PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori...

25
PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DENGAN PELAJAR DI KAWASAN LUAR BANDAR NORLIZA BINTI ZAINAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori...

Page 1: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DENGAN PELAJAR DI KAWASAN

LUAR BANDAR

NORLIZA BINTI ZAINAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada
Page 3: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada
Page 4: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DENGAN PELAJAR DI KAWASAN

LUAR BANDAR

NORLIZA BINTI ZAINAL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah jelaskan sumbernya”

Tandatangan: ………………………………….

Nama Penulis: NORLIZA BINTI ZAINAL

Tarikh : ………………………………….

Page 6: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum w.b.t

Kepada abah dan emak yang kukasihi......

Kasih sayangmu tidak terhingga untukku

Jasa dan budimu amat kusanjung tinggi

Semoga Allah senantiasa memberkatimu

Kepada bapa dan ibu mertuaku…

Terima kasih kerana amat memahami daku

Terima kasih kerana banyak membantu

Budi dan jasamu kuhargai sepanjang hayatku

Buat suamiku yang tercinta, Mohd Zaidi Bin Ali

Kasih dan sayangmu amat kurasai

Tak terucap dengan kata-kata

Apapun jua, terima kasih atas segalanya

Pengorbananmu, kesetiaanmu dan kesabaranmu

Menjadi nadi semangatku

Kejayaan ini adalah milik kita bersama

Bagi mengharungi hari hari mendatang

Tidak kulupakan sahabat ku yang tersayang

Terima Kasih atas bantuan kalian

Begitu juga ahli keluarga tercinta

Kejayaanku ini berkat sokongan dan doa kalian............

“Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan-Nya, amin....”

Page 7: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

iv

PENGHARGAAN

Segala puji ke hadrat Allah s.wt., yang telah memberiku kesihatan, kesabaran

dan kekuatan bagi menyempurnakan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan jutaan terima kasih kepada Tn Hj. Johari Bin Hassan selaku penyelia projek

sarjana muda saya yang tidak jemu-jemu dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar,

nasihat dan idea yang membina sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pihak sekolah serta guru dan

pelajar Sekolah Menengah Kota Masai dan Sekolah Menengah Seri Aman kerana

telah memberikan kerjasama yang amat baik semasa menjayakan kajian saya ini.

Tidak lupa juga, sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih buat

rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak

langsung sehingga saya berjaya menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

Akhir sekali, penghargaan yang amat teristimewa buat keluarga tercinta,

khasnya suami yang tersayang di atas kesabaran, pengorbanan dan dorongan yang

diberikan selama ini. Terima kasih atas segalanya.

Page 8: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan personaliti dan

pencapaian akademik pelajar di kawasan perindustrian dengan pelajar luar bandar.

Kajian ini melibatkan 143 orang pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah iaitu di

Sekolah Menengah Kota Masai untuk kawasan perindustrian dan Sekolah Menengah

Seri Aman untuk sekolah luar bandar. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu

set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A melibatkan

latar belakang responden dan bahagian B melibatkan terhadap aspek pernyataan

kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science, Version 15.0 (SPSS) dan diterangkan dalam bentuk

kekerapan dan peratusan yang kemudian dikelaskan kepada tiga ketagori tahap

pencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa terdapat perbezaan personaliti dan pencapaian akademik bagi pelajar

kawasan perindustrian dan pelajar kawasan luar Bandar.Selain itu, faktor latar

belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, faktor persekitaran dan kemudahan di

sekolah juga telah mempengaruhi personaliti mereka.

Page 9: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

vi

ABSTRACTS

The main purpose of this research is to identify the personality differences

and academic achievement of secondary school children studying in two different

environments in the rural and industrial area. This research involved 143 form four

students studying in two secondary schools. Sekolah Menengah Kota Masai was

selected to represent industrial developed area while Sekolah Menengah Seri Aman

representing the rural students. The instrument used was a set of questionnaire. The

questionnaire was divided into two parts, in which part A was the students’

background and part B was for the research statement. The data collected was

analyzed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) software and

presented in the form of frequencies and percentages. There were than divided into

three different classes high, moderate and low. The results demonstrated that

students had differences in personality and academic achievement between the

secondary school children studying in two different environments in the rural and

industrial area. Beside that, factors like the family background, peer interaction,

environment and school facilities also have contributed to the personality

differences.

Page 10: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

Page 11: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

viii

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 8

1.9.1 Personaliti 9

1.9.2 Pelajar 9

1.9.3 Sekolah 10

1.9.4 Keluarga 10

1.9.5 Rakan Sebaya 11

1.9.6 Kemudahan 11

1.9.7 Felda 12

1.9.8 Kawasan Perindustrian 12

1.10 Penutup 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Personaliti 13

2.2 Teori- Teori Personaliti 14

2.2.1 Teori Humanistik 14

2.2.2 Teori Psikoanalisis 15

2.2.3 Teori Trait 16

2.3 Perbezaan Personaliti Carl Jung 16

2.3.1 Ekstrovert 17

2.3.2 Introvert 18

2.3.3 Ambivert 19

2.4 Faktor Latar Belakang Keluarga 19

2.5 Faktor RakanSebaya 22

2.6 Faktor Persekitaran Dan Kemudahan Sekolah 24

Page 12: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 27

3.1 Reka Bentuk Kajian 28

3.2 Lokasi Kajian 28

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 30

3.4.1 Bahagian A 30

3.4.2 Bahagian B 30

3.5 Prosedur Kajian 31

3.6 Analisis Data 32

3.7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 32

3.8 Kajian Rintis 32

3.9 Penutup 34

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 36

4.2.1 Taburan Nama Sekolah Responden 36

4.2.2 Taburan Jantina Responden 36

4.2.3 Taburan Umur Responden 37

4.2.4 Taburan Kelulusan Akademik Bapa/Pelajar

Responden 37

4.2.5 Taburan Pendapatan Bapa/ Penjaga

Responden 38

4.2.6 Taburan Status Tempat Tinggal Responden 39

4.2.7 Taburan Keputusan PMR Responden 40

Page 13: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

x

4.3 Analisis Data Bahagian B 42

4.3.1 Jenis- jenis personaliti di kalangan pelajar

di kawasan perindustrian dan pelajar yang

belajar di kawasan luar bandar 44

4.3.2 Perbezaan personaliti di kalangan pelajar

di kawasan perindustrian dan pelajar yang

belajar di kawasan luar bandar 44

4.3.3 Faktor latar belakang keluarga, pengaruh

Rakan sebaya, faktor persekitaran dan

Kemudahan di sekolah dapat mempengaruhi

Personaliti pelajar 46

4.4 Analisis Inferensi 49

4.4.1 Hipotesis 1.1 49

4.4.2 Hipotesis 1.2 49

4.4.3 Hipotesis 1.3 50

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan Kajian 52

5.3 Perbincangan 53

5.3.1 Perbincangan Faktor Demografi 54

5.3.2 Jenis Personaliti Pelajar 55

5.3.3 Perbezaan Personaliti Pelajar 56

5.3.4 Faktor Ibu Bapa, Rakan Sebaya, Pesekitaran

Dan Kemudahan Sekolah 57

5.4 Cadangan Kajian 58

5.4.1 Institusi Kekeluargaan 58

5.4.2 Sistem Pendidikan 59

5.4.3 Masyarakat 60

5.4.4 Kementerian 61

5.5 Cadangan Lanjutan 61

Page 14: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

xi

5.6 Rumusan 62

BIBLIOGRAFI 63

LAMPIRAN 68

Page 15: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala 5 pemeringkatan 31

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Sekolah 36

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 37

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 37

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Kelulusan Akademik Bapa/ Penjaga 38

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Pendapatan Bapa/ Penjaga 38

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Status Tempat Tinggal 39

4.7 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 40

4.8 Penentuan Tahap Dan Peratusan 41

Page 16: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

xiii

4.9 Skala Min 41

4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Dan Min

Responden bagi Keberkesanan Jenis- Jenis Personaliti

Pelajar Di Kawasan Perindustrian dan pelajar yang

belajar di kawasan Luar Bandar 43

4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Dan Min Responden

bagi Keberkesanan Perbezaan Personaliti Pelajar Di

Kawasan Perindustrian dan pelajar yang belajar di

kawasan Luar Bandar 45

4.12 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Dan Min Responden

bagi Keberkesanan Faktor Latar Belakang Keluarga,

Pengaruh Rakan Sebaya, Faktor Persekitaran dan

KemudahanDi Sekolah Dapat Mempengaruhi Personaliti

Seseorang Pelajar 47

4.13 Ujian t Personaliti Ekstrovert Keatas Pelajar Kawasan

Perindustrian Dan Pelajar Luar Bandar 49

4.14 Ujian t Personaliti Introvert Keatas Pelajar Kawasan

Perindustrian Dan Pelajar Luar Bandar 50

4.15 Ujian t Personaliti Ambivert Keatas Pelajar Kawasan

Perindustrian Dan Pelajar Luar Bandar 50

Page 17: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

xiv

SENARAI SINGKATAN

PMR - Peperiksaan Penilaian Rendah

SPSS - Statistical Package For Social Science

BIL - Bilangan

Page 18: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Surat Akuan Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian (EPRD)

C Analisis Data Kajian Rintis

D Borang Soal Selidik

Page 19: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Reformasi pendidikan sedang berlaku dengan begitu hebat di negara ini.

Reformasi pendidikan yang digerakkan di Malaysia ialah bertujuan untuk mewujudkan

kualiti pendidikan secara global yang dapat diterima oleh dunia secara keseluruhannya.

Di dalam erti kata lain ianya adalah bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan

lagi kemampuan sistem pendidikan negara didalam memenuhi aspirasi negara serta

mengharungi cabaran di abad ke 21 kelak.

Jesteru itu, pendidikan di Malaysia ini ingin bersama negara- negara yang maju

agar tidak ketinggalan untuk melangkah menuju ke era penggunaan teknologi

multimedia secara menyeluruh. Dengan adanya teknologi terkini alam pendidikan kita

hari ini diharapkan akan dapat bersaing serta dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi

pelajar- pelajar yang berilmu dan cemerlang dari segala aspek didalam kehidupan.

Dengan adanya pelbagai kemudahan teknologi yang canggih ini diharapkan ia dapat

Page 20: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

2

meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita. Ia juga bukan sahaja tertumpu

kepada sekolah di kawasan bandar malah seiring dengan sekolah- sekolah di kawasan

luar bandar dan kawasan perindustrian. Ini kerana setiap kawasan ini mempunyai pelajar

yang ramai dan sangat memerlukan keperluan dan kemudahan yang selaras dengan

sekolah- sekolah yang bergred A di kawasan bandar.

Tetapi masyarakat pada hari ini sering mengaitkan masalah sosial dengan

masalah remaja. Masalah remaja ini pula tidak lepas dari dikaitkan dengan beberapa

aspek dan faktor yang mana salah satunya ialah personaliti dan latar belakang pelajar itu

sendiri. Seperti yang tersiar di akhbar rata- rata kini mengetengahkan isu- isu sensasi

dan mengejutkan berkenaan jenayah dan sosial remaja. Kes peras ugut sehingga

melibatkan pembunuhan, kes rogol, pergaduhan dan lain- lain lagi. Masalah ini akan

terus berleluasa jika mereka tidak mempunyai kesedaran terhadap diri mereka sendiri.

Hasil daripada persoalan yang timbul, maka dari situ bermula usaha untuk

mengkaji bidang personaliti dengan lebih mendalam lagi untuk mencari penjelasan

bagaimana terbentuknya personaliti individu itu sehinggakan remaja tersebut boleh

bertindak sedemikian rupa. Personaliti adalah cara pemikiran, perwatakan, perasaan dan

tingkahlaku, Ianya satu penampilan mood, sikap dan pendapat seseorang ketika

berinteraksi dengan orang lain. Personaliti antara individu dengan individu yang lain

adalah berlainan.

Menurut Parameswary Chelliah 1999 didalam Puspa Suppiah (2007) perbezaan

individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya

sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat

dan aspek- aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.

Page 21: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

3

Terdapat pelbagai definisi mengenai personaliti yang telah di kemukakan oleh

ramai ahli falsafah yang terkenal. Begitu juga dengan ahli-ahli psikologi personaliti

yang memberikan tafsiran yang hampir sama dan juga ada yang memberi tafsiran yang

berbeza.

Misyel, 1968 memberikan maksud personaliti sebagai suatu susunan pola-pola

tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan. Pola-pola tersebut di

praktikkan dalam kehidupan seharian. Menurut Gordon Allport 1971 pula, personaliti

adalah suatu psiko fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal yang dinamik ini akan

memberi garis panduan kepada seseorang individu bagi menentukan ciri-ciri tingkah

laku yang bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal. Dan Watson 1919,

yang melihat daripada sudut teori tingkah laku atau behaviourisme menyatakan

personaliti seseorang adalah hasil daripada apa yang sudah di mulakan dan juga segala

apa yang dialami dalam hidup kita. Menurut sumber dari Blair B.M, Jones R.S &

Simpson R.H, (1991)

Daripada pendapat ketiga-tiga tokoh yang mengemukakan maksud kepelbagaian

personaliti, dapatlah disimpulkan bahawa personaliti seseorang adalah unik berbanding

personaliti individu yang lain walaupun berada di dalam lingkungan persekitaran yang

sama. Perwatakan tersebut dapat di kesan dan diperhatikan dengan jelas pada situasi

yang tertentu.Oleh itu, Sebagai seorang pelajar, personaliti mereka dapat dilihat dan

berkait rapat dengan pencapaian akademik mereka di sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam dunia yang semakin terbuka luas tanpa sebarang sempadan penjajahan

minda akibat globalisasi pada hari ini, pihak sekolah umumnya dan para pendidik

khususnya harus mengubah persepsi terhadap para pelajarnya. Sesebuah sekolah perlu

Page 22: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

4

membuat analisis terhadap institusi itu sendiri bagi mengenalpasti keupayaan atau

kekuatan yang dimiliki sebelum mengatur strategi yang lebih teperinci.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihak sekolah akan lebih jelas terhadap

kedudukan sebenar institusi sekolah masing-masing sebelum membuat perancangan

pembangunan selari dengan pelbagai cabaran yang sedia ada. Selain daripada itu, untuk

mengenalpasti setiap keperluan yang terlibat dengan institusi sekolah samada secara

langsung atau tidak, pihak sekolah juga perlu membuat analisis ke atas situasi sebenar di

sekolah. Melalui analisis yang terancang, pihak sekolah mampu mengenalpasti pelbagai

aspek yang perlu diberi keutamaan bagi tujuan penilaian, perubahan mahupun

penambahbaikan.

Pembangunan yang dimaksudkan bukan sahaja untuk pencapaian akademik

pelajar semata- mata. Ia juga termasuk pembangunan, personaliti, tingkah laku, dan

sahsiah pelajar itu sendiri. Namun kegawatan krisis pembentukan personaliti dikalangan

pelajar semakin meningkat dan berada pada tahap yang membimbangkan dan akhirnya

meruntuhkan nilai sosial masyarakat itu sendiri. Hal ini disebabkan penerimaan

pengaruh dalam pembentukan personaliti pelajar sehingga pelajar tidak dapat

menolaknya kerana pengaruh yang kuat hasil pendidikan tidak formal yang diterima

oleh mereka.

Antara kegiatan yang berunsur ganas yang kerap berlaku di sekolah adalah

seperti mencuri, bergaduh, peras ugut, malah percubaan merogol. Sekolah- sekolah di

dalam bandar terutamanya di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya mencatatkan rekod

gangsterisme yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah di kawasan luar bandar (Abd

Jalil, 2000).

Page 23: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

5

Tetapi untuk era baru pada tahun- tahun kebelakangan ini adakah situasi seperti

itu mustahil akan berlaku kepada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar ataupun

kawasan perindustrian. Terdapat banyak perubahan terhadap situasi yang lama dan yang

baru ini yang dapat kita saksikan melalui media- media massa yang sering menyiarkan

pelbagai masalah baru yang berlaku di kawasan luar bandar dan kawasan perindustrian

ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Senario kita pada masa kini, pelajar- pelajar sekolah sering berhadapan dengan

pelbagai masalah. Diantara masalah yang sering dilakukan ialah masalah gejala sosial,

ponteng sekolah, displin, dan lain- lain lagi. Fenomena ini amat membimbangkan semua

pihak. Peningkatan terhadap masalah ini telah membuktikan bahawa sebahagian besar

daripada pelajar remaja kini sedang mengalami masalah gejala sosial yang

melambangkan keruntuhan akhlak mereka. Jika sebelum ini masalah gejala sosial

tersebut sering melanda sekolah di kawasan bandar, tetapi tidak lagi sekarang. Ini kerana

masalah gejala sosial ini telah menular ke sekolah di kawasan perindustrian dan

kawasan luar bandar.

Setiap pelajar terdiri daripada personaliti yang berbeza diantara satu sama lain.

Perbezaan lain yang terdapat didalam individu ialah dari segi emosi, fizikal, moral,

tingkah laku, bakat, cara hidup dan lain- lain lagi.

Keluarga adalah orang terdekat dengan pelajar seharusnya mereka

bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing dan mengawal anak- anak mereka

daripada kecil lagi. Pengaruh rakan sebaya, suasana sekolah dan kawasan persekitaran

juga dilihat sebagai faktor perubahan personaliti sesorang pelajar tersebut.

Page 24: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

6

Masalah perkembangan diri, sosial mahupun jenayah yang berlaku dikalangan

remaja bermula daripada masalah pembentukan dan penyesuaian personaliti seseorang.

Oleh hal yang demikian, penyelidik ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan,

jenis dan ciri- ciri personaliti diantara kedua- dua kawasan iaitu luar bandar dan di

kawasan perindustrian. Selain itu, diharapkan kajian ini menjawab segala persoalan dari

fenomena yang wujud pada masa kini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :-

1. Mengenalpasti jenis personaliti di kalangan pelajar- pelajar di kawasan

perindustrian dan kawasan luar bandar

2. Mengenalpasti perbezaan personaliti pelajar diantara kawasan perindustrian

dengan kawasan luar bandar

3. Mengenalpasti faktor- faktor yang boleh mempengaruhi personaliti pelajar

diantara kawasan perindustrian dengan kawasan luar bandar

.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ditimbulkan di dalam kajian ini adalah seperti berikut :

1.5.1 Apakah jenis-jenis personaliti dikalangan pelajar di kawasan perindustrian dan

pelajar yang belajar di kawasan luar bandar

Page 25: PERBEZAAN PERSONALITI DAN PENCAPAIAN · PDF file2.2 Teori- Teori Personaliti 14 2.2.1 Teori Humanistik 14 ... perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

7

1.5.2 Adakah wujud perbezaan personaliti diantara pelajar di kawasan perindustrian

dengan pelajar yang di kawasan luar bandar?

1.5.3 Apakah faktor- faktor yang boleh mempengaruhi personaliti pelajar diantara

kawasan perindustrian dengan kawasan luar bandar

.