peribahasa

27
Ada hati Ada keinginan Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan Air muka Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri Air seni Air kencing, air kecil Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas Akar umbi Akar tunjang Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya Alah membeli menang memakai Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan Ambil langkah Mulai hendak berjalan Mulai bertindak Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka) Ayam tambatan Orang harapan Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan Bagai ayam disambat helang Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa Bagai bulan dipagar bintang Wajah perempuan yang cantik Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil

Transcript of peribahasa

Page 1: peribahasa

Ada hati Ada keinginan 

Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha 

Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan 

Air muka Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri

 Air seni Air kencing, air kecil

 Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas

 Akar umbi Akar tunjang

Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

 Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa

mengalaminya 

Alah membeli menang memakai Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)

 Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan

 Ambil langkah Mulai hendak berjalan

Mulai bertindak 

Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa 

Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa 

Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka) 

Ayam tambatan Orang harapan 

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka 

Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan 

Bagai ayam disambat helang Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa

 Bagai bulan dipagar bintang Wajah perempuan yang cantik

 Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih

  

Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan

 Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat

dicampurkan jadi satu 

Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak 

Bagai menatang minyak yang penuh

Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu 

Page 2: peribahasa

Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu 

Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan

 Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat

 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang    

Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam 

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Baik buruk sama-sama dipikul 

Berat tulang Malas 

Berbalik hati Berubah hati 

Berdiri sama tegak, duduk sama rendah

Sama taraf atau sejajar antara dua pihak  

Beri jalan Memberikan idea Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat

keuntungan 

Berkatalah benar walaupun pahit Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang

 Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus

 Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut

Pengasih dan penyayang 

Berpeluk tubuh Malas berusaha 

Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan 

Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

 Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan

kecemerlangan 

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja

 Bertikam lidah BertengkarBesar hati Bangga, gembira

 Besar pasak daripada tiang Besar belanja daripada pendapatan

 Biar mati anak, jangan mati adat Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang

dipegang terpelihara 

Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba 

Buah fikiran Pendapat 

Cahaya mata Anak Kekasih, buah hati

 Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Page 3: peribahasa

 Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain

Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain 

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan 

Celik computer Arif atau tahu tentang computer 

Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi

 Dapat sama laba, cicir sama rugi Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka

keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

 Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

 Darah panas Pemarah, lekas marah

 Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni

 Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung

Mematuhi peraturan di tempat yang didiami  

Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari

Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan  

Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 

Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah 

Genggam bara biar sampai jadi arang

Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

 Goyang kaki Bersenang-senang

 Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam

 Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu

ditinggalkan 

Hancur hati Sedih, putus asa 

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama 

Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati

Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah 

Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit

Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya) 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya

 Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat

 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri 

Page 4: peribahasa

Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung

Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan 

Ibarat melukut di tepi gantang Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

 Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan

yang bijak 

Jantung hati Orang yang dikasihi 

Jauhari juga mengenal manikam Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

 Jauh berjalan luas pandangan Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali

banyak pengalamannya dan luas pandangannya 

Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak

 Kacang hantu Orang jahat

 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)

 Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya

 Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya 

Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga 

Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya 

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai 

Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan

Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang 

Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni 

Bekerjasama melakukan sesuatu

Kecil hati Berasa tersinggung 

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa 

Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja

Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan 

Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan

Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul 

Lain lubuk lain ikannya 

Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan 

Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak

Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya 

Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan 

Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Page 5: peribahasa

 Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

 Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut 

Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan 

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak 

Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

Mata hati Perasaan hati 

Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea 

Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan 

Membanting tulang Bekerja kerasMembuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri

 Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki 

Baru hendak belajar sesuatu

Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan 

Mencolok mata Menyakitkan pandangan 

Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea 

Mengangkat bendera putih Menyerah kalah 

Menunggu buah yang tak gugur 

Mengharapkan sesuatu yang tak jelas

Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

 Naik darah Menjadi marah

 Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

 Orang mengantuk disorongkan bantal 

Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki

Otak batu Bodoh 

Otak cair Pandai 

Padang jarak padang tekukur 

Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran Cepat marah, sangat pemarah 

Pandai makan pandailah simpan Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia 

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan

 Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap

 Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi teraturPilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan

dan lain-lain 

Pucuk dicita ulam mendatang Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan 

Rezeki kalau secupak tidak akan Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi

Page 6: peribahasa

jadi segantang Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap

 Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

 Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah

Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama

 Sambil menyelam minum air Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut

dilakukan 

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan 

Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong

Sediakan payung sebelum hujan Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik 

Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam 

Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan 

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja

 Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai

 Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

 Sudah terhantuk baru terngadah Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari

kesilapan 

Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah 

Tangan kosong Tidak membawa apa-apa 

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia

Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara

 Tangkai jering Kedekut

 Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

 Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan

kita 

Umpama biawak bercabang lidah Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya 

Umpama lebah membuang sengat

Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang 

Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang 

a. Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya 

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran

Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis

SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 :

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung,

Page 7: peribahasa

bulat manusia kerana muafakat. 

2. Darah dagingMaksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Amin kepada pihak berkuasa.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diriMaksud : Sombong

5. bermuka duaMaksud : Tidak jujur.

6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat . Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini.

12. seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hatiMaksud : Lekas pandai.

Page 8: peribahasa

16. rendah hatiMaksud : Tidak sombong

17. murah hatiMaksud : Pemurah.Sifat murah hati yang diamalkan oleh pelajar itu telah membolehkannya memperoleh gelaran pelajar cemerlang sahsiah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosongMaksud : Hampa.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah daratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.Penduduk kampung terus menderita akibat sikap lintah darat yang diamalkan oleh peniaga-peniaga yang menjual barangan keperluan harian.

2. bagai aur dengan tebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMaksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Page 9: peribahasa

9. kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguakMaksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Page 10: peribahasa

23.sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hatiMaksud : Gembira.

25. anak buahMaksud : Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumahMaksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalangMaksud : HalanganPemuda itu telah menjadi batu penghalang kepada Samsuri untuk mengahwini Mazida kerana beliau juga ada hati kepada wanita itu.

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubukMaksud : Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

MAKSUD PERIBAHASA DAN CONTOH AYAT :

1. Ada air adalah ikan.Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

2. Ada gula adalah semutMaksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.

3. Air dicencang tidak akan putus Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

4. Air pun ada pasang surutnyaMaksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.

Page 11: peribahasa

Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.

5. Air sama air, sampah ke tepi jugaMaksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.

6. Air yang tenang jangan disangka tiada buayaMaksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.

7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganMaksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

8. Alah bisa, tegal biasaMaksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.

9. Alah membeli, menang memakaiMaksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.

10. Alah sabung, menang sorakMaksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.

Page 12: peribahasa

Peribahasa yang Mempunyai Maksud Pertentangan untuk Kegunaan Menulis Karangan

Soalan: Punca kes buli meningkat di sekolah.

Pada pendapat saya, kes buli berlaku di sekolah dan semakin hari semakin leluasa keran kelonggaranan kawalan disiplin di sekolah. Hal ini berlaku demikian kerana peranan pengawas sebagai "polis sekolah" sudah basi dan ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi apabila mereka dikatakan menjalankan tugas secara melepaskan batuk di tangga. Oleh hal yang demikian, pelajar terus bermaharajalela di kawasan sekolah sekali gus menyebabkan kes buli mencatatkan peningkatan bak cendawan tumbuh selepas hujan.

SOALAN: Langkah mengatasi kes buli di sekolah.

Oleh sebab kes buli yang sudah menjadi buah mulut masyarakat yang meniti dari bibir ke bibir, sudah sampai masanya pihak sekolah menjalankan peranan untuk membanterasnya. Hal ini berlaku demikian kerana pihak sekolah harus memegang prinsip genggam bara api, biar sampai jadi abu. Kawalan disiplin yang ketat memang sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil. Oleh sebab itu, badan pengawas dan guru disiplin harus diberi kuasa autoriti untuk menangkap pelajar yang disyaki membuli pelajar yang lain. Jika kerjasama yang utuh antara pihak pentadbir sekolah dengan badan pengawas diimplementasikan, nescaya kita dapat mengurangkan gejala sosial sehingga akar umbinya . Oleh hal yang demikian, usaha ini mestilah dijalankan dengan berpaksikan prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Senarai Peribahasa yang Berlawanan

i) bagai aur dengan tebing berlawanan dengan peribahasa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

ii) usaha tangga kejayaan berlawanan dengan peribahasa malas bergarit, perut perit

iii) alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan berlawanan dengan peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

iv) bersatu kita teguh, bercerai kita roboh berlawanan dengan maksud jong pecah yu kenyang

v) sediakan payung sebelum hujan berlawanan dengan peribahasa nasi sudah menjadi bubur

Page 13: peribahasa

Secara tuntas, saya berharap para pelajar dapat belajar menulis karangan dengan baik. Penulisan karangan yang baik akan membantu pelajar mempertingkatkan markah dalam subjek Bahasa Melayu. Ingatlah wahai pelajarku, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain mestilah menjadi prinsip pelajar dalam mempelajari teknik penulisan.

Page 14: peribahasa

Setiap calon PMR dan SPM digalakkan menggunakan ungkapan yang menarik dalam penulisan karangan. Selain kata, frasa dan ayat yang menarik, penggunaan ungkapan atau peribahasa yang tepat dan sesuai sudah tentu akan disukai oleh pemeriksa. Lihat penggunaan peribahasa yang memaparkan nilai tanggungjawab, kerjasama, dan perpaduan dalam ayat-ayat seperti yang dibawah ini:

1. Tanggungjawab Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau

hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada

dijajah oleh musuh bak kata pepatah, ‘biar putih tulang jangan putih mata’.

Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

Setiap pemuda dan pemudi di negara kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan dan memajukan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan.

Semua rakyat Malaysia mestilah menjaga dan memelihara bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita kerana hilang bahasa, lenyaplah bahasa.

Saya amat kesal dengan segelintir kakitangan syarikat ini ibarat harapkan pagar, pagar makan padi kerana telah mencuri pelbagai barangan yang disimpan di kilang pada minggu lepas.

Saya tidak menyangka kejadian haruan makan anak sering berlaku dalam masyarakat kita kerana sebagai ketua keluarga mereka seharusnya menjaga dan memelihara anak bagai menatang minyak yang penuh.

2. Kerjasama Kita hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani

gejala sosial yang semakin leluasa dalam kalangan remaja. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama-sama didaki ke lurah sama-sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.

Walaupun tugas itu sangat berat, namun jika kita bersama-sama melakukannya pekerjaan tersebut akan menjadi mudah atau ringan kerana berat sama-sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing.

Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama-sama dilapah, hati kuman sama-sama dicecah.

Sebagai penduduk di dalam sesuatu kawasan taman, kita mestikan sentiasa berbincang atau bermuafakat untuk melakukan sesuatu aktiviti atau program kerana muafakat membawa berkat.

Page 15: peribahasa

Perduduk taman itu telah membuat kata sepakat untuk menubuhkan persatuan penduduk taman bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

Penduduk kampung itu mengutamakan perbincangan atau permuafakatan dalam pelbagai perkara kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Sikapnya yang melempar batu sembunyi tangan itu amat dikesali oleh pelbagai pihak kerana dia tidak mengaku perbuatannya yang telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk.

3. Perpaduan Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum mestilah sentiasa

bersatu padu untuk mempertahankan negara daripada diganggu gugat oleh musuh kerana bersatu teguh, bercerai roboh.

Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

Untuk menangani masalah ini, pembeli sewajarnya bersatu kerana cara sedemikian lebih berkesan seperti kata pepatah ‘segenggam lidi sukar dipatahkan berbanding sebatang lidi’.

Kita mestilah sentiasa berhati-hati kerana musuh dalam selimut lebih berbahaya daripada musuh yang berada di depan mata kita.

Pemuda itu seperti musang berbulu ayam kerana kelihatan peramah dan baik orangnya sedangkan dialah yang sebenarnya terlibat dalam pelbagai kes kecuran di kampung ini.

Dalam keadaan negara kita yang tidak stabil ini, banyak yang menjadi duri dalam daging untuk menjatuhkan kerajaan.

Janganlah ada antara kita yang menjadi gunting dalam lipatan untuk mengucarkan-kacirkan perpaduan dalam kalangan ahli persatuan kita ini.

Sebagai ahli parti, kita janganlah menikam dari belakang, sebaliknya segali ketidakpuashatian yang ada hendaklah diluahkan dalam mesyuarakat.

Perhubungan antara kedua-dua orang pemimpin atasan ibarat retak menanti belah kerana mereka sering bertelagah dan berselisih pendapat dalam banyak perkara.

Kita janganlah melakukan sesuatu perkara yang akan menyebabkan perpaduan yang kita bina selama ini hancur kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang yang menyebabkan semua orang disekelilingnya ditimpa kesusahan.

Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita.

Dalam perbualan dan percakapan seharian, kita mestilah berhati-hati mengeluarkan kata-kata kerana terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

Page 16: peribahasa

Kata Yang Hampir Sama Maknanya.Kata Maknanya

1. besar2. lebar3. longgar4. Luas

1. tidak kecil ukurannya2. ukuran lintang sesuatu bidang3. tidak sempit (pakaian)4. tidak sempit, lapang (halaman)

1. basi2. busuk3. hangit4. tengik

1. makanan yang tidak sedap baunya kerana sudah cemar2. buruk atau rosak (buah)3. nasi yang hampir hangus dan berbau4. berbau atau terasa tidak sedap (minyak kelapa yang sudah lama)

1. beku2. kaku3. kejur4. tegang

1. keras kerana sejuk (cecair)2. kejang3. keras dan kaku (tubuh), tegak dan keras (rambut)4. keras dan liat (urat, otot)

1. belah2. hancur3. patah4. retak

1. pecah menjadi dua bahagian2. pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk, remuk, lumat3. hampir putus4. menunjukkan akan pecah

1. bengkok2. bongkok3. condong4. serong

1. tidak lurus2. melengkung, tidak lurus3. senget4. tidak lurus, tidak tepat (letak, potongan sesuatu)

1. empuk2. lemau3. lembik4. lembut

1. lembut dan mudah dikunyah2. tidak garing kerana sudah kena angin (biskut, kuih)3. tidak keras, lembut4. tidak keras, lembuik, mudah dilenturkan

1. gembur2. rangup3. rapuh4. retas

1. tidak keras padat (tanah)2. mudah pecah, rapuh (biskut, keropok)3. mudah patah atau mudah pecah4. terbuka jahitan kerana putus benangnya (pakaian)

1. muncul2. tampil3. terbit4. timbul

1. keluar dengan tiba-tiba2. datang ke depan3. keluar dari tempat yang terlindung4. naik ke atas dari dalam air

1. berbuai2. bergegar3. bergoyang4. berkocak

1. bergerak barbalik-balik, berayun-ayun2. bergerak ke atas ke bawah dengan cepat dan kuat, bergoncang3. bergerak terayun-ayun4. bergoncang (air dalam bekas)

1. berkeliaran2. berhamburan3. berserakan4. bertempiaran

1. bergerak dengan tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat2. keluar bertabur-tabur ke sana ke sini3. tidak tersusun atau tidak kemas4. berlari ke sana ke sini dengan tidak tentu haluan

1. nencolok2. mencucuk3. menjolok4. merodok

1. menusuk atau menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu (kelakuan, pakaian)2. menikam atau menusuk dengan benda tajam3. merodok sesuatu dengan galah supaya gugur4. menusuk, menikam senjata tajam

1. mengambil

2. menyambar3. merampas4. merenggut

1. mengangkat, memungut sesuatu yang ada di bawah, memegang sesuatu lalu      membawa2. melakukan sesuatu seperti menyamun dengan kasar dan cepat3. mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dengan paksa, merebut4. menarik dengan cepat

Page 17: peribahasa

1. mencuit2. meraba3. menyentuh4. menyinggung

1. menyentuh dengan hujung jari2. hendak mencari sesuatu3. melanggar sedikit4. menyentuh dengan siku

1. menanak2. menjerang3. mengukus4. merebus

1. memasak sesuatu dalam periuk (nasi)2. meletakkan cerek di atas api, memasak3. memanaskan sesuatu dengan wap air4. memasak sesuatu dalam air mendidih

1. menatang2. mengelek3. menjinjing4. menjunjung

1. membawa sesuatu di atas tapak tangan2. mengepit sesuatu di rusuk atau di ketiak3. membawa sesuatu dengan tangan yang tehulur ke bawah4. membawa sesuatu di atas kepala

1. memangkas

2. mencencang3. mengerat4. menghiris

1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek, memotong dengan gunting    (rambut)2. memotong sesuatu sehingga halus-halus3. memotong, memenggal, memancung4. memotong, mengerat tipis-tipis

1. memagut2.menggerit3. menggigit4. mengunyah

1. menggigit2. menggigit sedikit-sedikit dengan gigi depan3. memotong dengan gigi4. melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi sebelum menelan

1. mengelap2. menggosok3. menggilap4. menyapu

1. mengeringkan2. menggeserkan sesuatu pada benda lain supaya berkilat, bersih3. menggosok supaya berkilat4. membersihkan sesuatu dengan menggunakan penyapu

1. mencium2. menghirup3. menghisap

4. mengucup

1. menyedut udara dengan hidung untuk mengetahui baunya, menghidu2. menghisap dan menelan benda cair3. menarik minuman, asap rokok dan lain-lain ke dalam mulut atau hidung denan     nafas4. menyentuh dengan bibir.

1. melihat2. meneliti3. mengintai4. menonton

1. memandang, menengok2. memperhatikan dengan bersungguh-sungguh3. melihat dengan bersembunyi-sembunyi untuk mengetahui gerak-geri orang4. menengok sesuatu pertunjukkan

1. menyimbah2. menyiram3. merendam4. merenjis

1. menyiram dengan air sehingga basah2. mencurahkan air pada sesuatu3. menaruh sesuatu di dalam air4. memercik air pada seseorang atau sesuatu

1. menganyam2. memilih3. menenun4. menyulam

1. mengatur / menyusun sesuatu supaya bersilang-silang / berjalin2. memintal tali / berjalin3. membuat kain daripada benang, kapas atau sutera4. menjahit perhiasan pada kain

1. melulur2. meneguk3. menelan4. menghisap

1. menelan bulat-bulat2. menelan sesuatu benda cair3. memasukkan ke dalam perut melalui kerongkong4. menyedut sesuatu ke dalam perut

1. terjelopok2. terperosok3. tersungkut4. terjunam

1. jatuh terduduk2. jatuh ke dalam lubang3. jatuh ke depan serta muka terkena tanah4. jatuh kepala dahulu

1. bolak-balik2. lalu -lalang3. mundar-    mandir4. pindah-

1. pulang dan pergi lagi, ulang-alik2. banyak kali lalu (keluar masuk)3. berjalan pergi balik, berulang-alik

4. selalu bertukar tempat

Page 18: peribahasa

randah

Kata Banyak MaknaKata Maknanya

Akal1. fikiran2. ikhtiar3. muslihat, tipu helah

Alamat

1. tanda2. tempat tinggal3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah,poskod dan        menunjukkan tempat tinggal seseorang.

Barang1. benda2. lebih kurang3. apa-apa saja

Bermuka-muka1. beberapa banyak muka surat.2. berpura-pura atau tidak ikhlas

Bersimpang-siur1. bergerak ke sana ke mari.2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.

Besar

1. tidak kecil.2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.3. penting, berpengaruh, berkuasa4. tugas penting, hajat atau niat.

Cerah

1. terang2. jernih.3. agak putih.4. berseri, tidak muram.5. baik, bahagia.

Cetek1. tidak luas (pengetahuan)2. tidak dalam (air)

Dalam1. tidak cetek2. luas pengalaman

Diam1. tidak bercakap, senyap2. tinggal

Diam-diam1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa.2. tidak berbuat apa-apa

Dingin1. sejuk2. tidak meriah

Faedah1. guna, manfaat.2. bunga, laba, untung

Halaman1. muka surat.2. pekarangan rumah

Halus1. kecil-kecil.2. beradab

Page 19: peribahasa

Hampa1. kecewa2. tidak berisi3. kosong

Hangat1. berita yang masih baru2. panas

Haus1. dahaga2. sangat ingin mendapatkan sesuatu3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakan

Jelas1. terang, nyata2. selesai, beres

Kemas1. teratur2. disiapkan dengan baik3. kuat, teguh, erat.

Kemasukan1. dimasuki oleh sesuatu2. yang behubung dengan perihal masuk

Kepantasan1. kelajuan2. kecekapan

Lapangan1. kawasan yang luas2. jurusan, bidang

Lapang1. luas2. tidak sibuk

Masak1. boleh dipetik dan dimakan2. tidak mentah3. berpengalaman

Menganjurkan1. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan2. mengadakan3. menghulurkan atau memajukan ke depan

Menggosok-gosok 1. menggilap

Menjelaskan1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut2. menyelesaikan hutang

Menjemput1. mengambil2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jari

Melancarkan1. memulakan sesuatu dengan cepat / meluncurkan2. memudahkan / melicinkan sesuatu usaha3. melakukan / mengadakan sesuatu serangan, tindakan

Melepaskan

1. membebaskan / menjadi tidak terikat2. menghilangkan (letih / penat)3. memberikan / menguntukkan4. mengeluarkan / membiarkan keluar (perasaan)

Membuka1. menjadikan tidak bertutup2. menghidupkan sesuatu3. memberikan peluang

Memotong 1. mengerat / memenggal2. mengurangkan sesuatu3. memintas4. mencelah percekapan orang

Page 20: peribahasa

5. menoreh getah

Menyaingi1. mengiringi / menemani2. menandingi / berlawan

Menahan

1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan,        menghentikan.2. melawan / menangkis serangan3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti4. menguatkan diri supaya sanggup menderita

Menelan1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong2. banyak memerlukan3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkan

Menuntut1. mendesak2. mencari ilmu

Pengajaran1. sesuatu yang diajar2. pedoman

Rasa1. rasa dengan lidah2. pendapat, fikiran3. keadaan hati terhadap sesuatu

Serong1. tidak lurus, tidak tepat letaknya2. tidak jujur, curang

Tahan1. tidak mudah rosak2. sanggup menderita3. cukup, memadai

Tajam1. dapat memotong dengan mudah2. cerdik3. keras atau pedas (perkataan, kritik)

Tawar

1. tidak terasa apa-apa2. tidak mujarab, hilang kekuatan3. tidak berkemahuan, tidak bernafas / bersemangat4. meminta dikurangkan harga barangan.

Page 21: peribahasa

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:(a)    kata hubung gabungan,(b)    kata hubung pancangan,(c)    kata hubung berpasangan.

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan 

Contoh Ayat Contohagar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.apabila Mukanya pucat apabila disoal.atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.dan Leela dan Siu Lan berjiran.hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.Jika Saya berpayung jika hujan.Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.kerana  Aini menangis kerana terlalu sedih.lalu       Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.sambil   Zalifah bernyanyi sambil menari. serta Zahid serta abangnya menonton wayang.semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan           Contoh Ayat ContohBaik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong

membersihkan balai raya itu.Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.entah    entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

Page 22: peribahasa

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar Dan hingga lalu ketikaDengan yang tetapi jikaKerana serta kalau kemudiandemikian walhal walau agaratau demi supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan. semasa sementara seharusnya andaikatasemoga seketika sebaliknya sedangkansetelah sesungguhnya walaupun itupunsewaktu seandainya meskipun sekali[unmudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapunpadahal

Contoh ayat

1. menggabungkan dua ayatAzhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.

2. Menggabungkan dua rangkai kataKita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. Menggabungkan ayat-ayatNegara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.