Penting Motor
-
Upload
logeswary-ramasamy -
Category
Documents
-
view
241 -
download
1
description
Transcript of Penting Motor
Aspek-aspek penting dalam penilaian perkembangan (mental, bahasa/pertuturan/komukasi,
social-emosi, motor, jagaan diri).
MAKSUD PENILAIAN PERKEMBANGAN
Penilaian merupakan proses yang sedang berlaku yang mana menguji kelayakan
kemahiran melalui standard yang ditetapkan dan tinjauan. Penilaian ini dijalankan ke atas semua
aspek perkembangan kanak-kanak iaitu dari segi kemahiran motor iaitu motor kasar dan motor
halus, bahasa dan komunikasi, kemahiran kognitif, sosial-emosi dan kemahiran penjagaan diri
yang mana melibatkan pemakaian dan kebersihan diri.
Perkembangan pula, merupakan proses bagaimana kanak-kanak memerlukan kemahiran
dalam sosial-emosi, kognitif, bahasa dan komunikasi dan fizikal yang mana ia melibatkan motor
kasar dan motor halus. Menurut Piaget, terdapat 4 faktor kritikal dalam perkembangan iaitu
kematangan, pengalaman dari persekitaran, tindakan dari persekitaran sosial dan pengaturan
kendiri (Samuel J. Meisels, 1979:3). Tahap-tahap perkembangan merujuk kepada jangkaan,
urutan dari memperolehi kemahiran bahawa kanak-kanak akan melalui keadaan yang biasa.
Contohnya, kanak-kanak akan merangkak sebelum mereka boleh berjalan.
Penilaian perkembangan pula merupakan proses yang sedang berlaku dari tinjauan dan
memahami tentang kecekapan kanak-kanak yang melibatkan kemahiran, pengetahuan dan
personaliti. Ia adalah corak terbaik bagi menentukan perkembangan kanak-kanak seterusnya
(www.zerotothree.org/glossary.html).
TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN
Penilaian perkembangan ini untuk melihat kanak-kanak yang memerlukan perhatian khas, adalah
perlu diketahui apakah jangkaan yang munasabah pada kepelbagaian umur dan tahap
perkembangan. Maklumat tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak menjadi kayu
ukuran iaitu standard yang mana untuk mempertimbangkan pemerhatian tingkah laku yang
khusus atau bentuk tingkah laku itu normal atau luar biasa (Cartwright, Cartwright & Ward,
1981: 343).
Selain itu juga, penilaian perkembangan ini untuk penempatan. Ia membolehkan pakar diagnosis
yang berkelayakan menilai kanak-kanak tersebut sebelum dia boleh dibenarkan masuk atau
meninggalkan program pendidikan khas. Ujian-ujian tersebut dikenalpasti seperti tahap
keintelektualan, tahap pencapaian, dan bahasa isyarat. Terdapat banyak masalah yang muncul
dalam ujian yang digunakan untuk membuat keputusan penempatan. Banyak kenyataan-
kenyataan yang biasa meminta keputusan asas menjadi ujian. Jika guru dan pentadbir dibenarkan
membuat penempatan berasaskan tekanan maka ia akan menimbulkan masalah dan akan
bercanggah (John Salvia & James E. Ysseldyke, 1987: 15).
Dalam penilaian perkembangan, perkembangan yang biasa boleh digunakan sebagai bimbingan
untuk intervensi dan rujukan di samping dapat menimbangkan dan menentukan setiap kanak-
kanak mempunyai kekuatan, keperluan dan kemajuan yang dapat dicapai. Intervensi ini
memerlukan penilaian perkembangan untuk bagi melihat kanak-kanak yang disyaki mengalami
perkembangan lambat atau di peringkat prasekolah membuktikan adanya cerebral palsy.
Berhubung dengan itu, Fallen dan Umansky pada 1985 menyatakan intervensi merujuk kepada
proses tentang gangguan hidup dari ketidakupayaan kanak-kanak dan keluarga kepada tujuan
untuk mengubah arah dan akibat dari ketidakupayaan atau perkembangan lambat (Richard M.
Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 46).
Seterusnya penilaian perkembangan ini adalah untuk digunakan oleh jururawat, pakar pediatrik
atau pakar kesihatan yang lain untuk tujuan merancang program yang bersesuaian untuk kanak-
kanak tersebut. Pakar bidang perubatan boleh memastikan kanak-kanak tersebut mendapat
bantuan yang benar-benar diperlukan mengikut jenis ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak
itu. Penilaian perkembangan yang dirujuk itu membolehkan dia membuat laporan tentang tahap-
tahap yang dicapai oleh kanak-kanak mengikut domain-domain (Judith Bondurant-Utz,
2002:77).
PROSES PENILAIAN PERKEMBANGAN
Dalam penilaian maklumat terkumpul adalah efisien, seimbang dan tepat. Misalnya guru
menilai kemajuan akademik pelajar dan tindakan fizikal mereka yang agresif. Kedua-dua
maklumat umun dan khusus bernilai tetapi berbeza dari segi tujuannya. Biasanya maklumat
khusus adalah lebih diyakini dan pertimbangan lebih mudah dipengaruhi kepada bias faktor
luaran seperti yang ditunjukkan oleh pelajar berbanding tingkah lakunya (John Salvia & James
E. Ysseldyke, 1978: 11). Proses penilaian ini melibatkan pengesanan, diagnosis, rancangan
intervensi, laporan dan penilaian susulan.
Proses penilaian pengesanan adalah pertama yang mana ia bertujuan untuk menentukan
sama ada kanak-kanak itu perlu dirujuk untuk penilaian tambahan bagi mengenalpasti
perkembangannya lambat atau hilang upaya. Ia biasanya dilakukan dalam masa yang singkat dan
menilai kemahiran kanak-kanak itu secara keseluruhan.
Bagaimanapun, ia tidak mengandungi maklumat kuantitatif dan kualitatif menyeluruh berkenaan
status perkembangan kanak-kanak tetapi melibatkan siapa yang memerlukan penilaian
selanjutnya. Mereka ialah bayi, kanak-kanak yang bertatih dan prasekolah yang mungkin
memerlukan penilaian tersebut. Bantuan diberikan oleh jururawat, pakar pediatrik atau pakar
kesihatan lain bagi merancang program yang bersesuaian. Instrumen pengesanan mengenalpasti
bahagian perkembangan yang memerlukan peperiksaan hampir (Judith Bondurant-Utz, 2002: 8).
Dalam proses penilaian pengesanan, ia boleh dibuat melalui temu bual, pemerhatian dan senarai
semak.
Temu bual merupakan dialog diantara dua orang yang mana ia dapat menambah
maklumat. Temu bual mungkin boleh distrukturkan, jadi orang yang ditemu bual mendapat satu
set soalan yang sama. Temu bual yang tidak distrukturkan ada yang mengarah kepada tujuan,
boleh mengikut satu dari banyak arahan bergantung dengan jawapan dan kespontanan tindak
balas yang diberi oleh penemu bual. Contoh soalan yang distruktur ialah nama kanak-kanak itu,
tarikh lahir, nama ibu bapa dan umur (Cartwright, Carwright & Ward, 1981:374).
Dalam pemerhatian, rakaman sistematik dari tingkah laku yang dibuat dapat digunakan
oleh guru atau pakar persekitaran. Maksud asas dalam dapat dilihat, pengukuran sifat dari
tingkah laku. Terdapat huraian naratif dalam bentuk cerita ialah barang kali termudah dan kurang
berstruktur dari pemerhatian tidak formal.
Rekod anekdot dan running record contohya adalah berbentuk huraian bentuk cerita. Sementara
senarai semak dan pemeringkatan skala adalah bentuk lebih berstruktur dari data pemerhatian.
Dalam bentuk cerita dilihat salah satu yang terbaik untuk menilai sosial kanak-kanak atau
perkembangan emosi dan senarai semak dapat digunakan oleh guru untuk penilaian keperluan
akademik.
Rekod anekdot digunakan oleh guru kelas beberapa tahun untuk merekodkan tingkah laku
kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak yang tidak pernah bercakap dalam kelas mula bercakap.
Sementara running records melengkapkan lebih maklumat berbanding apa yang dibuat dalam
rekod anekdot kerana jangka masa yang lebih disambung. Pemerhati harus menukarkan
maklumat ke dalam borang lain untuk analisis dan interpreasi (Judith Bondurant-Utz, 2002:296).
Seterusnya senarai semak yang kerap kali digunakan untuk mengumpulkan data. Ia
penting untuk menyimpan tujuan dari senarai tersebut dalam minda dan had panjang senarai itu.
Soalan haruslah objektif dan dapat melengkapkan set tindak balas alternatif. Soalan terbuka
ditanya dan responden menerangkan jawapannya maka lebih lengkap maklumat. Kebanyakkan
soalan melingkupi pelbagai bahagian daripada perkembangan kanak-kanak kepada dinamik
keluarga (Judith Bondurant-Utz, 2002:297).
Senarai semak juga mengandungi tentang senarai tingkah laku yang dijangka, ciri yang
ditunjukkan atau hasil produk bersama rekodkan item yang dipersembahkan atau tidak ada.
Sesetengah senarai semak direka menjadi siri tingkah laku yang boleh digredkan dalam susunan
atau urutan kejadian. Mudahnya, ya bagi tingkah laku atau ciri yang ditunjukkan atau tidak bagi
tingkah laku atau sifat yang tidak ditunjukkan ialah semuanya minta untuk merekodkan
maklumat dalam senarai semak.
Item dalam senari semak berkembang daripada kriteria kejayaan yang ditunjukkan untuk
hasil yang boleh diterima. Senarai semak kriteria yang ditunjukkan dalam kebolehan memotong
dengan menggunakan gunting. Guru boleh membuat senarai semak untuk keputusan yang
direkodkan dari pemerhatian kanak-kanak semasa aktiviti projek bebas untuk jangka masa
sepuluh minggu. Kelebihan menggunakan senarai semak ialah maklumat terbaik yang boleh
direkodkan dengan cepat (Cartwright, Cartwright & Ward, 1981:381).
Proses penilaian kedua ialah diagnosis. Diagnosis dibentuk untuk menentukan wujudnya
kecacatan pada kanak-kanak. Jika ada, soalan-soalan akan menentukan masalah dan kesan
kecacatan itu pada perkembangan kanak-kanak. Ada sesetengah kes sebab dan penyebab tentang
lambat atau hilang keupayaan tidak dapat dikenalpasti. Dalam diagnosis perubatan, beberapa
kanak-kanak yang terlibat dengan penilaian diagnosis dibimbing oleh pelbagai pakar dalam
pasukan penilaian. Maklumat diagnosis mungkin datang daripada keluarga, laporan pakar dari
berbagai disiplin dan pemerhatian terus pada kanak-kanak (Richard M. Gargiulo & Jennifer L.
Kilgo, 2000:105).
Proses penilaian perkembangan yang ketiga ialah rancangan intervensi. Intervensi awal yang
efektif. Ia berfaedah kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarganya. Bayi dan kanak-
kanak yang betatih, kanak-kanak mana yang terdedah kepada persekitaran berisiko, kanak-kanak
dengan jangkaan perkembangan lambat atau kanak-kanak prasekolah yang dibuktikan tidak
berkeupayaan seperti sindrom down atau cerebral palsy (Richard M. Gargiulo & Jennifer L.
Kilgo, 2000: 47).
Dua tujuan utama penilaian adalah menentukan kelayakan untuk bantuan dan perkembangan
individu dari plan intervensi individu. Prasekolah khas, Program Pendidikan Individu (IEP) juga
dikenali program antara intervensi individu kerana melalui penilaian harus ada keputusan dalam
kenyataan tentang tahap persembahan dari banyak domain yang ditunjukkan iaitu kognitif,
motor, sosio-emosi, jagaan diri dan komunikasi.
Untuk menterjemahkan data ke dalam program intervensi, pasukan interdisciplinary mesti
mengikut semua rekod data yang dikumpulkan untuk setiap bidang. Ia menentukan tahap yang
ditunjukkan dari hasilnya melalui huraian kekuatan dan kelemahan kanak-kanak, ringkasan
tentang apa yang kanak-kanak dapat buat, mendirikan keutamaan, menulis matlamat kenyataan
dan membuat keputusan tentang jenis intervensi akan diikuti dengan matlamatnya.
Prosedur penilaian perkembangan untuk menentukan sama ada intervensi itu berjalan dan jadual
perbincangan susulan untuk memastikan kesinambungan proses. Menurut Bricker, penglibatan
lebih positif dalam intervensi ialah membina penyesuaian interaksi yang mengandungi operan
dan pendekatan perkembangan kerana urutan dari tingkah laku kanak-kanak prasekolah
bergantung kepada biologi dan pengaruh persekitaran (Bruce A. Bracken, 1991:419).
Dalam proses penilaian perkembangan keempat pula ialah laporan atau penulisan laporan selepas
rancangan intervensi. Terdapat banyak keadaan bias dalam mendata yang dilaporkan bukan
dalam penilaian betul-betul. Penilai harus melaporkan bukan hanya apa yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tetapi juga bagaimana hasil itu diperolehi dan diukur. Contohnya laporan harus
menyatakan item apa yang ditunjukkan dan bagaimana biasanya item itu pada kanak-kanak.
Maklumat berkenaan tingkah laku dalam komuniti yang dijangka adalah penting. Kanak-kanak
berkembang dengan adanya rakan sebaya dalam komunitinya melalui pembelajaran dan
kebolehan berbahasa (Judith Bondurant-Utz, 2002: 77).
Tulisan laporan boleh menggunakan senarai semak yang ada bagi membolehkan kanak-kanak itu
dirujuk kepada intervensi awal atau pendidikan awal kanak-kanak khas selepas mendapat
pengesahan daripada pakar bidang berkenaan iaitu guru atau pakar perubatan.
Seterusnya ialah proses penilaian perkembangan iaitu penilaian susulan selepas tiga hingga enam
bulan yang mana ia mengumpul kembali maklumat yang telah dinilai sebelum ini untuk melihat
kembali tahap kemajuan yang telah dicapai oleh kanak-kanak tersebut. Penilaian ini biasanya
dilakukan oleh pakar atau penilai yang sama menilainya sebelum ini.
Ia melibatkan perkembangan dalam domain-domain yang sama iaitu kognitif, sosio-emosi,
jagaan diri, motor dan komunikasi. Adakah kanak-kanak ini telahpun mencapai kemajuannya
dalam item-item yang dilihat sebelum mengikut kelima-lima domain tadi. Contohnya, sebelum
tiga bulan dari penilaian susulan dilihat kanak-kanak ini tidak boleh memegang pensil dengan
betul dan selepas tiga bulan semasa penilaian susulan didapati kanak-kanak tersebut dapat
memegang pensil dengan betul.
Rujukan boleh membuang masa jika tidak menyusun prosedur dengan baik untuk tindakan
susulan. Sesetengah sekolah di mana ibu bapa terpaksa pergi ke sekolah tersebut untuk
mengambil borang laporan mata bagi kes buta atau rabun untuk dirujuk kepada pakar mata.
Dalam kes ini ibu bapa boleh membawa anak mereka kepada ophthalmologist iaitu doktor khas
diagnosis dan rawatan bagi penyakit mata seperti lensa dan pembedahan mata. Sementara
optometrist hanya terlibat untuk melihat gangguan yang terdapat pada penglihatan sahaja bukan
pembedahan atau dapat memberi ubat menghilangkan sakit (Cartwright, Cartwright & Ward,
1981: 70).
ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN
Domain perkembangan adalah kunci bahawa untuk mengetahui kanak-kanak yang
normal atau kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan adalah dengan penilaian
komprehensif. Instrumen penilaian yang digunakan ialah dengan melihat dan mengukur
perkembangan kanak-kanak dalam satu atau lebih domain. Domain-domain itu ialah kemahiran
kognitif, kemahiran motor iaitu motor kasar dan motor halus, kemahiran bahasa dan komunikasi,
kemahiran sosial-emosi dan kemahiran jagaan diri.
Perkembangan wujud sejak kanak-kanak masih kecil, bagaimanapun domain-domain ini
tidak boleh diasingkan. Ini adalah kerana domain perkembangan ini saling bertindak balas dalam
cara yang kompleks. Dalam fakta, fungsi akan terus dihubungkan di antara perubahan dalam
sesuatu perkembangan dan berlaku dalam perkembangan yang lain. Contohnya, apabila kanak-
kanak mula berjalan, dia mula mendapat pengalaman yang baru. Jadi, kemahiran akan
mempengaruhi perkembangan dalam domain yang lain seperti kognitif, bahasa dan
perkembangan social.
Jenis-jenis perkembangan boleh digunakan sebagai panduan umum untuk intervensi dan
rujukan di samping dapat menimbang dan menentukan kekuatan individu, keperluan dan
kemajuan yang dapat dibuat.
Perkembangan Kemahiran Kognitif
Perkembangan kemahiran kognitif merujuk bahawa kebolehan mental dan intelektual
kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan
kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka.
Perkembangan kognitif juga dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif Piaget.
Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembangan dalam satu siri tahap yang
kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain dan tahap perkembangan
kognitif Piaget ada empat iaitu tahap sensori motor iaitu bagi kanak-kanak yang baru lahir
sehingga 2 tahun, tahap dua pula dipanggil tahap praoperasi iaitu kanak-kanak yang berumur 2
sehingga 7 tahun. Manakala tahap yang seterusnya ialah tahap operasi konkrit iaitu kanak-kanak
7 sehingga 11 tahun dan tahap yang keempat ialah tahap operasi formal iaitu 11 tahun ke atas
(Jas Laile Suzana Jaafar, 2000: 84). Penilaian kemahiran kognitif biasanya melibatkan konsep
pengekalan objek, hubungan dari segi ruang, peniruan, sebab akibat dan penggunaan objek.
Perkembangan kognitif berlaku apabila kanak-kanak beri perhatian dan mewujudkan
ransangan kemudian menyepadukan maklumat baru dengan kemahiran dan pengetahuan.
Terdapat kemahiran praakademik seperti membilang, mengasingkan dan sebagainya. Kemahiran
kognitif termasuklah kapisiti meramalkan kejadian, menggunakan ingatan jangka pendek dan
jangka panjang. Dalam prasekolah, penilaian kemahiran kognitif ialah seperti kemahiran pra
bacaan, pra menulis dan pra matematik (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 93).
Dalam perkembangan kognitif, kita boleh lihat secara lebih terperinci tentang perkembangan
kanak-kanak iaitu dari 1 hingga 2 tahun. Apabila kanak-kanak sampai pada peringkat ini, kita
dapati kanak-kanak sudah boleh memerhati ciri-ciri fizikal yang terdapat pada objek,
menyelesaikan masalah-masalah yang mudah, mengklasifikasikan objek berdasarkan kesamaan
fizikal, mengatasi halangan untuk mendapatkan objek. Selain itu juga kanak-kanak boleh
memahami kegunaan objek dan juga kanak-kanak boleh membuka bungkusan permainan mereka
(Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).
Pada peringkat 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh memilih dan melihat gambar dalam
buku, boleh memadankan dengan setiap pasangan objek. Contohnya, cawan dengan piring, kasut
dengan stoking. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh namakan gambar objek yang mudah-mudah
dan dapat mengenalpasti beberapa objek dalam gambar tersebut. Apabila ditanya tentang apa
yang sedang dilakukan, mereka akan memberitahu secara ringkas apa yang dia buat. Contohnya,
dia meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa seperti menyapu sampah. Kanak-kanak pada
peringkat ini, mereka belajar melalui penjelajahan dan arahan orang dewasa seperti membaca
dalam buku bergambar. Kanak-kanak ini juga mula memahami fungsi konsep dalam objek-objek
yang dibiasa dilihat. Contohnya, sudu untuk makan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo,
2000: 305).
Kanak-kanak yang berada pada tahap 3 hingg 4 tahun ini, kebanyakan mereka sudah boleh
mengenal dan memadankan enam warna, boleh menyusun blok-blok mengikut saiz dan lukis
gambar yang mereka tahu dan sekiranya mereka tidak melukis gambar tersebut, mereka akan
menerangkan tentang gambar itu. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tahu menggunakan
soalan seperti “kenapa” dan “bagaimana”. Mereka juga tahu berapa umur mereka. Kanak-kanak
ini belajar melalui pemerhatian dan mengikut arahan orang dewasa. Pada tahap ini juga kanak-
kanak memahami fungsi konsep dalam kumpulan objek. Contohnya, perabut ada di dalam rumah
dan kanak-kanak dapat mengenalpasti gambar tangan, kaki adalah sebahagian dari anggota
badan. Di samping itu juga, kanak-kanak mula tahu yang lepas dan sedang berlaku. Contohnya,
kelmarin kita pergi ke pasar dan hari ini kita pergi ke rumah kawan (Richard M. Gargiulo &
Jennifer L.Kilgo, 2000: 307).
Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak boleh menunjukkan dan menamakan 4
dari 6 warna. Kanak-kanak juga boleh melukis gambar orang dengan mengenali dua hingga
enam bahagian badan seperti kepala, tangan serta boleh namakan atau padankan dengan badan.
Kanak-kanak pada peringkat ini pula belajar melalui pemerhatian dan dengan apa yang dikata.
Selain itu, kanak-kanak sudah boleh memahami konsep masa. Kanak-kanak juga boleh menulis
nama sendiri dan juga boleh menghurai gambar yang dilihat. Kanak-kanak juga boleh
menceritakan apa yang berlaku selepas itu (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:
309).
Akhirnya, perkembangan kognitif kanak-kanak dinilai pada umur 5 hungga 6 tahun. Pada
peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menulis huruf dan angka dan juga boleh menghafal
bilangan nombor sampai sepuluh. Kanak-kanak juga boleh mengasingkan objek pada satu
kriteria tertentu. Contohnya, mengikut warna, bentuk atau saiz. Kanak-kanak juga mula
menggunakan konsep masa dengan tepat iaitu “kemarin” dan “esok”. Pembelajaran kanak-kanak
ini melalui arahan dari orang dewasa dan apabila mereka minat, mereka akan mengabaikan
halangan atau gangguan yang ada. Konsep masa dikembangkan dalam memahami sesuatu acara
yang akan datang. Contohnya, Krismas akan datang selepas 2 minggu (Richard M. Gargiulo &
Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).
Kemahiran Motor
Dalam kemahiran motor pula, ia merujuk kepada kebolehan bergerak atau kawalan pergerakan
yang membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi
sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan yang berbeza. Dalam kemahiran motor,
boleh dibahagikan kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar
melibatkan pergerakan dan kawalan otot. Contoh kemahiran otot kasar ialah melompat, berlari,
berjalan, merangkak dan banyak lagi (Bruce A. Bracken, 1983: 285). Kemahiran motor halus
pula, menggunakan otot-otot kecil, seperti memegang, meramas dan sebagainya.
Kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak belajar untuk menunjukkan
pelbagai tugasan yang melibatkan motor kasar iaitu dengan berjalan cepat di samping
menyeimbangkan dengan motor halus seperti membutangkan baju, menggunting dan menulis.
Dalam kemahiran motor halus pula, bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun akan
berkembang dengan cepat. Apabila kanak-kanak mencapai umur prasekolah, mereka boleh
menyimpan dan mengendalikan sesuatu dan akan menjadi mahir misalnya mereka boleh
memasukkan blok ke dalam lubang yang sesuai.
Kita boleh lihat secara terperinci bagaimana perkembangan motor kasar dan motor halus
berkembang mengikut peringkat-peringkat umur. Pada umur 1 hingga 2 tahun, perkembangan
motor kasar kanak-kanak boleh dilihat melalui kanak-kanak itu berjalan dengan memegang
kerusi dan boleh berdiri untuk seketika. Manalaka perkembangan motor halus pula, kanak-kanak
boleh mengambil objek dari bekas, meletakkan objek ke dalam bekas, cuba untuk menconteng
dan kanak-kanak ini juga boleh memegan penyepit dengan kemas iaitu boleh genggam dengan
baik ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).
Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula, perkembangan motor kasar boleh dilihat
apabila kanak-kanak itu berlari ke hadapan dengan baik dan boleh melompat pada satu tempat
dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya. Kanak-kanak juga boleh berdiri atas satu kaki
tetapi dengan bantuan dan juga boleh berjalan berjengket serta menyepak bola. Dalam
perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menggunting, pegang krayon tetapi ibu jari
dan jari yang lain tidak menggengam. Selain itu, kanak-kanak boleh memusing, mumukul,
memicit, menekan dan menarik tanah liat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 304).
Pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun, perkembangan motor kasar boleh dilihat apabila kanak-
kanak boleh menggelonsor tanpa bantuan, boleh mengimbangkan badan dengan berdiri atas satu
kaki dalam masa 5 hingga 10 minit. Kanak-kanak juga boleh berlari di sekeliling halangan dan
berjalan dalam satu baris. Perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh membina
bangunan menggunakan 9 blok-blok kecil dan juga mereka boleh membentuk tanah liat menjadi
bentuk bulat, ular dan sebagainya ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).
Perkembangan motor kasar pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak boleh
melompat ke hadapan 10 kali tanpa jatuh dan boleh naik dan turun tangga seorang diri, manakala
perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh menulis silang pangkah dan bentuk dan
kanak-kanak juga boleh menggunting dan menyambung semula apa yang digunting ( Richard M.
Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).
Kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun, didapati kanak-kanak boleh melompat sejauh 2
meter, melompat melangkau dan lompat bertali bagi perkembangan motor kasar, manakala
kanak-kanak boleh melukis bentuk segitiga, tulis nombor 1 hingga 5 adalah merupakan
perkembangan motor halus ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).
Perkembangan Kemahiran Bahasa Dan Komunikasi
Perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan salah satu domain yang
penting. Komunikasi merujuk kepada pesanan yang bertindak balas antara orang yang bercakap
dengan pendengar, manakala bahasa pula menggunakan simbol atau sintaksis atau tatabahasa
apabila berkomunkasi dengan orang lain.
Dalam penilaian bahasa dan komunikasi terdapat dua jenis bahasa iaitu receptive language iaitu
bahasa yang mudah diterima iaitu kebolehan kanak-kanak untuk memehami secara verbal dan
tak verbal. Bahasa yang ditunjukkan dengan perasaan iaitu yang melibatkan perkataan, gesture
dan tingkah laku yang digunakan untuk menyampaikan maklumat ialah expressive language.
Masa yang kritikal dalam perkembangan bahasa dan komunikasi bagi kanak-kanak ialah
sebelum umur 5 tahun. Biasanya komunikasi bagi bayi bermula pada umur 3 tahun yang mana
kanak-kanak memperolehi semua komponen dalam komunikasi. Perkembangan bahasa akan
membentuk konsep sebagai perkembangan yang melalui tahap-tahap yang bermula pada bayi.
Contohnya, apabila kanak-kanak masuk ke sekolah, mereka akan menggunakan semua jenis
ayat. Jadi, apabila terdapat kemahiran komunikasi yang lambat, jadi mereka akan berusaha untuk
berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti gesture (Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000:
94).
Jadi, untuk lihat perkembangan bahasa, kita boleh menilai dari peringkat umur kanak-kanak
tersebut. Peringkat umur kanak-kanak 1 hingga 2 tahun, kita boleh lihat kanka-kanak itu boleh
memahami perkataan “tidak” dan menikmati atau seronok apabila melihat buku. Ini adalah
receptive language. Manakala bagi expressive language pula, kanak-kanak boleh menyebut atau
membunyikan satu konsonan. Contohnya, “ba”. Kanak-kanak juga dapat memahami tindak balas
perkataan tertentu contohnya, berkenaan bunyi “bye-bye” dengan gesture ( Richard M. Gargiulo
& Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).
Pada peringkat umur 2 hingga 3 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh
mengenalpasti objek apabila memberitahu tentang kegunaannya. Kanak-kanak juga faham
tentang bentuk soalan “apa” dan “di mana” serta kanak-kanak ini juga memahami negatif iaitu
“tidak boleh” dan “jangan”. Bagi expressive language pula, kanak-kanak suka mendengar cerita
pendek atau cerita ringkas. Kanak-kanak juga boleh menyambung atau mengabung kosa kata
bersama dua perkataan menjadi rangkai kata. Kanak-kanak ini juga boleh membuat penyataan
negatif contohnya, “jangan buka” ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L.Kilgo, 2000: 304).
Perkembangan bahasa dan komunikasi pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun dari receptive
language boleh dilihat, kanak-kanak boleh memahami ayat yang melibatkan konsep masa seperti
“esok kita pergi ke zoo” dan juga kanak-kanak juga boleh memahami bandingan saiz.
Contohnya, saiz besar, lebih besar manakala expressive language pula, menunjukkan kanak-
kanak sudah boleh memberitahu tentang pengalaman yang lepas, gaya pertuturannya dapat
difahami tapi mempunyai kesalahan dalam ayat. Di samping itu, kanak-kanak boleh bercakap
dalam 2 atau 3 ayat yang berbentuk “agent-action-objek”. Contoh ayat seperti “ saya lihat bola”
(Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).
Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, mereka sudah boleh
memahami secara perbandingan seperti cantik, sangat cantik. Mereka juga mendengar cerita
panjang tetapi kerapkali salah tafsirkan fakta yang ada dalam cerita itu. Kanak-kanak juga boleh
memahami urutan acara apabila kita memberitahu mereka. Contohnya, “mula-mula kita akan
pergi ke stor, kemudian kita buat kek dan esok barulah kita boleh makan”. Ini termasuk dalam
receptive language. Manakala dalam expressive language pula, kanak-kanak boleh menyambung
ayat. Contohnya, “saya pergi ke stor dan saya membawa ais krim”. Kanak-kanak juga boleh
memberitahu tentang kandungan yang terdapat dalam cerita tetapi banyak fakta yang salah
( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).
Pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun, bagi receptive language, kanak-kanak boleh
mendemonstrasi kemahiran pra akademik. Bagi expressive language pula, kanak-kanak boleh
menjelaskan perbezaan antara tatabahasa yang digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Di samping itu, kanak-kanak itu boleh berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan dan orang
yang tidak dikenali. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga boleh menceritakan semula buku
yang telah dibaca dengan tepat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).
Perkembangan Kemahiran Sosial-Emosi
Domain yang seterusnya ialah perkembangan kemahiran sosial-emosi. Dalam domain ini, ia
merujuk kepada tingkah laku bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dan kawan-
kawan di persekitaran dan bagaimana mereka bertindak balas dalam situasi social. Ia juga
melibatkan bagaimana kanak-kanak memulakan sesuatu interaksi dan tindak balas untuk
interaksi dengan orang lain.
Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan remaja, mereka biasanya perlukan kemahiran
bagaimana untuk turut serta dalam interaksi timbal-balik, manakala apabila kanak-kanak
berinteraksi dengan kawan-kawan, mereka memerlukan kemahiran seperti bagaimana untuk
main peranan contohnya dalam permainan anak patung. Kemahiran emosi pula adalah kebolehan
untuk mengenalpasti perasaan. Kemahiran ini adalah melibatkan bagaimana untuk mengawal
dengan satu dorongan tertentu atau dengan perasaan hati dan bagaimana untuk menyelesaikan
konflik (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419).
Dalam perkembangan sosial emosi, kita boleh lihat perkembangannya mengikut
peringkat umur. Peringkat umur 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak menunjukkan rasa suka dan tidak
suka kepada sesetengah orang, kepada objek atau situasi. Kanak-kanak juga menguji ibu bapa
dengan tingkah laku yang nakal semasa ibu memberi makan dan semasa hendak tidurkan mereka
( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).
Sementara bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak menyertai dalam
permainan dan boleh bergantung kepada keupayaan sendiri. Kanak-kanak juga menyertai dalam
kumpulan yang mudah seperti bertepuk tangan, menyanyi dan juga kanak-kanak ini
mengenalpasti identiti jantina (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).
Selain itu, perkembangan pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun boleh dilihat apabila
kanak-kanak boleh bermain bersama kawan-kawan dan mereka mula berinteraksi sesama
mereka. Dalam permainan, mereka melakonkan babak seperti pengembaraan dan permainan
rumah (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 307).
Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak mula berpakaian mengikut jantina
seperti kanak-kanak perempuan akan memakai mini skirt. Ini menunjukkan ciri-ciri perbezaan
jantina antara perempuan dan lelaki. Selain itu, pada peringkat ini juga, kanak-kanak bermain
dan berinteraksi dengan kawan-kawan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 309).
Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun pula, kanak-kanak mula memilih kawan dan dalam
permainan, mereka mempunyai persaingan (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:
311).
Domain yang terakhir ialah perkembangan kemahiran penjagaan diri dan adaptif. Ianya
berfokus tentang pemakanan, penjagaan diri termasuklah basuh tangan dan gosok gigi dan
tentang pemakaian (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419). Aspek perkembangan penjagaan diri ini
berkembang bermula 3-4 tahun dan biasanya perkembangan penjagaan diri berkembang dengan
bimbingan ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak tersebut.
Melalui penjagaan diri kanak-kanak kita boleh melihat bagaimana kanak-kanak memakai
pakaian denag cara yang betul. Selain itu, dalam cara pemakaian kanak-kanak prasekolah juga
biasanya menunjukkan semua asas penjagaan diri seperti boleh membutangkan bajunya sendiri
(Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 94).
Perkembangan Penjagaan Diri
Kita boleh melihat perkembangan penjagaan diri melalui beberapa peringkat umur iaitu
peringkat umur 1 hingga 2 tahun. Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh memegang pada
hujung sudu tapi mereka tidak pandai menggunakannya. Selain itu, kita dapati juga kanak-kanak
menguyah (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).
Bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak dapat membuka pintu
menggunakan tombol pintu, mengambil kot dan meletakkan kot apabila disuruh tetapi dengan
bantuan. Kanak-kanak juga membasuh tangan dan mengeringkan tangan dengan bantuan iaitu
daripada ibu atau penjaga (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305). Pada peringkat
umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak sudah boleh basuh tangan dan pergi ke bilik air dengan
sendirinya. Kanak-kanak di peringkat ini juga sudah boleh menyapu marjerin pada roti dengan
menggunakan pisau.
Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun pula, kita dapati mereka sudah boleh
memakai kasut dengan sendiri dan juga boleh memotong makanan yang mudah seperti
memotong tomato menjadi kepingan. Manakala kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun
pula, mereka sudah boleh memakai pakaian yang lengkap, berus gigi dengan sendiri dan boleh
melintas jalan dengan sendirinya (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).
CONTOH-CONTOH INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN DALAM PENILAIAN
PERKEMBANGAN
Kajian yang meluas dijalankan oleh Li, Walton dan Nutfatal (1999) tentang instrumen khusus
digunakan dalam penilaian prasekolah. Ia juga sebagai ringkasan kajian dalam instrumen yang
digunakan untuk, kognitif, bahasa, sosio-emosi dan penilaian asas kurikulum. Instrumen dipilih
kerana ia melibatkan kepelbagaian populasi prasekolah (Judith Bondurant-Utz, 2002: 70).
Instrumen digunakan dalam prosedur pengesanan yang mana ketepatannya adalah penting untuk
beberapa sebab seperti kepekaan dan pengkhususan. Kepekaan itu merujuk kepada kebolehan
instrumen pengesanan mengenalpasti kanak-kanak yang memerlukan penilaian tambahan. Selain
itu, instrumen haruslah ringkas untuk ditadbir dan boleh digunakan oleh golongan pakar daripada
berbagai-bagai jenis disiplin. Catatan skor tentang instrumen seharusnya tepat, cepat dan mudah.
Instrumen pengesanan yang dipertimbangkan perlu menyeluruh di mana alat-alat pengesanan
menguji secara multidimensional dan melibatkan pengujian pendidikan, kesihatan, tingkah laku
serta persekitaran berkaitan. Tambahan pula, instrumen perlu murah tetapi pada masa yang sama
perlu tepat dan apabila ia tepat kemungkinan rujukan yang tidak sesuai adalah minimum.
Seterusnya instrumen turut digunakan pada prosedur kelayakan yang mana prosedur penilaian
mengikut dan melibatkan pentadbiran instrumen dalam kawalan tingkah laku.
Terdapat pelbagai instrumen yang boleh digunakan untuk menilai 5 perkembangan
kognitif, motor, bahasa dan komunikasi, sosial-emosi dan jagaan diri.
Instrumen yang digunakan untuk menilai perkembangan ialah Test Bayley Scales of Infant
Development (BSID). Ia dibina untuk mengukur perkembangan kanak-kanak dari 2-3 bulan.
Dalam instrument jenis ini terdapat 3 bidang iaitu skala mental yang mana mengukur ketajaman
sensori dan diskriminasi, skala motor yang menilai motor kasar dan motor halus dan bidang yang
ketiga ialah rekod tingkah laku bayi yang mana membantu menilai social dan orientasi kanak-
kanak dalam persekitaran ( Cartwright, Cartwright & Ward, 1981: 367).
Instumen yang digunakan ialah Bettele Developmental Inventory. Ia digunakan untuk
kanak-kanak yang baru lahir hingga kanak-kanak itu berusia 8 tahun. Dalam Instrumen ini, ia
menilai 5 aspek perkembangan iaitu perkembangan motor iaitu motor halus dan motor kasar,
bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, sosio-emosi dan penjagaan diri.
Aspek-aspek perkembangan ini pula mengandungai 2 hingga 6 subdomain iaitu dalam
perkembangan motor meliputi kawalan otot, koordinasi badan, kebolehan bergerak dan juga otot
halus. Dalam perkembangan bahasa dan komunikasi pula, mempunyai 2 jenis iaitu receptive
language dan expressive language. Perkembangan sosio-emosi pula melibatkan perasaan dan
konsep kendiri kanak-kanak itu. Bagi perkembangan kognitif pula, melibatkan diskriminasi
perseptual, ingatan, perkembangan konseptual. Manakala adaptif dan penjagaan diri
dihubungkan dengan tanggungjawab personal, pemakanan dan pemakaian (Bruce A. Bracken,
1991: 176). Instrumen jenis ini memberi satu dalam tiga cara iaitu ujian struktur, pemerhatian
atau temu bual ibu bapa atau guru.
Kent Infant Development Scale juga digunakan untuk menilai perkembangan setiap
perkembangan. Perkembangan yang dinilai ialah kognitif, motor, sosio-emosi, bahasa dan
komunikasi dan jagaan diri. Instrumen ini dijalankan kepada kanak-kanak dari 13 bulan sehingga
2 tahun bagi kanak-kanak yang normal dan juga kepada kanak-kanak yang cacat. Ujian ini
adalah laporan daripada ibu bapa atau penjaga terhadap tingkah laku kanak-kanak dalam lima
aspek perkembangan. Ia juga digunakan untuk mengklasifikasikan antara kanak-kanak yang
normal dan yang ada risiko untuk mendapat ketidakupayaan (Bruce A. Bracken, 1991: 229).
Selain itu, instrument Development Profile II juga digunakan untuk menilai perkembangan. Ia
dibina untuk menganggar atau mentafsirkan perkembangan kanak-kanak yang baru lahir hingga
kanak-kanak berumur 9 tahun. Ia melibatkan lima aspek perkembangan iaitu perkembangan
fizikal, penjagaan diri, sosio-emosi, akademik atau kognitif dan komunikasi. Ujian ini adalah
melalui pemerhatian terus kepada kanak-kanak atau laporan dari penjaga. Biasanya, instrumen
ini adalah diasaskan pada 1972 ( Bruce A. Braken, 1991: 174).
Seterusnya, instrumen yang digunakan ialah Denver Developmental Screening Test. Ia adalah
alat mengesan untuk mengenalpasti perkembangan kanak-kanak dan masalah tingkah laku. Ia
digunakan kepada kanak-kanak yang baru lahir sehingga kanak-kanak yang berumur 6 tahun.
Ujian ini mengambil masa selama 10 hingga 20 minit dan ia bergantung kepada umur kanak-
kanak dan kerjasama dari kanak-kanak tersebut. Terdapat 4 domain yang dinilai melalui
instrumen ini iaitu sosial personal, motor halus, motor kasar dan bahasa. Sebanyak 25 item
direkod melalui pemerhatian terus kepada kanak-kanak dan juga diperolehi dari laporan ibu bapa
(www.patient.co.uk/showdoc.htm)
Selain itu, instrumen yang digunakan adalah seperti Developmental Programming For Infants
and Young Children. Instrumen jenis ini digunakan bagi kanak-kanak yang baru lahir sehingga 5
tahun. Ia digunakan oleh ibu bapa pada aktiviti yang dijalankan di rumah. Instrumen ini menilai
lima aspek perkembangan iaitu perkembangan motor, kognitif, bahasa dan komunikasi, sosio-
emosi dan jagaan diri. Didapati perkembangan ini mengikut urutan
(www.press.urich.edu/titleDetailDesc.do?id=8133).
The Early Interventional Development juga merupakan salah satu instrumen yang
digunakan untuk menilai perkembangan kanak-kanak. Ia digunakan pada kanak-kanak yang baru
lahir sehingga kanak-kanak itu berusia 3 tahun. Instrumen ini menilai dari aspek perkembangan
motor, kognitif, sosio-emosi dan bahasa. Ia digunakan oleh kumpulan multidisciplinary yang
melibatkan ahli psikologi, pembimbing khas, terapi pekerjaan dan juga “speech-language
pathologist”(Judith Bondurant-Utz, 2002: 353).
Penilaian perkembangan juga diukur melalui Infant-Toddler Developmental Assessment. Ia
adalah untuk mengecam atau mengenalpasti kanak-kanak itu normal atau pun tidak.. Instrumen
ini adalah bagi kanak-kanak yang baru lahir sehingga 3 tahun. Ia menilai dari aspek
perkembangan motor iaitu motor kasar dan motor halus, kognitif bahasa dan komunikasi, jagaan
diri dan sosio-emosi (www.riverpub.com/products/ida/index.html).
Jadual dibawah menunjukkan jenis-jenis instrumen yang digunakan untuk membuat penilaian
perkembangan:
Initial and Annual Eligibility Determination
ASSESSMENT INSTRUMENTS
DEVELOPMENTAL AREA/TEST NAME DISCIPLINE(S)
Cognitive
¨ Bayley Scales of Infant Development-Mental
¨ Functional Emotional Assessment Scales (FEAS)
¨ Infant Toddler Sensory Profile
¨ Pediatric Evaluation of Disability Inventory (PEDI)
¨ Test of Sensory Functioning in Infants
¨ Vineland Adaptive Behavior Scales (VABS)
A professional with training and credentials and meeting the requirements specified by the
particular test instrument.
Motor
¨ Alberta Infant Motor Scale
¨ Bayley Scales of Infant Development- Motor
¨ Erhardt Developmental Test of Prehension
¨ Gross Motor Functional Measures (must be used in combination with a tool that provides
age equivalents or % delay)
¨ Peabody Developmental/ Motor Test 2
¨ Test of Infant Motor Performance (TIMP)
¨ TIME: Miller
A professional with training and credentials and meeting the requirements specified by the
particular test instrument.
Communication
¨ Callier-Azusa Scale
¨ Communication & Symbolic Behavior Scales (CSBS) ( must use all 3 portions: Infant
Toddler Checklist, Caregiver Questionnaire, & Behavioral Sample)
¨ Early Language Milestone Scales (ELM-2)
¨ McCarthy Communicative Developmental Inventory
¨ Non-Speech Test
¨ Pre-School Language Scale (PLS 3 or 4)
¨ Receptive Expressive Emergent Language Scale (REEL)
¨ Reynell Developmental Language Scales-American Version
¨ Rosetti Infant Toddler Language Scale
¨ Sequenced Inventory of Communication Development (SICD)
¨ SKI-HI Learning Development Scales (Hearing Impaired 0-3)
Social/Emotional
¨ Achenbach Child Behavior Checklist
¨ Carey Temperment Scales (must be used with tool that provides age equivalents or % delay)
¨ Early Coping Inventory
¨ Functional Emotional Assessment Scale (FEAS)
¨ Infant-Toddler Social and Emotional Assessment (ITSEA)
¨ Vineland Social Emotional Early Childhood Scale
A professional with training and credentials and meeting the requirements specified by the
particular test instrument.
Adaptive
¨ Early Coping Inventory
¨ Functional Emotional assessment Scales (FEAS)
¨ Functional Independence Measures (WEE FIMS)
¨ Infant Toddler Sensory Profile
¨ Pediatric Evaluation of Disability Inventory (PEDI)
¨ Test of Sensory Functioning in Infants
¨ Vineland Adaptive Behavior Scales
A professional with training and credentials and meeting the requirements specified by the
particular test instrument.
Global
¨ Assessment Evaluation & Programming System (AEPS)
¨ Alpen-Boll Developmental Profile II
¨ Batelle Developmental Inventory
¨ Carolina Curriculum for Infants and Toddlers
¨ Child Developmental Inventory (CDI)
¨ Early Learning Accomplishment Profile (ELAP)
¨ Infant Development Inventory (IDI)
¨ INSITE (for visually impaired)
¨ Hawaii Early Learning Profile (HELP)
¨ Infant Toddler Developmental Profile (IDA)
¨ Mullen Scales of Early Learning (MSEL)
¨ Reynell-Zinkin Scales: Developmental Scales for Young Handicapped Children
¨ Transdiscplinary Play Based Assessment (TPBA)
A professional with training and credentials and meeting the requirements specified by the
particular test instrument.