks dan abstrak bere!ektronik (21 = 21.9%) [4] bahan tersalah letak (48 = 50%)

    SeAillir 1'1.''-1'"\1(11,(1(1''

    [5 ] tidak tahu taktik dan strategi meneari maklumat dalam juma! (32 = 33.3%)

    [6] koleksi berselerakan (52 = 54.2%)

    [7] membuat penearian perkara (subject search) (12 = 12.5%) [8] kakitangan perpustakaan jahi! tentang maklumat yang dieari (48 = 50%) [9] birokrasi perpustakaan (9 = 9.4%)

    [10] masalah memahami istilah perpustakaan dalam bahasa lnggeris (26 = 27.1%) [11] menapis maklumat yang sesuai daripada yang tidak sesuai (32 = 33.3%)

    [12] ridak ada maklumat (41 = 42.7%) [13] ballan yang dieari sudall dipinjam orang lain (87 = 90.6%) [14] lain-lain (sila nyatakan)

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • SeAilflr Pt!rpu\(a4utlll

    7. Bilakah pencarian maklumat itu dianggap selesai?

    [1 ] setelah berpuas hali dengan maklumat yang dijumpai (72 = 80.2%)

    [2] setelah mendapal maklumal yang dikehendaki pensyarah (67 = 69.8%) [3] setelah mendapal maklumat yang didapati oleh kawan lain (9 = 9.3%) [4] selelah mengetahui lidak ada maklumal lain lagi di perpuslakaan Tun Seri

    Lanang (16 = 16.7%) [5 ] lain-lain (sila nyatakan) (1 = 1%)

    8. Tandakan tahap keyakiuan anda pada tiga peringkat masa yang berlainan

    dalam proses pencarian maklumat anda.

    Peringkal awal Peringkat penengahan Peringkat akhir

    [I ] tidak yak in 72 = 75% 6 = 6.3% 1 = 1% [2 ] lebih yakin 6 = 6.3% 71 = 74% 22 = 22.9% [3 ] amal yakin 1 = 1% 1 = 1% 53 = 55.2%

    9. Sejanb manakah 'mediator' yang berilmt menolong anda dalam usaha mencari?

    Tidak Sedikit Banyak

    menolong menolong menolong

    I. pensyarah 4 = 4.2% 46 = 47.5% 42 = 43.8% 2. pengajar 3 = 3.1% 48 = 50% 38 = 39.6% 3. penyelia 13 = 13.5% 31 = 32.3% 13 = 13.5% 4. kakitangan perpustakaan 25 = 26% 46 = 47.9% 3 = 3_1% 5. kawan sekelas 7 = 7.3% 54 = 56.3% 26 = 27.1% 6. kawan kumpulan 35 = 36.5% 46 = 47.9% 11 = 11.5% 7. lain-lain (sila sebutkan)

    10. Apakah raktor lain yang boleh membantu anda dalam mencari maklumat?

    [I ] kapakaran diri dalam bidang ilmu yang berkenaan (39 = 40.6%) [2] pengalaman menggunakan sistem perpustakaan (termasuk OPAC dan susunan

    rak) (60 = 62.5%) [3] komitmen daripada kakirangan perpusrakaan (13 = 13.5%) [5 ] ketabahan (Iermasuk preseverence) (53 = 55.2%) [6] lain-lain (sila nyatakan) (1 = 1%)

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • Se/ti/tlr PC"PII\tIlI.Utlll

    II. Tandakan jurnal • indeks dan abstraks yang biasa anda gnnakan:

    [I ] Dewan Bahasa (Kuala Lumpur) (77 = 80.2%)

    [2] Dewan Budaya (Kuala Lumpur) (56 = 58.3%)

    [3] Dewan Masyarakal (Kuala Lumpur) (73 = 76%)

    [4] Dewan SaSlera (Kuala Lumpur) (50 =52.1%)

    [5 ] Maslika (Kuala Lumpur) (22 = 22.9%)

    [6] Bijdragen tOl de Taal-, Land- en Volkenkunde (Leiden)

    [7] Journal of Malaysian Branch of Royal Asiatic Society (Kuala Lumpur) (10 = 10.4%)

    [8 ] Archipel (Paris) -

    [9] Sari (Kuala Lumpur) (16 = 16.7%)

    [10] Excepla Indonesica (Leiden) -

    [II] Review ofIndonesian and Malaysian Studies (Sydney) (3 = 3.1%)

    [12] Indonesia Circle (London) -

    [13] Nusa (JakarTa) (4 = 4.2%)

    [14] Journal of Soulheasl Asian Studies (Singapore) (5 = 5.2%)

    [IS] Akademika (Bangi) (18 = 18.8%)

    [16] Index to Periodical Articles relaling lO Singapore, Malaysia, Brunei and Asean (1 = 1%)

    [17] lain-lain (sila nyalakan) (3 = 3.1 %)

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia