PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN …
Transcript of PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN …
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
TAJUK:
PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN
JATI DIRI REMAJA.
NAMA PENSYARAH: EN.MAZUKI SALIM
NAMA PELAJAR:1) KUA YEE CHING ( 12DEP15F1025 ) DEP2A
2) GOO JENN HONG (12DIP15F1008) DIP2B
KOD DAN NAMA KHUSUS:DUB2012 (NILAI MASYARAKAT MALAYSIA)
SESI PENGAJIAN : JUN 2015
ISI KANDUNGAN
NO.
TAJUK
MUKA SURAT
1.
PENGENALAN/PENDAHULUAN
1-2
2.
HURAIAN
3-14
3.
KESIMPULAN
15
4.
RUJUKAN
16
5.
LAMPIRAN (GAMBAR)
17-28
ISI
KANDUNGAN
NDUNGAN
Jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat,
bahasa,budaya,agama dan sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian
seseorang individu ,sesuatu bangsa dan sebagainya ,atau disebut jua identiti.Remaja merujuk
kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 atau 25 tahun,golongan ini
sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi
dewasa.Institusi keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah
masyarakat dan seterusnya membentuk sebuah Negara.
Dalam era globalisasi, keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam
sesebuah masyarakat. Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam sistem
pendidikan anak-anak. Ini berdasarkan pada hubungan rapat mereka dengan anak-anak.
Adalah tidak dapat dinafikan yang anak-anak menghabiskan sebahagian besar masa di rumah
bersama-sama ibu bapa mereka.Hubungan yang intim ini pastinya dapat menghasilkan
sesuatu yang baik terutama di segi pembentukan peribadi anak-anak itu sendiri. Di sinilah
terletaknya peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan sikap dan kelakuan
anak-anak. Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab
mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu
bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan
dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap
orang tua. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sememangnya sangat penting di
dalam dunia yang semakin moden dan mencabar ini. Pengaruh media massa, pengaruh
budaya kuning, pengaruh rakan-rakan sebaya dan pengaruh-pengaruh anti moral cukup kuat
mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Pengaruh -pengaruh ini merupakan daya tarik tarikan
yang berkesan tentunya akan menjuruskan peribadi anak-anak ke arah yang tidak sihat.
Sejajar dengan itu, keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan
seseorang. Ibu bapa juga adalah golongan yang amat dihormati oleh kanak-kanak. Lazimnya
kanak-kanak lebih menghormati ibu bapa jika di bandingkan dengan guru-guru mereka.
1
PENGENALAN
Justeru itu, anak-anak lebih mudah mematuhi apa jua arahan dan tegahan ibu bapa.
Ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak.
Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat
memberikan manfaat kepada masyarakat. Golongan muda merupakan harapan negara, bak
kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, mereka harus diberi
kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan
pelbagai wawasan negara kelak.
2
3
PERANAN
INSTITUSI
KELUARGA DALAM
PEMBENTUKAN
KEPERIBADIAN
JATI DIRI REMAJA.
1.Mencurah
kasih sayang
sejak kecil lagi.
2.Melahirkan
keluarga aman
damai.
3.Menjadi
teladan yang
baik kepada
anak-anak.
4.Memberi
didikan
agama.
5.Memantau
aktiviti anak-
anak.
6.Mendidik
anak-anak cara
hidup sederhana
&
bertanggungjaw
ab. 7.Menggalakka
n anak-anak
membaca buku.
8.Memberi
ruang kepada
anak-
anak,asalkan
tidak tersasar.
9.Melengkapk
an keperluan
anak-anak.
10.Melibatkan
anak-anak
dalam program
kemasyarakat.
Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran
tentang pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang
kepada anak sejak mereka kecil lagi.
Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan
usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos
sara hidup masa kini yang semakin meningkat. Statistik telah menunjukkan bahawa hampir
90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama beberapa jam
sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan
golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa
mereka. Hukuman-hukuman Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih
sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang
4
HURAIAN
bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu
meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu
bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil
berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka
dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang
minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka
tidur serta bergembira bersama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa
mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia
yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan
masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa.
Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati
ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.
Slogan ‘Rumahku Syurgaku’ membawa erti keluarga yang bahagia. Dalam hal ini, ibu
bapa amat berperanan dalam melahirkan keluarga yang aman dan damai.Menurut Dr.
Hassan Ali,Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia,kesejahteraan bermula dari
rumah,maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan
kedamaian dan keindahan kepada anak-anak. Kesejahteraan di rumah akan dapat
mewujudkan keluarga penyayang. Oleh itu,ibu bapa harus peka dan faham serta mempunyai
iltizam untuk melahirkan insan yang utuh dari segi emosi,akhlak,dan moraliti dalam
mengharungi ranjau serta liku yang sentiasa menghambat kesejahteraan keluarga. Anak-anak
yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara
positif dalam membina jati diri mereka. Oleh itu,anak-anak terutamanya remaja yang baru
sahaja berumur setahun jagung,darah setampuk pinang ini,tidak akan bercermin di air keruh.
5
Selain itu,mereka juga lebih tenang dan lebih mudah menerima pelajaran bagi memastikan
kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Mereka tidak akan teraba-raba dalam
mencari hala tuju kerana mereka sudah mempunyai keluarga bahagia yang menjadi tulang
belakang mereka. Justeru,dapatlah disimpulkan bahawa keluarga yang bahagia menjadi
sumber kekuatan mereka dalam menempuh usia remaja yang penuh cabaran.
Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu
bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat
demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-
anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil
lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Sebagai contoh, seorang bapa perlu
berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa
juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian
kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi
sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik. Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan
pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan
sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana
tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka.
Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan
rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan
mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa
harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi
manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
6
Selain itu, ibu bapa patut memberi didikan agama kepada anak-anak.
Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat
menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan,
pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di
kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab
serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang
berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur
sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga
daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. Ibu bapa patut
membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan pelbagai
aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anak-anak ke
masjid untuk bersembahyang bersama-sama. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban
diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat
membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara
yang betul.
7
Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi,
mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala
negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran
kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta
berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti
diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak
sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula
pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada mereka agar membesar sebagai insan
bijaksana dan beretika.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh
anak-anak terutamanya golongan remaja.
Hal ini demikian kerana rakan merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam diri remaja.
Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting. Begitulah yang
dapat digambarkan betapa besarnya pengaruh insan yang bernama rakan.
8
Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa
bahang api manakala jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau
kewangiannya kepada diri kita secara tidak langsung. Eksplisitnya, hal ini menunjukkan
bahawa jika kita berkawan dengan rakan yang baik akhlaknya, dia juga akan turut bersahsiah
baik tetapi sebaliknya jika tersalah pilih rakan maka akan terjebaklah ia ke kancah yang hina.
Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka
yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah
negatif. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga
terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan
mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-
anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan
terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau
rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau
bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak
kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah.
Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan
kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus
akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi. Bak kata seorang cendekiawan, pengaruh
rakan sebaya dalam hidup seseorang remaja ialah 90 peratus, suatu angka yang besar dan
dominan. Cegahlah sebelum terlambat kerana mencegah lebih baik daripada merawat kerana
mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa
bahayanya dadah bukan kepada penagihnya, tetapi kepada orang di sekitarnya.
9
Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan
bertanggungjawab .
Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak lebih
bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh baju,
menggosok pakaian dan menyimpan baju dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya
bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka . Hal ini
amat penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki .
Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar anak-anak
dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja. Anak-
anak yang sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai seorang
yang sederhana sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-
anak juga melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang berpandangan jauh. Tegasnya,
pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik
anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan bertanggungjawab.
10
Selanjutnya, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku
dengan mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam
kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku
terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang
ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku,
mereka didedahkan dengan pelbagai perkara berkaitan buku. Secara tidak langsung, anak-
anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan tidak berkualiti.
Anak – anak pasti memilih bahan – bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan minda
seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga
boleh menggalakkan anak – anak menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku
yang dianjurkan pelbagai pihak. Dengan menghadiri kempen – kempen membaca, anak –
anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut
memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa ibu bapa
11
menghadiri kempen – kempen membaca dan menggalakkan anak – anak menyertai ahli kelab
buku agar anak – anak membaca bahan – bahan ilmiah yang dapat membentuk anak – anak
menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.
Seterusnya, ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak
untuk melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak tersasar jauh ke lembah kehancuran.
Dalam memastikan anak-anak berhasil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh
terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak
mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-
kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli
Falsafah Pascal mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan
kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang
tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan
nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga yang
tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru mulakan dengan
kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.
Seterusnya ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak dalam program-program
kemasyarakatan.
12
Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak bersama-sama dalam program kemasyarakatan
yang disertai oleh mereka. Semua program kemasyarakatan bertujuan mendidik masyarakat
agar prihatin akan kesusahan orang lain.Program kemasyarakatan tidak hanya menjurus
kepada kebajikan sesama manusia tetapi juga kepada haiwan dan alam sekitar. Ibu bapa boleh
juga melibatkan anak-anak menyertai program kemasyarakatan tanpa perlu keluar dari
rumah. Sebagai contoh mengajak anak-anak bersama-sama menonton rancangan-rancangan
berkonsepkan kemanusiaan seperti Bersamamu anjuran TV3 mampu mengusik jiwa anak-
anak untuk menghulurkan bantuan dengan hanya menekan butang telefon bimbit untuk
memberi sumbangan. Persis peribahasa Melayu iaitu berat mata memandang berat lagi bahu
yang memikul, dengan bantuan yang sedikit dapatlah kita membantu mereka yang di dalam
kesusahan. Selain itu, ibu bapa yang menganggotai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
seperti Aman Palestin boleh meminta bantuan anak-anak untuk bersama-sama mendapatkan
sumbangan bagi membantu masyarakat yang tertindas di negara tersebut. Sesungguhnya,
penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dapat mendidik jiwa anak-anak menjadi prihatin
dan peka akan keadaan sekeliling dan menjadi insan yang suka membahagiakan semua orang.
13
Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak.
Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian
ekstrem menjengah kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak
remaja tidak mahu dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka,
sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin
keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan
minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak
berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian
yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti
Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam
penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas
remaja dilengkapkan walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
14
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak ibarat kain putih,
ibu bapalah yang mencorakkannya untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu
bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak menjadi
insan yang mulia. Mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai,
disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan
mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak. Mereka perlu dibelai dengan
penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu
menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Setiap
ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan
. Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga
itu sendiri . Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat
mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka kerana mereka merupakan “role
model” bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur untuk
melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia. “Rumahku, Syurgaku”. Semoga
didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang keperibadian terpuji,
bersahsiah dan dapat membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan Gagasan
Satu Malaysia.
15
KESIMPULAN
RUJUKAN
http://bmsevaspm.blogspot.my/2012_11_01_archive.html
http://retibahasa.blogspot.my/2012/09/peranan-ibu-bapa-dalam-mendidik-
anak.html
http://zaizak69.blogspot.my/2012/03/peranan-keluarga-menangani-masalah.html
http://cikgurazak.blogspot.my/2011/09/karangan-peranan-ibu-bapa-5.html
http://chehashidah.blogspot.my/2011/05/peranan-keluarga-dalam-
pembentukan.html
http://anelyza.blogspot.my/2011/11/karangan-spm-7-peranan-ibu-bapa-
dalam.html
http://wwwsimbcom-pengetahuan.blogspot.my/2012/01/peranan-ibu-bapa-sangat-
penting-dalam.html
http://cikguchinboontek.blogspot.my/2012/10/latihan-5.html
http://cikgutum.blogspot.my/2013/11/peranan-ibu-bapa-dalam-pembentukan.html
16
Melibatkan anak -anak dalam program kemasyarakatan.
17
LAMPIRAN
AKHBAR
Memberi didikan agama.
Memberi didikan agama.
18
Memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak.
Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
19
melahirkan keluarga yang aman dan damai.
Memantau aktiviti anak-anak.
20
Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
Memantau aktiviti anak-anak.
21
22
23
24
25
26
27
28