Perdagangan - Pengkontenaan
-
Upload
mohd-yazri -
Category
Documents
-
view
175 -
download
2
description
Transcript of Perdagangan - Pengkontenaan
PENGKONTENAAN
Definisi :
Pengkontenaan ialah sistem mengangkut barang
dalam peti kontena sebagai satu unit. Kontena ialah
peti besi yang besar berukuran piawai dan
mempunyai pintu yang boleh dikunci dan dipaterikan.
Jenis-jenis kontena
Kontena kering digunakan untuk mengisi barang
yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Contohnya,
perabot dan makanan dalam tin.
Kontena kargo digunakan untuk mengangkut
barang-barang sensitif dan dilengkapi lapikan untuk
mencegah kerosakan. Contohnya, kaca dan seramik.
Kotena dingin beku dilengkapi alat pendingin bagi
memelihara mutu barang mudah rosak dan untuk
penghantaran cepat. Contohnya, hasil tenusu dan
daging.
Kelebihan
Penggunaan kontena lebih selamat kerana pintunya
boleh dikunci atau dipaterikan.
menjimatkan kerana satu kontena besar boleh
memuatkan banyak barang dan dapat dibawa
sekaligus.
Terdapat kontena yang dilengkapi alat pendingin
beku bagi mengangkut barang mudah rosak.
Kekurangan
Kos membina kontena dan kelengkapan pelabuhan
untuk menguruskan kontena adalah tinggi.
Pengangkutan kontena memerlukan kenderaan
pengangkutan bersepadu yang lain seperti lori
kontena, kereta api, dan kapal kontena.
Kontena tidak sesuai digunakan untuk penghantaran
yang kecil dan bahan pukal seperti pasir, kayu balak,
dan bahan berbentuk cecair.
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTANTerdapat sembilan jenis faktor pemilihan jenis
pengangkutan iaitu:
1. Kos pengangkutan
Peniaga akan memilih pengangkutan yang
murah dan jimat bersesuaian dengan nilai
barang.
Tambang yang tinggi akan mengurangkan
keuntungan
disebabkan kosnya turut bertambah.
2. Jenis dan sifat barang
Peniaga akan memilih pengangkutan yang
bersesuaian dengan barang yang ingin
diangkut dari segi saiz, berat, jenis dan sifat
bahan.
Contoh – peniaga kan memilih
pengangkutan yang pantas dan selamat
seperti pengangkutan udara untuk
mengangkut koleksi berharga seperti
barangan antik atau lukisan.
3. Risiko kerosakan
Sifat barang yang dibawa menentukan jenis
pembungkusannya. Simbol akan dipaparkan
dibahagian luar sebagai peringatan akan
sifat barang.
Contoh – simbol payung bagi barang yang
perlu disimpan di tempat kering dan
selamat.
4. Nilai barang
barang mewah dan berharga akan dihantar
menggunakan pengangkutan yang paling
rendah risiko.
Contoh – barang kemas seperti berlian dan
permata akan dihantar menggunakan
pengangkutan udara.
5. Kesegaran
Peniaga akan mengambil kira faktor masa
bagi barang-barang yang perlu dijamin
kesegarannya.
Contoh – menggunakan kontena dingin beku
untuk mengangkut barangan tenusu.
6. Jarak perjalanan
Jarak perjalanan dan kos yang diambil akan
dipertimbangkan sebelum pengeluar
memilih jenis pengangkutan.
Contoh – memilih pengangkutan jalan raya
untuk lokasi penghantaran yang hampir dan
pengangkutan laut untuk penghantaran
yang dipisahkan oleh jalan laut.
7. Saiz, berat dan kuantiti
Saiz, berat dan kuantiti barang kan
dipertimbangkan sekiranya ruang muatan
pengangkutan terhad.
Contoh – besi dan batu tidak sesuai dibawa
dengan menggunakan pengangkutan udara.
8. Mudah didapati
Peniaga akan memilih pengangkutan yang
mudah didapati untuk mengangkut barang
keluaran mereka.
Contoh – penghantaran menggunakan
pengangkutan air sekiranya premis terletak
berdekatan dengan pelabuhan.
9. Keselesaan
Faktor keselesaan dititik beratkan untuk
penumpang yang membuat perjalanan jarak
jauh.
Contoh – bas yang mempunyai tandas,
tayangan video dan tempat duduk yang
selesa dan luas.
Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR)
Pengangkutan Antarabangsa Routier atau TIR
(Transport International Routier ) ialah satu system
yang diamalkan di peringkat perniagaan antarabangsa.
Sistem ini membolehkan kontena yang mempunyai
muatan kargo diangkut melalui Negara-negara
perantaraan tanpa diganggu oleh pemeriksaan
kastam.
TIR bermaksud Transport Internationa Routier atau
Pengangkutan Antarabangsa Routier. Cara system ini
beroperasi :
a)Barang-barang dimuatkan ke dalam kontena dan
isi kandungannya disahkan oleh pihak berkuasa
kastam Negara pengeksport.
b) Kontena dipaterikan.
c)Kontena dibawa melalui Negara-negara
perantaraan tanpa pemeriksaan kastam.
d) Setibanya di Negara pengimport, kontena
dibuka dan barulah cukai dicajkan.
e)Cukai tidak dikenakan oleh Negara-negara
perantaraan.
KEBAIKAN TIR
1. Kos pengendalian kargo dapat dikurangkan
kerana kerja mengangkut kargo melalui sempadan
Negara dimudahkan dan dicepatkan.
2. Dengan terhapusnya halangan pemeriksaan
kastam, volum kargo yang dimportkan dan
dieskport akan bertambah dan ini akan
menggalakkan perkembangan perniagaan
antarabangsa.