Pergilah Air Mata

245
Hanni Ramsul 1 R IUH-RENDAH suara tetamu tidak mampu membuat dia turut larut di dalam suasana meriah majlis itu. Tiba-tiba bermacam-macam perasaan membalut hatinya. Dalam gembira melihat senyum yang terukir di bibir Sabrina, tidak dapat dinafikan hatinya cemburu. Cemburu melihat wajah bahagia manusia di sebelah gadisnya itu. Semua silapnya. Andainya dia memberi kesempatan pada Sabrina, andainya dia memberi peluang pada Sabrina… andainya dia tidak menghukum Sabrina secara melulu, pasti Sabrina kini menjadi miliknya. Dia pernah memiliki gadis itu, namun dia mensia-siakan peluang yang ada. Dia biarkan gadis itu jauh daripadanya. Tepukan gemuruh tiba-tiba membuat dia tersedar daripada terus melayan perasaan. Sabrina tidak lagi berada di pelamin. Kini gadis itu tersenyum bahagia. Ceria menyertai para jemputan untuk acara memotong kek. Memang wajar senyuman itu menghiasi bibir Sabrina setelah sebegitu banyak kesedihan yang terpaksa diharunginya. prolog

description

Yang mana satu ya? Berapa orang calon yang awak ada? Awak ni kenapa? Nak sakitkan sangat hati saya ni, kenapa? Seronok ya, dapat permainkan perasaan saya? Dapat buat saya nampak macam orang bodoh?http://pergilahairmata.blogspot.com/

Transcript of Pergilah Air Mata

Page 1: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

1

RIUH-RENDAH suara tetamu tidak mampu membuat dia turut larut di dalam suasana meriah

majlis itu. Tiba-tiba bermacam-macam perasaan membalut hatinya. Dalam gembira melihat senyum yang terukir di bibir Sabrina, tidak dapat dinafikan hatinya cemburu. Cemburu melihat wajah bahagia manusia di sebelah gadisnya itu. Semua silapnya. Andainya dia memberi kesempatan pada Sabrina, andainya dia memberi peluang pada Sabrina… andainya dia tidak menghukum Sabrina secara melulu, pasti Sabrina kini menjadi miliknya. Dia pernah memiliki gadis itu, namun dia mensia-siakan peluang yang ada. Dia biarkan gadis itu jauh daripadanya.

Tepukan gemuruh tiba-tiba membuat dia tersedar daripada terus melayan perasaan.

Sabrina tidak lagi berada di pelamin. Kini gadis itu tersenyum bahagia. Ceria menyertai para jemputan untuk acara memotong kek. Memang wajar senyuman itu menghiasi bibir Sabrina setelah sebegitu banyak kesedihan yang terpaksa diharunginya.

prolog

Page 2: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

2

“Aku yang bodoh!”

Dia bermonolog sendiri. Lupa pada persekitarannya.

“I juga silap menilai….”

Dia berpaling….

Page 3: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

3

TERKIAL-KIAL dia membimbit beg pakaian yang bersaiz sederhana besar mengekori

langkah laju lelaki yang mendahuluinya itu. Dalam rasa canggung yang amat sangat, dia terpaksa mengikut lelaki itu. Dia tidak ada pilihan. Kurang jelas di mana silapnya, namun kesilapan itu ternyata membawanya ke dunia asing ini.

Badrul berhenti seketika di hadapan pintu utama banglo yang tersergam indah itu. Tercegat di situ untuk beberapa ketika sebelum berpaling memandang wajah Sabrina.

Menanggapi renungan Badrul yang dingin, membuat Sabrina kecut perut. Sudahnya, dia tunduk memandang kakinya sendiri. Tidak sanggup dia membalas renungan lelaki itu. Renungan yang penuh dengan kebencian. Renungan yang penuh rasa tidak puas hati.

Perlahan-lahan Badrul menolak daun pintu, melangkah masuk dengan perasaan yang berbelah bahagi. Sebenarnya segunung rasa malu menghempap jiwanya saat

bab 1

Page 4: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

4

ini. Malu untuk berdepan dengan ibu dan ayah. Malu dengan apa yang telah menimpanya. Teringatkan peristiwa buruk yang dilaluinya, dia menoleh lagi.

Dengan perasaan yang berbaur, dia merenung tajam ke arah Sabrina yang masih tercegat di luar. Mematung di hujung tangga bersama wajah mendungnya. Seperti biasa, melihat wajah mendung itu, rasa geram pasti meluap-luap di hatinya. “Hey! Masuklah! Apa lagi tercegat kat situ? Nak tunggu aku dukung ke?”

Herdikan itu membuat Sabrina tersentak. Beg pakaian terlepas di tangan. Rasa sebak menyerang jiwanya tiba-tiba. Dengan begitu mudah, air mata bertamu lagi di birai mata lalu mengalir laju membasahi pipinya.

Badrul membuang pandang. Itu ajalah yang dia tahu! Menangis, menangis dan menangis. Naik muak dia melihat air mata itu.

“Oh! Please… aku benci tengok air mata tu. Please la!!!” bentak Badrul geram.

Segera Sabrina mengesat air mata yang membanjiri pipi. Menahan esakan yang mula menghimpit rasa. Melihat wajah Badrul yang mencuka dan menyedari air mata sering menitis di pipi, tiba-tiba dia terasa keseorangan di dunia ini. Ya Allah… kenapa sehebat ini dugaan yang kau berikan padaku? Tertanggungkah aku, Ya Allah? Sabrina mula menghitung nasib.

“Masuk!”

Sekali lagi dia tersentak. Perlahan-lahan dia beranikan diri menentang renungan Badrul yang tetap penuh dengan kebencian. Beginikah caranya dia disambut di rumah besar ini? Bukanlah sambutan meriah yang dia harapkan. Tetapi, janganlah dia dilayan seburuk ini. Walau apa yang

Page 5: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

5

berlaku, dia masih seorang manusia. Menyedari renungan marah Badrul tidak mungkin berubah, dia kembali menundukkan muka.

Perlahan-lahan dia mencapai beg pakaian yang terlucut dari pegangan sebentar tadi. Perlahan-lahan juga dia melangkah masuk ke dalam banglo mewah milik Datuk Hamidi. Mengekori langkah Badrul. Kemudian dia cuma terkebil-kebil melihat Badrul melangkah laju meninggalkannya sendirian tercegat di tengah-tengah ruang tamu yang luas. Tiada sesiapa di situ. Apa yang patut dia lakukan di sini? Ke manakah harus dia aturkan langkah di dalam rumah yang teramat asing padanya ini? Di mana semua orang? Benci benar penghuni rumah ini padaku, hati Sabrina berdetik sendu. Padahal apa yang berlaku bukan salahnya.

Bibir matanya kembali terasa panas. Hiba dengan layanan keluarga kaya itu. Kehadirannya di situ seolah-olah tidak dialu-alukan langsung. Ingin sahaja dia pergi dari situ. Tetapi kakinya sudah terikat. Akad yang baru Badrul lafazkan tadi, telah merantai langkahnya. Dia sudah terikat dengan ikatan perkahwinan. Sama ada dia suka atau tidak, dia kini isteri Badrul. Seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali.

Air mata yang menitis disapu perlahan. Cuma itulah yang mampu dia lakukan sejak seminggu lalu. Menangis, menangis dan terus menangis.

“Sabrina. Kenapa tercegat kat situ?”

Suara itu membuat Sabrina sedikit tersentak. Ada orang rupa-rupanya. Pipinya yang basah, disapu segera. Datuk Hamidi tercegat di hadapannya. Dia cuba mengukir senyum, namun gagal. Wajah serius Datuk Hamidi cukup menakutkan. Segarit senyum pun tiada di wajah itu. Serius. Menakutkan!

Page 6: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

6

“Datuk….” Sabrina bersuara gugup. Serba salah. Dalam enggan, dia menghulurkan tangan. Tidak mahu dianggap biadab sebenarnya. Dan tidak pula dia sangka, Datuk Hamidi sudi menyambut huluran tangannya.

Tangan Datuk Hamidi dikucup perlahan. Walau lelaki itu suka atau tidak, dia kini sudah menjadi menantunya. Dia pula sama ada suka atau tidak, perlu menghormati Datuk Hamidi sebagai mertuanya.

“Duduklah.”

Sabrina mematung. Matanya menatap wajah Datuk Hamidi. Tidak menjangka Datuk Hamidi akan melayannya sebaik ini.

Melihat wajah Sabrina yang jelas kelihatan serba salah, Datuk Hamidi mengukir senyum.

Sabrina turut tersenyum. Membalas senyuman bapa mertuanya dengan sekuntum senyuman yang cukup hambar. Hatinya sedikit lega melihat senyuman Datuk Hamidi. Sekurang-kurangnya masih ada insan yang sudi melayannya seperti manusia.

Perlahan-lahan lelaki itu melabuhkan punggung ke sofa. “Duduk, Sabrina.”

Bicara Datuk Hamidi kedengaran seperti arahan.

Sabrina mengangguk. Dia melabuhkan punggung di hadapan lelaki separuh abad itu setelah lelaki itu tersandar selesa di sofa. “Terima kasih, Datuk.”

Datuk Hamidi tersenyum nipis. Wajah Sabrina ditatap agak lama. Jelas kelihatan mata Sabrina yang bengkak. Pasti terlalu banyak menangis. Wajah itu nampak cukup sugul. Langsung tiada seri pengantin. Mana datang serinya kalau semua yang berlaku cuma dalam sekelip mata.

Page 7: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

7

Dia mengeluh perlahan. Arang yang terconteng di muka, rasanya masih berbekas. Malu sungguh dia dengan tingkah anak sendiri. Siapa yang harus dipersalahkan? Badrul atau Sabrina? Sudahnya, dia mengambil keputusan, abaikan siapa yang salah dan siapa yang betul. Jalan paling selamat baginya, satukan pasangan itu sebelum lebih banyak cerita tidak enak diproses dek telinganya nanti. Pasti sakit telinganya mendengar alunan irama sumbang tentang berita Badrul nanti.

“Sabrina dah menikah dengan Badrul. Bermakna sekarang ni, Sabrina dah jadi menantu saya. Panggil saya abah….”

Walau payah untuk dia akui semua itu, kenyataan yang ada di hadapan mata tidak boleh dia pertikaikan. Badrul sudah selamat melafazkan akadnya dan ini bermakna Sabrina adalah menantunya. Dan orang yang bertanggungjawab memberi arahan itu adalah dirinya sendiri.

Sabrina mendongak. Bagai tidak percaya mendengar kata-kata yang baru keluar dari bibir Datuk Hamidi. Bermimpikah dia? Ternyata masih ada insan yang sudi menerimanya di sini. “Datuk tak marahkan saya?”

“Marah abah takkan dapat mengubah apa yang dah berlaku.” Datuk Hamidi memberi jawapan yang cukup tegas.

Sabrina tunduk lagi. Dalam sekali maksud kata-kata yang meniti di bibir Datuk Hamidi. Namun dia gagal menebak erti sebenarnya.

“Badrul mana?”

Sabrina menggeleng. Manalah dia tahu. Masuk sahaja ke rumah ini, Badrul terus menghilangkan diri. Meninggalkannya terpacak sendirian di tengah-tengah ruang tamu.

Perlahan-lahan mindanya kembali berfungsi. Baru

Page 8: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

8

dia sedar, tindakannya yang tidak membantah saat Datuk Hamidi mengarahkan agar dia dan Badrul dikahwinkan, adalah satu kesilapan. Tetapi dia memang tidak mampu berbuat apa-apa saat itu. Dia benar-benar keseorangan. Dia benar-benar takut. Dia benar-benar bingung dengan apa yang berlaku. Ditambah pula dengan rasa terkejut yang amat sangat serta rasa malu yang tidak bertepi, dia benar-benar menjadi manusia bisu. Dia tidak mampu bersuara walaupun untuk membela dirinya sendiri. Dia betul-betul menjadi manusia yang amat lemah.

Saat itu Sabrina cuma terbayangkan wajah Ikmal dan Maria. Namun, hingga ke akhirnya Maria dan Ikmal tidak muncul di hadapannya. Tidak tahu apa puncanya. Mungkin Ikmal dan Maria marah padanya. Marah kerana sekelip mata dia menjadi seorang perempuan yang tiada maruah.

“Abah minta maaf. Abah tak dapat hadir majlis akad nikah tadi. Ada emergency. Tapi, Pak Cik Syuib ada, kan?”

Kata-kata yang terlafaz dari bibir Datuk Hamidi, sekali lagi membuat Sabrina terkejut. Begitu baik layanan Datuk Hamidi. Ikhlaskah lelaki ini menerimanya sebagai menantu? Lama dia menatap wajah tenang itu. Tenang, namun penuh dengan ketegasan.

Sabrina mengukir senyum sambil mengangguk perlahan, menjawab pertanyaan Datuk Hamidi. Padahal dia sendiri tidak pasti yang mana satu Pak Cik Syuib yang Datuk Hamidi maksudkan. Majlis akad nikahnya di masjid sebentar tadi cuma dihadiri oleh beberapa orang yang langsung tidak dia kenalinya. Barangkali teman rapat keluarga Badrul. Barangkali saudara-mara Badrul. Sungguh. Dia tidak tahu.

“Jamilah!” Tiba-tiba Datuk Hamidi memanggil seseorang.

Page 9: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

9

“Ya, Datuk. Ada apa?”

Muncul seorang wanita pertengahan tiga puluhan. Mungkin pembantu rumah besar itu.

Dia cuba mengukirkan senyuman untuk wanita itu. Namun wanita yang dipanggil Jamilah itu cuma membuang pandang. Senyumnya dibiarkan sepi. Langsung tidak berbalas.

Datuk Hamidi menoleh. “Tolong panggilkan Badrul. Cakap dengan dia, saya ada hal nak bincang dengan dia.”

“Baik, Datuk. Errr… itu pun Encik Badrul, Datuk.”

Badrul yang sedang melangkah longlai, berhenti tatkala mendengar namanya disebut.

Sabrina turut memandang ke arah lelaki itu.

Badrul sudah berganti pakaian. Baju Melayu yang melekat di badan sebentar tadi, sudah berganti dengan kemeja T dan seluar jean.

“Bad, ke mari. Abah nak cakap sikit.”

Dengan wajah mencuka, Badrul melangkah mendekati bapa dan isterinya.

“Duduk.”

Badrul menurut. Perlahan-lahan dia melabuhkan pungung ke sofa. Sempat berlaga pandangan dengan Sabrina. Namun jelingannya yang tajam membuat Sabrina tertunduk lagi.

“Saya pergi dulu, Datuk.” Jamilah bersuara sambil melangkah mahu meninggalkan kumpulan manusia yang kelihatan serba canggung itu.

“Tunggu! Tolong simpan beg pakaian Sabrina ni.”

“Tak apa, Datuk. Tak payah susah-susah, kak. Nanti saya bawa sendiri.” Sabrina bersuara.

Page 10: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

10

Jamilah kelihatan serba salah.

“Bawa beg pakaian dia!” Tegas suara Datuk Hamidi, terus mengunci mulut Sabrina.

Jamilah menggaru-garu kepala.

“Ke mana, Datuk?” soal Jamilah lambat-lambat. Tidak tahu ke mana harus dibawa beg pakaian itu.

Datuk Hamidi merenung tajam wajah pembantu rumahnya itu. “Ke mana lagi, bilik suami dialah!”

“No way! Dah kurang bilik ke kat rumah ni, abah? I’m not going to share my room with this woman. No! Never!” bantah Badrul dengan suara sedikit tinggi. Tidak berpuas hati dengan keputusan bapanya.

Sabrina semakin menunduk. Pedih! Hatinya terhiris lagi mendengar kata-kata Badrul. Sedaya upaya dia menahan air mata supaya jangan menitis lagi.

Jamilah pula terkedu bersama beg pakaian Sabrina di tangannya. Sekarang, arahan siapa yang perlu dia ikut? Empunya banglo atau empunya bilik?

“Bawa beg tu ke bilik Badrul!” Datuk Hamidi bersuara tanpa mempedulikan kata-kata Badrul.

Jamilah akur. Terus melangkah laju meninggalkan ruang tamu.

“Abah…”

“Diam!” Datuk Hamidi bersuara sebelum sempat Badrul menghabiskan bicaranya.

Badrul terdiam. Tidak berani melawan walaupun ada rasa tidak puas hati yang bersarang di jiwa. Dan, semua rasa tidak puas hati itu berpunca daripada Sabrina!

“Sabrina.”

Page 11: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

11

Sabrina mengangkat muka. Memandang wajah bapa mertuanya, menanti kata-kata yang bakal diluahkan.

“Sabrina dah jadi sebahagian daripada keluarga ni. Kamu akan tinggal kat sini. Buatlah seperti rumah kamu sendiri. Cuma satu yang abah minta, jaga maruah sebagai isteri Badrul.”

Sabrina diam. Apa maksud kata-kata Datuk Hamidi?

“Well… Sabrina… Badrul… abah tak tahu apa yang berlaku antara kamu sebelum ni. Tapi, bila perkara macam ni dah berlaku, kita dah tak boleh nak buat apa-apa lagi. Nasi dah jadi bubur. Nak menyesal pun dah tak ada gunanya. Kamu berdua pun dah menikah. Cuma satu yang abah minta, Sabrina… sebagai menantu, kamu bertanggungjawab menjaga maruah keluarga ni. Jangan sampai terconteng arang sekali lagi di wajah abah dan mama. Abah harap kamu faham. Dan, kamu juga Badrul.”

Sabrina bungkam. Bicara Datuk Hamidi seakan meletakkan segala kesalahan di bahunya seorang. Ini tidak adil. “Saya tak bersalah dalam hal ni, Datuk.”

Akhirnya Sabrina bersuara membela diri. Akhirnya keberanian itu muncul juga. Namun rasanya sudah sedikit terlewat.

“Kau tak salah? Kalau kau tak salah, siapa yang salah? Aku? Kau nak cakap aku yang salah? Siapa yang masuk bilik siapa? Kau yang masuk bilik aku, tapi, aku yang salah? Macam tu?” Cepat-cepat Badrul membalas kata-kata Sabrina dengan nada marah. Memang marahnya pada Sabrina masih belum hilang. Rasanya memang tidak akan hilang. Kerana gadis itu, hidupnya berubah dalam sekelip mata. Statusnya turut berubah tiba-tiba. Tiba-tiba dia terpaksa menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenalinya.

Page 12: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

12

“Saya tak cakap awak salah. Tapi, betul… ni bukan salah saya. Ini satu salah faham!”

Badrul tergelak sinis. “Salah faham? Sekarang baru kau nak cakap semua ni salah faham? Kenapa tak cakap sebelum kita dinikahkan? Apa sebenarnya rancangan kau, hah?”

Herdikan Badrul membuatkan Sabrina tersentak. Walau cuba ditahan, kali ini air matanya tetap mengalir lagi.

Melihat air mata itu, Badrul membuang pandang. Menyampah!

“Sudah! Cukup! Jangan nak salahkan satu sama lain. Benda dah jadi. Apa yang berlaku, jadikan pengajaran. Kita hidup sebagai orang Islam, ada batasan dalam perlakuan. Bila dah melampaui batasan yang ditetapkan, nilah akibatnya. Sekarang ni, apa yang lebih penting, Badrul… cuba jadi seorang suami yang baik. Sabrina, cuba jadi seorang isteri dan menantu yang baik. Itu aja yang abah harapkan.”

Sabrina menahan nafas. Ternyata Datuk Hamidi pun sama dengan yang lain. Menganggap dia yang bersalah di dalam hal ini. Rasanya adalah satu perbuatan yang sia-sia untuk dia menceritakan tentang kebenaran pada insan-insan yang tidak mahu mempercayainya. Nampaknya dia terpaksa menanggung rasa malu ini buat selama-lamanya. Sekelip mata dia berubah menjadi wanita yang tidak bermaruah di mata semua orang. Bagaimana cara untuk dia bersihkan kembali namanya yang sudah tercemar ini? Dia buntu. Dan, sedihnya menerima tuduhan di atas perkara yang tidak dia lakukan itu. Menyakitkan!

“Bad, bawa Sabrina masuk. Barangkali dia nak berehat. And, please… jangan bergaduh. Kamu berdua kena bertanggungjawab atas perbuatan masing-masing.”

Page 13: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

13

“It wasn’t me, abah. Saya tak tahu-menahu semua ni. Saya tak tahu macam mana perempuan ni boleh berada dalam bilik saya.”

“Dia isteri kamu sekarang. Ingat tu! Sudah. Abah tak nak dengar apa-apa lagi. Bawa dia masuk.” Mudah saja jawapan yang meluncur dari bibir Datuk Hamidi.

Badrul mengeluh keras.

Datuk Hamidi mengangkat punggung. Bergerak meninggalkan Badrul dan Sabrina.

Sekali lagi Badrul menghadiahkan satu jelingan benci buat Sabrina.

Sabrina tunduk merenung lantai.

“Kak Milah! Kak Milah! Ke sini kejap!” Badrul bersuara. Agak keras suaranya. Sengaja ingin melampiaskan rasa geram yang terbuku di hati.

Terkocoh-kocoh Jamilah datang setelah namanya dipanggil bertalu. “Ada apa, Encik Badrul?”

“Bawa perempuan ni ke bilik saya!” Badrul memberi arahan dengan suara dingin.

Sabrina angkat muka. Perempuan ni? Sungguh hatinya tergores dengan bahasa Badrul. Tidak pernah dia menerima layanan seburuk ini. Tidak pernah dia dilayan serendah ini. Air mata yang laju mengalir, dibiarkan saja.

“Baik, encik.” Jamilah menjawab sambil menganggukkan kepala.

Badrul berlalu tanpa banyak bicara.

“Jomlah. Sebab awak, tak pasal-pasal saya kena tengking. Tak pernah orang dalam rumah ni bercakap kasar macam tu pada saya tau!” Jamilah mula membebel dengan wajah yang kelat.

Page 14: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

14

Sabrina angkat punggung. Malas untuk bersuara. Nampaknya semua orang di dalam rumah ini memang tidak senang dengan kehadirannya. Kepalanya mula berfikir kemungkinan demi kemungkinan yang meresahkan. Bagaimana dia hendak menyesuaikan diri di tengah-tengah kebencian penghuni banglo ini?

Page 15: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

15

BADRUL menolak pinggan. Seleranya hilang entah ke mana.

Datin Hamidah memandang nasi di pinggan anaknya yang cuma sedikit sahaja berusik. Kemudian dia memandang pula wajah anak tunggalnya yang masam mencuka. Sejak pulang dari Cherating, wajah itu tidak pernah manis. Wajah kelat itu membuat hatinya sedikit risau.

“Kenapa sikit sangat makan tu?” soalnya lembut.

Badrul tersenyum tawar. “Saya tak lapar, mama.”

Datin Hamidah menggeleng perlahan. Bertambah risau dengan keadaan Badrul. Terlalu banyak perubahan anaknya itu. “Mama tengok kebelakangan ni, sikit sangat kamu makan. Makanlah… nanti sakit.”

“Tak ada selera.” Pendek jawapan yang meluncur keluar dari bibir Badrul.

Jawapan yang membuat Datin Hamidah mengeluh panjang.

bab 2

Page 16: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

16

“Sabrina dah makan? Kenapa tak ajak dia sekali?” Datuk Hamidi bersuara tiba-tiba, membuat muncung Badrul semakin panjang dan suapan Datin Hamidah terhenti tiba-tiba.

“Abah, boleh tak jangan sebut nama budak tu depan mama? Menyampah mama dengar. Nasib baik dia tak ada. Kalau tak, dengan mama sekali hilang selera makan tau!”

“Tak baik cakap macam tu. Apa pun, dia sekarang dah jadi menantu kita. Dah dekat seminggu dia kat sini, tak pernah sekali pun nampak dia turun makan dengan kita. Kamu pun Bad, sepatutnya cuba berbaik-baik. Jangan buat Sabrina tu rasa terasing dalam rumah ni.”

Badrul membuang pandang. Geram pula dia mendengar kata-kata nasihat itu. Bagaimana mungkin dia boleh berbaik dengan Sabrina. Melihat wajah itu pun, bencinya membuak-buak. Geramnya tidak pernah bertepi. Marahnya juga menjadi semakin marak.

“Pergi panggil dia turun makan!”

“Amboi… puteri raja ke perempuan tu? Sampai nak makan kena berjemput segala?” Sedikit lantang suara Datin Hamidah. Geram melihat layanan suaminya pada menantu yang langsung tidak dikenalinya itu. Manusia asing yang tiba-tiba muncul dengan status menantu. Sakit hatinya setiap kali teringatkan insiden memalukan yang membawa seorang perempuan bernama Sabrina ke dalam rumahnya ini.

“Apa dia buat kat atas tu, Bad?” Datuk Hamidi bertanya lagi. Soalan sinis isterinya dibiarkan sepi.

“Apa lagi? Termenunglah! Lepas termenung, menangis. Lepas menangis, termenung. Bosan Bad tengok. Menyampah! Dah tak ada kerja lain agaknya!”

Datuk Hamidi menggeleng perlahan. Sama lancang

Page 17: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

17

bicara isteri dan anaknya itu. “Cuba kamu selidik, kenapa dia jadi macam tu?”

“Saya malaslah abah. Kalau ikutkan hati, memang saya takkan kahwin dengan dia. Nak naik mahkamah pun saya tak kisah. Nak kena bayar denda pun saya tak kisah. Sebab saya tahu, saya memang tak bersalah langsung. Tapi, abah beria-ia paksa kami kahwin. Abah yang nak sangat perempuan yang tak tahu datang dari ceruk mana tu jadi menantu abah!”

“Senang aja kamu cakap, ya? Kamu ingat abah suka dengan semua ni? Abah tak suka langsung! Cuma, abah tak nak perkara macam ni berpanjangan. Banyak yang tak elok daripada yang elok. Elok-elok tak ada sesiapa yang tahu, nanti satu Malaysia boleh tahu. Kalau dah terpampang kat surat khabar, masa tu mana kamu nak sorok muka kamu tu? Kalau kamu tak tahu malu, ni… muka abah dengan mama macam mana? Nak letak kat mana muka kami ni? Ada kamu fikir semua tu?”

Badrul tunduk. Diam. Tidak mahu membalas kata-kata itu. Bimbang hanya akan membangkitkan amarah bapanya. Tidak elok untuk kesihatan bapanya. Perlahan-lahan Badrul angkat punggung.

“Nak ke mana tu?”

Badrul mengeluh perlahan, memandang wajah Datuk Hamidi. “Ke depan.”

“Pergi ajak Sabrina makan dulu. Lama-lama tak makan, sakit pula budak tu nanti!” Tegas arahan yang keluar dari bibir Datuk Hamidi.

Badrul mengeluh keras.

“Abah ni… biarkanlah budak tu. Nak manjakan sangat buat apa? Nanti dipijaknya kepala kita. Kalau dia lapar,

Page 18: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

18

pandailah dia cari sendiri. Tak payah nak pujuk-pujuk, nak suruh-suruh!” Datin Hamidah menyampuk.

“Betul cakap mama tu.”

“Abah kata pergi, pergilah!”

Badrul membuang pandang. Dengan muka mencuka, dia bergerak meninggalkan ruang makan.

“Peliklah abah ni. Kenapa nak bela sangat perempuan tu?”

Datuk Hamidi memadang wajah isterinya. Muncung pun sudah sama panjang dengan muncung Badrul. “Suka atau tak, dia sekarang dah jadi menantu kita, mama….”

“Mama memang tak akan suka dia, abah. Kita tak kenal langsung siapa dia tu. Siapa keluarganya, asal usul keturunannya, niatnya. Semuanya buat mama takut. Abah tahu tak?”

“Nak takutkan apa?”

“Yalah… manalah tahu… entah-entah dia sengaja perangkap anak kita tu. Orang zaman sekarang, macam-macam akalnya kalau nak hidup mewah. Nakkan harta orang. Tapi, yang paling mama takut, keturunannya abah. Kita tak tahu langsung! Takkan kita nak menantu daripada keturunan yang tak baik? Minta dijauhkan!”

Datuk Hamidi mengeluh perlahan. “Cuba jangan fikir yang buruk-buruk.”

“Kalau dah kena tangkap basah, memang dah tak ada yang baiknya. Orang baik-baik takkan masuk dalam bilik lelaki yang bukan muhrimnya, senang-senang macam tu saja.”

“Abah tak nak tuduh Sabrina aja. Mungkin anak kita pun salah juga. Apa pun, sekarang ni semuanya dah

Page 19: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

19

berlaku. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Sabrina pun dah menikah dengan Badrul. Kita terimalah semua ni seadanya. Abah tengok, Sabrina tu pun macam budak baik.”

Datin Hamidah mencebik. Sudu dan garpu diletakkan di atas pinggan. Selera makannya hilang sudah.

“Budak baik tak masuk bilik lelaki sesuka hati abah oiii!” Datin Hamidah bersuara geram sambil angkat punggung.

“Nak ke mana pula tu?”

“Tiba-tiba mama kenyang bila asyik bercakap pasal menantu abah tu!”

“Midah… kita ni orang tua. Sepatutnya biarlah kita yang bertindak mengikut akal. Kalau dah awak ikut perasaan… Badrul pun ikut perasaan… apa akan jadi pada dia nanti? Mama sepatutnya pujuk Badrul supaya terima kenyataan. Terima tanggungjawab. Bukan api-apikan dia macam ni!”

“Bila masa pula mama api-apikan Badrul?”

“Mama sokong semua perbuatan dia. Mama yakan semua tindakan dia. Itu sebabnya dia jadi macam tu!”

“Mama buat macam tu, sebab mama pun tak boleh terima perempuan tu jadi menantu mama. Mama tak suka langsung!”

Datuk Hamidi mengeluh perlahan. Susah bercakap dengan orang degil. Sudahnya, pinggannya turut ditolak ke tepi. Emosi turut sama membantutkan seleranya. “Jamilah!”

“Ya, Datuk! Ada apa?”

Datuk Hamidi menoleh ke arah Jamilah yang sudah tercegat di belakangnya. “Kemaskan!”

“Baik, Datuk.”

Page 20: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

20

Datuk Hamidi angkat punggung. “Dan, satu lagi… tolong hantar makanan untuk Sabrina.”

Jamilah mengangguk laju.

Datuk Hamidi bergerak meninggalkan meja makan.

“Errr… Datuk.”

Datuk Hamidi menoleh.

“Nak hantar ke bilik Encik Badrul ke?” Teragak-agak soalan itu meniti di bibir Jamilah.

“Dah tu, nak hantar ke mana lagi?”

Jamilah menggaru kepala.

“Kenapa? Ada masalah ke?”

Jamilah tersenyum kelat.

“Jangan mengada-ada bawa masuk makanan ke dalam bilik saya. Saya tak suka. Kalau dia nak makan, turun ke bawah. Bukan kat sini!”

Amaran Badrul bagai melekat di telinganya. Ngeri melihat wajah Badrul yang merah menyala menahan marah.

“Jamilah?”

Jamilah tersentak.

“Awak ada masalah ke dengan arahan saya tu?”

“Tak. Tak ada Datuk. Nanti saya hantar makanan untuk Puan Sabrina.”

Datuk Hamidi mengangguk perlahan sambil berlalu.

AIR MATA yang hampir kering di pipi disapu lagi. Hiba di hatinya bagai tidak mahu berlalu pergi. Bertalu-talu soalan

Page 21: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

21

yang sama menghimpit dirinya. Mengapa mesti dia? Mengapa semua ini mesti berlaku padanya? Hampir seminggu dia berada di sini. Semuanya serba tidak kena padanya. Teringatkan perkahwinannya, dia jadi sayu. Teringatkan Badrul, dia jadi kecut. Teringatkan Ikmal dan Maria, dia jadi hiba. Rasa pedih mendengar kata-kata Ikmal juga masih belum hilang menghiris hatinya.

“Dah lama Ina sembunyikan semua ni daripada abang, ya?”

“Ina tak tahu apa-apa, bang. Abang datanglah… tolong Ina. Ina tak salah bang….”

“Untuk apa abang ke sana? Tengok Ina kahwin dengan lelaki tu? Sampai hati Ina….”

“Ina takut. Ina takut, bang. Tolonglah Ina. Ina tak nak lalui semua ni!”

“Sekarang baru Ina nak takut? Masa Ina duduk dalam bilik dengan lelaki tu, Ina tak takut? Dah lama Ina buat kerja macam ni, ya?”

“Abang… janganlah cakap macam tu. Sumpah! Ina tak kenal dia. Ina tak tahu macam mana dia boleh ada kat dalam bilik tu.”

“Entahlah, Ina… hancur hati abang bila Ina buat macam ni. Ina curang pada abang. Apa salah abang pada Ina? Kurang lagi ke kasih sayang yang abang beri pada Ina?”

“Tak. Ina sayang abang. Ina tak pernah curang pada abang. Abang datanglah tolong Ina. Ina takut bang. Ina sorang-sorang kat sini.”

“Kekasih Inakan ada. Anak Datuk, kan? Jauh lebih baik daripada abang. Patutlah sanggup ikut sampai ke bilik.”

Perlahan-lahan dia pejamkan mata. Pedihnya kata-

Page 22: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

22

kata Ikmal. Rayuannya langsung tidak berbekas di hati lelaki itu. Sehingga dia diijabkabulkan, Ikmal langsung tidak muncul. Ikmal tidak percaya padanya. Ikmal sama saja dengan manusia di sekelilingnya sekarang. Maria juga tidak muncul pada saat dia amat memerlukan seorang teman di sisi. Dia betul-betul keseorangan. Bagaimana dia akan menempuh segala ranjau ini sendirian? Kuatkah dia?

“Bila kau nak berhenti menangis, ya?”

Sabrina tersentak. Air mata yang kembali bertamu, diseka segera.

“Maaf. Saya tak sengaja….” Gugup suaranya sambil menunduk. Tidak berani angkat muka. Wajah berang Badrul sering membuat hatinya kecut.

“Kenapa tak turun makan?”

Soalan Badrul yang dingin menyentuh gegendang telinganya. Perlahan-lahan dia beranikan diri mengangkat muka, menatap wajah Badrul yang tidak berperasaan. “Saya tak lapar….”

“Lapar ke, tak lapar ke… kalau dah waktu makan, turun makan. Aku penat dengar abah aku menceceh pasal kau. So, lepas ni, please… jangan kusutkan lagi kepala otak aku yang memang dah kusut ni. Aku tak ada masa nak dengar abah bising pasal kau… pasal aku. Betul-betul tak ada masa!”

“Saya minta maaf. Saya tak berniat nak menyusahkan awak.”

“Tak payah minta maaf. Maaf kau tu tak boleh ubah apa-apa pun!”

Sabrina bergerak meninggalkan jendela. Melangkah perlahan mendekati Badrul. Memerhati Badrul yang sedang bersiap.

Page 23: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

23

“Awak….” Perlahan dia bersuara.

Badrul yang leka menyikat rambut, berpaling. “Kenapa?”

“Saya… saya nak cakap sikit, boleh?”

“Aku ada hal. Nak keluar!”

“Tapi….”

“Aku ada hal. Lagipun aku tak boleh duduk dalam bilik ni lama-lama. Panas!” Badrul bersuara sedikit keras.

Sabrina diam seketika. Namun dia perlu bersuara juga. “Saya cuma nak…”

Badrul berpaling. Menatap tajam wajah Sabrina, membuatkan Sabrina terus kelu. “Kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap, aku tak ada masa. Lagipun aku memang tak ada perasaan nak bercakap dengan kau. Tak ada perasaan. Kau tahu tak?”

Sabrina tertunduk mendengar bicara itu. Sekali lagi hatinya dihiris pedih. Hinanya dia di mata Badrul.

“Kalau benda yang kau nak cakap tu penting sangat, tulis. Letak kat meja aku. Nanti aku baca.”

Sabrina angkat muka. Sampai begitu sekali layanan Badrul padanya? Bercakap dengannya pun Badrul tidak sudi. Perlahan-lahan dia duduk di birai katil.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar.

“Siapa?” Agak lantang Badrul bertanya.

“Saya, Encik Badrul.”

“Masuk!”

Pintu terbuka.

Serentak Badrul dan Sabrina memandang ke arah pintu.

Page 24: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

24

“Saya minta maaf Encik Badrul. Saya tahu Encik Badrul tak bagi, tapi, Datuk yang suruh.” Cepat-cepat Jamilah membuat penjelasan sebelum sempat Badrul membuka mulut.

Badrul membuang pandang. Malas dia hendak bercakap banyak. Pantas dia mencapai kunci kereta dan bergerak meninggalkan Jamilah yang termangu-mangu memegang dulang di muka pintu.

Sabrina juga terkebil-kebil memandang Badrul yang berlalu begitu sahaja. Seketika kemudian dia mengalihkan pandangan pada Jamilah. Serba salah berdepan dengan Jamilah.

“Kenapa Kak Milah bawa makanan ke sini? Kan Encik Badrul dah marah semalam.” Sabrina bersuara risau.

“Kalau ikutkan saya, memang saya tak nak hantar pun. Datuk yang suruh.”

Sinis sungguh kata-kata yang meniti di bibir Jamilah.

Sabrina diam. Dia tahu, Jamilah juga tidak pernah senang dengan kewujudannya di sini.

Jamilah melangkah masuk. Perlahan-lahan meletakkan dulang di atas meja kecil yang tersedia di sebelah sofa.

“Kak Milah….”

Jamilah menoleh.

“Saya minta maaf. Saya dah menyusahkan Kak Milah.”

“Tahu tak apa!” Cukup selamba Jamilah membalas.

Sabrina terdiam lagi. Sungguh. Kelu lidahnya untuk terus berdepan dengan kelancangan mulut penghuni

Page 25: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

25

banglo ini. “Kak Milah marah saya ke? Sebab saya, Kak Milah selalu kena marah.”

“Dah nasib orang gaji, nak buat macam mana? Terima ajalah!” Sekali lagi Jamilah bersuara dengan nada yang cukup sinis.

Jamilah menyindirnya. Sabrina cukup tahu itu. “Saya betul-betul minta maaf, Kak Milah.”

“Hmmm….”

Sabrina memandang wajah Jamilah yang kelat.

“Makanlah. Saya tengok dah seminggu awak tak makan. Nanti kalau sakit, susah.”

Sabrina tersenyum kecil. “Nanti saya makan. Terima kasih, Kak Milah.”

“Hmmm… kalau dah sudah, panggil saya. Saya kemaskan semua.”

“Tak apalah. Nanti saya sendiri akan hantar ke dapur.” Sabrina bersuara.

Jamilah mengeluh pendek. “Suka hatilah!”

Sabrina tidak menjawab lagi. Cuma memandang Jamilah melangkah keluar dari biliknya. Sebaik Jamilah pergi, dia mengeluh panjang. Memerhati sekeliling bilik yang besar itu. Terasing sendirian di dunia yang tidak pernah menjadi impiannya. Perlahan-lahan dia angkat punggung dan bergerak ke meja kerja Badrul. Dia duduk seketika di kerusi sambil melihat meja yang tersusun kemas. Hampir seminggu dia cuba bercakap dengan Badrul, namun lelaki itu langsung tidak memberinya peluang. Sekarang, perlu berinteraksi menggunakan pen dan kertas pula. Entah sampai bila dia sanggup melalui semua ini.

Perlahan-lahan dia mencapai pen sambil mencari

Page 26: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

26

kertas. Ingin menulis nota untuk suaminya seperti yang dicadangkan.

Tatkala menulis, terlintas di kepala, bagaimana pula Badrul akan membalas setiap notanya nanti. Akan berutus suratkah mereka di dalam bilik itu?

Sekali lagi dia mengeluh lemah. Nota yang sudah siap ditulis, diselitkan di bawah bekas pen. Dia kemudian bergerak semula ke jendela. Menyambung menungannya. Melayan perasaannya.

Page 27: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

27

“INA tak tahu apa-apa, bang. Abang datanglah. Tolonglah Ina… Ina tak salah….”

“Ina takut. Ina takut, bang. Tolonglah Ina. Ina tak nak lalui semua ni!”

“Tak. Ina sayang abang. Ina tak pernah curang pada abang. Abang datanglah tolong Ina. Ina takut bang. Ina sorang-sorang kat sini.”

Hiba di hati mendengar rintihan itu. Terlalu hiba. Saat itu terbayang di matanya esakan Sabrina yang tidak berhenti. Terbayang di matanya pipi Sabrina yang lencun dengan air mata. Simpatinya membukit. Mana pernah dia membiarkan walau setitis pun air mata gadis itu gugur. Dia terlalu sayangkan gadis manja yang amat sensitif itu. Dia sanggup lakukan apa saja untuk menghapuskan air mata yang membasahi pipi Sabrina. Apa saja!

Dia selalu menjadi orang pertama yang akan hadir di sisi Sabrina setiap kali hati gadis itu dilanda rawan. Menjadi orang pertama yang datang memujuk. Tetapi, itu

bab 3

Page 28: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

28

dulu. Entah kenapa, kali ini hatinya menjadi sekeras batu. Walau segunung simpati yang bertandang, hatinya berat untuk memujuk. Walau selaut hiba yang datang, tiada kocak sendu datang memujuk amarahnya.

Dia tersenyum sinis. Bagaimana mungkin dia bisa memujuk Sabrina, padahal hatinya sendiri remuk diperlakukan gadis itu. Sampai hati Sabrina. Teringatkan apa yang berlaku pada Sabrina, cepat sahaja simpatinya bertukar menjadi benci. Cepat juga simpatinya bertukar menjadi marah.

Ketukan di pintu membuat dia tersentak. Cepat-cepat dia berpaling.

Maria muncul bersama senyum yang mekar di bibir. “Sorry! Lambat sikit. Ada discussion dengan bos.”

Ikmal tersenyum tawar. Perlahan dia menjongket bahu, isyarat dia tidak kisah menunggu lama.

Maria melangkah longlai ke mejanya. Melabuhkan punggung sambil memandang wajah Ikmal yang kelihatan teramat sugul. “Lama kau tunggu aku?”

Ikmal memandang jam di pergelangan tangan. “Lima belas minit.”

“Sorry ya. Biasalah… kalau jadi bidan terjun ni. Banyak benda yang nak kena review. Banyak benda yang nak kena refer semula. So, nak lunch kat mana?”

Ikmal tersenyum hambar sambil menjongket bahu. Bukannya dia berselera untuk menyentuh makanan pun saat ini. Dia ke sini pun sebab rindukan Sabrina. Ingin melihat ruang kerja yang menjadi tempat gadis kesayangannya itu. Ingin merasai kehadiran Sabrina di situ.

Ikmal memandang wajah Maria. Dahulu, di kerusi

Page 29: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

29

itu, dia akan nampak senyum manja Sabrina. Dia akan nampak celoteh riang Sabrina. Kini, kerusi itu berganti tuan. Maria yang menggantikan tempat gadis kesayangannya itu.

“Mal.…”

Ikmal tersentak lagi. Sekali lagi dia dibawa jauh dek ingatannya pada Sabrina. Pada kekasih hati yang sudah bergelar isteri orang. Pada kekasih hati yang tega meletakkan nama lelaki lain di sebelah namanya. Menyediakan satu ruang untuk lelaki lain di hatinya.

“Lupakanlah, Mal….”

Ikmal tersenyum pahit. Mudahnya bibir Maria berkata-kata. Namun, hatinya tidak semudah itu untuk memadam nama Sabrina. Fikirannya tidak semudah itu untuk membuang kenangan bersama Sabrina. Walau sesakit mana keperitan yang Sabrina hadiahkan kepadanya, di hatinya masih terukir nama itu.

“Bukan aku tak cuba, Mar… tapi, susah sangat. Aku sayang sangat pada dia. Tapi, dia… sanggup dia buat macam ni kat aku!” ujarnya lirih.

“Aku faham perasaan kau, Mal. Tapi, kau tak boleh berterusan begini. Sampai bila kau nak bersedih macam ni?”

Ikmal mengeluh panjang. “Kau tak faham, Mar. Tujuh tahun aku dengan dia. Tujuh tahun. Macam mana aku nak lupakan semua kenangan selama tujuh tahun tu?”

Maria mengeluh perlahan. “Kau jangan lupa Mal. Kalau tujuh tahun dia jadi kekasih kau, bermakna tujuh tahun juga dia jadi kawan aku. Kau ingat aku tak sedih bila benda macam ni berlaku?”

Ikmal diam sambil otaknya mencerna kata-kata Maria. Ya, kata-kata Maria itu ada benarnya. Mereka memang

Page 30: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

30

kenal sejak masing-masing menjejakkan kaki di menara gading.

Sambil bersandar, Ikmal memandang wajah Maria. Wajah itu dikenalinya lebih lama daripada dia mengenali Sabrina. Mereka bersahabat sejak dari bangku sekolah lagi.

“Macam manalah dia sekarang? Aku risau kalau-kalau dia tak dapat nak hadapi semua ni sendirian. Ina tu lemah semangat orangnya. Lagipun dia tu jenis yang cepat mengalah.” Ikmal bersuara tiba-tiba.

Ikmal membetulkan duduknya. Mengenangkan Sabrina, hatinya gundah. Mengingati Sabrina, jiwanya resah. Sabrina tidak kuat melawan dugaan. Gadis itu terlalu mudah berserah, lebih senang membiarkan diri larut dalam tangisan. Pasti Sabrina hanya akan membiarkan air mata yang bertamu di bibir mata. Dia terlalu kenal Sabrina. Tunjang yang memberi gadis itu kekuatan, cuma dia dan Maria. Tanpa dia dan Maria, bagaimana Sabrina akan menghadapi segala-galanya sendirian? Dia di dunia ini pun, cuma sendirian. Sabrina tidak mempunyai sesiapa untuk menjadi dahan tempat dia berpaut.

“Nak risau apa?” balas Maria perlahan.

Ikmal membisu lagi. Betul juga, apa yang hendak dia risaukan?

“Dia ada telefon kau?” Meniti satu soalan yang terlalu kontra dengan apa yang dibicarakan oleh hatinya. Dia tetap risau.

Maria menggeleng.

“Sebelum dia nikah, dia ada telefon kau?” soal Ikmal lagi. Satu soalan yang amat menyakitkan untuk diajukan.

Page 31: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

31

“Sekali. Tapi, masa tu aku kat kampung. Tak boleh nak cakap lama masa tu.”

“Kau rasa betul ke cakap dia?”

“Maksud kau?”

“Ina cakap dia tak bersalah. Dia tak kenal lelaki tu.”

Maria tunduk seketika sebelum perlahan mengangkat muka.

“Mungkin dia benar….” Ikmal bersuara lagi. Namun nadanya cukup perlahan.

Maria tersenyum kelat. “Benar atau tidak, dah tak ada apa-apa makna, kan? Dia dah kahwin dengan lelaki tu. Dia dah jadi milik orang, Mal. Dah jadi isteri orang. Kalau dia tak cakap bohong, kenapa dia sanggup kahwin dengan lelaki tu?”

Ikmal mengeluh hiba. Sayu setiap kali memikirkan kenyataan itu. Punah segala angan indah untuk mencipta hari persandingan yang paling istimewa bersama gadis kesayangannya itu. “Mungkin aku patut jumpa dia hari tu.”

Maria menatap wajah Ikmal. “Untuk apa?”

“Mungkin aku patut dengar penjelasan Ina. Kalau dia tak salah, macam mana?”

“Ikmal, wake up! Okey… semua benda dah berlaku. Tak guna kau nak menyesal atau rasa bersalah. Apa yang berlaku bukan salah kau. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.”

Ikmal diam. Tunduk seketika. “I miss her. I miss her so much….”

Perlahan dia merintih dalam tunduknya. Seminggu lalu, ego membuang segala simpatinya pada Sabrina. Namun, hari ini dia kalah. Dia kalah pada perasaannya sendiri.

Page 32: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

32

Ternyata bukan mudah untuk dia melupakan Sabrina. Ternyata dia terlalu merindui seraut wajah Sabrina. Dia rindukan segala-galanya tentang Sabrina.

“Ikmal…”

“Aku tak boleh hidup tanpa Ina, Mar. Aku sayang sangat pada dia. Aku terlalu cintakan dia….”

“Aku yakin kau boleh, Mal. Ini semua bukan pengakhir hidup kau. Kita sama-sama keliru dengan apa yang berlaku. Aku sendiri macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Aku macam tak percaya Ina boleh buat benda macam tu.”

“Maksud kau? Memang dia bersalah? Memang Ina kenal lelaki tu? Memang dia berdua-duaan dengan lelaki tu?”

Maria mengeluh perlahan. Perlahan juga dia menjongket bahu. “Aku tak tahu. Tak tahu sama ada nak percaya atau tak pada ceritanya. Cuma aku hairan, macam mana dia cakap dia tak tahu apa-apa? Dia berada dalam bilik lelaki tu. Lepas tu dia cakap dia tak tahu apa-apa. Macam tak masuk akal. Apa yang dia buat dalam bilik lelaki tu sebenarnya?”

Ikmal terdiam lagi. Soalan Maria bagai minyak yang menyemarakkan api kemarahannya. Rasa simpatinya hilang tiba-tiba. Dia membuang pandang. Sakit hati membayangkan Sabrina bersama lelaki lain selain daripada dirinya.

“Apa pendapat kau?” soal Maria sambil menatap wajah Ikmal.

Ikmal mengeluh lagi. Perlahan dia angkat punggung dan mundar-mandir di hadapan Maria. “Aku buntu. Buntu sangat-sangat. Kalau macam ni, aku boleh jadi gila, Mar! Gila!!!”

Page 33: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

33

“Sebab tu aku suruh kau jangan ikut perasaan.”

“Sekejap aku kasihan pada dia, Mar. Aku tak sampai hati dengar dia menangis. Aku tak sanggup biarkan dia sedih. Sekejap aku rasa geram sangat. Benci sangat apabila aku ingat perbuatan dia pada aku. Aku dah tak sanggup nak lalui semua ni, Mar. Aku tak kuat. Aku nak lupakan dia, Mar. Tapi, tak boleh….”

Maria terpaku seketika. Tergamam melihat air mata yang mengalir di pipi Ikmal. Perlahan dia bergerak menghampiri Ikmal. Menyentuh bahu lelaki itu perlahan.

Ikmal tunduk sambil menyeka air mata dengan hujung jari telunjuknya.

“Be calm… duduk dulu.”

Ikmal menggeleng perlahan.

“I can’t, Mar. Aku tak boleh lupakan dia. Tolong aku, Mar….” Ikmal bersuara sebak.

Maria memandang resah. “Kau cakap Ina yang tak kuat, yang lemah… tapi, kenapa sekarang kau pun dah jadi selemah Ina?”

“Aku tak kuat tanpa dia, Mar.”

“Sampai bila? Sampai bila kau nak macam ni? Melayan perasaan kau yang tak menentu ni? Sekejap kau benci dia, sekejap lagi kau kasihankan dia. Kau tak boleh macam ni. Semua ni... akan menyakitkan kau, Mal. Aku tak sampai hati tengok kau buat diri kau macam ni.”

Ikmal bungkam di kerusi. Dia melurut rambutnya perlahan-lahan. Kalaulah dia mampu membuang sejauhnya rasa ngilu yang menusuk hatinya saat ini. Kalaulah dia boleh membuang jauh-jauh kenangan Sabrina yang mengganggu setiap hela nafasnya….

Page 34: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

34

DENGAN malas, Badrul melonggarkan tali lehernya. Penat. Matanya sekali lagi

memandang sekeliling. Bilik itu kosong. Sabrina tiada di situ. Dia menghela nafas panjang. Bagus juga. Ada sedikit ruang untuk dia bersendiri. Kadang-kadang rimas rasanya, setiap kali pulang dari pejabat, disuakan dengan wajah murung Sabrina. Perlahan dia melabuhkan punggung di kerusi. Bersandar seketika. Cukup untuk melegakan rasa letih yang bergayut di tubuhnya. Sejak beberapa hari ini, Sabrina seolah-olah mengerti apa yang bermain di hatinya. Sabrina melarikan diri sebaik dia tiba di rumah. Sabrina seakan-akan tahu dia tidak pernah mahu melihatnya.

Sambil menggeliat, matanya tertancap pada sehelai kertas yang terselit di bawah bekas pen. Pantas tangannya mencapai cebisan kertas tersebut.

Saya nak minta izin keluar. Saya nak ambil barang di rumah sewa saya.

bab 4

Page 35: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

35

Badrul diam seketika. Perlahan-lahan mindanya mula memproses permintaan Sabrina. Rumah sewa? Di mana rumah sewa gadis itu? Langsung dia tidak tahu. Selain daripada Sabrina Shahzan, nama penuh isterinya itu, memang Badrul tidak tahu apa-apa lagi tentang Sabrina. Nama itu pun terpaksa dia hafal untuk dilafazkan di hadapan kadi. Sesungguhnya dia tidak kenal langsung siapa Sabrina Shahzan yang kini terpaksa berkongsi bilik dengannya.

Dia mengeluh panjang. Bangkit dari kerusi sambil bergerak ke jendela. Dari jauh dia melihat Sabrina melayan menungnya di halaman rumah. Termenung sambil menongkat dagu. Kadang-kadang terdetik rasa aneh apabila melihat Sabrina. Pelik. Misteri. Apa sebenarnya yang sedang bermain di hati gadis itu? Apa sebenarnya agenda tersembunyi yang membawa gadis itu ke caletnya lebih tiga minggu yang lalu? Apa sebenarnya yang Sabrina inginkan daripadanya? Siapa sebenarnya Sabrina?

Matanya lari pada coretan nota Sabrina yang masih dipegangnya. Melihat kertas itu, tanpa sedar, senyum menguntum di bibir. Tidak menyangka Sabrina mengikut sahaja saranannya di dalam marah tempoh hari. Saranan itu bukanlah satu saranan yang serius. Rasa marah yang membuak mendesak dia berbicara tanpa berfikir. Dan, Sabrina menurut sahaja apa yang dia ungkapkan. Semenjak hari itu juga, Sabrina langsung tidak bercakap dengannya. Sebaik bertentang mata, cepat-cepat gadis itu menghilangkan diri. Dia harus berterima kasih untuk itu sebenarnya. Lapang rasa dadanya tanpa gangguan daripada Sabrina. Tidak sangka pula, Sabrina boleh bertukar menjadi seorang isteri yang sangat memahami. Isteri? Dia tergelak sinis.

Sekali lagi pandangannya dihalakan ke arah Sabrina. Sabrina tidak lagi bersendirian. Ibunya tercegat di

Page 36: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

36

hadapan gadis itu. Berbicara sesuatu. Dia terus memandang wajah Sabrina yang terkebil-kebil mendengar. Jelas wajah itu bertukar mendung tiba-tiba. Pasti ibunya menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati. Ibunya berlalu pergi, dan dia melihat Sabrina menyeka pipi. Pasti gadis itu menangis lagi. Dia menggeleng perlahan. Barangkali menangis merupakan salah satu hobi gadis itu.

“Tak habis-habis dengan menangis…” rungutnya tanpa sedar.

“Apa dia Encik Badrul?”

Badrul tersentak. Segera dia berpaling.

“Apa Kak Milah buat kat sini? Tiba-tiba terpacak kat belakang saya!” katanya sedikit keras. Geram dengan kehadiran Jamilah secara tiba-tiba itu.

“Errr… akak dah ketuk pintu. Encik Badrul tak dengar. Pintu pula terbuka, jadi akak masuklah.”

Badrul merengus perlahan. “Ada apa?”

“Hmmm… Datin tanya, Encik Badrul nak minum petang kat bawah ke kat dalam bilik?”

“Bila masa pula saya suka makan kat dalam bilik? Itu pun nak kena tanya saya ke? Dah berapa lama Kak Milah kerja kat sini, sampai apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka pun, Kak Milah masih tak tahu?”

“Tak adalah... Datin yang suruh tanya. Manalah tahu kalau-kalau Encik Badrul tak nak Puan Sabrina ganggu encik.”

“Kak Milah…”

“Bukan akak yang cakap, Datin yang cakap. Akak cuma sampaikan aja.” Cepat-cepat Jamilah menyampuk. Memang itu bukan ayatnya. Datin Hamidah yang

Page 37: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

37

mengeluarkan kata-kata itu. Dia cuma mengulangi kata-kata majikannya sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Badrul tersenyum lucu.

Melihat senyuman itu, Jamilah sedikit lega. Lamanya dia tidak melihat senyuman di bibir lelaki itu. Semenjak berkahwin dengan Sabrina, Badrul seperti sudah lupa bagaimana untuk tersenyum. Kasihan dia melihat majikannya itu.

“Saya nak mandi dulu. Nanti saya turun. Tak payah bawa makanan ke sini. Kak Milah pun tahu saya tak suka, kan?”

Jamilah mengangguk.

“Tak suka apa?”

Badrul memandang ke arah pintu.

Datin Hamidah tercegat di situ.

Jamilah cepat-cepat bergerak keluar dari ruangan itu.

Badrul kambali berpaling ke arah jendela. Menyambung pandang ke arah Sabrina.

“Tak suka apa?” Sekali lagi ibunya bertanya.

“Tak ada apa-apa, mama.”

Datin Hamidah bergerak menghampiri Badrul. Berdiri di sebelah Badrul, matanya sekali lagi disuakan dengan wajah yang mengundang rasa sakit hatinya. Dia mengeluh keras. Geram melihat Sabrina yang sedang termenung. “Sejak bila kamu mula mengintai ni?”

“Mengintai? Mengintai apa mama?”

“Bukan ke kamu tengah curi pandang bini kamu tu!”

Page 38: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

38

Badrul tergelak. Melencong sungguh tekaan ibunya. Tiada masa untuk dia mengintai Sabrina. “Tak ada maknanya saya nak mengendap dia!”

“Dah tu, apa kamu buat kat sini?”

Badrul berpaling. Memandang wajah ibunya yang memuncung. “Apa mama cakap dengan dia tadi? Lepas mama pergi, saya tengok dia menangis.”

“Hai… dah cair ke tengok air mata perempuan!”

“Tak adalah… saya tanya aja.”

“Mama tanya apa yang dia nak daripada kamu. Tu aja!”

Badrul tersenyum nipis. “Apa dia cakap?”

“Dia diam aje. Memang saja nak mencabar kesabaran mama. Kurang ajar!”

“Biarkanlah dia, mama.”

Datin Hamidah mendengus kasar. “Kertas apa tu?”

“Hah?”

“Kat tangan kamu tu. Kertas apa?”

Badrul melihat kertas di tangannya. “Oh… nota. Sabrina yang bagi.”

“Nota? Nota apa?”

Badrul tidak menjawab. Kertas itu disuakan pada Datin Hamidah.

“Pergi ambil barang?”

“Haah.”

“Hai… kenapa sampai nak kena tulis pulak. Dah tak ada mulut nak bertanya? Nak bercakap? Budak ni memang kurang ajarlah! Geramnya mama dapat menantu macam ni!”

Page 39: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

39

Badrul tergelak kecil. Dalam resah, ada rasa lucu melihat wajah ibunya yang merah menyala.

“Bukan salah dia, mama. Saya yang terlepas cakap hari tu. Tak sangka pula dia boleh ikut aja cakap saya!”

Datin Hamidah mencebik. “Dah mula menangkan dia, nampak? Takkan Bad dah suka kat perempuan tu kut?”

“Tak adalah mama… saya cakap benda betul.”

“Hmmm… benda betul konon. Kamu tahu ke kat mana rumah sewa dia? Nampaknya macam nak pindah terus aja. Tak malu! Dah tahu semua orang kat rumah ni tak suka dia, terhegeh-hegeh nak usung barang ke sini buat apa? Mama lagi suka kalau dia cepat-cepat keluar dari rumah ni!”

Badrul diam. Dia juga lebih suka kalau Sabrina memilih untuk keluar dari sini.

“Bad! Dengar tak mama tanya ni?”

“Apa?”

“Kamu tahu ke kat mana rumah sewa dia?”

Badrul menggeleng.

“Tak tahu? Dah tu kamu nak lepaskan dia pergi?”

“Yalah... takkan nak halang pulak!”

“Jangan nak mengada-ada. Mama tak setuju!”

Badrul kerutkan kening. Pelik mendengar kata-kata ibunya. “Kenapa mama?”

“Betul ke dia nak pergi ambil barang? Entah-entah pergi jumpa jantan, tak? Mana tahu kalau-kalau dia nak jumpa kekasih dia. Kalau terjadi apa-apa, macam mana? Kamu nak abah malu sekali lagi? Mau masuk ICU kami berdua nanti.”

Badrul terdiam. Berfikir sejenak.

Page 40: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

40

“Takkanlah macam tu kut, mama. Insya-Allah tak ada apa-apalah!”

“Yalah tu… dalam tak ada apa-apalah, tup-tup kamu kena tangkap basah. Susah mama nak percaya perempuan tu.”

“Dah tu? Macam mana?”

“Tak payah nak pergi ambil apa-apa. Barang apa yang dia ada? Apa, anak mama dah tak ada duit ke nak beli barang untuk isteri? Beli aja yang baru. Habis cerita!”

“Sayang betul mama kat menantu ya? Sampai tak bagi keluar rumah,” sakat Badrul tiba-tiba, membuat wajah Datin Hamidah kembali bertukar warna.

“Itu bukan menantu. Itu hantu! Sebab dia hantu, kita kena rantai dia kat dalam rumah. Jangan bagi lepas keluar,” bebel Datin Hamidah marah.

Badrul tergelak halus. Datin Hamidah kalau marah… “Tak baik mama cakap macam tu.”

“Dah tu, apa kamu berdua buat tu… baik?”

“Mama ni… kan saya dah cakap, kami tak buat apa-apa. Saya tak kenal dialah, mama!” Badrul bersuara. Gelaknya hilang tiba-tiba. Soalan paku buah keras itu, tiba-tiba menghilangkan moodnya.

“Sebab tak kenal dialah, kita kena berhati-hati. Entah-entah dia ada niat jahat kat keluarga kita. Tak pun nak mengikis harta kita.”

“Hmmm… jangan mimpilah. Mama ingat saya ni bodoh ke, nak bagi dia semua tu?”

“Sekarang memanglah kamu tak bodoh. Tapi, mama risau kalau-kalau suatu hari nanti, dia berjaya perbodohkan kamu. Itu yang mama bimbangkan tu!”

Page 41: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

41

“Don’t worry, mama….”

Datin Hamidah diam. Matanya sekali lagi ditebarkan ke halaman. Sabrina sudah tiada di situ.

“Ingat tu. Jangan biarkan dia keluar sorang-sorang. Kurung aja dia kat rumah ni. Mama tak nak nanti timbul pula masalah baru.”

“Tahulah saya nak buat macam mana. Mama jangan risaulah.”

“Yalah….”

Badrul tersenyum tawar sambil memerhati setiap langkah yang diatur oleh Datin Hamidah. Perlahan-lahan wanita separuh abad itu melangkah keluar dari biliknya. Dia pula dengan perlahan-lahan menutup jendela biliknya yang terbuka.

WAJAH Ikmal di skrin telefon bimbitnya ditatap lagi. Rindunya pada lelaki itu bagai tidak dapat ditahan-tahan. Betapa dia terlalu mengharapkan lelaki itu datang padanya. Memujuknya seperti selalu. Mendendangkan cerita-cerita lucu untuk dia buang jauh kesedihan hati. Tetapi, Ikmal tidak muncul. Barangkali lelaki itu tidak akan muncul lagi. Segala-galanya kini cuma tinggal kenangan. Kenapa perlu begini berakhirnya cinta dia dan Ikmal?

“Awak siapa?” soalnya hairan. Sepatutnya ruang ini kosong sebab Maria keluar berjumpa temannya. Pintu memang sengaja tidak berkunci. Maria sudah jelaskan. Memandangkan dia sudah hampir sampai, pintu tidak dikunci, sementara kunci yang ada, Maria pegang. Alasannya tidak mahu mengganggu seandainya dia terpaksa pulang

Page 42: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

42

lewat. Itulah yang Maria ucapkan menerusi telefon. Dan sekarang? Siapa lelaki ini?

“Apa awak buat kat dalam bilik ni?”

Sabrina terkedu. Segera dia berpaling muka. Segan melihat lelaki di hadapannya yang hanya bertuala. Kepalanya ligat berfikir. Dia yakin inilah nombor bilik yang Maria berikan kepadanya. Hatinya digaru resah. Perlahan-lahan dia menggaru kepala yang tidak gatal. Atau dia tersilap dengar?

“Helo! Saya bercakap dengan awak ni, awak buat apa kat dalam bilik saya ni?”

Sabrina berpaling sekali lagi. Cepat-cepat dia tunduk melihat lelaki itu masih tidak berbaju. Sekali lagi dia mengangkat muka, tubuh lelaki itu sudah pun dibaluti T-shirt.

“Bilik awak?”

“Yalah. Takkan bilik awak pulak? Cepat keluar!”

“Tapi….” Kata-kata Sabrina terhenti apabila pintu bilik diketuk tiba-tiba. Dalam keliru, dia saling berpandangan dengan lelaki yang masih tercegat di hadapannya. Dengan langkah yang sedikit tergesa-gesa, lelaki itu melangkah ke pintu.

Beg di tangan terlepas tiba-tiba. Hampir pitam melihat empat orang lelaki berkopiah tercegat di muka pintu. Terasa gelap dunianya. Tanpa perlu mendengar apa yang dibicarakan oleh lelaki-lelaki itu, dia sudah tahu apa yang berlaku. Ujian apakah ini? Saat itu, dia teringatkan Maria. Di mana Maria? Maria tersilap beri nombor bilik atau dia yang tersilap dengar? Ya Allah! Tidak sanggup dia lalui saat yang memalukan ini!

Ketukan yang agak kuat di meja membuatkan dia

Page 43: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

43

hampir terloncat dari kerusi. Peristiwa hitam yang mengganggu fikiran hilang tiba-tiba. Dia mengangkat muka. Badrul tercegat di hadapannya. Dia memandang kosong. Hairan dengan kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba. Ada lagikah perbuatannya yang kurang senang di mata lelaki itu? Dia cuba untuk tidak menyusahkannya. Bibirnya bergerak ingin bertanya. Tetapi mengingatkan kata-kata Badrul tempoh hari, dia lebih suka berdiam diri. Sudahnya dia tunduk.

“Apa kau buat kat sini?”

Sabrina mengangkat muka. “Tak buat apa-apa. Kenapa? Awak nak duduk kat sini ke? Kalau macam tu, saya masuk. Saya minta maaf!”

Cepat-cepat Sabrina angkat punggung. Sangkanya berada di sini, dia tidak akan mengganggu Badrul. Rupa-rupanya dia silap. Kepalanya ligat mencari ceruk untuk dia sorokkan wajahnya daripada penghuni banglo besar itu. Susahnya apabila diri dibenci orang.

“Menangis lagi?”

Sabrina bungkam.

“Saya tak tahu awak ada dekat-dekat sini. Saya ingat awak dalam bilik. Saya minta maaf!” Sekali Sabrina memohon maaf. Sudah acap kali kali Badrul memarahinya. Sudah berpuluh kali juga lelaki itu memberi amaran keras kepadanya.

“Tolong jangan menangis depan aku. Aku tak suka nak tengok!”

Mana mungkin dia dapat lupakan dua baris ayat itu. Tetapi, kali ini bukan salahnya. Badrul yang muncul tiba-tiba. Sudah hampir seminggu dia tenang menghabiskan waktunya di sini. Lewat tengah malam barulah dia bergerak ke bilik. Itu

Page 44: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

44

pun setelah yakin yang Badrul telah lena diulit mimpi. Dia faham perasaan Badrul. Badrul tidak suka melihatnya.

“Saya masuk dulu!”

“Duduk!”

Langkah Sabrina terhenti. Dia berpaling sambil menatap wajah Badrul dengan pandangan hairan. “Saya ke?”

Badrul bersandar pada kerusi sambil matanya memandang sekeliling. “Kau ada nampak orang lain kat sini?”

Sabrina diam. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di hadapan Badrul sambil tunduk menunggu bicara.

“Mana kau tinggal?”

Sabrina mengangkat muka. Sedikit terpinga-pinga mendengar soalan itu.

“Saya, maksud awak?”

“Rumah sewa kau kat mana?”

Perlahan-lahan Sabrina memahami maksud soalan Badrul. Pasti Badrul sudah baca notanya. Hampir seminggu nota itu terletak di atas meja. Baru sekarang rupa-rupanya lelaki itu baca notanya. “Subang.”

“So, kau orang sini?”

“Saya tinggal kat Subang. Menyewa dengan kawan. Dah jadi macam ni, saya rasa elok saya ambil barang-barang saya kat sana. Awak benarkan saya pergi?”

“Rumah kekasih kau ke?”

Sabrina kerutkan kening. Apa jenis soalan yang lelaki ini ajukan? Sungguh dia tidak senang dengan soalan itu.

Page 45: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

45

“Kawanlah. Kenapa awak tanya macam tu?”

Badrul tidak menjawab. Cuma memandang wajah Sabrina yang jelas tidak senang dengan pertanyaannya itu.

“Boleh saya pergi?” Sekali lagi Sabrina bertanya. Bukan senang untuk cari saat-saat begini. Saat lelaki itu sudi ringankan mulut menyapanya.

“Tak payah ambil. Beli aja yang baru.”

“Tapi…”

“Full stop!” potong Badrul.

“Takkan saya nak tinggalkan semua barang saya kat sana? Menyusahkan kawan saya nanti....”

“Kau ni memang jenis yang suka menyusahkan orang pun. Beli aja yang baru. Beritahu kawan kau, kalau tak boleh simpan, buang semua barang kau tu.”

Sabrina terkebil-kebil. Melampaunya arahan. Ingat sampah ke? Hatinya digaru sedikit rasa geram.

“Saya kena pergi juga,” balasnya dalam takut.

Badrul menoleh. Merenung tajam wajah Sabrina.

Sabrina tertunduk. Kecut melihat renungan garang itu.

“Kau minta kebenaran aku. Sekarang aku dah cakap. Aku tak benarkan. Apa lagi yang tak kena ni?”

“Takkan kereta saya pun, nak kena buang jugak….” Sabrina menjawab perlahan.

Tawa Badrul pecah. Langkahnya terbantut. Seketika dia berpaling memandang wajah Sabrina. “Kau cakap nak ambil barang. Tak ada pun cakap nak ambil kereta.”

“Sekalilah tu.”

“Bila kau nak pergi?”

Page 46: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

46

“Hari minggu ni. Boleh tak?”

Badrul mengangguk perlahan.

Sabrina tersenyum. Bagai tidak percaya mendengar jawapan lelaki itu.

Badrul bergerak perlahan-lahan mendekati Sabrina. Merenung dalam-dalam wajah itu. “Muka kau hari ni nampak lain….”

Sabrina kerutkan kening. Cepat-cepat jari-jemarinya menyentuh pipi. Apa yang lainnya?

“Patutlah. Kau senyum rupa-rupanya. Ingatkan dah tak reti nak senyum!”

Sabrina terkedu. Badrul sedang bergurau? Tak mungkin! Wajah lelaki itu kini kelihatan terlalu serius.

“Errr… terima kasih. Saya pergi kejap aja. Lepas ambil semua barang, saya terus balik.”

“Aku ikut!”

Ha? Bulat mata Sabrina menatap wajah Badrul. Kenapa perlu lelaki itu menemaninya? “Tak payahlah! Saya tak nak susahkan awak.”

“Kenapa? Kau nak jumpa buah hati ke?” Sinis soalan yang meniti di bibir Badrul.

Seperti biasa, hatinya akan tersentuh. Dia manusia yang diciptakan dengan perasaan yang sensitif. “Saya cuma tak nak menyusahkan awak. Tapi, kalau awak nak ikut, saya tak kisah.”

“Okey!” Balas Badrul sepatah, lalu melangkah meninggalkannya.

Sabrina diam, menahan sebak. Cukup rendah pandangan penghuni rumah itu padanya.

Page 47: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

47

SUAPANNYA terhenti. Sudu dan garpu diletakkan di pinggan. Matanya lebih terarah pada

Badrul. Pada menungan Badrul. Badrul lebih banyak termenung sejak akhir-akhir ini. Dia sedar akan perubahan itu. Teramat sedar. Namun, berat mulutnya untuk bertanya. Biarlah lelaki itu sendiri yang bercerita. Tetapi setelah hampir sebulan, tiada juga cerita yang keluar dari mulut Badrul, sedang hatinya sudah dilanda pelbagai persoalan. Sudah dihimpit segunung rasa ingin tahu. Ingin tahu punca perubahan Badrul. Lelaki itu seperti sudah hilang keceriaannya.

“Bad….”

Sepi.

“Bad….” Sekali lagi dia bersuara sambil menyentuh jari-jemari Badrul.

Badrul tersentak.

Dayana tersenyum.

“Melamun…” ujarnya perlahan.

bab 5

Page 48: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

48

Badrul tersenyum kecil. “Sorry.”

“It’s okay. Kenapa ni? You ada masalah ke? Bergaduh dengan abah you lagi ya?”

Badrul menggeleng perlahan. “Nothinglah. Eh… kenapa tak makan, tadi cakap lapar?”

“Tadi memanglah lapar. Tapi, bila tengok you asyik mengelamun, tiba-tiba I jadi kenyang pula.”

Badrul tersenyum mendengar Dayana bercanda.

“Kenapa ni? Dah dekat sebulan I tengok you macam ni. Kenapa? Kalau ada masalah, ceritalah kat I. Mana tahu I boleh tolong.”

Badrul diam. Matanya memandang wajah Dayana. Rasa bersalah pada gadis itu, bagai tidak dapat dibuang. Dia ingin berterus terang, tetapi dia takut memikirkan penerimaan Dayana. Dia takut Dayana nekad meninggalkannya. Sedangkan dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia takut Dayana akan membencinya, sedangkan cintanya melangit pada gadis itu.

“Bad, I tanya ni, jawab la. Jangan pandang I macam tu….” Dayana bersuara sambil tersenyum segan. Malu ditatap lama dek Badrul.

“You know… I takut kehilangan you!” Badrul bersuara tiba-tiba.

Dayana tergelak halus. Sedikit hairan dengan pengakuan Badrul. Selebihnya, dia lebih terkejut dengan pengakuan itu. Tiba-tiba Badrul berbicara seromantis itu. Padahal, dia tahu benar sifat Badrul. Badrul bukanlah seorang lelaki yang romantik. Yang suka bercakap soal hati dan perasaan. Yang suka bercakap tentang sayang dan rindu.

Perlahan-lahan Dayana membawa jari-jemarinya ke pipi Badrul.

Page 49: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

49

“Are you okay?” soal Dayana bersama sisa gelaknya.

Pantas Badrul mencapai jari-jemari yang lembut itu lalu menggenggam erat.

Tawa Dayana mati tiba-tiba. Reaksi serius Badrul bagai memberi isyarat yang lelaki itu tidak merayu sekadar untuk menceriakan suasana. Tidak merayu sekadar untuk mempamerkan rasa sayang dan cinta.

“I’m serious!”

Dayana bungkam. Tanpa bicara, matanya tidak berkelip memandang wajah resah Badrul. “I know... you tak pernah macam ni. Of course I know you serious. Cuma, I pelik. What happened? Kenapa tiba-tiba you cakap macam ni? I’m here for you, sayang. Forever! You takkan kehilangan I. Jangan bimbang….”

Badrul tersenyum kelat. Benarkah Dayana akan berada di sisinya buat selama-lamanya? Sukarnya untuk dia percaya kata-kata itu. Mustahil Dayana dapat terima berita buruk yang menimpanya ini dengan cukup positif. Mustahil!

“Bad… kenapa ni? Takkan pasal I refuse untuk kahwin dengan you cepat-cepat, you jadi macam ni. Kalau pasal tu... I’m sorry, okay? One day, kita pasti akan kahwin. I pun memang nak kita kahwin. Cuma bukan sekarang. Banyak benda yang belum I capai sekarang. Masih banyak benda yang I nak kejar. You cakap you faham. Tapi, kenapa jadi macam ni pulak?” Dayana bersuara dalam nada hairan.

“No! Bukan pasal tu.”

“Dah tu? Pasal apa? Kenapa stress sangat ni? Muka pun tak ceria aja. Janganlah berahsia dengan I.”

Badrul menarik nafas panjang. Wajah mulus Dayana dipandang sekali lagi. Dia perlu berterus terang dengan gadis

Page 50: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

50

ini. Semakin lama perkara ini menjadi rahsia, semakin bermasalah hubungan mereka.

“Walau apa pun yang berlaku, you janji akan tetap bersama I? You tak akan tinggalkan I?”

“Bad… kenapa ni? Jangan buat I tertanya-tanya macam ni. Apa yang you cuba nak beritahu I? What is really going on?”

“You tahukan, I ke Cherating hari tu?”

“Yup! You cakap you nak jumpa kawan lama, kan? Kenapa pula?”

Badrul kelu lagi. Mengeluh panjang sambil membuang pandang. Membuat Dayana semakin resah.

“Kita kahwin sekarang?” Tiba-tiba terpacul kata-kata itu dari bibir Badrul.

“Bad! Kenapa tiba-tiba tukar topik ni? Cepat cerita… apa sebenarnya yang dah berlaku di Cherating?”

“I nak kita kahwin sekarang!”

“But, why? Sebelum ni you kata you boleh tunggu….”

“Yana… I nak kita kahwin. I nak you tahu, I benar-benar serius dengan you. And, I langsung tak ada niat nak permainkan you.”

“I tahu… I tahu you serius. I juga tahu you tak pernah mempermainkan I. Jangan risau, okey. I takkan ragu-ragu pada you. I yakin dengan cinta you pada I....”

“Walau apa sekalipun yang berlaku pada I, you boleh percaya tak yang semua tu bukan kehendak I?”

Dayana mengeluh panjang. Kata-kata Badrul yang berjela-jela dan berselirat, benar-benar membuat dia hilang

Page 51: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

51

sabar untuk terus menunggu. Tajam matanya merenung wajah Badrul. Menebak apa sebenarnya yang bersarang di hati lelaki itu.

“Apa ni? I tak fahamlah. Please… jangan buat I tertanya-tanya macam ni.”

Badrul diam.

Melihat kebisuan itu, Dayana semakin diburu keliru.

“Tell me!” gesa Dayana kali ini kurang sabar.

“I love you….”

“Apa yang sebenarnya you rahsiakan daripada I?” gesa Dayana lagi.

“Promise me. You takkan salahkan I. You akan percaya pada I dan you takkan tinggalkan I.”

Dayana sudah tidak betah lagi. Pinggan nasi ayamnya sudah ditolak jauh. Seleranya mati. Saat ini, dia lebih gusar dengan bicara yang ingin Badrul luahkan. Rahsia apa yang Badrul simpan sehingga mendambakan pengertian yang sebegitu tinggi daripadanya?

“Please, Bad. You pun tahu I tak pernah suka kalau you berdolak-dalih. Just straight to the point.”

Badrul tunduk seketika. Mencari kekuatan untuk bersuara. Perkara ini tidak boleh lagi menjadi rahsia. Dia perlu berani berterus terang. “Semasa I di Cherating, I kena…”

“Kena apa? Please, Bad… jangan buat I tertunggu-tunggu macam ni. Berterus terang, okey!”

“I ditangkap basah!”

Dayana tergamam. Bulat matanya memandang

Page 52: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

52

wajah Badrul. Patutlah lelaki ini berubah. Lemah segala sendinya. Hancur luluh hatinya. Patutlah susah benar Badrul ingin bersuara.

“How could you….” Hanya itu yang mampu dia luahkan.

“Yana. Dengar dulu penjelasan I….”

“Sekarang baru nak jelaskan? Kenapa baru sekarang?” Suara Dayana sudah bertukar nada. Benar-benar dia berasa tertipu dengan Badrul. Hampir sebulan peristiwa itu berlaku, baru sekarang Badrul ingin berterus terang.

“Please, Yana… jangan buat kesimpulan melulu. You mesti dengar semuanya.”

“Siapa perempuan tu?”

“I tak kenal.”

“Pelacur? You langgan pelacur?”

“No! I bukan jenis macam tu. You pun tahu I bukan macam tu!” Pantas Badrul menepis tuduhan melulu Dayana.

“Kalau you tak kenal, macam mana perempuan tu boleh ada dalam bilik you? Or, you yang pergi ke bilik dia?” Sinis soalan yang meniti di bibir Dayana. Hatinya bagai dipanggang di atas bara. Panas! Dia tidak pernah menduga Badrul akan melakukan perkara seburuk itu.

“Tiba-tiba dia muncul dalam bilik I. Sumpah I tak kenal dia. Tak pernah jumpa dengan dia!”

Dayana diam. Tidak mahu menyampuk. Dia perlu mencari kekuatan untuk berdepan dengan kenyataan yang amat menyakitkan ini. Lelaki yang dia cintai sepenuh hati, ditangkap berdua-duaan dengan perempuan lain. Terlalu menyakitkan.

“So, dia datang dari langit, and muncul tiba-tiba

Page 53: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

53

depan you. Itu maksud you? Dan, you nak I percaya dengan kata-kata you tu? Sorry, Bad. I tak percaya langsung!”

“You have to trust me. I tak tipu. I tak kenal dia. You mesti percaya pada I, Yana.”

Dayana merengus perlahan. Melihat wajah sedih Badrul, geramnya sedikit menghilang. “So, sekarang macam mana?”

“I married that girl.” Badrul bersuara perlahan.

“You what?” soalnya kuat.

Badrul tersentak.

Juga membuat beberapa pelanggan di dalam restoran turut tersentak. Kemudian saling berpandangan sesama sendiri.

“I hate you!” Keras nada bicara Dayana sambil cepat-cepat berlalu meninggalkan Badrul.

“Yana! Wait!!!”

Gadis itu terus berlalu.

Badrul benar-benar menggelabah. Inilah yang tidak ingin dia hadapi. Dia sudah jangka, pasti situasi akan menjadi rumit. Cepat-cepat dia mengeluarkan sekeping not seratus. Diletakkan di atas meja sebelum bergerak mengejar Dayana. “Yana! Tunggu!!! Dengar dulu penjelasan I!”

Dayana terus melangkah laju. Namun tangan Badrul yang memaut lengannya membuat langkahnya terhenti.

Badrul bergerak menghalang langkah Dayana. “Yana….”

Gadis itu angkat muka. Ada air mata yang membasahi pipi gadis itu yang membuatkan Badrul terkedu.

Page 54: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

54

Dayana bukanlah seorang gadis yang mudah kalah dengan air mata. Tetapi hari ini, Dayana menangis.

“Sampai hati you….”

“Please don’t cry. Ini semua bukan seperti yang you fikirkan, okey….”

Lembut suara Badrul berusaha menenangkan Dayana. Melihat air mata Dayana, dia jadi tidak keruan. Tidak sama rasanya dengan melihat air mata Sabrina. Air mata Sabrina cuma mengundang rasa benci dan geram di hatinya.

“I terpaksa. Abah I paksa kami kahwin. You pun faham kenapa, kan? Abah tak nak press tahu hal ni. Dia tak nak hal ni dipanjangkan.”

Dayana angkat muka. Dia menentang renungan Badrul yang sayu. “So, you nak I buat apa sekarang? Wish selamat pengantin baru pada you?”

“Jangan sindir I macam tu. I faham kalau you marahkan I. Tapi, jangan sampai you tinggalkan I. I love you.”

“Dah tu, you nak buat apa sekarang?”

“Kita kahwin?”

“Senangnya! Macam mana dengan perempuan tu?”

“I tak nak tahu pasal dia. I cuma nak tahu pasal kita. I tak nak sebab dia, hubungan kita terjejas.”

Dayana menarik tangannya daripada genggaman Badrul. Senang sungguh lelaki ini membuat keputusan.

“Masa you berdua-duaan dengan dia, tak terfikir pula pasal hubungan kita?”

“Yana, sumpah! Bukan macam tu keadaannya. I keluar dari bilik air, I tengok dia dah ada dalam bilik I. Tak

Page 55: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

55

tahu dia datang dari mana. Semuanya terlalu pantas. Masa tu juga, ada orang ketuk pintu. And… you know apa jadi lepas tu. I betul-betul terperangkap.”

“Siapa dia? Kenapa dia nak perangkap you? Perempuan tu, ex-girlfriend you ke? Sampai nekad macam tu sekali nakkan you?” soal Dayana bertubi-tubi. Dia ragu-ragu dengan penjelasan Badrul itu.

“Percayalah cakap I. And… kita kahwin ya?”

“You nak I bermadu dengan perempuan tu? Sorry! I tak nak berkongsi suami. I tak nak rampas suami orang!”

Badrul mengeluh panjang. “I takkan pandang dia. I takkan sentuh dia. Isteri yang betul-betul I inginkan, adalah you. Bukan perempuan tu,”

“Sudah! I tak nak dengar apa-apa lagi!”

“Yana!”

“Jangan ganggu I!”

Badrul mati akal. Dia cuma mampu membiarkan Dayana melangkah pergi. Melihat reaksi Dayana itu, bencinya pada Sabrina terasa semakin bertambah. Dalam diam, marahnya bertukar menjadi dendam. Tidak kira apa niat Sabrina padanya, dia akan pastikan Sabrina tidak akan dapat apa yang dia inginkan. Juga, dia akan pastikan... air mata akan terus menemani gadis itu!

Page 56: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

56

“JADI juga kamu ambil barang-barang kamu ya?”

Sabrina mengangguk.

“Itulah yang kamu nak sebenarnya, kan?”

“Nak? Nak apa mama?”

Bulat mata Datin Hamidah merenungnya. “Jangan panggil aku mama. Aku tak pernah terima kau jadi menantu aku!”

Sabrina tunduk. “Saya minta maaf, Datin.”

“Huh! Itu ajalah yang kamu tahu. Maaf, maaf, maaf!”

Sabrina diam. Melawan air mata yang mahu bertandang. Dia penat menangis. Dia tidak mahu menangis lagi.

“Kamu memang ada niat nak tinggal dalam rumah besar nikan?”

“Apa maksud Datin?”

“Kamu sengaja masuk ke bilik anak aku, kan?

bab 6

Page 57: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

57

Sengaja rancang semua ni semata-mata nak hidup senang dalam rumah besar ni. Aku tak fahamlah dengan manusia zaman sekarang ni! Sanggup buat apa saja semata-mata nak hidup senang. Sanggup gadai maruah diri. Sanggup biarkan diri ditangkap berkhalwat dengan orang yang kau sendiri tak kenal perangainya.”

“Tak. Saya bukan macam tu, Datin. Saya pun tak…”

“Dah… dah… aku tak nak dengar alasan kau yang berkarung-karung tu. Aku nak kau ingat satu perkara aja. Jangan ingat bila kau masuk dalam rumah ni, kau boleh hidup senang. Tak. Jangan nak mimpilah!”

Sabrina sebak menahan sendu. Kata-kata yang sinis itu terus terngiang-ngiang di telinganya. Terus memburu pendengarannya. Setiap kali teringatkan kata-kata Datin Hamidah, terasa betapa kotornya dia di dalam banglo itu. Tidak pernah dia bermimpi untuk tinggal di situ. Keluarga Datuk Hamidi pun dia tidak pernah kenal. Badrul sendiri pun dia tidak pernah kenal. Bagaimana mungkin dia boleh menyimpan niat sejahat itu pada Badrul dan keluarganya? Air mata yang mulai memberat di bibir mata, cepat-cepat disapu. Tidak mahu air mata itu menitis di hadapan Badrul. Takut kata-kata sinis Badrul pula yang menghiris perasaannya. Hatinya yang remuk bagai tidak dapat dirawat lagi.

“Kau ni, kenapa pulak?”

Sabrina menggeleng laju.

Badrul menjeling sekilas. Bukan dia tidak perasan air mata yang bertakung di mata gadis itu. Melihat gelengan Sabrina, dia terus menyambung konsentrasi pemanduannya. Namun, dia sedar satu perkara. Kebelakangan ini, Sabrina berusaha untuk tidak menitiskan air mata di hadapannya. Setiap permintaannya, pasti Sabrina akan penuhi.

Page 58: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

58

“Kat mana rumah sewa kau?” tanya Badrul.

Sabrina mengangkat muka perlahan. “Jalan terus. Selang tiga buah rumah, tu la rumah saya.”

“Siapa ada kat sana sekarang?”

“Entah. Mungkin kawan saya.”

Badrul diam. Terus mengemudi kereta dengan berhati-hati.

Sabrina menahan nafas seketika. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja Badrul memperlahankan keretanya di hadapan teres dua tingkat yang dia sewa bersama Maria. Toyota Rush hitam di hadapan pagar, membuat nafas Sabrina menjadi sesak. Membuat sendu bertandang lagi. Membuat jari-jemarinya dingin serta-merta. Kenapa kereta itu harus berada di situ?

“Tak nak turun ke?”

Sabrina tersentak. Soalan dingin Badrul tidak dijawab. Perlahan-lahan dia membuka pintu kereta. “Awak nak tunggu atau nak balik dulu?”

“Suka hati akulah!”

“Tapi… saya balik dengan kereta saya, ya?”

“Kau keluar. Tinggalkan aku kat sini. Aku nak tunggu ke… tak nak tunggu ke… itu aku punya pasal!”

Sabrina diam. Membiarkan sinis bicara Badrul larut di relung hatinya. Membekas di situ. Meninggalkan rasa ngilu yang pasti akan merembeskan lagi air matanya.

Perlahan-lahan Sabrina menarik nafas. Perlahan-lahan juga dia melangkah keluar dari kereta. Melangkah mendekati Toyota Rush milik Ikmal. Apa Ikmal buat di sini? Bagaimana dia mahu berhadapan dengan lelaki itu. Rasa malu tiba-tiba menyerbu. Malu untuk berdepan dengan Maria

Page 59: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

59

dan Ikmal. Malu walaupun apa yang berlaku bukanlah salahnya.

Sabrina berpaling ke belakang. Badrul masih di situ, memerhati tiap langkahnya dari dalam kereta. Dia berdiri seketika di pintu pagar. Mencari sisa kekuatan untuk berdepan dengan insan-insan yang dia sayang. Cuma itulah yang dia ada. Maria dan Ikmal. Namun, rasanya situasi sekarang sudah tidak seperti dulu. Peristiwa hitam itu pasti akan mengubah segala-galanya.

Perlahan-lahan Sabrina menekan loceng di pintu pagar. Agak lama, Maria terjengul di muka pintu. Dia kaku menatap wajah Maria. Tidak tahu harus menunjukkan reaksi yang bagaimana.

“Ina!”

“Mar… aku….” Sabrina cuba bersuara. Namun suaranya terputus di situ.

Maria berkejar ke pintu pagar lalu menolak pintu pagar tersebut untuk memberi ruang kepada Sabrina melangkah masuk.

Melihat wajah Maria, air mata sudah laju turun di pipi Sabrina.

“Ina… kau datang sorang ke?”

“Mar….” Sabrina cuba bersuara lagi. Sekali lagi juga, suaranya tersekat di kerongkong. Sudahnya dia menerkam Maria. Menjatuhkan dirinya ke dalam pelukan Maria. Menangis semahu-mahunya di bahu Maria.

Maria sedikit tergamam. “Ina. Dahlah… cuba bertenang. Kenapa ni?”

Sabrina terus menangis. Dia tidak punya kekuatan untuk menjawab soalan Maria. Sudah lama dia ingin

Page 60: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

60

melampiaskan kesedihannya pada seseorang. Pada seseorang yang begitu rapat dengannya.

“Kita masuk dulu.” Maria bersuara sambil memaut bahu Sabrina. Membiarkan sahaja Sabrina terus melayan tangisnya. Dia sudah masak benar dengan perangai Sabrina yang mudah menangis itu.

“Duduk dulu,” suruh Maria, lembut.

Sabrina akur. Dia melabuhkan punggung di sofa sambil menyapu air mata yang bertandang tanpa henti.

Maria mengambil tempat di sebelah Sabrina.

“Sorry, Ina. Masa kau telefon, aku kat kampung. Line tak berapa elok. Sekarang ni pula, memang aku sibuk sangat. Tak sempat nak telefon kau tanya khabar. Aku minta maaf, ya….” Maria bersuara sambil memandang wajah Sabrina yang basah dengan air mata.

Sabrina tunduk. Walau sedikit terkilan dengan sikap Maria, dia tidak boleh memaksa Maria memberi sepenuh perhatian padanya. Dia faham akan situasi Maria. “Aku faham….”

“So, kau macam mana sekarang?”

“Aku rasa teruk sangat, Mar. Aku tak kuat nak lalui semua ni. Aku tak salah, Mar. Aku tak salah….”

“Macam mana kau boleh ada dalam bilik orang tu?” Maria bertanya perlahan.

“Aku tak tahu. Aku ingat tu nombor calet yang kau bagi. Mungkin aku silap dengar….”

Maria diam. Terus memandang wajah hiba temannya itu.

“D07. Nombor tu yang kau cakap kat aku, kan?” soal Sabrina sambil menatap wajah Maria.

Page 61: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

61

Maria kerutkan kening. “G07 la Ina. Aku beritahu kau, G07.”

Mendengar kata-kata Maria, Sabrina sekali lagi menangis. Dia menutup muka dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Bodohnya dia. Kerana kebodohannya yang sekecil itu, masa depannya gelap sama sekali. “Bodohnya aku, Mar. Kenapa nasib aku jadi macam ni?”

Maria memandang simpati. “Aku tak tahu nak cakap apa, Ina. Aku tumpang simpati.”

“Aku dah tak boleh nak bersihkan nama aku. Semua orang ingat aku ni jahat, Mar. Semua orang ingat aku sengaja buat perangkap ni. Aku kehilangan segala-galanya. Segala-gala yang aku usahakan selama ni. Aku kehilangan kerja. Aku kehilangan Ikmal….”

“Pasal kerja kau tu, aku minta maaf. Aku tak ada niat nak ambil alih.”

“Aku faham, Mar. Encik Taufik telefon aku, suruh aku bagi surat letak jawatan. Aku tak tahu dari mana dia tahu semua ni. Dia langsung tak beri peluang untuk aku bela diri. Sama dengan semua orang yang berada di sekeliling aku sekarang. Lebih suka menuduh daripada mendengar. Dia juga beritahu aku, kau akan ambil alih tempat aku. Aku tak marah. Aku tahu, kau pun tersepit di tengah-tengah.”

Maria tersenyum kecil. “Syukurlah kalau kau faham.”

Sabrina tersenyum hiba. Jawatan yang dia idamkan, terpaksa dilepaskan begitu sahaja. Dia tahu kini, Maria yang menyandang jawatan itu. Pengurus kewangan. Bermati-matian dia bekerja dan berusaha untuk sampai ke tahap itu. Belum sampai sebulan dia di kerusi itu, dia diminta berhenti kerja. Alasan Encik Taufik cukup mudah. Dia tidak perlukan

Page 62: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

62

pekerja yang tidak bermoral untuk berkhidmat di syarikatnya. Sabrina menyapu lagi air matanya. “Aku datang nak ambil barang-barang aku.”

Maria mengangguk perlahan.

“Ikmal?”

Maria kerutkan kening.

“Aku nampak kereta dia kat depan tu.”

“Oh… dia datang tadi. Kereta aku rosak. Dia tolong hantar ke bengkel. Sebab, aku nak kena tunggu kau kat sini, kan?”

Sabrina mengangguk perlahan. Rindunya dia pada Ikmal. Rindu yang tidak terucap. Namun dia tahu, antara dia dan Ikmal, sudah menjadi kenangan. Dia sudah menjadi isteri orang. “Maaf. Aku menyusahkan kau pula.”

Maria tersenyum manis. “Tak apa... tapi, kau boleh uruskan sorang-sorang, kan? Aku nak keluar kejap. Kejap aja. Ada hal sikit. Kalau tak sempat tunggu aku, letak kunci rumah kat tempat biasa.”

Sabrina diam seketika. Entah kenapa, tiba-tiba dia berasa Maria di hadapannya bukan lagi Maria yang dulu. Maria nampak berbeza. Maria sudah tidak berusaha menyejukkan hatinya seperti selalu. Maria tidak lagi memberi kata-kata semangat padanya. Adakah Maria pun sama dengan Ikmal? Sudah tidak percaya pada kata-katanya lagi? Adakah Maria pun sama dengan orang di luar sana yang lebih suka menghukumnya tanpa memberi kesempatan untuk dia membela diri?

“Boleh, kan?”

Rasa hiba menjenguk lagi. Dia mengangguk perlahan. Biarlah Maria ingin pergi. Dia tidak mahu

Page 63: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

63

memaksa. Dia ke sini pun sekadar mengambil barang-barang pentingnya sahaja.

Maria tersenyum sambil angkat punggung. “Thanks. Aku pergi dulu!”

Sabrina mengangguk lagi.

Maria berlalu keluar.

Sabrina mula menghayun langkah ke biliknya dengan perasaan yang kosong. Tiada lagi sedih. Tiada lagi hiba. Tiada juga rasa marah. Dia seolah-olah sudah kehilangan semuanya. Untuk seketika, dia memandang biliknya. Kemas dan tersusun seperti semasa dia tinggalkan hampir sebulan yang lalu.

Perlahan-lahan Sabrina membuka almari. Mengambil beg pakaian dan memasukkan semua pakaiannya ke dalam beg. Selesai di situ, dia bertenggek di birai katil. Patung teddy bear besar di atas katil, dipegangnya. Hadiah Ikmal yang sering menjadi teman tidurnya. Perlukah hadiah ini dibawa bersama? Membawa hadiah ini, sama seperti dia membawa kenangan Ikmal bersamanya. Bagaimana mungkin dia boleh hidup bersama kenangan itu, walhal saat ini, dia sudah bergelar isteri kepada lelaki bernama Badrul. Tetapi, rasanya tidak kena untuk dia tinggalkan kenangan itu di sini. Hatinya berbisik.

Akhirnya Sabrina menarik patung besar itu ke dalam pelukannya. Biarlah patung ini menjadi penemannya. Peneman untuk dia lalui hari-hari duka yang mendatang. Dia memandang sekeliling. Tiada lagi barang-barang penting yang ingin dia bawa bersama. Dengan longlai, dia mencapai pen di atas meja solek sambil mengambil sehelai kertas dari dalam laci.

Page 64: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

64

Maria, aku dah ambil semua yang aku nak. Apa yang aku tinggal ni, terserahlah pada kau sama ada nak simpan atau buang.

- Sabrina -

Perlahan-lahan dia melipat kertas itu, lalu diletakkan di atas meja solek. Perlahan-lahan juga, dia angkat punggung dan mencapai beg pakaian yang besar sambil mendukung teddy bear. Buat kali terakhir dia memandang sekeliling biliknya sebelum melangkah keluar menuju ke arah Gen 2 birunya.

Sabrina memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta. Namun pergerakannya terhenti apabila mendapati sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar. Kereta milik Maria. Berderau darahnya saat melihat Ikmal melangkah keluar dari kereta itu.

Ikmal berdiri seketika sambil matanya tajam menikam wajah Sabrina. Dengan langkah sedikit kekok, dia melangkah masuk ke halaman rumah.

Sabrina tunduk. Dia tidak kuat berdepan dengan Ikmal. Kata-kata Ikmal tempoh hari masih berbekas di hatinya.

“Ina….”

Perlahan-lahan dia angkat muka. Wajah Ikmal sedikit cengkung. Melihat wajah itu, meninggalkan rasa simpati di hati Sabrina. Pasti Ikmal masih bersedih dengan apa yang berlaku.

“Abang sihat?” soal Sabrina perlahan.

Ikmal diam. Cuma matanya menangkap seraut wajah Sabrina sepuas-puasnya.

Page 65: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

65

“Ina minta maaf. Ina dah kecewakan abang….” Sabrina bersuara lagi apabila melihat Ikmal membisu.

Kali ini mata Ikmal terarah pada patung beruang di dalam pelukan Sabrina. Gadis itu masih mahukan hadiahnya. Hati Ikmal sedikit tersentuh.

Melihat kebisuan Ikmal, Sabrina menjadi salah tingkah. “Ina pergi dulu, ya?”

Akhirnya Sabrina mengambil keputusan undur diri. Tidak betah berdepan lama-lama dengan kebisuan Ikmal.

“Ina… tunggu!”

Sabrina menoleh.

Ikmal bergerak ke kereta Maria dan mengeluarkan sebuah kotak dari situ. Kotak itu kemudiannya dihulurkan pada Sabrina.

“Apa ni?”

Ikmal diam lagi.

Melihat Ikmal terus membisu, pantas tangannya membuka penutup kotak tersebut. Air mata jatuh lagi. Dia angkat muka dan memandang wajah Ikmal.

Ikmal kelihatan sedikit serba salah. Bukan senang untuk dia membuat keputusan ini. Satu keputusan yang sukar demi untuk melupakan kekasih hatinya itu. Dia sedar, dia tidak boleh terus melayan rasa cintanya pada isteri orang.

“Kenapa?” Dalam sebak Sabrina bertanya.

Ikmal menyepi.

“Macam tu sekali ke abang bencikan Ina? Abang macam tak kenal Ina langsung….”

Hibanya hati Ikmal mendengar rintihan itu. Namun apa dayanya….

Page 66: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

66

“Mungkin ni yang terbaik untuk kita.” Ikmal bersuara serak. Melihat air mata Sabrina, mahu sahaja dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Mahu sahaja dia memujuk gadis itu seperti selalu. Tapi dia tahu, semua itu salah.

Sabrina menyeka air matanya. Kotak berisi hadiah pemberiannya kepada Ikmal dipandang sekali lagi. Ikmal memulangkan semua hadiah yang pernah dia beri. Pilunya hati tika ini. “Mungkin Ina pun tak patut simpan ni….”

Patung beruang terlepas dari tangannya.

Ikmal menahan sebak.

Sabrina pula, terus membiarkan air mata menemaninya. Tiada siapa lagi yang akan memujuknya selepas ini.

“Aku dah agak dah!”

Sabrina tersentak.

Ikmal pantas menoleh.

“Ini tujuan sebenarnya, kan? Siapa ni? Kekasih kau?”

Keras soalan Badrul membuatkan Sabrina terkedu. Sangkanya Badrul sudah pulang. “Ini…”

“Ikmal!” Ikmal bersuara agak lantang. Geram melihat layanan kasar lelaki ini pada Sabrina.

“So, semua ni rancangan kau berdua, ya? Berpakat nak mengikis harta aku?”

“Tak....” Hampir terjerit Sabrina menafikannya.

“Cakap baik-baik sikit!” Ikmal membalas geram.

Sabrina kecut. Melihat wajah berang kedua-dua lelaki di hadapannya itu, dia jadi gerun.

Page 67: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

67

“Jom, balik!” tengking Badrul sambil menarik tangan Sabrina.

“Tapi, kereta saya? Biar saya drive…”

“Tak payah! Kau balik aja dengan aku!”

“Minta maaf, aku bukan nak masuk campur urusan kau. Tapi, tolong jangan layan Sabrina macam ni!” Suara Ikmal meninggi tiba-tiba.

“Kenapa? Kau nak aku layan kekasih kau ni macam permaisuri? Dengar sini! Sabrina, aku takkan lepaskan kau. Di hadapan buah hati kau ni, aku bersumpah akan pastikan hidup kau benar-benar hancur. Korang berdua tak akan dapat apa yang kau berdua rancangkan tu. Tak akan!”

“Apa kau cakap ni? Jangan sembarangan cakap!”

Badrul merengus marah. Tangan Sabrina disentap kuat, membuat Sabrina terdorong ke depan sambil menyeringai kesakitan.

“Jangan buat dia macam tu!” tengking Ikmal sambil menahan laluan Badrul.

“Kalau aku buat juga, kenapa? Kau nak pukul aku? Silakan. Peliklah kau ni. Kau sanggup serah kekasih kau pada lelaki lain, sanggup tengok kekasih kau kena tangkap basah, tapi kau tak sanggup tengok dia kena marah!”

“Sudahlah tu!” Sabrina menjerit tiba-tiba. Gerun melihat tangan Ikmal yang sudah mula mahu menghayun penumbuk ke muka Badrul. Juga gerun melihat wajah Badrul yang memerah menahan amarah.

“Sudahlah bang. Jangan macam ni!”

“Dia tak patut layan Ina macam ni!”

Sabrina memandang wajah Badrul.

Page 68: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

68

“Saya balik dengan kereta saya!”

“Balik dengan aku! Kereta tu, sesiapa pun boleh datang ambil!” kata Badrul tegas. Mengunci bicara Sabrina.

Suara itu mengundang geram di hati Ikmal sekali lagi. Hatinya sakit melihat Sabrina diperlakukan sebegitu.

“Abang… biarkan Ina!” Sabrina cepat-cepat bersuara sebaik melihat wajah marah Ikmal.

Ikmal diam.

Badrul pula terus menarik kasar tangan Sabrina menuju ke keretanya.

Sabrina panjangkan langkah mengikut langkah Badrul yang laju. Sesungguhnya hatinya kecut memikirkan tindakan Badrul selepas ini.

BERDENTUM Badrul menghempas pintu kereta.

Semua itu cukup untuk membuat Sabrina tersentak. Tubuhnya menggigil tiba-tiba. Dia kaku di dalam kereta. Takut untuk melangkah keluar. Pantas matanya meliar memandang sekeliling. Sunyi sepi kawasan itu. Tiada manusia langsung. Cuma dia dan Badrul sahaja di situ. Janganlah amarah Badrul membawa malapetaka lain pula padanya. Dadanya berombak kencang. Dia betul-betul takut berdepan dengan emosi Badrul. Dia memandang Badrul yang mundar-mandir di luar kereta. Dari tadi, tiada sepatah perkataan pun keluar dari bibir lelaki itu. Dia tahu Badrul terlalu marah. Dia terkejut besar apabila tiba-tiba tangan Badrul mengetuk cermin kereta. Tajam mata lelaki itu menikam wajahnya.

Gerakan tangan Badrul jelas memberi arahan agar

Page 69: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

69

dia keluar dari kereta. Perlahan-lahan dia menelan liur. Perlahan-lahan juga dia menolak pintu kereta. Bergerak keluar dengan perasaan yang berbelah bahagi.

Badrul merengus marah. Rasa tercabar dengan perbuatan Sabrina. Rasa tercabar dengan permainan Sabrina. Dia yakin, apa yang sedang bermain di fikirannya benar belaka.

Sabrina pula tunduk memandang rumput di kakinya.

“Kenapa aku?”

Dalam takut, Sabrina memberanikan diri mengangkat muka. Berlaga pandangan dengan Badrul.

“Dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa aku? Kenapa aku yang kau pilih untuk jadi mangsa kau?”

Sabrina diam. Dia mulai faham maksud soalan Badrul. Lalaki itu terus menuduhnya seperti selalu. Perlukah dia berusaha untuk membela diri lagi? Walhal dia tahu, Badrul akan menolak mentah-mentah apa saja penjelasan yang keluar dari bibirnya.

“Kenapa aku?!” tengking Badrul.

Bergerak bahu Sabrina menahan rasa terkejut. Membuat dia sebak lagi. Walau cuba ditahan, air mata menitis tiba-tiba. “Awak… kan saya dah cakap….”

“Aku tak percaya! Aku tak percaya pada cerita kau. Aku yakin kau memang bersubahat dengan kekasih kau tu. Dah lama buat kerja ni? Jalan paling mudah nak dapatkan wang. Kan?”

“Awak tahu tak yang tuduhan awak tu dah melampau!” Sabrina memberanikan diri melawan. Tuduhan

Page 70: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

70

Badrul semakin menghinanya. Sampai bila dia harus menerima penghinaan sebegitu?

“Apa? Dah melampau? Kau cakap dah melampau? Kau tahu tak, apa yang kau buat ni dah lebih daripada melampau! Kau yang melampau sebenarnya! Kau musnahkan hidup aku! Masa depan aku!”

Sabrina angkat muka. Membalas renungan Badrul dengan renungan tajamnya. Terasa benteng kesabarannya semakin menipis. Entah dari mana, tiba-tiba dia terasa ada satu kekuatan yang luar biasa yang mendorongnya untuk melawan. Dia sudah penat menangis. Tangisan tidak membawa dia ke mana-mana. Tangisan membuat maruahnya semakin diinjak-injak oleh manusia sekelilingnya.

“Baik awak jaga sikit mulut awak tu!” katanya dalam nada lembut namun penuh amaran.

Badrul menentang renungan Sabrina. Dia sedikit terkejut dengan kata-kata gadis itu. Sabrina sudah berani memberi amaran padanya. Malangnya, dia tidak takut pada amaran itu. Saat ini, apa yang bergelora di hatinya lebih menggamit emosinya.

“Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap? Aku tak rasa aku salah. Kau perangkap orang kaya untuk dapatkan wang. Wang untuk kau dan kekasih hati kau tu. Kan? Kau jangan buat-buat tak tahu pulak. Sebenarnya, kau ni bodoh! Sanggup menggadai maruah untuk lelaki tak guna tu. Sampai bila kau nak buat kerja macam ni?”

“Baik awak diam! Saya tak suka awak cakap macam tu!” ucapnya separuh menengking.

Badrul tergelak sinis.

Gelak yang tiba-tiba membakar hati Sabrina. Sabrina menarik nafas panjang.

Page 71: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

71

“Kenapa? Kenapa tiba-tiba emosi ni? Biasanya kau cuma tahu menangis aja.”

Sabrina diam.

“Saya rasa baik kita balik. Tak guna kita saling menuding jari.” Sabrina bersuara setelah agak lama berdiam diri. Tidak guna mereka saling bertelingkah di situ. Saling tuduh-menuduh. Semua itu tidak akan membawa apa-apa kebaikan. Baik padanya atau pun pada Badrul sendiri.

“Senangnya cakap. Kau tahu tak, perbuatan kau ni dah menyusahkan aku. Menyusahkan masa depan aku. Aku kehilangan segala-galanya sebab terjebak dalam perangkap kau!!”

Sabrina menarik nafas perlahan. “Saya nak balik!”

“Jangan harap! Aku takkan balik sehingga kau beritahu aku, kenapa kau pilih aku?”

Sabrina angkat muka. Berpandangan dengan muka Badrul yang langsung tiada segarit ketenangan pun. “Tak ada apa yang nak saya beritahu. Semuanya dah berlaku.”

Sabrina cuba sedaya upaya untuk berlembut. Walau hatinya sudah mula membara dengan tuduhan demi tuduhan dari mulut Badrul, dia cuba untuk menggunakan akal. Dia tidak mahu larut di dalam emosi seperti Badrul.

“Wah! Cepatnya kau reda dengan apa yang berlaku. Baru tiga minggu lalu kau menangis dan menangis dan menangis… tiba-tiba hari ni kau jadi tabah pula. Kenapa? Sebab kau dah jumpa buah hati?”

“Diam!” jerit Sabrina tiba-tiba.

Badrul terkedu. Sabrina merenung tajam wajahnya.

“Diam! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Tak nak! Faham!!!”

Page 72: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

72

Badrul tersandar di badan kereta. Dia terkejut dengan jeritan Sabrina sebentar tadi. Dan kini Sabrina bergerak menghampirinya. Terkebil-kebil Badrul melihat Sabrina yang cuma separas dadanya, mendongak menentang wajahnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

“Awak cakap ni mimpi buruk awak? Kalau awak nak tahu, ini malapetaka bagi saya! Awak cakap awak kehilangan segala-galanya, tapi saya musnah! Seluruh kehidupan saya dah musnah! Awak tahu tak… saya hilang maruah diri. Saya hilang kerjaya. Saya hilang kekasih. Saya hilang seluruh kehidupan saya yang dulu! Semua yang saya usahakan, lenyap dalam sekelip mata. Jadi, awak jangan senang-senang nak tuduh saya yang menjadi punca semua ni!!!”

Badrul tergamam. Dia kehilangan kata-kata sebaik sahaja mendengar jeritan Sabrina. Memang semua ini di luar jangkaannya.

“Kalau awak marahkan saya, lepaskan saya! Tak perlu terus menghina saya begini,” katanya dengan nada yang sedikit mengendur.

“Jangan harap!”

Sabrina kembali memandang wajah Badrul. Tidak faham dengan sikap Badrul. Lelaki memang ego! bentaknya di dalam hati. “Saya dah penat. Penat untuk terus jadi bahan cacian orang. Kalau tak suka, lepaskan aja. Buat apa nak bergaduh macam ni?”

“Supaya kau boleh cari mangsa yang baru? Mangsa yang lebih bodoh dan lebih mudah ditipu?”

Sabrina mengeluh panjang. Tidak guna bercakap dengan Badrul. Sia-sia saja. Sia-sia jeritannya sebentar tadi. Dia sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan untuk menghamburkan kemarahan itu. Dari mana sekalipun

Page 73: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

73

keberanian itu menjengah, ternyata sekarang dia berasa sedikit lega. Walau Badrul masih tidak mempercayainya, tetapi dia tetap berasa lega. Terasa beban yang menghimpit perasaannya menjadi sedikit ringan. Patutlah Badrul sering menengkingnya. Barangkali itu cara lelaki itu melampiaskan beban yang memberat di hatinya selama ini.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah. Bergerak menuruni kawasan berbukit yang sunyi itu.

Badrul digaru sedikit rasa hairan. “Woit!”

Sabrina terus melangkah.

“Kau nak ke mana tu?”

Melihat Sabrina terus melangkah tanpa berpaling, Badrul dilanda serba salah. Tidak mungkin dia akan pergi pada gadis itu dan memujuknya. Tidak wajar juga dia membiarkan Sabrina berlalu di kawasan terpencil begini. Sengaja dia ke sini untuk menghamburkan kemarahannya yang menggunung tinggi. Dia tidak boleh melepaskan kemarahannya di rumah. Pasti kecoh kalau sampai ke pengetahuan bapanya. Namun, segunung marahnya itu tiba-tiba merata tatkala jeritan Sabrina pula yang bertukar tempat. Betul-betul di luar jangkaan. Gadis yang sering bertemankan air mata itu, tiba-tiba boleh menjerit menentangnya. Membuat dia terkedu dan kelu.

“Sa… Sabrina. Tunggu!” jeritnya tatkala melihat kelibat Sabrina semakin menjauh. Melihat gadis itu tidak bereaksi dengan panggilannya, dia mengambil keputusan untuk mengejar gadis itu.

“Kau nak ke mana?” soalnya sebaik berdiri menghalang langkah Sabrina.

Sabrina menyapu air mata yang basah di pipinya.

Page 74: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

74

“Entah!” jawabnya sepatah.

“Jom.” Badrul bersuara sambil memegang tangan Sabrina.

Cepat-cepat Sabrina merentap tangannya. Terasa sakit. Perlahan-lahan dia menggosok lengannya.

Mata Badrul tertangkap kesan merah pada lengan Sabrina yang putih. “Lengan kau…”

Sabrina cuma memandang wajah Badrul, sebelum langkahnya dihayun semula.

“Kau nak ke mana?” Sekali lagi Badrul bersuara. Kali ini dengan nada geram.

“Entah!”

“Jom balik!”

“Awak baliklah. Tinggalkan saya kat sini.”

“Kau gila? Macam mana kau nak balik nanti?”

“Pandai-pandailah saya.”

“Jangan nak mengada-ada. Aku tak ada masa nak pujuk-pujuk kau. Cepat masuk dalam kereta!”

“Tak nak. Saya tak nak ikut awak!”

Badrul merengus marah. Ternyata banyak onar gadis ini yang membuat hatinya sakit. Tanpa bersuara, dia menarik tangan Sabrina.

“Tak nak! Saya tak nak ikut awak. Saya dah jelak dengar penghinaan awak. Saya dah muak dengar awak marah-marah!” Sabrina menjerit sambil merentap kuat tangannya.

“Jangan mengada-ada. Cepat ikut aku balik!”

Sabrina meronta sambil menarik kuat tangannya.

Page 75: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

75

“Lepaskan tangan saya!!!” Sekali lagi dia menjerit. Cukup kuat untuk membuat darah Badrul membuak tiba-tiba.

“Fine! Aku lepaskan!” Tanpa berfikit panjang, Badrul melepaskan pegangannya.

Sabrina terduduk atas tanah yang berbatu. Dia menyeringai kesakitan. Punggungnya terasa sakit. Tangannya yang menekan tanah, turut luka terkena batu.

Badrul terkebil-kebil memandang Sabrina yang jatuh terduduk.

Perlahan-lahan, Sabrina mengangkat kedua-dua belah tangannya. Melecet dah berdarah. Dia cuba bangkit, tetapi rasa sengal di punggung membuatkan dia terduduk semula.

Melihat keadaan Sabrina, Badrul cuba sembunyikan senyum. Padan muka! Badrul menghulurkan tangannya, mengandaikan Sabrina akan menyambut huluran tangannya untuk berdiri.

Namun, sebaliknya Sabrina membuang pandang. Dia cuba untuk bangun sendiri.

“Dah sakit macam ni pun, masih nak tunjuk keras kepala!”

Sabrina diam. Dia tidak akan menerima bantuan Badrul. Rasa sengal ditahannya. Dia menangis. Menangis kerana menahan rasa sakit dan pedih. Namun, dia terduduk sekali lagi.

Badrul mengeluh keras.

“Sakit ke?” soal Badrul agak keras.

“Sakitlah!” Keras jawapan yang keluar dari bibir Sabrina.

Page 76: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

76

Badrul tergelak kecil. Dia malas melayan marah gadis itu. Dia sendiri sudah hilang mood untuk bertekak. Tidak seronok menengking Sabrina, apabila kemudiannya dia pula yang ditengking. Sudahnya dia tunduk memegang bahu Sabrina dan menolong mengangkat tubuh gadis itu.

Sabrina mengalah dalam terpaksa. Rasa sengal di punggungnya membuatkan dia mengalah.

“Tengok tangan tu.”

“Sikit aje,” balas Sabrina dingin. Perlahan-lahan dia melangkah. Sakitnya!

“Boleh jalan ke?”

Sabrina diam. Boleh pula bercakap lembut, bisiknya dalam hati.

“Boleh jalan ke tak ni?”

“Boleh. Saya boleh jalan sendiri.”

“Betul?”

Sabrina mengangguk. Tangan Badrul yang mendarat di bahunya, ditolak perlahan-lahan.

Badrul sekadar memandang Sabrina yang berjalan terdengkut-dengkut. Jelas wajah itu menahan sakit. Dia melangkah perlahan-lahan di belakang gadis itu. Berjaga-jaga kalau Sabrina terjatuh lagi.

“Lain kali jangan buat keras kepala!” Badrul bersuara tiba-tiba.

Tiada balasan.

Badrul menggeleng perlahan. Pantas tangannya membuka pintu kereta untuk Sabrina.

Sabrina terus melangkah masuk tanpa banyak bicara.

Page 77: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

77

Badrul mencapai kedua-dua belah tangan Sabrina. Agak banyak kesan calar akibat terkena batu. Darah mula meleleh. Dia mencapai tisu, kemudian melekapkan pada kedua-dua belah telapak tangan Sabrina yang luka. Lengan Sabrina yang lebam, dibelek seketika. “Hmmm… kita ke klinik.”

“Sikit aje. Tak payahlah!”

“Jangan banyak cakap!” ujar Badrul tegas sambil bergerak ke bahagian pemandu.

Sabrina diam. Malas untuk bersuara. Tekak pun terasa perit tiba-tiba. Tidak pernah dia menjerit, tiba-tiba hari ini dia memecah tradisi pula.

“Kita ke klinik. At least untuk ambil ubat tahan sakit dan cuci luka tu.”

“Sikit aja.”

Badrul menjeling. Tidak mahu bersuara lagi. Keputusannya muktamad. Sesekali dia menoleh, melihat wajah Sabrina yang menahan sakit. Terbit rasa kasihan melihat wajah itu.

SABRINA menatap beg plastik berisi ubat di atas meja kecil di sebelah katilnya. Kemudian dia menatap pula luka di kedua-dua belah telapak tangannya. Sudah disapu ubat luka. Mungkin esok atau lusa, luka itu akan menjadi parut. Cuma punggungnya masih terasa sengal. Masih sakit. Dia mengeluh perlahan. Ketukan di pintu, memaksa dia menoleh. Dengan perasaan sedikit malas, dia bangun lalu bergerak ke arah pintu. Daun pintu dibuka perlahan.

“Abah!”

Page 78: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

78

Datuk Hamidi mengukir senyum. “Mama cakap Ina jatuh. Teruk ke?”

Sabrina tersenyum. Perlahan-lahan dia menggeleng. Dia melangkah keluar sambil menutup pintu bilik.

“Teruk ke?”

“Taklah. Sikit aje, abah,”

“Macam mana boleh jatuh?”

Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal.

Datuk Hamidi bergerak ke sofa. Memberi isyarat agar Sabrina turut melabuhkan punggung di situ.

Sabrina akur. Terus melabuhkan punggung, bertentangan dengan Datuk Hamidi.

Datuk Hamidi menghela nafas buat seketika. “Macam mana boleh jatuh?”

Sekali lagi soalan itu meniti di bibir Datuk Hamidi.

“Terlanggar batu. Ya… ya… saya terlanggar batu,” jawab Sabrina tergagap-gagap.

“Bukan sebab bergaduh dengan Bad? Bukan sebab Bad mengasari Ina?”

Laju Sabrina menggeleng. Laju juga jari-jemarinya menutup lengan yang lebam. Tidak mahu Datuk Hamidi melihat lebam di lengannya pula.

“Betul?”

Sabrina mengangguk laju.

“Badrul tu panas paran. Abah risau kalau-kalau dia tak dapat kawal emosi dia. Sebab, abah tengok kebelakangan ni, dia macam terganggu. Sering memberontak.”

Sabrina mengukir senyum.

Page 79: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

79

“Abah tak suka anak abah ringan tangan pukul isteri. Kalau Bad ada buat macam tu pada Ina, beritahu abah. Jangan rahsiakan.”

“Tak adalah…”

“Kenapa? Abah ingat anak mama tu jahat sangat ke?”

Belum sempat Sabrina menghabiskan kata-katanya, satu suara lantang memecah keheningan malam. Sabrina diam. Mematung di sofa sambil memandang wajah Datin Hamidah yang mencuka.

“Mama…”

“Abah dengar sini. Mama kenal sangat anak mama. Anak mama bukan jenis lelaki yang pukul perempuan. Jangan nak mereka-reka cerita pasal Badrul pula. Mama tak suka. Anak mama baik. Cuma tak tahu apa malangnya terpaksa berkahwin dengan perempuan murah ni.”

“Jaga sikit mulut tu….” Lembut Datuk Hamidi menegur.

“Kenapa? Apa tak betul ke cakap mama ni? Kenapa abah tiba-tiba baik sangat dengan budak ni? Apa yang dah dia jampi kat abah? Sampai abah ikut aje cakap dia!”

Sabrina tunduk. Cuba pekakkan telinga mendengar sindiran ibu mertuanya itu. Cuba menasihati minda agar kata-kata yang menerpa di telinga itu tidak dicernakan. Tidak mahu hati terus merintih sedih sebenarnya. Dia harus kuat hadapi semua ini sementelah sekarang cuma dia yang boleh membantu dirinya sendiri. Dia sudah tidak punya sesiapa lagi. Dia sudah kehilangan insan-insan yang sentiasa berada di belakangnya.

“Tak baik cakap macam tu, mama.”

Page 80: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

80

“Dah abah tu cakap anak kita macam tu, baik sangat ke?” soal Datin Hamidah geram.

Datuk Hamidi menggeleng perlahan. “Midah… kita kenal anak kita. Kita kenal Badrul. Abah cuma tak nak dia khilaf dalam amarahnya sendiri.”

“Badrul tahu kawal diri. Lagipun, kalau dia yang pukul budak ni, takkan dia pergi hantar ke klinik?”

“Tak. Saya jatuh abah… Datin. Saya terjatuh sendiri. Badrul tak pernah pun mengkasari saya. Mungkin dia marah pada saya. Tapi, dia tak pernah mengkasari saya.”

“Memanglah… sebab anak aku tu, baik. Anak aku tu anak orang baik-baik!” Datin Hamidah menyampuk sinis.

Sabrina tunduk.

“Mama… kalau setakat nak bertengkar, baik mama jangan duduk kat sini.”

“Haiii… menghalau mama pulak? Mula-mula halau mama dari ruang ni. Nanti, halau mama dari rumah ni pulak? Pandai kau pengaruhi suami aku, ya?”

“Mama…”

“Yalah… mama pergi. Mama pun tak ingin nak tengok muka menantu kesayangan abah ni. Abah pandanglah menantu abah ni puas-puas!” Datin Hamidah bersuara sambil berlalu.

Sabrina menarik nafas panjang.

“Ina…”

“Saya tak apa-apa, abah. Abah jangan bimbang….”

“Mama tu baik sebenarnya. Cuma… semua yang berlaku ni, buat dia terkejut. Buat dia susah nak terima kenyataan. Abah yakin Ina boleh faham keadaan mama.”

Page 81: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

81

“Saya faham, abah,” balas Sabrina perlahan. Memang dia faham perasaan semua orang. Siapa yang suka dengan apa yang telah berlaku? Namun malangnya, manusia di sekeliling juga tidak pernah mahu memahami apa yang terjadi.

“Petang tadi Ina pergi ambil kereta, kan? Mana keretanya?”

“Badrul minta orang lain yang ambil nanti.”

“Kenapa? Kan Ina boleh drive sendiri?”

Sabrina termangu. Apa yang hendak dia jawab? Takkan dia hendak bercerita tentang Badrul yang hampir bertumbuk dengan Ikmal.

“Tangan Sabrina dah macam tu. Macam mana dia nak drive?”

Sabrina menoleh ke arah Badrul yang tercegat di hujung tangga. Mendengar penjelasan Badrul, Sabrina tidak berminat untuk bersuara. Jelas Badrul cuba sembunyikan pekung di dada. Mahu rahsiakan apa yang terjadi daripada pengetahuan bapanya.

“Kamu dari mana ni?” Datuk Hamidi bertanya tiba-tiba.

“Keluar. Jumpa kawan.”

“Tiap-tiap malam jumpa kawan?”

Badrul menjongket bahu sambil melangkah menuju ke bilik.

“Duduklah dulu. Abah nak cakap sikit.”

“Saya nak mandilah, abah. Rimas rasanya ni.”

Datuk Hamidi tidak bersuara lagi. Sekadar membiarkan Badrul terus berlalu.

Page 82: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

82

Sabrina pula lebih senang menjadi pemerhati. Dia mengerti maksud kata-kata Badrul. Dirinya yang membuat Badrul rimas sebenarnya.

“Ina?”

Sabrina tersentak kecil.

“Kenapa ni?”

“Ha? Tak ada apa-apa… tak ada apa-apa, abah….”

“Ina dengan Badrul macam mana sekarang?”

Sabrina tersenyum. Diam. Soalan itu dibiarkan sepi. Rasanya bapa mertuanya itu pun sudah maklum akan situasi sebenar perkahwinan anak tunggalnya itu. Tidak perlu rasanya untuk dia membuka cerita. Satu rumah itu pun sudah maklum.

“Badrul ke mana tadi tu?”

Sabrina menggeleng.

“Takkan dia tak beritahu Ina, ke mana dia nak pergi?”

Sekali lagi Sabrina menggeleng. Memang dia tidak tahu. Badrul tidak beritahu apa-apa padanya. Dia faham, dia tidak berhak untuk mencampuri urusan hidup Badrul.

“Ina belajarlah sesuaikan diri. Abah yakin, lama-kelamaan baik Ina ataupun Badrul… kamu berdua pasti dapat terima kenyataan.” Datuk Hamidi bersuara tenang.

Sabrina mengeluh perlahan. Kata-kata Datuk Hamidi kedengaran cukup mudah. Penuh dengan harapan. Namun, realitinya semudah itukah? Dia tidak nampak walau sedikit pun cahaya kebahagiaan di dalam ikatan perkahwinan yang baru dimeterai itu. Dia sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya yang dia harapkan daripada ikatan ini. Perkahwinan ini membuat perasaannya mati. Membuat dia

Page 83: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

83

terperangkap di dalam lorong yang amat gelap. Terlalu gelap, sehingga dia tidak tahu di mana harus dia mulakan langkah. Tidak nampak arah yang perlu dia tuju.

“Abah rasa, mungkin kamu berdua patut luangkan masa bersama. Luangkan masa berdua. Barangkali itu boleh membantu.”

Sabrina memandang wajah Datuk Hamidi dengan kening yang berkerut. Tidak faham maksud kata-kata lelaki itu. “Maksud abah?”

“Spend more time together. Honeymoon?”

“Hah?”

Spontan soalan itu terpacul dari bibir Sabrina.

“Kita tak boleh mengharapkan sesuatu perkara tu berubah menjadi baik dengan hanya berserah aja. Kita kena berusaha ke arah itu. Abah rasa honeymoon satu usaha yang baik. Mungkin kamu berdua boleh lebih mengenali hati budi masing-masing.”

“Tak payahlah, abah.”

“Bincanglah dengan Badrul. Nanti beritahu abah. Abah akan sponsor honeymoon kamu berdua. Anggaplah ni hadiah perkahwinan daripada abah.”

Sabrina tersenyum kelat. Tidak masuk akal saranan bapa mertuanya itu.

“Fikirkan cadangan abah ni.” Datuk Hamidi bersuara sambil angkat punggung.

Sabrina sekadar mendengar. Fikirkan? Sabrina tersenyum sinis. Sebaiknya dia fikirkan bagaimana caranya untuk dia akhiri ketegangan yang timbul ini. Fikirkan bagaimana caranya untuk dia akhiri perkahwinan ini. Dia memandang Datuk Hamidi yang berlalu menuju ke biliknya.

Page 84: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

84

Kemudian dia termangu sendirian di sofa. Tidak tahu mahu melangkah ke mana. Mahu masuk ke bilik, dia tidak mahu mengganggu Badrul. Sudahnya, dia bergerak ke balkoni. Menikmati kegelapan malam di situ. Rasa mengantuk yang menjengah, ditahan. Tunggulah sehingga Badrul lena. Itulah rutin hariannya kini.

“Ehem….”

Sabrina menoleh. Badrul tercegat di belakangnya. Santai bersama track suit dan t-shirt hitam. Baru selesai mandi barangkali. Seketika kemudian, dia kembali menebarkan pandangan pada kegelapan malam.

Badrul bergerak ke pagar balkoni. Bersandar sambil memandang Sabrina yang leka melayan menungnya. “Macam mana? Sakit lagi ke?”

Sabrina mengalih pandangan. Merenung tepat ke wajah Badrul. Bukan sedikit hairan yang membukit di benaknya saat ini. Hairan melihat perubahan Badrul yang mendadak.

“Tak. Sikit aja,” jawab Sabrina pendek.

Badrul mengeluh panjang. “Apa kau cakap dengan abah tadi?”

“Tak ada apa-apa….”

“Ada abah tanya pasal kita?”

“Macam biasalah. Saya rasa dengan awak pun, abah tanya soalan yang sama.”

“Kalau boleh, jangan selalu sangat bersembang dengan abah.” Badrul bersuara tanpa memandang wajah Sabrina.

Sabrina merenung Badrul hairan. “Kenapa?”

“Aku tahu. Kau cuba pengaruhi abah, kan? Sebab

Page 85: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

85

dalam rumah ni, cuma abah aja yang beri perhatian pada kau.”

Sabrina mengeluh perlahan. Sekali lagi tuduhan tidak berasas dilemparkan padanya.

“Awak… saya nak minta maaf pasal petang tadi. Saya tak bermaksud nak tengking awak. Tak tahu kenapa… tiba-tiba saya hilang sabar.” Sabrina bersuara tanpa menghiraukan tuduhan Badrul.

Badrul tersenyum sinis.

Entah kenapa, sakit hatinya melihat senyuman lelaki itu.

“Siapa yang boleh sabar kalau buah hati kena kutuk. Ya tak?” sindir Badrul pedas.

Sabrina merenung wajah itu buat seketika. Akhirnya dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Malas melayan bicara Badrul yang menyakitkan hati.

“Bila kau nak jumpa dia lagi?”

Sabrina diam.

Badrul tergelak.

Gelak yang membuat Sabrina berasa tersindir. Memang Badrul tetap tidak mempercayai kata-katanya. Masih menganggap dialah punca segala insiden memalukan itu. “Kalau awak tak percayakan saya, baik kita tamatkan semua ni. Buat apa kita saling bertengkar?”

“I told you, jangan harap!”

“Kenapa?”

“Sebab ni yang kau mahu, kan? Kan kau nak hidup bersama aku. Kau dah rancang nak kena tangkap basah dengan aku. Jadi, takkan aku nak kecewakan kau, kan?”

Page 86: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

86

“Suka hatilah awak nak cakap apa pun.”

“Tengok tu. Tiba-tiba kau dah jadi kuat, ya? Kalau tak, sikit-sikit meleleh... sikit-sikit meleleh.”

Sabrina diam lagi. Dia nekad untuk terus membiarkan kata-kata pedih itu berlalu pergi.

Tiada guna dia pertahankan kebenaran, kalau tiada siapa yang mahu menilainya. Tiada guna dia terus menangis kalau tiada siapa yang sudi memujuknya. Tiada guna dia terus bertelagah kalau akhirnya dia tersungkur di kaki amarah.

Biarlah dia menjadi pemerhati untuk setiap tindakan. Melatih kesabaran biar menebal di hatinya yang parah.

Page 87: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

87

MARIA menggeleng perlahan sambil mengacau air Nescafe panasnya. Melihat menungan

Ikmal, membuat dia dilanda resah yang tidak berpenghujung. Lelaki ini terlalu mengikut perasaan. Terlalu lemah sehingga sering tewas pada emosinya sendiri. Sekali lagi pandangannya dilayangkan ke wajah Ikmal. Renungan Ikmal jauh memecah dinding kaca tempat dia menikmati makan malam. Merenung kawasan Sunway Lagoon yang luas.

“Ina suka pandang Sunway Lagoon dari sini. Cantik, katanya.” Ikmal bersuara tiba-tiba.

Maria mengangkat muka perlahan-lahan. “Ikmal. Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila?”

“Entah….” Lemah Ikmal menjawab.

“Orang tu dah kahwin. Dah bahagia agaknya. Kau pula yang makan hati kat sini.”

“Bahagia? Kau tak nampak apa yang aku nampak?”

Maria kerutkan kening. Apa yang Ikmal nampak?

bab 7

Page 88: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

88

“Apa yang kau nampak?” soalnya perlahan.

“Suami Ina… kasar betul dia dengan Ina.”

“Ya ke?”

Ikmal mengangguk perlahan. Peristiwa tiga hari lepas kembali berlegar di ingatannya. Teringat wajah Sabrina yang menahan kesakitan. Juga teringat wajah ketakutan Sabrina mendengar lelaki itu menengkingnya.

“Takkanlah…”

“Aku nampak, Mar. Sakit hati aku. Aku sendiri tak pernah layan Ina macam tu. Tak ada sesiapa yang pernah layan Ina sekasar tu. Takkan kau tak perasan? Depan aku, dia cakap akan buat Ina menderita!”

Maria diam seketika.

“Entahlah... tak tahu nak cakap apa. Hari tu, aku nampak mereka mesra aja. Macam tak kena kahwin paksa pun.” Tanpa dirancang, meluncur satu pembohongan dari bibir Maria. Pembohongan yang tidak disengajakan.

“Betul ke?”

Maria mengangguk perlahan sambil meneguk air Nescafe panasnya. Maafkan aku Ina, dalam diam hatinya berbisik sendiri. Bukan tidak ada rasa bersalah yang menghantui perasaannya. Namun, pembohongan itu terpaksa dia timbulkan.

“Kenapa kau tak bersama Ina hari tu?” soal Ikmal tiba-tiba.

Maria mengeluh perlahan. Wajah Ikmal dipandang agak lama. “Dia mahu privacy katanya. So, apa lagi aku nak cakap? Aku pun keluarlah.”

“Ya ke? Takkan Ina cakap macam tu?”

Page 89: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

89

“Itulah yang dia cakap pada aku. Agaknya, sejak jadi menantu datuk ni, privacy penting kat dia kut. Ikmal, sudah-sudahlah tu. Jangan fikir lagi pasal dia. Aku kasihan tengok kau terus macam ni. Ina kahwin dengan orang lain, tak bermakna hidup kau dah berakhir. Berapa kali aku nak ulang pada kau? Belajar lupakan dia, okey? Dia dah jadi isteri orang pun.”

“Kalau dia bahagia, aku lega. Aku tak kisah. Walaupun hati aku sakit, aku lega sangat-sangat. Tapi, aku tak sanggup tengok Ina macam tu. Dia tak bahagia, Mar….”

“Mana kita tahu, Mal? Kita cuma tengok dia hari tu aja….”

“Tapi, semua tu dah cukup untuk beritahu aku, Ina tak bahagia. Hidup dia terseksa!”

“Agaknya suami dia cemburu tengok kau dengan dia. Yalah... orang kalau dah cemburu, macam-macam gayanya.”

Ikmal berfikir seketika. Betul ke kemarahan lelaki itu berpunca daripada rasa cemburu? Ikmal memandang wajah Maria yang tenang menghadap nasi goreng.

“Ina tak ada cerita apa-apa ke pada kau?” tanya Ikmal. Dia cuba merisik sesuatu tentang Sabrina daripada Maria.

Maria menggeleng perlahan.

“Takkan tak ada langsung?”

“Tak ada. Cerita apa yang kau maksudkan?”

“Pasal peristiwa tangkap basah tu? Hari tukan, dia cakap bukan salah dia. Mesti dia ada cerita apa sebenarnya yang berlaku pada kau.”

“Tak ada. Bila aku nak buka cerita pasal tu, dia terus

Page 90: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

90

tukar topik. Tak tahu kenapa.” Maria memotong kata-kata Ikmal dengan satu lagi pembohongan.

Wajah Ikmal jelas kelihatan kecewa.

“Kalau kau nak aku paksa dia cerita apa yang terjadi, aku boleh telefon dan tanya dia.”

Ikmal menggeleng perlahan. “Tak apalah, Mar. Kalau dia tak nak cerita, tak apalah. Takkan kita nak paksa pula. Mungkin dia tak nak ingat pasal peristiwa tu kut.”

“Entahlah….”

“Aku rasa macam mimpi aje, Mar. Semalam mak aku tiba-tiba tanya pasal Ina. Pelik aku. Entah dari mana dia tahu Ina kena tangkap basah.”

“Errr… kau tak pernah cerita kat mak kau ke?”

Ikmal menggeleng.

“Kenapa kau tak cakap dengan mak kau?”

“Aku tak sampai hati, Mar. Mak aku dah beli semua barang hantaran untuk pertunangan kami. Bukannya lama, sebulan aja lagi. Beria-ia dia siapkan semuanya. Takkan tiba-tiba aku nak beritahu Ina kena tangkap basah dengan lelaki lain?”

Maria terdiam. Untuk seketika dia cuma memandang wajah Ikmal yang semakin murung. “Tapi, mak kau berhak tahu, kan?”

“Ya. Tapi, aku tak tahu macam mana nak berterus terang dengan dia. Aku tak berani nak tengok dia sedih. Dia sayang sangat pada Ina. Tiba-tiba dapat berita macam tu, aku rasa kau pun boleh agak macam mana reaksinya nanti.”

“Tapi… sekarang dia dah tahu, kan?” soal Maria dengan nada tersekat-sekat.

Page 91: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

91

Ikmal mengangguk lesu.

“So, macam mana penerimaan dia?”

Ikmal tergelak hiba. “Dia mengamuk. Marahkan aku. Katanya ada orang telefon beritahu Ina kena tangkap basah.”

“Orang? Siapa?” tanya Maria dengan kening berkerut. Jantungnya berdegup kencang. Jangan-jangan ibu Ikmal cam suaranya.

“Entah. Mak kata dia tak cam suara orang tu. Tapi, mak marah betul pada aku. Marah pada Ina. Aku tak salahkan mak. Aku tahu dia kecewa sangat.”

Maria mengeluh lega. “Sekarang macam mana?”

“Dia merajuk dengan aku. Dia kata, benda serius macam ni pun aku tak nak beritahu dia.”

“Laaa… dah tu sekarang ni, macam mana? Betul juga cakap mak kau tu. Kau rahsiakan benda serius macam ni daripada dia, macam kau belakangkan dia la. Padahal kau tahu, dia yang bersusah payah untuk majlis pertunangan kau tu. Entah-entah dia dah jemput saudara-mara terdekat.”

“Itu yang buat dia mengamuk tu!”

“Maksud kau, mak kau dah jemput saudara-mara dan kawan-kawan dia?”

Ikmal mengangguk lemah.

“Ya Allah, Ikmal. Takkan kau tak terfikir semua ni? Kenapa tak beritahu mak kau awal-awal lagi? Kan memalukan kalau tiba-tiba majlis pertunangan tu dibatalkan?”

“Aku lupa. Aku betul-betul lupa pasal majlis tu. Aku tak boleh nak fikir apa-apa, Mar. Aku jadi blank. Bingung. Dan, sekarang… bertambah bingung aku dibuatnya.”

Page 92: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

92

“Dah ramai ke mak kau jemput orang?”

“Mak dah tetapkan tarikh rupa-rupanya. Tunggu hari aje. Lagi parah, pak long aku siap nak buat kenduri kesyukuran. Dah jemput orang kampung, pun….”

“Masalah tu, Mal. Banyak pihak yang terlibat. Kau pun silap. Kalau kau beritahu mak kau awal-awal dulu, mungkin mak kau tak marah macam ni. Yalah… macam mana dia tak marah? Tarikh dah ditetapkan, barang hantaran dah dibeli, jemputan dah diundang… malu dia kalau tak jadi.”

“Ya, aku mengaku memang salah aku. Tapi, aku betul-betul buntu masa tu. Aku macam orang sasau.” Ikmal bersuara lemah.

Maria mengeluh panjang. “Yalah… yalah... aku faham perasaan kau. So, sekarang macam mana?”

“Entah!”

“Entah?” soal Maria dengan kening berkerut.

Ikmal di hadapannya kini, bukan lagi Ikmal yang dia kenal lapan tahun lalu. Bukan Ikmal yang ceria dan penuh semangat. Ikmal di hadapannya kini, nampak sungguh lemah. Ikmal sudah menjadi selemah Sabrina. Walaupun tidak menangis, dia nampak ada air mata yang bergenang di birai mata Ikmal. Wajah itu begitu murung sehingga kemurungan itu menjentik rasa bersalah di hatinya.

“Ikmal… aku faham kau sedih dengan apa yang berlaku. Tapi, kau kena belajar terima suratan takdir. Kau kena terima qadak dan qadar yang telah tertulis buat kita. Aku faham, kalau kau nak terus bersedih pasal Ina. Tapi, aku rasa sekarang, baik kau tumpukan pada mak kau. Kasihan dia, Mal. Dia terpaksa hadapi semua ni sendirian,” nasihat Maria.

Page 93: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

93

“Aku dah tak boleh nak fikir. Mak berkeras nak teruskan pertunangan tu. Bukan ke gila namanya tu?”

“Maksud kau? Mak kau nak kau bertunang juga dengan Ina? Inakan dah…”

“Bukan dengan Ina. Dengan sesiapa aja!” pintas Ikmal dengan suara yang cukup lemah.

Maria tergelak kecil. “Serius?”

Ikmal angkat muka. Merenung wajah Maria. “Muka aku nampak macam main-main ke?”

“Sorry… aku tak bermaksud nak gelakkan kau. But, it sounds ridiculous. Dengan sesiapa aja?”

Ikmal mengangkat bahu tanpa senyum. Walau berat permintaan ibunya malam tadi, bukan hal itu yang berlegar-legar di fikirannya. Bukan kedegilan ibu yang tidak mahu membatalkan majlis tersebut yang mengganggu lenanya. Sebaliknya, air mata Sabrina yang mengganggu fikirannya. Wajah pilu Sabrina yang terus-terusan mengekorinya.

“So, apa kau nak buat sekarang?”

Sekali lagi Ikmal angkat bahu.

“Kau tak boleh macam ni. Jangan jadi lemah sampai macam ni sekali. Lupakan dulu pasal Sabrina. Sekarang kau kena fikirkan pasal mak kau.”

“Aku tak tahu!”

Maria mengeluh panjang. “Kalau mak kau desak juga macam mana?”

“Aku dah tak kisah. Aku dah kehilangan Sabrina.”

“Maksud kau?”

Ikmal diam seketika. Sekali lagi pandangannya dihalakan ke luar tingkap.

Page 94: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

94

“Mal… aku tanya ni?”

“Aku tak kisah. Buatlah apa saja. Aku dah tak kisah!”

“Takkan kau nak bertunang dengan sesiapa saja pilihan mak kau?”

Ikmal mengeluh panjang. “Tukar topiklah….”

“Ini masa depan kau, Mal. Of course kau kena ambil tahu. Mana boleh kau serah bulat-bulat pada mak kau.”

“Aku yang salah, kan?”

“Yalah… tapi takkan kau nak bertunang dengan orang yang kau tak kenal? Then… kahwin?”

“Aku dah tak nak fikir semua tu. Perasaan aku dah mati, Mar. Dah mati. Please stop it. Aku tak nak cakap pasal tu lagi.”

Maria merengus marah. “Mana boleh stop? Aku takkan biar kawan aku musnahkan hidup dia macam ni. Dunia belum nak kiamatlah, Mal!”

“But it’s over to me.”

“Aku tak nak dengar kau cakap macam ni lagi. Faham?”

Ikmal tersenyum kelat sambil memandang wajah Maria yang menyinga.

“Kau marah aku, Mar?” soalnya cuba berlucu.

“Of course aku marah. Kalau kau nak terus hidup macam ni, baik kau tak payah jumpa aku lagi!”

Ikmal tersenyum kecil. Tersentuh dengan perhatian Maria. Dia faham kalau Maria marah padanya. Maria tidak mahu melihat dia terus menyeksa diri. Tapi, Maria tidak tahu. Maria tidak tahu bagaimana sukarnya membuang selaut rasa

Page 95: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

95

kasih pada Sabrina yang sentiasa mendamaikannya selama ini. “Thanks, Maria!”

Maria menatap wajah Ikmal yang mula terhias sekuntum senyum. Walau tidak seceria mana, sekurang-kurangnya dia dapat juga melihat senyum Ikmal.

“Aku hargai perhatian kau. Memang kau sahabat yang baik. Terima kasih sebab kau tak pernah penat beri aku kekuatan.”

“Aku tak akan pernah penat, Mal. Aku akan terus berada di sisi kau. Selagi kau perlukan aku.”

“Of course I need you. Kalau kau tak ada, tak tahulah sama ada aku boleh hadapi semua ni atau tak.”

Maria tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia menggenggam tangan Ikmal. “I’m here for you. Forever….”

Ikmal tersenyum kecil. “Thanks!”

Maria tersenyum lagi. “Kalau kau kawan aku, selesaikan masalah mak kau dulu. Kasihan dia….”

“Aku dah tak tahu lagi macam mana cara nak pujuk dia. Marah betul dia pada Ina. Marah betul dia pada aku.”

“Cakap elok-elok dengan dia. Atau… kau nak aku yang cakap dengan mak kau?”

Ikmal tergelak kecil. “Kau tak kenal mak aku, Mar. Keras hatinya. Bukan senang nak dipujuk dia. Lebih-lebih lagi, bila dah melibatkan maruah keluarga macam ni.”

“Kita cuba dulu. Tengok ada penyelesaian atau tak?”

“Penyelesaian apa? Dia nak teruskan juga. Biarkanlah… janji, mak aku tak malu dengan saudara-mara dan kawan-kawannya.”

“Kau?”

Page 96: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

96

Ikmal tersenyum panjang. “Tukar topik lain, okey? Kalau tak, kita cuma akan mengulang percakapan yang sama. Biar masa yang tentukan segala-galanya. Okey?”

Maria menarik nafas panjang. Wajah Ikmal direnung buat seketika.

“Okey!” jawabnya sepatah.

“Tak nak makan ke?” soal Maria tatkala melihat makanan Ikmal yang langsung tidak berusik.

Ikmal menggeleng perlahan. Seleranya mati.

“Order, tapi tak makan. Makanlah sikit. Aku tengok kau ni dah susut benar. Makanlah sikit,” kata Maria separuh memujuk.

“Aku tak ada seleralah.”

“Hmmm… kalau tak nak makan, kita baliklah.”

Ikmal memandang wajah Maria.

Maria tersenyum manis sambil angkat kening.

“Kau baliklah dulu.”

Maria kerutkan kening.

“Aku nak duduk sini kejap.”

Maria mengeluh lagi. “Sekejap? Sampai Sunway Pyramid ni tutuplah tu.”

Ikmal tersenyum tawar.

Maria menggeleng perlahan. “Aku rasakan, semua staf kat sini dah cam muka kau. Selalu sangat termenung melayan perasaan kat sini. Kau duduk sini sampai tua pun, bukannya boleh ubah apa yang dah berlaku.”

“Aku senang duduk kat sini. Aku rasa dekat dengan Ina.”

Page 97: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

97

“Mal… Mal….”

“Aku tahu aku bodoh. Tapi, tak apalah. Aku sanggup jadi bodoh untuk Ina.”

“Aku faham. Kau perlukan masa. Right?”

Ikmal cuma menjawab dengan senyuman.

“Okeylah. Aku nak balik dulu.”

“Yup! Terima kasih sebab temankan aku.”

“Small matter. Lagipun, kita kawan, kan?”

“Ya. Kita kawan….”

Ikmal tersenyum sambil memandang Maria menolak hidangannya seraya angkat punggung. Melihat Maria berlalu pergi, dia menyambung lamunannya. Menjemput Sabrina hadir ke alam khayalannya. Dia mahu terus bersama dengan Sabrina saat ini.

Page 98: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

98

“PUAN SABRINA!”

Sabrina menoleh. Memandang wajah kelat

Jamilah. “Ada apa, Kak Milah?”

“Datuk suruh masuk. Sejuk kat luar ni.”

Sabrina tersenyum kecil. “Saya nak ambil angin kejap. Kejap lagi saya masuklah.”

“Masuk ajelah, puan. Nanti saya kena marah pulak.”

“Tak payahlah panggil saya puan. Panggil Ina cukup.”

“Puankan isteri majikan saya. Mana boleh panggil macam tu.”

Sabrina tersenyum lagi. Dia sedar kata-kata Jamilah penuh dengan nada sinis. Memang Jamilah tidak pernah suka padanya sejak dari hari pertama dia melangkah masuk ke rumah ini. Tetapi, dia tidak boleh salahkan Jamilah. “Dah lama Kak Milah kerja kat sini?”

bab 8

Page 99: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

99

“Kenapa pula puan nak tahu?”

“Saja saya nak tanya. Sebab Kak Milah nampak macam sayang sangat pada keluarga ni. Mesti Kak Milah dah lama kerja dengan Datuk Hamidi, kan?”

“Lamalah juga.”

“Berapa lama?”

“Lamalah juga... hampir lima tahun.”

“Oh… lama juga tu.”

Jamilah diam. Berdiri sambil memandang Sabrina yang tenang di buaian besi di halaman banglo.

“Encik Badrul tu, memang garang ke Kak Milah?”

Jamilah tersenyum sinis. “Takkan puan tak tahu perangai Encik Badrul tu?”

“Manalah saya tahu. Bukan saya kenal dia pun.”

“Kalau tak kenal, macam mana puan boleh ada dalam bilik dia? Sampai kena tangkap basah? Sampai terpaksa kahwin?”

Sabrina tersenyum kelat. “Sampai Kak Milah pun bukan main marah lagi dengan saya, kan?”

Jamilah perlahan-lahan menggaru kepalanya. Dia terkena dengan soalan Sabrina.

Sabrina tersenyum lebar. “Saya faham perasaan Kak Milah. Mestilah Kak Milah geram pada orang yang nak malukan keluarga Datuk Hamidi.”

Jamilah tersenyum kecil. Entah kenapa makin dia cuba mencari kekurangan Sabrina, makin hilang kekurangan itu. Sikap Sabrina nampak cukup berbeza dengan persepsi yang dilemparkan oleh seluruh keluarga itu. “Puan tak marah pada saya ke?”

Page 100: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

100

“Janganlah panggil saya macam tu. Panggil aja Ina. Lagipun, gelaran tu tak layak untuk saya.”

“Mana boleh macam tu.”

“Saya bukan sesiapa kat sini, Kak Milah. Saya tercampak ke sini. Tempat yang tak pernah saya tahu pun sebelum ni.”

“Maksud puan?”

Sabrina tersenyum lesu. “Lupakanlah… buat apa nak bercakap tentang perkara yang dah lepas. Betul tak?”

“Errr….”

“Bukan boleh ubah apa yang dah berlaku pun.”

“Kak Milah!!!”

Jamilah tidak jadi buka mulut. Segera dia berpaling ke arah suara yang memanggil namanya.

“Kak Milah panggil dia masuk, ke Kak Milah duduk bersembang dengan dia?”

“Hah? Errr….”

Bicara Jamilah tergantung di situ. Tiada jawapan untuk soalan Badrul.

“Lama abah tunggu kat dalam. Tahu tak?”

“Kak Milah minta maaf.”

“Dah. Kak Milah pergi masuk.”

Laju Jamilah mengangguk sambil berlalu.

Sabrina sekadar memandang. Kadang-kadang baran Badrul tidak bertempat. Atau baran lelaki itu cuma datang apabila berdepan dengannya?

“Abah nak jumpa. Ada hal nak cakap katanya.”

“Hal? Hal apa?” Sabrina merisik tanya. Pelik

Page 101: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

101

mendengar kata-kata Badrul. Apa lagi yang bapa mertuanya itu mahu bincangkan?

“Mana aku tahu. Katanya dia ada suruh kau bincang dengan aku. Apa dia? Kau tak ada cakap apa-apa pun kat aku. Sengaja nak tengok aku nampak bodoh depan abah, ya?”

Dahi Sabrina berkerut seribu. Hal apa pula yang Datuk Hamidi maksudkan ni? “Saya tak tahu. Apa yang abah cakap dengan awak?”

“Apa keputusan kamu? Dah bincang dengan Sabrina?” Badrul bersuara sinis sambil mengajuk percakapan bapanya.

Sabrina terkebil-kebil memandang wajah Badrul. Benar-benar dia tidak tahu perkara apa yang Datuk Hamidi maksudkan.

“Takkan nak buat muka cicak tertelan kapur aje. Apa dia? Cakaplah kat aku apa halnya.”

Sabrina menggeleng perlahan. Gagal menebak apa yang Datuk Hamidi maksudkan.

Badrul mengeluh sambil menggosok belakang tengkuknya. “Tak nak masuk ke? Ke kau nak tidur kat sini?”

“Awak masuklah dulu. Saya nak ambil angin kat sini kejap.”

“Jangan lama-lama.”

Sabrina mengangguk perlahan. Dia memandang wajah Badrul dengan sedikit rasa hairan. Layanan Badrul padanya malam ini agak berlainan. Agak baik. Itu yang menjadi tanda tanya. Menimbulkan seribu satu persoalan.

“What?” Badrul bersuara. Barangkali menyedari renungan Sabrina yang aneh.

Sabrina tersentak. Laju kepalanya menggeleng.

Page 102: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

102

“Kat sini lagi? Patutlah abah tunggu tak muncul-muncul.”

Mendengar suara itu, Sabrina dan Badrul sama-sama menoleh.

Datuk Hamidi tercegat di muka pintu utama.

Badrul melangkah malas ke arah bapanya.

Melihat Datuk Hamidi sudah pun santai di kerusi besi di luar rumah, Sabrina angkat punggung dari buaian. Pasti ada sesuatu yang penting, yang ingin diperkatakan oleh lelaki itu. Sebelum dia ditengking oleh Badrul, lebih baik dia segera mengekori langkah lelaki itu.

“Duduk dulu.”

Bagai budak yang patuh, Badrul dan Sabrina sama-sama melabuhkan punggung di hadapan Datuk Hamidi.

“So, macam mana? Ina dah bincang dengan Badrul?”

Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Bincang? Bincang apa?

“Bincang apa, abah?” soal Sabrina termangu-mangu.

Datuk Hamidi mengeluh perlahan sambil menggeleng. “Patutlah Bad pun macam blur aje tadi.”

Badrul cuma bersandar di kerusi tanpa sebarang reaksi. Senyum tidak, serius pun tidak. Cuma matanya agak kerap memandang telefon bimbit di tangan.

“Pasal rancangan abah hari tu.”

“Rancangan apa pula abah?” Badrul pula menyoal.

“Honeymoon kamu berdualah.”

“Hah?” Agak kuat soalan itu meniti di bibir Badrul.

Page 103: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

103

Sabrina terkebil-kebil. Baru dia teringat akan cadangan bapa mertuanya itu. Sedikit pun dia tidak ambil serius akan cadangan yang tidak masuk dek akal itu.

“Ya. Yang kamu ni terkejut sangat, kenapa?”

Badrul mengeluh panjang. Merepek betul orang tua ni, bisiknya dalam hati.

“Kamu cakap kat mana destinasinya. Abah support semua. As a wedding gift from me.”

“Tak payahlah! Saya sibuk sekarang ni.” Badrul bersuara sambil lewa.

Sabrina diam. Jawapan itu sudah dijangka. Dia sendiri pun tidak berminat untuk ke mana-mana bersama Badrul.

“Ambillah cuti. Banyak pula alasannya. Kamu kahwin dah dekat sebulan. Pergilah berehat berdua. Cari keserasian!”

“Tak penting semua tu, abah!”

“Betul cakap Bad tu, abah.”

Datuk Hamidi angkat punggung. Memandang seketika wajah anak dan menantunya.

“Fikir dulu. Esok beritahu jawapannya. Kalau tak ada jawapan, abah akan tentukan sendiri. And you, Badrul. You must take leave. Jangan banyak alasan!”

“Abah! Saya dah besarlah abah. Janganlah atur hidup saya macam ni. Saya bukan budak kecil lagi.”

“Besar ke… kecil ke… kamu anak abah. So, kena patuh cakap abah.”

Badrul membuang pandang. Geram dengan sikap bapanya.

Page 104: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

104

“Tak ada alasan!” Sempat Datuk Hamidi mengulangi kata-katanya sebelum melangkah ke arah pintu utama.

“Abah!”

Datuk Hamidi berpaling ke arah Badrul.

“So, abah memang nak kami pergi honeymoon la?”

Datuk Hamidi kerutkan kening. “Kamu tak faham bahasa Melayu ke?”

Badrul menggaru kepala sambil tersenyum kelat.

“Pangkor!” tukasnya spontan.

“Apa?” soal Datuk Hamidi sambil memandang wajah Badrul. Dia tidak faham maksud kata-kata anak tunggalnya itu.

“Saya nak ke Pangkor. Tempat penginapannya, esok saya beritahu. But, saya nak pergi as soon as possible. Lusa?”

Datuk Hamidi menggosok dagu seketika.

Sabrina pula terkedu. Bulat matanya memandang wajah Badrul. Memang tindakan dan fikiran lelaki ini terlalu sukar untuk dijangka.

“Tadi bukan main menolak. Sekarang dah tak sabar-sabar pulak?”

“Kalau tak boleh lusa, saya tak nak pergi!”

“Hai… kata dah besar. Takkan pasal kena delay sikit, dah nak merajuk?”

“Saya seriuslah abah!”

“Suka hati kamulah. Esok pagi-pagi inform abah. Betul ke nak ke Pangkor ni? Tak nak ke tempat lain ke? Oversea ke?”

“Pangkor. Saya nak ke Pangkor. And, terima kasih, abah!”

Page 105: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

105

“Untuk apa pula?”

“For that wedding gift.”

Datuk Hamidi mendengus perlahan.

“Dah malam. Pergi masuk tidur!” arah Datuk Hamidi.

Badrul tersenyum sambil mengangguk.

Sabrina pula terus setia menjadi pemerhati. Dia tidak berani mencelah. Cuma, kepalanya ligat berfikir tentang keputusan Badrul. Cukup aneh keputusan yang baru Badrul ambil. Hatinya memberontak mahu bertanya apa yang mengubah pendirian Badrul. Namun, apabila teringatkan kata-kata Badrul yang selalu sinis dan pedas, lidahnya menjadi kelu.

Badrul mengeluh panjang sebaik sahaja Datuk Hamidi hilang dari pandangan. Matanya dilalihkan ke wajah Sabrina yang jelas kelihatan terpinga-pinga. Untuk seketika, dia bersandar di kerusi. Ingin menanti soalan dari bibir gadis itu. Dia tahu, pasti Sabrina terkejut. Selebihnya pasti gadis itu kehairanan. Agak lama menunggu, Sabrina tetap tidak bersuara. Mengundang rasa geram pula di hatinya.

“Anything to say?” soalnya sambil tajam meratah wajah di hadapannya itu.

Sabrina menggeleng perlahan.

Badrul menarik nafas panjang. “Tak rasa pelik ke?”

Sabrina angkat muka. Memandang wajah Badrul yang masih merenungnya. “Pasti awak ada sebab tersendiri, kan? Saya rasa, saya tak ada hak untuk bertanya. So, terserah pada awaklah….”

Lembut jawapan Sabrina bagai membakar rasa marah Badrul. Dia tidak tahu mengapa dia harus marah.

Page 106: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

106

Kerana Sabrina tidak mahu melawan cakapnya? Atau kerana Sabrina terlalu tenang berdepan dengannya. Itulah yang dia perasan. Sejak akhir-akhir ini, Sabrina lebih tenang menghadapi marahnya. Menghadapi kata-kata sinisnya. Membuatkan pertelingkahan yang baru ingin dicetuskan, berkubur begitu saja. Terasa seperti orang bodoh pula dia kerana marah-marah pada Sabrina. Padahal gadis itu tenang menghadapinya. Tiada cabaran. Tiada keseronokan. Sudahnya dia yang angkat punggung. “Tak nak masuk?”

Sabrina menggeleng.

Badrul memandang jam pada telefon bimbitnya. “Dah dekat pukul dua belas. Masuklah. Malam-malam macam ni, kat kawasan ni banyak hantu. Tu… rumah kosong kat depan tu… malam-malam macam ni, macam-macam bunyi boleh dengar.”

Sabrina menelan liur. Matanya terarah pada banglo besar yang tersergam di hadapan banglo milik Datuk Hamidi. Memang nampak suram dan gelap. Dan yang paling penting, banglo itu kosong dan menakutkan. Membuat bulu romanya tiba-tiba meremang. Sabrina mengalihkan pandangan ke arah Badrul.

Badrul mengangkat kening. Puas hati dapat melihat wajah pucat Sabrina. Tidak dapat membuat gadis itu marah, dapat menakutkannya pun sudah cukuplah! Perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan Sabrina sambil menyembunyikan senyuman. “Oh, ya… nanti kalau ada apa-apa yang datang kat pagar and…”

Sabrina menjerit tiba-tiba. Terus dia angkat punggung dan berlari masuk ke dalam, meninggalkan Badrul yang terpinga-pinga kerana terkejut melihat Sabrina yang berlari laju melintasinya.

Page 107: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

107

Melihat reaksi spontan gadis itu, Badrul tergelak kuat sambil menyambung langkah ke ruang tamu. Untuk seketika, dia mengamati Sabrina yang tercegat ketakutan. “Kau ni, kenapa?”

Laju dia menggeleng.

“Aku cakap, kalau ada sesiapa yang datang dalam keadaan mencurigakan, jangan hirau. Terus masuk. Manalah tahu kalau-kalau perompak ke… pencuri ke… pembunuh ke….”

Sabrina merenung tajam wajah selamba Badrul. Geram. “Tak ada hantulah?”

Badrul tergelak lagi. Tidak disangka yang gadis ini takutkan hantu. “Bodoh. Mana ada hantu? Kau percaya hantu ke? Kalau ada hantu pun, hantu mesti respect kat orang jahat macam kau ni. Dia orang tak akan kacau kau punya!”

Sabrina membuang pandang. Laju dia melangkah meniti anak tangga. Tidak mahu sendirian di ruang tamu yang besar itu.

“Nak ke mana tu?”

“Tidur,” jawab Sabrina pendek.

Badrul tersenyum sambil menggeleng perlahan. Dia mengatur langkah mengekori Sabrina. “Biasanya kau tunggu aku tidur dulu, kan?”

“Malam ni saya mengantuk sangat.”

“Mengantuk ke takut hantu?”

Sabrina diam. Malas menjawab. Dia tahu Badrul sengaja ingin menyakiti hatinya. Sengaja ingin membuat dia marah.

“Tak sangka zaman sekarang, ada lagi orang percayakan hantu.”

Page 108: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

108

Sabrina membuka pintu bilik. Membiarkan Badrul terus berceloteh sendirian tentang kobodohannya. Cukup ceria wajah itu apabila dapat mengutuknya. Sudahnya, dia hanya menggigit bibir menahan geram. Dia cuba pekakkan telinga sambil tangannya menarik bantal dan selimut, kemudian melangkah ke sofa panjang. Tempat beradunya.

“Good night!” ujar Sabrina. Sengaja mahu membakar amarah Badrul. Dia tahu Badrul menahan rasa setiap kali marahnya tidak bersambut. Bicara sinis daripada lelaki itu sudah tidak berbekas di hatinya.

Badrul menjeling ke arah Sabrina yang sudah siap berselimut. Sudah tidak tahu di mana kaki, di mana kepala. Satu badan ditutup dengan comforter.

“Hantu punya perempuan!” Perlahan-lahan dia merungut sambil merebahkan badan ke katil. Lampu meja dipadamkan.

Page 109: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

109

NAFISAH mengeluh lagi. Serba tidak kena hatinya saat ini. Berat kepala memikirkan masalah

yang ditinggalkan oleh Sabrina. “Tak sampai sebulan lagi, Mal.”

Ikmal mengangkat muka. Memandang wajah ibunya yang masam mencuka. Ikmal mengeluh perlahan. Faham apa yang sedang berperang di hati orang tua itu. Tetapi, apa yang dia boleh buat? “Mal minta maaf, mak.”

“Minta maaf aja tak cukup, Mal. Mak nak kita teruskan juga pertunangan kamu tu. Malu mak nanti. Semua saudara mak dah jemput untuk majlis tu.”

“Tapi, saya nak bertunang dengan siapa mak? Nak bertunang ni, bukan macam nak beli ikan kat pasar.”

“Catering pun mak dah booking. Takkan nak cancel macam tu aja?”

Ikmal mengeluh panjang. Wajah mendung ibunya dipandang lagi.

“Dah tu, nak buat macam mana?” tanyanya.

bab 9

Page 110: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

110

“Sampai hati Ina buat kita macam ni….” Suara ibunya tiba-tiba bertukar sendu.

Ikmal bergerak menghampiri ibunya yang bersandar di sofa. Dia melabuhkan punggung di sebelah ibunya. “Mak….”

Nafisah berpaling. Menatap wajah muram anaknya. Perlahan-lahan jari-jemarinya mengusap wajah Ikmal. “Mak tak rela Ina buat anak mak macam ni. Dia tak akan bahagia, Mal.”

“Mak… jangan cakap macam tu. Tak baik, mak.”

“Mak tahu hati kamu hancur. Mak tahu kamu sedih. Tapi, mak nak kamu juga tahu, kita tak boleh batalkan semua ni. Nanti orang sekeliling cakap apa? Kalau orang tanya, apa kita nak jawab?”

“Takkan kita nak cakap bakal tunang kau dah kena tangkap basah? Mak tak nak aibkan orang macam tu. Walau jahat macam mana pun Ina tu, mak tak sanggup nak aibkan dia depan orang,” sambung Nafisah sambil merenung wajah Ikmal. Minta agar anak itu memahami situasinya yang tersepit.

“Mak… saya ada jumpa Ina hari tu.”

“Buat apa kamu jumpa dia?”

Ikmal memandang wajah ibunya. Menggenggam erat tangan tua itu. “Kasihan Ina, mak.”

Nafisah membuang pandang. Tidak sanggup dia mendengar nama yang telah membuang senyum di bibir anak tunggalnya itu. Marah betul dia pada Sabrina. Sanggup Sabrina melakukan perbuatan terkutuk itu di belakang Ikmal. Padahal, hari pertunangan mereka berdua sudah terlalu hampir.

Page 111: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

111

“Dia macam tak bahagia, mak.”

“Macam mana nak bahagia, kalau sebab dia nak kejar bahagia tu, dia kena lukakan perasaan orang lain? Lukakan perasaan Mal. Lukakan perasaan mak. Dia hancurkan semua kepercayaan mak pada dia.”

“Entahlah mak….”

“Sudah! Mak tak nak cakap lagi pasal Ina. Hancur hati mak ni!”

Ikmal termangu tatkala diherdik oleh Nafisah. Baru dia bercadang ingin berkongsi kesedihan dengan ibunya itu.

“Sekarang ni, mak nak kita selesaikan masalah yang Ina tinggalkan untuk kita.”

“Kalau Mal, Mal batalkan aja majlis tu. Senang… tak payah nak pening-pening kepala.”

“Kamu orang muda, memang senang aja buat keputusan!”

“Mal pun dah tak ada perasaan nak bertunang, mak. Tak ada perasaan nak kahwin.”

“Jangan nak mengada! Dah tu, kamu nak jadi apa? Tak nak kahwin sampai ke tua semata-mata sebab kekasih kamu yang curang tu? Tak berbaloi Ikmal, oiii!”

Ikmal diam. Sedikit tidak selesa menghadapi emosi ibunya yang berubah-ubah itu. Sekejap ibunya bersikap persis diktaktor. Sekejap berubah menjadi begitu sentimental. Kemudian menjadi emosional. Sukar untuk ditebak. Sama sepertinya, dia faham perasaan ibunya kala ini. Namun, satu perkara yang dia cukup yakin, walaupun emosi wanita itu berselirat, namun keputusan untuk meneruskan majlis pertunangannya itu tetap utuh. Tidak mungkin ibunya itu akan mengubah fikiran.

Page 112: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

112

“Mak… siapa yang nak mak jadikan menantu mak?” Akhirnya soalan itu meniti di bibir Ikmal.

“Mak tak kisah. Asalkan dia baik dan boleh jaga anak mak dengan baik. Dapat beri kasih sayang yang tak berbelah bahagi pada kamu. Itu dah cukup bagi buat mak.”

“Tak semudah macam yang mak cakap.”

“Maria?”

Ikmal angkat muka. Terkejut tatkala nama Maria disebut. Wajah ibu dipandang tidak berkelip. Kenapa pula Maria perlu masuk di dalam perbincangan mereka? “Kenapa dengan Maria? Dia ada jumpa mak ke? Hari tu, dia ada cakap dia nak jumpa mak.”

“Ada. Semalam dia datang jumpa mak.” Nafisah buka cerita.

“Apa yang dia cakap pada mak?”

“Tak banyak yang dia cakap. Cuma dia cakap, kalau dia boleh bantu kita, dia sanggup buat apa saja.”

Ikmal bersandar di sofa.

“Dia cakap, Mal terlalu ikutkan perasaan sedih.”

Ikmal diam. Maria… Maria… kenapa perlu ceritakan semua itu pada ibunya. Pasti bertambah risau orang tua itu.

“Mak setuju dengan cakap Maria.”

“Apa yang dia cakap?”

“Kamu tak boleh terlalu layan perasaan. Yang rosak nanti, diri kamu sendiri. Lupakanlah Ina tu. Anggaplah dia bukan jodoh kamu.”

Ikmal mengeluh perlahan. Pandangannya dilontar jauh ke luar.

Page 113: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

113

“Lupakanlah apa yang Ina buat pada kamu, Mal. Buktikan pada Ina, tanpa dia kamu masih boleh hidup bahagia.”

Ikmal tersenyum pahit. “Itu pun Mar yang cakap ke, mak?”

“Bukan. Itu mak yang cakap.”

“Entahlah, mak… susah saya nak hidup tanpa Ina. Ina dah jadi sebahagian daripada hidup saya. Terlalu banyak perkara yang kami kongsi bersama. Sedih… senang… susah… semuanya mak. Tinggi harapan saya untuk hidup bahagia dengan Ina. Tapi tiba-tiba semua ni terjadi....”

Nafisah menghela nafas panjang. Sebak hatinya mendengar suara sendu Ikmal merintih pilu. “Pasti ada hikmahnya, Mal. Sekurang-kurangnya kita tahu semua ni sebelum dia jadi sebahagian daripada keluarga kita.”

“Tapi hati saya berkata, Ina tak bersalah, mak.”

“Perasaan sayang dah kaburi hati kamu tu, Mal. Sudahlah... tak payah lagi cakap pasal orang yang dah jadi milik orang lain.”

Ikmal diam. Dia tidak lagi mampu bersuara.

“Mak tengok, Maria tu pun baik juga budaknya. Dia risaukan kamu. Pasti dia sayangkan kamu….”

“Memanglah mak. Diakan kawan saya,” balas Ikmal acuh tidak acuh.

“Dia tak nak tengok kamu terus bersedih.”

“Kenapa ni, mak? Kenapa tiba-tiba cakap pasal Maria ni?”

“Sebab mak rasa mak dah jumpa calonnya.”

“Calon? Calon apa ni?”

Page 114: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

114

Ikmal tergamam bersama soalannya. Segera dia berpaling. Memandang wajah ibunya yang duduk di sofa sambil merenungnya. Apa yang bermain di kepala ibunya bagai sudah dapat dia teka. “Mak jangan cakap mak nak…”

“Ya, Mal. Mak nak pinang Maria untuk kamu.”

Ikmal mengeluh panjang. Tidak percaya dengan apa yang baru saja melintas di fikiran ibunya. “Saya tak setuju!”

“Kenapa pula?”

Ikmal menggosok tengkuk sambil mula mundar-mandir di hadapan ibunya. Mengarut! Itu sahaja yang melantun kuat di hatinya. Dia tidak sanggup menyusahkan Maria semata-mata kerana ibunya ingin menjaga maruah keluarga. “Tak baik buat macam tu, mak.”

“Apa pula yang tak baiknya?”

“Saya tak nak gunakan Maria, mak. Dia kawan saya. Takkan saya nak heret dia dalam masalah saya ni. Saya tak nak. Saya faham kalau dia kasihankan saya. Tapi, saya tak akan ambil kesempatan pada Maria. Memang dia baik. Tapi, mana boleh kita buat macam tu mak? Tak adil buat, Maria.”

“Kita bukan paksa dia.”

Ikmal mengeluh panjang. Susahnya bercakap dengan ibunya yang keras hati ini. “Saya tetap tak setuju. Saya tak akan bertunang dengan Maria!”

“Kenapa? Dia dah ada kekasih ke?”

“Mak… ni bukan soal ada kekasih atau tak! Saya tak nak libatkan Maria. Kasihan dia nanti. Lagipun, saya memang dah tak ada perasaan nak bertunang. Saya dah tak ada perasaan nak kahwin. Saya cuma nak macam ni aja.”

“Macam ni tu, macam mana? Terus termenung sana, termenung sini? Terus teringatkan Sabrina yang dah

Page 115: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

115

buat macam ni pada kamu? Sampai bila kamu nak macam ni? Sudah! Jangan nak mengada-ada. Mak tak suka kamu cakap macam tu.”

“Mak tak faham….”

“Apa lagi yang mak tak faham? Mak rasa Maria tu pun ambil berat tentang kamu.”

“Yalah, mak… tapi, ambil berat sebagai kawan. Mak janganlah fikir yang bukan-bukan pula.”

“Dia dah ada kekasih ke?” Nafisah merisik lagi. Dia memandang wajah Ikmal yang kelihatan tegang.

Ikmal menggeleng perlahan.

“Maksud kamu?”

“Setahu saya tak ada. Mak… tolonglah jangan fikir sampai ke situ. Kalau mak tetap nak teruskan juga majlis tu, mak carilah perempuan lain. Tapi, mak janganlah libatkan Maria. Saya tak nak. Tak baik saya terus susahkan dia.”

“Entah-entah dia pun sukakan kamu tak? Sebab tu sampai sekarang masih tak ada kekasih.”

Ikmal membuang pandang.

“Ikmal… mak bukan nak paksa Maria. Mak nak tanya dulu. Kalau dia tak nak, tak apalah. Tapi, kalau Maria setuju, apa salahnya kamu bertunang dengan dia? Kamu pun bukan tak kenal dia. Mak pun dah kenal dia. Selama mana mak kenal Sabrina, selama itu jugalah mak kenal Maria tu. Malah lebih lama daripada mak kenal Sabrina lagi. Dia kawan kamu sejak dari sekolah lagi. Dengarlah cakap mak ya, Mal.”

“Mak, soal hati dan perasaan mana boleh kita paksa. Mungkin juga Maria dah ada pilihannya sendiri. Cuma, saya yang tak tahu.”

Nafisah tersenyum kecil.

Page 116: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

116

“Serahkan semuanya pada mak. Mak tahulah apa nak buat.”

Mendengar kata-kata ibunya itu, Ikmal kehilangan kata-kata. Sudahnya dia merenung wajah ibunya. “Mak. Tak payahlah buat macam tu, ya?”

Untuk kesekian kalinya, Ikmal cuba memujuk.

“Mak rasa Maria pun sukakan kamu.”

“Mak….”

“Mak akan tanya Maria. Kalau dia setuju, mak akan pinang dia untuk kamu.”

“Mak, cubalah faham….”

“Hati mak ni, siapa nak faham? Pak long kamu dah tahu. Mak su kamu dah tahu. Itu belum masuk lagi kawan-kawan mak. Mak tak sanggup nak batalkan majlis tunang tu, macam tu aja.”

Ikmal menggaru kepala yang tidak gatal. Tiba-tiba dia buntu dengan cadangan ibunya itu. Hendak dibantah, tidak sampai hati pula membiarkan ibunya menanggung malu. Hendak diikutkan, bimbang hati sendiri yang tidak berkenan. Sudahnya dia menarik nafas dalam-dalam.

“Kitakan pihak lelaki. Tak adalah malu sangat kalau tak jadi, mak. Lagipun, Ina tukan anak yatim piatu. Jadi, rasanya masalah ni bukannya besar sangat. Lainlah kalau kita ni di pihak perempuan atau dah berjanji dengan keluarga Ina. Kita batalkan ajalah!” sarannya.

“Tak ada batalnya. Pak long kamu dah siap tempah daging, nak buat kenduri kesyukuran sebab kamu bertunang. Tahu tak?”

Ikmal mengeluh lemah. Dia hampir terlupa pada hasrat pak longnya.

Page 117: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

117

“Pak long kamu tu, bukan kamu tak tahu. Dia tak ada anak. Kamulah anak dia. Memang dia suka sangat bila kamu nak bertunang. Dah lama sangat dia tunggu kamu naik pelamin. Minggu lepas dia telefon lagi. Dia cakap persiapan untuk kenduri kat kampung dah siap. Orang kampung dah dijemput. Elok selesai majlis tunang kamu, dia memang nak kita semua balik kampung. Raikan kamu kat sana. Mak dah tak boleh nak kata apa-apa lagi dah.”

Ikmal terduduk di sofa. Kali ini dia benar-benar buntu. Rupa-rupanya banyak agenda yang bakal tertunda kalau majlis ini tidak dilangsungkan. Patutlah ibunya nekad mahu teruskan majlis tersebut.

Tangannya laju memicit dahi. Salah dia juga kerana merahsiakan kejadian tersebut daripada pengetahuan ibunya. Kalau dia berterus terang dari awal, mungkin masih sempat untuk dia batalkan semua rancangan yang sudah tersusun rapi.

“Sekarang kamu tahu, kenapa mak nak teruskan juga majlis tu? Pak long tu, ketua kampung. Malu dia kalau tiba-tiba kenduri tu tak jadi. Bukan salah dia. Dia seronok nak sambut bakal menantu.”

“Buntulah saya macam ni, mak!” Ikmal bersuara separuh membentak. Bukan marah pada ibunya, tetapi dia sudah tidak mampu berfikir lagi.

Nafisah memandang wajah sugul itu dengan hati yang sarat dengan rasa simpati.

“Mak buat ajalah apa yang patut….” Ikmal merengus perlahan. Ada rasa sebal yang menghimpit perasaannya. Kenapa tiba-tiba segala-galanya menjadi begitu rumit? “Saya tak boleh nak fikir apa-apa lagi dah!”

“Kamu tergamak ke nak malukan pak long?”

Page 118: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

118

Ikmal tunduk. Dadanya rasa tepu tiba-tiba. Ingin rasanya dia menjerit sekuat hati. Bagi melampiaskan rasa terbuku yang tersekat di hatinya.

Perlahan-lahan Ikmal angkat punggung. Dia perlu keluar dari ruang ini. Dia perlu mencari udara segar untuk melepaskan rasa terbuku yang menghimpit dada. Kepalanya seakan-akan mahu pecah. Wajah Sabrina seolah-olah mengepung fikirannya. Diganggu pula dengan desakan ibunya. Cadangan yang tidak masuk dek akal. Semuanya kerana ingin menjaga air muka bapa saudara yang terlalu menyayanginya. Yang menganggapnya sebagai anak.

Ikmal laju melangkah ke meja kecil di hujung tangga. Segugus kunci capai.

“Nak ke mana tu?”

“Keluar!”

“Ke mana? Mak belum habis cakap lagi ni.”

“Saya tak boleh nak dengar apa-apa lagi mak. Saya nak keluar kejap!”

Nafisah mengeluh perlahan. Dia risau melihat wajah Ikmal yang kelihatan tertekan benar. Tidak sampai hati pula untuk dia terus mendesak. Dia harus beri ruang untuk Ikmal tenangkan perasaannya.

“Hati-hati bawa kereta tu!” Akhirnya Nafisah bersuara.

Ikmal terus melangkah keluar. Bergerak laju ke keretanya.

Page 119: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

119

SABRINA termenung di balkoni. Angin laut kuat menyapa wajahnya. Membuat rambut

ikalnya yang separas pinggang itu turut beralun ditiup angin. Permandangan Resort Damai Laut dari balkoni biliknya nampak begitu cantik. Lebih-lebih lagi apabila petang sudah disimbah kelam senja. Dia menongkat dagu di situ.

“Kau jangan keluar dari bilik ni!”

Sabrina tersentak. Segera dia berpaling.

Badrul muncul bersama satu beg plastik yang sederhana besarnya. Dari tengah hari lelaki itu menghilang. Entah ke mana dia pergi. Hanya nota yang ditinggalkan.

Jangan ke mana-mana. Duduk dalam bilik ini sampai aku balik!

“Apa?” Sabrina bertanya hairan.

“Pekak ke? Aku cakap, jangan keluar dari bilik ni!”

bab 10

Page 120: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

120

Sabrina terkebil-kebil. Perlahan-lahan dia bergerak dari balkoni. Memandang wajah Badrul tanpa berkelip.

“Kenapa pulak?” soalnya hairan.

“Sebab itu arahan aku!”

“Takkan saya nak duduk dalam bilik ni aja? Bosanlah!”

“Peduli apa aku kau bosan!” Selamba Badrul menjawab sambil meletakkan beg plastik di tangannya ke atas katil.

Sabrina menggetap bibir. Perlahan-lahan dia menghentakkan kaki ke karpet yang lembut. Memberontak dalam diam. Punah segala angannya. Melihat pantai dan menikmati angin lembut yang menyapu muka. Malah dia sudah tidak sabar-sabar ingin menikmati deru ombak sambil berjalan menyusuri pantai. Tetapi, sekarang? “Awak tak boleh buat macam ni!”

“Kenapa pulak tak boleh?”

Sabrina memilih untuk diam. Pertanyaan Badrul itu dibiarkan ditelah angin laut.

“Ingat pesan aku tu!”

“Untuk hari ni aja, kan?” soal Sabrina ingin mendapatkan kepastian.

“Untuk dua minggu,”

“Hah? Mana boleh!”

“Kenapa pulak tak boleh?” soal Badrul sekali lagi bersama wajah yang selamba. Tenang hatinya tatkala melihat wajah Sabrina yang tegang.

“Kalau setakat duduk dalam bilik, baik tak payah datang sini. Baik awak datang sorang-sorang.”

Page 121: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

121

“Memang aku nak datang sorang pun. Yang kau ikut, kenapa?”

Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Benar-benar tidak faham dengan tindakan Badrul. “Kalau betul awak tak nak saya ikut, cakaplah! Boleh saya cakap dengan abah yang awak nak honeymoon sorang-sorang.”

Tajam mata Badrul mencerlung pada Sabrina. “Bodoh! Kalau aku datang sorang-sorang, tak adalah honeymoon namanya. Kau ingat senang-senang ke abah nak bagi aku ke sini kalau kau tak ikut?”

Sabrina mengeluh perlahan. Betul-betul dia tidak mengerti dengan pendirian Badrul.

“Tapi, kenapa?” soal Sabrina lemah.

“Aku tak perlu jelaskan apa-apa pada kau. Apa yang aku nak, mulai sekarang kau duduk diam-diam dalam bilik ni. Jangan keluar ke mana-mana!”

“Awak tak boleh buat saya macam orang tawanan!”

“Memang sekarang kau orang tawanan aku. Kau kena ikut segala cakap aku. Kau ingat senang ke nak tipu orang ni?”

“Kalau saya lapar macam mana?”

“Aku akan belikan kau makanan!”

“Bosanlah saya macam ni. Janganlah kejam sangat!”

“Tu….” Panjang muncung Badrul menunjukkan beg plastik yang dibawa sebentar tadi.

“Apa?” soal Sabrina hairan.

“Kalau bosan, kau baca semua tu. Tengok CD ke?”

Sabrina melabuhkan punggung di atas katil. Beg

Page 122: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

122

plastik sederhana besar itu dibuka perlahan-lahan. Matanya bulat memandang pelbagai jenis majah dan novel di dalam beg plastik tersebut. Dia mengeluh lemah tatkala meninjau kandungan beg tersebut. Majalah dan novel berbahasa Cina!

“Saya bukannya reti baca bahasa Cina,” rungut Sabrina perlahan. Bodoh punya lelaki! kutuknya di dalam hati.

Badrul tersenyum panjang. “Tak boleh baca, tengok gambar. Tak pun tengok CD.”

Sabrina menyelongkar beg plastik tersebut. Pelbagai judul CD ada di dalamnya. Satu per satu dibelek dan dicampakkan ke katil.

Badrul tersenyum sambil bersandar di sofa.

Sabrina angkat muka.

“Semua cerita hantu. Nak buat apa?” soal Sabrina geram.

Badrul ketawa riuh. Dia seronok melihat Sabrina marah-marah begitu.

“Tengoklah… biar hilang takut kau tu,” balas Badrul senang.

Sabrina memandang wajah Badrul yang tersenyum lebar. Senyum yang menyakitkan hatinya. “Awak ni saja nak seksa saya, ya?”

“Smart girl. Yes, I am. Memang aku nak buat kau terseksa.”

Sabrina diam seketika.

“Kalau macam tu, tak apalah….” Akhirnya Sabrina bersuara perlahan.

Badrul kerutkan kening.

Page 123: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

123

Sabrina angkat punggung. Bergerak semula ke balkoni.

Badrul bangkit dari sofa. Cepatnya Sabrina mengalah. Sangkanya Sabrina akan melawan. Langkah kaki dihayun ke arah balkoni. Dia tidak boleh tinggal diam.

“Tak apalah?” soalnya tidak puas hati.

Sabrina berpaling. Memandang wajah Badrul yang kelat. Hilang sudah senyum manis lelaki itu. “Yalah. Tak apalah. Saya ikut arahan awak.”

Badrul bersandar di balkoni. Dia mulakan lagi! Kali ini Sabrina buat muka tidak kisah. “Tak bosan?”

“Tak apalah… setakat bosan aja. Bukannya boleh buat mati pun,” jawab Sabrina, selamba.

Badrul menggetap bibir. Mencari idea lain untuk memancing rasa marah Sabrina. “Aku tak nak kau tidur…”

“Tak apa. Saya tak kisah tidur kat sofa tu. Bukan tak biasa pun!” Cepat-cepat Sabrina menyampuk. Apa yang bermain di kepala Badrul bagaikan sudah dapat dia baca. Dia tersenyum kecil. Macamlah selama ni aku tidur kat sebelah dia, Sabrina mula merungut sendiri.

“Aku tak nak kau tidur kat sofa.”

“Hah?” Ternganga mulut Sabrina sambil matanya menyapu seraut wajah Badrul yang tidak mempunyai perasaan.

Badrul tersenyum sedikit. Tindak balas yang baik.

“Dah tu, takkan saya nak tidur dalam bilik air?” soal Sabrina sambil cuba mengawal suaranya. Terasa Badrul sudah sedikit melampau.

“Tidur dengan aku.” Selamba cadangan itu keluar dari bibir Badrul. Dan senyumnya melebar lagi tatkala

Page 124: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

124

melihat wajah Sabrina sudah disimbah riak terkejut. Berjaya! Dia sudah berjaya memancing amarah Sabrina. Dia sudah berjaya menggoyahkan ketenangan wajah itu.

“Okey!” jawab Sabrina sepatah.

Senyum Badrul mati tiba-tiba.

Sabrina memalingkan wajah. Cuba sembunyikan senyum dari mata Badrul. Rancangan lelaki itu tidak berjaya.

“I want more than that!” cabar Badrul geram.

Sabrina berpaling. Memandang wajah Badrul sambil tersenyum.

“Terserah. Saya halal pada awak,” balasnya selamba sambil melangkah meninggalkan Badrul yang sudah merah wajahnya. Dia tahu Badrul tidak serius dengan kata-katanya. Lelaki itu cuma mahu bertikam lidah dengannya. Pelik betul. Tidak pula dia tahu rupa-rupanya ada jenis manusia yang suka sangat bergaduh. Contoh yang paling hampir, ialah lelaki yang tercegat bersamanya saat ini.

Badrul menggigit bibir. Besi balkoni dipukul kuat. Geram! Selambanya gadis ini mematikan setiap hujahnya. Selambanya gadis ini membakar perasaannya.

“Halal?” soalnya menahan geram.

Sabrina tersenyum sambil melabuhkan punggung atas sofa. Wajah marah Badrul dipandang tenang. Senang hatinya dapat melihat wajah Badrul yang kelat itu.

Badrul melangkah dari balkoni. “Apa kau cakap? Halal?”

“Yalah. Kenapa? Tak betul ke?”

Badrul menghayun langkah di hadapan Sabrina. Dia mundar-mandir di situ. Menyuntik sedikit rasa aneh di hati Sabrina. Langkahnya mati di hadapan Sabrina.

Page 125: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

125

“Yes. You’re right. Kenapalah aku tak terfikir sebelum ni, ya?”

Entah kenapa, tiba-tiba Sabrina pula diserang gelisah di sofa.

“Betul? Apa yang betul?” soalnya lambat-lambat. Senyum yang sudah mula terukir di bibir Badrul, tiba-tiba membuat dia rasa takut. Dia lupa, dia mencabar seorang lelaki. Seorang lelaki yang halal padanya.

“Kalau aku cakap, aku nak sekarang… macam mana?” sergah Badrul sambil melabuhkan punggung di sebelah Sabrina.

Sabrina terjerit. Terkejut disergah begitu. Dan terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba duduk di sebelahnya. Terasa semangatnya terbang jauh. Senyuman Badrul mula membuat dia rasa seram sejuk. Dan, apabila Badrul membelai rambutnya yang mengurai, dia hampir mahu menangis. Menyesal rasanya dia mengeluarkan kata-kata itu sebentar tadi. Seratus kali dia rela Badrul memakinya daripada berdepan dengan senyuman Badrul yang sangat aneh ini. Seribu kali dia rela Badrul memarahinya daripada Badrul melayannya begini.

“Boleh?” soalnya lembut di telinga Sabrina.

Dada Sabrina seakan mahu pecah. Air matanya tiba-tiba menitis. Dia sudah tidak kisah kalau Badrul memarahinya kerana menitiskan air mata. Saat ini, dia berharap suara lantang lelaki itu memarahinya. Tetapi, kenapa lelaki ini tidak meninggikan suara? Kenapa lelaki ini cuma tersenyum? Dan, apabila jari-jemari Badrul menyapu air mata yang mengalir di pipinya, dia terasa mahu pengsan.

“Kenapa menangis? Kata tak kisah….”

Bahu Sabrina sudah terhenjut-henjut menahan

Page 126: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

126

esakan. Spontan dia bangkit dari sofa dan berlari ke bilik air. Berdentum dia menutup pintu. Dengan tangan yang menggeletar, dia mengunci pintu dari dalam. Memang dia akan tidur di sini malam ini. Dia tidak kisah tidur dalam bilik air. Debar jantungnya seakan tidak mahu berhenti.

Badrul tersenyum panjang.

“Yes!” bisiknya bersama ketawa besar. Dia menang kali ini. Padan muka!

Badrul melangkah ke arah bilik air. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik air.

“Kenapa menangis?” soalnya bersama ketawa yang sukar ditahan.

Diam

“Bisu ke?”

Diam lagi.

“Buka pintu ni!”

“Tak nak!”

“Hidup lagi. Ingatkan dah jadi duda aku tadi. Manalah tahu, tiba-tiba kau mati mengejut.”

Diam.

“Cepat buka pintu ni!”

“Tak nak!”

“Oit! Aku nak mandilah. Kau ni, berlakon over sangatlah. Cepat buka pintu ni. Aku nak mandi la oiii. Dah nak masuk maghrib ni!”

“Awak tak serius, kan?”

Badrul tergelak lagi.

“Perasanlah kau! Tak hingin aku. Cepat! Aku nak

Page 127: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

127

mandi ni!” Badrul bersuara dengan nada tinggi. Kesabarannya sudah mula dicabar.

“Betul?”

“Helo perempuan. Kalau kat dalam dunia ni, hanya ada kau aja, mungkin aku pertimbangkanlah. Jangan nak perasanlah. Cepat buka pintu ni!”

“Kejap!”

Tidak lama kemudian, pintu terkuak. Terjengul kepala Sabrina dengan wajah yang was was.

“Keluarlah!” ujar Badrul geram sambil menolak daun pintu yang sedikit terbuka. Tangannya pantas menarik lengan Sabrina.

Sabrina menyeringai menahan sakit.

“Aku cakap elok-elok, kau sengaja nak bagi aku naik angin.”

Sabrina diam. Lengannya yang sedikit sengal, disapu perlahan. Tidak mengapa. Dia lebih sukakan Badrul sekarang daripada Badrul yang menyeramkan tadi.

“Awak…” Sabrina memberanikan diri membuka mulut.

“Apa? Nak kena cium ke?”

“Bukanlah!”

Badrul bergerak mencapai tuala di penyidai. “Dah tu? Apa?”

Sabrina bergerak agak jauh daripada Badrul. Dia tidak mahu berada dekat dengan lelaki itu. “Apa kata kalau saya sewa bilik lain aje?”

Cukup perlahan cadangan yang keluar dari bibir Sabrina.

Page 128: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

128

“What?” Badrul mula naik angin.

Sabrina tersentak. Perlahan-lahan dia mengurut dada. “Saya sewa bilik lain. Kita anggap kita tak kenal antara satu sama lain. Kita buat hal masing-masing.”

Badrul merenung tajam ke wajah Sabrina. Dia melangkah menghampiri gadis itu.

Sabrina cepat-cepat bergerak ke pintu bilik air. Bersedia lari ke dalam bilik itu, jika Badrul cuba mengapa-apakannya.

“Supaya senang kau panggil kekasih kau datang ke sini? Temankan kau di sini? Aku dah cakap dengan kau, aku tak akan bagi laluan mudah pada kau. Biar kau tahu langit tu tinggi atau rendah. So, jangan mimpilah!”

Sinis Badrul bersuara sambil merenung tajam wajah Sabrina.

Sabrina tunduk. “Itu cadangan aja….”

“Cadangan ditolak!”

Sabrina mengeluh pendek.

“Dah! Tepi! Tak payah nak jadi guard kat bilik air ni pulak. Aku nak mandi ni.”

Sabrina mengengsot ke tepi. Berdentum Badrul menutup pintu bilik air. Dengan langkah longlai, Sabrina bergerak semula ke sofa. Dia berbaring di situ. Terasa sia-sia berada di sini kalau terpaksa berkurung di dalam bilik selama dua minggu. Apalah agenda Badrul mengajak dia datang ke sini?

Page 129: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

129

“DAYANA!”

Laju Dayana melangkah meninggalkan

Badrul. Dalam pada itu, ada rasa hairan mengganggu perasaannya. Dari mana Badrul tahu dia berada di sini?

“Dayana!”

Sekali lagi Badrul memanggil sambil separuh berlari, mengejar langkah laju Dayana. Panjang benar rajuk gadis itu padanya. Bukan main susah untuk dia menjejak gadis itu. Selepas dia berterus terang dengan Dayana, gadis itu terus menyepi.

“Tunggu, sayang!” Badrul bersuara sambil mencapai lengan Dayana.

Sepantas kilat gadis itu merentap tangannya. Marah betul dia. “Jangan panggil I sayang!”

“Amboiii marah nampak! Kenapa? Dah tak suka I panggil macam tu ke?” soal Badrul cuba bergurau dengan Dayana. Dia tahu Dayana marah. Dan dia sedar, memang wajar untuk Dayana berasa marah. Siapa yang tidak marah

bab 11

Page 130: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

130

kalau kekasih hati ditangkap basah dengan orang lain. Terpaksa berkahwin pula tu. Kalau dia pun, pasti dia marah!

“Memang I tak suka! I tak nak jumpa you lagi!!!”

“You dah bencikan I, ke?”

“Apa you buat kat sini?”

“Cari you la….”

Dayana diam seketika. Memandang wajah Badrul yang kelihatan sedikit tenang berbanding pertemuan mereka tempoh hari. “Mana you tahu I ada kat sini?”

Badrul tersenyum kecil. “Bukan susah nak cari you. Ada bau….”

Dayana menjeling geram.

Badrul tersenyum.

“Yanti yang bagitau. Dekat tiga hari tiga malam I pujuk dia,” beritahunya sambil tersengih.

Dayana jegilkan mata. Celaka Yanti! Tak boleh simpan rahsia betul! kutuknya dalam hati.

“You jangan marahkan dia pulak. I yang paksa dia.”

Dayana bungkam.

“You belum jawab soalan I.”

“Soalan?”

“You dah bencikan I, ke?”

Dayana diam. Kepalanya dihalakan ke laut yang terbentang luas. Bencikah dia pada Badrul? Mustahil dia bencikan lelaki yang begitu dia cintai ini. Dia cuma kecewa. Kecewa dengan berita yang Badrul sampaikan padanya tempoh hari. Kecewa dengan nasib yang menimpa percintaannya dengan Badrul.

Page 131: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

131

Badrul merenung wajah Dayana yang termenung jauh. Gadis itu tidak menjawab soalannya. Mungkin Dayana tidak membencinya. Pasti masih ada ruang untuknya di hati gadis itu.

“You tak jawab soalan I. Kenapa?” Badrul bersuara perlahan.

Dayana tunduk. Pilu mendengar soalan Badrul. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir di pipinya.

Air mata itu membuat Badrul terkedu. Janganlah menangis, sayang. Air mata itu meruntun hati ini. Perlahan-lahan Badrul bergerak menghampiri Dayana.

“Syyy… don’t cry,” bisiknya lembut di telinga Dayana. Perlahan-lahan tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya.

Mendengar pujukan lembut itu, tangis Dayana terus pecah di bahu Badrul. Lama dia pendam kesedihan itu. Dia cuba tidak menitiskan air mata, menangisi apa yang telah terjadi. Dia tidak mahu menjadi lemah. Tetapi, kata-kata Badrul telah membangkitkan rasa pilu yang bukan sedikit di hatinya. Dia tidak pernah bencikan Badrul. Tidak pernah!

“Jangan menangis lagi.”

“I sedih, Bad. Why? Kenapa jadi macam ni?” Dayana bersuara sendu. Terus membiarkan air matanya mengalir membasahi t-shirt hitam Badrul.

“You mesti ingat. Bukan you aja yang sedih. I pun tak sangka semuanya boleh jadi sampai macam ni. Macam nak gila I cari you. Please… jangan buat macam ni lagi.”

Dayana menahan sendunya. Mengangkat perlahan wajahnya dari bahu Badrul. Menolak perlahan dada Badrul.

Seakan faham, Badrul meleraikan pelukannya.

Page 132: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

132

Dayana menyapu pipinya yang basah. “I buntu. Tak tahu nak fikir macam mana. Suka atau tak, I dah kehilangan you. You bukan lagi milik I. Sakit sungguh untuk I terima kenyataan ni, Bad.”

Badrul mencapai tangan Dayana. Dia merenung mata Dayana yang basah. Melihat wajah itu, perasaannya berkecamuk. Dia tidak mahu kehilangan gadis ini. “You tak pernah kehilangan I. I tetap milik you sampai bila-bila.”

Dayana tersenyum pahit. Malangnya kenyataan yang terbentang di hadapan mata tidak seindah bicara yang meniti di bibir Badrul. “You dah kahwin….”

“Itu bukan masalahnya. You masih marahkan I pasal kejadian tu ke?”

Dayana mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia masih marahkan Badrul atau tidak. Kalau pun dia marah, wajarkah dia memarahi lelaki itu? Padahal segala yang berlaku bukan salah Badrul. Badrul diperangkap. Itulah yang diceritakan oleh Badrul padanya. Dan, hati perempuannya mempercayai kata-kata itu. “Entahlah, Bad. Kalau I nak marahkan you pun, buat apa? Tak ada apa yang akan mengubah kenyataan. I tetap kehilangan you. You sekarang dah jadi milik perempuan lain.”

“I tak pernah jadi milik sesiapa, kecuali you. Youlah satu-satunya perempuan yang memiliki hati I, wahai Dayana Dahari.”

Dayana tersenyum kecil. Seperti biasa, dia senang apabila lelaki itu memanggilnya dengan nama penuh. Terasa betapa dekatnya dia dengan Badrul. “Badrul Datuk Hamidi. Jangan menggoda I. I tak nak jadi pengganggu rumah tangga orang.”

“I akan terus menggoda orang yang I cintai.”

Page 133: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

133

Dayana melangkah perlahan. Membiarkan kakinya basah disapu ombak yang lesu menghempas pantai.

Badrul turut melangkah santai di sebelah Dayana.

“Cakap memang mudah, Bad.”

“I tak akan lupakan you. I tak mampu nak lupakan you, Yana. Semua yang berlaku ni, tak akan kurangkan cinta I pada you. I cuma nak satu saja... kita kahwin.”

“You gila, Bad. You kan dah kahwin!”

“I nak kita kahwin. Please… jangan tolak permintaan I ni. Kita kahwin, ya?”

Dayana melangkah laju meninggalkan Badrul yang terkulat-kulat memandangnya. Permintaan Badrul membuat dia geram. Pantas Badrul mengejar Dayana sekali lagi.

Dayana terus melangkah tanpa berpaling. Adakah lelaki itu sengaja ingin menduga hati perempuannya?

“Yana… janganlah macam ni.”

“You jangan cakap macam tu depan I!” bentak Dayana berang.

“Kenapa?”

“Sebab I tak suka!”

“But, why?”

“You dah kahwin!”

“Tapi, bukan dengan you.”

“I tak nak kahwin dengan suami orang!”

“Tapi, I kekasih you.”

“Yes! Tapi itu dulu. Dulu you memang kekasih I. Tapi, sekarang you dah ada isteri. You dah jadi suami orang!”

“I tak cintakan dia. I cuma cintakan you. Dan, I nak

Page 134: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

134

kahwin dengan orang yang I cintai. The one that I truly love.”

“But, still… you kahwin juga dengan dia!!!” jerit Dayana cuba melawan suara ombak.

“Abah yang paksa. Semua ni bukan kehendak I!!!” jerit Badrul juga.

Dayana menjerit lagi. Kali ini lebih kuat dan lantang.

Badrul tergelak kecil. Dia tahu Dayana sedang melepaskan geram. Begitulah selalunya apabila gadis itu melepaskan rasa marah.

“You jangan nak manipulasi I, okey!” Dayana bersuara sambil menjeling tajam.

Namun, jelingan itu belum mampu membuat hati Badrul kecut. Sebaliknya menyemarakkan lagi rasa kasih Badrul pada gadis itu. “I will. I will, sayang. Sampai you say, yes!”

Dayana merengus marah. “Jangan seksa I lagi, Bad. Kalau pun you anggap tu sebagai gurauan… gurauan you tak lucu langsung. Gurauan you menyakitkan hati I.”

Badrul melangkah lebih laju, kemudian berdiri menghalang langkah Dayana. “Joke? You tengok muka I macam buat kelakar ke? I’m serious about this. I memang nak kita kahwin.”

“Wife you? Macam mana dengan dia? You nak ceraikan dia?”

“No. I won’t!”

Dayana kerutkan kening. “You nak madukan I? Kenapa you tak nak ceraikan dia? You dah jatuh cinta kat dia ke?”

Page 135: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

135

“I nak ajar dia!”

“What do you mean?”

“I tak akan bagi dia hidup senang. Dengan apa yang dia cuba lakukan, I think she deserves for it!”

Dayana diam. Dia kehilangan kata-kata. Matanya merenung wajah Badrul yang tiba-tiba serius. “You… dengan dia?”

“Nothing happened between I dengan dia. Never! Percayalah… I langsung tak ada perasaan pada dia. Kalau ada pun, satu saja.”

Dayana menahan nafas. Matanya tajam menatap wajah Badrul. Tiba-tiba rasa cemburu menguasai diri.

“Benci!”

Tanpa sedar, Dayana menarik nafas lega.

Badrul tersenyum tatkala menyedari riak cemburu Dayana. Itu bererti, dia masih berpeluang untuk memiliki semula gadis itu.

“Ada lagi,” tambahnya sambil tersenyum nakal.

Dayana jegilkan mata. Dia tahu Badrul cuba mempermainkannya. Sengaja ingin membuat perasaan cemburunya muncul lagi. “Apa dia?

“Dendam!”

Dayana mencebik.

“Kenapa?” soal Badrul sedikit hairan dengan cebikan Dayana.

“Mula-mula memanglah benci. Dendam. Tapi, kalau dah hari-hari bersama, lama-lama jadi rindu dendamlah pulak.”

“Kalau macam tu, jomlah kita kahwin!”

Page 136: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

136

Dayana diam. Perlahan-lahan dia menyambung langkahnya yang dihalang oleh Badrul. “Jangan cakap macam tu, Bad. I tak suka. You pun tahu prinsip I, kan? I tak suka berkongsi kasih.”

“No. You won’t.”

“Tapi, bukan ke tak baik you buat dia macam tu? You tak nak lepaskan dia, tapi you tak nak bertanggungjawab pada dia.”

“I tak akan ikat dia dengan perkahwinan ni. Sampai masanya, I akan lepaskan dia. I cuma nak ajar dia aja. Ajar biar dia respect maruah diri. Biar dia tahu bukan senang nak tipu orang. Bukan senang nak senang. Biar dia serik dan tak ada lagi lelaki yang jadi mangsa dia.”

Dayana diam. Dia memandang wajah Badrul. Tidak tahu apa perasaannya tatkala mendengar kata-kata Badrul itu.

“Why? Kenapa pandang I macam tu?”

“Tetap kejam bunyinya,” ujar Dayana perlahan.

Badrul tersenyum kecil.

“Sebenarnya dia yang kejam. Kejam pada dirinya sendiri,” ujar Badrul geram. Wajah Sabrina tiba-tiba muncul di hadapannya. Wajah yang sering mengundang rasa amarahnya.

“Bad….”

Badrul tersentak kecil apabila lengannya ditepuk perlahan. Dia menoleh. Dayana memandang ke arahnya. “Ya. Apa dia?”

“Kita tetap macam dulu, kan?” Badrul bersuara lirih.

Buat seketika, mata kedua-duanya berlaga pandang.

Page 137: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

137

“Kalau diikutkan hati yang marah, I memang nak lupakan you. Namun cinta you telah merantai I. I tak boleh nak buang you dari hidup I.”

“Terima kasih, sayang. Terima kasih kerana masih sudi menyintai I.”

“Tapi I rasa bersalah kerana mencintai suami orang. I rasa berdosa pada isteri you.”

Badrul merenung wajah Dayana yang nampak begitu murung. “You tak bersalah, sayang. Percayalah… semua ni bukan salah you. Takdir dah tentukan kita begini. Kita kahwin, ya?”

Dayana tersenyum pahit. Bagaimana mungkin dia boleh mengahwini Badrul? Bagaimana mungkin dia boleh berkongsi kasih dengan perempuan lain? Dan, bagaimana mungkin dia boleh melupakan Badrul? Bagaimana mungkin dia boleh hidup tanpa lelaki itu? Bagaimana mungkin dia boleh hidup tanpa cinta lelaki itu? Lagipun bukan sehari dua mereka menjalinkan cinta. Sudah lima tahun mereka menyemai kasih, menyulam sayang.

Dayana pandang wajah Badrul. Sungguh! Dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu. Namun di satu sudut yang lain pula, dia juga tidak sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain.

Page 138: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

138

PERLAHAN-LAHAN Badrul menolak pintu biliknya. Sunyi sepi. Dengan santai

dia melangkah masuk. Hatinya berbunga riang. Lebih seminggu dia di sini, dan usaha memujuk Dayana juga seakan berjalan dengan lancar. Perlahan-lahan Dayana dapat menerima situasinya. Perlahan-lahan Dayana seakan dapat memaafkannya. Mungkin sedikit hari lagi, dia berjaya memujuk Dayana agar berkahwin dengannya.

Ruang bilik yang luas itu begitu sepi. Tiada bunyi televisyen seperti selalu. Dia menutup pintu sambil matanya melilau mencari bayang Sabrina. Tiada di balkoni. Tiada juga di sofa. Terdetik rasa hairan di hati. Keluarkah gadis itu? Baru sahaja rasa marahnya mahu meledak, dia terpandang sesusuk tubuh yang lena di atas katil. Ada rupa-rupanya.

Badrul melangkah ke tepi katil. Memandang sekeliling tubuh gadis itu. Perlahan-lahan dia menggeleng. Kasihan melihat wajah yang sedang lena itu. Matanya dilemparkan ke lantai. Hampir dengan kakinya, beberapa kotak origami daripada kertas yang sederhana besar, berderet

bab 12

Page 139: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

139

di kaki katil. Di dalam kotak-kotak tersebut penuh dengan lipatan origami kecil berbentuk burung dan bunga tulip. Kesemuanya daripada kertas majalah dan novel Cina yang dia beli tempoh hari.

Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas katil. Menjenguk wajah Sabrina yang lena. Pasti tertidur kebosanan. Di kiri dan kanan tubuh gadis itu dipenuhi dengan origami burung dan bunga tulip pelbagai saiz. Bersepah di atas katil. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyum. Pasti gadis ini terlalu bosan. Kasihan. Matanya kembali ke wajah bujur sirih gadis itu. Mengambil kesempatan pada lena Sabrina. Wajah itu diamatinya dalam-dalam. Nampak begitu mulus di matanya. Wajah itu begitu bersih tanpa solekan. Cuma sebiji jerawat sedikit mengganggu di dahi. Namun tidak sampai mencacatkan. Kerana wajah Sabrina nampak lebih manis dengan jerawat yang baru mula memerah itu. Inilah buat kali pertama dia mengambil kesempatan menatap wajah gadis yang dinikahi lebih sebulan yang lalu. Kenapalah wajah semulus ini, sanggup melakukan perkara seburuk itu?

Badrul mengeluh perlahan sambil membetulkan duduknya agar wajah Sabrina lebih senang untuk terus diamati. Tiba-tiba hatinya bertanya, berapakah umur isterinya ini? Sekuntum senyuman sumbing muncul di sudut bibir. Rupa-rupanya selain daripada nama, dia tidak tahu apa-apa tentang Sabrina. Pantas tangannya mencapai beg tangan milik Sabrina. Menyelongkar mencari dompet milik Sabrina. Dia tersenyum sambil mengeluarkan dompet dari beg tangan gadis itu. Matanya mengawasi Sabrina. Bimbang kalau-kalau gadis itu tiba-tiba terjaga. Dia menatap kad pengenalan milik Sabrina.

“Sabrina Shahzan…” bisiknya perlahan.

Page 140: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

140

“14 September 1981. Hmmm… dua puluh lapan tahun.” Dia mencongak sendiri. Enam tahun lebih muda daripadanya.

Matanya beralih pula pada sekeping gambar kecil di sebelah ruang kad pengenalan. Dia tersenyum sumbing. Gambar Sabrina bersama seorang lelaki dan seorang gadis. Bergambar bertiga sambil tersenyum riang. Lelaki itu dikenalinya. Lelaki yang hampir bertumbuk dengannya tempoh hari. Gadis di sebelah Sabrina itu, tidak pula dia kenali. Manis senyum yang menghiasi bibir Sabrina cukup menunjukkan gadis itu begitu gembira saat itu. Matanya berbalik ke wajah Sabrina yang masih lena. Seminggu lebih gadis ini terkurung di dalam bilik. Sangkanya Sabrina akan ingkar pada perintahnya. Nampaknya telahannya meleset. Sabrina akur pada arahannya itu. Gadis itu tidak lagi memberontak seperti tempoh hari.

Badrul meletakkan semula dompet Sabrina di dalam beg tangan. Matanya terpandang pula telefon bimbit milik gadis itu. Laju tangannya ingin mencapai. Namun, gerakannya terhenti. Terasa dia sedang mencabuli hak peribadi gadis itu pula. Sudahnya, dia batalkan niatnya itu. Beg tangan milik Sabrina diletakkan semula di atas meja di tepi katil.

Badrul kembali memandang Sabrina sambil menongkat dagu. Boleh tahan cantiknya gadis ini. Matanya mula nakal meneliti sekujur tubuh Sabrina. Nampak comel di dalam track suit besarnya dan body shirt berwarna ungu gelap. Menyerlahkan warna kulitnya yang kuning langsat.

Sabrina berkalih tidur. Membuat dia sedikit menggelabah. Dan apabila tangan Sabrina bergerak ke arah pehanya, spontan dia berundur. Badrul tidak mahu gadis itu sedar yang dirinya sedang diperhatikan. Namun entah apa

Page 141: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

141

malang nasibnya, dia gagal untuk menyeimbangkan langkahnya lalu jatuh terduduk di atas karpet. Dan lebih malang, pandangannya berpinar-pinar apabila kepalanya terhantuk pada hujung meja kecil di sebelah katil.

“Adui!” jerit Badrul agak kuat sambil memegang kepalanya yang berdenyut.

Jeritan Badrul itu mengejutkan Sabrina yang sedang tidur. Pantas dia bangkit dan menoleh ke arah lelaki itu. Kemudian matanya terpisat-pisat memandang sekeliling. Kepalanya tiba-tiba berasa sakit kerana tersedar dari lena secara mengejut. Sambil menggosok-gosok mata, dia memandang ke arah Badrul yang tersandar di meja kecil sambil menekan kepala.

“Kenapa awak ni?” soalnya hairan.

Badrul merenung tajam wajah yang terpinga-pinga itu. “Bodoh!”

Kening Sabrina berkerut. Bodoh? Siapa pula yang bodoh ni? hati Sabrina berdetik sendiri.

“Benda apa yang bersepah kat lantai ni? Tak ada kerja lain ke? Sengaja nak bagi aku tersungkur kat sini?”

Badrul bersuara sambil menunjukkan kotak-kotak kertas yang berderet di tepi katil. Sekadar untuk menutup rasa malu yang bersarang di hati. Nasib baik Sabrina tidak menyedari tindakannya sebentar tadi.

Sabrina bergerak ke birai katil. Memandang kotak-kotak yang diatur di situ. Elok sahaja. Tidak ada satu pun yang berselerak. Dia kembali memandang Badrul. Dahinya berkerut. Kalau sekadar terlanggar kotak-kotak itu, pasti sudah berterabur kesemua isinya. Tetapi macam mana Badrul boleh jatuh? Isy… macam tak percaya aje.

Page 142: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

142

“Awak jatuh ke?” Akhirnya dia ajukan juga soalan tersebut pada Badrul.

“Tak! Aku tengah tidur ni. Tak nampak ke?” balas Badrul geram.

“Ohhh tidur…!”

Selamba Sabrina menjawab sambil tersenyum kecil. Sengaja ingin membuat darah Badrul menyirap. Sengaja ingin melepaskan rasa geramnya dikurung selama lebih seminggu di dalam bilik itu. Dek kebosanan, hampir kesemua kertas di dalam bilik itu dilipat menjadi origami. Ternyata cubaannya berjaya. Dia dapat melihat wajah lelaki itu merah menahan marah.

“Sakit ke?” soalnya cuba ambil berat.

“Shut up!” jerit Badrul sambil bangkit bergerak ke birai katil. Tangannya menekan kuat belakang kepalanya yang terasa sengal.

Sabrina menggaru kepala. Rambutnya yang panjang mengurai, diikat ringkas dengan getah pengikat rambut. Melihat wajah Badrul yang masih menahan sakit, dia bergerak menghampiri lelaki itu. “Macam mana boleh jatuh?”

Badrul diam.

“Kepala awak kena apa?”

“Meja.”

“Meja? Nak saya tengok?” soal Sabrina lambat-lambat.

Badrul diam seketika. Matanya menatap wajah Sabrina yang nampak betul-betul tidak bersalah. Memang bukan salah Sabrina pun, dia yang jatuh sendiri. Tanpa menjawab, perlahan-lahan dia tundukkan kepala di hadapan

Page 143: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

143

Sabrina. Memberi izin pada Sabrina untuk melihat kepalanya yang mula terasa pedih.

Sabrina terpaku seketika. Tangannya teragak-agak untuk menyentuh rambut Badrul yang hitam pekat itu. Sudahnya, dia cuma menjengah. Melihat tempat yang dipegang oleh Badrul sebentar tadi.

“Kau tengok ke tak?”

“Tengoklah ni... tapi, tak nampak apa-apa pun. Awak selaklah rambut tu.”

Badrul mengangkat muka. Berang dengan kata-kata itu. “Kau ni, nak tolong ke tak?”

“Naklah. Tapi, macam mana nak tengok kalau awak tak selak rambut tu?”

“Selaklah sendiri!” arah Badrul garang. Memang perempuan ini mencabar kesabarannya. Nampak sangat tidak ikhlas menawarkan pertolongan.

“Boleh ke? Awak tak marah ke?”

“Arghhh!!!” Tanpa sedar, Badrul menjerit geram.

“Okey… okey….” Laju Sabrina menjawab sambil tangannya cepat-cepat menyentuh rambut Badrul. Dia menyelak perlahan-lahan tempat yang dimaksudkan. Risau kalau-kalau tertekan kuat, lelaki itu akan menyinga sekali lagi. Kepala Badrul kelihatan lebam dan bengkak. Juga sedikit luka. Pasti terhantuk di bucu meja.

“Luka sikit,” beritahu Sabrina.

Badrul menyentuh kepalanya. Tanpa sengaja, dia tersentuh jari-jemari Sabrina juga.

“Banyak ke lukanya?” soal Badrul tanpa memandang wajah Sabrina.

Page 144: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

144

“Sikit aje. Tapi dah bengkak. Nak saya tuam?”

“Suka hatilah,” balas Badrul sambil lewa.

Sabrina bergerak turun dari katil. Menuju ke arah seterika yang tersedia di sudut kabinet. Suis seterika dihidupkan.

“Kau gila ke? Takkan kau nak seterika kepala aku?”

Laju mulut Badrul bertanya membuat Sabrina melopong seketika.

“Mana ada?”

“Tu? Apa kau buat tu?”

Sabrina memandang ke arah seterika yang sudah panas. Dia tersenyum lucu. Faham maksud soalan Badrul. Dalam pandai, bodoh juga lelaki ini! Sabrina menggeleng perlahan sambil mencapai tuala kecil di atas meja solek.

“Awak duduklah kat sini,” arah Sabrina sambil jarinya lurus dihalakan ke arah kerusi meja solek.

Dalam hairan, Badrul melangkah menghampiri Sabrina. Dia duduk di kerusi meja solek di sebelah Sabrina. Hatinya tertanya-tanya, apakah yang sedang Sabrina cuba lakukan padanya? Jangan balas dendam, sudahlah. Tak pasal-pasal karang, rentung rambutnya yang dijaga rapi itu.

Badrul memandang Sabrina yang sedang meletakkan seterika di atas tuala. Tidak lama kemudian, tuala tersebut dilipat kecil dan diletakkan di atas kepalanya yang bengkak itu. Berkali-kali Sabrina mengulangi langkah yang sama. Badrul cuma memerhati. Rupa-rupanya itu yang cuba Sabrina lakukan padanya. Sangkanya Sabrina ingin tuam kepalanya dengan seterika tadi.

“Mana kau belajar semua ni?” soal Badrul dengan suara yang sedikit kendur.

Page 145: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

145

“Belajar apa?”

“Tuam pakai seterika ni.”

“Oh… kenapa? Awak tak tahu ke?”

Badrul diam. Malas menjawab soalan itu.

“Macam mana awak boleh jatuh ni?”

Setelah agak lama berdiam diri, sekali lagi Sabrina bertanyakan soalan yang sama.

“Boleh tolong diam, tak?” marah Badrul tiba-tiba. Takkan dia hendak beritahu Sabrina yang dia terjatuh sebab terlalu asyik menatap wajah gadis itu.

“Okey. Saya tak tanya lagi,” balas Sabrina perlahan. Tidak mahu mencetuskan suasana yang kurang senang. Sudahnya, dia kembali menyambung kerjanya. Namun tersentak apabila Badrul tiba-tiba memegang tangannya.

“Cukuplah tu,” ujar Badrul pendek.

“Tapi….”

“Aku cakap cukup, cukuplah!” Badrul bersuara lagi. Kali ini lebih tegas.

Sabrina sekadar menjongket bahu.

Sebaik Sabrina bergerak menyimpan tuala, cepat-cepat Badrul angkat punggung menuju ke balkoni. Dia ingin berada jauh dari Sabrina. Ingin membuang jauh debar yang tiba-tiba bergayut di jiwanya. Tiba-tiba perasaannya berperang sendiri. Lebih-lebih lagi apabila haruman yang dipakai oleh gadis itu, berkali-kali menerpa hidungnya. Membuat hati lelakinya berkocak hebat.

“Awak tak apa-apa ke?”

Badrul tersentak. Dia berpaling memandang wajah hairan Sabrina.

Page 146: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

146

“Aku okey. Kenapa?” soalnya dengan suara sedikit bergetar. Saat ini, hanya satu doanya. Janganlah gadis itu melangkah rapat padanya.

“Muka awak macam ada masalah aje.”

Badrul membuang pandang. Memang aku sedang bermasalah! hati Badrul menjerit, memberontak. “Errr… kau pergi bersiap.”

Tiba-tiba terpacul kata-kata itu dari bibirnya sebaik dia melihat Sabrina ingin melangkah menghampirinya. Membuat langkah Sabrina mati tiba-tiba. Itulah yang dia mahu. Saat ini dia tidak mahu Sabrina berada hampir dengannya.

“Bersiap?” soal Sabrina hairan.

“Ya! Kau tak faham bahasa Melayu ke?”

“Bersiap nak ke mana?”

Badrul mengeluh keras. Wajah Sabrina direnung. Tetapi cuma untuk seketika. Dia tidak boleh pandang wajah itu lama-lama. Dia harus keluar dari bilik ini secepat mungkin. “Kita pergi dinner.”

“Dinner?” soal Sabrina dengan dahi berkerut.

“Ya… dinner. Kalau nak lagi faham, makan malam,” jawab Badrul separuh geram.

“Tapi, kan awak kata….”

“Kau nak kena cium ke?”

“Okey. Saya bersiap sekarang!” Laju Sabrina bergerak ke bilik air. Seketika kemudian dia keluar semula.

“Apa lagi tu?!” Badrul sudah mula menengking.

“Lupa ambil baju dan towel,” jawab Sabrina sambil tangannya pantas mencapai tuala dan pakaiannya. Dia kecut

Page 147: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

147

mendengar tengkingan Badrul. Pelik betul. Tiba-tiba sahaja lelaki itu naik angin.

Badrul mengeluh panjang. Menarik nafas sedalam mungkin. Kenapalah tiba-tiba perlu muncul perasaan begini?

Pintu bilik air diketuk bertalu-talu.

“Nak apa?”

Terdengar suara Sabrina yang sedikit meninggi, diselangi bunyi air dari pancuran. Membuat jiwanya semakin terseksa.

“Aku bagi kau sepuluh minit. Aku tunggu kat bawah. Cepat!”

Dia bersuara sambil terus berlalu keluar dari bilik. Tidak betah untuk terus berlama-lama dengan Sabrina. Bimbang ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sesuatu yang akan membuat dia menyesal. Dia tidak mahu mengecewakan Dayana.

Page 148: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

148

SABRINA bangkit daripada pembaringannya. Dia berjalan mundar-mandir di dalam bilik.

Bosannya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Badrul pula, sejak malam tadi tidak balik ke bilik. Tidak tahu ke mana. Pulang sahaja dari makan malam, lelaki itu terus berlalu tanpa sepatah kata. Meninggalkan dia sendirian di dalam bilik yang cukup besar itu. Membuat tidurnya malam tadi pun menjadi tidak begitu lena. Sering terganggu dek rasa takut. Tidur sendirian di tempat yang masih asing padanya, memang bukanlah satu situasi yang dia gemar. Sudahnya, entah berapa jam sahaja matanya terpejam lena. Selebihnya, dia terkebil-kebil di dalam comforter yang membalut seluruh tubuhnya. Menutup kaki dan kepalanya. Kalaulah malam ini Badrul tidak pulang juga, pasti dia terpaksa bersengkang mata sekali lagi.

Dia memandang jam di dinding. Hampir pukul enam petang. Ke manalah Badrul pergi? Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia keluar dari bilik itu. Mencari sedikit ketenangan di luar sana. Menghirup udara segar. Namun,

bab 13

Page 149: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

149

larangan Badrul terpaksa dia patuhi. Dia tidak mempunyai pilihan. Walau apa pun, dia tidak boleh ingkar pada perintah suami.

Satu keluhan keluar dari bibirnya. Tidak tahu apa aktiviti yang hendak dibuat. Sudahnya dia menjenguk selonggok CD yang tidak dia sentuh sejak Badrul berikan padanya tempoh hari. Semuanya cerita seram. Sengaja mahu kenakan dia. Perlahan-lahan dia mencapai longgokan CD itu lalu dibawa ke riba. Berkerut keningnya melihat imej-imej yang langsung tidak nampak cantik di matanya itu. Satu per satu dicampak ke meja semula. Sehinggalah dia terpandang satu CD yang menggamit memori. Sekuntum senyum terukir tiba-tiba.

“Abang! Kita nak tengok cerita apa ni?”

Ikmal tersenyum nakal.

Sedang Maria yang duduk di sebelah Ikmal di dalam panggung yang sudah mulai gelap itu, tersenyum lucu.

Sabrina merenung tajam wajah dua insan di hadapannya itu. Senyuman itu bagaikan sedang menyembunyikan sesuatu. “Cerita apa ni, bang?”

“Jangan Pandang Belakanggg…” jawab Maria dengan nada yang menyeramkan membuat Sabrina terjerit kecil.

Ikmal tergelak.

Maria tersengih.

“Abang….”

Ikmal merenungnya bersama sebaris senyum.

“What?” soalnya lembut.

“Tak naklah. Nak keluar. Tak baik tipu Ina tau.”

Page 150: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

150

“Mana ada abang tipu? Abang cuma ajak tengok wayang aje. Tak cakap pun nak tengok cerita apa.”

“Jahatlah abang buat Ina macam ni. Ina nak keluar!” bebel Sabrina sambil angkat punggung.

Pantas Ikmal mencapai tangan Sabrina. “Duduklah sayang. Abang memang nak tengok sangat cerita ni. Temankan abang, ya?”

“Ina tak suka tengok cerita macam nilah. Bukan abang tak tahu….”

“Memang abang tahu. Sebab tu abang tak nak cakap kita tengok cerita apa,” balas Ikmal masih dengan senyum nakalnya.

Sabrina membuang pandang.

“Temankan abang, ya? Kalau rasa takut sangat tu, peluk aje abang. Abang tak kisah,” tambah lelaki itu separuh bergurau.

Sabrina tersenyum kelat. Manisnya kenangan itu. Tiba-tiba dia menjadi terlalu rindu pada Ikmal. Bagaimanalah keadaan lelaki itu sekarang? Tiba-tiba juga dia teringatkan tarikh pertunangannya dan Ikmal yang bakal tiba tidak lama lagi. Nampaknya majlis itu terpaksa dibatalkan. Timbul rasa bersalah di hatinya. Bersalah pada ibu Ikmal yang terlalu sayang padanya. Bersalah pada Ikmal yang terlalu mencintainya. Tanpa sedar, tangannya pantas mengeluarkan CD tersebut dari bekasnya dan memasukkan ke dalam CD player. Dalam sekelip mata filem Jangan Pandang Belakang sudah pun muncul di kaca televisyen. Filem itu membuat dia teringatkan Ikmal. Dan dia ingin terus mengingati Ikmal.

Dalam keasyikan melayan kenangan, dia tersentak tatkala mendengar jeritan yang menyeramkan di kaca televisyen. Pantas dia mencapai alat kawalan jauh. Menekan

Page 151: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

151

ikon ‘mute’. Filem berlangsung tanpa bunyi. Dia bergerak ke arah katil. Mengambil comforter dan bergerak semula ke sofa. Sabrina duduk di sofa sambil menarik comforter menutupi tubuhnya. Dia menonton filem bisu itu sambil menutup muka. Hanya sesekali dia melihat. Selebihnya dia diam sambil menghitung detik CD itu habis diputar.

“Hoi! Apa ni?”

Sabrina terperanjat. Dia menjerit kuat. Hampir menitis air matanya. Cepat-cepat dia menyelak comforter.

Badrul kelihatan terkejut. “Apa ni? Berbungkus macam ni?”

Sabrina menelan liur. Perlahan-lahan dia mengurut dada.

Melihat wajah terkejut Sabrina, Badrul tersenyum kecil.

“Tengok cerita hantu, ye? Tak takut ke? Kenapa bisukan volumenya?” soal Badrul sambil melabuhkan punggung ke sofa. Alat kawalan jauh di tangan Sabrina, dicapai. Ikon ‘mute’ dimatikan.

Perlahan-lahan Sabrina angkat punggung.

“Nak ke mana tu?”

“Saya tak nak tengoklah!”

“Kan kau yang pasang cerita ni. Duduklah!” Badrul bersuara sambil menarik tangan Sabrina. Memaksa Sabrina duduk di sebelahnya.

Sabrina akur dalam terpaksa. Terkebil-kebil dia tatkala melihat Badrul menarik comforter di ribanya.

“Mana ada orang tengok TV sambil tutup muka,” perlekeh Badrul sambil tersengih.

Page 152: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

152

Sabrina diam. Dia tunduk memandang tangannya. Siapa yang nak tengok TV? Dia cuma ingin mengimbau kenangan indahnya bersama Ikmal. Itu aja….

“Tengoklah!”

“Awak ke mana malam tadi?” soal Sabrina. Dia berusaha mengabaikan segala bunyi yang singgah di telinganya.

“Itu bukan urusan kau.”

“Saja tanya.”

“Diamlah. Aku nak tengok cerita ni.”

“Saya keluar kejap, boleh?” pinta Sabrina sambil memandang wajah Badrul. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi menghadap cerita seram itu.

“Tak boleh!”

Sabrina mengeluh hampa.

“Best juga cerita ni ya?” Badrul bersuara sambil matanya terus melekat di kaca televisyen. “Kau agak, kat sini ada tak benda-benda macam ni?”

Sabrina ternganga. Janganlah buat andaian macam tu.

“Mungkin ada kut. Yang rambut panjang ni, memang banyak kat sini,” kata Badrul sambil jari telunjuknya dituding ke kaca televisyen.

Sabrina turut memandang. Namun cuma seketika. Cepat-cepat dia pejamkan mata dan palingkan muka. Dia ngeri melihat wajah hantu yang hodoh itu. Menyesal dia mainkan filem itu. Sekali lagi Sabrina angkat punggung. Malas untuk menonton filem yang seram itu. Namun sekali lagi tangannya ditarik oleh Badrul. Lelaki ini memang sengaja mahu menyakatnya.

Page 153: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

153

“Saya tak nak tengoklah! Janganlah paksa saya.”

“Kenapa pula?”

“Nanti saya tak boleh tidur.”

“Apa kena-mengena cerita hantu dengan kau tak boleh tidur?” soal Badrul buat-buat bodoh.

Sabrina membuang pandang.

“Tengok TV tu.”

Sabrina menggeleng.

Lebar senyuman yang terukir di bibir Badrul. Penakut sungguh perempuan ni! Dia ketawa geli hati. Namun tawanya tiba-tiba mati apabila Sabrina bangun dan duduk menghadapnya. Kena sampuk ke? Biar betul perempuan ni. Hatinya mula berteka-teki.

“Kenapa kau ni?”

Sabrina menggeleng. Wajah Badrul dipandang tanpa berkelip.

“Janganlah pandang aku. Aku nak tengok TV. Pandang TV tu!”

“Tak naklah. Kalau awak tak nak bagi saya tengok muka awak, bagilah saya pergi kat tempat lain. Tolonglah jangan paksa saya tengok cerita ni!”

“Tak apa. Aku bagi kau tengok muka aku. Tengoklah puas-puas. Aku tahu, kau memang dah lama pun nak tilik muka aku, kan? Aku bagi kau peluang sekarang ni. Sebab aku faham, orang kacak macam aku ni, memang ramai yang nak pandang. Lebih-lebih lagi perempuan macam kau!”

Sabrina mencebik dalam diam. Perasannya suami aku ni!

“Betul, kan?”

Page 154: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

154

“Entah!”

“Entah? Kalau entah, kenapa pandang aku?”

“Sebab muka awak tu lawa sikit daripada muka hantu tu,” jawab Sabrina selamba.

“Apa?” soal Badrul dengan nada tinggi.

“Sorry!” Cepat-cepat Sabrina bersuara.

Badrul memandang wajah itu buat seketika. Bimbang gelora rasanya yang bertandang semalam, datang lagi. Dia cuba sedaya upaya memberi tumpuan pada cerita yang ditayangkan. Namun, ekor matanya tidak berhenti daripada melirik Sabrina. Wajah gadis itu bagaikan melekat di pipinya.

Badrul sedikit gelisah. Dia ingin beredar dari situ. Namun entah kenapa, kakinya terasa berat untuk melangkah. Tidak seperti malam tadi, dengan cepat dia boleh menghayun langkah meninggalkan Sabrina sendirian di dalam bilik. Dia menyewa bilik lain. Dia ingin memenuhi permintaan Sabrina agar benarkan dia pergi dari sofa itu. Namun, dia tidak mahu mengalah. Dia ingin terus melihat wajah Sabrina yang ketakutan. Dia mengerling dengan ekor matanya. Sabrina masih termenung sambil menatap pipinya.

“Hah!” jeritnya tiba-tiba.

Sabrina menjerit sekuat hati. Sepantas kilat melompat ke atas ribaan Badrul. Memaut tengkuk dan memeluk tubuh Badrul. Memang dia terkejut. Terkejut yang teramat sangat.

Sabrina sudah meraung di bahunya. Dapat dia rasakan degupan jantung Sabrina yang laju di dadanya. Memang Sabrina sangat ketakutan saat ini.

“Okey… okey… sorry. Aku tak sengaja. Sorry,

Page 155: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

155

okey?” Badrul bersuara sambil memegang bahu Sabrina. Cuba menolak tubuh Sabrina yang masih menggigil itu lebih jauh darinya.

“Janganlah macam ni. Aku minta maaf. Lepas ni, aku tak usik kau lagi,” pujuk Badrul.

Tubuh Sabrina sedikit mengendur. Baru dia tersedar yang dia kini berada di atas ribaan Badrul. Air mata ketakutan yang membasahi pipi, segera dikesat.

“Sorry….” Sabrina bersuara perlahan sambil bergerak ke sofa. Dia tidak berani memandang wajah Badrul. Dia tahu saat ini, mata Badrul tidak berkelip merenungnya. Barangkali lelaki itu marah. Tetapi, dia betul-betul tidak sengaja. “Saya tak nak tengok lagi. Please….”

“Okey! Aku tutup.” Pantas Badrul mematikan televisyen.

Sabrina bersandar ke sofa sambil terus menyapu air matanya.

“Kenapa kau ni penakut sangat?”

Sabrina menjeling seketika. Bodoh punya soalan! Debar di dadanya masih bersisa. Kepalanya seakan-akan berpusing dek kerana terkejut disergah begitu. Nasib baik dia tidak pengsan. “Awak paksa saya tengok tu, kenapa?”

“Kau yang pasang, kan?”

“Saya pasang, tapi tak ada suara. Lagipun, bukannya saya tengok.”

Badrul tersenyum kecil. Melihat wajah itu seketika sambil cuba melenyapkan debar yang bergelora di jiwanya. Dia menarik nafas panjang. Melarikan pandangan ke arah lain. “Aku dah sewa bilik lain!”

Tiba-tiba Badrul bersuara.

Page 156: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

156

“Hah?”

Badrul memandang wajah terkejut Sabrina. “Kenapa terkejut pulak?”

“Kenapa sewa bilik lain?” soal Sabrina hairan. Debar yang baru sahaja ingin menjauh, sekali lagi bertenggek di ranting hati.

“Suka hati akulah!” balas Badrul sambil angkat punggung. Ingin menjarakkan kedudukan antara dia dan Sabrina.

“Mana boleh macam tu?” Sabrina bersuara tidak puas hati. Dia tidak mahu tidur sendirian malam ini. Sudahnya dia mengekori langkah Badrul.

“Kenapa tak boleh?” soal Badrul sambil bersandar pada balkoni.

Sabrina diam. Betul kata Badrul, apa hak dia untuk menghalang lelaki itu?

“Malam ni?” soal Sabrina sambil memandang wajah Badrul minta simpati.

Badrul membuang pandang. Pandangan itu tidak mampu dia lawan saat ini. “Aku cuma nak balik mandi dan tukar baju. Lepas ni aku nak keluar.”

Laju dia bersuara tanpa memandang wajah Sabrina.

Sabrina mengeluh lemah. “Mana boleh macam tu. Awak dah cakap macam-macam benda mengarut tadi, lepas tu awak nak biarkan saya tidur sorang-sorang? Mana boleh?”

Bulat mata Sabrina memandang Badrul.

Badrul diam tidak bersuara. Semakin dia cuba menghindari, semakin gadis ini datang menghampiri. “Kenapa tak boleh?”

Page 157: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

157

“Sebab saya takutlah…” rintihnya perlahan.

Rintihan yang membuatkan Badrul semakin tidak tenteram. Tidak! Dia tidak boleh mengikut perasaan. “Kau takut hantu ke… kau takut aku?”

“Ha?”

Badrul merenung wajah yang terpinga-pinga itu.

“Kenapa pula saya nak takut kat awak?”

Mendengar soalan itu, Badrul melangkah rapat pada Sabrina.

“Sebab… aku rasa macam nak belai rambut kau,” bisiknya sambil membelai rambut Sabrina. Membuat gadis itu sedikit tersentak.

“Aku rasa macam nak sentuh bibir kau.”

Sabrina resah.

“Aku rasa macam nak belai tubuh kau.”

Sabrina gelabah.

“Aku rasa macam… macam nak bersama kau.”

Sabrina resah dan gelabah.

“Boleh? Kalau boleh, I’ll stay….”

Gulp! Kalau tak boleh, maknanya dia kena tidur sendirian? Sabrina menelan liur. Perlahan-lahan dia bergerak ke belakang. Berat permintaan Badrul.

Badrul tersenyum kecil.

“Boleh?” Sekali lagi dia bertanya.

“Errr….”

Badrul tersenyum sambil bergerak mencapai tuala. “Lepas mandi, aku pergi. Make sure kunci pintu.”

“Hah?”

Page 158: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

158

“Ya. Aku pergi. Aku tak boleh tinggal dengan kau kat sini.”

Sabrina diam. Rasa seperti mahu menangis. Pilihan yang Badrul berikan memang berat.

Melihat wajah itu, Badrul mengeluh perlahan.

“Tak ada apa yang nak ditakutkanlah,” pujuknya lembut.

Sabrina kelu.

“Apa-apa berlaku, aku kat sebelah aja. Ketuk aja pintu bilik aku.”

Sabrina terus melongo. Terkebil-kebil memikirkan dia harus tinggal sendirian lagi malam ini.

Page 159: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

159

PERLAHAN-LAHAN pintu bilik diketuk. Sunyi. Tangannya cuba menolak daun pintu. Tidak

berkunci. Membuat darahnya terasa menyerbu ke muka. Pantas dia melihat jam di pergelangan tangan. Sepuluh minit lagi pukul tujuh pagi. Takkan seawal ini Sabrina membiarkan pintu tidak berkunci? Atau mungkin Sabrina lupa mengunci pintu malam tadi? Andaian itu membuat darahnya tiba-tiba menyirap.

Segera Badrul menolak daun pintu. Ruang bilik terang-benderang dengan semua lampu terpasang. Nampaknya Sabrina lupa menutup suis, atau sengaja tidur di dalam terang. Liar matanya mencari gadis itu. Laju kakinya melangkah ke arah katil.

Badrul menggeleng perlahan tatkala melihat selonggok selimut di atas katil. Dia tahu Sabrina yang berselubung di bawah selimut itu. Perlahan-lahan dia menyelak selimut yang menutup keseluruhan tubuh Sabrina. “Masya-Allah! Ya Rabbi....”

bab 14

Page 160: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

160

Tersentap Badrul sambil mengurut dada. Terkejut melihat Sabrina yang tidur dengan bertelekung putih. “Hey, bangunlah….”

Perlahan-lahan dia menggoncang bahu Sabrina.

Diam.

“Bangunlah! Kenapa tak kunci pintu? Dah kuat sangat nak lawan penyamun?” Badrul bersuara sedikit keras. Bahu Sabrina juga digoncang agak kuat.

“Hmmm….”

Jawapan Sabrina membuat Badrul sedikit geram. Pantas dia melabuhkan punggung di sebelah Sabrina. “Bangun! Aku kata bangun!”

“Hmmm….” Hanya itu jawapan Sabrina sambil berkalih tidur. Mata terpejam rapat di dalam telekungnya.

“Bangunlah! Aku nak cakap dengan kau ni.”

Diam. Tidak berjawab. Dalam berang, Badrul memandang sekeliling. Dia terpandang surah Yasin di tepi bantal. Tidak tidurkah Sabrina malam tadi? Melihat pada ketakutan Sabrina malam tadi, tidak mustahil gadis itu menghabiskan malamnya dengan membaca surah Yasin.

“Pukul berapa kau tidur, hah? Sampai susah sangat nak buka mata ni?” soal Badrul.

Diam.

Badrul mengeluh perlahan. Nampaknya dia bercakap seorang diri.

“Bangunlah!” Badrul separuh menjerit di telinga Sabrina.

Sabrina tersentak. Pantas dia bangkit daripada tidur dengan muka mamai.

Page 161: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

161

Badrul turut tersentak.

Perlahan-lahan Sabrina mengurut dada.

“Kau ni! Dah macam pocong bangkit dari kubur! Yang tidur dengan telekung ni, kenapa? Bukalah!”

“Hmmm….”

Dengan mata terpejam, Sabrina membiarkan sahaja Badrul menanggalkan telekung yang dipakainya. Kemudian dia berbaring semula di katil.

“Tidur lagi?” Badrul mula merungut. “Bangunlah! Bersiap! Kita keluar. Kan ke kau nak sangat keluar dari bilik ni? Cepat bangun!”

“Hmmm….”

Badrul kerutkan kening. Sia-sia bercakap dengan Sabrina saat ini. Gadis ini memang tidak sedar langsung, atau saja-saja berlakon? Dia memandang jam di atas meja. Hampir pukul tujuh suku. Masih awal. Sengaja dia bangun awal. Selesai solat subuh, dia bergegas menjengah ke bilik Sabrina. Ingin melihat keadaan gadis itu sebenarnya. Dia tinggalkan Sabrina di dalam ketakutan malam tadi.

Melihat Sabrina yang terus lena, dia berbaring di sebelah gadis itu. Menunggu kalau-kalau Sabrina terjaga. Sia-sia!

“Bangunlah!” gesanya sekali lagi sambil menongkat kepala di bantal.

“Hmmm….”

“Hmmm… hmmm… bangun aku cakap. Aku cium karang, baru tahu!”

“Hmmm….”

Aik! Ugut macam tu pun, masih hmmm… juga?

Page 162: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

162

Badrul dekatkan mukanya ke telinga Sabrina. “Make love with me….”

“Hmmm….”

Sah! Perempuan ini memang tidur mati. Mulut sahaja memberi tindak balas, tetapi otak langsung tidak berfungsi. Dan dia tersangat yakin, memang Sabrina tidak tidur malam tadi. Barangkali gadis ini baru lena.

Badrul menggeleng. Pelik dengan sikap Sabrina. Kadang-kadang dia melihat karektor gadis ini jauh berbeza dengan karektor yang telah diproses oleh akal logiknya. Kadang-kadang gadis ini nampak begitu naif. Namun, kalau Sabrina senaif itu, apa yang gadis itu fikirkan sehingga sanggup melangkah masuk ke bilik seorang lelaki yang terlalu asing padanya? Apa yang gadis itu inginkan dengan persetujuan untuk berkahwin dengannya setelah mereka ditangkap dulu? Kalau betul semua ini bukan rancangannya, Sabrina patut menolak saranan bapanya. Sabrina tidak perlu mengahwininya. Tetapi, Sabrina tidak berkata apa-apa. Gadis itu cuma mendiamkan diri. Seolah-olah perkahwinan itulah sebenarnya yang dia inginkan. Seakan-akan ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan Sabrina. Agenda yang masih belum diketahui hingga saat ini.

Lamunannya menjauh apabila tangan Sabrina tiba-tiba jatuh ke perutnya. Membuat darahnya berderau seketika. Membangkitkan kembali gelora di jiwanya. Pantas dia memandang wajah itu. Terlalu lena tidur Sabrina. Tidak sampai hati untuk dia terus mengejutkan gadis itu.

Badrul bergerak merapati tubuh Sabrina. Menarik tangan gadis itu agar melingkari pinggangnya. Mengusap lembut wajah Sabrina yang lena. Sesekali tidur di dalam pelukan gadis ini, apa salahnya. Sabrina isterinya. Tidak salah

Page 163: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

163

apa yang dia lakukan ini. Lagipun, hari masih terlalu pagi untuk dia menjalankan sebarang aktiviti luar.

Perlahan-lahan Badrul menarik selimut sambil memeluk tubuh Sabrina. Kedinginan pagi ditambah pula dengan penyaman udara yang terpasang, membuat dia ingin menyambung semula tidurnya. Dia lena di balik keharuman rambut Sabrina.

“APA kau nak buat hari ni? Aku temankan kau.”

Sabrina bungkam. Matanya menjeling tajam ke arah Badrul yang sedang menikmati hidangan makan tengah hari. Selamba sungguh reaksi lelaki ini.

“Saya nak rehat kat bilik….” Sabrina bersuara perlahan.

Suapan Badrul terhenti. Matanya tajam memandang wajah Sabrina yang menunduk. “Kenapa pulak?”

Sabrina diam. Tidak tahu apa alasan yang patut diberi. Kenyataannya, dia tidak mahu terus berdepan dengan Badrul. Rasa malu masih bersisa. Bagaimana dia boleh lena di dalam pelukan erat lelaki itu? Bagaimana dia boleh tidak sedar langsung?

“Kenapa tak kunci pintu?”

Tiba-tiba Badrul bersuara. Mengutarakan soalan yang tidak Sabrina endahkan pagi tadi.

“Mana ada?”

“Mana ada apa? Kalau kau kunci, macam mana aku boleh masuk?”

Sabrina diam seketika. Cuba mengingati semula

Page 164: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

164

sama ada dia kunci atau tidak pintu biliknya. “Saya lupa kut.”

Akhirnya Sabrina menjawab perlahan.

“Lupa kut? Baguslah. Dibuatnya orang masuk, dengan kau sekali dia orang angkut? Kalau kena rogol, siapa yang nak tanggung?”

Tersedak Sabrina mendengar kata-kata itu. Tiba-tiba terasa darah menyerbu ke muka. Ngeri betul andaian Badrul!

“Berapa kali aku pesan, kunci pintu. Sebelum aku keluar pun, aku dan pesan, kan? Ke kau rasa kau tu dah kuat sangat nak melawan?”

Sabrina diam. Menadah telinga sahaja.

“Kenapa diam?”

“Betullah tu!”

“Apa yang betul? Kau tu dah kuat sangat? Kalau kuat sangat, kenapa aku peluk pun kau tak sedar?”

Wajah Sabrina memerah. Tiba-tiba dia teringatkan kehangatan pelukan Badrul pagi tadi. Cepat-cepat dia tunduk.

“Aku rasakan… kalau aku rogol kau pun, kau tak akan sedar tadi.” Tiba-tiba Badrul berbisik di telinganya.

Mata Sabrina membulat memandang Badrul. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. “Kalau awak nak marah, marah aje la. Saya dengar. Tapi, tolonglah jangan merepek macam ni!”

Melihat wajah Sabrina yang benar-benar berubah, Badrul tersenyum kecil.

“Saya nak balik bilik dululah!” Sabrina bersuara sambil angkat punggung.

“Tak nak ajak aku sekali ke? Kalau nak, cakaplah

Page 165: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

165

terus terang. Tak payahlah berkias-kias macam ni. Aku tak kisah pun. Anytime aku boleh temankan,” sakat Badrul dengan muka serius.

“Eh, jangan nak perasan la!” Serta-merta Sabrina duduk semula. Bimbang kalau-kalau benar Badrul mengikutnya ke bilik.

“Pukul dua petang baru bangun, takkan dah mengantuk lagi?”

Sabrina diam. Ini bukan masalah mengantuk. Tapi, masalah mulut Badrul tu….

“Pukul berapa kau tidur malam tadi?”

Sabrina menggeleng.

“Apa geleng-geleng?”

“Lepas solat subuh, baru saya boleh tidur.”

“Patutlah tidur macam orang mati!”

Sabrina diam. Dia pandang wajah Badrul. Dalam diam, dia tertanya-tanya akan perubahan sikap lelaki itu padanya. Badrul tidak lagi sekeras dulu. Sedikit bertolak ansur dan peramah. Sudah ada topik perbualan antara dia dan Badrul. Walaupun perbualan mereka lebih ke arah pertelingkahan, sekurang-kurangnya ada sedikit komunikasi di antara mereka berdua.

“Kenapa?”

“Hah?” soal Sabrina terpinga-pinga.

“Kenapa kau pandang aku?”

Sabrina menggeleng perlahan.

“Makanlah.”

Sabrina memandang nasi goreng di hadapannya. Tak ada selera langsung!

Page 166: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

166

“Bila kita nak balik?” soal Sabrina tiba-tiba.

Badrul mendongak mencari wajah Sabrina.

“Kenapa?” soalnya pendek.

“Tak ada apa-apa. Saja tanya.”

“Bosan?”

Memanglah bosan kalau asyik kena kurung! hati Sabrina menjerit geram.

“Tak adalah….” Akhirnya jawapan itu yang meniti di bibir Sabrina.

“Sabarlah. Cukup dua minggu, kita baliklah. Balik awal, nanti kena soal. Aku malas nak jawab.”

Sabrina diam. Dua minggu. Dia menghitung sendiri. “Maknanya, lagi tiga harilah?”

“Ya la kut. Aku pun tak kira.”

Sabrina menongkat dagu. Nampaknya dia akan dikurung di situ selama tiga hari lagi. Lama juga tu, fikirnya.

“Apa lagi kau fikir tu? Makanlah….”

“Kenapa tiba-tiba ajak saya makan kat luar?” soal Sabrina lagi.

Badrul mengeluh panjang. Sudu dan garpu diletak di atas pinggan. Makin dilayan, makin banyak pula soalan gadis ini.

“Tolong diam boleh tak?” bentak Badrul geram.

“Okey! Saya diam,” balas Sabrina kalut. Sebelum arahan lebih keras keluar dari mulut Badrul, cepat-cepat dia mencapai sudu dan garpu. Baru sahaja ingin menyuap nasi goreng ke mulut, dia terpaku seketika. Tergamam melihat wajah berang seorang gadis cantik yang memandang ke arahnya.

Page 167: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

167

“Awak… tu…” kata Sabrina tergagap-gagap.

“Apa lagi? Makan ajalah!” marah Badrul.

Sabrina terdiam. Cuma matanya terus memandang gadis yang semakin menghampiri mereka.

“Apa semua ni?!”

Lantang suara itu bergema di belakang Badrul. Membuat suapan Badrul terhenti tiba-tiba. Dia kenal suara itu. Segera dia berpaling. Wajah Dayana merah menyala memandangnya.

“Datang cari I konon! Betul ke you datang cari I? Atau… sebenarnya you sedang honeymoon?”

“Yana. I can explain….”

“You nak explain apa lagi?”

Badrul menggelabah.

Dayana membuang pandang. Geram melihat tingkah Badrul.

Sabrina pula terkebil-kebil menjadi pemerhati.

“Dengar penjelasan I dulu. Memang I datang sini cari you. I tak tipu. Sumpah!”

“Apa-apalah, Bad! I dah tak heran dengan sumpah you tu!” Dalam marah, Dayana berlalu.

Badrul bungkam di kerusi. Dia ingin mengejar gadis itu, namun dia malu dengan pengunjung restoran yang sedang menjeling ke arahnya. Lagaipun, sia-sia memujuk Dayana saat ini.

“Kekasih awak ke?” soal Sabrina perlahan.

Badrul diam.

“No wonderlah awak nak sangat datang sini,” tambah Sabrina lagi. Kali ini, juga dengan nada perlahan. Dia

Page 168: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

168

sedikit berjauh hati. Tidak tahu kenapa, terasa seperti Badrul sedang mempergunakannya saat ini.

“Yes! So what?”

“Kejarlah!”

“Ha?” Badrul bertanya pelik.

“Kejarlah kekasih awak tu. Awak explain la pada dia.”

Badrul memandang wajah selamba Sabrina. “Kau tak kisah ke?”

“Kenapa saya nak kisah? Pergilah!”

“No point…” ujar Badrul lemah.

“No point?”

“Dia hot tempered. Tak guna pujuk kalau dia tengah marah. Sia-sia aja. Better tunggu dia cool down sikit.”

“Macam tu ke?”

“Haah…” jawab Badrul lambat-lambat.

“Awak... dia datang balik la…” bisik Sabrina sambil matanya terarah pada Dayana.

“Hah?” Badrul berpaling. Dayana melangkah laju ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang.

“Yana… dengarlah dulu penjelasan I.” Badrul bersuara sebaik sahaja Dayana tiba di hadapannya.

Dayana tercegat sambil memandang wajah Badrul. “I nak kahwin dengan you!”

Dayana berlalu pergi sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata tersebut. Meninggalkan Badrul dan Sabrina yang terpinga-pinga.

“Hah? Apa dia cakap?”

Page 169: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

169

“Dia cakap, dia nak kahwin dengan awak.”

Laju Sabrina menjelaskan.

Hah? Dayana nak kahwin dengan aku? Betul ke? Dia memandang wajah Sabrina. “Aku rasa, aku patut kejar dia sekarang!”

“Cepat!” ujar Sabrina sepatah.

Untuk seketika, Badrul memandang wajah Sabrina. Pantas tangannya mencapai jari-jemari gadis itu.

“Thanks!” Ucapnya perlahan.

Sabrina cuma membalas dengan sekuntum senyuman yang sukar untuk ditafsirkan maknanya. Cemburukah dia?

Page 170: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

170

“MANA duit aku?”

Maria menjeling tajam. Wajah Iskandar

direnung geram. “Duit apanya? Bukan kau yang kena tangkap dengan Ina. Dia dah kena tangkap dengan orang lain.”

“Itu bukan masalah aku. Yang penting, ikut rancangan, kau akan bayar aku, kan? Cepat bayar! Dahlah melepas peluang aku nak kahwin dengan Ina. Sekarang, duit aku pun kau tak nak bagi?”

“Kau melepas, sebab kau bodoh. Yang kau bagi nombor bilik yang salah, kenapa?”

“Helo, Mar. Pembetulan. Bukan aku yang bodoh. Tapi, kau tu yang bengap. Pekak. Aku bagi nombor lain, kau pergi cakap nombor lain. Dah! Aku tak nak cerita panjang. Bagi duit aku. Aku dah buat apa kau suruh!”

Maria menjeling tajam.

“Cepatlah! Dahlah sewa bilik hari tu pun, pakai duit aku. Aku tak claim pun, tu dah kira nasib baik tau!”

bab 15

Page 171: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

171

Maria mengeluh panjang. “Yalah… yalah… nanti aku bank in kat akaun kau!”

“Bagi cashlah….”

“Aku tak ada cash sekarang!”

“Cek?”

“Hesy! Aku kata nanti, nantilah! Jangan risaulah. Aku takkan lari punya!”

“Dah lebih sebulan kau cuba lari daripada aku. Bukan aku tak tahu!”

Selamba lelaki itu bersuara, membuat wajah Maria memerah menahan geram. “Aku bukan larilah. Banyak benda yang aku kena uruskan. Aku janjilah, by next week kau dapat duit tu. Kerja tak buat, senang-senang kau angkut duit ya?”

“Yalah. Tak ada dalam perjanjian kita, kalau misi gagal, upah dikira hangus. Kan?”

“Banyaklah kau punya misi. Nasib baik nombor aku bagi tu, ada lelaki kat dalamnya. Kalau dibuatnya bilik perempuan? Sia-sia aja aku rancang semua ni, tahu tak?”

Iskandar tergelak riuh mendengar rungutan itu. “Tapi, aku terkilanlah….”

Maria merenung wajah Iskandar. “Terkilan apa pulak?”

“Yalah. Kalau bukan kerana kebodohan kau tu, Sabrina dah selamat kahwin dengan aku sekarang. Dah jadi isteri aku pun, tahu tak? Ni… sebab kau, aku putih mata.”

Maria tersenyum kecil. “Kau ni, betul-betul nak kahwin dengan dia ke… cuma nak dia aja?”

“Aku suka Sabrina tu. Manja. Comel. Bahagia kalau aku dapat dia.”

Page 172: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

172

“Yalah tu. Bukan aku tak kenal buaya macam kau ni. Semua perempuan buat kau bahagia.”

Iskandar tersenyum. “Kalau aku jumpa dia sekali lagi….”

“Tak payah nak beranganlah. Dia dah jadi menantu Datuk pun.”

“Maksud kau?”

“Aku tersilap bagi nombor bilik anak Datuk kat dia.”

“Siotlah kau, Mar!”

“Nak buat macam mana? Aku bukannya sengaja.”

“Sepatutnya kau kena bayar aku double, tahu tak?”

“Jangan nak mengada-ada! Aku nak bagi, dah kira cukup bagus, tau tak?”

Iskandar tersenyum lagi. “Ada lagi ke perempuan yang kau nak bagi tangkap basah dengan aku?”

“Mana ada? Jangan nak mengada-adalah!”

“Manalah tahu, kan? Tapi, aku hairanlah. Kenapa kau buat macam tu kat Ina? Best friend kau pula tu.”

“Aku ada sebab aku sendiri!”

“Sebab Ikmal ke?”

Maria diam.

“Jahat betullah kau ni!

”Mulut tu jaga sikit, ya? Kalau aku ni jahat, kau tu apa? Yang kau sanggup nak tolong tu, kenapa?”

“Yalah. Dah kau suruh aku kena tangkap basah dengan gadis idaman aku, mestilah aku nak. Dah lama aku perhatikan Ina tu. Susah sangat nak dekat. Asyik dengan

Page 173: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

173

kekasih dia aje. Tu yang buat aku geram tu. Aku suka sangat kalau dapat makan ayam hutan ni.”

“Sudahlah tu. Jangan nak berangan depan aku. Ayam kau tu, dah masuk dalam sangkar emas dah. Tak usah nak bermimpilah. Kalau nak, pergi cari perempuan lain!”

“Takkan sama dengan Ina tu….”

“Diamlah! Macam dah tak ada cerita lain kau nak cakap, ya?” Maria bersuara geram.

Iskandar ketawa riuh. “Kau cemburu, kan? Kau cemburu bila aku asyik puji Sabrina. Agaknya, sebab cemburulah kau sanggup buat dia macam ni.”

Maria menarik nafas panjang. Kata-kata Iskandar terus melekat di kotak fikirannya.

“Ehem!”

Maria tersentak. Segera dia berpaling. Ikmal tercegat di belakangnya. Sekuntum senyuman diukir buat lelaki itu. “Dah habis berkemas ke?”

Ikmal tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di sebelah Maria. Memandang kanak-kanak yang berkejaran di halaman rumah pak longnya yang luas itu. Majlis kenduri kesyukuran sudah pun selesai. “Kenapa?”

Maria berpaling. Sedikit hairan mendengar soalan Ikmal yang cuma sepatah itu.

Ikmal merenung jauh ke hadapan. Tajam renungan itu.

“Kenapa, apa?” soal Maria menagih penjelasan.

“Bila aku suruh mak aku buat keputusan, aku mengharapkan agar kau tolak permintaan mak aku tu. Tapi, kenapa kau tak tolak? Kenapa kau terima?”

Page 174: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

174

Maria mengeluh perlahan. Dia faham maksud Ikmal. “Entahlah, Mal… aku kasihan tengok muka mak kau.”

“Kau tak kasihan pada diri kau sendiri? Bukan kecil pertaruhan yang kau buat ni, Mar. Ini melibatkan masa depan kau. Hidup kau. Mana boleh kau buat keputusan hanya kerana kasihan? Aku tahu kau nak tolong kawan. Tapi, bukan ni caranya untuk kau tolong aku, Mar. Terlalu besar pengorbanan yang kau buat ni.”

Maria tersenyum sambil merenung cincin permata ruby yang menghiasi jari manisnya. Cincin yang sepatutnya ibu Ikmal sarungkan ke jari manis Sabrina.

“Insya-Allah... aku takkan menyesal, Mal.”

“Aku tak tahulah apa ayat yang mak aku guna untuk pujuk kau. Berkali-kali aku tolak. Berkali-kali dia nekad nak tanya kau. Kalau kau setuju, bermakna aku juga kena akur. Itu keputusan muktamadnya. Kenapa kau setuju? Itu yang aku paling tak faham.”

“Entahlah. Anggaplah apa yang aku buat ni kerana mak kau. Kerana maruah keluarga kau. Aku tak kisah kena jadi bidan terjun macam ni.” Maria bersuara separuh melawak, membuat Ikmal tersenyum tawar.

“Tak sangka, kan?”

“Apa yang kau tak sangka?”

Ikmal memandang wajah Maria. “Kita diikat dengan ikatan ni.”

“Aku faham perasaan kau. Jangan salah faham dengan tindakan aku ni. Aku tak nak kau anggap aku mengambil kesempatan atas apa yang berlaku pada Ina. Atas apa yang berlaku pada kau. Mak kau cakap, pak long kau dah siapkan semuanya untuk majlis kenduri ni. Aku jadi tak

Page 175: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

175

sampai hati nak kecewakan pak long kau. Kalau kau tak nak teruskan pertunangan ni, tak apa. Aku reda. Lagipun, semuanya dah selamat, kan? Kau boleh putuskan pertunangan ni kalau kau mahu.”

Ikmal memandang wajah Maria tajam. Tidak percaya mendengar kata-kata Maria. Begitu sekali usaha Maria untuk menjaga nama baik keluarganya. “Aku tak sejahat tu, Mar. Takkan aku nak malukan keluarga kau pula, setelah kau selamatkan air muka keluarga aku. Aku cuma bimbang… bimbang nanti aku akan buat kau kecewa.”

“Aku faham... aku tahu bukan senang kau nak lupakan Ina. Lupakan kenangan kau dengan dia. Aku tak kisah. Betul-betul tak kisah….”

Ikmal diam. Perlahan-lahan dia mengeluh. Memandang wajah Maria sekali lagi. Begitu tulus hati gadis ini. “Kalau aku tanya kau satu soalan, aku harap kau tak salah faham.”

Maria tersenyum manis. Memandang wajah Ikmal lama. Senang hatinya melihat wajah itu. Bagai mimpi, kini dia duduk di hadapan lelaki itu sebagai seorang tunang. Impian yang tidak pernah dia sangka akan menjadi kenyataan. “Apa yang kau nak tanya?”

Ikmal diam. Seketika, dia cuma tunduk.

“Hei, tanyalah. Apa dia? Aku dengar ni,” tanya Maria sambil menepuk bahu Ikmal.

Ikmal tersenyum seketika.

“Apa yang kau harapkan dengan menjadi tunangan aku?” soal Ikmal perlahan-lahan. Soalan yang membuat Maria sedikit tersentak.

“Sorry! Aku tak berniat nak buat kau tersinggung.

Page 176: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

176

Aku cuma nak tau.” Cepat-cepat Ikmal memohon maaf sebaik melihat riak wajah Maria yang berubah tiba-tiba.

Maria mengukir senyum. Sedikit kelat. “Aku tak harapkan apa-apa….”

“Maksud kau?”

“Niat aku ikhlas. Aku nak tolong kawan. Selebihnya, aku serahkan pada takdir. Biarlah takdir yang tentukan segala-galanya. Apa yang boleh aku buat cuma satu, berusaha membuat hidup kita menjadi lebih bermakna. Walaupun tak menjadi terlalu baik, sekurang-kurangnya biarlah kehidupan kita hari ni lebih baik daripada semalam. Dan esok… kehidupan kita menjadi lebih baik daripada hari ni. Itu aja.”

Ikmal diam.

“Dan, untuk tu… kita perlulah berusaha, Mal. Berusaha untuk menjadi orang baru. Jangan biarkan kisah sedih tu terus merantai jiwa kita. Untuk aku berusaha sendirian, memanglah payah. Kita perlu sama-sama berusaha, kalau kita nak kekalkan ikatan ni. Aku tak akan mendesak. Jauh sekali memaksa. Keputusan ada di tangan kau. Aku akan terima dengan senang hati.”

“Kau ni, memang pandai berkata-kata. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau, penuh dengan motivasi. Bercakap dengan kau, buat aku rasa macam aku tengah hadiri sesi kaunselinglah pulak.” Ikmal bersuara separuh bergurau.

“Suka hati kaulah, kau nak cakap apa,” kata Maria sambil tergelak kecil.

Ikmal tersenyum. “Kau tahu, Mar?”

Maria memandang wajah Ikmal sambil angkat kening.

Page 177: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

177

“Bila dengar kau cakap, aku rasa macam senangnya hidup aku ni. Senangnya nak buat begitu. Senangnya nak buat begini. Tapi, kenapa bila aku cuba, rasanya macam susah sangat?”

“Sebab kau biarkan hati kau terus dibelenggu cerita-cerita sedih tu. Kau sayang nak lepaskan kesedihan tu. Kau rasa bersalah nak buang cinta Ina.”

Ikmal diam. Barangkali Maria benar. Dia merelakan dirinya larut dalam kesedihan semata-mata kerana dia ingin dekat dengan Sabrina. Dia ingin terus merasai cinta Sabrina. Dia ingin Sabrina terus wujud di hatinya.

Maria menatap wajah Ikmal. Perlahan-lahan dia mencapai tangan lelaki itu. “Just let her go. Itu akan buat kau rasa tenang. Dan akan beri kau semangat untuk bina hidup baharu.”

“Tak semudah yang kau cakap, Mar.”

“Aku tahu ia tak mudah. Sebab tu aku takkan paksa kau. Cuma aku minta, kau cuba sedikit demi sedikit. Cuba belajar hidup tanpa Ina. Tanpa kenangan Ina. Dan tak salah rasanya kalau kita bina kenangan baru pula.”

“Terima kasih, Mar. Terima kasih kerana jadi sahabat aku. Kalau kau tak ada, aku tak tau macam mana nak hadapi semua ni,” kata Ikmal sambil memandang Maria.

Maria tersenyum. “Tak apa… cukup-cukuplah berterima kasih pada aku. Aku tak ada buat apa-apa pun!”

“Tak. Kau telah kembalikan semangat aku yang hampir hilang.”

“Aku sedia membantu, selagi kau mahu dibantu. Itu yang paling penting. Semuanya tak bermakna, kalau kau sendiri tak nak berusaha.”

Page 178: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

178

“Aku akan cuba.”

“Bagus. Tu yang aku nak dengar.”

Ikmal tersenyum kecil. Namun, entah kenapa, dalam azamnya yang baru, wajah Sabrina masih datang mengganggu. “Entah macam manalah Ina sekarang. Aku harap sangat dia bahagia. Walaupun dia tak kahwin dengan aku. Aku tak sanggup nak tengok Ina terseksa.”

Maria diam seketika. Perlahan-lahan dia angkat muka. Wajah Ikmal ditatap seketika. “Mungkin dia sedang bahagia sekarang….”

Ikmal membalas renungan Maria. Mungkinkah Maria mengetahui sesuatu tentang Sabrina? “Maksud kau?”

Maria angkat punggung dan berdiri di hadapan Ikmal. “Hari tu aku ada telefon rumah mertua dia.”

“Mana kau dapat nombor telefon dia?”

“Masa dia balik ambil barang dulu.”

“Kau bercakap dengan dia? Dia apa khabar?”

Laju soalan itu meniti bibir Ikmal. Membuat hati Maria terhiris perlahan-lahan. Namun, dia kena terima. Dia harus terima ini semua. Membantu Ikmal melupakan nama Sabrina, sedikit demi sedikit. Dan dia maklum, itu bukanlah satu tugas yang mudah.

“Tak. Aku tak bercakap dengan dia. Orang gaji dia yang jawab.”

Ikmal kelihatan sedikit hampa.

“Dia tak ada di rumah masa aku call. Kata orang gaji dia, Sabrina ke Pangkor. Honeymoon….”

Wajah Ikmal berubah serta-merta. Tiba-tiba dia dilanda rasa cemburu yang teramat sangat.

Page 179: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

179

“Mal... I’m sorry. Aku tak patut beritahu kau, kan?”

Ikmal menahan nafas.

“Berapa lama dia ke sana?” soalnya dengan nada dingin.

“Dua minggu.”

Ikmal menahan rasa. Kenapa dia perlu berperasaan begini? Kenapa dia perlu berasa sakit? Seharusnya dia gembira kerana Sabrina kini bahagia. Bukankah itu yang dia inginkan? Namun ternyata berita itu menjadi duka buatnya. Ternyata kata-katanya sebentar tadi cumalah luahan hipkorit dari hatinya. Dia memang mahu Sabrina bahagia. Dia memang mahu Sabrina gembira. Tetapi, dia mahu kebahagiaan dan kegembiraan itu dikongsi bersamanya. Bukan bersama lelaki lain.

“Mal….”

“Sorry. Aku rasa aku nak bersendiri sekarang ni….” Ikmal bersuara perlahan. Pedih hatinya mendengar berita tentang Sabrina.

Maria mengeluh perlahan. “Itu sebabnya kau kena cuba lupakan Ina.”

“Please, Mar….”

“Okeylah. Aku pergi. Tapi, kau… tolonglah jangan layan sangat perasaan sedih kau tu. Ina boleh hidup bahagia… buktikan kau juga boleh.”

Ikmal diam. Tunduk melayan rasa pilunya.

“Be strong. Kalau bukan untuk kau… buatlah untuk aku. Kalau bukan untuk aku… buatlah untuk mak kau. Takkan kau sampai hati nak biarkan mak kau sedih tengok keadaan kau macam ni.”

Ikmal diam. Dalam tunduk, dia biarkan air matanya

Page 180: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

180

menitis. Dia teringatkan pengorbanan Maria, juga harapan ibunya.

“Aku masuk dulu. Apa-apa hal, panggil aku.” Maria bersuara sayu sambil melangkah.

“Tunggu, Mar!”

Pantas Ikmal menarik tangan Maria. Membuat Maria tergamam seketika.

Perlahan-lahan Maria melabuhkan punggungnya di sebelah Ikmal.

“Okey. Aku tunggu,” ujarnya perlahan.

“Thanks, Mar…” bisiknya sambil menjatuhkan wajah ke bahu Maria. Membiarkan bibir matanya memberat dengan air mata.

“Please, Mal. Jangan jadi lemah macam ni.”

Ikmal diam. Tidak menjawab. Cuma membiarkan rasa sedih terus larut di dalam hatinya.

Page 181: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

181

“YANA. Mana you pergi?”

“Ada.”

Badrul memandang wajah Dayana yang sedikit mencuka. Selepas pulang dari Pangkor, Dayana terus-terusan cuba mengelak daripada bertemu dengannya. Membuat dia keliru dengan permintaan Dayana tempoh hari. Gadis itu seakan terus menutup mulut daripada bercakap tentang persetujuannya tempoh hari.

“You mengelak nak jumpa I, ya?”

Dayana memandang wajahnya.

“Betul, kan?”

Dayana mengeluh perlahan.

Badrul tersenyum nipis. “Kenapa? Kenapa perlu nak mengelak?”

“Entahlah… I rasa malu pada diri sendiri.”

“Malu? Kenapa mesti rasa malu?”

Dayana mengeluh panjang. “I tak patut cakap macam tu, tempoh hari.”

bab 16

Page 182: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

182

“Cakap apa?” soal Badrul hairan.

Dayana membuang pandang.

“Cakap apa?” soal Badrul. Kali ini dengan nada yang lembut.

“I tak patut cakap I nak kahwin dengan you. Just forget it, okay?”

“Kenapa? You tak nak kahwin dengan I, ke?”

“No….”

“So, kenapa nak lupakan pula?”

“Bad… kita dah bincang, kan?”

“Ya. Memang kita dah bincang. Tapi, you dah ubah keputusan you.”

“I tak sengaja. I… I marah sangat masa tu….”

“No. You sayang sangat pada I sebenarnya, kan?”

“Kalau I sayang pun, dah tak ada gunanya….” Dayana mengeluh lemah.

“Kenapa pula? Kita kahwinlah….”

“Bad!”

“Yana!”

Dayana membuang pandang.

Badrul tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia mencapai jari-jemari Dayana. “I nak kahwin dengan you. Will you marry me?”

“Bad, tak bolehlah. Wife you macam mana? Lagipun, I tak nak bermadu.”

“Nama aja bermadu. Tapi, sebenarnya tak. You pun tahu, kan?”

“Keluarga I? Keluarga I tahu macam mana? You

Page 183: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

183

ingat mereka nak terima you kalau mereka tahu you dah kahwin? You ingat mereka nak biarkan I kahwin dengan suami orang?”

“Famili you dah tahu ke?”

“Memanglah mereka belum tahu!”

“Senang aja. Tak payah cerita pada mereka yang I dah kahwin. Lagipun, sampai masa I akan lepaskan Sabrina tu. I pun tak suka nak seksa dia. Tapi, macam I cakap hari tu, orang macam dia tu kena bagi pengajaran sikit.”

“Oh… nama dia Sabrina, ya?”

Badrul mengangguk.

“Cantik orangnya.”

Badrul tersenyum kecil. Sedar ada nada cemburu dalam pujian Dayana.

“You lagi cantik,” puji Badrul.

Dayana menjeling. “Yalah tu….”

“So, kita kahwin, ya?”

Dayana mengeluh panjang

“Janganlah menolak lagi. Tak ada benda yang perlu kita risaukan. Kita kahwin dan mulakan hidup baharu.”

“Tapi….”

“No tapi… tapi. You balik dan bincang dengan parents you. I akan masuk meminang dan kita terus kahwin. Tak payah tunggu lama-lama.”

“Errr….”

“Please, Yana. I love you. I nak kahwin dengan you.”

“Nantilah I fikirkan….”

Page 184: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

184

“I tak nak you fikir. I nak you say yes!”

“Nanti apa kata wife you?”

“Dia tak ada hak untuk cakap apa-apa pun.”

“Bad! Apa pun, dia isteri you. Kalau dia tak setuju macam mana? Kalau dia beritahu famili I tentang perkahwinan you, macam mana?”

Badrul mengeluh panjang. Kata-kata Dayana petang tadi terus mengganggunya sehingga ke saat ini. Betul juga andaian yang Dayana berikan itu. Semuanya pasti akan musnah kalau Sabrina buat onar. Dia perlu minta kepastian daripada Sabrina. Dia perlu pastikan Sabrina tidak menjadi batu penghalang. Dia nekad mahu mengahwini Dayana. Dia ingin menghabiskan sepanjang hidupnya dengan Dayana. Bukan dengan Sabrina. Bukan dengan gadis yang langsung tidak diketahui akan latar belakangnya itu.

Perlahan-lahan Badrul menghela nafas panjang. Sekilas dia melihat Sabrina mengatur langkah menuju ke ruang dapur. “Sabrina!”

Pantas gadis itu menoleh padanya.

“Kenapa?” soal Sabrina sedikit hairan.

“Duduklah. Aku nak cakap sikit.”

Sabrina menurut. Kaku di kerusi sambil memandang wajah Badrul.

Badrul menarik nafas seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.

“Awak nak cakap apa?”

“Kau dah kenal Dayana, kan?”

Sabrina angguk. Selintas wajah cantik gadis itu terbayang di kepalanya.

Page 185: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

185

“Kau tahu dia siapa, kan?”

Sabrina angguk lagi.

Badrul diam. Memandang wajah Sabrina yang nampak begitu bersahaja, membuat hatinya berbelah bahagi untuk berterus terang. Bukan senang rupa-rupanya untuk meminta keizinan berkahwin lain.

“Kau dengar dia cakap apa hari tukan?”

Sabrina angguk perlahan. Matanya tidak berkelip memandang wajah Badrul. Tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba Badrul sampaikan.

“Kalau aku nak kahwin dengan dia, apa pendapat kau?”

Sabrina terpaku seketika. Sedikit terkejut mendengar kata-kata itu. Seketika kemudian dia mengukir senyuman. “Kenapa minta pendapat saya?”

“Sebab aku dah berkahwin dengan kau.”

Sabrina berdeham perlahan. Memandang wajah Badrul yang terlalu sukar untuk dia tebak hatinya sekarang. Adakah Badrul sedang meminta keizinan untuk membenarkan dia berkahwin lagi? Tetapi, perlukah lelaki itu meminta keizinannya? Padahal dia bukan sesiapa pun pada Badrul. Dia cuma seorang gadis bernasib malang yang turut menyeret sama Badrul ke dalam nasibnya yang malang itu.

“Apa hak saya untuk halang awak daripada mengahwini kekasih hati awak?” soal Sabrina.

Badrul terpegun. Kata-kata Sabrina itu mengheretnya ke kancah resah. Dia tahu, Sabrina sedang menyembunyikan perasaannya kala ini.

“Saya tak akan halang,” ucap Sabrina lagi. “Cuma satu aja pinta saya…”

Page 186: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

186

“Apa dia?” pintas Badrul.

“Kalau awak nak berkahwin dengan Dayana, awak lepaskan saya….” Sabrina bersuara lembut.

“Kenapa? Dah tak sabar nak balik ke pangkuan kekasih kau ke? Jangan mimpi! Aku tak akan lepaskan kau semudah tu!”

Wajah Sabrina serta-merta berubah. Tersentap dengan mood Badrul yang juga berubah. Salahkah permintaannya itu? Dia memandang Badrul dengan riak keliru. Sikap Badrul memang sukar difahami. “Dah tu… takkan Dayana nak bermadu dengan saya. Mesti dia tak nak, kan?”

“Dia setuju, kalau kau setuju rahsiakan hubungan kita. Jangan beritahu sesiapa. Terutamanya keluarga dia.”

Sabrina menahan nafas.

“Dia yang cakap macam tu?” soalnya lambat-lambat.

Badrul mengeluh panjang. “Bukan! Aku yang cakap. Sebab dia bimbang sangat kalau kau tak setuju aku kahwin dengan dia. Dia bimbang kalau-kalau kau hebahkan status kita pada keluarga dia. So, aku tanya kau sekarang, kau ada apa-apa masalah ke kalau aku kahwin dengan Dayana?”

Sabrina menggeleng perlahan. Tidak berani buka mulut apabila suara Badrul sudah berubah nada. Sekejap elok, sekejap tidak layanan lelaki itu padanya.

“Aku tanya ni, jawablah. Jangan diam macam tu!”

“Tak! Saya tak kisah… awak kahwinlah.” Laju Sabrina menjawab.

Badrul tersenyum lega.

Sabrina angkat punggung.

Page 187: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

187

“Kau nak ke mana tu?”

“Dapur. Awak dah habis cakap, kan?”

“Ada aku cakap dah habis ke?”

“Belum ke?” soal Sabrina macam orang bodoh.

“Duduk!”

“Okey!” jawab Sabrina sepatah sambil melabuhkan semula punggungnya ke kerusi.

Sabrina melihat Badrul mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya lalu membuat satu panggilan. Sabrina mula dihurung teka-teki.

“Nah!”

“Apa ni?” soal Sabrina hairan apabila Badrul menghulurkan telefon bimbitnya.

“Katak!”

Sabrina menjeling.

“Jawab!” arah Badrul tegas.

“Kenapa? Siapa ni?”

“Dayana. Kau beritahu dia sendiri, kau tak kisah kalau dia kahwin dengan aku. Dia tak akan yakin kalau aku yang beritahu dia.”

Sabrina diam. Perlahan-lahan, dia capai telefon di tangan Badrul. Perlahan-lahan juga, dia melekapkan telefon ke telinga kanannya.

“Helo… cakaplah. Kenapa you ni, Bad? Kenapa diam?”

Sabrina kelu tiba-tiba. Memandang Badrul yang selamba memerhatikannya.

“Bad… jangan main-main dengan I, boleh tak? I tak

Page 188: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

188

sukalah. Kalau nak cakap, cakap ajelah. Kalau tak, I letak telefon ni.”

“Assalamualaikum.”

Diam. Tiba-tiba suara Dayana hilang.

Sabrina kerutkan kening. “Cik Dayana?”

“Awak ni siapa?”

“Saya… saya… Sabrina.”

Diam lagi.

Sabrina memandang Badrul. Tidak tahu apa yang hendak dia bualkan dengan Dayana. Dia yakin, Dayana tidak mahu bercakap dengannya.

“Awak nak apa?”

Sabrina menarik nafas perlahan-lahan tatkala mendengar soalan Dayana.

“Bad tahu ke awak call saya ni?”

“Tahu.”

“Tahu? Mana dia?”

“Ada depan saya ni.”

“Apa hal awak telefon saya?”

“Saya… saya nak cakap… saya tak kisah kalau awak nak berkahwin dengan Badrul.”

Dayana diam lagi.

“Cik Dayana….”

“Kenapa awak tak kisah? Badrulkan suami awak. Kenapa awak nak berkongsi dia dengan saya?”

“Antara saya dengan dia, adalah satu kesilapan. Tapi, takkan sebab kesilapan tu, awak dengan Badrul mesti merana, kan?”

Page 189: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

189

“Betul awak tak kisah?”

“Betul.”

“Awak dengan Badrul… awak pernah….”

“Tak mungkinlah. Badrul tak sukakan saya. Dia cuma sukakan awak. Saya cuma nak cakap, saya tak kisah kalau awak kahwin dengan Badrul.” Pantas Sabrina menjawab. Faham akan maksud soalan Dayana.

“Awak tak kisah ke terpaksa sembunyikan status awak? Terpaksa nafikan hak awak sebagai seorang isteri?”

“Mana saya ada hak, Cik Dayana.”

“Awak tak kisah?”

Sekali lagi soalan Dayana melekat di telinga Sabrina.

“Saya tak kisah….” jawab Sabrina lambat-lambat.

Talian putus tiba-tiba. Sabrina termangu.

“Dia letak phone,” ujar Sabrina sambil menghulurkan semula telefon milik Badrul.

“Apa dia cakap?”

“Entah. Dia terus letak phone. Ada apa-apa lagi ke?”

“So, aku akan kahwin dengan Dayana. Dan, famili dia tak boleh tahu yang kau ni isteri aku. Faham?”

Sabrina membuang pandang.

“Helo. Aku cakap dengan kau ni.”

“Suka hati awaklah. Awak yang nak kahwin, bukan saya.”

“Okey. Nanti aku akan cakap dengan mama dan abah.”

Sabrina diam sambil tertunduk.

Page 190: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

190

“And… terima kasih, Sabrina.”

Sabrina angkat muka. Nada suara Badrul berubah lagi. Menjadi lembut dan menyejukkan hatinya. Dia tersenyum kecil. “Tak ada hal pun pada saya. Saya tak nak sebab peristiwa ni, awak hilang kebahagiaan yang awak inginkan.”

Badrul tersenyum kelat mendengar kata-kata itu. Sabrina sedang cuba mengumpan perasaannya ke? Sabrina cuba membuat dia serba salah. Tidak! Keputusan ini adalah muktamad. Dia mahu mengahwini Dayana. Dia tidak boleh terpengaruh dengan kata-kata hiba Sabrina. Barangkali ini semua cuma satu lakonan gadis itu.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu.”

Badrul mengangguk perlahan. Dalam diam, dia berterima kasih pada gadis itu. Walaupun menyakitkan hati, Sabrina telah memberinya kebahagiaan yang dia dambakan. Sabrina memberi dia kesempatan untuk dia hidup bersama gadis yang dicintai.

Page 191: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

191

“WHAT?!” Bergegar ruang tamu di banglo itu dengan suara Datuk

Hamidi yang memetir.

Sabrina tersentak. Dia terus menyelit di sebelah Badrul. Wajah Datuk Hamidi tidak berani ditentangnya. Cebikan Datin Hamidah pun tidak berani dilihatnya.

“Nonsense! Mengarut! Abah tak setuju!”

Sabrina sekali lagi tersentak. Dia memandang wajah Badrul. Tidak sanggup menanggapi kemarahan Datuk Hamidi. Kemarahan itulah yang membuat dia menjadi bisu dan kelu dua bulan yang lalu. Yang membuat dia setuju menjadi isteri Badrul tanpa sepatah bantahan pun. Yang buat melangit marah Badrul padanya.

“Kamu ingat ini perkara main-main ke?”

“Kamu, Badrul. Kamu rasa kamu ni dah cukup layak ke nak beristeri dua? Dah cukup ilmu kat dada tu?” Melantun suara garang Datuk Hamidi memenuhi segenap ruang tamu yang besar itu.

bab 17

Page 192: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

192

“Kamu pula Sabrina!”

Sabrina tersentak lagi. Perlahan-lahan dia angkat muka memandang wajah menyinga Datuk Hamidi.

“Dah hilang perasaan malu kamu? Senang-senang nak bagi suami kamu kat orang lain?”

“Tapi, abah….”

Pantas jari-jemari Badrul menjentik lengannya. Dia menoleh.

Badrul meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Memberi isyarat agar tidak bersuara.

“Diam! Abah belum habis cakap!”

Air mata jatuh laju di pipinya mendengar tengkingan itu. Tersentap apabila Datuk Hamidi tiba-tiba menengkingnya. Patutlah Badrul cepat-cepat memberi isyarat. Namun, terasa perasaannya sedikit tenang apabila tangan Badrul menggenggam erat tangannya. Terasa Badrul ada di sisinya untuk memberi kekuatan ketika berdepan dengan kemarahan Datuk Hamidi.

“Abah cakap, abah tak setuju! Titik. Kamu dah kahwin dengan Sabrina. Hidup aja dengan Sabrina. Tak payah mengada-ada nak kahwin lain!”

“Apa salahnya, abah? Menantu awak pun dah setuju, kan?” Datin Hamidah tiba-tiba menyampuk.

“Dia setuju ke, anak awak yang paksa?” soal Datuk Hamidi geram.

“Saya yang setuju!” Cepat-cepat Sabrina menjawab. Cuba memberanikan diri menyampuk sekali lagi.

Datuk Hamidi merenung tajam wajah Sabrina. “Kenapa?”

Page 193: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

193

Sabrina menelan liur. Sekali lagi dia memandang wajah Badrul. Entah kenapa, melihat wajah Badrul, dia terasa bagaikan mendapat kekuatan untuk terus bersuara. “Sebab Badrul berhak hidup bahagia, abah.”

“Sekarang dia tak bahagia ke?” soal Datuk Hamidi lagi.

Sabrina diam.

“Abah. Saya bercinta dengan Yana dah lama. Benarkanlah saya kahwin dengan dia. Saya nak kahwin dengan orang yang saya cinta.”

“Sabrina? Sabrina macam mana?”

“Abah tak perlu risau pasal saya. Saya boleh terima kenyataan ni.” Sekali lagi Sabrina bersuara.

Datuk Hamidi mengeluh keras. “Kamu orang muda nikan… anggap ringan semua perkara. Bad, kamu ingat senang ke kamu nak pikul tanggungjawab ni? Perkahwinan kamu dengan Sabrina ni pun, abah tengok macam tak berapa nak elok lagi. Ada hati pula kamu nak kahwin lain?”

“Saya dah tak ada masalah dengan Sabrina, abah!” Cepat-cepat Badrul bersuara sambil memaut bahu Sabrina.

Sabrina tersenyum kelat.

“Kalau tak ada masalah, kenapa nak kahwin lain?”

Senyum Sabrina mati.

Badrul tergamam. Sudahnya Badrul meletakkan dahinya di bahu Sabrina.

Sabrina memandang wajah bapa mertuanya. Pandai lelaki ini membuat kenyataan yang boleh memerangkap. Memerangkap Badrul. Apa lagi alasan Badrul pada bapanya kali ini?

Page 194: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

194

Perlahan-lahan Badrul angkat muka. “Pleaselah abah. Biarlah saya kahwin dengan Dayana. Inilah satu-satunya permintaan saya. Saya dah tunaikan permintaan abah untuk berkahwin dengan Sabrina. Sekarang, abah tolonglah tunaikan permintaan saya pula.”

“Nekad ke kamu nak kahwin dengan Dayana tu?”

Badrul mengangguk.

“Kamu Sabrina?”

Sabrina mengangkat muka. “Ya, abah.”

“Kamu yakin, kamu tak menyesal dengan keputusan yang kamu buat ni?”

Sabrina angguk.

“Abah nak kamu jawab.”

“Saya tak menyesal, abah.”

“Bad… kamu dengar apa yang isteri kamu cakap tu?”

Giliran Badrul pula yang mengangguk.

“Kamu tak rasa apa-apa?”

“Rasa apa?”

Datuk Hamidi merengus marah. “Kamu yakin kamu tak menyesal buat kat Sabrina macam ni?”

“Tak!”

“Abah tetap tak setuju. Abah bagi kamu berdua masa untuk berfikir. Tapi cuma tiga hari. Tiga hari abah bagi kamu masa untuk fikir dengan semasak-masaknya. Lepas tu, kalau kamu nak teruskan juga, abah tak ada halangan. Dan, abah juga tak akan ambil tahu apa-apa lagi pasal kamu berdua. Kalau ada masalah di kemudian hari, jangan cari abah.”

Page 195: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

195

SABRINA menarik nafas sedalam-dalamnya. Hari ini genap tiga hari masa yang Datuk Hamidi berikan. Entah apalah jawapan yang akan Badrul berikan. Dia harus akur dengan setiap keputusan lelaki itu. Dia sudah bersetuju dengan permintaan Badrul. Matanya ditebarkan ke luar bangunan. Melalui dinding kaca, dia dapat melihat suasana malam di kawasan Sunway Lagoon yang luas. Di sini, tempat kenangannya bersama Ikmal. Dia mengeluh lagi. Leka melayan perasaan di situ. Berterima kasih pada Badrul kerana mengizinkan dia keluar dari banglo besar itu buat seketika.

“Ina….”

Sabrina tersentak. Dia mengangkat muka. “Abang….”

Dia kaku seketika tatkala melihat senyuman yang terukir di bibir Ikmal. Rindunya dia pada lelaki ini. Rindu sunguh-sungguh! “Apa abang buat kat sini?”

“Ina pula, buat apa kat sini?”

Sabrina tersenyum kecil.

Ikmal bagaikan hanyut di dalam senyuman itu. Sesungguhnya dia amat merindui senyuman itu.

“Abang selalu ke sini.” Ikmal menyambung bicara tatkala melihat kebisuan Sabrina.

“Kenapa?”

“Cari Ina.”

“Cari Ina?” soal Sabrina sedikit hairan.

Ikmal tersenyum kecil. “Cari Ina dalam kenangan-kenangan kita….”

“Abang. Janganlah cakap macam tu.”

Ikmal tersenyum pahit.

Page 196: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

196

“Abang buat Ina sedih,” bisik Sabrina perlahan.

“Ina buat abang sakit….”

“Abang….”

Ikmal tersenyum melihat wajah Sabrina yang sudah mendung. Tidak banyak berubah sifat Sabrina di matanya. Sabrina tetap seorang gadis yang penuh dengan rasa belas kasihan pada kesusahan orang lain. Ternyata status menantu seorang Datuk tidak mengubah personaliti Sabrina yang amat dia senanginya itu.

“Abang bergurau aja.”

Sabrina tersenyum pahit. “Gurau abang tak kelakar. Abang sendiri pun tak gelak.”

Ikmal tersenyum lagi. “Ina sorang aja ke?”

Sabrina angguk.

Ikmal tersenyum lagi. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di hadapan Sabrina. “Ina bahagia sekarang?”

Sabrina tersenyum tawar. Bahagiakah dia? Bagaimana dia mampu bahagia kalau terpaksa berpisah dengan lelaki yang amat dicintainya ini? Sekilas matanya tertangkap sebentuk cincin di jari manis Ikmal. Dia kenal cincin itu. Tanpa sedar, dia menyentuh cincin di jari Ikmal. Memandang Ikmal dengan pandangan penuh pertanyaan. Ini cincin yang dia pilih untuk majlis pertunangannya dengan Ikmal. Dia minta Ikmal yang simpan cincin itu. Cincin yang akan dia sarungkan ke jari lelaki itu.

“Abang?” Sabrina bersuara sambil menatap mata Ikmal. Dia mahukan penjelasan daripada Ikmal. Hatinya menjadi resah tatkala melihat cincin tersebut tersarung di jari manis lelaki itu.

Page 197: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

197

“Mak. Kehendak mak. Mak nak pertunangan tu diteruskan juga.”

Bagai ada batu yang menghempap dadanya saat dia mendengar kata-kata yang meniti di bibir Ikmal. Maksud lelaki itu, dia kini sudah menjadi tunangan orang? Dipandang wajah Ikmal dengan perasaan yang berbaur. Kekasihnya kini sudah bertunang dengan orang lain. Dadanya menjadi sesak tiba-tiba. Pedih, perit dan rasa ngilu bersatu. “Siapa bang?”

Ikmal menelan liur. Soalan lirih Sabrina menggetarkan perasaannya. Dia dapat lihat kesedihan yang tidak tertanggung di mata gadis itu.

“Siapa?”

“Mar….”

Tidak! Tidak! raungnya di dalam hati.

“Sabrina!”

Sabrina kaku. Memandang kosong wajah Ikmal. Terasa tubuhnya terlalu ringan saat itu. Bagai melayang-layang. Tiba-tiba dia terasa lengannya direntap kuat. Namun, dia tidak berasa apa-apa. Tidak terasa sakit pun.

“Hei! Jangan buat Ina macam tu!”

Sabrina terkebil-kebil melihat kemarahan Ikmal.

“Kau diam! Dia isteri aku. Suka hati akulah nak buat macam mana!”

Pandangannya dialihkan pula pada Badrul yang menyinga. Entah dari mana lelaki itu muncul. Wajah bengis Badrul tidak dapat menyuntik rasa gentar di hatinya. Dia hilang rasa. Dia hilang perasaan.

“Balik!”

Dia cuma mengikut sahaja langkah Badrul yang

Page 198: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

198

laju. Dia mendengar mulut Badrul membebel. Tetapi, satu pun tidak singgah di fikirannya untuk diproses. Ternyata dia terlalu terkejut dengan berita yang Ikmal sampaikan tadi.

“Sabrina!”

Dia tersentak. Baru tersedar dia bukan lagi berada bersama Ikmal. Dia bersama Badrul di kawasan meletak kereta. Dalam suasana yang agak gelap, dia dapat melihat wajah Badrul yang merah menyala.

“Aku dah agak! Kau jumpa lelaki tu lagi. Tu sebabnya kau nak keluar, ya? Patutlah dengan senang hati kau izinkan aku kahwin dengan Dayana. Rupa-rupanya kau ada agenda lain! Mulai hari ni, aku tak benarkan kau keluar dari rumah. Faham!!!”

Sabrina mendongak memandang wajah Badrul. Rasa sedih dengan pertunangan Ikmal baru membekas di hatinya. Membuat rasa pilu menyelubungi perasaan. Sudahnya, dia menjatuhkan diri ke dalam pelukan Badrul. Melepaskan tangisan semahu-mahunya di dada Badrul.

Badrul kaku seketika. Perlahan-lahan Badrul menggaru kepala.

“Alahai… ni yang aku lemah ni. Asal marah... menangis. Asal marah… menangis. Sudahlah tu. Malu orang tengoklah.” Badrul bersuara geram.

Tiada sebarang reaksi. Cuma tangisan Sabrina saja yang tetap tidak mahu reda.

Dalam enggan, perlahan-lahan dia mengusap rambut Sabrina yang tersanggul rapi. Mengusap belakang Sabrina. Dia cuba mententeramkan gadis itu. “Kau ni kenapa? Kau menangis sebab aku marah, atau sebab kekasih kau tu? Dia minta duit dengan kau ke?”

Page 199: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

199

Sabrina menggeleng di dalam pelukan Badrul. Dia sudah tidak mampu bersuara lagi.

“Sudahlah tu. Jangan menangislah….”

“Assalamualaikum, encik.”

“Oh my god!!!” Badrul tergamam. Kaku melihat dua anggota polis bersama dua orang lelaki berkopiah datang menyapa.

“Waalaikumussalam…” jawabnya lemah. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukannya.

“She’s my wife. Kami dah kahwin.” Laju Badrul bersuara.

Sabrina angkat muka. Terpempan. Takkanlah kut! Takkan sekali lagi kena tangkap basah?

“Boleh tunjukkan kami kad perakuan nikah?”

“Kau bawa tak?” Laju Badrul bertanya.

Sambil mengesat air mata Sabrina menggeleng, membuat Badrul tersandar lemah pada kereta.

Sabrina menahan nafas.

“IC, encik.”

Badrul akur pada permintaan empat lelaki di hadapannya itu.

“Maaf, encik. Perlakuan encik tadi tak manis. Encik terpaksa kami tahan. Sila ikut kami ke balai.”

“Dia isteri saya, encik.”

“Sesiapa pun boleh jadi isteri kalau dah kena tangkap macam ni.”

Sabrina kelu. Cuma wajahnya terasa menebal. Malu. Malang betul. Tangisannya mati tiba-tiba. Sedihnya juga hilang buat seketika.

Page 200: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

200

“Tapi...”

“Sila beri kerjasama, encik.”

Badrul mengeluh keras. Sempat menjeling ke arah Sabrina yang kelihatan terkejut. Geram sungguh dia pada gadis itu. “Baiklah. Tapi, saya follow dengan kereta saya?”

“Maaf, encik. Encik kena pergi dengan kami.”

“Kereta saya?”

Pegawai polis di hadapannya cuma tersenyum nipis.

“Okey. Tapi, saya nak buat panggilan dulu.”

“Sekejap aja, encik.”

Badrul mengangguk. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Menghubungi bapanya. “Encik boleh bercakap dengan bapa saya. Dia boleh buktikan yang kami dah kahwin.”

“Semua orang boleh jadi ayah encik, dalam telefon ni.” Salah seorang lelaki berkopiah bersuara lembut.

Badrul mengeluh perlahan sambil membawa telefon ke telinga. “Helo! Assalamualaikum, abah….”

“Waalaikumussalam….”

“Abah… datang ke balai.”

“Kenapa? Apa kamu dah buat?”

“Abah bawa sekali kad akuan nikah saya dan Sabrina. Ada dalam laci kat bilik saya.”

“Kenapa pula?”

“Saya kena tangkap basah.”

“Hah! Masya-Allah, Bad. Kamu ni kenapa? Tak habis-habis nak malukan abah. Kali ni, dengan siapa pula?”

“Dengan Sabrina.”

Page 201: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

201

“Subhanallah! Kamu kat mana ni?”

“Subang. Kat Sunway. Cepat sikit abah. Bawa Rahman sekali. Suruh dia datang ambil kereta saya.”

“Eee... abah tak tahulah kamu berdua ni!”

“Okeylah abah. Cepat sikit, ya!”

Talian cepat-cepat diputuskan. Dia malas mahu mendengar leteran bapanya. Dia memandang wajah Sabrina. Rasa ingin sahaja marah, tetapi memikirkan ada empat orang lelaki sedang memerhatikannya, dibatalkan niatnya itu.

“Encik, sila ikut kami.”

Badrul mengangguk lemah sambil mencapai tangan Sabrina, mengekori lelaki-lelaki itu menuju ke arah kereta peronda polis. Nasib baik saat ini kawasan itu lengang. Tidak ada mata yang memandang. Kalau tidak, tidak tahu di mana hendak disorokkan muka.

DATUK HAMIDI tersenyum.

“Maaf atas salah faham ni, Datuk.”

“Tak apa, saya faham. Encik cuma jalankan tugas.”

Badrul cuma memandang. Lelaki berkopiah yang bersalaman dengan bapanya itu direnung.

“Encik Badrul, lain kali kalau keluar dengan isteri, jangan lupa bawa ‘lesen’.

Badrul tersenyum kelat. Faham ‘lesen’ yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

“Boleh kami pergi sekarang?” soal Datuk Hamidi masih bersama senyumnya.

Page 202: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

202

Badrul turut tersenyum nipis. Dia tahu, senyuman bapanya itu sekadar menutup rasa marah di hati.

“KAMU ni! Tak serik-serik ya?” sergah Datuk Hamidi sebaik sahaja mereka keluar dari pekarangan balai.

“Benda dah nak jadi, nak buat macam mana, abah?” kata Badrul sambil tersengih.

Datuk Hamidi membuang pandang. Geram! Kalau tidak memikirkan dia kini berada di kawasan awam, mahu saja dia menengking anak menantunya itu sekuat hati. Tidak pandai menjaga maruah diri!

“Saya minta maaf, abah.” Sabrina bersuara perlahan setelah berdiam diri sejak tadi.

Datuk Hamidi menatap wajah Sabrina yang ketakutan. Melihat wajah itu, hatinya yang panas tiba-tiba menjadi sejuk. Marahnya sedikit hilang. “Kalau tahu nak keluar sama, bawa kad nikah tu sekali. Benda macam ni pun, kamu berdua tak boleh nak fikir, ke? Apa, seronok sangat ke kena tangkap basah ni? Sampai dua kali kena tangkap?”

Badrul menjeling ke arah Sabrina. “Ini semua kau punya pasal, tahu tak?”

“Apa pulak?” soal Sabrina sedikit resah. Dia pula yang dipersalahkan.

“Yang kau peluk aku tu, kenapa?”

Wajah Sabrina tiba-tiba bertukar warna. Malu pada Datuk Hamidi apabila kata-kata itu meluncur laju dari bibir Badrul.

Datuk Hamidi sembunyi senyum. Sedikit lucu

Page 203: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

203

mendengar kata-kata marah anaknya, juga melihat wajah Sabrina yang menahan malu. Hendak marah pun, rasanya tiada guna. “Sudah! Sama aja. Dah tak boleh tunggu sampai rumah ke?”

Sabrina tunduk. Perlahan-lahan menggetap bibir. Tuhan saja yang tahu apa yang dia rasai saat ini. Kata-kata Badrul itu telah menyebabkan bapa mertuanya fikir yang bukan-bukan.

Datuk Hamidi memandang wajah anak dan menantunya. “Kalau kat luar pun kena tangkap basah sekali lagi, nampaknya rancangan kamu tu kira batallah, ya?”

“Rancangan apa abah?”

“Tak jadilah kamu nak kahwin dengan Dayana?”

Badrul diam. Mendengar soalan itu, dia terus teringatkan lelaki yang bersama Sabrina tadi. Dia yakin, Sabrina memang ada agenda yang tersembunyi. Sabrina tidak akan dapat menjadi isteri yang baik untuknya. Gadis itu cuma bermain wayang. “Saya nekad. Saya tetap nak kahwin dengan Dayana. Secepat yang mungkin!”

Datuk Hamidi mengeluh panjang.

Sabrina merenung kosong wajah Badrul yang tiba-tiba bertukar serius.

“Abah malas nak masuk campur lagi. Kamu buatlah apa yang kamu suka.”

Badrul diam. Marah bapanya sudah sampai ke kemuncak. Dia tahu itu.

Datuk Hamidi mengatur langkah meninggalkan Badrul bersama Sabrina.

“Betul ke awak tetap nak kahwin dengan Dayana?” soal Sabrina tiba-tiba.

Page 204: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

204

“Kenapa? Kau dah setuju, kan?”

Sabrina diam. Memang dia sudah bersetuju. Tetapi, kenapa tiba-tiba hatinya menjadi gundah? Kenapa tiba-tiba dia mengharapkan Badrul batalkan niatnya itu.

“Kenapa? Kau ubah fikiran ke?”

“Tak. Saya cuma tanya aja.”

“Baguslah!”

Sabrina diam lagi.

“Cepat! Abah dah tunggu tu!”

Sabrina panjangkan langkah apabila Badrul menarik lengannya. Laju dia berjalan cuba menyaingi langkah Badrul. “Kereta saya macam mana? Awak turunkan saya kat Sunway. Saya nak ambil kereta.”

“Jangan harap! Kau nak ambil kereta atau kau nak jumpa kekasih kau tu?”

“Saya cuma terserempak dengan dia tadi.”

Badrul matikan langkah. Dia berdiri menghadap wajah Sabrina. “Terserempak? Oh… terserempak. Kalau pegang tangan pula apa namanya? Terpegang?”

Sabrina ternganga. Salah faham lagi! “Bukanlah. Saya… saya….”

“Saya apa?”

“Lupakanlah….” Akhirnya Sabrina bersuara lemah. Sia-sia dia terangkan pada Badrul.

“Ingat sikit. Kau tu isteri orang. Lepas ni, aku tak nak kau keluar ke mana-mana lagi. Kau tu isteri aku. Tanggungjawab kau jaga maruah aku!”

“Tanggungjawab awak, apa pulak?”

Terlontar soalan itu dari bibir Sabrina. Cepat-cepat

Page 205: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

205

dia menutup mulutnya. Tersasul melepaskan geram pada Badrul.

Badrul menjegilkan matanya. “Kau nak persoalkan tanggungjawab aku pulak? Kau nak aku jalankan tanggungjawab aku ke?”

Laju Sabrina menggeleng. Tidak perlu. Lelaki itu tidak perlu bertanggungjawab ke atas dirinya. Dia tidak perlukan tanggungjawab Badrul sebagai suami.

“Tak payah! Saya tersalah cakap sebenarnya,” ujar Sabrina sambil mengatur langkah meninggalkan Badrul.

Badrul berlari kecil. Menyaingi semula langkah Sabrina yang laju. “Aku temankan kau pergi ambil kereta.”

“Kereta awak macam mana pulak?”

“Rahman bawa!”

“Kereta abah?”

“Abah drive sendiri.”

Sabrina diam.

Badrul turut diam. Cuma melangkah laju ke arah Datuk Hamidi yang sudah menunggu di dalam kereta.

Page 206: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

206

“MAK nak pertunangan tu diteruskan juga.”

Sabrina menarik nafas panjang. Hampir dua minggu kata-kata itu mengganggunya. Hampir dua minggu kata-kata itu membuat air mata terus menemani tidurnya. Membuat dia kembali melayan menungnya yang tidak berpenghujung. Dia sendiri tidak faham mengapa dia berasa begitu kecewa. Sepatutnya dia tidak perlu berasa kecewa. Dia tidak boleh salahkan Ikmal. Ikmal tidak bersalah. Dia juga tidak boleh salahkan ibu Ikmal. Maria juga tidak boleh dipersalahkan. Ini semua kesilapannya. Kalau dia tidak tersilap dengar dulu, semua ini pasti tidak akan berlaku. Pasti saat ini, cincin yang tersarung di jari manis Maria, berada di jarinya. Kasihan Maria. Pasti temannya itu terpaksa menurut permintaan ibu Ikmal.

Sabrina meraup wajahnya perlahan-lahan. Kenapa dia perlu berasa sedih? Padahal dia sudah lama kehilangan Ikmal. Sejak Badrul melafazkan akad, dia sudah pun kehilangan Ikmal. Perlahan-lahan, dia pejamkan mata. Berusaha membuang kesedihan itu sejauh mungkin.

bab 18

Page 207: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

207

“Puan!”

Sabrina berpaling, memandang Jamilah yang tercegat memandangnya. “Kak Milah. Ada apa kak?”

Sabrina mengukir senyum melihat wajah Jamilah yang sedikit hiba. Sedikit rasa hairan terselit di hatinya. “Kenapa Kak Milah? Ada yang mengganggu akak ke? Akak ada masalah ke?”

Jamilah kelihatan sedikit gelisah.

Sabrina kerutkan kening. “Kenapa ni? Kalau akak ada masalah, cakap dengan saya. Mana tahu kalau saya boleh tolong.”

Jamilah tersenyum kecil. “Tak adalah. Akak tak ada masalah… cuma….”

“Cuma apa?”

Jamilah terdiam seketika.

“Duduklah. Cakap dengan saya, apa dia? Apa yang mengganggu akak?” pelawa Sabrina tatkala melihat Jamilah kelihatan serba salah.

Perlahan-lahan Jamilah melabuhkan punggungnya di kerusi besi, di halaman banglo.

Sabrina tersenyum sambil menunggu bicara dari mulut Jamilah.

“Akak nak tanya satu soalan, puan jangan marah ya?”

“Berapa kali saya cakap, jangan panggil saya puan. Panggil saya Ina. Saya bukan puan dalam rumah ni. Tolong ya… panggil saja saya Ina.”

“Hmmm… maaf kalau akak tanya. Kenapa Ina izinkan Encik Badrul kahwin lain? Ina tak kisah ke?”

Page 208: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

208

“Saya perlu kisah ke, kak? Hmmm… mereka dah bertunang pun. Minggu depan, kahwin.” Sabrina tersenyum kecil.

“Ina sanggup bermadu? Macam mana nanti kalau Encik Badrul tak berlaku adil?”

Sabrina diam. Entah kenapa soalan Jamilah membuat dia sedikit tersentap. Membuat jantungnya berdegup kencang. Soalan itu membuatkan dia tersedar yang selepas ini, dia akan berkongsi Badrul dengan perempuan lain. Namun, apa bezanya? Sekarang pun dia tidak pernah memiliki Badrul. Jadi, bermakna dia tidak akan berkongsi Badrul dengan sesiapa, kerana Badrul tidak pernah menjadi miliknya.

Sabrina cuba mengukir senyum. Namun dia tahu, senyumnya tidak ikhlas.

“Akak tengok, Ina ni bukan macam yang kami sangka sebelum ni.”

“Dahlah, kak. Anggap aja semua ini suratan takdir.”

“Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Ina tak jelaskan semuanya pada Datuk dan Datin? Pada Encik Badrul?”

Sabrina tersenyum kecil. Perlukah semua penjelasan tu? Sedang kata-katanya sering dicantas dengan sindiran yang menyakitkan perasaan. Rasanya, lebih baik dia simpan segala kebenaran itu di dalam hati.

“Dah letih mulut saya cuba terangkan apa yang berlaku. Tak ada siapa pun yang nak percaya. Malah, anggap saya sengaja mereka-reka cerita. Tak guna saya terus bercakap benda yang benar, kalau semua orang tak nak percaya. Tak guna. Biarlah... saya percaya suatu hari nanti, kebenaran ni akan terbongkar juga,” ujarnya perlahan.

Page 209: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

209

Jamilah kelu. Kata-kata Sabrina menyucuk perasaannya. Dia yakin Sabrina seorang yang baik. Sabrina tidak sejahat seperti yang Datin Hamidah fikirkan. Seperti yang Badrul sangkakan. Sabrina memiliki pekerti yang tinggi.

“Akak terkejut bila dapat tahu Ina setuju nak bermadu. Padahal, Ina pun baru sangat berkahwin dengan Encik Badrul.” Jamilah bersuara lagi.

Sabrina tersenyum mendengar kata-kata Jamilah itu. “Perkahwinan saya tu tak dirancang, kak. Tak sepatutnya berlaku pun. Tapi, perkahwinan Encik Badrul kali ni, dengan gadis yang dicintainya. Tak adil kalau kita halang kebahagiaan dia, kan?”

“Tapi... kebahagiaan Ina, macam mana pulak?”

Sabrina berdeham perlahan. Sukarnya untuk menjawab soalan itu.

“Kebahagiaan saya tak penting, kak. Biarlah takdir yang tentukan segalanya. Saya malas nak fikir semua tu.” Sabrina bersuara tenang.

“Akak doakan kebahagiaan Ina. Akak minta maaf atas sikap akak yang dulu.”

Sabrina memandang wajah Jamilah. Wajah itu nampak benar-benar menyesal. Perlahan-lahan dia mencapai tangan Jamilah. Mengusap lembut tangan perempuan itu.

“Saya tak pernah salahkan akak. Tak pernah ada rasa marah pun. Ada sebab untuk akak berperasaan begitu. Lupakanlah perkara yang dah lepas tu. Terima kasih sebab akak percayakan saya. Sekurang-kurangnya, masih ada orang yang sudi percayakan saya,” luah Sabrina.

Jamilah tersenyum hiba.

Page 210: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

210

“Ehem! Relaks nampak. Dah tak ada kerja ke, Kak Milah?” tegur Badrul yang berdiri di belakang Jamilah.

Jamilah tersentak. Segera dia angkat punggung.

“Maaf, Encik Badrul,” kata Jamilah sebelum berlalu.

Badrul tidak memberi sebarang reaksi. Dengan santai, dia melabuhkan punggung ke kerusi.

“Hmmm… tolong bawa sarapan saya ke sini!” laungnya pada Jamilah.

Langkah Jamilah terhenti. Dia berpatah balik mendapatkan Sabrina. “Puan Sabrina nak saya bawakan sarapan ke sini juga ke?”

“Tak payah. Saya tak rasa lapar,” kata Sabrina sambil menggeleng.

“Bawa sekali untuk cik puan ni. Banyak sikit.” Badrul bersuara sambil menatap wajah Sabrina yang langsung tidak ceria.

“Baiklah.”

Badrul memandang kosong ke arah Jamilah yang berlalu pergi.

Sabrina pula kembali menyambung menungnya sambil menongkat dagu. “Oh pocot!”

Badrul tersenyum kecil mendengar Sabrina melatah.

Sabrina menarik muncung. Mukanya hampir tersembam ke meja apabila Badrul tiba-tiba menolak tangannya yang sedang menongkat dagu.

“Pagi-pagi buta dah termenung sana, termenung sini,” rungut Badrul perlahan.

Page 211: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

211

“Tak ada kerja ke? Kalau tersembam tadi, macam mana?” soal Sabrina sedikir geram.

“Macam mana apa? Sakitlah!”

Sabrina membuang pandang.

“Kau ni kenapa? Tiba-tiba start termenung balik? Dah dua minggu aku tengok kau asyik termenung. Tak makan….”

“Suami nak kahwin lain, mestilah saya susah hati.” Sabrina cuba berlawak.

“Ha… ha… ha… so funny,” balas Badrul bersama tawa yang dibuat-buat. Dia tahu bukan itu punca gadis itu termenung.

Sabrina tersenyum tawar.

“Tension kena kurung atau rindu kat kekasih kau? Susah hati sebab kau dah tak boleh nak jumpa dia? Dah tak boleh nak lepaskan rindu dendam macam hari tu?”

Sabrina menahan nafas. Sakit hati mendengar soalan Badrul yang berbaur tuduhan itu. Penjelasannya langsung lelaki itu tidak mahu dengar. Sebaliknya, Badrul lebih suka membuat spekulasi sendiri. “Awak jangan tuduh saya yang bukan-bukan!”

“Aku tak tuduh. Aku nampak dengan mata aku sendiri.”

Sabrina mengeluh perlahan. “Kalau saya ceritakan pada awak, awak percaya tak?”

“Tentang apa? Tentang kau? Kalau tentang kau, sorrylah. Susah sikit nak percaya. Apa yang aku nampak, buat aku makin susah nak percayakan kau.”

Sabrina diam. Kalau itu jawapannya, memang tiada guna dia membuka cerita. Buat sakit hati aje. Sudahnya, dia

Page 212: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

212

mengalihkan pandangan ke arah Jamilah yang sedang menatang hidangan ke arah mereka. Dia mengukir senyuman pada Jamilah.

“Kenapa awak tak sarapan kat dalam?”

“Suka hati akulah.”

Sabrina menjeling sekilas. Berlagak! “Awak nak minum apa? Jus ke Milo?”

“Milo.”

Sabrina mencapai teko dan menuangkannya ke dalam cawan. Kemudian dia menghulurkannya kepada Badrul. Pinggan berisi bihun goreng ditolak hampir pada Badrul.

“Aku nak roti. Bihun ni untuk kau. Makanlah.”

“Tak naklah. Saya tak ada selera.”

“Ada aku bagi pilihan ke? Aku kata makan, makanlah.”

“Tak naklah. Nanti saya lapar, saya makanlah.”

“Dah dua minggu aku tengok kau tak lapar-lapar. Nanti boleh tinggal tulang aja, kau tau. Jangan nak mengada-ada. Makan!”

Sabrina mengeluh panjang. Wajah selamba Badrul yang sedang menikmati roti bakar dipandang geram. Dia paling tidak suka dipaksa. “Saya masuk dululah.”

Pantas Badrul mencapai lengan Sabrina. Menarik agar wanita itu duduk di kerusinya semula. “Makan!”

Sabrina memandang bihun di dalam pinggan. Bagaimana dia ingin makan, kalau seleranya sudah mati?

“Nak aku suap ke?” gertak Badrul sambil mencapai garpu.

Page 213: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

213

“Tak naklah!” Sabrina bersuara geram.

“Makan!”

“Kenapa awak ni? Nak paksa-paksa orang pulak?”

“Aku takut kau mati kebulur nanti. Cepat makan!”

“Yalah… yalah!”

Badrul tersenyum melihat Sabrina mula menarik pinggan dan menyuap bihun ke mulut. Hampir dua minggu dia melihat makan Sabrina tidak teratur. Selalu hilang di meja makan. Kalau ada pun, cuma beberapa kali. Itupun sekadar memandang hidangan. Bukan menikmati hidangan.

“Kau nak keluar?” soal Badrul sambil meneguk air Milonya.

Sabrina angkat muka. Pinggan ditolak ke tepi. Tajam mata Badrul memerhati perlakuannya, membuat dia menarik semula pinggan bihun perlahan-lahan.

“Awak bagi saya keluar? Betul ke?” soal Sabrina bagai tidak percaya. Bermakna, hukumannya sudah berakhir?

“Jangan happy sangat. Keluar dengan aku la.”

Sabrina memandang hairan. “Awak tak keluar dengan Dayana ke? Sepatutnya waktu-waktu macam ni, awak sibuk cari barang-barang perkahwinan awak. Masa dah suntuk. Saya rasa awak tak perlu buang masa keluar dengan saya.”

“Sebab tu aku ajak kau keluar. Temankan aku cari barang.”

“Kenapa? Dayana ke mana?”

“Dia ke Beijing.”

“Hah? Kan minggu depan awak dah nak kahwin. Kenapa pula dia ke sana?”

Page 214: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

214

“Jangan banyak cakap, boleh tak?”

Sabrina mengunci mulut. Pelik dengan sikap Dayana. Sepatutnya Dayana sekarang seronok membuat persiapan kahwin mereka. Bukan pergi ke luar negara.

“Dia ada urusan kerja kat sana,” jelas Badrul.

Sabrina mengangguk perlahan. Urusan kerja pada saat-saat akhir perkahwinannya? Penting betul kerja pada Dayana. “Dia tak minta cuti ke?”

“Tak. Memang dia suka kerja. Biarlah. Itu lebih baik daripada kerjanya memerangkap lelaki. Ya tak?”

Sabrina diam. Badrul menyindirnya. Sengaja mahu mencabar kesabarannya.

“Boleh ke tak?”

“Awak tak kisah ke? Nanti kalau terserempak dengan sesiapa, macam mana? Tak pasal-pasal rahsia yang awak simpan, terbongkar macam tu aja.”

“Aku tanya, boleh ke tak? Bukan suruh kau buat andaian sendiri!”

“Boleh. Saya siap dulu. Bihun ni, saya makan kemudian.”

“Jangan nak mengada-ada. Habiskan dulu. Lepas tu baru bersiap!”

“Banyak sangat ni.”

“Habiskan!”

Sabrina menyambung suapan dalam terpaksa. Badrul terus mematung di hadapannya. Nampaknya memang lelaki ini mahu menunggu dia habiskan makanan di pinggan.

“Apa yang awak nak beli? Barang hantaran semua dah sedia ke?”

Page 215: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

215

“Entah. Aku pun tak tahu. Aku cuma bosan duduk kat rumah.”

Sabrina mengangguk-angguk perlahan.

“Dan, lagi satu… tolong bawa kad akuan nikah ya. Aku tak nak kena tangkap kali ketiga. Kalau kena jugak, memang aku wajib mandi bunga.”

“Awaklah yang bawa.”

“Kau aja yang bawa. Jangan lupa tu.”

“Ala… setakat pergi shopping, takkan kena tangkap.” Sabrina bersuara sambil mencebik.

“Mana tahu, tiba-tiba kau peluk aku kat shopping mall pulak.”

Sabrina angkat muka. “Malaslah saya nak cakap dengan awak. Saya bukannya sengaja. Berapa kali nak cakap? Tak payahlah nak ungkit-ungkit benda yang dah lepas tu.”

Badrul tersengih melihat Sabrina yang tiba-tiba angkat punggung. Wajah gadis itu memerah. Tidak pasti sama ada malu atau marah.

“Bihun ni?”

“Awak yang habiskan.”

Badrul pandang pinggan di hadapannya.

“Okey. Dah separuh kau habiskan. Tak apa... kau boleh bersiap sekarang. Ingat pesan aku tadi.”

Sabrina berlalu bersama wajah yang mencuka, membuat Badrul tergelak senang. Senang dapat melihat wajah cemberut Sabrina.

Page 216: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

216

SABRINA termenung di celah-celah baju yang bergantungan. Memandang kosong Badrul yang

asyik membelek kemeja. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Bosan menemani Badrul dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Dari tadi lelaki itu cuma merayau-rayau tanpa arah tujuan. Matanya terkebil-kebil melihat seorang lelaki datang menepuk bahu Badrul dari belakang. Membuat Badrul sedikit tersentak.

“Apa ni? Macam perempuan… keluar shopping!”

Sabrina tersenyum. Betul. Dia sokong kata-kata lelaki yang tidak dia kenali itu.

“Dar! Apa kau buat kat sini?”

Lelaki itu tersenyum. “Aku baru lepas lunch. Kau shopping sorang aja ke? Sejak bila ada hobi shopping ni?”

“Taklah. Aku dengan….”

Sabrina terus tercegat melihat Badrul menoleh ke kiri dan kanan. Pasti lelaki itu mencarinya.

bab 19

Page 217: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

217

“Mana pulak perginya… sekelip mata dah hilang.”

“Teruklah kau Bad. Kalau budak kecil yang kau bawa, sah-sah (tentu) dah lama budak tu kena culik.”

Badrul diam. Matanya meliar mencari Sabrina. Terpandang Sabrina yang terselit di celah-celah baju. “Apa kau buat kat situ?”

Sabrina sedikit terkesima. Tersenyum kecil apabila dua pasang mata kini terarah padanya. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari celahan kemeja.

“Aku dengan dia ni, Sabrina.”

“Oh… nilah Sabrina. Hai! Saya Darius.”

Sabrina tersenyum. Lelaki ini mengenalinya? Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala tanda menyapa.

Darius senyum. “So, apa kau cari ni?”

“Saja. Tak tahu nak beli apa pun,” balas Badrul sambil menyambung membelek helaian kemeja di hadapannya.

Darius mencebik. Kembali memberi perhatian pada gadis manis di hadapannya. “So, Sabrina. Apa khabar? Banyak yang Badrul cerita pasal awak.”

Sabrina memandang Badrul yang sedang membelakanginya. “Mesti semua yang buruk-buruk, kan?”

“Don’t worry, saya ni jenis yang susah nak percaya pada cerita-cerita dari mulut orang ni. Saya lebih suka nilai sendiri dengan pandangan mata saya.”

Sabrina tersenyum kelat. “Betullah tu....”

Darius tergelak. “Tak adalah. Bad bukan jenis yang suka memburukkan orang lain. Mungkin dia ada tanggapan tertentu pada awak. Tapi, cuma dia saja yang tahu. Dia tak

Page 218: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

218

akan kongsi cerita buruk seseorang. So, saya dapat tahu, minggu depan dia akan kahwin dengan Dayana. Awak yang bagi persetujuan?”

Sabrina tersenyum hambar.

“Dah lama saya nak jumpa dengan awak sebenarnya. Tapi, Badrul tak pernah nak kenalkan awak kat saya.”

“Awak ni, kawan baik dia ke?”

Darius tersenyum. “Jom, ke sana!”

Dia bersuara sambil memberi isyarat agar Sabrina mengikutnya.

Sabrina memandang dengan wajah teragak-agak.

“Ala... bukannya jauh pun. Bad boleh nampak kita.”

Sabrina menoleh sekali lagi pada Badrul yang leka memilih kemeja. Kemudian memandang wajah Darius. Perlahan-lahan dia mengangguk. Melangkah mengekori Darius ke sebuah kerusi kayu yang tersedia di situ.

“So, memang awak izinkan Bad kahwin dengan Dayana?” soal Darius sebaik melabuhkan punggung di situ.

Sabrina mengangguk sambil mengambil tempat di sebelah Darius.

“Kenapa?” tanya Darius.

Sabrina memandang wajah Darius. Hairan mendengar soalan lelaki itu. “Awak kawan Badrul, kan? Takkan awak tak tahu Dayana tu kekasih Badrul?”

Darius tergelak kecil. “Bukan tu maksud saya. Saya tahu hubungan Bad dengan Yana. Cuma, saya hairan dengan apa yang berlaku ni. Awak tak patut izinkan.”

“Kenapa pula?” soal balas Sabrina. Semakin berkerut dahinya, peliknya!

Page 219: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

219

Darius mengeluh perlahan. Dia pandang ke arah Badrul. “Saya rasa dia terlalu terburu-buru….”

“Maksud awak?”

Darius berpaling. Memandang wajah Sabrina. “Awak tahu kenapa Badrul ke Cherating hari tu?”

Sabrina mengangkat bahu. Manalah dia tahu.

“Sebab kecewa dengan Dayana.”

“Kecewa dengan Dayana? Kenapa?”

“Lamaran dia ditolak. Dayana belum bersedia nak kahwin. Awak tak pelik ke, dalam masa sesingkat ni, dia boleh ubah fikiran? Dan, Badrul pula… terus setuju.”

“Mungkin dia rasa masanya dah tiba. Dan, tentulah Badrul setuju. Sebab tu yang dia nak, kan?”

“Berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa macam ni, suatu hari mereka pasti menyesal. Percayalah cakap saya.”

“Tak kut. Mereka kan saling mencintai….”

“Cinta dengan tanggungjawab, tak sama Sabrina. Saya kenal Dayana. Dia memang very independent lady. Pentingkan kerjaya. List utama dia, kerjaya. Saya yakin, paling kurang pun dalam tiga empat tahun ni, keutamaan dia memang pada kerja. Sebab tu dia tolak lamaran Badrul. Bila Badrul beritahu dia akan kahwin dengan Dayana minggu depan, memang saya tak percaya. Saya yakin Dayana belum bersedia mengambil tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia sedang melakukan satu kesilapan apabila dia bersetuju berkahwin dengan Badrul. Badrul pula, sedang melakukan kesilapan apabila menerima perkahwinan tu tanpa fikirkan apa akan terjadi lepas dia kahwin nanti.”

Sabrina mendengar tanpa bicara.

“Awak pula silap, apabila setuju dia berkahwin lain,”

Page 220: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

220

tokok Darius selepas mengambil nafas seketika. Dia mengerling Sabrina di sebelahnya.

Sabrina sedikit tersentak. “Apa pula saya? Pandai-pandai Encik Darius ni. Saya tak ada kena-mengena langsung!”

“Apa pulak? Memang awak silap. Sepatutnya awak jangan setuju dulu. Awakkan dah kahwin dengan Badrul. Saya yakin, lama-lama Badrul boleh terima perkahwinan dia dengan awak ni.”

Sabrina diam.

“Betul tak?”

Mendengar soalan Darius, Sabrina tergelak kecil. “Tak betul kut. Ada sesetengah perkara, memang tak boleh dipaksa. Insya-Allah, dia dengan Dayana tak akan ada masalah kut. Janganlah doakan yang bukan-bukan.”

“Kalau mereka berdua tak ada masalah, awak nanti macam mana?”

“Saya? Kenapa dengan saya?”

“Buat-buat tanya pula. Takkan selamanya awak nak bermadu?”

Sabrina tersenyum kelat. Dia memandang wajah Darius. Sedikit pelik. Kenapa dia boleh berbual perkara-perkara sebegini dengan lelaki ini? Barangkali kerana keramahan Darius? Berbicara dengan Darius seolah-olah dia sudah mengenali lelaki ini terlalu lama. Satu lagi perkara yang menyenangkan tentang Darius. Lelaki ini tidak memandangnya dengan pandangan pelik sebagaimana Badrul dan keluarganya. Lelaki ini nampak ikhlas.

“Dengar tak saya tanya?”

Sabrina cuma menjawab dengan sekuntum senyum

Page 221: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

221

yang tidak begitu menjadi. Dia sendiri kurang pasti dengan perasaannya.

Darius tersenyum sambil menjongket bahu. Faham, Sabrina tidak mahu menjawab soalannya. “Satu lagi… Dayana mana? Kenapa Badrul keluar dengan awak? Kata tak boleh tengok muka awak. Geram. Sakit hati….”

Sabrina menelan liur. Itukah yang Badrul beritahu Darius? Geram? Sakit hati? “Dia cakap, Dayana pergi Beijing….”

Lambat-lambat Sabrina menjawab. Entah kenapa, perasaannya tiba-tiba menjadi sensitif. Kata-kata Badrul ligat diproses. Membuat dia berasa hiba tiba-tiba.

“Hah?”

Sabrina tersentak. Perlahan-lahan dia mengurut dada. Wajah terkejut Darius dipandang tidak berkelip.

“Beijing? See... betul tak cakap saya?”

Sabrina tersenyum kecil. Emosional sungguh Darius. “Urgent kut?”

Darius menggeleng perlahan. Menatap wajah Sabrina. Bukan tidak cantik gadis di hadapannya ini. Kalau dia menjadi Badrul, mungkin dia akan pasrah sahaja dengan takdir ini. Sabrina tidak kelihatan seperti seorang gadis yang tidak baik. Tidak ada cacat cela langsung di matanya.

“Pelik saya dengan Badrul. Pelik dengan Dayana. Pelik juga dengan awak,” tutur Darius.

Sabrina tersengih kecil. Apalah yang dipelik sangat tu?

“Awak dah ada kekasih?”

Sabrina terkesima. Terkejut sungguh mendengar soalan yang terlalu jauh tersasar dari persoalan yang sedang

Page 222: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

222

mereka bualkan. “Kenapa tiba-tiba awak tanya soalan macam tu?”

“Yalah... kalau tak ada, saya nak cuba nasiblah. Saya ni baik orangnya. Tak banyak kerenah. Boleh jadi macam-macam….”

Sabrina tergelak.

“Macam-macam?” soalnya sambil menutup mulut dengan jari-jemarinya. Menyembunyikan gelak lucunya.

“Yalah. Macam-macam. Saya boleh jadi penghibur, kalau awak sedang berduka. Boleh jadi kelakar kalau awak ingin ketawa. Boleh jadi romantik, kalau awak mahu romantik. Boleh jadi penyelamat kalau awak dalam kesusahan. Boleh jadi teman, kalau awak kesepian….”

Sabrina menyambung gelaknya.

Darius turut ketawa. “Nak tahu lagi?”

Sabrina menggeleng sambil berusaha membuang tawanya.

“Awak patut lebih banyak ketawa. Cantik sangat….”

Sabrina terus menahan tawa sambil menggeleng perlahan. Sungguh dia senang dengan lelaki ini. Darius bijak membuang laranya buat seketika. Bijak membuat dia terlupa sejak kebelakangan ini dia hidup dengan air mata. “Awak pandai buat lawak.”

Darius tersenyum kecil. Senang melihat wajah itu sudah sedikit ceria. Tidak seperti sebentar tadi. Wajah itu nampak muram tanpa seri. “Saya tak suka tengok gadis cantik bermuram. Kurang aset daripada Ilahi.”

“Kurang aset?”

“Yalah... kan elok kalau wajah cantik ni, ceria selalu.”

Page 223: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

223

“Oh… yang cantik ajalah? Yang tak cantik, macam mana?”

“Errr… samalah. Yang tak cantik, pun samalah. Tak elok bermuram.” Darius menjawab sambil tergelak. Terkena dengan kata-kata Sabrina.

Sabrina turut tersenyum sambil menggeleng. “Awak memang bermulut manis.”

Darius tersenyum sambil menjongket bahu. “So, soalan saya tadi? Awak dah ada kekasih ke semasa kena tangkap dengan Badrul?”

Sabrina diam. Selintas dia teringatkan Ikmal. Senyumnya hilang serta-merta. “Semua dah jadi sejarah kut. Sekarang ni, saya cuma seorang isteri.”

Darius diam seketika. Melihat wajah muram itu, juga buat seketika. “Saya harap, Badrul tak akan sia-siakan awak. Saya yakin, awak orang baik-baik.”

Sabrina tersenyum tawar.

“Amboi! Siap boleh dating ke? Melampau betul. Aku ajak kau keluar, sebab nak suruh temankan aku shopping. Bukan nak suruh kau berdating dengan kawan aku.”

Sabrina mengangkat muka.

Darius turut mendongak memandang wajah Badrul yang tidak begitu manis. “Hai… takkan cemburu kut?”

Selamba Darius bersuara sambil angkat punggung.

Badrul cuma membuang pandang mendengar usikan itu.

“Okeylah. Tak nak kacaulah kalau ada yang cemburu. Aku pergi dululah. Sabrina, seronok bersembang dengan awak.” Darius bersuara lagi.

Page 224: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

224

Sabrina tersenyum kecil sambil mengangguk.

“Aku pergi dulu Bad. Lawa isteri kau. Kalau tak nak, seribu kali aku nak.”

“Bagus! Pergi cepat-cepat,” sampuk Badrul sambil menolak tubuh sasa Darius.

Darius tergelak sambil berlalu. Sempat mengangkat tangan pada Sabrina tanda meminta diri.

Sabrina tersenyum.

“Amboi, lebar senyum. Kau ni, pantang tengok lelaki, ya? Gatal!”

Senyum Sabrina mati tiba-tiba. Tajam sungguh kata-kata Badrul. Perlahan-lahan dia angkat punggung.

“Dah beli ke barang yang awak nak tu?” soalnya cuba mengubak topik.

“Belum. Aku tak tahu nak pilih. Kau tolong pilihkan.”

“Saya mana tahu apa yang awak suka. Awak nak beli apa sebenarnya?”

“Kemeja dan t-shirt.”

“La… tu aja? Barang hantaran memang semua dah ready, ya?”

“Itu semua mama dah siapkan. Cepatlah. Kau pilih.”

Laju Badrul menarik tangannya.

“Tunggulah Dayana balik. Beli dengan dia.”

Badrul tidak menjawab. Cuma renungannya sahaja cukup untuk memberitahu Sabrina bahawa itu amaran supaya dia menutup mulut.

Sabrina diam sambil membelek kemeja di

Page 225: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

225

hadapannya. Sehelai kemeja merah jambu dihulurkan kepada Badrul.

“Pink? Kau ingat aku ni perempuan ke?”

Sabrina kerutkan kening. “Biru?”

“Dah banyak.”

“Merah?”

“Macam India la.”

Sabrina mencebik. “Oren?”

“Kau ingat aku pakai kemeja nak pergi buat show sarkas ke?”

“Okeylah… warna oren. Sesekali pakai warna ceria….”

“Aku tak suka warna oren.”

“Hijau?”

“Macam katak!”

Jawapan itu ternyata membuat Sabrina tergelak besar. “Hitam?”

“Pun sama. Dah banyak.”

“Awak pilihlah sendiri. Cerewat sangat!”

“Kalau aku boleh pilih, aku tak minta kau tolong.”

“Last. Lepas ni, awak pilih sendiri.”

Badrul mendengar tanpa sebarang reaksi.

Sabrina mencapai sehelai kemeja berwarna ungu gelap berjalur hitam. Jalur halus yang nampak cukup cantik di mata Sabrina. “Yang ni?”

Badrul diam seketika. Meneliti kemeja yang Sabrina hulurkan. Agak menarik.

“Okey,” jawabnya sepatah.

Page 226: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

226

Sabrina tersenyum lega. Cuma seketika. Senyumnya mati tiba-tiba.

“Kenapa?” tanya Badrul.

Sabrina memandang wajah Badrul. Perlahan-lahan dia menggeleng sambil sekali lagi mencuri pandang ke arah orang yang sangat dia rindui. Ikmal bersama Maria. Sedang berjalan bersama sambil membelek baju wanita. Dia mengeluh perlahan. Hati, janganlah merintih….

Melihat wajah Sabrina yang berubah muram, Badrul memandang ke arah yang sama. “Dia lagi? Aku tak tahulah sama ada dunia ni terlalu kecil, atau dia tu memang dah jadi bayang-bayang kau. Atau… kau ada cakap dengan dia, yang kau nak ke sini?”

Sabrina menggeleng.

“Siapa tu? Cepat betul dia lupakan kau ya?”

“Pergilah bayar.” Sabrina mengubah topik.

Badrul tersenyum kecil. “Aku kasihan tengok kau ni. Agaknya, tu kekasih dia atau mangsa baru dia?”

“Awak… tolonglah…!”

“Kenapa? Sakit? Itulah, lain kali jangan bodoh sangat. Percaya sangat pada lelaki. Dah jadi macam kau ni, baru padan muka. Lelaki macam tu, memang banyak kat dalam dunia ni. Hidup senang atas duit perempuan. Perempuan bodoh macam…”

Pang!

Badrul ternganga.

Sabrina memuncung.

Perlahan-lahan, Badrul menyapu pipinya yang sedikit pedih. Nasib baik tidak kuat tangan Sabrina melayang

Page 227: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

227

ke pipinya. Nasib baik juga mereka berada di tempat yang tersorok. “Kau! Berani kau tampar aku.”

“Jangan burukkan dia. Dia baik. Dia lelaki baik!”

“Memang baik. Sebab baiklah dia hantar kau ke bilik aku.”

Sekali lagi Sabrina mengangkat tangan.

Namun kali ini, sempat Badrul menahan.

“Awak tak kenal dia, awak jangan tuduh dia yang bukan-bukan.”

Sabrina bersuara geram sambil merentap tangannya. Geram mendengar tuduhan-tuduhan Badrul yang sama sekali tidak berasas itu.

“Ada sebab kenapa aku tuduh dia. Dan, kau… jangan suka-suka angkat tangan lagi. Kalau kau buat lagi, siap kau!”

Sabrina membuang pandang. “Sorry. Saya tak sengaja.”

Dengan separuh hati, Sabrina meminta maaf.

Mendengar ungkapan maaf itu, mulut Badrul terkunci. Amarah yang ingin dihamburkan, hilang begitu sahaja.

“Saya nak balik!”

“Tak nak jumpa buah hati kau dulu ke?”

Sabrina menjeling tajam.

Badrul tersenyum sinis. Pantas tangannya memaut bahu Sabrina. “Aku rasa, aku nak jumpa kekasih kau kejap.”

“Tak naklah. Saya nak balik!”

“Kenapa? Kau tak nak tunjukkan kebahagiaan kau depan dia? Aku tengok macam tengah bahagia sangat gayanya

Page 228: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

228

tu? Tak nak ke?” duga Badrul dengan keningnya terangkat naik.

“Tak naklah. Saya nak balik!”

“Kita ke sana. Aku memang geram sangat tengok muka lelaki tu!” Badrul berkeras sambil menarik Sabrina.

“Please….”

Hibanya kedengaran suara itu. Badrul berhenti melangkah. Dia memandang wajah Sabrina.

“Please… saya tak nak ke sana. Saya tak nak mereka nampak saya. Saya tak nak tengok mereka. Please awak….”

Badrul mengeluh perlahan. Menatap seketika muka Sabrina yang sudah merah menahan tangis.

“Dah... dia buat dah... muka seposen dia tu. Malas betul la aku nak layan kau ni. Hah! Yalah… yalah… aku bayar dulu, lepas tu kita balik.”

Sabrina mengeluh lega. Sungguh dia tidak mahu berhadapan dengan Ikmal dan Maria saat ini. Sukarnya untuk dia menerima kenyataan yang Ikmal sekarang sudah menjadi tunang Maria. “Terima kasih, awak….”

Badrul merengus tanpa menjawab. Cuma menarik tangan Sabrina menuju ke kaunter bayaran.

Page 229: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

229

TANPA sedar, ada air jernih yang mengalir membasahi pipi. Untuk apa? Dia sendiri tidak tahu. Yang

pasti, tatkala melihat Badrul dan Dayana di atas pelamin, dia terasa jiwanya tiba-tiba kosong. Dan, tatkala mereka berdua berpeluk mesra untuk bergambar, air matanya menitis tanpa sedar.

“Ina….”

Sedikit tersentak, Sabrina menoleh.

Jamilah memandang wajahnya dengan renungan simpati.

Perlahan-lahan dia mengukir senyum. Dari tingkat atas, dia memandang majlis persandingan yang dibuat di ruang tamu. Badrul segak dengan baju Melayu berwarna ungu gelap. Dan Dayana cukup jelita dengan kebaya lace dari warna sedondon.

“Masuklah ke dalam.” Jamilah bersuara sambil melabuhkan punggung ke sofa panjang. Simpatinya membuak-buak melihat wajah Sabrina.

bab 20

Page 230: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

230

Sabrina menggeleng. Air mata di pipi disapu perlahan. “Kak Milah tak sibuk ke?”

Jamilah menggeleng. “Kalau semua ni buat Ina sedih, janganlah tengok. Pergilah masuk bilik.”

Sabrina menggeleng perlahan. “Tak apa. Saya tak apa-apa….”

“Kalau tak apa-apa… ni apa ni?” Jamilah bersuara sambil menyapu air mata di pipi Sabrina.

Sabrina tergelak dalam sendu.

“Saya pun tak tahu, kak. Air hujan kut,” balasnya cuba berseloroh.

Jamilah tersenyum hiba. Perlahan-lahan menarik Sabrina rapat ke bahunya.

Sabrina terkedu. Pelukan Jamilah terasa begitu mendamaikan. Rindunya dia pada pelukan sebegini. Pelukan yang sudah bertahun tidak dia rasai. Pelukan yang membuat dia teringatkan mak su. Ibu saudara yang menjaganya sejak dia kehilangan ayah dan ibu. Ibu saudara yang telah pergi meninggalkannya tiga tahun lalu. Dengan sedikit teragak-agak, Sabrina membalas pelukan itu. Terasa hangat pelukan Jamilah. Sehangat pelukan mak su sewaktu dia perlukan sokongan arwah ibu saudaranya itu.

“Sabarlah….”

Sabrina sebak mendengar kata-kata pujukan itu. Terasa apa yang sedang menghimpit dadanya, bakal meledak keluar. “Saya pun tak tahu kenapa saya rasa macam ni, Kak Milah. Sebelum ni, saya tak berperasaan macam ni pun.”

“Walaupun Ina kahwin sebab terpaksa, Encik Badrul tetap suami Ina. Isteri mana yang boleh tersenyum senang melihat suami bersanding dengan orang lain?”

Page 231: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

231

Sabrina kaku di dalam pelukan Jamilah. Betul ke? Sebab itu ke air mata menitis di pipinya? “Kenapa sebelum ni, saya langsung tak kisah?”

Dia bertanya lagi. Benar-benar tidak faham dengan perasaannya sendiri.

Jamilah diam. Cuma perlahan-lahan mengelus rambut Sabrina. “Sudahlah tu. Jomlah masuk.”

Sabrina meleraikan pelukannya. Memandang sekali lagi ke arah ruang tamu yang cukup meriah dengan para jemputan. Kerlipan flash kamera bagai kilat sabung-menyabung. Melihat wajah ceria Badrul dan Dayana, hatinya terasa perit tiba-tiba. Cepat-cepat dia alihkan pandangan. Terpaut pada renungan Darius. Darius memerhatinya dalam diam. Di celahan tetamu yang ramai, Darius tercegat memandangnya.

“Awak pula silap, apabila setuju dia berkahwin lain.”

Selintas kata-kata Darius tempoh hari menjengah di ruang ingatan. Inikah kesilapan yang Darius maksudkan? Dia silap menilai perasaan sendiri. Dia yakin dia boleh lalui semua ini dengan mudah. Namun, saat ini, baru dia sedar, terlalu sukar untuk menerima hakikat dia kini terpaksa berkongsi Badrul dengan Dayana. Walaupun tiada rasa cinta untuk Badrul, namun lelaki itu pernah melafazkan akad yang sama untuknya. Melihat Badrul dan Dayana berpakaian indah, pantas dia teringatkan majlis akad nikahnya yang penuh dengan air mata. Pipinya lencun tatkala Badrul melafazkan namanya di hadapan tuk kadi.

Dia melihat segarit senyum di bibir Darius. Dengan payah dia membalas senyuman itu. “Saya nak masuk dululah, Kak Milah.”

Page 232: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

232

Jamilah mengangguk. “Nak akak temankan?”

Sabrina menggeleng pantas. “Tak payah. Kak Milah mesti sibuk nak layan tetamu. Takut Datin marah pula nanti. Saya minta maaf ya, Kak Milah. Saya betul-betul tak boleh tolong Kak Milah. Saya ingat saya kuat, rupa-rupanya saya lemah sangat. Saya tak sanggup nak tengok semua ni.”

Jamilah tersenyum nipis. Dia memandang wajah Sabrina yang sedikit sugul. Dalam hati segundah itu, Sabrina masih sempat memikirkan tentang dirinya. “Tak payah risau pasal akaklah. Akak dah biasa. Sekarang Ina pergi rehat. Jangan fikir sangat tentang benda ni.”

Sabrina tersenyum kecil sambil mengangkat punggung. Dia melangkah lesu menuju ke biliknya. Dalam enggan, dia berhenti di hadapan bilik Badrul. Menolak daun pintu tanpa tujuan tertentu. Melihat bilik itu yang dihias cantik. Bilik pengantin. Dia mengeluh perlahan sambil menutup semula pintu bilik itu.

Sabrina menyambung langkah menuju ke biliknya. Dia kini terpaksa tidur di dalam bilik lain. Dalam diam, dia mulai berasa jauh daripada Badrul.

Ini yang kau mahu Ina. Kau kena terima semua ni.

Sabrina menelan liur. Suara hatinya tidak lebih daripada membuat dia berasa semakin sedih. Pintu bilik ditolak perlahan. Bilik tetamu kini menjadi biliknya. Mungkin hanya bilik ini yang layak untuknya. Pintu bilik ditutup perlahan. Sepi. Terpisah daripada segala keriuhan di luar. Dia mengeluh kecil. Bergerak ke katil. Sepinya hati ini saat ini. Banyak yang tersimpan di hatinya. Ingin rasanya dia luahkan pada seseorang. Tetapi, saat ini dia tidak mempunyai sesiapa. Tidak ada teman untuk berkongsi rasa sedih ini.

Dia mencapai telefon. Ingin menghubungi Maria.

Page 233: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

233

Tetapi, untuk apa? Tiba-tiba dia teringatkan layanan Maria padanya tempoh hari. Berbeza sekali layanan temannnya itu. Takkan Maria mahu mendengar rintihan hatinya. Ikmal? Lelaki itu tidak sesuai untuk menjadi tempat dia luahkan perasaan. Lagipun dia tidak mahu menambah beban di bahu Ikmal.

Sabrina mengeluh perlahan. Sekarang baru dia sedar, rupa-rupanya teman akrabnya cuma Maria. Bahu untuk dia melepaskan tangisnya, cuma Ikmal. Teman-teman lain, tidak lebih sekadar teman berkongsi cerita gembira. Kehilangan Ikmal dan Maria, membuat dia hilang dahan tempat berpaut. Dan, saat ini, dia harus belajar menelan setiap kepahitan sendirian. Dia harus lebih kuat daripada sebelumnya.

Telefon bimbit diletakkan semula di atas meja kecil di tepi katil. Terpandang cincin di jari manisnya. Cincin yang tidak pernah dia acuhkan selama ini. Cincin perkahwinannya dengan Badrul. Perlahan-lahan dia menyentuh cincin emas yang terlalu biasa bentuknya itu. Tiba-tiba timbul rasa sayang pada cincin itu.

Sekali lagi dia menghela nafas panjang sambil melangkah ke jendela. Mengintai ke halaman banglo Datuk Hamidi yang penuh dengan khemah. Badrul berkeras mahu mengadakan majlis perkahwinannya di rumah sahaja. Menolak cadangan ibu mertuanya agar majlis itu dibuat di hotel mewah. Kenapa? Tidak pula dia tahu. Senyum lebar Badrul dan Dayana yang sedang melayan tetamu, dipandang sepi. Bahagianya pasangan itu.

“Saya harap awak tak menyesal dengan keputusan ni. Kalau awak sayangkan Bad, baik awak minta saya batalkan perkahwinan ni. Saya tak nak nanti timbul masalah….”

Page 234: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

234

“Tak. Saya tak ada apa-apa perasaan pada Badrul. Lagipun saya tak berhak menghalang Badrul untuk hidup bahagia….”

“Saya tak tahu kenapa saya boleh setuju dengan cadangan Badrul ni. Mungkin sebab saya terlalu cintakan dia, atau sebab saya cemburukan awak. Tapi, saya terima perkahwinan ni sebab awak cakap, perkahwinan ni tak membawa makna pada awak. Awak tak harap apa-apa daripada perkahwinan ni. Dan Badrul pula, dia cakap, dia akan lepaskan awak. Sampai masa, dia akan lepaskan awak. Sebab tu saya terima. Sebab, saya tak nak berkongsi Badrul dengan orang lain….”

“Jangan bimbang, Badrul hanya milik awak. Dia cuma nak awak jadi teman hidupnya.”

“Awak yakin awak tak akan menyesal? Saya harap awak dah fikir masak-masak. Saya kahwin dengan Badrul dan awak terpaksa lupakan hak awak sebagai isteri dia sehingga dia lepaskan awak. Kalau semua tu terlalu berat pada awak, baik awak ubah keputusan awak sekarang. Sebelum saya berbincang dengan famili saya. Betul awak tak rasa sayang pada perkahwinan awak ni? Sikit pun tak ada?”

Sabrina memandang wajah Dayana. Perlahan-lahan dia menggeleng. “Saya cuma nak tunggu hari Badrul lepaskan saya. Lagipun, kekasih saya setia menanti saya.”

Sabrina mengeluh panjang. Kata-katanya amat meyakinkan lewat pertemuannya dengan Dayana sebelum kata putus tentang perkahwinan itu dibuat. Dia sendiri amat yakin dengan perasaannya saat itu. Dia tidak berbohong pada Dayana. Kalau ada pun, cuma satu. Tidak pernah ada kekasih yang menunggunya. Namun, dia perlu berbohong untuk meyakinkan Dayana. Memang saat itu, dia cuma mahu Badrul

Page 235: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

235

lepaskannya. Dan kata-kata Dayana bagaikan memberi kekuatan padanya. Dayana memberitahu, Badrul memang berhasrat ingin lepaskannya. Sungguh!

Itulah satu-satunya berita yang dia nantikan selama ini. Tetapi, kenapa kini perasaannya seakan berubah? Kenapa tiba-tiba dia sayang pada perkahwinan yang tidak pernah dia acuhkan selama ini? Kenapa dia berasa jauh dengan Badrul apabila melihat lelaki itu erat memeluk tubuh Dayana. Berasa sedih melihat gelak tawa gembira lelaki itu?

“Bodoh! Jangan jadi bodoh Sabrina. Kau dah janji. Kau tak boleh mungkir janji! Kau sendiri yang cakap, kau tak ada apa-apa perasaan pada dia….”

Sabrina memegang kepala. Dia sudah mula bercakap sendiri. Gilakah dia? Satu keluhan yang teramat berat dilepaskan. Dia tidak mahu tengok semua ini. Dia tidak mahu fikir tentang semua ini. Langsir ditarik perlahan. Dia bergerak ke katil sambil merebahkan diri di situ. Cuba membuang rasa sebak yang kembali datang menghimpit dada. Pergilah wahai air mata. Janganlah memberat di tubir mata ini lagi.

Sabrina cuba pejamkan mata. Cuba membuat lena….

BADRUL mengukirkan senyuman di bibirnya. Bagaikan bermimpi, akhirnya Dayana bergelar isterinya. Dari jauh dia melihat Dayana sedang berbual mesra dengan ibu dan bapanya. Acara sudah berakhir. Tetamu sudah beransur pulang. Halaman yang dari pagi penuh dengan manusia, kini sudah sunyi sepi.

Page 236: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

236

“Kak Milah!” panggilnya sebaik melihat kelibat pembantu rumahnya itu.

Jamilah menoleh. Melangkah merapati Badrul. “Ada apa Encik Badrul?”

“Hmmm… Sabrina mana? Saya tak nampak dia pun.” Badrul mengajukan soalan. Agak pelik apabila dia tidak melihat kelibat Sabrina sepanjang hari.

“Ada kat bilik dia kut. Dia nampak sedih aja tadi,” jawab Jamilah bersahaja.

“Sedih? Kenapa pulak?”

“Manalah akak tahu. Encik Badrul pergilah tengok sendiri.”

Baru sahaja dia mahu ajukan lagi soalan, Jamilah sudah berlalu. Sedih? Sabrina sedih? Kenapa gadis itu mesti bersedih? Semalam dia melihat Sabrina tersenyum senang membantu Jamilah menyiapkan persiapan perkahwinannya. Sebelum ini pun, Sabrina riang bertenggek di ruang tamu melihat ibunya menghias barang-barang hantaran. Hari ini, tiba-tiba bersedih pulak?

Badrul mengeluh perlahan. Menghayun langkah menuju ke tingkat atas. Ingin melihat keadaan Sabrina. Laju dia melangkah sebelum berhenti seketika di hadapan pintu bilik Sabrina. Teragak-agak untuk mengetuk pintu. Tiba-tiba dia jadi serba salah untuk berdepan dengan gadis itu. Dalam rasa serba salah itu, perlahan-lahan dia mengetuk pintu. Senyap. Tidak berjawab. Dia mencuba sekali lagi. Sama. Sudahnya dia menolak daun pintu perlahan-lahan. Tidak berkunci. Pintu dikuak lebih lebar, sebelum dia melangkah masuk.

“Tidur lagi. Tak ada kerja lain ke?” Dia merungut perlahan melihat Sabrina lena di katil.

Page 237: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

237

Badrul melangkah mendekati katil. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Dia memandang wajah Sabrina dalam lena. Nampak begitu tenang. Dalam benci, dia harus berterima kasih pada gadis ini. Kerana Sabrina, Dayana bersetuju untuk mengahwininya. Dia tidak tahu apa yang Sabrina bualkan dengan Dayana. Tetapi, setelah pertemuan empat mata antara Sabrina dan Dayana, akhirnya kekasihnya itu memberi kata putus. Kata putus yang membahagiakannya.

“Thanks…” bisiknya perlahan sambil mengusap perlahan rambut Sabrina.

Usapannya terhenti tatkala dia terpandangkan cincin di atas telapak tangan Sabrina. Dia ingat cincin itu. Cincin ibunya. Cincin yang diberi ibunya untuk digunakan sewaktu majlis akad nikahnya dengan Sabrina. Dia terpaksa menggunakan cincin ibunya kerana tidak sempat menyediakannya. Atau lebih tepat lagi, dia tidak mahu menyediakannya. Biasanya, cincin itu tersarung elok di jari manis gadis ini. Kenapa hari ini cincin itu ditanggalkan? Dan, kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup kencang tatkala melihat cincin itu tidak lagi tersarung di jari Sabrina?

Dengan hati-hati, Badrul mencapai cincin di telapak tangan Sabrina. Namun sebaik jarinya tersentuh tangan Sabrina, mata gadis itu tiba-tiba terbuka. Cepat-cepat cincin yang sudah dia ambil, digenggam erat.

Sabrina terjerit kecil. Pantas berengsot ke kepala katil sambil mengurut dada. “Awak ni! Tak pandai ketuk pintu ke?”

Badrul memandang wajah Sabrina. “Dah nak roboh pintu tu aku ketuk. Kau tu yang tidur mati.”

Sabrina diam. Dia melihat tangannya. Cincin di telapak tangannya sudah tiada. Mana perginya? Dia melihat

Page 238: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

238

sekeliling. Tiada. Pantas tangannya menyelak selimut. Tiada. Kemudian dia bergerak turun dari katil sambil membongkok mencari di lantai.

“Kau cari apa?”

Sabrina tidak menjawab. Dia malu untuk berterus terang dengan Badrul. Dia tidak sebodoh itu untuk membiarkan dirinya yang sedang bersedih ini, dimarahi Badrul. Terbongkok dia terus mencari di lantai.

Badrul terus memandang. Dia tahu sebenarnya apa yang dicari oleh Sabrina. Namun, seronok pula dia melihat wajah Sabrina yang cemas. Daripada membongkok, Sabrina kini merangkak perlahan-lahan mencari di sekitar katilnya. Membuat darah lelaki itu menyerbu ke muka tatkala melihat leher baju kurung Sabrina yang terjatuh. Menampakkan dada putihnya. Pasti gadis itu tidak sedar.

“Hey!”

Sabrina angkat muka.

“Apa?” soalnya geram.

Badrul tidak menjawab. Cuma matanya tidak bergerak.

Sabrina menurut arah renungan Badrul dan renungan itu berakhir ke dadanya. Wajahnya terasa panas tiba-tiba. Cepat-cepat dia duduk di lantai sambil memegang leher baju kurungnya.

“Awak pergi keluarlah. Jangan kacau saya!” jerit Sabrina geram.

Badrul tergelak melihat wajah Sabrina yang merah menyala menahan malu. “Kau cari apa?”

“Adalah. Bukan urusan awak. Pergilah keluar. Jangan ganggu saya!”

Page 239: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

239

“Amboi! Garangnya. Kak Milah kata kau tengah bersedih. Tapi, ni bukan bersedih. Ni tengah hot tempered ni.”

Sabrina menjeling tajam. Cuba membuang rasa malu yang menjengah.

“Apa awak buat kat sini?” soalnya sedikit hairan. “Pergilah masuk bilik awak. Janganlah kacau saya.”

Badrul merangkak ke atas katil, kemudian duduk di lantai sambil bersandar pada tiang katil.

“Kau cari ni ke?” soalnya sambil membuka genggaman.

Sabrina memandang cincin di telapak tangan Badrul. Patutlah hilang….

“Awak nak balik ke, cincin tu?” soal Sabrina perlahan. Dia tahu cincin itu bukan miliknya. Juga bukan milik Badrul.

Badrul memandang hairan.

“Mama awak nak semula ya?” soal Sabrina lagi.

“Kenapa kau tanggalkan?”

Sabrina diam. Nampaknya dia bakal kehilangan cincin yang baru sahaja dia hargai akan kewujudannya itu. Perlahan-lahan dia bangun. Ingin melangkah keluar dari bilik itu. Langkahnya terhenti apabila tangan Badrul mencapai jari-jemarinya. Dia pandang wajah Badrul. Segak bersongkok dengan baju Melayu ungunya. Masih belum berganti pakaian.

“Come!” ujar Badrul sambil menarik tangan Sabrina.

Sabrina akur. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Badrul sambil bersandar pada tiang katil.

Page 240: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

240

“Kenapa kau tanggalkan cincin ni?”

Sekali lagi Badrul bertanya.

Sabrina diam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tanggalkan cincin itu. Mungkin dia ingin menggenggam semula perkahwinan yang sudah dia lepaskan ini. Dia pandang wajah Badrul. Mustahil untuk dia berterus terang dengan Badrul. Tidak penting rasanya.

“Tahniah!” ucapnya sekadar ingin mengubah tajuk perbualan.

Badrul diam. Ternyata ucapan tahniah Sabrina berbeza nadanya daripada ucapan tahniah para tetamu yang hadir tadi. Ucapan daripada Sabrina membuat dia terkedu. Dia merenung wajah Sabrina. Perlahan-lahan dia mencapai jari-jemari Sabrina, membuat Sabrina sedikit tercengang.

Sabrina memandang wajah hairan Badrul. Dia terpaku seketika apabila Badrul menyarungkan semula cincin itu ke jari manisnya.

“Jangan tanggalkan lagi.”

Sabrina memandang jari manisnya. Tersenyum.

“Terima kasih,” ucapnya perlahan.

Badrul turut tersenyum. Dia menggenggam erat jari-jemari Sabrina.

Sabrina terkebil-kebil. Kurang selesa dengan cara Badrul. Tangannya ditarik perlahan-lahan. Namun, genggaman Badrul tetap erat mencengkam.

“Sabrina….”

Sabrina angkat muka, memandang Badrul.

“Kak Milah kata, kau sedih. Kenapa? Sebab aku kahwin dengan Dayana ke?”

Page 241: Pergilah Air Mata

Hanni Ramsul

241

Sabrina betul-betul tergamam. Lembutnya suara Badrul mengalunkan soalan itu. Tidak pernah Badrul bercakap selembut ini dengannya.

“Berterus teranglah dengan aku.”

Sabrina berdeham perlahan. Cuba bersuara. Tetapi tidak mampu. Sudahnya, dia cuma menggeleng perlahan.

“Apa maksudnya? Aku tak faham!”

“Saya… saya tak sedih pun. Kak Milah tu, pandai-pandai aja….”

Badrul tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangannya ke bahu Sabrina. Menarik Sabrina ke dalam pelukannya.

“Thanks…” ucapnya lembut sambil melayangkan satu kucupan di dahi Sabrina.

Sabrina kaku tidak bergerak. Pelik betul tingkah Badrul hari ini. Lama bibir itu melekat di dahinya. Membuat jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.

“Untuk apa?” soal Sabrina perlahan.

“Untuk segala-galanya. Aku tahu… Dayana setuju berkahwin dengan aku, sebab kau. Sebab sesuatu yang keluar dari bibir kau. Bukan sebab aku ajak dia kahwin. Dia menolak sehinggalah kau berjumpa dengannya. Aku tak tahu apa yang kau cakap padanya. Tapi, terima kasih….”

Sabrina tersenyum kecil.

“Awak….”

Badrul menatap wajah Sabrina sambil gadis itu cuba melepaskan diri daripada pelukannya. Gagal. Kerana pautan tangannya di bahu Sabrina, lebih kuat daripada kudrat gadis itu.

Page 242: Pergilah Air Mata

Pergilah Air Mata

242

“Awak… keluarlah. Bilik awak kat sebelah.”

Badrul tersenyum kecil. “Kau takut ke?”

Sabrina menjeling. “Nanti Dayana cari awak. Cepatlah keluar!”

“Menghalau nampak!” balas Badrul sambil angkat punggung.

Sabrina terus duduk bersandar di katil sambil memandang cincin di jarinya. Kemudian, Sabrina menyentuh dahinya yang masih terasa hangat kucupan Badrul.

“Jangan sambung tidur pulak. Dah nak senja. And… tolong turun makan. Aku tak nampak kau seharian hari ni. Mesti kau tak makan.”

Sabrina membuat muka selamba.

“Dengar tak?”

“Dengar. Saya tahulah… saya ni bukan budak kecil. Dah, cepatlah keluar!”

Badrul tergelak. Dia berlalu keluar dari bilik itu. Meninggalkan Sabrina terkebil-kebil di tengah-tengah katil. Dia sukakan layanan Badrul sebentar tadi. Badrul tidak mengeluarkan kata-kata sinis padanya. Lelaki itu melayannya dengan baik sekali. Dia suka apabila lelaki itu ambil berat tentang dirinya.

“And… tolong turun makan. Aku tak nampak kau seharian hari ni. Mesti kau tak makan.”

Walaupun bersama Dayana, Badrul masih perasan akan ketiadaannya. Sabrina tersenyum. Tidak faham akan maksud senyuman itu. Bukan senyum gembira, bukan juga senyum menutup kesedihan. Dia benar-benar keliru dengan perasaannya kala ini….

Page 243: Pergilah Air Mata

No. ISBN:- 978-967-5067-37-2

Jumlah muka surat: 871

Harga Runcit:-

Semenanjung M’sia: RM28, Sabah/Sarawak: RM31

Harga Ahli KKN:-

Semenanjung M’sia: RM24, Sabah/Sarawak: RM27

Sinopsis:-

Sebuah bala... sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga.

Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina di dalam sangkar emas keluarga Datuk

Page 244: Pergilah Air Mata

Hamidi. Tanpa ketahuan mereka rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.

Mujurlah Datuk Hamidi tak mudah melatah, melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu. Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya.

Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

“Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.”

Untuk mengetahui kesudahan perasaan Badrul terhadap Sabrina, dapatkan PERGILAH AIR MATA di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.

Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos.

Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang

Page 245: Pergilah Air Mata

ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise

No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,

D’Wangsa, Wangsa Maju,

53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:- 03-4149 0096

No. Faks:- 03-4149 1196