PENULISAN ILMIAH MATEMATIK.docx

20
PENGENALAN Terdapat 6 peringkat sejarah penciptaan mesin kalkulator. Asal Usul Sejarah Kalkulator 1: ALAT HITUNG TRADISIONAL dan KALKULATOR MEKANIKA bacus, yang muncul sekitar 5000 tahun yang lalu di Asia kecil. Alat ini memungkinkan penggunanya untuk melakukan perhitungan menggunakan biji-bijian geser yang diatur pada sebuah rak dan digunakan oleh para pedagang Asal Usul Sejarah Kalkulator 2: Setelah hampir 12 abad, muncul penemuan lain dalam hal mesin komputasi. Pada tahun 1642, Blaise Pascal (1623-1662), yang pada waktu itu berumur 18 tahun, menemukan apa yang ia sebut sebagai kalkulator roda numerik (numerical wheel calculator) untuk membantu ayahnya melakukan perhitungan pajak. Alat ini merupakan alat penghitung bilangan berbasis sepuluh. Kelemahan alat ini adalah hanya terbatas untuk melakukan penjumlahan Asal Usul Sejarah Kalkulator 3: Tahun 1694, seorang matematikawan dan Filsuf Jerman, Gottfred Wilhem von Leibniz (1646-1716) memperbaiki Pascaline dengan membuat mesin yang dapat mengatasi kelemahan Pascaline. Asal Usul Sejarah Kalkulator 4: Barulah pada tahun 1820, kalkulator mekanik mulai popular. Charles Xavier Thomas de Colmar menemukan mesin yang dapat

Transcript of PENULISAN ILMIAH MATEMATIK.docx

PENGENALANTerdapat 6 peringkat sejarah penciptaan mesin kalkulator.Asal Usul Sejarah Kalkulator 1:ALAT HITUNG TRADISIONAL dan KALKULATOR MEKANIKA bacus, yang muncul sekitar 5000 tahun yang lalu di Asia kecil. Alat ini memungkinkan penggunanya untuk melakukan perhitungan menggunakan biji-bijian geser yang diatur pada sebuah rak dan digunakan oleh para pedagang Asal Usul Sejarah Kalkulator 2:Setelah hampir 12 abad, muncul penemuan lain dalam hal mesin komputasi.Pada tahun 1642, Blaise Pascal (1623-1662), yang pada waktu itu berumur 18 tahun, menemukan apa yang ia sebut sebagai kalkulator roda numerik (numerical wheel calculator) untuk membantu ayahnya melakukan perhitungan pajak. Alat ini merupakan alat penghitung bilangan berbasis sepuluh. Kelemahan alat ini adalah hanya terbatas untuk melakukan penjumlahan

Asal Usul Sejarah Kalkulator 3:Tahun 1694, seorang matematikawan dan Filsuf Jerman, Gottfred Wilhem von Leibniz (1646-1716) memperbaiki Pascaline dengan membuat mesin yang dapat mengatasi kelemahan Pascaline.Asal Usul Sejarah Kalkulator 4:Barulah pada tahun 1820, kalkulator mekanik mulai popular.Charles Xavier Thomas de Colmar menemukan mesin yang dapat melakukan empat fungsi aritmatik dasar. Kalkulator mekanik Colmar, arithometer, mempresentasikan pendekatan yang lebih praktis dalam kalkulasi kerana alat tersebut dapat melakukan penjumlahan, pengurangan, perkalian, dan pembagian.

1Asal Usul Sejarah Kalkulator 5:Pada 1889, Herman Hollerith (1860-1929) juga menerapkan prinsip kartu perforasi untuk melakukan penghitungan.Tugas pertamanya adalah menemukan cara yang lebih cepat untuk melakukan perhitungan bagi Biro Sensus Amerika Syarikat.Asal Usul Sejarah Kalkulator 6:Pada masa berikutnya, Vannevar Bush (18901974) membuat sebuah kalkulator untuk menyelesaikan persamaan differensial di tahun 1931. Mesin tersebut dapat menyelesaikan persamaan differensial kompleks yang selama ini dianggap rumit oleh kalangan akademik.Awal mula komputer yang sebenarnya dibentuk oleh seorang profesor matematika Inggris, Charles Babbage (1791-1871). Tahun 1812, Babbage memperhatikan kesesuaian alam antara mesin mekanik dan matematika iaitu mesin mekanik sangat baik dalam mengerjakan tugas yang sama berulangkali tanpa kesalahan.

DEFINISI MESIN KALKULATORMelalui sumber Wikipedia, ensiklopidia bebas mesin kira atau kalkulator merupakan sebuah peranti elektronik yang kecil dan murah yang digunakan untuk melakukan pengiraan aritmetik asas. Kalkulator adalah alat untuk menghitung dari perhitungan sederhana seperti penjumlahan, pengurangan, perkalian dan pembagian sampai kepada kalkulator sains yang dapat menghitung rumus matematika tertentu. Mesin kira moden lebih mudah dibawa ke mana-mana berbanding komputer, walaupun kebanyakan PDA mempunyai saiz yang lebih kurang sama dengan kalkulator tangan.Mesin kira elektronik pertama dicipta pada tahun 1960an, sementara peralatan bersejarah seperti sempoa dicipta sekitar 2000 SM; di samping itu, mesin kira mekanikal pula dibangunkan pada abad ke-17. Ia dibangunkan hampir serentak dengan komputer analog pada masa tersebut.

2Berdasarkan artikel Mesin Kira Kikis Minat Pelajar Berfikir saya berpendapat tidak bersetuju. Isu ini mungkin timbul kerana ada pihak yang berpendapat, penggunaan kalkulator akan melahirkan pelajar yang tidak dapat mengira secara manual, mencongak dan terlalu bergantung kepada kalkulator sekiranya kita membenarkan penggunaannya seawal sekolah rendah.Melalui pemerhatian saya sepanjang menjadi warga pendidik selama 12 tahun ini, saya dapati kebanyakkan pelajar tidak boleh mencongak dan mengira secara manual terutama apabila melibatkan pendaraban dan pembahagian. Jangankan di sekolah rendah malah menurut rakan saya, Pn Hazura guru Matematik, di sekolah menengah juga masih menghadapi masalah asas yang sama.Secara logiknya, jika pelajar-pelajar yang menghadapi masalah seperti di atas, adakah mereka mampu menterjemah masalah yang dihadapi dalam ayat matematik menggunakan kalkulator ?. Oleh itu bagi pendapat saya, isu sebenar yang dihadapi pelajar kita apabila masuk ke dalam masyarakat ialah penyelesaian masalah.Tujuan pelajar mempelajari matematik ialah untuk menggunakannya ke dalam kehidupan harian dan seiring dengan perkembangan teknologi. Bagaimana mereka hendak menggunakan kalkulator sekiranya tidak tahu operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka ?. Sudah semestinya masalah ini ditunding jari kearah guru. Tanggungjawab guru untuk membantu pelajar membuat penyelesaian masalah. Namun sekiranya pelajar masih tidak mampu melakukannya, Apa yang guru buat untuk mengatasi masalah ini. Guru mengajar dan terus mengajar tanpa guru sedari pelajar diajar seolah-olah semua pelajar akan mengikuti aliran sains tulen sedangkan tidak semua pelajar mampu mengikuti aliran tersebut.

3Sekiranya pelajar tidak mampu membuat penyelesaian masalah dan hanya tahu mengira, mencongak sememangnya mereka tidak layak mengikuti aliran sains tulen. Mengapa harus dibebankan mereka hanya untuk mengikut kehendak mana-mana pihak tertentu yang mahukan genarasi yang hebat dalam bidang sains tulen untuk memajukan Negara dalam pelbagai aspek.Jelasnya saya berpendapat, semuanya harus kembali kepada masalah asasnya iaitu kemahiran penyelesaian masalah. Sama ada pelajar yang akan menaiki menengah atas ke aliran sains tulen atau sastera, kemahiran penyelesaian masalah adalah penting untuk diatasi bukannya masalah penggunaan kalkulator.Dewasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahan resos atau bahan bantu belajar dalam kalangan guru di sekolah adalah pada tahap yang membimbangkan. Kebanyakan guru tidak merasakan bahawa penggunaan bahan resos akan melancarkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian menunjukkan lebih 64% guru matematik di sekolah rendah tidak menggunakan bahan bantu belajar terutamanya bahan bantu belajar bahan audio visual dan komputer walaupun lebih 95% berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang akan di ajarnya. . Menurut Ngui Kuen Sang (1981) resos ialah penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pembelajaran dan pengajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang murid. Selain itu, Atan Long (1982) juga berpendapat bahawa resos juga merupakan bahan-bahan pengajaran yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu berbentuk buku, carta, slaid yang dipancarkan pada layar putih (Atan Long, 1982). Kalkulator, abakus dan alat penimbang juga dikategorikan sebagai resos.

4Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner juga menekankan bahawa setiap murid mempunyai potensi diri dan kecenderungan yang berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, bahan resos ini merupakan medium yang mampu memberi kesegaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas untuk mencungkil segala potensi diri yang ada dalam diri murid-murid. Subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas yang kukuh. Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Pembinaan konsep Matematik boleh diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan konkrit atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik tersebut.

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut mengenai kalkulator, terlebih dahulu maksud matematik seharusnya diketahui.ROMBERG (1988) mengatakan: Answers to these fundamental question help clarify for both educators and the public what mathematics is really about- what studies, how it operates, and what it is good for.Appropriate answers would provide a convincing platform on which erect a new mathematics curiculum of the 21 st which children would be introduced not as logic to the traditional themes of number and space, but also to many newer themes such as logic, chance, computation and statistics. NRC (1990).Matematik adalah sains pemerhatian, jumpaan, ramalan/jangkaan, dan penyelidikan yang merupakan sebahagian dari kaedah sains tulen. Cuba jaya, hipotesis dan penyiasatan, pengukuran, dan klasifikasi adalah sebahagian daripada seni matematik yang patut diajar di sekolah.Matematik bukan hanya setakat memahami sahaja tetapi perlu dari segi penggunaan matematik. Kalkulator dan komputer adalah sebahagian daripada alatan yang perlu dalam makmal matematik, ia juga adalah punca data, bahan bagi pemerhatian dan pengukuran serta alat bagi pembinaan ( pembaris, string, jangka lukis, dan kertas graf).

5Mengikut laporan Cockfort 1982, Penyataan 378 menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Penggunaan kalkulator membolehkan murid mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai untuk digunakan. Kajian yang dijalankan oleh Hembree dan Dessert (1986) ke atas 79 kajian kesan penggunaan kalkulator dalam pencapaian prestasi matematik didapati:Pelajar yang menggunakan kalkulator dan pengajaran tradisi tidak menjejaskan kemahiran mereka dalam penggunaan algoritma. Malah, ia mempertingkatkan lagi pelajar sederhana dalam empat operasi dan penyelesaian masalah.Sikap positif yang lahir terhadap matapelajaran matematik dapat membina keyakinan yang tinggi dalam diri daripada rakan yang tidak menggunakan kalkulator.Kemajuan teknologi telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan seharian kita. Perubahan yang membawa kepada kehidupan yang lebih mudah, senang, dan produktif. Tetapi, pelajar sekolah rendah di negara ini masih lagi belajar dengan cara yang panjang menggunakan algoritma kertas dan pensil sedangkan pelajar di sekolah-sekolah negara barat telah pun menggunakan cara ini sejak sekian lama. Hasilnya, mereka telah berjaya menjadikan pengajaran dan pembelajaran matematik lebih bermakna serta berkesan kepada pelajar seperti yang telah dilakukan di Australia. Pelajar telah diberi peluang atau hands on untuk mengira sesuatu operasi atau perkara yang melibatkan kuasa dua.

ISU PENGGUNAAN KALKULATOR SEAWAL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

6Langkah pertama pelajar harus diperkenalkan dengan cara penggunaan kalkulator yang wajar dan batas-batasannya. Pelajar yang lemah boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Penggunaan kalkulator membuatkan penerokaan idea baru dalam matematik. Pelajar diberi peluang meneroka idea matematik baru dan akan menjadi lebih yakin dan berminat. Di United Kingdom satu projek yang dipanggil Projek Calculator Aware Number (CAN) telah dijalankan pada tahun 1985. Ia bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran matematik di sekolah rendah. Guru digalakkan memberi aktiviti yang bercorak secara open ended daripada corak struktur.Children, even the less able, who previously have been confined to members less than 10 or 20, quickly brought large numbers into their calculations. Janet Duffin 1992, penilai projek CAN.Bernard R. Yvon Compelling case for Calculators Arithmatic Teacher Volume 381990/91 menyatakan kelebihan/ bonus dalam penggunaan kalkulator dalam matematik ialah:Sikap yang positif dalam matematik. pelajar akan merasa seronok dengan matematik seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics.Membina keyakinan diri: sebagai alat motivasi untuk pelajar sebagaimana seorang tukang kayu yang dapat mengukir kayunya dengan baik dan cepat jika mempunyai peralatan yang cukup.Boleh berdikari: pelajar dapat belajar secara penyiasatan sendirian dengan penggunaan kalkulator. Pengukuhan dalam skil jangkaan. Penyiasatan yang mudah: Pelajar boleh menyiasat sendiri jawapan dengan kaedah tanpa perlu bantuan guru. Kerjasama dan tanggung jawab: pelajar lebih bertanggung jawab apabila diarah untuk menjaga keselamatan alatan.

7Antara kenyataan lain :Groves 1991, p7 the calculator.Tells me that children are capable of much more than we expected from them.Shuard, 1991 The teacher became much more of a participator and motivato, rather than an instructor.Hasil daripada beberapa kajian seperti Schmidt dan Cailahan (1992), Cockcroft (1982) dan rencana-rencana yang membincangkan isu kalkulator, didapati :Antara kebaikan penggunaan kalkulator ialah,i.Meningkatkan minat murid terhadap matematik

Pengunaan kalkulator akan memotivasikan murid-murid untuk mempelajari subjek matematik. Ia memberansang dan meningkatkan lagi keupayaan murid-murid dalam meneroka subjek matematik. Ia juga akan dapat meningkatkan minat murid, dan keyakinan diri kerana kalkulator membantu mereka dalam proses pembelajaran.

ii. Murid dapat menguasai angka dan nilai nombor. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka. Dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling.iii. Murid-murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang topik-topik yang berkaitan. Murid menjadi lebih berani untuk meneroka lebih jauh dengan pengunaan aplikasi kalkulator. Penggunaan kalkulator yang cepat dan tepat menjadikan murid-murid lebih agresif dalam meneroka subjek matematik.

iv) Keseronokan belajar

8 Murid-murid biasanya beranggapan matematik merupakan matapelajaran yang susah dan membosankan. Penggunaan kalkulator akan membantu menceriakan proses pembelajaran subjek matematik. Murid tidak takut mencuba dan membuat salah kerana kalkulator memudahkan mereka dalam proses pembelajaran dan membantu menyelesaikan latihan dengan pantas. Seperti yang dinyatakan oleh Hillary Shuad ( 1992 ), ramai orang dewasa sama ada guru, ibubapa atau pihak kementerian menggunakan kalkulator hampir setiap hari dalam kerja mereka, tetapi mengapa masih berasa satu keraguan untuk menyokong penggunaan kalkulator di sekolah. Antara perkara - perkara yang dikhuatiri oleh mereka adalah seperti berikut: Murid yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas kerana mereka tidak perlu berfikir. murid yang menggunakan kalkulator mungkin tidak pandai menjalani algoritma yang biasa yang melibatkan empat operasi, seterusnya mereka mungkin kurang faham dengan konsep asas nombor.Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap sesuatu perubahan baru diperkenalkan akan mengakibatkan beberapa masalah. Kajian Schmidt dan Cailahan ( 1992 ) mengenai kepercayaan guru dan pengetua tentang penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah juga memperolehi dapatan yang hampir sama iaitu : " teachers have fears that calculator could have a negative impact on student's math learning but the principal's fear is weaker". Adakah kekhuatiran ini berasas?

9Dalam satu kajian yang dijalankan di luar negara oleh Cockcroft pada awal tahun 1982, telah melaporkan bahawa penggunaan kalkulator di sekolah rendah tidak akan menjejaskan kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Ini adalah kerana kalkulator tidak akan membantu seseorang yang tidak tahu memilih operasi yang sesuai. Mereka mesti dahulu mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai digunakan. Tambahan pula kanak - kanak yang menggunakan kalkulator akan dapat belajar konsep matematik seperti perpuluhan dan nombor negatif pada peringkat yang lebih awal daripada mereka yang mengikuti kurikulum matematik biasa tanpa diperkenalkan dengan kalkulator. Satu lagi kebaikan ialah pengalaman kanak - kanak mengenai nilai tempat dan sifir jugga turut diperluaskan. Laporan mengenai penilaian Matematik Keempat ( Lindquist, 1989 ) yang dijalankan di Amerika Syarikat telah memaparkan hasil dapatan berikut : Secara amnya, pelajar yang menggunakan kalkulator mencapai prestasi yang lebih baik daripada pelajar tanpa menggunakan kalkulator apabila membuat soalan pengiraan. Pelajar yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun semula (reordering ). Perkara ini menjadi lebih ketara untuk soalan yang melibatkan pembahagian.Pemerhatian - pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Maka, mengapa kita masih mengamalkan kemahiran mengajar yang ketinggalan zaman kepada pelajar kita? Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas-pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik.Secara umum, penggunaan kalkulator mempunyai fungsi yang boleh disimpulkan seperti berikut : memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan. membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat penyelesaian masalah. membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan diberikan kepada pelajar pada peringkat yanglebih awal. pelajar berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang topik - topik yang berkaitan. 10membolehkan pelajar mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola - pola yang diperhatikan. menggalakkan murid menguasai saiz dan nilai nombor ( bijak nombor ).Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti di atas sudah cukup untuk menggalakkan penggunaan kalkulator dalam matematik bermula dari sekolah rendah. Namun penggunaan di peringkat sekolah rendah masih belum menampakkan bunga-bunga akan dilaksanakan. Megapa? Adakah kita menganggap pelajar sekolah rendah tidak mampu menggunakan kalkulator dengan cara yang betul? Adakah kita bimbang perkembangan mereka akan terbantut Cuba kita renung dan teliti era perubahan pendidikan di seluruh dunia masa kini, masa bergerak pantas, manusia sentiasa mengejar masa, setiap persoalan dan pertanyaan diperlukan dengan jawapan dengan kadar segera hatta menerima wang baki dari peniaga. Jadi mengapa perlu kita biarkan pelajar kita mengira secara manual. Terlalu banyak alat-alat moden yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah matematik mereka dengan cepat, tepat dan jimat.

Kalkulator merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat sama ada diperingkat menengah atau rendah. Di negara-negara Barat, kalkulator telah diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa dengan tegasnya saya berpendapat kita harus membiarkan murid-murid menggunakan kalkulator dalam pembelajaran matematik? Antara sebab-sebabnya seperti berikut: tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat dapat belajar sendiri merdeka minda menyingkatkan masa pengiraan kalkulator sebagai agen visualisasi 11mudah menggrafYang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan pentafsiran matematik.Biasanya murid sekolah rendah terutama yang lambat mengalami kesukaran semasa menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penggunaan ayat, bukan kerana mereka tidak faham atau tidak tahu membuat transformasi, tetapi kerana mereka bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan menggunakan kalkulator, murid-murid di sekolah rendah boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Soalan yang lebih mencabar dan realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan mejadikan pembelajaran matematik lebih bermakna dan menyeronokan.Sehubungan itu dalam meninjau matlamat kurikulum matematik sekolah Bestari Malaysia (KBSM), terdapat 9 objektif yang perlu dicapai. Salah satunya ialah membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dalam membuat anggaran dan penghampiran. (Huraian Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Edisi Sekolah Bestari, PPK, 1998). Ini jelas menunjukkan alatan teknologi mengira, kalkulator adalah amat berguna dan menepati kehendak Huraian Sukatan tersebut.

12Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa kini. Oleh itu, budaya sekolah seharusnya perlu berubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM,1997). Mengikut pengarang buku Reshaping School Mathematic: A Philosophy and Framework for Curriculum (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah:1.Pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti matematik perlu di perkembangkan lagi dengan idea-idea baru yang canggih.2.Ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi (kalkulator) demi menghadapi cabaran alaf baru.3.Perkembangan teknologi (kalkulator) telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang efektif.Pada suatu ketika (1984 -1989), cadangan menggunakan kalkulator agak hebat dibincangakan. Isu penggunaan kalkulator ini telah disiarkan dalam satu artikal Berita Matematik (September, 1984) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Akan tetapi, isu kalkulator itu telah menjadi sepi, senyap dan lenyap.Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap sesuatu perubahan baru diperkenalkan akan mengakibatkan beberapa masalah. Kajian Schmidt dan Cailahan (1992) mengenai kepercayaan guru dan pengetua tentang penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah rendah juga memperolehi dapatan yang hampir sama iaitu:teachers have fears that calculator could have negative impact on students math learning but principals fear is weaker. Adakah kekhuatiran ini berasas? Di Malaysia, terdapat beberapa rencana yang membincangkan isu kalkulator serta menyokong dan menggalakan penggunaan kalkulator di sekolah-sekolah rendah di Malaysia pada tahun (1984 -1989) oleh (Palanisamy, 1984; Lim 1986; Zaleha Ismail dan Maizah Hura Ahmad, 1989), tiada kajian empirical dijalankan keatas sampel pelajar di Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana kalkulator masih belum dibenarkan penggunaanya kepada murid sekolah rendah.

KESIMPULAN

13Pengaplikasian kalkulator dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya kearah mewujudkan generasi berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020 negara. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting semestinya melakukan inovasi yang drastik kearah pencapaian matlamat. Potensi dan teknologi yang amat canggih perlu dimanafaatkan sewajarnya dan sepenuhnya. Oleh itu, untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara berfikir dan penggunaan kalkulator.Para cendikiawan dan pendidik lebih memberatkan penggunaan komputer dari kalkulator sedangkan ia sepatutnya seiiring dalam kurikulum pendidikan. National of Teachers of Mathematics berpendapat perlu ditukar penggunaan alatan pensil dan kertas bersama-sama kalkulator dan komputer sebagai alat dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah memandangkan ia membolehkan pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah. Pihak guru, pentadbir dan ibubapa perlu mengalami perubahan tanggapan dan pemahaman tentang penggunaan kertas dan pensil kepada kalkulator. The school curriculum, however is a conservative social institution. In this context, decisive change, eve though based on logical argument and research is likely to be raised. Some aspects of school activity are treasured as fundamental; and proposals which appear to devalue these aspects encounter a backlash off personal and politicalprejudice and something called common sense Costello, 1993 p23Penilaian dalam pencapaian matematik harus berubah. Lebih penting ibu bapa dan komuniti pendidikan perlu bekerjasama dalam membentuk kurikulum penggunaan kalkulator dalam pendidikan matematik. Komuniti pendidikan harus berhenti dari menafikan penggunaan kalkulator sebagai alat proses pengajaran dan pembelajaran dan dimulakan penggunaannya sekarang.Sejarah telah menampakkan seribu macam perubahan yang menunjukkan bahawa teknologi lama akan diambil alih oleh teknologi terkini. Contohnya, lampu pam telah digantikan oleh lampu elektrik , komputer menggantikan mesin taip. Adakah kalkulator tidak boleh menggantikan buku sifir atau algoritma atas kertas ?

14