PENYATA RASMI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) … · (Tanjung Puteri) Y.B. Encik Mok Chek Hou,...
Transcript of PENYATA RASMI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) … · (Tanjung Puteri) Y.B. Encik Mok Chek Hou,...
-
1
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI PERTAMA KHAMIS, 18 JUN 2009 BIL. 6 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Tuan Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
-
2
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., PIS., AMN.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP
(Machap)
Y.B. Encik Ng See Tiong, JP., PIS., AMN., KMN., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
Y.B. Datuk Haji Sulaiman bin Haji Taha, DMSM., KMN., AMN., PIS., PJK.
(Tenang)
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
-
3
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
Y.B. Encik Ayub bin Rahmat, PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Dr. Lee Hong Tee,
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Encik Koh Chai @ Koh Chee Chai, PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
Y.B. Encik Munusamy a/l Mareemuthu, PIS., BSI., AMN., KMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
-
4
Y.B. Dr. Shahruddin bin Md. Salleh,
(Jorak)
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Encik Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pengkalan Rinting)
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
Y.B. Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
-
5
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Dato’ Haji Abd. Latiff bin Yusof DPMJ., PIS.
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Datin Paduka Zainon binti Haji Yusof, DPMJ., PIS.
-
6
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Jurutulis : TITAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA TUANKU.
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan
selamat pagi dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT
dapat bersidang di Dewan yang baru ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi
membolehkan kita semua menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha
Mulia Baginda Tuanku di hadapan Tangga Utama Dewan Negeri Johor Kota
Iskandar, maka saya tangguhkan Persidangan ini sehingga jam 10:30 pagi.
Dewan ditangguhkan pada jam 9:35 pagi.
Dewan disambung semula pada jam 11:25 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker : Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor berkenan untuk
bertitah kepada Dewan ini.
D.Y.A.M. Tunku Mahkota : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Bismillahirrahmaanirrahim, Alhamdulillaahi raabil aalamin. Wassolaatu
wassalaamu alaa saidinaa muhammadin asyrafil ambiyaai walmursalin.
Waalaa aalihii wasohbihi ajmain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya dapat saya hadir merasmikan Persidangan
Kedua Bagi Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 pada pagi ini. Saudari-saudari
sekalian, kita semua juga mengucapkan syukur kerana Negeri Johor dalam
keadaan aman dan damai. Keadaan ini hanya akan terus kekal jika rakyat
berpegang teguh pada Perlembagaan.
Perpaduan di antara rakyat mesti dijaga supaya semua rakyat dapat hidup
bahagia, kita hendaklah muafakat kerana muafakat itu berkat. Sungguhpun
ada masalah ekonomi pada masa ini, namun rakyat perlu yakin bahawa
ekonomi Negeri Johor ada asas-asas yang kuat. Semua pihak hendaklah
sambut langkah-langkah kerajaan untuk bina ekonomi yang maju. Dengan itu,
saya yakin Negeri Johor akan terus maju dalam semua bidang yang memberi
faedah kepada rakyat.
Saudara-saudari sekalian, saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda
Tuanku, bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan membina jambatan
ketiga. Akhir, saya mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang
berusaha menjaga rakyat Johor supaya hidup sejahtera.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakaatuh.
-
7
Jurutulis : Ampun Tunku, Mufti Negeri Johor mohon perkenan membaca doa.
DOA.
(Y.B. Dato’ Mufti baca doa).
Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat dan dif-dif sekalian, Duli Yang
Amat Mulia Tunku Mahkota Johor akan berangkat meninggalkan majlis ini, maka
saya tangguhkan Persidangan Dewan ini sehingga hari Isnin, 22 Jun 2009, jam
9:30 pagi.
Persidangan ditangguhkan pada jam 11:35 pagi.
-
8
PENYATA RASMI
MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL
PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
HARI KEDUA ISNIN, 22 JUN 2009 BIL. 6 TAHUN 12
HADIR
Y.B. Dato’ Speaker,
Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,
DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,
Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.
(Serom);
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.
Datuk Haji Ahmad Zahri bin Jamil, PJN., PIS.
(Sri Medan)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.
Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai
(Sungai Balang)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.
Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.
(Endau)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.
(Bekok)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.
Tuan Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PIS., AMN.
(Parit Raja)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.
Puan Asiah binti Md. Ariff, AMN.
(Johor Lama)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.
Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.
(Tiram)
-
9
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,
Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.
Encik M. Asojan a/l Muniyandy
(Gambir)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.
Encik Hoo Seong Chang, PIS.
(Paloh)
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.
Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday
(Mahkota)
Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.
(Buloh Kasap)
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.
(Panti)
Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.
(Tanjong Surat)
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.
(Bukit Serampang)
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., PIS., AMN.
(Kempas)
Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP
(Machap)
Y.B. Encik Ng See Tiong, JP., PIS., AMN., KMN., PK.
(Parit Yaani)
Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.
(Yong Peng)
Y.B. Datuk Haji Sulaiman bin Haji Taha, DMSM., KMN., AMN., PIS., PJK.
(Tenang)
Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.
(Puteri Wangsa)
Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.
(Semerah)
Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.
(Layang-Layang)
-
10
Y.B. Encik Lau Chin Hoon,
(Pemanis)
Y.B. Encik Ayub bin Rahmat, PPN., AMN.
(Kemelah)
Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.
(Semarang)
Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.
(Bukit Naning)
Y.B. Dr. Lee Hong Tee,
(Jementah)
Y.B. Encik Cheong Chin Liang,
(Bukit Batu)
Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.
(Pulai Sebatang)
Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.
(Nusajaya)
Y.B. Encik Koh Chai @ Koh Chee Chai, PIS.
(Penggaram)
Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.
(Rengit)
Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.
(Johor Jaya)
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.
(Pasir Raja)
Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.
(Benut)
Y.B. Encik Munusamy a/l Mareemuthu, PIS., BSI., AMN., KMN., PPN.
(Permas)
Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,
(Penawar)
Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,
(Kahang)
Y.B. Encik Tang Nai Soon,
(Pekan Nenas)
-
11
Y.B. Dr. Shahruddin bin Md. Salleh,
(Jorak)
Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.
(Kukup)
Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,
(Bukit Permai)
Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.
(Tangkak)
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,
(Sedili)
Y.B. Encik Ja’affar bin Hashim, PPN.
(Senggarang)
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.
(Tenggaroh)
Y.B. Encik Chia Song Cheng,
(Pengkalan Rinting)
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru, AMN., PIS.
(Tanjung Puteri)
Y.B. Encik Mok Chek Hou,
(Stulang)
Y.B. Encik Ong Kow Meng,
(Senai)
Y.B. Dr Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,
(Sungai Abong)
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,
(Bentayan)
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau
(Skudai)
Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim
(Maharani)
Y.B. Encik Ng Lam Hua,
(Mengkibol)
-
12
TURUT HADIR
(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
NEGERI JOHOR)
Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,
Dato’ Haji Abd. Latiff bin Yusof DPMJ., PIS.
Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,
Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,
Datin Paduka Zainon binti Haji Yusof, DPMJ., PIS.
-
13
Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.
Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.
DOA.
(Jurutulis baca doa).
Jurutulis : PERMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT DATO’ SPEAKER.
Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan
diucapkan selamat pagi, salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, adalah
dengan sedihnya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Haji Ali bin
Mohamed yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Kawasan Tanjung
Puteri mulai 21.3.2004 hingga 13.2.2008 telah kembali ke rahmatullah pada 2 Mei
2009. Oleh yang demikian, Dewan ini merakamkan takziah kepada balu dan
keluarga Allahyarham dan marilah kita berdiri sebagai penghormatan
terhadap khidmat Allahyarham semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri
dan bagi kaum Muslimin dan Muslimat sama-samalah kita sedekahkan al-
Fatihah ke atas roh Allahyarham, al-Fatihah. Terima kasih. Semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan bersama-sama
roh para solihin.
Jurutulis : PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS MESYUARAT.
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Y.B. Dato’ Speaker, saya mohon membentangkan
Kertas Mesyuarat Bilangan 26 dan 27 Tahun 2009.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Y.B. Dato’ Speaker, saya mohon membentangkan Kertas
Mesyuarat Bilangan 28 hingga 31 Tahun 2009.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Y.B. Dato’ Speaker, saya mohon
membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 32 hingga 35 Tahun 2009.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran
dan Pengajian Tinggi : Y.B. Dato’ Speaker, saya mohon membentangkan Kertas
Mesyuarat Bilangan 36 hingga 39 Tahun 2009.
Jurutulis : SOALAN LISAN
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dato’ Haji Baderi bin Haji Dasuki, jemput.
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Haji Dasuki (Panti) : Y.B. Dato’ Speaker, soalan nombor
1.
Adakah Jabatan Bomba mempunyai rancangan untuk membina pejabat dan
kemudahan-kemudahan bomba di Bandar Tenggara? Jika ada, bila projek
tersebut akan dilaksanakan?
-
14
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Y.B. Dato’ Speaker, saya ingin memaklumkan kepada
Dewan ini bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat memang mempunyai
rancangan untuk membina sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di Bandar
Tenggara. Cadangan pembinaan ini telah pun kita masukkan ke dalam
perancangan Rancangan Malaysia yang Ke-10, untuk makluman Yang
Berhormat yang berkenaan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya, Panti.
Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Haji Dasuki (Panti) : Bandar Tenggara adalah
merupakan satu Bandar dalam Wilayah Kejora iaitu satu dengan izin new
growth centre. Jadi, penduduknya lebih kurang sekarang ini mencapai 21,000
penduduk tidak termasuk kawasan-kawasan FELDA di sekelilingnya, jadi di
Bandar Tenggara ini penduduknya lebih kurang dalam 30,000. Dia memerlukan
satu perkhidmatan bomba yang mendadak, oleh kerana selain daripada
kawasan perumahan dan perniagaan ia juga mempunyai kawasan industri dan
beberapa kes telah berlaku di mana kebakaran tidak dapat diselamatkan oleh
kerana Bandar Tenggara lebih kurang 42 kilometer daripada Kluang, 40
kilometer daripada Kota Tinggi dan 41 kilometer dari Kulai. Dia memakan lebih
kurang satu jam jentera-jentera bomba daripada ketiga-tiga bandar ini. Jadi,
saya rasa keperluan mendadak Jabatan Bomba perlu di Bandar Tenggara ini.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Y.B. Dato’ Speaker, apa yang telah dinyatakan oleh Ahli
Yang Berhormat adalah menepati perlunya diadakan sebuah Balai Bomba di
Bandar Tenggara. Sebab itulah, telah dimasukkan ke dalam Rancangan
Malaysia yang Ke-10, kerana dia memenuhi kriteria-kriteria keadaan Bandar-
bandar Tenggara yang ada sekarang ini, memang memenuhi kriteria perlunya
diadakan sebuah Balai Bomba.
Antaranya, seperti yang disebutkan itu adalah keadaan geografi atau faktor
geografinya, jumlah dan kepadatan penduduk, keluasan kawasan, tahap risiko
dan rekod-rekod kebakaran yang berlaku, jenis perniagaan ataupun
perindustrian yang ada, dan ini adalah di antara yang telah diambil kira. Oleh
itu, Jabatan Bomba mengakui dan telah pun memasukkan dalam
perancangan Rancangan Malaysia yang Ke-10. Dan, saya tahu bahawa
memang betul Balai Bomba yang sedia ada yang paling dekat ialah di Kulai
sejauh 37 kilometer kalau nak lebih tepat lagi. Yang lainnya, semuanya melebihi
40 kilometer seperti di Kota Tinggi, Simpang Renggam dan Kluang. Jadi, kalau
ada kebakaran yang memerlukan bantuan yang terdekat sekali ialah daripada
Kulai. Memang betul dia akan makan masa dan hendaknya kalau ada
kesesakan lalu lintas akan memakan masa yang lewat.
Tapi, ingin saya mencadangkan kepada Ahli Yang Berhormat, sementara kita
menunggu tertubuhnya sebuah Balai Bomba, elok juga kalau Ahli Yang
Berhormat boleh memohon kepada bomba dan kita sedia membantu untuk
menubuhkan pasukan bomba sukarela sementara menunggu terbinanya
bangunan Bomba dan Penyelamat di Bandar Tenggara.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dato’ Haji Osman bin Sapian, jemput.
-
15
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Sapian (Kempas) : Y.B. Dato’ Speaker, soalan nombor
2.
Berapa banyakkah tangkapan ikan dalam metrik tan yang dapat dikumpulkan
oleh nelayan-nelayan Negeri Johor pada tahun 2007 sehingga sekarang dan
sila nyatakan peranan Jabatan Perikanan kepada nelayan-nelayan bagi
tangkapan ikan untuk kegunaan tempatan dan eksport serta sejauh manakah
peranan jeti-jeti tangkapan ikan yang terdapat di Negeri Johor?
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Gwee Tong Hiang, jemput.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Y.B. Dato’ Speaker, soalan saya
nombor 3.
Adakah pihak kerajaan bercadang membina dan memperluaskan Jeti
Pengkalan Bentayan, Muar memandangkan bahawa tempat ‘parking’ perahu
untuk para nelayan di kawasan tersebut telah mencapai tahap optimum?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Y.B. Dato’
Speaker, izinkan saya jawab bersekali soalan 2 dan 3. Negeri Johor mempunyai
2 pesisir pantai iaitu Pantai Barat dan Pantai Timur. Perairan Pantai Barat
mempunyai keluasan yang terhad disebabkan persempadanan perairan yang
sempit dan berhampiran dengan Negara Indonesia. Bilangan nelayan dan
vesel di Pantai Timur berjumlah 4,195 nelayan dengan 1,739 vesel. Seterusnya di
Pantai Barat Johor seramai 5,511 nelayan dengan 2,608 vesel.
Jumlah pendaratan ikan pada tahun 2007 di kawasan Pantai Timur Johor
sejumlah 77,141.81 metrik tan dengan nilaian RM244.67 juta. Seterusnya Pantai
Barat Johor, jumlah pendaratan ikan pada tahun 2007 sebanyak 20,315.12
metrik tan dengan nilaian sebanyak RM143.2 juta. Seterusnya jumlah
pendaratan ikan pada tahun 2008 di kawasan Pantai Timur Johor sebanyak
72,446.33 metrik tan dengan nilaian RM200.69 juta. Seterusnya di Pantai Barat
Johor jumlah pendaratan berjumlah 19,763.76 metrik tan dengan nilaian
RM181.86 juta.
Bilangan jeti mengikut daerah di Johor Baru, jeti yang dibina oleh Kerajaan
sebanyak 21 buah dan jeti persendirian sebanyak 15 buah. Di Mersing jeti dibina
oleh Kerajaan, 3 buah; persendirian, 11 buah; Pengerang, 16 buah dibina oleh
Kerajaan dan juga 16 buah oleh persendirian, Sedili, 1 buah oleh Kerajaan dan
Muar, 13 buah; Ledang, 2 buah dan Pontian, 19 buah dan jeti persendirian di
Pontian, 6 buah; yang berjumlah keseluruhan, 123 buah jeti di Negeri Johor.
Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah membina lebih
daripada 30 buah jeti pendaratan ikan di pangkalan-pangkalan nelayan, selain
daripada kompleks-kompleks pendaratan ikan di Endau, Mersing dan Sedili.
Selain jeti-jeti daripada pejabat Daerah dan Jabatan Parit dan Saliran serta
jabatan dan agensi lain, jeti-jeti juga dibina oleh syarikat swasta dan orang
perseorangan. Jeti yang dibina dan dibangunkan tersebut telah digunakan
sepenuhnya oleh nelayan tempatan sebagai kemudahan pendaratan ikan.
-
16
Stor disediakan untuk simpanan pukat ataupun enjin sangkut dan mengisi
minyak bot.
Bagi Rancangan Malaysia Ke-10, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Negeri Johor telah mengemukakan permohonan antaranya bagi pembinaan
Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pontian. Dan, pembinaan jeti-jeti
kecil di pangkalan nelayan dan juga peruntukan bagi kerja-kerja
penyelenggaraan dan peningkatan jeti yang sedia ada.
Seterusnya LKIM telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM500,000.00
untuk memanjangkan jeti sedia ada di Pangkalan Bentayan, Muar.
Dijangkakan proses sebut harga akan dilaksanakan setelah kebenaran diterima
daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan di Muar. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Kempas.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Sapian (Kempas) : Terima kasih, Dato’ Speaker. Kalau
kita dengar tadi berkenaan dengan jumlah nelayan yang berada di Negeri
Johor lebih kurang dalam 4,100 nelayan. Saya rasa jumlah nelayan yang begitu
banyak kita boleh kategorikan dua golongan:
i. Nelayan tradisi, di mana mereka bukan sahaja menangkap ikan secara
kecil-kecilan tapi sudah begitu lama.
ii. Nelayan komersil ataupun nelayan yang besar, ini termasuk nelayan yang
menggunakan pukat tunda ataupun bot-bot yang besar.
Tapi soalan saya di sini ialah tentang nelayan tradisi yang di dalam kawasan
saya ini khususnya di Parlimen Pulai. Terdapat tidak kurang daripada antara 3
hingga 400 nelayan yang tinggal di persisiran pantai yang bekerja sebagai
nelayan lebih daripada 30 tahun. Tetapi, pada hari ini pendapatan mereka
terjejas dengan beberapa faktor.
i. Tentang perubahan keadaan sekeliling, kalau dulu tidak banyak
pembangunan, hari ini banyak pembangunan. Maka, kesan daripada
pembangunan ini juga mengurangkan tangkapan dan juga
pendapatan. Yang keduanya, ….
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, soalannya apa? Ini bukan berucap,
kemukakan soalan.
Y.B. Dato’ Haji Osman bin Sapian (Kempas) : Ini soalan juga ni. Jadi, rasa yang
menjawab ni, kalau kita tak explain dengan begitu detail nanti jawapannya
tidak tepat. Saya kena bagikan gambaran yang sejelas mungkin supaya
jawapan yang diberikan ini lebih tepat lagi. Jadi, saya rasa amat sedih dengan
nelayan yang sebegini kerana walaupun ada pembangunan di kawasan
mereka tetapi kehidupan mereka semakin lama semakin terhimpit. Apa yang
ingin saya utarakan di sini ialah apakah pendekatan ataupun perancangan
masa panjang untuk mereka ini meneruskan hidup mereka, bukan sahaja
daripada mata pencarian mereka tetapi juga dari segi kedudukan kerana
banyak persisiran pantai khususnya seperti di Danga, di Skudai Kiri dan juga di
-
17
Tebing Runtuh dan Sungai Melayu ini akan terlibat dengan beberapa
pembangunan. Jadi, ini bukan sahaja akan menjadi kesan kepada kehidupan
masa depan mereka tetapi juga saya rasa tentang ikan yang mereka tangkap
dahulu untuk mereka hasilkan di pasaran tempatan juga akan berkurangan.
Jadi, saya rasa kita juga akan memberikan kesan kerana harga ikan akan naik.
Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Y.B. Dato’
Speaker, Kerajaan menyedari mengenai terjejasnya pendapatan nelayan-
nelayan di kawasan Pantai Barat. Kerajaan telah mengambil pendekatan-
pendekatan baru seperti mewujudkan alternatif seperti membangunkan ikan di
daratan iaitu membangunkan industri agriculture iaitu ikan air tawar. Dan, hari
ini telah banyak dibangunkan seperti Pertubuhan Peladang Johor Bahru
Selatan yang telah membangunkan ikan di daratan iaitu ikan air payau dan kita
juga telah banyak membantu kepada nelayan-nelayan ini untuk
membangunkan juga menternak ikan dalam kolam kanvas yang boleh
dijalankan setiap masa tanpa terjejas dengan masalah cuaca di laut.
Seterusnya juga Kerajaan telah membangunkan industri hiliran untuk
mengembangkan produk-produk daripada perikanan seperti fish-ball, fish-cake
dan juga otak-otak yang semua ini berasaskan daripada perikanan. Oleh itu,
kerajaan memang komited untuk membangunkan ekonomi masyarakat
nelayan agar mereka dapat terus melangsungkan kehidupan mereka dengan
sejahtera.
Y.B. Dato’ Speaker : Parit Yaani dulu ya.. sekejap.
Y.B. Encik Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Setahu saya daripada hasil tangkapan
nelayan, banyak ikan yang berkualiti semua eksport ke negeri Singapura. Oleh
kerana harga yang mahal, yang tinggi dan juga mereka sudah dikontrakkan
dan orang tempatan tidak dapat menikmati hasil tangkapan nelayan
tempatan. Hanya dapat di pasar, kita dapat ikan kucing kurap, ikan yang tidak
berkualiti. Adakah kerajaan membuat pemantauan terhadap masalah ini?
Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat
Dato’ Speaker, untuk keperluan ikan dalam negara pada dasarnya memang
mencukupi dan pihak Jabatan Perikanan ada membuat perlesenan untuk ikan-
ikan ini dieksport dan ada juga ikan-ikan ini yang tidak dapat kebenaran untuk
dieksport kerana untuk menampung keperluan rakyat tempatan. Dan setakat
ini, kalau saya jalan ke pasar memang tidak ada masalah untuk rakyat Negeri
Johor untuk mendapatkan ikan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Bentayan.
Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
tambahan. Terlebih dulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan
telah memperuntukkan wang sejumlah RM500,000.00 untuk memperluaskan jeti
pangkalan Bentayan. Soalan saya ialah apabila saya meninjau keadaan di
sana, tempat di sana ialah tempat perhentian bas Bentayan. So, I tengok
keadaan di sana sudah usang, jetinya sudah usang dan bot-bot nelayan lebih
-
18
daripada 100 buah. Adakah peruntukan ini, RM500,000.00 ini boleh dibina untuk
menampung berapa buah bot kawasan di sana. Dan pada nelayan di
kawasan sana, jeti pangkalan Bentayan memaklumkan kepada saya bahawa
jaring-jaring mereka sering kali dicuri, sebab keadaan di sana ialah gelap gelita
pada malam hari. Adakah pihak kerajaan boleh menyediakan lampu di
sebelah malam di jeti pangkalan Bentayan Sebab dia letak di tengah-tengah
Bandar. Lagipun gambar Perdana Menteri kita yang lalu, Pak Lah ada
terpampang megah di sana, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat
Dato’ Speaker, memang kerajaan prihatin mengenai jeti di Bentayan dan
kerajaan telah mengemukakan peruntukan ini dan malah pelan telah dihantar
ke Majlis Daerah Muar untuk kelulusan. Dan akan dipanjangkan jeti ini hampir
100 kaki. Dan ini dijangka dapat menambah keperluan menampung nelayan
ini dan mengenai lampu ini, saya akan pastikan agar kemudahan lampu dapat
disediakan dalam tempoh tahun ini juga.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Abdullah bin Ali, jemput.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, soalan nombor 4.
Sebanyak RM350 juta telah disediakan oleh kerajaan di bawah Pakej
Rangsangan Ekonomi Kedua untuk membantu usahawan melalui Agro Bank
dan Tekun. Berapa ramaikah usahawan di Negeri Johor dengan pecahan
mengikut daerah yang telah berjaya memperolehi pinjaman khas ini?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pelajaran
dan Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan
yang mulia ini, dana Mikro Esp-1, ini dilaksanakan oleh Agrobank mulai
pertengahan Mei 2009 sehingga 9 Jun 2009. Jumlah permohonan dan kelulusan
Pinjaman Micro Economic Stimulate Package (Micro Esp-I) adalah sepertimana
berikut :
Bagi daerah Pontian, 14 permohonan dengan nilaian RM183,000.00 dan
kelulusan yang telah diberikan kepada 13 pemohon dengan nilaian
RM124,000.00. Bagi daerah Labis, 9 permohonan diterima dengan jumlah
RM145,000.00 dan 9 telah pun diluluskan dengan jumlah yang sama. Bagi
daerah Segamat, 30 permohonan diterima dengan jumlah RM500,000.00 dan
belum ada kelulusan bagi daerah Segamat. Bagi daerah Mersing, 21
permohonan diterima dengan jumlah RM358,000.00 dan satu permohonan telah
pun diluluskan dengan jumlah RM8,000.00. Bagi daerah Kota Tinggi, 15
permohonan diterima dengan jumlah RM312,000.00 dan belum ada kelulusan
bagi daerah tersebut. Bagi daerah Kluang, 58 permohonan diterima dengan
jumlah RM1,896,000.00 dan 6 kelulusan telah pun diberikan dengan jumlah
RM101,000.00. Bagi daerah Muar 30 permohonan telah pun diterima dengan
jumlah RM677,000.00 dengan kelulusan yang telah pun diberi iaitu 2 kelulusan
dengan jumlah RM9,000.00. Bagi daerah Batu Pahat, 30 permohonan diterima
dengan jumlah RM250,000.00 dan satu kelulusan telah pun diberikan dengan
-
19
jumlah RM15,000.00. Bagi daerah Johor Bahru, 19 permohonan telah pun
diterima dengan jumlah RM370,000.00 dan belum ada kelulusan yang diberikan.
Dan bagi kawasan Rengit, 13 permohonan diterima dengan jumlah
RM262,000.00 dan belum ada kelulusan diberikan. Setakat ini jumlah
permohonan ialah 239 pemohon dengan jumlah RM4,953,000.00 dan 32
kelulusan telah pun diberikan dengan jumlah RM402,000.00.
Manakala untuk TEKUN Nasional pula, peruntukan berjumlah RM50 juta telah pun
disediakan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan peruntukan ini telah
diterima oleh TEKUN Nasional pada 28 Mei, 2009. Dari 28 Mei hingga 5 Jun 2009,
TEKUN Nasional telah mengeluarkan 512 pembiayaan bernilai RM5,896,000.00 di
seluruh Negara dan untuk Negeri Johor iaitu sebanyak 84 pembiayaan bernilai
RM806,000.00 telah pun diluluskan di bawah dana khas ini. Pengeluaran
pembiayaan mengikut daerah adalah seperti berikut :
Bagi daerah Batu Pahat, 16 permohonan telah pun diluluskan dengan jumlah
RM169,000.00. Muar, 13 permohonan, RM122,000.00; Segamat, 8 permohonan,
RM85,000.00; Kluang, 2 permohonan, RM25,000.00; Mersing, 3 permohonan,
RM23,000.00; Kota Tinggi, 5 permohonan, RM53,000.00; Pontian, 5 permohonan,
RM53,000.00; Kulaijaya, 11 permohonan RM94,000.00; Ledang, 1 permohonan
RM20,000.00; dan Johor Bahru, 20 permohonan, RM162,000.00.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Bukit Naning.
Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, soalan tambahan. Rungutan kita terima daripada peniaga-peniaga
kecil dan juga usahawan-usahawan kecil hari ini didapati bahawa sangat susah
untuk mendapatkan pinjaman TEKUN, kalau di masa-masa yang lalu, pinjaman
TEKUN ini mudah mendapat kelulusan. Sedangkan peruntukan yang disediakan
oleh pihak kerajaan adalah besar, apakah sebab-sebab dan rasionalnya
kelewatan yang diterima oleh pihak pemohon TEKUN ini, terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pelajaran
dan Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam keadaan biasa
pihak TEKUN, pejabat TEKUN kawasan akan memproses permohonan dalam
tempoh seminggu. Penilaian dibuat dalam tempoh seminggu dan penyiasatan
dilakukan terhadap pemohon yang memohon pinjaman tersebut. Dan
pegawai TEKUN kawasan akan turun untuk melawat premis perniagaan yang
terbabit. Dan permohonan tersebut dihantar ke ibu pejabat selepas tempoh
seminggu tersebut dan biasanya dalam keadaan biasa ibu pejabat akan
memberi kelulusan dalam tempoh tidak lewat daripada satu bulan, itu dalam
keadaan biasa. Namun begitu akhir-akhir ini, memang TEKUN mengakui
bahawa terdapat kelewatan dalam proses memberi kelulusan permohonan
TEKUN disebabkan permohonan yang terlalu banyak. Di peringkat Nasional
saya difahamkan ada 15,000 permohonan sedang diproses dan di Negeri Johor
sendiri terdapat 3,500 permohonan yang sedang diproses untuk dihantar ke ibu
pejabat TEKUN. Itu mungkin antara punca kelewatan permohonan TEKUN.
Y.B. Dato’ Speaker : Permas, ok Yang Berhormat, Permas Jaya.
-
20
Y.B. Encik Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker
terima kasih. Soalan tambahan saya, nampaknya permohonan bagi Agrobank
ini amat kurang. Apalah sebabnya tidak dapat sambutan untuk pemohon-
pemohon supaya mereka boleh mohon dengan senang. Dan saya juga ingin
tahu, apakah kriteria-kriteria untuk seseorang memohon pinjaman daripada
Agrobank, dan adakah permohonan ini terbuka kepada semua kaum, terima
kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pelajaran
dan Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dana yang disediakan
melalui Agrobank, terbuka kepada dua sektor iaitu pertanian dan juga sektor
pemprosesan dan bagi pinjaman untuk sektor pertanian, jumlah maksimum
yang diperuntukkan untuk satu permohonan ialah berjumlah RM50,000.00 dan
kelulusannya di peringkat negeri. Manakala bagi sektor pemprosesan setiap
permohonan terhad kepada RM20,000.00 dan kelulusan di peringkat
cawangan. Mengenai dengan, mungkin ramai yang tak tahu seperti kata Ahli
Yang Berhormat dari Permas tadi, sebenarnya dana ini telah pun diwar-warkan
apabila Pakej Rangsangan Ekonomi telah pun diumumkan oleh pihak kerajaan.
Jadi, bagi mereka-mereka yang berminat bolehlah terus kepada Agrobank dan
pinjaman ini tidak terhad kepada mana-mana pihak.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Ja’afar bin Hashim, jemput.
Y.B. Encik Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan nombor 5.
Dalam usaha Kerajaan Negeri Johor untuk memajukan sukan, apakah pula
insentif yang telah diberikan oleh kerajaan kepada atlet-atlet Johor yang telah
berjaya membawa pingat dalam SUKMA 2008 di Kuala Terengganu tahun lalu?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Kerajaan Negeri sememangnya prihatin dan menghargai sumbangan para atlet
di dalam pembangunan sukan, sama ada di peringkat negeri mahupun yang
telah berjaya di peringkat Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan
telah menyalurkan insentif sejumlah RM231,000.00 kepada pemenang pingat
emas, perak dan juga gangsa di temasya SUKMA 2008 di Kuala Terengganu.
Sepertimana kategori yang berikut iaitu untuk kategori individu, pingat emas
sebanyak RM2,500.00, perak RM1,000.00 dan gangsa RM700.00. Untuk kategori
berpasukan kurang daripada 6 orang untuk pingat emas sebanyak RM1,500.00,
pingat perak RM800.00 dan pingat gangsa RM500.00. Manakala kategori yang
ketiga iaitu berpasukan lebih daripada 6 orang, pingat emas sebanyak
RM1,000.00, perak RM600.00 dan juga pingat gangsa sebanyak RM300.00.
Selain daripada itu, insentif tambahan juga diberikan kepada 9 orang atlet yang
telah berjaya memecahkan rekod kejohanan sebanyak RM300.00 bagi setiap
acara yang dimenanginya.
Kerajaan Negeri juga tidak melupakan sumbangan penggerak-penggerak
pasukan dengan memberikan insentif khas sebanyak RM1,000.00 seorang
kepada 53 orang pengurus dan juga jurulatih di mana pasukan mereka berjaya
memenangi pingat emas. Pemberian insentif ini diharapkan akan menjadi
-
21
pemangkin kepada peningkatan minat dan memupuk semangat para atlet
Johor untuk memperbaiki prestasi dan pencapaian mereka di masa akan
datang.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Puan Murukasvary a/p Thanarajan.
Y.B. Puan Murukasvary a/p Thanarajan (Tenggaroh) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, soalan saya nombor 6.
Isu obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah semakin mendapat perhatian.
Apakah tindakan Pihak Berkuasa atau pihak-pihak yang berkaitan untuk
menangani masalah obesiti ini serta mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-
kanak itu sendiri, ibu bapa serta guru-guru.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah obesiti di
kalangan murid sekolah di Negeri Johor ini memang selalu diambil perhatian
dan perhatian khusus pada tahun 2008. Daripada keseluruhannya 6.8% murid-
murid tahun satu yang dipantau pada 2008 di Negeri Johor adalah obes
berbanding 7.6% di tahun sebelumnya. Di antara daerah yang tinggi adalah
daerah Johor Baru, 11.3%; Kluang, 7.2%; Kota Tinggi, 6.6%; Segamat, 6.2%.
Manakala untuk pelajar tingkatan satu pada keseluruhan di Negeri Johor ini
adalah 9.9% adalah obes. Murid tingkatan satu yang obes daerah yang
mencatat peratusan yang tinggi adalah daerah Kluang, 15%; Johor Bahru,
12.2%; Segamat, 9.7%; Muar, 9.4%.
Dalam pelaksanaan program bersepadu pemakanan sihat, 18 buah sekolah
telah dipilih di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan untuk Malaysia.
Bagi tujuan ini, satu seminar telah dianjurkan bagi menyediakan pelan tindakan
daerah bersama-sama dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah. Program ini telah diteruskan dengan saringan berat badan
murid. Latihan kepada anggota kesihatan dan guru sekolah, penilaian
hidangan kantin sekolah dan ceramah pemakanan sihat kepada manusia,
kepada murid, minta maaf, ibu bapa dan guru-guru. Selain itu, beberapa
kursus katering juga, katering sihat juga akan dijalankan untuk pengendali
makanan kantin sekolah, untuk orang ramai dan murid sekolah, minta maaf.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga bercadang untuk memulakan
perkhidmatan runding cara pemakanan oleh Pegawai Zat Makanan di sekolah-
sekolah yang dikenal pasti mempunyai masalah obesiti yang tinggi. Buat masa
ini sekolah yang obes, murid sekolah yang obes akan dirujuk ke klinik kesihatan
yang berhampiran dan untuk orang ramai dan murid sekolah di bandar pula,
Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menubuhkan Pusat Maklumat
Pemakanan di Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah Johor Bahru dan pusat ini
menawarkan khidmat nasihat, pameran statik, tema bulanan, bahan-bahan
cetak pemakanan, uji rasa kudapan sihat serta saringan berat dan lemak
badan.
Dalam mempromosikan pemakanan sihat juga Jabatan Kesihatan Negeri Johor
turut bekerjasama dengan Persatuan Pemakanan Malaysia dalam menyambut
bulan pemakanan setiap tahun dan pada tahun ini adalah “Kanak-Kanak Sihat
-
22
Negara Lebih Sihat.” Kumpulan sasar sambutan ini adalah murid-murid sekolah.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga sedang membuat rancangan untuk
melaksanakan projek pemakanan sihat di pasar raya. Bagi memastikan
masalah obesiti murid sekolah di Negeri Johor terkawal, Jabatan Kesihatan
Negeri Johor telah memasukkan pemantauan berat badan murid tahun satu
dan pelajar tingkatan satu ke dalam satu Sistem Pengawasan Pemakanan
Negeri Johor yang bermula pada tahun 1997 dan pemantauan ini dijalankan
setiap dua tahun dan melibatkan 540 buah sekolah rendah dan 540 buah
sekolah menengah di seluruh Negeri Johor.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya, Tenggaroh.
Y.B. Puan Murukasvary a/p Thanarajan (Tenggaroh) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dr. Robia
kerana memberi satu penjelasan yang begitu lebar tetapi sayang sekali saya
tidak dapat dengar dengan jelasnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, mungkin
kerana sistem…
Y.B. Dato’ Speaker : Dekat sikit mic boleh tak? Tak jelaslah saya.
Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh): Walau bagaimanapun
Dato’ Speaker, saya ada soalan tambahan kalau Dr. Robia belum sentuh ini.
Sejauh manakah isu ini dititik beratkan dalam kurikulum sekolah rendah?
Mungkin dah jawab tetapi saya tak dengar…
Y.B. Dato’ Speaker : Tak tahu Yang Berhormat dengar ke tak? Jelas? Ok jelas.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Jadi pemantauan di sekolah-sekolah, tak dengar
ya, pemantauan di sekolah-sekolah dan beberapa program telah diadakan
kepada anak-anak sekolah dan kita akan melanjutkan pemantauan ini
berterusan.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Skudai.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai): Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
tambahan saya ialah Yang Berhormat Dr., kadang-kadang kita selalu terpaksa
merujukkan kanak-kanak dengan masalah obesiti kepada pakar psikiatri atau
psikologi. Di kawasan Johor Bahru saya rasa mudah sikit sebab mereka boleh
dirujuk ke Pusat Harian Permai. Sama ada, adakah perkhidmatan yang sama
iaitu kepakaran psikiatri dan juga psikologi diberikan di daerah hospital-hospital
daerah lain di Negeri Johor?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Kepakaran yang
penting untuk obesiti ini adalah Pegawai Zat Pemakanan. Jadi dia lain
daripada dietition, dietition itu adalah di hospital-hospital dia menasihatkan
pesakit untuk memakan barang-barang yang boleh di makan untuk macam
pesakit diabetis dan sebagainya. Tetapi Pegawai Zat Pemakanan ini adalah
duduknya di klinik-klinik kesihatan seluruh negeri di mana dia memberi
penerangan kepada komuniti at large. Semua komuniti masyarakat dan nasihat
-
23
itu adalah untuk kanak-kanak, untuk orang dewasa, guru-guru dan sebagainya
yang kita titik beratkan di sekolah-sekolah yang banyak, ramai budak-budak
obes ini. Cara pemakanan dia dan yang penting sekali adalah cara beriadah.
Kita kena exercise to burn up our calaries. Jadi, pada masa sekarang psikologi
dan psikiatri tidak berapa penting walaupun ada sedikit sebanyak yang teruk-
teruk punya kes kalau dia obsessive eating dan sebagainya kita akan refer ke
situ, tetapi buat masa sekarang yang penting adalah Pegawai Zat Pemakanan
itu. Terima kasih.
Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato, Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ada lagi. Tanjung Puteri dulu.
Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih Yang Berhormat
Dato’ Speaker, dalam kita membincangkan masalah obesiti ini, kita cuma lihat
Jabatan Kesihatan menyentuh tentang teorinya sahaja, walhal di sekolah-
sekolah sendiri kita lihat pemakanan di sekolah ada jual berger, ada jual nugget,
ada jual hotdog dan sebagainya. Jadi apakah tindakan Kementerian
Kesihatan ini terhadap sekolah-sekolah dari segi pengawalan di kantin-kantin?
Sekian, terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Memang untuk
katerer sekolah-sekolah yang mengendalikan kantin-kantin di sekolah ini kita
adakan seminar ataupun kursus khas untuk mereka, untuk menjaminkan mutu
pemakanan yang diberi kepada murid-muridnya adalah seimbang dan bagus
untuk dimakanlah. Walau bagaimanapun, memang Jabatan Kesihatan
Masyarakat memang memantau keadaan inilah. Terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya, Jementah.
Y.B. Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih
kepada Yang Berhormat Exco, saya setujulah obesiti berkait rapat dengan cara
hidup dan juga cara pemakanan. Jadi saya nak tanya, adakah spektrum
obesiti kanak-kanak di sekolah sama ada, ada kajian tak? Sama ada, ada
perbezaan kalangan sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar. Sama
ada yang di bandar lebih ramai kanak-kanak sekolah yang obesiti dan di luar
bandar tidak, ada kajian tak ini?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita dah
ada kajiannya dan didapati bahawa kadar murid ataupun orang yang obes
dibandingkan daripada luar bandar dan bandar adalah sama. Jadi tiada
perbezaan, apakah orang yang obesiti duduk di bandar ataupun di kampung
sama sahaja, itu kajian yang telah dibuat. Saya akan kasi kajian kepada Yang
Berhormat.
Y.B. Dato’ Speaker : Ah, Sungai Abong.
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, soalan tambahan saya, saya ingin bertanya sama ada bilangan
-
24
obesiti di kalangan pelajar-pelajar sekolah itu adakah termasuk kumpulan over
weight ataupun dirangkumi sekali over weight dengan obesiti dan apabila
ramai budak-budak yang normal weight datang berjumpa kita di klinik-klinik
maka kita nasihatkan supaya gemukkan sedikit badan. Kerana apa, kerana
untuk menampung buku-buku sekolah dan beg-beg sekolah yang berat dan
mereka tanya kepada ibu bapa kenapa anaknya lebih berat daripada biasa
dan mereka bersetuju bahawa terpaksa kerana nak memikul beg dan buku-
buku yang berat. Jadi, adakah pihak Jabatan Kesihatan mengambil kira over
weight dan obesiti ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Ini lelaki ke perempuan Yang Berhormat? Yang banyak?
Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Dua-dua.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh, dua-dua.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan
Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita
kena tahu apa itu over weight dan apa itu obes. Over weight dia ada apa tu
figures daripada, ini kita boleh lihat daripada beberapa percent body mass
compared dengan tinggi badan dan kita juga ada carta macam ini. Jadi,
antara obes dan berat badan itu memang different, lain. Berat badan tu kalau
kita lihat daripada carta ni, body mass dia dan sebagainya jadi kita dapat
bahawa dia ni masuk ke golongan over weight tetapi obes ini adalah yang over
weight juga tetapi banyak lemak lagi. Dalam Dewan ini saya tengok Yang
Berhormat Dato’ Speaker, tak ada yang obes di sini. Alhamdulillah, jadi ah apa
tu, bila obes dia ada over weight dan deposition of fat banyak jadi become
obeslah. Yang Berhormat Doktor pun tahulah.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah dia doktor. Yang Berhormat Tuan Haji Rasman
bin Ithnin, jemput.
Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnin (Sedili) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
nombor 7.
Apakah status permohonan tanah bagi generasi kedua FELDA bagi kawasan-
kawasan FELDA di dalam DUN Sedili?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan : Yang Berhormat Dato’ Speaker pada masa ini
Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi sedang menguruskan permohonan tanah
bagi generasi kedua bagi Gugusan Air Tawar iaitu bagi Air Tawar 1, Air Tawar 2
dan juga Air Tawar 3 dan urusan hak milik tanah ini bagi rancangan lain masih
lagi di peringkat perancangan oleh Pejabat Tanah dan mengikut amalan pada
masa ini permohonan generasi kedua hanya diurus dan diproses setelah
peneroka mendapat hak milik.
Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sedili terdapat sembilan buah
rancangan FELDA yang telah pun mendapat hak milik adalah FELDA Bukit Aping
Timur, FELDA Bukit Aping Barat dan juga FELDA Bukit Waha dan sekarang ini
sedang kita kenal pasti tanah-tanah kosong untuk ditawarkan kepada generasi
-
25
kedua. Dan bagi FELDA Bukit Easter dan juga FELDA Simpang Waha, walaupun
telah mendapat hak milik tetapi belum selesai keseluruhannya kerana masih
terdapat lagi blok 2 dan 3 bagi kedua-dua FELDA tersebut belum lagi mendapat
hak milik. Dan bagi FELDA Lok Heng Barat, FELDA Lok Heng Timur, FELDA Lok
Heng Selatan dan Tenggara Selatan 1, keempat-empat FELDA tersebut masih
lagi belum mendapat hak milik dan peranan FELDA dalam pengurusan hak milik
generasi kedua ialah hanya mengesahkan kekosongan lot serta juga status
pemohon dan proses-proses lain seperti temu duga dan ukur diuruskan oleh
Pejabat Tanah Daerah.
Y.B. Datuk Haji Sulaiman bin Haji Taha (Tenang) : Yang Berhormat Dato’
Speaker. Soalan tambahan. Saya terutamanya nak mengucapkan terima kasih
kepada Kerajaan Negeri kerana telah sudi dan bersetuju memberikan tanah
untuk dijadikan tapak rumah kepada generasi kedua FELDA khususnya dalam
kawasan saya. Soalan saya ialah apakah FELDA ini sebenarnya ikhlas untuk
memberikan ataupun mencadangkan lot-lot yang dicadangkan untuk
dijadikan tapak rumah untuk generasi kedua, Dato’ Speaker, kerana di kawasan
saya…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat soalan asal FELDA Sedili, dia tidak termasuk
yang lain.
Y.B. Datuk Haji Sulaiman bin Haji Taha (Tenang) : Ada kaitan dengan tapak
rumah.
Y.B. Dato’ Speaker : Itu Yang Berhormat cakap kawasan Yang Berhormat?
Yang Berhormat cerita kawasan Sedili punya sudah.
Y.B. Datuk Haji Sulaiman bin Haji Taha (Tenang) : Secara umumlah Yang
Berhormat Dato’, saya kalau tak ada contoh...
Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak boleh general ya. Soalan dia tuju kepada Sedili je.
Tempat dia selesai, selesai. Tempat lain…
Y.B. Datuk Haji Sulaiman bin Haji Taha (Tenang) : Jadi begini Dato’, ringkasnya
begini, apakah FELDA ini ikhlas sebenarnya untuk menentukan tapak rumah
yang sesuai bagi dikurniakan oleh kerajaan kepada generasi kedua. Seperti
kawasan Sedililah. Sebab ada di antara kawasan-kawasan tapak rumah yang
telah dicadangkan oleh FELDA kepada Kerajaan Negeri kawasan itu tidak
sesuai, ada yang paya, ada yang bukit, ada sebelah kubur, tepi kubur ini
prosesnya, akhirnya orang yang dikurniakan ini akan mohon untuk tukar tapak
yang lebih sesuai dan sempurna. Jadi kalau boleh perkara ini dilihat sejelas-
jelasnya dan pastikan FELDA ini kalau ikhlas macam mana ikhlasnya Kerajaan
Negeri nak beri tanah, dia juga kena ikhlas. Jadi baru masalah boleh selesai.
Terima kasih Dato’.
Y.B. Dato’ Speaker : Apa cerita? Nak jawab?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun soalan
asal, tak apalah saya jawab bagi DUN Tenang. Setakat ini, dalam makluman
-
26
bahawa Tenang, bagi DUN Tenang, kita ada tiga FELDA yang telah pun
mendapat hak milik dan saya memang faham akan masalah yang dihadapi
oleh Yang Berhormat ADUN Tenang kerana telah pun perkara ini, telah pun kita
bangkitkan pada Dewan yang lepas dan saya telah pun meminta supaya kita
semak semula dan mengenal pasti semula mereka-mereka yang mendapat
tanah tersebut tetapi tidak sesuai dengan pembinaan rumah dan sebagainya
untuk kita maklumkan kembali kepada pihak FELDA dan juga Pejabat Tanah.
Jadi kita sekarang ini tengah menunggu maklumat mengenai dengan perkara
itu untuk kita dapat mengatasi masalah sekiranya tidak sesuai kita cuba
dapatkan bagi tanah-tanah yang lain Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, jemput.
Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
soalan nombor 8.
Nyatakan bilangan pekerja yang diberhentikan, golongan belia dan siswazah
menganggur dan mereka yang telah menyertai Program Train & Place melalui
Negeri Johor setakat bulan Mei 2009?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, krisis ekonomi global semasa yang
bermula dari krisis kewangan di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007
telah membawa kesan yang jauh, lebih meluas dan mendalam termasuklah ke
negara kita lebih-lebih lagi dalam suku tahun keempat tahun 2008. Keadaan ini
turut memberi kesan kepada penggajian pekerja di Malaysia di mana bagi
tempoh dari bulan Oktober 2008 hingga Mei 2009, sebanyak 162 buah syarikat
telah memberhentikan seramai 6,154 orang pekerja dengan 3,929 daripadanya
adalah pekerja tempatan, manakalanya pekerja asing seramai 2,225 orang.
Memandangkan senario ekonomi yang meruncing ini, maka kerajaan telah
mengumumkan pakej rangsangan pertama dan pakej rangsangan ekonomi
kedua untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang
dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas iaitu golongan
pekerja yang diberhentikan dan graduan yang menganggur.
Jadi, pakej rangsangan ini memberi tumpuan kepada 4 teras utama yang turut
merangkumi teras pertamanya ialah mengurangkan pengangguran dan
menambah peluang pekerjaan. Jadi, antara strategi yang telah dikenal pasti
ialah perlunya disediakan peluang untuk mengikuti latihan dan seterusnya
mewujudkan peluang pekerjaan. Untuk tujuan inilah Yang Berhormat Dato’
Speaker, maka Program Latihan dan Penempatan Pekerja atau dalam Bahasa
Inggerisnya dengan izin disebut Train & Place telah diperkenalkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk mengikuti Program Train & Place ini ada
beberapa syarat yang ditetapkan. Di antaranya pekerja berkenaan itu
seharusnya adalah warganegara Malaysia dan berdaftar dengan JobsMalaysia
dan harus mengikuti latihan sehingga tamat dan juga bersetuju menerima
tawaran kerja sebelum dan selepas tamat latihan. Maksudnya, sebelum dia nak
mengikuti Program Train & Place ini dia harus setuju untuk bekerja di pusat
latihan berkenaan. Jadi, tempoh latihan yang disediakan ini adalah 1 hingga 6
bulan dan sepanjang tempoh menghadiri latihan ini, pelatih ini akan dibayar
-
27
elaun sara diri pada kadar RM500.00 hingga RM800.00 sebulan dan bagi pekerja
yang diberhentikan, khusus untuk pekerja yang diberhentikan ini elaun-elaun
sara diri adalah bergantung kepada status diri pelatih sama ada bujang, telah
berkahwin dan ada mempunyai latihan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk elaun bagi golongan belia dan graduan
pula, elaun sara dirinya ialah pada kadar tetap RM500.00 sebulan. Jadi, latihan
yang diberikan di bawah program ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, adalah
meliputi bidang teknologi maklumat, elektronik, pemasaran, sajian pemakanan,
perkhidmatan kaunter dan sajian makanan yang berkaitan dengan katering.
Jadi, latihan ini akan diberikan oleh penyedia latihan yang telah ditauliahkan
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.
Untuk Negeri Johor, bagi makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 8 penyedia
latihan termasuk PUSPATRI atau Johor Skills Development Centre Sdn. Bhd. yang
telah ditauliahkan untuk memberi latihan dalam bidang penyelenggaraan
kenderaan, Program Pembangunan Teknologi Maklumat, Pegawai Keselamatan
dan Kesihatan dan CNC Milling Programme, dengan izin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi Negeri Johor, setakat ini terdapat seramai
4,336 orang telah memohon untuk mengikuti Program-Program Train & Place
tadi. Di mana seramai 1,142 orang adalah pekerja yang diberhentikan, 2,052
orang adalah belia dan 1,142 adalah graduan. Jadi, setakat ini jumlah pelatih
yang telah daftar dan tamat latihan adalah seramai 112 orang. Jadi, lebih
ramai pelatih dijangka akan dipilih untuk mengikuti latihan di bawah Program
Latihan dan Penempatan Pekerja ini pada masa akan datang apabila
penyedia latihan dapat bekerjasama dengan majikan yang mempunyai
kekosongan jawatan. Kadang-kadang Yang Berhormat Dato’ Speaker, sikap
pelatih yang mengikuti latihan dan seterusnya komited untuk bekerja dengan
majikan yang telah dikenal pasti memainkan peranan dalam kejayaan program
ini. Pelatih harus melihat ini sebagai peluang untuk memperolehi kemahiran dan
pengetahuan yang akan memberi tambah nilai kepada mereka dan untuk
menjamin kebolehan bekerja atau employability dengan izin, mereka dalam
pasaran tenaga kerja, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha, Yong Peng.
Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
tambahan. Adakah kerajaan memastikan mereka-mereka yang telah
menjalani latihan itu dapat tawaran kerja? Kalau tidak bersia-sialah kerajaan
belanja duit yang banyak tapi tak berhasil.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Terima kasih kepada soalan tambahan ADUN Yong Peng. Yang
Berhormat Dato’ Speaker, di antara syarat-syarat utama seperti mana yang
saya sebutkan tadi, sebelum mereka ini mengikuti Program Train & Place ini
mereka ini harus bersetuju menerima tawaran kerja. Kalau mereka tidak
bersetuju menerima tawaran kerja tersebut, mereka tidak akan ditawarkan
untuk menyertai program ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat Senai.
-
28
Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
tambahan. Saya ingin rujuk kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja di
Singapura yang sekarang telah balik kembali ke tanah air, sama ada apakah
program dari pihak kerajaan untuk memberikan tempat kerja yang baru supaya
mereka boleh adjustkan hidup yang baru khususnya di Johor Bahru, sekian.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Terima kasih kepada soalan tambahan tadi. Yang Berhormat Dato’
Speaker, bagi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri juga, kita tidak pernah
meminggirkan mana-mana golongan pekerja sama ada mereka diberhentikan
di Singapura atau mereka diberhentikan di mana-mana tempat bekerja di
Malaysia sendiri. Jadi, tawaran sebagai contoh Program Train & Place tadi,
tidak pernah memilih sama ada mereka ini, sebelum ini bekerja di mana. Kalau
mereka di masuk dalam golongan pekerja yang diberhentikan, tak kiralah
Singapura ke, mana-mana, mereka akan ditawarkan dalam Program Train &
Place ini dengan syarat mereka mengikuti syarat-syarat yang telah pun
ditetapkan di bawah Kementerian Sumber Manusia, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Ya, Pasir Raja, jemput.
Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,
saya ingin menanyakan kepada Jawatankuasa, EXCO Jawatankuasa Tenaga
Kerja berkenaan dengan satu sektor yang dulunya dikenali sebagai electronic
labour exchange yang sama juga memberikan peluang kepada penganggur
atau pekerja yang diberhentikan kerja. Saya nak tahu keberkesanan electronic
labour exchange ini dengan izin, kerana apa Dato’ Speaker, pengadu-pengadu
yang datang mengatakan bahawa keberkesanan electronic labour exchange
yang dikenalkan oleh JTK ini sebenarnya memberikan lebih banyak kekeliruan
kerana mereka tak dapat menyepadankan ataupun matchingkan kriteria
mereka dengan pekerjaan yang ditawarkan yang kurang diberi dalam PELEX
itu, terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan
Inovasi : Terima kasih kepada soalan tambahan. Yang Berhormat Dato’
Speaker, Electronic Exchange Program kini dikenali sebagai JobsMalaysia. Jadi,
dalam syarat yang saya sebutkan tadi di antara syarat Train & Place ini untuk
makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Dewan yang mulia ini, di antara
salah satu syarat adalah mereka ini mesti berdaftar dengan JobsMalaysia. Jadi,
untuk memastikan bahawa siapa saja yang memohon kerja sama ada mereka
ini diberhentikan ke, graduan ke, belia ke, mereka harus berdaftar dengan
JobsMalaysia. Kenapa? Untuk memenuhi sepertimana soalan daripada ADUN
kita tadi, bahawa pendaftaran melalui JobsMalaysia ini perlu dibuat supaya
kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dapat memberi fokus ataupun
dapat memastikan bahawa siapa saja sama ada dia pencari kerja atau dia
memohon untuk mendapatkan latihan, maklumatnya ada dalam JobsMalaysia.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, JobsMalaysia ini adalah satu one stop
center dengan izin, di mana ia memberikan ruang kepada pencari kerja
berdaftar, majikan yang menawarkan kerja berdaftar, institusi yang
menawarkan latihan berdaftar dan semuanya mempunyai link dengan izin
-
29
dalam JobsMalaysia. Jadi, kadang-kadang saya setuju juga pandangan
daripada ADUN tadi bahawa, ada kalanya perkara ini tidak sampai kepada
sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia, tapi apa yang
saya difahamkan oleh JTK dari masa ke semasa keadaan ini diperbetulkan dan
saya menjamin bahawa seterusnya kita akan pastikan khususnya di Negeri
Johor, kita tidak sepenuhnya bergantung kepada JobsMalaysia semata-mata,
sebab kita adakan sekurang-kurangnya dalam sebulan, 2 kali kita adakan
Karnival Pekerjaan ataupun kita bila sebut Karnival Pekerjaan ada yang keliru.
Jadi, kita namakan Program Penempatan Pekerja. Bererti, mereka dapat
datang terus kepada program tersebut, di mana kita akan panggil majikan-
majikan yang menawarkan pekerjaan, kita akan panggil institut-institut yang
menawarkan latihan supaya mereka tak depend on JobsMalaysia tapi boleh
pergi ke tempat ini dan terus mendaftarkan diri, terima kasih.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Mok Chek Hou, jemput.
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
saya soalan 9.
MBJB telah merancang untuk membina tembok dan ‘tidal flap’ di Sungai
Sengkuang dekat kawasan Jalan keris 2, Taman Sri Tebrau untuk tujuan kawalan
banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut. Bila projek tersebut dapat
dimulakan dan kos anggaran projek tersebut?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Majlis Bandaraya Johor
Bahru ataupun MBJB sedang dalam peringkat penyediaan dokumen tender.
Cadangan kerja untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Jalan Keris 2,
Taman Sri Tebrau yang berlaku pada 10 April yang lalu. Skop kerja adalah
meliputi pembinaan parit bertembok atau dengan izin, to drain berukuran 1.8
meter x 1.5 meter sepanjang 250 meter dan juga pemasangan 3 unit tidal flap
dengan izin yang berukuran 900 milimeter diameternya.
Y.B. Dato’ Speaker : Ha ya, Stulang.
Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan
tambahan. Terima kasih kepada pihak MBJB kerana telah merancang untuk
membina tembok dan tidal flap, tidal flap di Sungai Sengkuang. Soalan saya
ialah, selain daripada membina tembok dan tidal flap itu, adakah pihak
berkenaan merancang untuk membina pintu air atau tidal gate serta pam di
Kuala Sungai Sengkuang untuk sekali gus mengatasi masalah banjir atau
masalah banjir kilat itu? Terima kasih.
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran
dan Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita faham bahawa
banjir kilat yang berlaku juga melibatkan backwater flow, dengan izin iaitu
apabila air pasang, tinggi di sungai berkenaan termasuk juga Sungai Tebrau
dan kemudian bersaingan pulak dengan hujan yang begitu lebat. Maka, air
yang melimpah masuk ke dalam anak sungai, dipanggil Sungai Sengkuang ini
menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan di Taman Sri Tebrau iaitu di
Jalan Keris 2. Dan oleh kerana itu, kita telah pun mendapat persetujuan
-
30
daripada IRDA dan meminta IRDA untuk membina sebuah pintu air dan juga
stesen mengepam air di Kuala Sungai Sengkuang.
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Chia Song Cheng, jemput.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, soalan nombor 10.
Bilakah pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa 2 di
Taman Perling akan dilaksanakan sepertimana yang telah dijanjikan dalam
Pilihan raya yang lepas?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran
dan Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembinaan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Pei Hwa 2, telah disenaraikan dalam peruntukan Pakej
Rangsangan Ekonomi Ke-2 dengan kos berjumlah RM4 juta. Walau
bagaimanapun, cadangan tapak pembinaan sekolah tersebut sehingga kini
belum lagi dimuktamadkan serta belum ada permohonan rasmi daripada pihak
lembaga sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk diangkat
kepada pertimbangan pihak kementerian.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, masa soalan dah selesai.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Soalan tambahan.
Y.B. Dato’ Speaker : Allah, ok.
Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Bolehkah saya tanya, adakah
Kerajaan Pusat setakat ini telah memohon tapak research sekolah dan di mana
tempat untuk pembinaan Sekolah Pei Hwa Cina ini yang nombor dua ini?
Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran
dan Pengajian Tinggi : Seperti yang saya nyatakan tadi, Yang Berhormat Dato’
Speaker, tapak memang belum dimuktamadkan dan permohonan rasmi
daripada pihak lembaga pun belum ada di peringkat jabatan. Mungkin menteri
yang terbabit nanti mungkin boleh mencadangkanlah kerana saya difahamkan
sekolah ini dulu dicadangkan oleh Timbalan Menteri dan apa tu, di pihak
jabatan sekiranya telah pun ada tapak cadangan, kita akan angkatkan
kepada pihak kementerian.
Y.B. Dato’ Speaker : Ok, mana-mana soalan yang disenaraikan belum dijawab
secara lisan, akan dijawab secara bertulis dalam Persidangan ini juga.
Jurutulis : RUNDINGAN MENJUNJUNG KASIH KEPADA DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN JOHOR.
Y.B. Dato’ Speaker : Jemput. Tak ada yang nak berucap? Apa itu Yang
Berhormat?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
-
31
Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, saya mohon membawa rundingan bahawa satu ucapan Menjunjung
Kasih dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor seperti
berikut:
Ampun Tuanku, adalah patik, Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang
bersidang pada hari ini mengambil ketetapan menjunjung setinggi-tinggi kasih
di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berangkat ke Dewan yang
mulia ini dan bertitah merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Bagi
Dewan Negeri Johor Yang Kedua Belas.
Y.B. Dato’ Speaker : Jemput, Yang Berhormat, nak berucap. Yang Berhormat
boleh teruskan ya.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Yang Berhormat Dato’
Speaker, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Speaker kerana memberikan peluang bagi saya untuk memulakan sesi
perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya, kita menjunjung
kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang sudi mencemar duli bagi
merasmikan Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Kedua Belas Tahun
2009 pada 18 Jun 2009 yang lalu.
Pada saya, kesudian mencemar duli itu sebagai satu pengiktirafan kepada
lambang serta sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita dan Negeri
Johor secara khususnya. Dan tentunya ia juga sebagai satu pengiktirafan dan
sokongan kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Yang Amat
Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, sebagai Menteri Besar Johor di
atas peranan, tanggungjawab yang telah pun dimainkan bagi melaksanakan
amanah negeri dan rakyat. Dalam soal ini, menurut daripada titah ucapan
Tuanku, tiga perkara yang menarik perhatian saya yang hendak saya sebut
dalam Dewan yang mulia ini.
i. Harapan Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku supaya rakyat Johor di
bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini
akan terus diyakini dan memainkan peranan untuk menjadikan Negeri
Johor sebagai sebuah negeri yang aman, damai dan ini tentulah
berpaksikan kepada perlembagaan negara dan undang-undang tubuh
Negeri Johor.
ii. Baginda Tuanku juga mengingatkan kita seluruh rakyat Negeri Johor,
supaya terus mengekalkan perpaduan sebagai satu alat ataupun teras
kepada keselamatan dan keharmonian negara.
Dan inilah sebenarnya, inilah sebenarnya kata-kata yang perlu kita pegang, kita
hayati, setiap peringkat rakyat di Negeri Johor kerana sejarah telah
membuktikan kepada kita sama ada di masa lampau ataupun pada ketika ini,
di mana soal yang ada hubung kait dengan masalah perpaduan rakyat ialah
sebagai satu kunci kepada keamanan dan kedamaian serta keselamatan
negara. Kita bersyukur kepada Allah SWT, negeri kita diberikan keadaan yang
-
32
sedemikian, kalau kita bandingkan dengan setengah-setengah negara lain
walaupun rakyatnya terdiri daripada satu kaum ataupun terdiri daripada satu
agama tetapi keadaan mereka kucar-kacir. Berperang sesama sendiri,
berbalah sesama sendiri tetapi kita di negara kita Malaysia secara amnya dan
juga Johor secara khususnya, alhamdulillah, keadaan ini tidak berlaku, kerana
kita masih lagi meletakkan soal perpaduan ini di hadapan kita. Walaupun kita
terdiri daripada pelbagai kaum, walaupun kita terdiri daripada pelbagai agama
anutan tetapi oleh kerana kita memikirkan soal keselamatan, negara kita dan
negeri kita, maka kita ketepikan masalah-masalah yang remeh yang boleh
membawa kepada keadaan yang tidak tenteram di negara kita. Dan inilah
yang perlu kita lihat dan kita sesuaikan dengan keadaan masa kini untuk
keamanan negara kita yang tercinta ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya katakan demikian, sejak akhir-akhir ini, oleh
kerana kepentingan sesuatu kaum ataupun kepentingan sesuatu badan-badan
terutamanya parti politik, mereka telah mula, mereka telah mula
memperkatakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya diperkatakan kerana
kita tahu apa yang berlaku pada hari ini telah mula membelakangkan soal
perlembagaan, soal yang telah pun diputuskan oleh pemimpin-pemimpin kita
semasa kita mencapai kemerdekaan dahulu, di mana tiga kaum terbesar di
negara kita telah bermuafakat dan inilah natijahnya daripada permuafakatan
itu dengan mengetepikan soal sentimen perkauman, maka kita telah pun
berjaya mencapai kemerdekaan. Dan kalau ini tidak kita lihat dan tidak kita
bendung terutamanya generasi-generasi muda pada hari ini yang sudah tidak
memikirkan soal-soal yang ada hubung kait dengan persefahaman di
perlembagaan kita dengan memberikan keistimewaan ataupun hak kepada
sesuatu bangsa dengan tidak mengetepikan bangsa dan agama yang lain,
maka soal-soal ini sudah timbul kepada satu tahap di mana kita sudah
menampakkan sudah tak ada lagi, seolah kita memikirkan kepentingan
perpaduan untuk kesejahteraan di negara kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu lagi perkara yang menarik perhatian saya
melalui titah Tuanku ialah di mana Baginda Tuanku tidak berkenan apabila
dicadangkan oleh orang luar tentang pembinaan jambatan ketiga. Pada saya,
titah Tuanku itu adalah suara rakyat. Suara rakyat yang dititahkan oleh Duli
Yang Maha Mulia Tuanku untuk kerajaan kita terutamanya Kerajaan
Persekutuan memikirkan semasak-masaknya walaupun ia di peringkat
cadangan. Mengapa kita, di negara Malaysia dan Johor khususnya tidak
menggembar-gemburkan soal cadangan tersebut. Ianya dicadangkan oleh
pihak orang luar. Sepatutnya kita yang memikirkan soal ini.
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm. Yang Berhormat memanglah tidak setuju betul eh?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Saya memang tidak
setuju Dato’ Speaker.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh bagus.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Sesuai dengan titah
Tuanku. Apa masalahnya? Tambah pula cadangan-cadangan itu tidak
menampakkan sangat kepentingan pada kita tetapi semua kepentingan di
-
33
sebelah pihak sahaja. Dan isu yang ada di hadapan kita bukan soal ketiga,
keempat, kelima, soal yang ada di hadapan kita ini ialah soal yang dah sedia
ada, yang menjadi masalah kepada kita iaitu Tambak Johor, di mana semua
jelas apa kepentingan, apa perlunya kita mengubah suai, membaik pulih
jambatan yang, yang dah sedia ada. Dah dijelaskan kepada rakyat dari segi
laluan air, pencemaran air dan sebagainya.
Tetapi dalam sibuk kita menghadapi suasana ekonomi dan yang lain-lain, timbul
cadangan di sebelah pihak. Yang tentunya budak baru nak belajar pun tahu,
lebih banyak kepentingan ini untuk kepentingan mereka daripada kepentingan
kita di Malaysia dan Johor secara khususnya. Jadi untuk itulah, saya minta
Kerajaan Persekutuan walaupun, saya ulang balik semula, walaupun ini di
peringkat cadangan, fikirkan semasak-masaknya. Fikirkan semasak-masaknya
cadangan ini, supaya jangan kita ibarat menanam pokok, kita baja, kita semai
tetapi hasilnya tidak memberikan manfaat kepada kita, sebalik memberikan
keuntungan kepada orang lain.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga mengambil kesempatan di dalam
Dewan Yang Mulia ini, sama ada saya secara peribadi selaku Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor bagi Kawasan Bukit Serampang mewakili pengundi-
pengundi dan penduduk-penduduk di kawasan saya, untuk mengucapkan
syabas, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor selaku Ketua
Pentadbir, di atas pandangan jauh, visi dan misi untuk mewujudkan
perkembangan Negeri Johor ke arah negeri yang maju, dengan meletakkan
asas menjadikan Kota Iskandar ini sebagai satu kota idaman kepada kita bukan
sahaja untuk Negeri Johor tetapi Negara Malaysia secara amnya. Sekali lagi,
Dato’ Speaker, syabas, tahniah dan untuk itu ada satu pantun yang..
Y.B. Dato’ Speaker : Hmm apa dia?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : spontan saya reka
sebentar tadi, berbunyi demikian, “Sayup kelihatan Gunung Banang, Tempat
persilatan Pahlawan Semerah…
Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat tengok saya bukan
tengok sana. Sini ya.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ulang balik Speaker.
Sayup kelihatan Gunung Banang, Tempat persilatan Pahlawan Semerah,
Jasamu,budi baikmu terus dikenang, Akan tersimpan di lipatan sejarah. (Dewan
bertepuk) Dan saya sendiri bersama-sama sahabat Dewan, dalam Dewan ini
berasa bangga, saya teringat semasa kita membahaskan Bajet 2008 pada
tahun 2007, kita bersembang-sembang, merasa ke tidak kita duduk dalam
Dewan baru ini. (ketawa) Sebab ketika itu suasana menghadapi Pilihan raya
tetapi alhamdulillah, Allah SWT masih lagi beri kesempatan kepada saya dan
yang lain-lain termasuk Dato’ Speaker..
Y.B. Dato’ Speaker : Ya, terima kasih.
-
34
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Untuk menikmati Dewan
yang begitu indah dan canggih ini, alhamdulillah. Cumanya Dato’ Speaker,
biasalah setiap sesuatu itu dah menjadi lumrah alam. Ada baik dan ada pulak
dia punya pandangan dan kecacatannya. Tetapi di dalam konteks ini saya
bukan menampakkan kecacatan tetapi memperbaiki lagi di mana apabila
berpindahnya seluruh jabatan-jabatan di kawasan ini, di Kota Iskandar ini,
terdapatlah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pihak
kerajaan ataupun Pihak Berkuasa Kota Iskandar ini.
Dan satu daripadanya ialah pengangkutan awam. Saya pergi jugalah
beberapa jabatan dan banyak juga pandangan daripada mereka yang pergi
ke sini untuk berurusan, di mana oleh kerana jauh jugalah perjalanan daripada
Johor Bahru ke mari dan sebagainya, maka soal-soal pengangkutan awam ini
adalah menjadi satu masalah dan untuk itu kalaupun sudah ada cadangan
oleh pihak kerajaan, saya mencadangkan supaya ianya dipercepatkan. Begitu
juga soal-soal yang lain termasuklah tempat kawasan riadah, makan, minum
dan sebagainya, jadi adalah satu masalah kepada orang ramai, jadi saya
harap supaya ianya dipercepatkan sebagaimana yang saya katakan sebentar
tadi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyorot sedikit sebanyak masalah
yang berhubung dengan pandangan-pandangan dan yang sekarang ini juga
dibincangkan agak begitu hangat oleh seluruh rakyat kita di Malaysia.
Terutamanya apabila, kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Mohd. Najib, diberikan kepercayaan untuk mentadbir, mengetuai
pentadbiran negeri ini. Di mana oleh kerana kepekaan yang amat sangat
pada Perdana Menteri kita, terhadap masalah di negara kita, keharmonian di
negara kita dalam situasi yang agak cacamarba, kalau tidak ditangani dengan
sebaik mungkin timbul satu gagasan ataupun dinamakan istilahnya, ‘One
Malaysia’, dengan izin, Satu Malaysia.
Pada saya, Satu Malaysia ini adalah keharmonian. Keharmonian yang, yang
telah pun dilaksana oleh kerajaan pada ketika itu. Pada ketika di bawah
pemerintahan kerajaan yang dinamakan Kerajaan Perikatan sampailah kepada
sampai ke hari ini, Kerajaan Barisan Nasional. Di mana ianya meletakkan soal
perpaduan yang diutamakan, dan kalau kita lihat dari segi sejarahnya pun
Kerajaan Inggeris apabila hendak memberikan kemerdekaan kepada kita
Malaysia, Malaya pada ketika itu, Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu,
dan seterusnya Malaysia, sudah memberikan syarat supaya ketiga-tiga kaum
terbesar di negara ini bersatu, berpakat, berbincang dan dengan keadaan itu
meletakkan soal kedamaian, keselamatan yang saya katakan tadi sebagai satu
pra syarat untuk kita mencapai kemerdekaan dan alhamdulillah, pimpinan
pada ketika itu begitu prihatin dan dengan itu terbentuklah perlembagaan kita
yang menjamin bukan sahaja menjamin penduduk warga di kalangan
Bumiputera tetapi juga di kalangan bukan Bumiputera.
Ini dah termaktub dalam perlembagaan, semua orang tahu. Dan pada kali ini
diharmonikan. Mengapa keadaan ini diharmonikan? Tentulah tidak lain dan
tidak bukan supaya, apa yang telah pun dibuat oleh pimpinan pada ketika,
suatu ketika dulu sampai kepada hari ini kita teruskan, kita ketepikan soal
masalah-masalah kaum. Kita ketepikan soal-soal kepentingan politik satu-satu
-
35
kumpulan. Tetapi atas demi keharmonian negara kita Malaysia, kita letakkan ia
di hadapan kita dan atas dasar itulah pepatah Melayu sudah mengatakan, “Di
mana bumi, bumi dipijak di situlah langit dijunjung”. Walau apa keadaan
sekalipun tetapi kita pentingkan negara kita, Malaysia secara amnya. Ini semua
rakyat mesti menghayati dan atas dasar itulah, Dato’ Speaker, saya ingin
menyarankan, warga kita pada hari ini lupa sejarah. Lupa sejarah. Bagaimana
pimpinan pada ketika itu, tak kira Bumiputera dan bukan Bumiputera,
mengekalkan soal perpaduan ini, mereka mempertikaikan perkara-perkara
yang remeh ini tak ada pada mereka. Tetapi generasi kita pada hari ini,
mungkin lupa kepada peristiwa-peristiwa seumpama ini maka timbullah elemen-
elemen yang saya katakan tadi merosakkan perpaduan, keharmonian negara
ini. Dan untuk itu penting sejarah ini.
Saya ingat Dato’ Speaker, sejarah ini pada suatu ketika dulu masa kita masih
bersekolah memang, memang diutamakan. Dan pernah di Dewan seumpama
ini saya telah mengutarakan kalau dulu, kalau masih ingat saya ulang balik
semula kita diajar oleh penjajah dulu, Viking, Netherlands dan sebagainya yang
kebanyakannya itu bukan pejuang-pejuang kepada negara tetapi
kebanyakannya pejuang-pejuang di jalanan perlautan. Tetapi kita diasah,
diasuh supaya ingat ini semua. Tetapi pada hari ini, oleh kerana tidak ada mata
pelajaran Sejarah di peringkat awal pra sekolah, mereka lupa, lupa siapa
Perdana Menteri Malaysia yang pertama? Siapa Perdana Menteri Malaysia
yang kedua? Siapa pemimpin yang mengangkatkan negara kita daripada
penjajahan kepada merdeka, lupa.
Sebab itulah perkara-perkara ini dah tak dipedulikan lagi. Lupa keadaan-
keadaan sebagaimana yang saya katakan tadi. Lupa sejarah bagaimana
pengganas komunis di bawah kepimpinan Chin Peng pada ketika itu. Bila lupa,
timbullah sekarang ini, nak bawa balik. Apa ini? Pasal lupa tetapi bagi saya
dan angkatan yang seangkatan dengan kita tidak boleh lupa, lebih-lebih lagi
saya, Dato’ Speaker, bagaimana peristiwa Bukit Kepong, yang telah pun
berlaku pada suatu ketika dulu menyayat hati kita. Bagaimana bergelimpangan
pejuang-pejuang kita, pasukan keselamatan untuk nak mempertahankan
negara, kerana keganasan pihak komunis yang dipimpin oleh Chin Peng. Tiba
sekarang kita dah merdeka dah senang, ada pula ura-ura nak panggil dia balik.
Apa istimewanya dia? Jadi inilah, Dato’ Speaker’, saya harap sangat kerajaan
jangan tunduk pada tekanan, tekanan meminta perkara ini supaya
dilaksanakan.
Y.B. Dato’ Speaker : Bukit Kepong, kawasan Yang Berhormat ya? Dekat ya?
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ya, Dato’ Speaker, Bukit
Kepong kawasan saya. Dan kalau saya nak bercakap lebih panjang lagi,
bukan saya nak berdendam tapi sepupu saya juga bergelimpangan di Balai
Polis Bukit Kepong.
Y.B. Dato’ Speaker : Oh.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Tapi ini bukan soalnya.
Dari segi hukum agama kita tidak boleh berdendam. Tapi mana saja
keganasan itu, itulah dia berlaku. Begitu juga di tempat-tempat yang lain.
-
36
Bukan saja melanda kepada masyarakat bumiputera, tetapi juga masyarakat
yang lain.
Dato’ Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memberikan
pandangan dari satu sudut mengenai cadangan Kementerian Pelajaran
berhubung dengan masalah pelajaran dan pembelajaran. Pada satu ketika
dulu, kita hangat membahaskan, membincangkan pengajaran mata pelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Heboh sana sini sampai sekarang
bertahun-tahun masih berlarutan isu itu dan telah menimbulkan polemik bagi
pejuang-pejuang bahasa, mereka telah memperkatakan seolah-olah kerajaan
mengetepikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu
yang diubah menjadi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Dan saya
ingat lagi, semua orang ingat, dalam Dewan Negeri Johor, kita berbahas begitu
hebat dalam konvensyen yang juga dianjurkan diadakan oleh UMNO Johor pun
begitu hebat.
Y.B. Dato’ Speaker : Erm.
Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Bukan kita menentang
Bahasa Inggeris, kita menentang dari segi penggunaan, pengajaran dan
pembelajaran Bahasa