Pergerakan Dan Ritma
-
Upload
jenry-saiparudin -
Category
Documents
-
view
39 -
download
3
description
Transcript of Pergerakan Dan Ritma
-
PELAN LANTAI PERGERAKAN ASAS
MULA BERDIRI PERLAHAN
DAN MENCANGKUNG
(BUKAN LOKOMOTOR)
MELOMPAT KE HADAPAN DAN KE
BELAKANG
(LOKOMOTOR)
MELENTIK BADAN KE KIRI DAN KE KANAN
(BUKAN LOKOMOTOR)
BERJALAN DENGAN CEPAT
(LOKOMOTOR)
MENGELECEK BOLA
(MANIPULASI ALATAN)
LARIAN SISI
(LOKOMOTOR)
MEMUTARKAN GELUNG
(MANIPULASI ALATAN)
MELAMBUNG BOLA KE ATAS
(MANIPULASI ALATAN)
MEMBONGKOK BADAN
(BUKAN LOKOMOTOR)
LARI KE DEPAN
(LOKOMOTOR)
LOMPAT BINTANG
(BUKAN LOKOMOTOR)
KETINGTING
(LOKOMOTOR)
TEKAN TUBI
(BUKAN LOKOMTOR)
MEMASUKKAN BOLA DALAM BAKUL
(MANIPULASI ALATAN)
LARIAN ZIG-ZAG SKITEL
(MAIPULASI ALATAN) TAMAT
Peralatan :
1. Skitel 4. Gelung getah/Rotan
2. Bola
3. Tilam/Tikar
-
SOALAN AMALI INDIVIDU
Pendidikan pergerakan memberi penegasan kepada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam empat komponennya yang terdiri daripada gimnastik artistik, gimnastik pendidikan, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Bagi menghasilkan satu persembahan yang baik dan menarik, kemahiran-kemahiran tersebut perlu dirangkaikan secara kreatif dan tersusun. Secara individu, anda dikehendaki membuat rangkaian pergerakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua jenis alatan berpandukan kepada lakaran pelan lantai yang disediakan di bawah. Persembahan anda hendaklah mengandungi elemen-elemen pergerakan yang terdapat dalam gimnastik pendidikan dan gimnastik irama diiringi muzik yang bersesuaian.
PELAJAR
JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669
NAMA PENSYARAH YM RAJA ISMAIL BIN RAJA LOPE
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
PERGERAKAN DAN RITMA
TD30403
-
PENGENALAN
Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu
Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal.
Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu
Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan
Alatan.
Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah
rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk
mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.
Pergerakan Lokomotor
Kemahiran Lokomotor dibahagikan kepada dua iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan
tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.
i. Konsep pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor terbahagi kepada beberapa cara iaitu seperti arah, aliran, haluan dan
masa.
ii. Arah
Arah adalah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan
iii. Haluan
Haluan ialah pergerkan melibatkan pelbagai bentuk atau corak gerakan. Contohnya adalah
seperti samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain.
-
Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan yang statik atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan
iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa
menggerakkan dasar menyokong seseorang individu.
Kemahiran Manipulatif Alatan
Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk
memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk
dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola
kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya. Pada tahun 1988,
Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-
i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul,
mengumpan dan merejam
ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul
-
PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 15 stesen yang perlu dilalui di mana
pelajar memerlukan perlakuan yang berbeza untuk setiap stesen. Sebanyak 5 stesen telah
ditetapkan untuk pergerakan lokomotor manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan
lokomotor.
Aktiviti ini turut melibatkan 5 manipulasi alatan dalam pergerakan yang dilakukan oleh para
pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk mengawal dan
menggayakan.
PERGERAKAN AMALI ASAS
STESEN PERGERAKAN CATATAN
Stesen
1
Berdiri perlahan dan mencangkung
i. Badan berada dalam keadaan lurus
ii. Mata memandang ke bawah
iii. Bergerak ke bawah dan mencangkung
Lokomotor
Stesen
2
Melompat ke depan dan belakang
i. Berdiri tegak
ii. Melompat ke hadapan
iii. Melompat ke belakang
Bukan
Lokomotor
Stesen
3
Melentik badan ke kiri dan ke kanan
i. Berdiri tegak
ii. Mengerakkan badan dengan tangan diangkat
ke kiri
iii. Mengerakkan badan dengan tangan diangkat
ke kanan
Bukan
Lokomotor
Stesen
4
Berjalan dengan cepat
i. Badan berada dalam keadaan lurus
ii. Mata memandang ke hadapan.
iii. Angkat kaki kanan dan melangkah ke
hadapan dengan jarak yang kecil.
iv. Angkat kaki kiri dan melangkah ke
hadapan
Lokomotor
-
Stesen
5
Menggelecek bola
i. Berdiri tegak.
ii. Mengelecek bola hingga ke stesen
seterusnya.
Manipulasi
alatan
Stesen
6
Larian sisi
i. Berdiri dalam keadaan posisi mengiring
ii. Bergerak dengan sisi
Lokomotor
Stesen
7
Memusing gelung dipergelangan tangan
i. Berdiri tegak, sebelah tangan lurus ditepi
ii. Letakkan gelung dipergelangan tangan.
iii. Pusing gelung menggunakan
pergelangan tangan.
Manipulasi
alatan
Stesen
8
Berlari sambil melambung bola ke atas
i. Berlari sambil melambungkan bola ke atas
hingga ke stesen sterusnya
Manipulasi
alatan
Stesen
9
Membongkok ke hadapan dan ke belakang
i. Berdiri tegak.
ii. Badan di bongkokkan ke hadapan
iii. Badan di bongkokkan ke belakang
Bukan
Lokomotor
Stesen
10
Berlari ke hadapan
i. Badan berada dalam keadaan lurus
ii. Mata memandang ke hadapan.
iii. Angkat kaki kanan dan berlari ke hadapan
dengan jarak yang kecil.
Lokomotor
Stesen
11
Lompat bintang
i. Berdiri tegak dan meluruskan badan
ii. Melompat sambil kedua belah tangan
diangkat
iii. Lompatan dilakukan secara berulang-ulang
Bukan
Lokomotor
Stesen
12
Ketingting
i. Berdiri tegak
ii. Mengangkat kaki sebelah dan melakukan
tingting ke hadapan sehingga ke stesen
seterusnya
Lokomotor
-
Stesen
13
Tekan tubi
i. Badan bertiarap dengan tangan menahan
lantai
ii. Mengangkat badan ke atas dan turun
mencecah lantai
Bukan
Lokomotor
Stesen
14
Memasukkan bola ke dalam bakul
i. Berdiri tegak
ii. Memegang bola
iii. Melontar masuk bola ke dalam bakul
Manipulasi
Alatan
Stesen
15
Larian zig-zag skitel
i. Berdiri tegak
ii. Melakukan larian menyilang skitel yang
disediakan berselang seli
Manipulasi
alatan
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, tiga komponen pergerakan asas yang amat penting dipelajari dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.
Pergerakan lokomotor adalah bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang
lain dan ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Manakala pergerakan bukan lokomotor
pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia lebih
menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Seterusnya adalah manipulatif alatan
yang menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara
yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan.
-
RUJUKAN
BUKU
Abdul Hafidz Hj Omar, Hussian Ayon & Zalawati Sufian (2004). Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Selangor.
Wee E.H (1994), Pengajian Pendidikan Jasmani, Fajar Bakti Sdn. Bhd:
Selangor
Helen Ten. H.B (1992). Pengajian Pendidikan Jasmani Kanak-kanak, Fajar
Bakti Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
www.ipbl.edu.my
http://www.ket.org/artstoolkit/dance/lessonplan/156.htm