PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi,...
Transcript of PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi,...
PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
DI SEKOLAH MENENGAH
INTAN SHARIZA BT SHAFIE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
DI SEKOLAH MENENGAH
INTAN SHARIZA BT SHAFIE
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
iii
Buat emak tersayang,
Ketabahan mu memelihara ku amat dikagumi
Pengorbanan yang telah kau curahkan terlalu besar,
mungkin tidak terbalas olehku
Kasih sayang mu memberikan ku semangat untuk meneruskan
perjuangan ini..
Buat abah yang tidak pernah ku lupai,
Terima kasih kerana menyara persekolahan ku
sehingga aku menjejakkan kaki di menara gading ini
Kau tidak pernah mengabaikan tanggung jawabmu
Jasa mu akan tetap ku hargai.
Buat insan yang teristimewa,
Kau tidak pernah jemu memberi kata-kata perangsang
Bantuan yang kau hulurkan terlalu banyak
Kau telah memberikan aku kasih saying dan kegembiraan
Semoga jodoh kita direstui yang maha Esa dan berkekalan selamanya..
Buat semua ahli keluarga tersayang
Kasih sayang kalian sentiasa membakar
semangat ku untuk meneruskan perjuangan ini
Doa kalian memberikan aku kekuatan sehingga berjaya
menerima segulung ijazah
Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak pernah padam
iv
PENGHARGAAN
Pertama sekali penulis ingin merakamkan penghargaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada PM. Dr Mohini Mohamed, selaku penyelia yang telah banyak
memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar disepanjang kajian ini dijalankan.
Penghargaan juga buat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor, Pengetua, Penyelia dan Penolong Penyelia petang, guru-
guru SMK Taman Universiti, Skudai serta Jawatankuasa Projek Sarjana Muda
Fakulti Pendidikan (JKPSMFP).
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberi pertolongan serta cetusan idea kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan.
v
ABSTRAK
Kajian ini memberikan tumpuan kepada penyatuan unsur Matematik rekreasi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Sample kajian terdiri daripada 40 orang pelajar
tingkatan dua SMK Taman Universiti, Skudai. Soal selidik diedarkan kepada pelajar
sebelum dan selepas mengikuti aktiviti-aktiviti Matematik rekreasi masing-masing
mempunyai nilai alfa 0.88 dan 0.92. Maklumat yang diperolehi daripada soal selidik
ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 13.0. Hasil dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan bagi ketiga-tiga pembolehubah
di dalam konstruk yang mengukur minat pelajar terhadap Matematik. Nilai min bagi
pengaruh Matematik terhadap semangat belajar berkumpulan serta kegunaan
Matematik rekreasi adalah tinggi. Selain itu beberapa pelajar yang di temubual juga
memberikan reaksi yang positif terhadap rekreasi Matematik yang dijalankan.
Semoga kajian ini dapat memberi satu altenatif dalam meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik yang lebih bermakna, berkesan dan
menyeronokkan. Di samping itu diharapkan para pelajar dapat menikmati keindahan
Matematik dan mandapat manfaat yang berguna untuk memperkukuhkan kemahiran
Matematik mereka. Beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir penulisan.
vi
ABSTRACT
This research focuses on application of elements of recreational Mathematics
in learning and teaching. Research sample comprises of 40 Form Two students from
SMK Taman University, Skudai. Questionnaires were distributed to students before
and after the recreational Mathematics activities have alpha value 0.88 and 0.92 are
carried out. The information gathered from the questionnaire was then analyzed
using the SPSS 13.0 software. Result showed that there are mean difference between
pre test and post test. Mean value for Mathematics recreational to construct group
study and Mathematics recreational applied by student also in high level. Other than
that, a number of students who have been interviewed after the recreational
Mathematics activity have given positive feedbacks. I hope that this research would
give us an alternative in improving the process of teaching and learning
Mathematics, by providing a more inspiring, effective and entertaining activities. In
addition, I hope that students could enjoy the beauty of Mathematics while gaining
useful knowledge for their Mathematics skills. A few suggestions are brought up at
the end of the writing.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BABI PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesisi Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Takrif Sebutan 7
1.10 Penutup 9
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pengertian Matematik 11
2.3 Pengertian Matematik Rekreasi 16
2.3.1 Sejarah Matematik Rekreasi 19
2.3.2 Prinsip-prinsip Kaedah Matematik
Rekreasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 20
2.3.3 Strategi dalam Menggunakan
Permainan Matematik 21
2.3.4 Kebaikan Kaedah Matematik
Rekreasi
2.3.4.1 Kebaikan Kepada Pelajar 22
2.3.4.2 Kebaikan Kepada Guru 23
2.3.5 Contoh Matematik Rekreasi
2.3.5.1 Jenaka Matematik 24
2.3.5.2 Matematik Rajah 24
2.3.5.3 Meneka Rahsia 26
2.3.5.4 Matematik Enaktif 27
2.4 Pembelajaran Secara Berkumpulan 28
2.5 Penutup 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka bentuk Kajian 32
3.3 Persampelan 33
3.4 Kajian Rintis 33
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Soal Selidik 34
ix
3.5.2 Temu bual dan Pemerhatian 386
3.6 Analisis Data
3.6.1 Data Kuantitatif 37
3.6.1.1 Bahagian A 37
3.6.1.2 Bahagian B 37
3.6.2 Data Kualitatif 40
3.7 Prosedur Kajian 41
3.8 Penutup 42
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data Bahagian A 43
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik Sebelum
dan Selepas Matematik Rekreasi 46
4.3.2 Pengaruh Matematik Rekreasi Untuk
Mewujudkan Semangat Belajar Berkumpulan 48
4.3.3 Kegunaan Matematik Rekreasi Untuk
Pengajaran dan Pembelajaran 52
4.4 Analisis Data Temubual 59
4.5 Penutup 66
BAB 5 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Minat Pelajar Terhadap Matematik Sebelum
dan Selepas Matematik Rekreas 67
x
5.3 Pengaruh Matematik Rekreasi Untuk
Mewujudkan Semangat Belajar Berkumpulan 71
5.4 Kegunaan Matematik Rekreasi Untuk
Pengajaran dan Pembelajaran 73
5.5 Rumusan 74
5.6 Cadangan Kajian 77
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.8 Penutup 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 84
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skema Wajaran 37
3.2 Item-item Persoalan Kajian 40
3.3 Pembahagian Soal selidik Mengikut Konstruk 41
3.4 Skala Pengukuran Min 42
3.5 Aktiviti Yang Dijalankan Untuk Proses
Mendapatkan Data 44
4.1 Jantina Pelajar 47
4.2 Bangsa Pelajar 47
4.3 Mata Pelajaran Kegemaran 47
4.4 Keputusan Matematik UPSR 48
4.5 Masa Yang Digunakan Untuk Mengulang kaji
Matematik Dalam Sehari 49
4.6 Perbandingan Nilai Min Bagi Persoalan Minat
Pelajar Terhadap Matematik 50
4.7 Pengaruh Matematik Rekreasi Terhadap
Belajar Berkumpulan 52
4.8 Kegunaan Matematik Rekreasi Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran 57
xii
SENARAI SINGKATAN
UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR -Kurikulum Baru Sekolah Rendah
SP - Sisihan Piawai
SPSS - Statistical Package for Social Science
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran
Malaysia 85
B Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri
Johor 86
C Surat Fakulti Pendidikan 87
D Pengesahan Pakar Bidang 88
E Soal Selidik Ujian Pra 89
F Soal Selidik Ujian Pos 91
G Transkrip Temubual 94
H Aktiviti Rekreasi 102
I Contoh Hasil Kerja Pelajar 129
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah.
Bermula daripada peringkat pra sekolah, kita telah mula mempelajari Matematik
sehinggalah ke tingkatan lima. Bukan setakat itu sahaja, bagi mereka yang
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, cabang-cabang Matematik
yang tertentu terus dipelajari.
Oleh kerana Matematik mempunyai keindahan yang tersendiri, maka
pembuktian yang kukuh, penggunaan simbol yang efisien dan jitu, pertalian antara
struktur-struktur Matematik memberikan skop kepada pelajar untuk menikmati nilai
keindahannya. Oleh itu, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat
menerapkan sifat penghargaan terhadap kuasa, keelokan dan struktur Matematik
yang membantu mereka memperolehi kegembiraan serta kepuasan apabila
mempelajari Matematik.
Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Matematik itu adalah satu mata
pelajaran yang abstrak tetapi guru-guru perlu bijak menggunakan pendekatan yang
sesuai supaya mata pelajaran ini tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan
kepada pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pendekatan yang boleh digunakan untuk
2
menimbulkan keseronokan dan minat para pelajar dalam proses pembelajaran dan
pengajaran matematik di dalam kelas. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah
mengaplikasikan pengajaran yang tidak formal seperti kaedah permainan dan
menyanyi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai
lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan Matematik. Selain
itu, Matematik mempunyai kaitan yang rapat dalam kehidupan kita seharian. Ini
ditegaskan oleh Spencer dan Brylegaard dalam bukunya “Building Mathematic
Concepts In Elementary School” yang mengakui bahawa nilai Matematik merupakan
proses-proses sosial yang telah dilakukan oleh manusia.
Matematik juga boleh dirujuk sebagai satu kajian sosial yang
membincangkan tentang alat-alat dan tatacara yang berkaitan dengan sistem nombor
serta masalah yang dialami oleh masyarakat yang cuba memahami dan membuat
penyelarasan dengan semua jenis pengalaman yang berkaitan dengan kuantiti.
(Swetz dan Su Tim, 1983)
Masalah yang dihadapi oleh pendidik kebelakangan ini adalah bagaimana
mereka hendak berhadapan dengan pelajar yang kurang berminat terhadap
Matematik. Secara tidak langsung, ini menyebabkan matlamat pendidikan Matematik
KBSM tidak dapat dicapai seperti yang dikehendaki. Sebagai seorang guru,
penghayatan terhadap matlamat pendidikan Matematik adalah penting kerana
Matematik KBSM sebenarnya merupakan sumbangan khusus daripada Matematik
KBSR yang bertujuan:
.....memberikan pendidikan Matematik yang umum kepada semua
tingkatan 1 hingga 5 dan menegaskan penggunaan Matematik dalam
situasi umum, khususnya di dalam konteks kini di Malaysia.
3
Kurikulum di Malaysia juga memberikan asas Matematik yang
diperlukan untuk pembelajaran mata pelajaran yang lain untuk alam
pekerjaan. (sukatan pelajaran Malaysia KBSM,1988)
Sebagai seorang guru Matematik, mereka seharusnya menafikan tanggapan
buruk masyarakat tentang Matematik seperti mata pelajaran yang membosankan
kerana mempelajari Matematik adalah proses pembelajaran yang menyeronokkan
jika melalui kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan aras pemikiran pelajar. Oleh
itu, suatu reformasi pendidikan perlu dilakukan dan digantikan dengan kurikulum
sekolah bestari yang lebih bermakna dan praktikal. Penggunaan Matematik secara
berkesan dalam menyelesaikan masalah harian perlu diterapkan ke dalam kurikulum
supaya pelajar mampu menghadapi cabaran era teknologi maklumat pada masa akan
datang. Pendekatan yang digunakan oleh guru perlu di perbaharui setiap masa agar
selari dengan tahap kebolehan pelajar dan kehendak semasa negara. Guru perlu
memahami kehendak atau minat para pelajarnya supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi pembelajaran yang berkesan. Umumnya pada peringkat
kanak-kanak atau remaja, para pelajar lebih minat untuk bermain daripada belajar,
jadi pendekatan pembelajaran juga perlu di ubah yang mana isi pelajaran dapat di
sampaikan melalui permainan atau berekreasi.
Daripada situasi di atas penyelidik merasa terpanggil untuk mengenal pasti
pandangan pelajar terhadap Matematik serta kesan Matematik rekreasi kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini di jalankan untuk melihat
keberkesanan Matematik rekreasi dalam mengubah tanggapan pelajar terhadap
Matematik dan mengembalikan semangat belajar secara berkumpulan.
1.3 Penyataan Masalah
Matematik merupakan mata pelajaran yang abstrak yang mana pembentukan
sesuatu konsep Matematik tidak akan berjaya melalui kaedah penghafalan sahaja.
Masalah sebegini mungkin tidak akan dihadapi oleh pelajar yang berada pada aras
4
kebolehan yang tinggi. Namun bagi pelajar yang berada pada aras kebolehan yang
sederhana dan rendah, mereka merasakan bahawa Matematik ini adalah sukar untuk
dikuasai dan membosankan.
Dengan ini, suatu pendekatan yang sesuai perlu digunakan untuk
memaparkan Matematik yang bersifat abstrak kepada bentuk yang konkrit.
Pengajaran yang dilakukan perlu diselitkan dengan aktiviti yang dapat menarik
perhatian serta dapat melibatkan para pelajar untuk berinteraksi di dalam kelas.
Dengan ini, ia dapat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran yang di
sampaikan dan menjana pemikiran pelajar. Seperti falsafah cina yang berbunyi:
Saya dengar dan saya lupa,
Saya lihat dan saya ingat,
Saya buat dan saya faham.
Dengan perkataan lain, pengetahuan Matematik dapat dibina oleh pelajar
melalui proses refleksi pada aktiviti atau refleksi pada tindakan. Untuk memastikan
proses pembelajaran lebih berkesan, guru Matematik perlu mengetahui pelbagai aras
Matematik yang di punyai oleh setiap pelajarnya. ( Nik Azis, 1999)
Penyelidik mendapati salah satu pendekatan atau aktiviti yang dapat
memberikan proses refleksi serta menarik perhatian para pelajar adalah pendedahan
kepada Matematik rekreasi di dalam kelas. Pendedahan ini dapat menimbulkan
perubahan dalam pengkonsepan pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengubah
persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat mengubah minat para pelajar terhadap
Matematik. Selain itu ia juga dapat memberikan idea kepada para pendidik untuk
menarik minat pelajar dan membuat reformasi pendidikan kearah melahirkan pelajar
yang mempunyai daya saing yang tinggi.
5
1.4 Objektif Kajian
Memandangkan Matematik adalah mata pelajaran yang amat penting sejak
zaman dahulu sehingga sekarang, dan ramai pelajar kurang atau langsung tidak
meminatinya, ini amatlah merisaukan para pendidik dan ilmuan. Oleh itu kajian
lanjut perlu dijalankan untuk mengubah situasi ini.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
i) Mengenal pasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
ii) Meninjau sejauh mana Matematik rekreasi mempengaruhi minat
pelajar terhadap matematik.
iii) Melihat pengaruh Matematik rekreasi dalam mewujudkan belajar
secara berkumpulan.
iv) Melihat kepentingan Matematik rekreasi di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
1.5 Persoalan Kajian
Secara amnya, permasalahan yang dikaji serta objektif-objektifnya adalah
berdasarkan kepada persoalan yang berikut:
i) Sejauh manakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
ii) Adakah Matematik rekreasi dapat mengubah minat pelajar terhadap mata
pelajaran Matematik.
iii) Bolehkah Matematik rekreasi melahirkan semangat belajar dalam
kumpulan di antara para pelajar.
6
iv) Apakah kepentingan Matematik rekreasi kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.