PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ......

31
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL 2016 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 5 APRIL 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Transcript of PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ......

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL 2016

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI

ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

5 APRIL 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

4

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat

bagi bulan April 2016 pada pagi yang

berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Penyelidikan dan Jaminan Kualiti

(PJK) kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan

begitu baik sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

5

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]

3. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada Puan Siti Farah binti Mohd

Ghazali, Pembantu Makmal C17 dari

JKMC Kedah kerana telah dikurniakan

Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 10

Mac 2016 sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Tuanku Sultan Kedah Darul Aman

yang Ke-88 di atas sumbangan beliau

dalam kerja-kerja kemasyarakatan

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

6

yang disumbangkan melalui

Pergerakan Puteri Umno.

[SURAT PENGHARGAAN POLIS : JKMC

KEDAH]

4. Saya juga ingin mengucapkan tahniah

kepada JKMC Kedah yang telah

menerima Surat Penghargaan

daripada Ketua Polis Kedah di atas

perkhidmatan yang diberikan dalam

membantu pihak PDRM menjalankan

siasatan kes yang melibatkan jenayah

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

7

narkotik. Sumbangan dan peranan

JKMC Kedah kepada PDRM Kontinjen

Kedah telah meningkatkan lagi imej

serta persepsi masyarakat terhadap

kualiti perkhidmatan PDRM. Surat

Penghargaan tersebut telah diterima

oleh Pengarah JKMC Kedah semasa

Perbarisan Sempena Memperingati

Hari Polis Ke-209 Tahun 2016 di Ibu

Pejabat Polis Daedah Kota Setar, Alor

Setar, Kedah pada 25 Mac 2016.

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

8

[SIJIL ISMS]

5. Pada 22 Mac 2016, Jabatan Kimia

Malaysia telah dijemput menerima sijil

penghargaan pada Majlis

Penghargaan Cyber Security Malaysia

Tahun 2015. Majlis yang berlangsung

di Hotel Hilton Kuala Lumpur ini telah

disempurnakan oleh YB Datuk Seri

Panglima Madius Tangau, Menteri

Sains Teknologi & Inovasi.

6. Majlis ini telah dihadiri oleh dua orang

wakil Jabatan Kimia Malaysia iaitu

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

9

saya sendiri dan Ketua Unit IT, Encik

Nasir Kunju Bin Karim. Jabatan Kimia

Malaysia telah dianugerahkan sijil

penghargaan 'Information Security

Management System'.

7. Tahniah dan syabas kepada Pengarah

Bahagian PMT, warga Unit IT serta

cawangan Kimia yang terlibat iaitu

JKMC Melaka, Perak dan Kuching

atas penganugerahan tersebut.

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

10

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati

sekalian,

[KES KERACUNAN MAKANAN : PERAK]

1. Sekali lagi Jabatan Kimia Malaysia

telah berjaya membantu pihak

berkuasa Kementerian Kesihatan

Malaysia menyelesaikan kes keracuan

makanan. Kes kali ini berlaku di Batu

Gajah, Perak di mana seramai 37

orang awam, pekerja kilang telah

dimasukkan ke hospital kerana

keracunan makanan yang dicemari

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

11

racun Methomyl, sejenis racun

serangga dari kumpulan Carbamate.

2. Kejadian telah berlaku pada Jumaat, 4

Mac 2016. Sehubungan itu Kimia

Perak telah membuka operasi pada

hari Sabtu dan Ahad untuk

mengenalpasti punca kes keracunan

ini. Hasil kesungguhan kakitangan

makmal Toksikologi dan Pusat

Pestisid Kimia Perak, Methomyl dapat

dikesan dalam beberapa sampel yang

diterima.

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

12

3. Saya ingin mengucapkan tahniah &

terima kasih kepada Pengarah serta

semua warga Kimia Perak yang

terlibat dalam kes ini atas usaha gigih

mereka dapat menyelesaikan kes ini

dengan segera.

Hadirin sekalian,

[PROGRAM KESEDARAN SAINS]

4. Jabatan Kimia Malaysia telah

bergerak aktif dalam program

kesedaran sains di seluruh Malaysia.

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

13

Antaranya, Kimia Ibu Pejabat telah

menghantar seorang pegawai iaitu,

Encik Muhd. Fauzi bin Ghazali,

Pegawai Sains Gred C52 (M), dari

Seksyen Kriminalistik untuk

menyampaikan ceramah berkaitan

bidang forensik sempena Minggu

Sains & Matematik pada 28 Mac - 1

April 2016 di SMK Dangi.

5. Jabatan Kimia Ibu Pejabat melalui

Seksyen Toksikologi juga terlibat

dalam pameran sempena program

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

14

‘International Women’s Day MOSTI’ di

Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

pada 16 Mac yang lepas. Pameran

tersebut melibatkan perkongsian

mengenai analisis produk kecantikan

dan slimming produk untuk wanita

serta analisis nikotin dalam produk

vape.

6. Terima kasih saya ucapkan kepada

semua pihak yang terlibat dalam

program-program tersebut. Seperti

diketahui YB Menteri MOSTI amat

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

15

menggalakkan semua jabatan agar

terlibat secara aktif dalam program

sebegini.

[Karnival Creativity & Science4U 2016]

7. Pada bulan Mac yang lepas juga, saya

perhatikan Cawangan Kimia di

Sarawak terlibat secara aktif dalam

program pameran serta kesedaran

sains di seluruh negeri Sarawak. Yang

pertama adalah Jabatan Kimia

Malaysia, Cawangan Kuching yang

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

16

terlibat dengan Karnival Creativity &

Science4U 2016 yang telah diadakan

pada 4 – 6 Mac 2016 bertempat di

Dewan Suarah Kuching, Sarawak.

Karnival ini merupakan anjuran

Kementerian Sains, Teknologi &

Inovasi (MOSTI). Karnival ini

dianjurkan bagi merangsang kreativiti

dan meningkatkan minat pelajar dalam

bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan

dan Matematik (STEM). Program

tersebut telah dirasmikan oleh Menteri

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

17

Sains, Teknologi & Inovasi, YB Datuk

Seri Panglima Madius Tangau.

8. JKMC Kuching telah dijemput

menyertai pameran dan menganjurkan

pertandingan CSI (Crime Scene

Investigation). Selain itu, JKMC

Kuching juga terlibat dalam membantu

menguruskan majlis perasmian dan

juga pengangkutan para pelajar dari

sekolah ke karnival.

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

18

9. Tahniah kepada Pengarah serta

semua pegawai dan kakitangan JKMC

Kuching atas kerjasama dan usaha

gigih mereka dalam menjayakan

program ini.

[PROGRAM SEJIWA SENADA 2016]

10. Untuk makluman, JKMC Sibu pula

telah terlibat dengan dua (2) siri

Program Sejiwa Senada iaitu:

Stadium Terbuka Kapit (4-6 Mac)

Dataran Pehin Setia Raja, Mukah

(18-20 Mac)

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

19

11. Pameran tersebut mendapat

sambutan dari segenap lapisan

masyarakat. Tujuan utama pameran

adalah antara lainnya bagi

menggalakkan orang awam mencintai

sains serta mengenali peranan

Jabatan Kimia Malaysia dengan lebih

mendalam.

12. Saya ingin sekali lagi merakamkan

penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada Pengarah serta semua

pegawai dan kakitangan JKMC Sibu,

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

20

Sarawak atas komitmen mereka

dalam menjayakan program ini.

Hadirin sekalian,

[PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA]

13. Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan

Bintulu pula telah terlibat dengan

Pameran Pendidikan Kerjaya di

Sekolah Menengah Kebangsaan

Assyakirin pada 9 Mac 2016. Program

ini telah berjaya menarik seramai 200

orang pengunjung.

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

21

14. Terima kasih kepada Pengarah serta

semua warga Kimia Bintulu yang

terlibat dalam program ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati

sekalian,

[MYSTERY SHOPPING]

15. Sepertimana Tuan / Puan sedia

maklum, usaha meningkatkan

penyampaian perkhidmatan secara

berterusan amat penting dalam

memenuhi keperluan dan ekspektasi

pelanggan. Aspek pematuhan waktu

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

22

bekerja di kalangan penjawat awam

merupakan satu perkara yang boleh

menyumbang kepada hasrat ini

terutamanya apabila melibatkan imej

perkhidmatan awam yang sentiasa

dinilai dan diperhatikan oleh rakyat.

16. Jesteru itu, dimaklumkan bahawa

Program Mystery Shopping berkaitan

pematuhan waktu bekerja di Jabatan

Kimia akan dilaksanakan dari semasa

ke semasa sebagaimana yang telah

disarankan dan dilaksanakan oleh

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

23

pihak MAMPU. Sehubungan dengan

itu, Tuan / Puan diingatkan untuk

mematuhi peraturan waktu bekerja

dengan tidak berada di medan selera

awam atau di tempat-tempat yang

tidak dibenarkan semasa waktu

pejabat kecuali dengan kebenaran

pegawai penyelia atas sebab tertentu.

17. Bagi yang tidak menyedarinya, saya

sendiri telah turun padang untuk

memantau isu ini pada 24 Mac 2016

yang lalu.

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

24

18. Tuan-tuan dan puan-puan diingatkan

agar sentiasa berusaha untuk

mematuhi peraturan kerja yang telah

ditetapkan. Saya berharap semua

warga Kimia menunjukkan tahap

disiplin yang tinggi.

Tuan/Puan,

[MAJLIS BERSAMA JABATAN]

19. Pada 2 Mac 2016 yang lalu, suatu

pemilihan barisan MBJ yang baru

telah diadakan. Seramai 14 orang

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

25

kakitangan telah dipilih sebulat suara

bagi menggantikan barisan MBJ yang

lepas.

20. Terima kasih diucapkan pada barisan

MBJ yang lalu atas usaha serta

kerjasama anda selama ini. Selamat

berkhidmat pula diucapkan kepada

barisan MBJ baru dengan harapan

agar MBJ dapat bergerak dengan

lebih aktif lagi sebagai medium

perantara bagi pihak Pekerja dan

pihak Pengurusan.

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

26

[KELAB SUKAN & KEBAJIKAN KIMIA]

21. Seperti semua sedia maklum juga,

pada 31 Mac 2016 yang lepas, telah

diadakan Mesyuarat serta pemilihan

barisan AJK Kelab Sukan dan

Kebajikan Kimia yang baru. Dengan

ini, saya ingin mengambil kesempatan

untuk mengucapkan setinggi

penghargaan kepada barisan AJK

Kelab yang lama atas sumbangan dan

jasa yang telah dicurahkan. Untuk

barisan AJK yang baru, saya ucapkan

syabas dan besar harapan saya agar

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

27

anda semua yang terpilih agar dapat

memikul tanggungjawab dan

menjalankan amanah yang diserahkan

kepada anda dengan sewajarnya.

[ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG]

22. Pada tahun 2015, seramai 103 orang

warga Kimia seluruh Malaysia

menerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang. 46 orang daripadanya

adalah di Ibu Pejabat. Untuk

makluman, majlis rasmi APC akan

Page 28: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

28

diadakan oleh pihak MOSTI pada 12

April 2016 di Hotel Istana, Kuala

Lumpur. Kepada semua penerima

APC, tahniah dan syabas diucapkan

atas kejayaan masing-masing. Saya

percaya anugerah ini merupakan

pengiktirafan atas daya usaha,

dedikasi dan komitmen saudara-

saudari dalam melaksanakan tugas-

tugas yang dipertanggungjawabkan

dengan cemerlang.

Page 29: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

29

23. Saya yakin sebagai penerima APC,

anda mempunyai kelebihan dan

keunikan tertentu yang menarik

perhatian panel pemilihan. Anda perlu

terus berusaha meningkatkan daya

saing dan keupayaan diri melalui

penguasaan ilmu pengetahuan dan

melengkapkan diri dengan pelbagai

kemahiran yang berkaitan. Saya juga

ingin mengingatkan penerima-

penerima APC bahawa anugerah ini

juga membawa tanggungjawab yang

berat iaitu Tuan/Puan harus menunjuk

Page 30: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

30

teladan yang baik dari segi prestasi

dan kelakuan untuk menjadi contoh

kepada semua warga KIMIA Malaysia.

24. Bagi yang tidak menerima APC pada

kali ini, janganlah berkecil hati. Bagi

saya secara peribadi, ramai warga

Kimia yang cemerlang, namun

Jabatan hanya diberikan kuota

sebanyak 8% sahaja untuk anugerah

tersebut.

Page 31: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL … Ucapan KP... · menerima Surat Penghargaan ... penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan

31

[PENUTUP]

25. Sebelum saya mengakhiri ucapan

saya pada kali ini, saya ingin

mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’

serta semoga panjang umur dan

murah rezeki kepada warga Kimia

yang menyambut ulang tahun

kelahiran pada bulan April ini.

Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.