PERATURAN PERTANDINGAN GULI
-
Upload
wawan-popit -
Category
Documents
-
view
262 -
download
3
description
Transcript of PERATURAN PERTANDINGAN GULI
PERATURAN PERTANDINGAN GULI
1. AM
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Guli Karnival Permainan Tradisional.
2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Semester 5) Ipg Kampus Darulaman dan dikelolakan oleh pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (Semester 5) Matematik/Pendidikan Jasmani/Bahasa
Melayu.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Semester 1 dan Semester 3 Ipg Kampus Darulaman.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain seramai empat (4) orang pemain
yang terdiri daripada dua (2) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan
menggunakan borang yang disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERLAWANAN
4.1 Tarikh pertandingan dijadualkan pada 16 Mac 2013 bertempat di Padang
Petanque (belakang dewan besar pada jam 8.00 pagi - 12.00 tengah hari.
5. SISTEM DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan secara berjadual setelah undian dibuat.
5.2 Pemain-pemain dibenarkan merancang strategi seminit (1 minit) sebelum
pertandingan bermula.
5.3 Syarat-syarat dan undang-undang permainan adalah seperti yang disediakan
oleh penganjur kejohanan.
6. PERATURAN PERTANDINGAN
6.1 Lapan (8) orang pemain yang terdiri daripada dua (2) kumpulan akan bermain
dalam satu gelanggang.
6.2 Untuk memulakan permainan setiap, pemain hendaklah meleretkan biji guli ke
garisan induk yang disediakan.
6.3 Guli yang dileret ke garisan pemulaan atau yang terhampir adalah dikira sebagai
pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir
dan seterusnya.
6.4 Pemain pertama akan menjentik/meleret/menuju gulinya kepada semua guli
yang berada di dalam kawasan bulatan induk agar terkeluar.
6.5 Sekiranya jentikan/leretan/tujuan tidak mengena, ia dikira mati dan pemain
kedua akan membuat jentikan/leretan/tujuan kepada guli-guli yang ada, begitulah
seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan/leretan/tujuan ke atas
guli pemain lainnya.
6.6 Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah
menjentik/meleret/menuju guli miliknya melalui bulatan induk terlebih dahulu.
6.7 Pemain akan memastikan jentikan/leretan/tujuan guli miliknya sentiasa berada
berhampiran dengan bulatan induk setiap kali dilakukan. Ini memudahkan mereka
mengawal permainan.
6.8 Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil
alih giliran dikehendaki menjentik/meleret/menuju guli miliknya ke dalam bulatan
induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan bertujuan mematikan pihak
lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam bulatan induk, giliran untuk pemain lain
diberikan.
6.9 Pemain perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan
mematikan guli pihak lawan. Lesen tersebut ialah pemain perlu mengeluarkan
sekurang-kurangnya empat (4) biji guli daripada bulatan induk.
7. KESALAHAN
7.1 Tangan dilarang sama sekali masuk ke dalam bulatan ketika
menjentik/meleret/menuju guli yang berada di dalam bulatan induk.
7.2 Masa yang diambil untuk menjentik/meleret/menuju guli tidak boleh melebihi 5
saat.
8. PENENTUAN PEMENANG
8.1 Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan/leretan/tujuan yang dibuat
untuk mengeluarkan guli daripada bulatan induk serta bilangan guli pihak lawan
yang berjaya dimatikan dalam tempoh masa permainan yang ditetapkan.