penulisan karangan

download penulisan karangan

of 5

Transcript of penulisan karangan

Simbol menegaskan makna perkataan yang menjadi kuncimenginterpretasikan makna.

Tanda bacaan mempunyai fungsi masing-masing.iv.Memperoleh makna perkataan melalui imbuhan.

Kata dasar atau akar adalah bahagian yang terbesar.v.Mengenal pasti idea utama dalam perenggan.

Selalunya idea utama wujud dalam ayat topik pada permulaan ayatataupun dalam rumusan pada akhir ayat. KEMAHIRAN MENULIS DEFINISI DAN KONSEP MENULIS Konsep menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yangberbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuktulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.Definisi menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagimelambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat danseterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentudengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun. Ayat-ayat yang disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkanbeberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahanbercetak Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafikyang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan danseterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Ayat-ayat yang disusun itu adakalanyapanjang dan adakalanya pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yangmembentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak.Menurut Raminah Hj. Sabran (1985:183), penulisan ialah pelahiranperasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentukbentuk grafik inidisusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahamimaksudnya.Mengikut Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah suatuproses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat danberkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik.Don Bryne (1979:1) pula menyatakan bahawa kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabunganhuruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buatsemasa kita bercakap. TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia adalah untukmembolehkan pelajar yang tamat pengajian mencapai tahap penguasaan yangdijangkakan dalam kemahiran-kemahiran asas termasuklah penulisan. Gerakkerja dalam bidang penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik

darjah untukmembolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan merekamembina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah,dan bahan-bahan yang berkaitan. Selain itu, kemahiran menulis juga bertujuanuntuk merakamkan sejarah atau peristiwa, membuat catatan disamping dapat menambahkan koleksi bahan-bahan penulisan. Walau bagaimanapun, tujuandapat dilihat dengan lebih jelas melalui dua aspek iaitu :i.Tujuan serta mertaa)Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkankanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.b)Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataandengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul danboleh difahami oleh pembaca.c)Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannyadengan membaca tulisan-tulisan yang tercatat ataumembaca buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya.d)Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaandengan sempurna dalam bentuk tulisan.e)Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang dalamkalangan kanakkanak.f)Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanakdalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dantulisan.g)Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

ii.Tujuan lanjuta)Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan danmatlamat menerusi penulisan.b)Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalamandan perasaan.c)Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapatmemenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khasnya bagi kepentingandiri sendiri dan orang ramai umumnya.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENULIS a)Peringkat pramenulisPeringkat pramenulis ini melibatkan latihan pergerakan tangan,pergerakan mata, serta kordinasi tangan dan mata. Latihan pergerakantangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk ukurandan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama inidapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, danseterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis. Untukmencapai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid mendapat asas yang kukuh dalam kemahiran menulis ini. Antarakemahiran yang dimaksudkan dalam kemahiran menulis ialah :i.Kemahiran tulisan tangan, yakni kebolehan muridmembentuk huruf, mengetahui konsep jarak perantaraanhuruf dalam perkataan dan jarak perantaraan perkataandalam ayat.

ii.Kemahiran huruf besar.iii.Kemahiran tanda baca.iv.Kemahiran mengeja.b)Peringkat mendirikan asasPeringkat ini dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.Pelajar diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaiandengan gambar, seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis,pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan itu. Bukutulisan pelajar pada peringkat ini sebaik-baiknya tidak mempunyai garisan.Pelajar menulis dengan menggunakan krayon atau pensil warna. Apabilatulisan pelajar beransur baik, mereka boleh menulis dalam buku latihanbergaris yang jarknya inci.Huruf manuskrip merupakan bentuk awal dalam pembelajarantulisan. Dalam mengajar kemahiran menulis ini, pembelajaran tulisanmeliputi beberapa peringkat seperti yang berikut :

Guru mengajar tiga peringkat perkembangan:a)Peringkat pramenulis yangmembolehkan pelajarpelajar mengenal bentuk huruf.b)Peringkat model yang membolehkanpelajar-pelajar berlatih menulis nama mereka sendiridengan merujuk model-model yang tertentu.c)Peringkat menghafal yangmembolehkan pelajar-pelajar menulis nama sendiritanpa merujuk sebarang model.

ii.Guru mengajar pelajar cara kedudukan badan, kertas danpensil semasa menulis.a)Duduk dengan selesa di kerusi, kaki diletakkandi lantai, dan siku diletakkan di atas meja.b)Letakkan kertas di atas meja.c)Pensil dipegang dengan keadaan ibu jari dan jari telunjuk dalam keadaan yang paling selesa.iii.Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf.a)Menyalin model huruf.b)Menulis kembali huruf di atas satu garis lurus,sama ada huruf itu dibina daripada garisan lurus ataubulat c)Semua huruf yang berbentuk lurus ditulis dariatas.d)Semua huruf yang berbentuk bulatan ditulismengikut pusingan lawan jam pada pukul 2.00.e)Semasa menulis, mulakan dari kiri ke kanan.f)Ruangan huruf berbentuk bulat didekatkan. g)Ruangan huruf yang lurus hendaklahdijauhkan.h)Ruangan antara perkataan hendaklahdijarakkan satu jari.i)Menulis di atas garisan. j)Huruf besar dan huruf lurus perlumenggunakan dua ruang untuk membezakannyatetapi huruf kecil hanya memerlukan satu ruangsahaja.k)Kumpulan nombor dan huruf yang serupastrukturnya.

g)Ruangan huruf yang lurus hendaklahdijauhkan.h)Ruangan antara perkataan hendaklahdijarakkan satu jari.i)Menulis di atas garisan. j)Huruf besar dan huruf lurus perlumenggunakan dua ruang untuk membezakannyatetapi huruf kecil hanya memerlukan satu ruangsahaja.k)Kumpulan nombor dan huruf yang serupastrukturnya.iv.Guru menolong pelajar-pelajar mengenal pasti kesalahanmereka semasa menulis.a)Kesalahan dari segi bentuk huruf yang tidaktepat dan tidak kemas.b)Kesalahan dari segi ruang, iaitu sama adasesuatu huruf itu perlu dijarakkan atau dirapatkan.c)Kesalahan dari segi saiz, iaitu pembentukansaiz yang tidak konsisten.d)Kesalahan dari segi susunan, iaitu terdapatsusunan huruf yang sesetengahnya ditulis menaikdan sesetengahnya ditulis menurun. c)Peringkat untuk pelahiranPada peringkat ini, pelajar hendaklah digalakkan menulis apasahaja yang terlintas dalam kepala mereka untuk melahirkan idea danperasaan serta menceritakan sesuatu pengalaman. JENIS-JENIS PENULISAN JENIS-JENIS PENULISAN a)Terkawal-Karangan peringkat terkawal merupakan karangan peringkat asasatau pertama yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerjapenulisan. Karangan yang harus dilalui oleh muridmuird dalam gerakkerja penulisan. Karangan terkawal adalah segala isi dan bahasanyasedia terkawal oleh guru. Susunannya dikawal ketat dan sedikit dipimpinke arah karangan bebas. Tujuan karangan terkawal ini ialah untukmengurangkan kesilapan berlaku di kalangan murud-murid. Apa yangdititikberatkan dalam karangan terkawal ini ialah kelancaran dalampenggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiranmereka tanpa diganggu oleh soal bahasa. Karangan

jenis ini dapatdibahagikan kepada tiga jenis iaitu :i.Seratus peratus terkawal tau kawalan sepenuhnya. Iahampir menyerupai peringkat menyalin semula .ii.Separuh terkawal, iaitu peringkat menghasilkan semula.iii.Hampir terkawal, iaitu peringkat menggabungkan semulaayat-ayat. b)Separa terkawal Pada tahap ini, murid-murid masih diberikan kawalan walaupuntidak sepenuhnya. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikitdaya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannyadengan pengajaran guru. Misalnya, guru akan membacakan sebuahkarangan pendek yang sedia tulis di papan hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamdengan perkataan-perkataan lain yang disediakan. Latihan ini mungkinmenimbulkan sedikit kesukaran dan murid-murid boleh melakukankesalahan. c)BerpanduMurid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal danbentuk ayat tetapi dengan bahan dan isi yang dikawal. Contohnya,menyudahkan cerita, melengkapkan perenggan-perenggan, menulis ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. Latihan di peringkatini memerlukan murid bertindak balas secara individu. d)BebasPeringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam kemahiran ini.Mandel (1980:377) menyatakan bahawa penulisan bebas merupakanpenulian sebenar. Karangan bebas hanya akan dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik.Pada peringkat ini, murid-murid diberi tajuk-tajuk umum dan merekadiminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendakditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya. Oleh sebab murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isidan kesilapan-kesilapan yang dilakukan.Latihan peringkat ini memberi kebebasan kepada murid membuatpemilihan perkataan dan struktur ayat berlandaskan kreativiti mereka.Murid membuat pemilihan perkara dengan mecipta ayat-ayat sendiridengan melahirkan pendapat masing-masing. Pada peringkat ini, hasilkerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebihkompleks seperti kemahiran gaya daripada kemahiran mengorganisasipenulisan, misalnya mengikut kronolgi, mengikut fakta perbandingan,susunan sebab dan akibat, serta penerangan sesuatu. Selain itu, murid juga perlu menguasai kemahiran menulis yang lain seperti penggunaantanda baca, pemerengganan, wacana, organisasi idea dan stail. Apabilamenggunakan pendekatan ini, murid haruslah mengetahui tentang prosesmenulis yang terdiri daripada tiga langkah iaitu pramenulis, membuatrangka dan draf serta menyemak dan memeriksa kembali. Untuk sekolah menengah pada peringkat kelas-kelas yang lebihtinggi, jenis-jenis karangan ini diperluaskan lagi kepada beberapa bentukdan bentuk-bentuk ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu karanganbentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif dan agrumentatif.Karangan bentuk naratif meliputi jenis-jenis cerita, berita, laporan,rencana dan tulisan. Karangan jenis deskriptif pula merangkumi gambaransuasana, peristiwa, benda dan perwatakan. Karangan jenis imaginatif berkait rapat dengan pengalaman sementara yang berbentuk argumentatif pula terlibat dengan perbincangan, kritik dan perbahasan. Bagi karanganyang berbentuk kreatif, ia meliputi puisi, cerpen,

drama dan sebagainya.Ia merupakan ekspresi dan perasaan serta pengalaman seseorangmelalui tulisan atau perkataan.

Antara aktiviti-aktiviti penulisan bebas lain yang boleh dijalankanialah seperti berikut :i.Menulis kenyataan untuk satu pengumuman.ii.Menulis karangan biografi dan autobiografi.iii.Menulis karangan cerita sendiri.iv.Menulis dialog untuk dua atau tiga orang pelajar.v.Menulis puisi seperti syair, pantun dan sajak.vi.Menulis ucapan seperti ucapan perasmian