PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI...
-
Upload
saibiesaiba -
Category
Documents
-
view
47 -
download
0
description
Transcript of PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI...
1.1 PENGENALAN
Di era kemodenan dan globalisasi kini, negara Malaysia sedang menuju kearah
kegemilangan dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi dan ditambah lagi
dengan misi Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu salah satu dasar
untuk mencapai status negara moden. Kemajuan Malaysia kini dapat dibuktikan
melalui rekod-rekod pencapaian pembangunan politik dan ekonomi yang
konsisten dan stabil. Bagi mengkecapi kemajuan itu terdapat berbagai peristiwa
yang pernah berlaku seperti peristiwa 13 mei 1969 iaitu berlakunya rusuhan
kaum antara orang Melayu, Cina dan India. Walau bagaimanapun, Malaysia
bangkit menjadi sebuah negara yang dihormati dalam forum peringkat
antarabangsa kerana pendirian teguh dalam menyuarakan pendirian berprinsip
di dalam percaturan politik dunia yang jelas dikuasai Negara-negara barat.Yang
menjadi asas kepada kejayaaan ini, orang yang bertanggungjawab tidak lain
tidak bukan ialah Tun Abdul Razak.
Persaraan Tunku Abdul Rahman dalam dunia politik pada tahun 1969 telah
digantikan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Abdul Razak. Semasa
pengambilalihan kuasa, keadaan politik di Malaysia masih lagi berada dalam
keadaan tidak stabil akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah iaitu
kejadian 13 Mei 1969 dan keadaan ekonomi juga turut mempengaruhinya.
Namun, selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, beliau telah bertindak bijak
dengan memperkenalkan pelbagai dasar bagi mengelakkan kejadian 13 Mei
1969 berulang kembali. Dasar-dasar yang diperkenalkan termasuklah dari aspek
politik, ekonomi mahupun sosial. Oleh itu, dalam penulisan ini kami akan
membincangkan dengan lebih lanjut mengenai peranan yang dilakukan oleh Tun
Abdul Razak semasa pemerintahannya dalam mewujudkan kestabilan bukan
sahaja dari segi politik, malah dari segi ekonomi.
2.1 LATAR BELAKANG TUN ABDUL RAZAK
Pada tahun 1922 Tun Abdul Razak Dato Hussein telah dilahirkan pada 1 Mac
1992 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada
Dato’ Hussein bin Mohd Taib dan Hajah The Fatimah binti Daud. Bapa beliau
merupakan seorang aristokrat yang berjaya dan terkenal di Pahang pada era
pemerintahan British. Walaupun dilahirkan dalam sebuah keluarga aristokrat,
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 1
namun beliau dididik dalam susana kampung yang akhirnya membentuk peribadi
yang mempunyai keinginan untuk mengubah kehidupan terutamanya dalam
kalangan masyarakat melayu di luar bandar.1 Pendidikan agama yang diterapkan
dalam diri beliau telah membentuk dirinya menjadi seorang pemimpin yang jujur,
ikhlas dalam segala perbuatan dan kata-kata. Beliau dikatakan berketurunan
Bugis di mana moyangnya dibuang negeri pada kurun ke-18 dan berhijrah ke
Bandar Diraja Pekan dan akhirnya menjadi seorang pemimpin yang adil di
tempat itu.2
Tun Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Langar, Pekan,
Pahang pada tahun 1928 sejak di sekolah Rendah lagi Tun telah menunjukkan
kepintaraan dan kecermelangannya dalam bidang pelajaran dan sukan.
Seterusnya pada tahun 1934 beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Kolej
Melayu Kuala Kangsar kemudian beliau dianugerahkan biasiswa bagi
melanjutkan pelajaran ke Raffles College di Singgapura pada tahun 1940.
Kemudian pada tahun 1947, beliau sekali lagi telah mendapat biasiswa bagi
melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, England
dan beliau dipanggil ke Bar setelah lulus dalam peperiksaan akhir pada tahun
1950.3 Beliau semakin aktif dalam persatuan. Kecemerlangannya dibuktikan lagi
apabila beliau telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang undang-
undang di Lincoln’s Inn, London dalam tempoh 18 bulan sahaja.4
Pada tahun 1950 juga beliau telah dipilih menjadi sebagai Ketua Pemuda
UMNO dan telah menjadi salah seorang Naib Presiden. Pada tahun yang sama,
beliau telah dilantik sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar (O.K.I.S)
menggantikan ayahandanya. Setahun selepas itu, beliau Berjaya dipilih menjadi
sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dalam masa yang sama beliau dipilih
menjadi Pengerusi Tetap Pergerakkan Pemuda UMNO. Tahun yang sama juga itu
1951 beliau dilanti secara tidak rasmi sebagai Ahli Lembaga Persekutuan. 1 William Shaw, Tun Abdul Razak: His Life and Times, Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd, 1976, hlm. 8.
2 Ibid., hlm. 9.
3 Paridah Abd Samad. Tun Abdul Razak A Phenomenon in Malaysia Politic. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negeri
Malaysia. 1998. hlm. 2.
4 Shariff Ahmad. Tun Razak: Prince of Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2001, hlm. 23.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 2
Manakala, pada tahun 1952, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang dan beliau menang dalam pilihanraya umum pertama di kawasan
Semantan pada tahun 1955 dan pada tahun yang sama beliau dilantik sebagai
Menteri Pelajaran. Tahun seterusnya Tun menjadi ahli dalam rombongan misi
kemerdekaan ke Landon pada bulan jaunuari. pada tahun 1957 beliau menjadi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada bulan September selang
dua tahun selepas itu, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar sebagai
tambahan portfolio yang sedia ada.
Pada tahun 1967 beliau memegang lagi satu portfolio iaitu Menteri
Keselamatan Dalam Negeri (kemudiannya dinamakan Menteri Dalam Negeri)
seterusnya beliau menjadi Perdana Menteri sehingga digelarkan sebagai bapa
Pembangunan selaras dengan dasar-dasar yang di lakukannya pada tahun yang
sama juga Tun memegang jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1969.
Empat tahun selepas itu beliau memegang jawatan segabai Pengerusi Barisan
Nasional dan pada tahun 1976 beliau telah menghebuskan nafas yang terakhir di
London pada bulan Januari akibat penyakit Luekimia yang dihidapinya maka
berakhirnya jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.5
3.1 PERANAN TUN ABDUL RAZAK DALAM KESTABILAN POLITIK
Tun Abdul Razak telah menyambung dasar politik Tunku Abdul Rahman dengan
mengutamakan keamanan dan keutuhan negara. Beliau merupakan seorang
pemimpin yang lebih cenderung membuat teguran secara tidak langsung dan
bukannya secara berhadapan. Semasa pemerintahan Tun Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri, keadaan politik negara baru pulih daripada rusuhan kaum
1969. Tragedi 13 Mei telah menyebabkan Perlembangaan Persekutuan
dibubarkan dan Malaysia telah diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
untuk mengawal ketegangan selama 18 bulan. Akibat daripada rusuhan kaum ini,
Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan sebagai pemimpin UMNO dan
seterusnya sebagai Perdana Menteri pada 1970.
Tampuk pemerintahan Tunku Abdul Rahman telah diambil alih oleh Tun
Abdul Razak. Secara rasminya, Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Pada
5 Paridah Abd Samad, Op. cit, Hlm 5.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 3
22 September 1970.6 Dalam pemerintahan Tun Abdul Razak, peranan
kepimpinan beliau yang telah mewujudkan kestabilan politik harus diteliti. Hal ini
disebabkan sifat Tun Abdul Razak itu sendiri sehingga beliau mampu
mewujudkan kestabilan politik tersebut melalui dasar dalam dan luar negeri yang
dilaksanakan semasa pemerintahannya.
3.1.1 MAJLIS MUHIBAH NEGARA (MMN)
Majlis Muhibah Negara ditubuhkan pada tanggal 18 Julai 1968. Majlis ini
ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Perlu (Majlis-majlis
Muhibbah) 1969. MMN dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman Putra. Pembentukan Majlis ini adalah ekoran dari Peristiwa 13hb Mei,
1969 yang berlaku sehingga menyebabkan huru-hara kepada negara.
Majlis ini mengandungi empat buah jawatankuasa yang di tubuhkan.
Pertama ialah Jawatankuasa Muhibbah Peringkat Kebangsaan. Kedua,
Jawatankuasa Muhibbah Peringkat Negeri. Ketiga, Jawatankuasa Muhibbah
Peringkat Daerah, Bahagian dan Residensi. Keempat, Jawatankuasa Muhibbah
Peringkat Kawasan.
Majlis Muhibah Negara mempunyai peranannya antaranya menggalakkan
perkembangan perasaan muhibah di antara masyarakat berbilang kaum di
Malaysia dan berusaha memulihkan, memupuk dan mengekalkan perasaan
pereaya mempercayai di kalangan kaum. Keduanya, tugas MMN ialah mengkaji
masalah-masalah sosial dan kebajikan awam dan bekerjasama dengan pihak-
pihak berkuasa atau Jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan untuk
menghapuskan kesulitan kesulitan dan salah faham.
Ketiga, tugas MMN ialah membantu dalam penyusunan kerja-kerja sukarela
dalam lapangan sosial dan kebaikan di semua peringkat, dan membantu
pertubuhan-pertubuhan yang sedia ada untuk tujuan yang sama apabila
diperlukan oleh pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Seterusnya, tugas MMN
ialah membantu kerajaan apabila diperlukan oleh kerajaan, agensi atau Jabatan-
jabatan Kerajaan; menyelaras tugas-tugas Jawatankuasa-jawatankuasa Muhibbah
supaya ianya lebih berkesan dan objektif-objektifnya dapat dilaksanakan melalui 6 Jamaie Haji Hamil, Kepimpinan Politik: Pola Kepimpinan Politik UMNO, Akademika 62
(Januari), 2003, hlm. 25.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 4
peraturan-peraturan mengikut arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Perdana
Menteri.
3.1.2 JABATAN PERPADUAN NASIONAL (JPN)
Majlis Gerakan Negara telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada tahun
1970. Jabatan Perpaduan Negara di ketuai oleh Tan Sri Mohd Ghazali Shafie.
Fungsi utama JPN ialah membantu kerajaan dalam menggerakkan dan
membimbing rakyat kearah mencapai perpaduan Negara. Jabatan Pembangunan
Negara juga berfungsi mendraf Rukun Negara. Rukun Negara di wujudkan
bertujuan untuk memulihkan keamanan, memupuk keharmonian dan muhibah
antara kaum. Selain itu, Rukun Negara ini bertujuan mengembalikan kesetiaan
rakyat kepada Negara dan kepercayaan kepada kerajaan. Prinsip-prinsip yang
terdapat dalam Rukun Negara bertujuan unutk menjadi kunci pendamaian antara
kaum dan bertujuan mencapai kemajuan bangsa dan Negara.
3.1.3`PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Universiti Kebangsaan Malaysia di tubuhkan pada tahun 1970. UKM di tubuhkan
atas sebab untuk menyediakan peluang kepada calon-calon yang mempunyai
masalah untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di sebabkan
kurangnya kemahiran bahasa Inggeris. Apabila ramai menyedari kepentingan
bahasa Kebangsaan sebagai satu instrumen keharmonian kaum, pemimpin-
pemimpin masyarakat Melayu tanpa bantahan menarima keputusan Kerajaan
untuk melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan.7
3.2 DASAR-DASAR YANG DI LAKSANAKAN
3.2.1 DASAR KEBUDAYAAN NASIONAL
Dasar kebudayaan Kebangsaan di bentuk melalui gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971. Dasar ini di wujudkan secara asasnya menjadi panduan dalam
membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti Negara. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ini juga diwujudkan berasaskan tiga prinsip utama seperti
kebudayaan asal rantau melayu, unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar di
terima dan Islam sebagai unsur yang paling penting.
7 Paridah Abd Samad, op.cit, Hlm. 116.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 5
Objektif yang ingin di capai dalam perlaksanaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ialah mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui
kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang wujud
daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkat kualiti
kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosial,
ekonomi dan politik.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan melalui pemulihan,
pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas
kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Meningkatkan dan
mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih
peminat, pendokong dan pengerak kebudayaan dengan meluas sebagai jentera
pembangunan yang berkesan. Seterusnya, Mewujudkan komunikasi yang
berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme
Malaysia, memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan politik budaya serta
meningkatkan taraf dan mutu kesenian.
3.2.2 DASAR LUAR (HUBUNGAN DIPLOMATIK)
Ketika zaman Pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau telah banyak membuat
dasar-dasar yang sesuai bagi memastikan kestabilan politik di Malaysia. Namun,
kami hanya menyentuh beberapa dasar yang telah di laksanakan ketika
pentadbiran beliau.
Dasar yang pertama ialah dasar hubungan luar dengan Republik China.
Hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China telah bermula sejak tahun
1974. Pendekatan yang diambil oleh Tun Abdul Razak dalam memulakan
hubungan diplomatik dilihat bertentangan dengan dasar yang di bawa oleh Tun
Abdul Rahman. Tun Abdul Razak mengambil pendekatan untuk membuat
hubungan diplomatik dengan semua Negara tanpa mengira kecenderungan
pembawaan politik. Tun Abdul Razak membuat hubungan dengan negara-negara
yang lain selagi mereka menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia.
Tun Abdul Razak melihat dasar dan ideologi sesebuah Negara merupakan urusan
Negara itu sendiri.8
8 Paridah Abd Samad, Op. cit, Hlm167.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 6
Isu yang hangat di bincangkan antara kerajaan Malaysia dan China ialah
berkaitan orang Cina yang berada di Malaysia yang tidak bernegara. Isu ini
merupakan isu rumit yang di hadapi kedua-dua Negara. Mereka menyatakan
bahawa mereka bukan berasal dari Negara China dan tidak mahu menjadi
warganegara China. Perkara ini juga di sebabkan oleh dasar Malaysia dalam
pemberiaan kerakyatan kepada seseorang individu sangat ketat. Namun, isu itu
dapat di selesaikan dengan dasar kesefahaman di antara China dan Malaysia.
Selain itu, Malaysia juga mengiktiraf Kerajaan Peking sebagai Kerajaan
yang sah. Malaysia melihat adanya keperluan untuk menyokong tuntutan Peking
terhadap kerusi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanpa menggugat
kedudukan Taiwan. Malaysia merupakan antara Negara yang menyokong
kemasukan Republik Rakyat China ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Malaysia juga ada mengadakan hubungan diplomatik dengan Soviet Union
pada tahun 1979. Malahan, Malaysia sudah membuka kedutaan di Moscow bagi
menunjukkan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik. Bagi mengukuhkan
hubungan perdagangan antara Soviet Union dan Malaysia, satu perjanjian
perdagangan telah di meterai. Perjanjian Perkhidmatan Udara juga di meterai
dengan kerajaan Soviet Union bagi membolehkan komunikasi secara langsung
dilakukan. Perjanjian yang termeterai dengan Soviet Union dilihat dapat
membuka jalan yang lebih luas untuk jalinan kerjasama antara Malaysia dan
Soviet Union.
Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) telah di lakukan oleh Tun Abdul
Razak yang ketika itu juga sebagai Menteri Pertahanan. Perjanjian ini telah di
tandatangani pada April 1970 di London. FPDA dianggotai oleh Australia, Britain,
Malaysia, New Zealand dan Singapura. Dalam perjanjian tersebut persetujuan
telah di buat iaitu integrasi sistem pertahanan udara bagi Malaysia dan
Singapura perlu di bangunkan. Dalam perjanjian tersebut juga, kata sepakat
telah terbina antara Negara-negara yang terlibat iaitu akan menjalankan satu
latihan besar-besaran antara Negara-negara Komanwel selepas 1971.9
Secara beransur-ansur Malaysia di terima menjadi ahli kepada Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM). Rentetan itu, Tun Abdul Razak dengan
persetujuan beberapa Negara telah mencadangkan untuk menubuhkan Zon
9 Paridah Abd Samad, op.cit, Hlm.172.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 7
Bebas, Aman Dan Negara Berkecuali Asia Tenggara (ZOPFAN). ZOPFAN di
cadangkan buat pertama kalinya ketika persidangan NAM di Lusaka, Zambia
pada bulan Ogos 1970. ZOPFAN merupakan projek yang di laksanakan oleh Tun
Abdul Razak sebagai satu rancangan yang menggubal semua dasar luar Malaysia
dan idea ini merupakan salah satu rancangan sukar dicapai kerana kejayaannya
banyak bergantung kepada kerjasama dan toleransi negara-negara berkuasa
besar seperti Britain dan Amerika Syarikat. ZOPFAN dilihat sebagai satu rangka
kerja dan harapan negara-negara ASEAN untuk mencapai kebebasan dan
keamanan yang berterusan di rantau ini.
Langkah penting yang di lakukan dalam merealisasikan ZOPFAN adalah
menubuhkan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ). SEANWFZ di
anggotai oleh semua Negara di Asia Tenggara. Kerjasama antara Negara-negara
Asia Tenggara bertindak sebagai satu pakatan yang berusaha untuk
mengurangkan ketegangan antara Negara. Selain itu, memastikan hasrat untuk
mencapai keamanan dan keselamatan di rantau ini tercapai. Namun, banyak
cabaran yang di hadapi dalam memastikan SEANWFZ terlaksana iaitu
penerimaan beberapa Negara yang agak kurang memberangsangkan.10
3.2.3 RANCANGAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Rancangan Buku Merah merupakan satu pelan dasar pembangunan luar Bandar
yang diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun
1960.Buku ini mengandungi projek-projek pembangunan setiap daerah yang
dikendalikan oleh Bilik Gerakan Negeri dan Daerah di seluruh negara. Fokus
utama Buku Merah ini adalah projek pembangunan luar Bandar seperti
pembinaan jalan, parit, surau, klinik, kelas dewasa, perkhidmatan telefon dan
sebagainya. secara tidak langsung rancangan dapat mewujudkan kestabilan
politik di Malaysia.
3.2.4 RUKUN NEGARA
10 Paridah Abd Samad, op.cit, Hlm. 174.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 8
Rukun negara merupakan suatu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dalam
kalangan pelbagai kelompok etnik. Seterusnya, Rukun Negara juga adalah hasrat
yang perlu diterapkan untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia. Maksudnya,
sebuah bangsa yang benar-benar patriotik, dan memelihara, kemakmuran,
keamanan serta kesejahteraan. Kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara
bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerapkan nilai budaya yang
murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia.
Secara umumnya, ideologi negara iaitu Rukun Negara diisytiharkan pada
31 Ogos 1970. Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia. Selain itu,
mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama adil dan saksama. Walaupun, negara kita mengejar arus kemajuan
namun Rukun Negara perlu sentiasa dihayati oleh rakyat kerana
pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia.11
3.2.5 MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman
pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya
insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang
pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan
Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971.
Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar
berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah
keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan
perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di
peringkat persekutuan, negeri dan daerah.MKN juga menjadi badan
bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-
perkara berkaitan keselamatan.
Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah dikeluarkan bagi
menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan semasa seperti kebanjiran
pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin, kerjasama dua hala 11 Abdul Rahman Abdul Aziz, Rukun Negara Dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara,
Political Managements and Policies in Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008, hlm. 443.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 9
keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan,
ketenteraman awam serta pengurusan krisis dan bencana.
3.2.6 PEMBENTUKAN BARISAN NASIONAL
Asas kepimpinan Tun Abdul Razak diperkukuhkan oleh saranannya ketika dilantik
sebagai Perdana Menteri yang kedua Malaysia. Tun Abdul Razak menyeru supaya
semua parti politik tidak lagi memberi tumpuan kepada kegiatan politik semata-
mata, tetapi sebaliknya bersatu membangunkan Malaysia yang telah mengalami
huru-hara akibat sentimen kaum. Beliau telah meluaskan konsep kerjasama
Perikatan UMNO-MCA-MIC menjadi Barisan Nasional.12
Mengikut sejarah, Barisan Nasional mempunyai perbezaan yang jelas
dengan Perikatan. Perikatan lahir hasil daripada keperluan untuk bekerjasama
antara tiga kaum utama (Melayu, Cina, dan India) sebagai syarat yang diletakkan
oleh pihak British dalam perundingan untuk kemerdekaan Tanah Melayu.
Manakala, Barisan Nasional wujud bagi menyelamatkan negara yang berada
dalam situasi bahaya akibat perpecahan kaum. Tun Abdul Razak berpendapat,
terlalu banyak unsur-unsur politik merupakan ramuan yang buruk bagi
pembangunan nasional. Dengan itu, rasional UMNO membentuk Barisan Nasional
adalah berpaksikan keperluan untuk mengurangkan politicking dan berusaha
secara kolektif untuk mempercepatkan pembangunan. Cadangan dan prinsip Tun
Abdul Razak ini telah diterima dengan hati yang terbuka oleh parti politik yang
lain termasuk kumpulan anti-Perikatan.13
Pembentukan Barisan Nasional ini dilakukan akibat kempen pilihanraya
umum 1969 yang penuh dengan insiden-insiden buruk dan membahayakan. Hal
ini telah menyebabkan Tun Abdul Razak dan pemimpin tertinggi UMNO yang lain
bersetuju untuk mencari satu alternatif kerjasama politik antara kaum. Konsep
Barisan Nasional meliputi penyusunan semula parti-parti politik utama yang
mewakili segmen besar rakyat Malaysia yang inginkan keamanan dan
keharmonian dengan konsep perkongsian kuasa antara kaum. Barisan Nasional
12 Jamaie Haji Hamil, op. cit, hlm. 25.
13 ParidahAbd.Samad, op. cit, hlm. 157.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 10
dijangka akan menjadi satu gerakan yang berjaya menyatukan rakyat bagi
negara yang berbilang kaum.
Melalui pembentukan Barisan Nasional satu proses penggabungan politik
antara kaum dalam ruang yang lebih luas iaitu pembentukan kerajaan pakatan di
peringkat negeri antara Perikatan dan parti-parti pembangkang di bawah
kerjasama politik antara kaum.14 Ini adalah bukti kepimpinan Tun Abdul Razak
telah mewujudkan kestabilan politik di Malaysia selepas peristiwa 13 Mei 1969.
4.1 PERANAN TUN ABDUL RAZAK DALAM KESEIMBANGAN EKONOMI
4.1.2 DASAR EKONOMI BARU
Dasar ekonomi baru dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi Tun Abdul
Razak yang menyeluruh (Perdana Menteri ketika itu) bagi menyatukan dan
membangunkan semula negara selepas pengalaman yang mengejutkan pada
tahun 1969.15 Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara
dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang
dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk
semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses
penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak
seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar pecah dan perintah(divide and Rule) dilihat menjadi faktor kepada
terjadinya jurang ekonomi antara orang Melayu dengan kelompok-kelompok lain.
Andaian asas yang penting di kalangan ahli strategi Dasar Ekonomi Baru, seperti
yang terbukti oleh rusuhan yang berlaku tidak lama dahulu, ialah bahawa
terbukti terlalu banyak kemiskinan dan ketidaksamarataan yang dialami oleh
orang Melayu, akan hanya menambahkan perasaan tidak puas hati dan
14 Jamaie Haji Hamil, op. cit, hlm. 25.
15 Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman, 2002. Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negaradan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Selangor : Radius Media Sdn Bhd. Hlm 14.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 11
menimbulkan masalah. Dengan itu, timbullah keperluan untuk mengubahkan dan
menyatupadukan orang Melayu ke dalam aliran utama pembangunan
perdagangan dan industri, dan menghalang mereka daripada terus diketepikan
dalam sektor yang mundur.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang
dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua.
Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk
menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.
Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum
yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua sebagai tahap pertama,
Dasar Ekonomi Baru dilancarkan dengan harapan bahawa masyarakat Malaysia
yang baru akan muncul secara beransur-ansur dengan sistem nilai sepunya yang
mengatasi perbezaan kaum, budaya dan sosioekonomi.16 Seperti apa yang dilihat
daripada akibat rusuhan 13 Mei, negara ini tidak mempunyai apa-apa pilihan lain.
Pilihan yang lain akan lambat-laun, akan mengembalikan politik dan polarisasi
perkauman yang bermusuhan, pergaduhan, kekacauan dan perpecahan. Secara
umumnya, Dasar Ekonomi Baru berperanan dalam usaha pihak kerajaan untuk
mencapai matlamat integrasi nasional. Antaranya adalah mewujudkan peluang
pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur, mengurangkan
jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan bandar
mahupun luar bandar serta memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi. Dasar
Ekonomi Baru ini juga turut menjalankan rancangan-rancangan pembangunan
menerusi strategi serampang dua mata.
4.1.3 TUJUAN ATAU MISI UTAMA DASAR EKONOMI BARU (DEB)
16 Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman, op.cit, Hlm.28.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 12
I. Membasmi Kemiskinan
Misi pertama DEB adalah misi mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada
semua rakyat tanpa mengira kaum.17 Kemiskinan adalah sebab utama yang
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Ia bukan sahaja
terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat
perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan
kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu
pada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan
masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya dapat
mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur, menambah daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang
perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya
kepada sektor yang lebih lumayan serta dapat mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara
wilayah. Misi ini juga turut cuba untuk memodenkan kehidupan di luar bandar,
mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera, mengadakan
suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia serta
memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,
strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar
dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-
kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah
garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan
kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai
matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan
awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di
samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk
mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran
dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah
murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi
kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah
17 Dato’ Musa Hitam, 1986. Nasionalisme : Krisis dan Kematangan. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications (M) Sdn bhd. Hlm. 211.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 13
menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1%
berbanding 49.3% pada tahun 1970.
II. Penyusunan semula masyarakat
Kedua pula adalah penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham
atau ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di
negara ini, di mana penyertaan bumiputera sebanyak 30 peratus, 40 peratus
bukan bumiputera dan 30 peratus terdiri daripada pelabur-pelabur luar negeri.18
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah
cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada
ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program
seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan,
pengangkutan dan pertanian.
Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa
strategi telah dirancang,antaranya adalah mengurangkan keadaan yang tidak
seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam
sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi
kaum menjelang tahun 1990; Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera
supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Menambah dengan cepat
bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus
akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum-kaum lain; Meninggikan daya pengeluaran dan taraf
kehidupan golongan miskin di luar bandar. Strategi ini juga turut menambahkan
dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam
stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi, membentuk sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan kaum
bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30 peratus ekonomi dalam
tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, dan Amanah Saham Nasional
18 Ibid., Hlm. 222.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 14
serta memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA, dan sebagainya.
Aplikasi Dasar ekonomi Baru(DEB) dalam dalam penyusunan semula
masyarakat dilihat dalam usaha kerajaan dalam penubuhan agensi
pembangunan. Tujuannya adalah untuk membentuk sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang melayu dan kaum
Bumiputera. Majlis Amanah Rakyat (MARA) misalnya ditubuhkan pada tahun
1966 bagi menggantikan RIDA yang berperanan untuk menggalakkan
penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perdagangan dan perusahaan
dengan member bantuan teknikal dan kewangan. Pengaplikasian Dasar Ekonomi
Baru juga turut dilaksanakan dengan memberi bantuan penanaman semula
getah yang diberikan oleh kerajaan menjadi perkara pokok dalam perbelanjaan
awam. Bantuan ini juga menjadi perangsang yang paling berpengaruh untuk
membaiki daya pengeluaran pekebun kecil dalam usaha untuk memajukan
industri pertanian. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA) adalah merupakan salah sebuah institusi kerajaan yang menjadi sumber
kewangan kepada aktiviti penanaman getah ini.19RISDA juga turut diberi peranan
untuk memberi bantuan khidmat nasihat kepada golongan bumiputera bagi
menggalakkan mereka melakukan penanaman semula pokok getah.20
5.1 ANALISIS
Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai sumbangan dan jasa yang
telah dicurahkan oleh Tun Abdul Razak terhadap pembangunan baik dari segi
sosiopolitik mahupun daripada sosioekonomi Negara.Hal ini, setanding dengan
gelaran yang diberikan kepada beliau iaitu Bapa Pembangunan.Memang tidak
dapat dinafikan sumbangan beliau curahkan kepada Negara sememangnya
sudah dapat dilihat sebelum beliau menyandang jawatan Perdana Menteri lagi.
Hal ini dapat dilihat, seawal beliau berusia, 20-an lagi beliau telah mula
berkhidmat dan memberikan sepenuhnya taat setia, sumbangan tenaga, buah
fikiran dan kepimpinan yang sehingga kini menjadi tokoh yang dikagumi ramai.
Hal ini dapat dibuktikan dengan kejayaan dan pembangunan negara yang
dikecapi pada hari ini adalah hasil daripada titik peluh yang dirintis oleh beliau.
19 Mohd. HaflahPiei & ChamhuriSiwar, 1989. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 242.
20 Ibid., Hlm. 82.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 15
Tanpa usaha untuk membangunkan kawasan luar Bandar, tanpa
kemudahan infrastruktur untuk rakyat, tanpa badan-badan yang dibangunkan
untuk membangunkan Negara dan tanpa Kesungguhan meperbaiki kehidupan
rakyat terbukti menerusi rancangan FELDA, Perbadanan Pembangunan Bandar
(UDA), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perbadanan Nasioanal (PERNAS), Majlis
Amanah Rakyat (MARA), MAGERAN, Rukun Negara, pembentukkan Barisan
Nasional (BN), pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula rakyat dan
banyak lagi perancangan yang dibuat oleh beliau untuk memajukan Negara.
Tanpa semua dasar yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak ini maka sudah pasti
tidak wujudnya kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan
Negara Malaysia membangun yang mampu berdaya saing sehingga ke hari ini.
Segala dasar yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak adalah untuk menjamin
kestabilan politik dan ekonomi diantara semua kaum yang terdapat di Malaysia.
Jika kita lihat melalui dasar yang dilakukan oleh beliau bukan sahaja lebih
kepada pembangunan Negara tetapi juga kepada kedamaian.Hal ini kerana
segala dasar-dasarnya adalah untuk menyatupadukan semua kaum dan
mementingkan semua kaum. Sebagai contohnya, dasar ekonomi baru yang
dibentuk adalah untuk menyatupadukan kaum melayu, cina, india dan lain-lain
supaya tidak berulangnya peristiwa 13 mei 1969. Tun Abdul Razak telah
meletakkan asas supaya menjadikan rakyat Malaysia kukuh bersatu kearah
pembangunan negara.
6.1 RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Aziz. 2008. Rukun Negara Dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara: Political Managements and Policies in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arkib Negara Malaysia. 2011. Tun Razak Dalam Ingatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an. 1997. Kenegaraan Malaysia: DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990). Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 16
Dato’ Musa Hitam. 1986. Nasionalisme : Krisis dan Kematangan. Kuala Lumpur: Pelanduk
Publications (M) Sdn bhd.
Jamal Ali. 2003. Ekonomi Malaysia: Satu Analisis Dasar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman. 2002. Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan
Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Selangor: Radius Media Sdn Bhd.
Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor Daru Ta’zim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Lotfi Ismail. 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors.
Mohd. HaflahPiei & ChamhuriSiwar. 1989. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Paridah Ahmad. 2009. Tun Abdul Razak: Fenomena Politik Malaysia. (Terj.) Kuala Lumpur: Partisan Publication & Distribution.
Rozeman Abu Hassan. 2013. Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein (Dasar Luar Malaysia 1970-1976). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Shariff Ahmad. 1999.Tun Razak Putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Suhaini Aznam (ed). 2006. Tun Abdul Razak: Potret Dalam Kenangan. Kuala Lumpur: Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak.
William Shaw. 1976. Tun Abdul Razak: His Life and Times. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 17