Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam...
-
Upload
nur-nashwa-alia-binti-khairudin -
Category
Education
-
view
248 -
download
9
Transcript of Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam...
![Page 1: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/1.jpg)
PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH
Oleh:Nur Nashwa Alia binti Khairudin
Nur Izzah Qistina binti Ahmad Jamaludin5 Inovatif
Guru: Puan Zainon binti Yahya
2017
![Page 2: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/2.jpg)
Pengenalan• Tamadun Islam telah bermula sejak negara Islam pertama
dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah. Keagungan tamadun ini diteruskan oleh generasi seterusnya pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, kerajaan Bani Umaiyah dan Abbasiyah.
• Pada zaman kerajaan Abbasiyah, tamadun Islam berada di mercu keagungannya berikutan pencapaian umat Islam dalam pelbagai aspek perkembangan dan seperti penyebaran Islam, pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi dan ketenteraan.
• Tahap perkembangan dan pencapaian yang tinggi menyebabkan sejarawan kerajaan Abbasiyah menggelar zaman ini sebagai “zaman keemasan tamadun Islam”.
![Page 3: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/3.jpg)
Peta menunjukkan keluasan empayar Abbasiyah(kawasan yang berwarna ungu)
![Page 4: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/4.jpg)
Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah
• Diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah SAW iaitu “al-Abbas”.
• Untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hashim yang menganggap tampuk pemerintahan Islam layak disandang oleh keturunan mereka sahaja.
• Memerintah lebih daripada 5 kurun iaitu:132 H – 650 H atau 750 M – 1258 M.
![Page 5: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/5.jpg)
Struktur Kerajaan Abbasiyah
• Mewarisi sistem khalifah secara warisan (Walayatul al-Ahd).
• Dipimpin oleh 37 orang khalifah.• Sistem pemerintahan banyak ditiru daripada
sistem pemerintahan kerajaan Farsi kerana ramai orang Farsi memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam kerajaan Abbasiyah. Contoh: istilah ‘Al-Wazir’
![Page 6: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/6.jpg)
Struktur Kerajaan Abbasiyah
• Al-Khalifah- Ketua negara - pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam.
• Al-Wazir - Perdana menteri - ketua pentadbir, dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan.
• Ad-Dawawin - Jabatan-jabatan kerajaan - di bawah penguasaan al-Kuttab (setiausaha) - wujud ikut keperluan pada masa itu.
![Page 7: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/7.jpg)
• Contoh jabatan kerajaan:1. Jabatan eksais2. Jabatan audit3. Jabatan polis dan pertahanan4. Jabatan perhubungan5. Jabatan parit dan tali air6. Jabatan kebajikan
![Page 8: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/8.jpg)
Khalifah yang TerkenalKhalifah Sumbangan
Abu Al-’Abbas ‘Abdullah As-safah• Khalifah pertama.• 4 tahun 9 bulan.• 132 H – 136H / 750 M –
754 M.
1. Pengasas Kerajaan Abbasiyah.
2. Menghapuskan pemberontakan Bani Umaiyah.
Abu Jaafar al-Mansur• Saudara Abu Abdullah As-
safah.• 22 tahun.• 136 H – 158H / 754 M –
775 M.
1. Membangunkan Baghdad dan jadikannya ibu kota.
2. Perbaiki sistem cukai.3. Buat saliran-saliran.4. Sediakan pasar-pasar di
tempat strategik.
![Page 9: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/9.jpg)
Khalifah Sumbangan
Harun al-Rasyid• Khalifah paling
warak dan terkenal.• 23 tahun dan 1 ½
bulan.• 170 H – 192 H / 785
M – 809 M.
1. Mengarahkan Qadi Abu Yusuf menulis kitab tentang percukaian (kitab Al-Kharaj).
2. Mewujudkan jawatan ketua hakim (Qadhi al-Qudhat).
3. Membina Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
4. Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu dan kebudayaan terkemuka.
5. Membina prasarana seperti rumah sakit, farmasi, pusat pengajian.
Al-Makmun• Nama sebenar ialah
Abdullah Abu al-Abbas al-Makmun.
• Putera Harun al-Rasyid.• 20 tahun.• 198 H – 218 H / 813M –
833 M.
1. Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
2. Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.
![Page 10: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/10.jpg)
Faktor Penyebaran Islam pada Zaman
Kerajaan Abbasiyah
4 faktor dalaman
4 faktor luaran
![Page 11: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/11.jpg)
Faktor Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
FAKTOR DALAMAN1. Penduduk setempat tertarik dengan Islam.2. Galakan khalifah sediakan peruntukan khas
dari Baitul Mal untuk ulama’ dan pendakwah.3. Dasar kerajaan menyamakan kedudukan
bangsa Arab dan bukan Arab.4. Kedudukan Baghdad menjadi tumpuan
dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa. --- Harun al-Rasyid
![Page 12: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/12.jpg)
FAKTOR LUARAN1. Pembukaan wilayah-wilayah baru.2. Penggunaan bahasa Arab yang meluas
mendorong kepada pemahaman Al-Quran dan hadis.
3. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara-negara luar.
4. Pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti perdagangan.
![Page 13: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/13.jpg)
Kesan Positif Penyebaran
Islam
Aspek aqidah
Aspek ilmu pengetahuan
Aspek kebudayaan
Aspek kemasyarakatan
![Page 14: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/14.jpg)
ASPEK AQIDAH• Aqidah masyarakat berubah daripada kepercayaan
menyembah berhala kepada kepercayaan mengesakan Allah. Contoh kepercayaan yang menyembah berhala: Majusi sembah api dan Sobiah sembah sapi.
• Masyarakat tertarik dengan Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia.
• Masjid dibina sebagai pusat dakwah untuk menyampaikan ilmu dan memantapkan aqidah seperti Masjid Jamek Al-Mansur dan Masjid Basrah.
• Sarjana-sarjana Islam berjuang untuk memurnikan aqidah masyarakat daripada ideologi-ideologi yang menyeleweng seperti muktazilah dan falsafah Yunani kuno. Contoh: Imam Al-Ghazali hasilkan 2 buah kitab- tolak ideologi- terang aqidah Islam yang sebenar. –Nahafutul Falasifah dan Munqiz Minad-Dalal.
![Page 15: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/15.jpg)
ASPEK ILMU PENGETAHUAN• Perkembangan pemikiran manusia.• Islam mewajibkan umatnya supaya menuntut ilmu
fardhu ‘ain dan fardhu kifayah dan menjadikannya sebagai jihad.
• Kerajaan Abbasiyah menyediakan prasarana-prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah.
• Ilmu – Al-Quran, hadis, nahu, geografi, matematik, perubatan, falak, fizik, falsafah.
• Umat Islam pakar dalam pelbagai bidang.• Disegani dan dipandang tinggi oleh umat-umat lain.
![Page 16: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/16.jpg)
ASPEK KEBUDAYAAN• Umat Islam yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan budaya menghayati ajaran Islam yang bersifat sejagat.
• Umat Islam bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.
• Budaya ini banyak mempengaruhi umat Islam pada masa itu.
![Page 17: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/17.jpg)
ASPEK KEMASYARAKATAN• Menghapuskan perhambaan dan penindasan.• Islam menyediakan konsep keadilan.• Khalifah al-Mahdi menubuhkan Diwan al-
Mazalin (mahkamah tinggi rayuan).• Memberi peluang kepada orang bukan Arab
untuk memegang jawatan utama dalam negara.• Bebas mengamalkan kepercayaan masing-
masing.
![Page 18: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/18.jpg)
Semangat Jihad pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
• Keanggunan kerajaan Abbasiyah menjadi kajian para sejarawan dan kebanggaan umat Islam.
• Umat Islam pada zaman Abbasiyah bersungguh-sungguh dan tidak memperkecilkan skop jihad.
• Umat Islam pada waktu itu menerokai pelbagai bidang ilmu.
• Tempoh kekuasaan empayar Islam selama 13 kurun yang keluasannya meliputi dua pertiga dunia membuktikan keagungan umat Islam.
![Page 19: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5](https://reader033.fdocuments.net/reader033/viewer/2022061401/58f3690c1a28ab6e6a8b4567/html5/thumbnails/19.jpg)
TAMAT