PERBANDINGAN TAHAP INTENSITI PENGADILAN SEMASA … fileuniversiti teknologi malaysia borang...
Transcript of PERBANDINGAN TAHAP INTENSITI PENGADILAN SEMASA … fileuniversiti teknologi malaysia borang...
PERBANDINGAN TAHAP INTENSITI PENGADILAN SEMASA PERLAWANAN
BOLA SEPAK MENGIKUT KATEGORI PENGADIL
‘JUNIOR’ DAN ‘SENIOR’
KAVIARASU A/L MUNIANDY
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP INTENSITI PENGADILAN SEMASA
PERLAWANAN BOLA SEPAK MENGIKUT KATEGORI PENGADIL
‘JUNIOR’ DAN ‘SENIOR’
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya: KAVIARASU A/L MUNIANDY_______
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ _____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia:
NO 45. JLN KELEDANG, EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI
TAMAN DAMAI JAYA 2,
85400 CHAAH,
JOHOR.
Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh: 23 APRIL 2010
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”
Tandatangan : ----------------------------------------------------------
Nama Penyelia : EN.SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI
Tarikh : 23 APRIL 2010
i
PERBANDINGAN TAHAP INTENSITI PENGADILAN SEMASA
PERLAWANAN BOLA SEPAK MENGIKUT KATEGORI PENGADIL
„JUNIOR‟ DAN „SENIOR‟
KAVIARASU A/L MUNIANDY
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2010
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : -----------------------------------------
Nama Penulis : KAVIARASU A/L MUNIANDY
Tarikh : 23 APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Buat Ayahanda dan Bonda,
Yang dikasihi MUNIANDY MANICKAM dan NAGAMMAH
VARADARAJU…mengenang perit jerihmu dalam meredah kepayahan dan
menyusun langkah serta ketabahan kalian dalam mendidikku ,akhirnya anakmu
berjaya menempuh dugaan dan cabaran bagi mengatur langkah kehidupan yang
lebih sempurna sepanjang „perjalanan‟ ini. Keringatmu itu melahirkan rasa insaf
terhadapku. Aku sungguh bertuah kerana memilikimu berdua…
Buat Kekanda-kekandaku yang dihormati,
Semangat kalian semua telah memberikan dorongan terhadapku dalam
menempuh hidup yang kian mencabar. Bersabarlah..aku akan tetap mengingati
jasa dan budi kalian semua..
Buat yang dikasihi,
Sokongan yang dirimu berikan merupakan „bara‟ yang kian
menyemarakkan semangatku..
BuatMu Ilahi,
Tiada kata yang lebih indah selain aku bersyukur kepadaMu. Aku tertunduk
syukur, limpah dan kurniaMu, menginsafi diriku, Semoga RahmatMu sentiasa
melingkari hidupku….
iv
PENGHARGAAN
“Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”.
Bersyukur saya ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah penyelia, En. Syahrul Ridhwan b. Morazuki yang telah banyak
memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan.
Saya juga berterima kasih di atas kesabaran dan kesungguhan beliau semasa
membimbing saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya dorongan dan panduan yang
beliau berikan amatlah berguna dan berharga.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada
Dr. Mohad Anizu B. Hj Mohd Nor selaku penasihat akademik . Tidak lupa para
subjek yang terlibat di dalam kajian ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sudi memberi bantuan dan pandangan. Akhir sekali saya
abadikan ucapan penghargaan ini khas buat keluarga yang di sayangi yang sentiasa
memberi sokongan dan dorongan serta insan yang sentiasa di sisi. Hanya Tuhan
yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian.
Kaviarasu Muniandy
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membandingkan tahap intensiti pengadilan
semasa perlawanan bola sepak di antara Pengadil Junior (P-jr) dan Pengadil Senior
(P-sr). Setiap kategori pengadil terdiri daripada Pengadil Tengah (PT), Pembantu
Pengadil I (PP1) dan Pembantu Pengadil II (PP2). Seramai enam orang pengadil
yang berkelayakan Kelas III FAM terlibat di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan
2 fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I) dan Perlawanan Simulasi (Fasa II).
Pada Fasa I, subjek-subjek dikehendaki berlari di atas treadmill sehingga mencapai
tahap keletihan maksimum untuk mendapatkan kadar nadi maksimum (HRmax). Pada
Fasa II, subjek-subjek dikehendaki mengadili dua perlawanan simulasi yang masing-
masing berlangsung selama 60 minit (30 minit bagi setiap separuh masa). Dapatan
Ujian Makmal mencatatkan min HRmax bagi PT-jr ialah 188 dpm, manakala PP1-jr
dan PP2-jr masing-masing mencatatkan 187 dpm dan 198 dpm. Bagi Pengadil
Senior pula, HRmax PT-sr, PP1-sr dan PP2-sr masing-masing direkodkan 162 dpm,
183 dpm dan 173 dpm. Hasil Analisis Perlawanan Simulasi, PT-jr mencatatkan
intensiti perlawanan sebanyak 84.3%, manakala PT-sr pula mencatatkan intensiti
perlawanan sebanyak 78.6%. Bagi Pembantu Pengadil pula PP-sr dan PP-jr masing-
masing mencatatkan intensiti perlawanan sebanyak 60.6% dan 64.8%. Hasil analisis
ujian-t tidak bersandar mendapati terdapat perbezaan intensiti pengadilan yang
signifikan berdasarkan perubahan tindak balas kadar nadi di antara PT-sr dan PT-jr
(P<0.05). Keputusan yang sama diperolehi bagi pembantu pengadil. Kesimpulannya,
kajian ini mendapati terdapat perbezaan intensiti pengadilan yang signifikan
berdasarkan perubahan tindak balas kadar nadi di antara Kategori Pengadil Senior
(P-sr) dan Kategori Pengadil Junior (P-jr).
vi
ABSTRACT
This study has been carried out to compare the refereeing intensity during
football match between the Junior Referee (P-jr) and Senior Referee (P-sr). Each of
referee category consisted of Center Referee (PT), Assistant Referee I (PP1) and
Assistant Referee II (PP2). Six referees who are qualified for Class III FAM
involved in this study. This study consisted of two phase; Laboratory Test (Phase I)
and Simulation Match (Phase II). In Phase I, subjects were asked to run on the
treadmill until they reach their maximum fatigue in order to determine their
maximum heart rate (HRmax). In Phase II, subjects refereed two simulated matches
which each match being played for 60 minutes (30 minutes for each half)
respectively. Results of the Laboratory Test found that the mean of maximum HRmax
for PT-jr was 188 dpm, whereas PP1-jr and PP2-jr recorded 187 dpm and 198 dpm
respectively. On the other hand, PT-sr, PP1-sr and PP2-sr recorded 162 dpm, 183
dpm and 173 dpm respectively. Simulated match analysis has revealed the intensity
of PT-jr at 84.3% whereas PT-sr at 78.6%. Futhermore, the intensity for the assistant
referee was found at 60.6% for PP-sr and 64.8% for PP-jr. The analysis of the
independent t-test found significant differences in refereeing intensity based on heart
rate response between the PT-sr and PT-J (P <0.05). The same result was found for
the assistant referee. In conclusion, this study found significant differences in
refereeing intensity based on heart rate response between the Senior Referee (P-sr)
and Junior Referee (P-jr).
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Definisi Operational 8
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Intensiti 10
2.3 Tindak balas Kadar Nadi 10
2.4 Kadar Pengambilan Oksigen Maksimum (VO2max) 14
2.5 Sistem Kardiovaskular 18
2.6 Kesimpulan 20
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 21
3.3 Subjek Kajian 22
3.4 Lokasi Kajian 22
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Prosedur Kajian 24
3.6.1 Fasa I : (Ujian Makmal) 24
3.6.2 Fasa II: (Perlawanan Simulasi) 25
3.6.3 Rumusan pelaksanaan 25
3.6.4 Prosedur Penggunaan Polar Heart
Rate Monitor 27
ix
3.6.5 Protokol Penggunaan Polar Heart
Rate Monitor 28
3.7 Penganalisaan Data 28
4 ANALISIS DATA
4.1 Ujian Makmal 29
4.1.1 Ciri-ciri Fizikal Subjek 29
4.1.2 Kadar Nadi Maksimum 30
4.2 Perlawanan Simulasi 32
4.2.1 Tindak Balas Kadar Nadi 32
4.3 Analisis Inferensi 37
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 41
5.2 Tindak balas Kadar Nadi Semasa Perlawanan 42
5.3 Perbandingan Intensiti 44
5.4 Kesimpulan 44
5.5 Cadangan 45
RUJUKAN 46
LAMPIRAN 49
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Ujian senaman maksimum berperingkat
(Protokol Bruce) 24
4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat
dan ketinggian,(N=6) 30
4.2 Bacaan kadar nadi maksimum mengikut posisi
pengadil 31
4.3 Purata tindak balas kadar nadi perlawanan simulasi
pertama dan kedua bagi kumpulan pengadil senior
dan kumpulan pengadil junior 33
4.4 Intensiti perlawanan berdasarkan tindak balas kadar
nadi mengikut posisi di dalam bentuk peratusan 35
4.5 Perbandingan purata tindak balas kadar nadi diantara
Pengadil Senior (PT-sr) dan Pengadil Junior (PT-jr) bagi
separuh masa pertama, separuh masa kedua dan 60 minit 37
4.6 Perbandingan purata tindak balas kadar nadi
diantara Pembantu Pengadil Senior (PP-sr) dan
Pembantu Pengadil Junior (PP-jr) bagi separuh
masa pertama, separuh masa kedua dan 60 minit. (n =2) 38
4.7 Perbandingan purata tindak balas kadar nadi diantara
separuh masa pertama dan separuh masa kedua mengikut
posisi pengadil 39
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta alir rekabentuk kajian 26
4.1 Perbandingan kadar nadi maksimum mengikut
posisi individu 31
4.2 Purata kadar nadi perlawanan pertama dan kedua
bagi PT-sr dan PT-jr 34
4.3 Purata kadar nadi perlawanan pertama dan kedua
bagi PP-sr dan PP-jr 34
4.4 Perbandingan intensiti perlawanan mengikut
posisi individu 36
xii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat lampiran subjek 49
B Surat perjanjian subjek 50
C Borang maklumat peribadi subjek 51
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sejarah awal permainan bola sepak diketahui melalui pelbagai sumber yang
berbeza. Sumber telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah
bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah
permainan bola menggunakan tangan. Sejarah permainan bola menggunakan kaki
bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan
Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat
daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan ÂTsu ChuÊ. Selain
itu sumber juga telah menunjukkan permainan Greek mempunyai persamaan dengan
permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan adalah dimulai dengan dua pasukan,
menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan
ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi
sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.
Bola sepak merupakan sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan
digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika
Syarikat untuk membezakannya dengan permainan football yang lain di sana. Selain
itu permainan bola sepak yang dimainkan dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-
sekolah di United Kingdom, maka undang-undang dan peraturan awal telah
diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemain-pemain
2
memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak
England telah ditubuhkan beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-
undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang –
undang bola sepak yang diguna pakai sehingga kini.
Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah
ditubuhkan di Paris pada Mei 21, 1904 dan presiden pertamanya adalah Robert Guérin.
Keahlian FIFA berkembang ke luar Eropah, dengan FIFA ini telah menerima pasukan
bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun
1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan
pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang
Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan
kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928.
Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi.
Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk
mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres
pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah
yang pertama pada 1 Mei 1929
Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia
dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan
Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul juara selepas menewaskan Argentina di
dalam perlawanan akhir. Piala Dunia terhenti seketika apabila tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Selepas itu, FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara
berselang-seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal
selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa
Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik
sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah
keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.
3
Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan
sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai
Pilihan Kenangan Dunia Lalu.
Di Malaysia, Bolasepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar
ke Malaya ketika penjajahan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian
ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor,
Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Pada 1926, asas penubuhan
Persatuan Bolasepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan
induk pada 1933. Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bolasepak
Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bolasepak Asia (AFC).
Selepas itu permainan bola sepak semakin popular dan sukan ini diberi lebih
perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak FAM di
Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan
permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Apabila
semakin berkembang, perlawanan bola sepak diperbanyakan dengan FAM
mengendalikan Liga Malayasia, Piala FA dan sebagainya.
Perlawanan bola sepak tidak lengkap sekiranya berlangsung tanpa penglibatan
beberapa orang pengadil perlawanan. Ia melibatkan seramai 4 orang pengadil; seorang
pengadil di dalam kawasan permainan, 2 orang pembantu pengadil atau pun penjaga
garisan dan seorang pengadil di luar padang yang dikenali sebagai pengadil keempat.
Pengadil yang akan mengadili sesuatu perlawanan simulasi wajib mempunyai
kelayakan menjadi pengadil. Had umur maksimum bagi pengadil professional adalah
45 tahun.
4
Tugas utama pengadil adalah mengawal dan membuat keputusan di sepanjang
perlawanan berlangsung. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pemerhatian dan
pendapatnya berdasarkan undang-undang permainan yang ditetapkan. Terdapat banyak
situasi di dalam permainan, pengadil membuat keputusan yang tidak semestinya sejajar
dengan Undang-undang. Kebolehan membuat interpretasi adalah aset utama dalam
kuasa pengadil. Kefahaman yang mendalam terhadap Undang-undang itu tidak
mencukupi untuk menghasilkan seorang pengadil yang baik dan mempunyai kebolehan
membuat keputusan dengan tepat.
Selain itu, pengadil sentiasa perlu mengikuti rentak permainan (keep up with
play), sentiasa cergas sebaik mungkin cuba mengekalkan penglihatan sisi untuk
sentiasa melihat permainan, dan pelajari undang-undang secara keseluruhan (inside-
out). Ini membolehkan pengadil berasa yakin dengan keputusannya iaitu tidak sering
menukar keputusan bola disergah oleh pemain atau dikritik. Pemain akan menghormati
keputusan yang tegas berbanding keputusan yang lemah, tidak tegas dan tidak
konsisten.
Bagi membolehkan pengadil membuat keputusan yang betul, pengetahuan
yang menyeluruh tentang undang-undang adalah penting. Adalah tidak adil kepada
pemain jika pengadil membuat keputusan yang tidak tepat kerana kekurangan
pengetahuan mengenai undang-undang permainan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sukan bola sepak merupakan sukan yang melibatkan banyak pergerakan
seperti pecutan dekat, perubahan arah yang pantas dan sentuhan fizikal yang
adakalanya agak keras. Corak permainan tersebut secara umumnya berlaku di
sepanjang perlawanan bola sepak. Dari perspektif pengadilan, pengadil juga perlu
bergerak ke segenap sudut padang mengikut arah pergerakan permainan. Situasi ini
5
secara langsung menyumbang kepada tahap kerja atau intensiti yang dilalui oleh
pengadil tersebut.
Di samping itu, faktor usia pengadil mungkin mempengaruhi tahap intensiti
pengadil ketika mengadili perlawanan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk
membandingkan tahap intensiti pengadil berumur bawah 30 tahun dan pengadil
berumur atas 30 tahun serta pengadil tengah dan pembantu pengadil semasa mengadili
sesuatu perlawanan simulasi.
1.3 Penyataan Masalah
Faktor usia mungkin mempengaruhi intensiti pengadil bagi setiap perlawanan
yang diadili. Faktor lain yang mungkin turut mempengaruhi intensiti tersebut ialah
corak permainan kedua-dua pasukan yang bermain. Justera itu, kajian ini dijalankan
untuk membandingkan intensiti pengadil berumur bawah 30 tahun dan pengadil
berumur atas 30 tahun bagi setiap perlawanan.
1.4 Objektif Kajian
Bagi program pemantauan intensiti ini, beberapa objektif telah digariskan untuk
menjalankan kajian ini iaitu:
1.4.1 Membandingkan tahap intensiti Pengadil Senior dan Pengadil Junior bagi
setiap perlawanan simulasi berdasarkan perubahan kadar nadi.
6
1.4.2 Membandingkan tahap intensiti Pembantu Pengadil Senior dan Pembantu
Pengadil Junior bagi setiap perlawanan simulasi berdasarkan perubahan kadar
nadi.
1.5 Hipotesis Kajian
Ho1: Tidak terdapat perbezaan intensiti pengadilan yang signifikan berdasarkan
perubahan tindakbalas kadar nadi semasa perlawanan simulasi dikalangan
pengadil tengah bola sepak mengikut kategori pengadil ‘junior dan ‘senior’.
Ha1: Terdapat perbezaan intensiti pengadilan yang signifikan berdasarkan perubahan
tindakbalas kadar nadi semasa perlawanan simulasi dikalangan pengadil tengah
bola sepak mengikut kategori pengadil ‘junior dan ‘senior’.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan intensiti pengadilan yang signifikan berdasarkan
perubahan tindakbalas kadar nadi semasa perlawanan simulasi dikalangan
pembantu pengadil bola sepak mengikut kategori pembantu pengadil ‘junior
dan ‘senior’.
Ha2: Terdapat perbezaan intensiti pengadilan yang signifikan berdasarkan
perubahan tindakbalas kadar nadi semasa perlawanan simulasi pembantu
pengadil bola sepak mengikut kategori pembantu pengadil ‘junior dan ‘senior’.