Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

12
7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4 http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 1/12  PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA (MSPM) KALI KE XIV & SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

description

peraturan pertandingan permainan bola jaring, pdp, sukan dan permainan, sekolah

Transcript of Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

Page 1: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 1/12

 

PERATURAN PERTANDINGAN

PERMAINAN BOLA JARING

JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA (MSPM) KALI KE XIV &SEMINAR PEMBANGUNAN SUKAN POLITEKNIK 2011

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Page 2: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 2/12

PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING( WANITA )

1. PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini

akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan

Bola Jaring Anfarabangsa (IFNA) yang terkini.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya,

Undang undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di Iuar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan

akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada Peraturan

Am Kejohanan Sukan dan Karnival Sukan Majlis Sukan

Politeknik MSPM.

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan

kepada Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring

Antarabangsa (IFNA).

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan

Teknik MSPM dan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

2. PENYERTAAN

2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan dari semua politeknik KPTM.

Pengesahan penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa

Pengelola melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan dan

disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik.

Page 3: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 3/12

  2.2 Setiap politeknik hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan wanita (pelajar)

dan satu (1) pasukan wanita (staff) yang terdiri daripada :-

Jawatan Bilangan Wanita(pelajar)

Pengurus Pasukan  1 orang 

Jurulatih  1 orang 

Peserta  10 orang 

Jumlah 12 orang

Jawatan Bilangan Wanita(staff)

Peserta & pengurus  10 orang 

Jumlah 10 orang

2.3 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan 1 salinan photostat kad

pengenalan dan 1 salinan kad matrik/pelajar/staff untuk disertakan bersama

borang pendaftaran pemain semasa kejohanan.

2.4 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan kad matrik/pelajar/ staff  asal

kepada urusetia pertandingan untuk tujuan semakan dan pengesahan

status pemain/atlet pada perlawanan pertama sahaja bagi setiap pasukan.

Semakan seterusnya akan dilakukan sekiranya ada permintaan.

2.5 Mana-mana pemain yang gagal mematuhi Peraturan Am Kejohanan

Sukan atau Karnival Sukan MSPM di perkara 4.3 dan 4.4 tidak akan

dibenarkan menyertai karnival sukan atau kejohanan tersebut.

3. KELAYAKAN PEMAIN

3.1 Hanya pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan pelajar semester akhir

yang masih belum menerima slip keputusan peperiksaan akhir layak

mendaftar.

Page 4: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 4/12

  3.2 Hanya kakitangan Politeknik yang sedang dan masih berkhidmat di Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi layak mendaftar.

4. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

4.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum

kejohanan / pertandingan bermula ataupun sebelum perlawanan pertama

dijalankan

4.2 Senarai nama pemain yang diserahkan semasa Taklimat Pengurus

Pasukan merupakan senarai terkini dan muktamad untuk sepanjang

kejohanan / pertandingan.

4.3 Semua pengurus pasukan atau wakilnya diwajibkan hadir pada sesi

taklimat ini.

4.4 Segala peraturan dan arahan tambahan yang diberikan dalam sesi

taklimat ini hendaklah digunapakai dan dipatuhi sepanjang kejohanan.

4.5 Ketidakhadiran Pengurus Pasukan pada sesi taklimat ini tidak boleh

dijadikan alasan / kesempatan untuk mengubah ketetapan yang telah

diambil atau mengganggu-gugat kelancaran pelaksanaan kejohanan /

pertandingan ini.

Page 5: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 5/12

5. TEMPOH PERLAWANAN

Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

Masa

Perkara Pelajar Staf

Bahagian Pertama  15 minit  7 minit 

Rehat  5 minit  1 minit 

Bahagian Kedua  15 minit  7minit 

Jumlah 35 minit 15 minit

6. PAKAIAN

6.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu corak, bentuk danwarna yang sama.

6.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna

yang ketinggian hurufnya adalah di antara 4 hingga 6 inci.

6.3 Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama namanya dalam

 jadual dikehendaki menukar bib.

6.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti

berkuku pendek.

6.5 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak

berpaku sebaliknya memakai kasut yang bersesuaian dengan padang simen(outdoor).

7. MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah

seperti berikut :

Menang - 3 Mata Seri - 1 Mata Kalah - 0 Mata

Page 6: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 6/12

  7.2 Keputusan Seri

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama

pemenang akan ditentukan seperti berikut:

7.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan

mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata

gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol

dibahagi dengan jumlah gol yang kena).

7.2.2. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai

(iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena).

7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol

terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang.

7.2.4 Jika kedudukan masih sama, keputusan akan ditentukan secara lambung

duit. Jika lebih daripada dua pasukan terlibat, maka keputusan akan

ditentukan dengan cabutan undi.

7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir,

separuh akhir dan akhir

7.3.1 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit diakhir masa

sepenuh perlawanan.

7.3.2. Masa tambahan selama dua (2) x lima (5) minit setiap bahagian

akan dimainkan.

7.3.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula

oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya.

7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

7.3.5 Hantaran tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada

hantaran tengah berikutnya.

7.3.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan

diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (1) kelebihan gol.

Page 7: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 7/12

8. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan cara liga dan kalah mati seperti berikut:

8.1 Enam Kumpulan

8.1.1 Pusingan Awal

Sekiranya tujuh belas hingga dua puluh tiga pasukan mengambil

bahagian hendaklah dibahagikan kepada enam kumpulan A, B, C,

D, E dan F. Format pertandingan dijalankan secara liga satu

pusingan.

8.1.2 Pusingan Kedua (Rujuk Jadual di bawah)8.1.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.

8.1.2.2 Empat pasukan Johan Kumpulan akan diundi pada kedudukan 9,

10,11 dan 12. Manakala dua pasukan Johan Kumpulan akan diundi

pada kedudukan 1 dan 5.

8.1.2.3 Enam pasukan Naib Johan Kumpulan akan diundi pada kedudukan

2, 3, 4, 6, 7 dan 8. Kaedah undian ialah jika pasukan Johan

Kumpulan telah diundi pada kedudukan 1, 9 dan 10, maka pasukan

Naib Johan Kumpulannya akan diundi pada kedudukan 6, 7 dan 8.

Begitu juga jika pasukan yang Johan Kumpulan telah diundi pada

kedudukan 5,11 dan 12, maka pasukan Naib Johan Kumpulannya

akan diundi pada kedudukan 2, 3 dan 4.

Page 8: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 8/12

  Jadual Enam Kumpulan :

9. PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian dan setiap pemain

Yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula.

9.2 Kecederaan dan kesakitan

Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskanpermainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat.

Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya

atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang

terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke

gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.

9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula

selepas waktu rehat separuh masa.

9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas

waktu rehat separuh masa.

Page 9: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 9/12

 

10. KELEWATAN

10.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit

sebelum perlawanan dimulakan.

10.2 Pasukan yang lewat sepuluh (10) minit dari masa yang telah

dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi

kemenangan percuma kepada pihak lawannya yang berada di gelanggang

dengan jaringan 10 - 0.

11. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri

atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, pasukan tersebut

dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan itu tidak

akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Semua

keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan

mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang

terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

12. JURI RAYUAN

 Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang(maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang berkecuali.

12.1 Ahli Juri Rayuan ( minimum) terdiri daripada:

12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSPM atau wakilnya sebagai

Pengerusi.

Page 10: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 10/12

  12.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSPM atau

wakilnya

12.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM

12.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali

13. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN/KARNIVAL

13.1 Lembaga ini terdiri daripada:

13.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai Pengerusi.

13.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai

Setiausaha.

13.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM.

13.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang

berkecuali.

13.2 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk:

Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi

semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut:

13.2.1 memberi amaran atau

13.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau

13.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau

13.2.4 Menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada

keseluruhan kejohanan/karnival.

14. BANTAHAN

Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah

diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya dalam tempoh 30

minit selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM 200.00. Wang pertaruhan

akan dikembalikan jika bantahan tersebut diterima. Segala keputusan juri rayuan

Page 11: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 11/12

  adalah muktamad.

15. PEMATUHAN PERATURAN

Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan

dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian

berkaitan peraturan am MSPM maka hanya peraturan am terkini sahaja akan

digunapakai.

16. PENANGGUHAN PERLAWANAN

16.1 Sekiranya terdapat masalah pada gelanggang yang digunakansehingga

tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan, maka pengadil dengan

persetujuan Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM atau

Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPSM Kali ke XIV dan Seminar

Pembagunan Sukan Politeknik 2011 berhak menangguhkan perlawanan.

16.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

16.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka

perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.

16.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain,maka

perlawanan hendaklah dimainkan semula.

16.2.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh

atau mengubah sesuatu jadual,tempat atau masa pertandingan

dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta

merta.

16.2.4 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSPM atau

Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan MPSM Kali ke XIV dan

Seminar Pembagunan Sukan Politeknik 2011 menetapkan semula

perlawanan yang tertangguh itu.

Page 12: Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

7/21/2019 Peraturan Pertandingan Permainan Bola Jaring4

http://slidepdf.com/reader/full/peraturan-pertandingan-permainan-bola-jaring4 12/12

 17. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan

Barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam

kawasan kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan,

kecederaan dan kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau

bagaimanapun beberapa persediaan dan langkah keselamatan hendaklah

disediakan bagi mengelak kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan

berlangsung.

18. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN

PERTANDINGAN.

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan

Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola

kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh:Pengerusi Teknik Dan Pertandingan Bola JaringJawatankuasa Teknik Dan PertandinganMAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA 

Dan

Jawatankuasa Teknik dan PertandinganKarnival Sukan MPSM Kali ke XIV danSeminar Pembangunan Sukan Politeknik 2011Politeknik Sultan Azlan Shah