Penubuhan koperasi

29
PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI Oleh: Maslenah Binti Abdurasid Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi SKM Wilayah Pantai Barat 2 Negeri Sabah

Transcript of Penubuhan koperasi

Page 1: Penubuhan koperasi

PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN

KOPERASI Oleh:

Maslenah Binti AbdurasidPenolong Pegawai Ehwal Ekonomi

SKM Wilayah Pantai Barat 2Negeri Sabah

Page 2: Penubuhan koperasi

Apa itu Koperasi?

Menurut Akta Koperasi 1993;Koperasi adalah suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu perusahaan

milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah

Akta ini.

Page 3: Penubuhan koperasi

Prinsip-Prinsip Koperasi7 prinsip koperasi termasuklah:-a)keanggotaan sukarela & terbuka;b)kawalan demokratik oleh anggota;c)penglibatan ekonomi oleh anggota;d)autonomi & kebebasan;e)pendidikan, latihan & maklumat;f)kerjasama antara koperasi; dang)mengambil berat terhadap masyarakat.

Page 4: Penubuhan koperasi

Jenis KoperasiJenis Koperasi

3 jenis koperasi yang boleh didaftarkan:-

i) Koperasi Asas – terdiri daripada orang-orang individu sahaja & matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. [subseksyen 4(1)] Akta Koperasi 1993.

Page 5: Penubuhan koperasi

Jenis Koperasi - sambungan

Jenis Koperasi - sambungan

ii) Koperasi Menengah – terdiri daripada koperasi-koperasi asas sahaja & matlamatnya ialah untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi sedemikian.[subseksyen 4(2)] Akta Koperasi 1993.

Page 6: Penubuhan koperasi

Jenis Koperasi - sambungan

Jenis Koperasi - sambungan

iii) Koperasi Atasan – terdiri daripada koperasi-koperasi menengah sahaja atau koperasi-koperasi menengah & asas & matlamatnya ialah untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi sedemikian.[subseksyen 4(3)] Akta Koperasi 1993.

Page 7: Penubuhan koperasi

Fungsi & Aktiviti KoperasiFungsi & Aktiviti Koperasi

•Terdapat 9 fungsi koperasi:-

1. Fungsi – Kredit. Aktiviti - Jimat cermat dan pinjaman.

2. Fungsi – Perbankan. Aktiviti – Institusi Bank. 

Page 8: Penubuhan koperasi

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

3. Fungsi – Perindustrian. Aktiviti - Industri kampung.

Perkilangan.Pembuatan.

Page 9: Penubuhan koperasi

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

4. Fungsi – Pengguna. Aktiviti - Pasaraya / pasar mini.

Kedai sekolah.Kantin.Restoran.Kedai buku.Lain-lain aktiviti pengguna.

Page 10: Penubuhan koperasi

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

5. Fungsi – Perumahan. Aktiviti - Membina rumah kediaman,

kondominium, pangsapuri dll.

Membina rumah kedai, premis perniagaan, pejabat dan lain-lain bangunan.

Page 11: Penubuhan koperasi

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

6. Fungsi – Pengangkutan. Aktiviti - Pengangkutan lori / treler

tanker dll. Pengangkutan kapal laut. Pengangkutan kapal

terbang.Pengangkutan feri dll.

Page 12: Penubuhan koperasi

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

7. Fungsi – Pertanian. Aktiviti - Pertanian.

Perladangan.Perikanan.Penternakan.Bioteknologi.

Industri asas tani.

Page 13: Penubuhan koperasi

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

8. Fungsi – Perkhidmatan.Aktiviti - Perkhidmatan

pengangkutan awam.Pelancongan.Pemasaran.Pembersihan

bangunan.Pendidikan.

ICT.

Page 14: Penubuhan koperasi

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb

9. Fungsi – Pembinaan.Aktiviti - Kontrak pembangunan

daerah.Kontrak pembinaan jalan.Kontrak pembinaan bangunan.

Page 15: Penubuhan koperasi

Bagaimana Hendak Menubuhkan Koperasi?

Bagaimana Hendak Menubuhkan Koperasi?

1. Hubungi SKM Wilayah

2. Bentuk Jawatankuasa Penaja

3. Adakan Mesyuarat Agung Permulaan

4. Mohon Pendaftaran Koperasi

Page 16: Penubuhan koperasi

1. Hubungi SKM Wilayah1. Hubungi SKM Wilayah

Dapatkan maklumat tentang tatacarapenubuhan koperasi.

Dapatkan borang permohonan penubuhan koperasi.

Lengkapkan borang pewai rmohonan & kemukakan kpd SKM Negeri Sabah melalui Peg. SKM Wilayah yang berkaitan.

Page 17: Penubuhan koperasi

Alamat SKM Wilayah

PANTAI BARAT 2

Penolong PengarahSKM, Negeri Sabah

Wilayah Pantai Barat 1Tingkat 7, Menara MAA,

Api-Api CentrePeti Surat Bil. 1127688814 Kota Kinabalu,

Sabah.    

Tel   : 088 - 216022Fax : 088 - 216724 

Page 18: Penubuhan koperasi

2. Bentuk Jawatankuasa Penaja

setelah kelulusan penubuhan koperasi diperolehi daripada SKM Negeri Sabah, bentuk J/kuasa penaja yg terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang yang bertanggungjawab dalam:-

Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan.

Page 19: Penubuhan koperasi

Mengkaji dan menggubal Undang-Undang Kecil Koperasi berpandukan UUK seragam.

Mendaftarkan sekurang-kurangnya 50 orang bakal-bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing.

Mengatur sesi penerangan kepada bakal-bakal anggota koperasi oleh pegawai SKM.

Page 20: Penubuhan koperasi

Kelayakan Menjadi Anggota Koperasi menurut seksyen 26 Akta Koperasi 1993;warganegara Malaysia;telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal koperasi sekolah , telah mencapai umur dua belas (12) tahun; dan

bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu atau, dalam hal koperasi sekolah , menjadi penuntut berdaftar sekolah itu

Page 21: Penubuhan koperasi

Hilang Kelayakan Menjadi Anggota Koperasi menurut seksyen 27 Akta Koperasi 1993;dia tak upaya dari segi mental;dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;

dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;

dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Page 22: Penubuhan koperasi

3. Adakan MAP

Mesyuarat agung permulaan (MAP) hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas kelulusan penubuhan.

[sekiranya koperasi (dalam penubuhan) tidak dapat mengadakan MAP dalam tempoh 3 bulan, permohonan perlanjutan penubuhan hendaklah dikemukakan kepada SKM Negeri Sabah].

Page 23: Penubuhan koperasi

Agenda MAP adalah:1. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat.2. Persetujuan Menubuhkan Koperasi.3. Penerimaan Undang-undang Kecil Koperasi.4. Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi.5. Membentang dan Meluluskan Belanjawan.6. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan

Koperasi.7. Meluluskan Pelantikan Panel Juruaudit Luar.8. Pemilihan

(i) Anggota Lembaga (ii) Pemilihan Anggota Yang Akan Turut Sama Menandatangani Permohonan Pendaftaran

(sekiranya bilangan anggota Lembaga kurang dari 10 orang).

Page 24: Penubuhan koperasi

4. Kemukakan Dokumen Pendaftaran

• Menurut seksyen 6, Akta;1) Permohonan Pendaftaran hendaklah

dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam borang yg ditetapkan dlm. Peraturan (Jadual I) & hendaklah ditandatangani -a) Koperasi asas – oleh sekurang-

kurangnya 10 orang yg semuanya layak menjadi anggota.

b) Koperasi menengah atau atasan – oleh orang yg diberi kuasa sewajarnya bagi pihak setiap koperasi asas atau koperasi menengah, mengikut mana-mana yg berkenaan.

Page 25: Penubuhan koperasi

2) Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan –a) 3 naskhah UUK yg dicadangkan &

diterima dalam MAP serta ditandatangani oleh pemohon-pemohon.

b) Koperasi asas – tertakluk kepada subseksyen 8(2), Minit Mesyuarat Agung Permulaan yg ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 25 orang yg hadir; atau

Page 26: Penubuhan koperasi

(subseksyen 8(2); Walau apa punPerenggan 6(2)(b), permohonan bagiPendaftaran sesuatu koperasi yangdisebutkan dalam subseksyen (1)hendaklah berserta dengan minitmesyuarat agung permulaan yangditandatangani oleh semua orang yanghadir).

c) Koperasi menengah/atasan – minit mesyuarat agung permulaan yg ditandatangani oleh semua orang yang diberikuasa sewajarnya yang hadir.

Page 27: Penubuhan koperasi

• Semua dokumen tersebut hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya tidak lewat daripada 14 hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.

• Setelah koperasi didaftarkan oleh Suruhanjaya ianya menjadi sebuah organisasi yang sah dari sisi undang-undang

Page 28: Penubuhan koperasi
Page 29: Penubuhan koperasi

Sekian Terima Kasih