PENTERJEMAHAN 2009-Geisha
Transcript of PENTERJEMAHAN 2009-Geisha
Pengenalan
“Setiap bangsa memiliki minda asli masing-masing, tetapi minda asli tersebut dapat hilang apabila minda itu dikuasai oleh bahasa asing. Bangsa Melayu mempunyai minda asli tetapi minda asli itu hilang apabila minda Melayu dikuasai oleh bahasa Inggeris.” (Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, 2006:12)
Bahasa merupakan sebuah alat yang berupaya untuk memantulkan kosmologi serta
kerangka pemikiran sesebuah bangsa. Perihal tersebut sekali gus mempertekankan
lagi kepentingan para pengguna bahasa untuk mempunyai keupayaan bagi melahirkan
gagasan serta pandangan yang diperolehi daripada sesebuah teks bacaan dalam
konteks yang terarah. Dalam erti kata yang lain, dari sudut penterjemahan teks, para
penterjemah harus berupaya untuk memudahkan proses penerimaan data dan simbol
yang tersirat dalam susunan kata teks asal. Daripada itu, penterjemah harus sensitif
serta peka akan konsep-konsep yang hadir dalam bidang penterjemahan.
Menurut pendapat Nida (1959:19), terdapat dua perkara penting yang harus
diperhatikan oleh penterjemah, iaitu makna atau pengertian yang tersirat dalam teks
asal dan gaya. Menurut beliau, “translating consisting producing in the receptor
language the closest natural equivalent to the message of the sourse language, first in
meaning and secondly in style.” Tafsiran beliau memberikan kebebasan kepada
penterjemah untuk menterjemahkan sesebuah teks berdasarkan penerimaan pembaca
dalam bahasa terjemahan. Kelonggaran tersebut disifatkan beliau sebagai dynamic
equivalence.
Pegangan tersebut turut dapat diperhatikan pada proses penterjemahan yang
dianuti Wills (1977:72). Menurut beliau, proses penterjemahan melalui dua fasa utama,
1
yakni proses analisa (fasa pertama) dan proses rekonstruksi (fasa kedua). Pada fasa
pertama, penterjemah akan mendekati sesebuah teks berdasarkan kefahaman stilistik
dan semantik untuk mendalami kandungan sesebuah teks. Pada fasa kedua,
penterjemah akan melahirkan gagasan ataupun kefahaman beliau dalam teks sasaran
dengan “optimal implementation of the requirements of communicative equivalence, the
stylistic and semantic aspects of the source language text.” Namun begitu, dalam
usaha menghasilkan “communicative equivalence” sesebuah teks daripada bahasa asal
ke bahasa sasaran, acapkali terdapat beberapa perbezaan yang ketara dalam budaya
yang tersirat bahasa asal dan budaya dalam bahasa sasaran.
Kertas kajian ini akan meneliti beberapa isu tentang perbezaan atau persamaan
budaya dalam teks Memoirs of a Geisha. Penterjemahan bahasa daripada bahasa
Inggeris ke bahasa Melayu tentu sekali telah memberikan kesan kepada teks tersebut.
Kajian ini akan menghuraikan beberapa ciri penterjemahan budaya serta
membincangkan akan ketepatan penterjemah dalam karya penterjemahannya.
Pengenalan kepada teks Memoirs Of a Geisha
Teks yang bergenre sejarah ini telah diterbitkan pada 23hb September 1997 oleh
Alfred A. Knopf. Novel yang asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris telah mendapat
sambutan hangat lalu sebanyak empat juta salinan telah terjual. Berdasarkan sambutan
hangat tersebut, novel ini kemudian telah diterjemahkan kepada 32 bahasa yang
berbeza.
Sambutan teks Memoirs of a Geisha ini telah diiktiraf dalam beberapa akhbar
seperti berikut;
2
“Novel itu mendapat sambutan hangat apabila ia berjaya dijual sebanyak 4 juta naskhah dalam tempoh dua tahun… novel ini turut diterjemahkan ke dalam 32 bahasa.”
Utusan Malaysia, Malaysia
“Paparan bak-bak rumit yang dapat dihalusi dengan gaya penulisannya. Amat jarang sekali sebuah dunia terpencil dan asing diterokai dan didedahkan dengan sebenar-benarnya serta meyakinkan.”
The New Yorker
Penulis asal teks Memoirs Of a Geisha
Teks ini ditulis oleh Arthur Golden yang berasal dari Chattanooga, Tennessee.
Arthur Golden mendapat pendidikan di Baylor School, Ijazah di Kolej Harvard dalam
bidang kesenian sejarah dan pengkhususan dalam bidang kesenian Jepun, M.A di
Universiti Colombia dalam bidang sejarah Jepun dan akhirnya M.A di Universiti Boston
dalam bahasa Inggeris.
Penterjemahan ke bahasa Melayu
Teks Memoirs of a Geisha telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Abdul
Latiff yang mempunyai pengalaman sebagai penterjemah selama 27 tahun. Teks yang
diterjemah telah diberikan judul Kenang-Kenangan seorang Geisha.
Sipnosis Novel
Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Chiyo dari sebuah
kampung nelayan. Dia dijual kepada sebuah rumah geisha di Gion. Di rumah geisha itu,
Chiyo dilatih menjadi seorang geisha. Chiyo semakin lama semakin mengerti peranan
seorang geisha. Chiyo dilantik menjadi seorang geisha oleh Mameha dan diberikan
3
nama Sayuri. Sayuri dicemburui ketua geisha di rumah itu, Hatsumomo dan sering
diseksa dan difitnah. Sayuri bertemu dengan seorang lelaki yang dia pernah bertemu
pada usia yang muda. Rupa-rupanya Sayuri menyimpan perasaan terhadap lelaki itu,
Tuan Pengerusi. Kisah cinta Sayuri terpaksa dipendam kerana teman baik Tuan
Pengerusi, Nobu yang ada hati terhadap Sayuri. Perang Dunia Kedua mengubah hidup
Sayuri dengan tiba-tiba. Sayuri hidup susah. Pada penghujung peperangan, dia
dipanggil untuk menjadi seorang geisha semula untuk membina pertalian politik dengan
pihak Amerika. Keadaan dan takdir memberi peluang kepada cinta Sayuri yang
akhirnya ditemukan dengan Tuan Pengerusi sekali lagi.
Definisi Budaya
Kertas kajian ini melihat kepada aspek budaya dalam penterjemahan yang telah
dilakukan. Berikut adalah beberapa definisi dan konsep budaya yang diberikan
beberapa sarjana yang terkemuka.
Menurut Andreas Eppink;
“Kebudayaan adalah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu, pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.”
Edward B. Taylor pula berkata;
“Budaya adalah satu keseluruhan kompleks yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat istiadat, dan apa juga kebolehan serta kelaziman yang diperoleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.”
4
Nida seterusnya mentakrifkan budaya sebagai;
“(Culture is) all learned behaviour which is socially acquired, that is, the material and non-material traits which are passed on from one generation to another.”
Berdasarkan beberapa takrif dan konsep budaya yang diberikan dapat
dirumuskan bahawa budaya merangkumi kehidupan manusia secara keseluruhan
ataupun total. Keseluruhan ini termasuk segala yang berbentuk material dan non-
material.
Pendekatan Penterjemahan
Kertas kajian ini akan melihat budaya yang terpancar dalam kedua-dua buah
teks Memoir of a Geisha, iaitu teks asal dan juga teks penterjemahan. Budaya seperti
yang dibincangkan sebelum ini merangkumi keseluruhan aspek kehidupan maka kertas
kajian ini akan melihat semua bentuk budaya yang material dan non-material.
Penggolongan budaya material yang akan disentuh termasuk aspek makanan
dan minuman, kasut, perhiasan rambut, gaya rambut, kecantikan, rumah, perkakas
rumah, tempat, seni muzik, kepingan batu dan alat pengangkutan.
Budaya non-material pula merangkumi aspek-aspek upacara bukan keagamaan,
upacara keagamaan, kepercayaan, adab tatasusila dan pantang larang.
Sebelum melihat aspek-aspek budaya dalam kedua novel tersebut, kita akan
melihatan dahulu konsep-konsep mengenai pendekatan penterjemahan yang akan
digunakan sebagai fokus kajian.
Pendekatan penterjemahan secara langsung dan secara tak langsung akan
digunakan sebagai fokus kajian. Penterjemahan langsung dan tak langsung
5
merangkumi pendekatan penterjemahan semantik, literal, harfiah, dinamis dan
komunikatif.
Pendekatan penterjemahan langsung
Terjemahan langsung bermaksud pendekatan yang sedaya mungkin setia pada
teks sumber dari segi makna, nahu (sintaksis dan morfologi), gaya serta kesan
terhadap pembaca asal. Penterjemah cuba mencari kesempurnaan dan kemiripan teks
asal sebaik mungkin.
Pendekatan penterjemahan tak langsung
Penterjemahan tak langsung merupakan pendekatan yang kurang setia dengan
teks asal. Pendekatan ini membenarkan penterjemah mengadaptasi, mengubah suai,
menokok tambah, dan membuang unsur-unsur morfologi, sintaksis, semantik, stilistik,
dan bentuk wacana asal. Pendekatan ini menekankan pembaca sasaran sebagai
khalayak utama bagi sebuah karya terjemahan. Pendekatan ini juga menekankan
keselesaan pembaca sesebuah karya terjemahan tidak menghadapi sebarang
kesukaran semasa membaca teks terjemahan. Penterjemah adakalanya mentafsir bagi
pihak pembaca. Pendekatan ini sesuai bagi karya ilmiah, akhbar dan bacaan umum.
Pendekatan penterjemahan literal
Terjemahan literal dimaksudkan sebagai pendekatan yang setia kepada teks
sumber dengan menumpukan kepada salah satu; struktur atau bentuk nahu bahasa
teks asal sahaja. Terjemahan literal diklasifikasikan sebagai terjemahan langsung
kerana pendekatan ini masih mengekalkan bentuk dan struktur nahu bahasa sumber
meskipun tidak semuanya. Kesetiaan pendekatan ini lebih kepada unsur nahu dan
bukan unsur budaya. Terjemahan ini masih memelihara kemurniaan nahu bahasa
6
sumber tetapi pada masa yang sama menjaga kegramatisan nahu bahasa sasaran. Ciri
ini membezakannya dengan aliran terjemahan harfiah yang patuh dan setia
sepenuhnya dengan nahu bahasa sumber.
Pendekatan penterjemahan harfiah
Dalam penterjemahan harfiah, maksud utama kata-kata leksikal dalam teks asal
diterjemahkan seolah-olah terpisah daripada konteks, tetapi struktur sintaksis bahasa
sasaran dipertahankan. (Newmark, 1994:97) Dalam erti kata lain, dalam pendekatan
harfiah, penterjemah menterjemahkan perkataan teks sumber satu demi satu tanpa
satu kata pun ditinggalkan. Pendekatan harfiah ini tidak sama dengan pendekatan
literal. Pendekatan harfiah merupakan penterjemahan yang paling setia dengan teks
berbanding literal kerana kesepadanan satu lawan satu dalam teks sumber
dibandingkan dengan teks sasaran tanpa mengira perbezaan kedua-dua bentuk.
Pendekatan penterjemahan dinamis
Terjemahan dinamis bermaksud bahawa mesej teks asal yang hendak
disampaikan ke dalam teks sasaran sama dari segi kesan pembacaan. Pendekatan ini
memerlukan tiga proses penting iaitu proses analisis, proses pemindahan mesej, dan
proses menstruktur semula nahu bahasa sasaran. Pendekatan ini juga ditulis dalam
bahasa penerima, tanpa sebarang unsur import. Bagi terjemahan dinamis, yang serupa
bukanlah jumlah perkataan tetapi jumlah idea, yakni jumlah maklumat perlu sama, tidak
ada maklumat yang tertinggal atau ditokok tambah. Terjemahan dinamis menepati
konteks dan mengutamakan keperluan pembaca sasaran.
7
Pendekatan penterjemahan komunikatif
Menurut Newmark (1994:61) terjemahan komunikatif berusaha menghasilkan
kepada pembacanya kesan yang sehampir mungkin seperti yang terdapat pada
pembaca asal.
Terjemahan komunikatif merupakan satu bentuk komunikasi yang merujuk
kepada hubungan antara penulis sumber dengan pembaca sasaran melalui
penterjemah sebagai perantara. Penterjemahan komunikatif lebih banyak menumpukan
kepada pembaca kedua yang sudah pasti mengharapkan pembacaan yang lancar
tanpa kesamaran dan sebanyak mungkin pemindahan unsur asing ke dalam budaya
dan juga bahasanya. Keadah komunikatif sebenarnya menekan ‘semangat’ daripada
isi, pesan atau mesej. Penterjemah cuba untuk menulis dengan gaya bahasanya sendiri
dalam bentuk yang lebih baik daripada teks asal. Kaedah ini juga memberikan hak
kepada penterjemah untuk membaiki dan membetulkan logik, menggantikan bahasa
kasar dengan bahasa halus, atau sekurang-kurangnya menggantikan struktur sintaksis
teks asal. Perubahan struktur teks asal penting bagi menghilangkan kesamaran,
mengurangkan ulangan, dan mengenepikan ketaksaan yang paling hampir. Yang
diutamakan ialah reaksi atau kesan pembaca. Terjemahan akan dibuat melalui pindaan
dan pengadaptasian unsur asing yang terdapat dalam teks asal. Walau bagaimanapun,
penterjemah masih perlu menghormati bentuk teks dalam sumber. Dalam terjemahan
komunikatif, kita mengandaikan pembaca teks terjemahan menyamakan diri mereka
dengan pembaca teks asal.
8
Pendekatan penterjemahan semantik
Terjemahan semantik atau makna cuba menghuraikan makna konteks setepat-
tepatnya yang terdapat dalam teks asal, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik
dan sintaksis bahasa kedua itu. (Newmark, 1994: 61-61) Terjemahan semantik hanya
berkisar dalam budaya bahasa asal yakni mengekalkan unsur budaya dalam teks
sumber. Terjemahan semantik hanya menolong pembaca memahami konotasi yang
melibatkan utusan dan mesej penting dalam teks asal. Antara ciri-ciri pendekatan
semantik ialah perkataan asal tidak disentuh langsung malah makna perkataan itu
mesti diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. Terjemahan ini juga seolah-olah cuba
mencipta semula setepat-tepatnya nada dan sifat khusus teks asal. Makna perkataan
yang mengungkapkan mesej sebenar teks asal lebih penting daripada isi dan bentuk
sesuatu teks. Selain itu, penterjemah juga cuba mengekalkan ideolek penulis yakni
bentuk ungkapan khusus bagi penulis asal lebih utama daripada semangat bahasa
sasaran.
Budaya Material
Budaya material merangkumi semua ciptaan masyarakat yang nyata dan konkrit.
Budaya material merujuk kepada barang-barang seperti perhiasan rambut, alat seni
muzik, pakaian, tempat, dan lain-lain lagi.
Contoh-contoh ayat mengenai budaya material dan penjelasan mengenai pendekatan
yang digunakan adalah seperti berikut;
9
Contoh-contoh budaya material yang menggunakan pendekatan literal
Makanan dan Minuman
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “After the ceremony we went into another room for a lunch of ‘red rice’ mixed with
red beans.” (hlm 195)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Selepas upacara itu kami berpindah ke bilik lain untuk makan tengah hari iaitu
‘nasi merah’, yang diperbuat daripada nasi yang bercampur kacang merah.” (hlm
298)
Penjelasan
Dalam budaya Jepun ‘nasi merah’ dimakan selepas upacara seseorang dijadikan
sebagai adik angkat. Dalam budaya Melayu, biasanya pulut kuning sering disajikan dan
dimakan selepas sesuatu upacara. Penterjemahan secara langsung dan hampir sama
dengan teks asal. Hanya perkataan ‘berpindah’ digunakan oleh penterjemah untuk
menterjemah frasa ‘went into’.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “...to a shop on Shijo Avenue to fetch the rice crackers Auntie was so fond of....”
(hlm 195)
10
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Disuruh ke sebuah kedai di Shijo Avenue untuk membeli keropok beras
kesukaan Makcik.” (hlm 298)
Penjelasan
Penterjemah mementingkan kegramatisan ayat. Penterjemah menggunakan
perkataan membeli untuk mengganti perkataan ‘to fetch’.
Pakaian
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “To begin with, you must understand that a housewife and a geisha wear kimono
very differently. When a housewife dresses in kimono, she uses all sorts of
padding to keep the robe from bunching unattractively at the waist, with the result
that she ends up looking perfectly cylindrical, like a wood column in a temple hall.
But a geisha wears kimono so frequently she hardly needs any padding, and
bunching never seems to be a problem.” (hlm 64)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Pertama sekali, anda perlu faham yang seorang suri rumah dan seorang geisha
memakai kimono dengan cara yang amat berbeza. Apabila seorang suri rumah
berpakaian kimono, dia akan menggunakan berbagai-bagai jenis pelapik
tambahan supaya jubahnya tidak membonjol di bahagian pinggang, maka
11
hasilnya dia kelihatan seperti sebuah silinder atau seperti tiang kayu di halaman
tokong. Tapi seorang geisha kerap memakai kimono dan jarang memerlukan
pelapik tambahan, dan bahagian yang membonjol tidak pernah menjadi
masalah.” (hlm 110)
Penjelasan
Budaya Jepun memakai kimono dengan caranya tersendiri di mana cara
pemakaian seorang geisha berbeza dengan seorang suri rumah. Budaya Melayu pula
memakai baju kurung dan cara pemakaian kain batik atau samping baju kurung orang-
orang Melayu juga berbeza untuk melambangkan status perkahwinan seseorang itu
seperti contoh cara pemakaian kain songket. Jika kepala kainnya berada di hadapan,
bermakna pemakainya masih seorang gadis.Manakala jika kepala kain berada di
bahagian belakang bermakna si pemakainnya adalah isteri orang.
Penterjemahan secara langsung yang hampir sama telah digunakan. Frasa ’very
differently’ diterjemahkan kepada ’ dengan cara yang amat berbeza’ bukan hanya ’amat
berbeza’.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Also, she wore white socks we called tabi, .......” (hlm 65)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Dia memakai stokin putih yang kami panggil tabi.” (hlm 112)
12
Penjelasan
Dalam budaya Melayu, orang tidak memakai stokin. Mereka selalunya berkaki
ayam atau bercapal. Penulis menggunakan pendekatan literal iaitu penterjemahan
secara langsung dan hampir sama dengan teks asal. Dalam teks asal penulis
memulakan ayat dengan perkataan ’also’ manakala dalam teks penterjemahan, penulis
memulakan ayat dengan kata ganti nama diri kedua ’dia’.
Kasut
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Afterward I slipped my feet into the tall wooden geta I was wearing because of
the snow, and walked Nobu out to the street. “ (hlm 400)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Selepas itu aku menyarung kakiku ke dalam terompah geta tinggi yang kupakai
pada musim salji, dan mengiringi Nobu ke jalan raya.” (hlm 614)
Penjelasan
Orang Jepun memakai terompah sebagai alas kaki yang dipakai setiap hari
untuk melindungi kaki namun dalam masyarakat Melayu terutamanya pada zaman
dahulu terompah digunakan sebagai alas kaki untuk ke tandas. Penulis menggunakan
pendekatan literal iaitu penterjemahan secara langsung dan hampir sama dengan teks
asal. Perkataan ’snow’ dalam teks asal diterjemahkan kepada ’salji’ dan ’because of the
snow’ diterjemahkan kepada ’pada musim salji’ bukan ’kerana musim salji’.
13
Rumah dan perkakas rumah
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “...a step led up to a platform covered with tatami mats. “ (hlm 20)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Menjurus naik platform beralas tikar tatami.” (hlm 38)
Penjelasan
Budaya Jepun menggunakan tikar tatami sebagai alas duduk. Budaya Melayu
juga mempunyai tikar mengkuang atau kelarai sebagai alas duduk. Penterjemahan
secara langsung dan hampir sama dengan teks asal. Penterjemah menggunakan
frasa’menjurus naik’ untuk menterjemah frasa ’a step led up...’.
Seni Muzik
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “...a form of singing we called nagauta.. “ (hlm 63)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Satu jenis nyanyian yang kami panggil nagauta.” (hlm 95)
Penjelasan
14
Dalam budaya Melayu tiada seni muzik yang dipanggil nagauta tetapi terdapat
dondang sayang. Penterjemahan secara langsung dan sehampir sama dengan teks
asal. Penterjemah memilih frasa ’satu jenis’ untuk menterjemah frasa ’a form of’.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Following drums, my next lesson of the morning was in Japanese flute, and after
that shamisen. “ (hlm 164-165)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Selepas dram, pelajaranku berikutnya pada waktu pagi ialah bermain seruling
Jepun, dan selepas itu shamisen.” (hlm 250)
Penjelasan
Budaya Melayu juga mempunyai seruling. Penterjemahan secara langsung dan
hampir sama dengan teks asal.
Contoh-contoh budaya material yang menggunakan pendekatan semantik
Makanan dan Minuman
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “...pouring a cup of sake for a man... “ (hlm 7)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Menuangkan sake untuk seorang lelaki.” (hlm 8)
Penjelasan
15
Dalam budaya Jepun, mereka meminum sejenis minuman keras yang
dinamakan sake. Perkataan sake tiada dalam budaya Melayu. Sake ialah sejenis
minuman keras dan dilarang dalam budaya Melayu. Minuman keras yang terdapat
dalam budaya Melayu dipanggil bir atau tuak. Dalam budaya Melayu, tetamu akan
dijamu dengan minuman teh atau kopi. Penterjemahan dilakukan secara langsung dan
penterjemah mengekalkan unsur budaya dalam teks sumber (sake). Perkataan sake
itu dikekalkan kerana konsep sake itu tiada dalam budaya Melayu. Dalam budaya
Melayu minuman keras dikenali sebagai arak dan tuak.
Pakaian
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “This baggy pocket, which we call the furi, is the part that’s so long on the kimono
of an apprentice geisha. “ (hlm 165)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Poket besar ini, yang kami panggil furi, ialah bahagian yang sangat panjang
pada kimono geisha perantis.” (hlm 294)
Penjelasan
Dalam budaya Melayu kita juga ada kocek di baju kurung dan sebagainya tetapi
berbeza dengan konsep furi. Oleh itu, perkataan furi itu dikekalkan kerana tiada
perkataan lain dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk menjelaskan konsep
furi.Penterjemahan dilakukan secara langsung dan penterjemah mengekalkan unsur
16
budaya dalam teks sumber (furi). Dalam budaya Melayu tiada konsep furi yang boleh
didapati.
Gaya rambut
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “They all wore the same hairstyle-the wareshinobu of a young apprentice
geisha... “ (hlm 55)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Mereka semua mempunyai gaya rambut yang sama- wareshinobu seorang
perantis geisha.” (hlm 95)
Penjelasan
Gaya rambut wareshinobu tidak terdapat dalam budaya Melayu kerana tiada
konsep geisha dalam budaya Melayu. Penterjemahan dilakukan secara langsung dan
penterjemah mengekalkan unsur budaya dalam teks sumber (wareshinobu). Perkataan
wareshinobu itu dikekalkan kerana konsep itu tiada dalam budaya Melayu.
Contoh-contoh budaya material yang menggunakan pendekatan dinamis
Gaya Rambut
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Then combed camellia oil into my hair, which give lovely sheen.“ (hlm 190)
17
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Kemudian meletakkan minyak kamelia ke atas kepalaku dan menyikatnya.
Minyak itu memberikan kilauan yang sangat cantik.” (hlm 290)
Penjelasan
Minyak kelapa, minyak zaitun biasanya akan digunakan sebagai minyak rambut
oleh Masyarakat Melayu. Penterjemah menerangkan keadaan rambut setelah meletak
minyak.
Perhiasan Rambut
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “But my purpose was to dislodge one of my hair ornaments – a cascade of yellow
and orange safflowers in silk - and let it fall into Nobu’s lap.“ (hlm 263)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Namun tujuanku adalah untuk menanggalkan salah satu perhiasan rambutku –
lata kesumba daripada sutera berwarna kuning dan jingga – lalu membiarkannya
jatuh keriba Nobu.” (hlm 402)
Penjelasan
Budaya Jepun menggunakan hair ornament(perhiasan rambut) untuk
mencantikkan diri di mana cara geisaha memakainya berbeza dengan seorang suri
rumah atau pelacur. Budaya Melayu juga mempunyai perhiasan kepala seperti sanggul.
Cara pemakaian selendang juga dalam budaya Melayu dapat membezakan status
18
seseorang wanita. Penterjemahan tidak mengandungi unsur-unsur import sebaliknya
seperti ditulis dalam bahasa penerima.
Perkakas dapur
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “”What’s the matter with you?” she said, weaving at the fly with her chopsticks.“
(hlm 52)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Nenek sedang makan nasi...seraya menghalau lalat itu menggunakan kayu
penyepitnya.” (hlm 79)
Penjelasan
Dalam budaya Melayu, kayu penyepit tidak digunakan. Sebaliknya, tangan
digunakan untuk makan. Penterjemah menterjemahkan ayat ini dalam bentuk bahasa
penerima.
Rumah dan Perkakas Rumah
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “...our bath, which had once been the boiler compartment from an old steam
engine...“ (hlm 24)
Ayat dalam bahasa Melayu:
19
o “Tempat mandi kami yang asalnya dandang daripada enjin wap lama.” (hlm 34)
Penjelasan
Orang Melayu dahulu mandi di sungai atau di perigi. Penterjemahan tidak
mengandungi unsur-unsur import sebaliknya seperti ditulis dalam bahasa penerima.
Kepingan batu
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “I was about to let it dance away into the darkness, when I thought of the tiny
mortuary tablets that Mr. Tanaka had sent me so many years earlier. We must
always keep something to remember those who have left us. The mortuary
tablets back in the okiya were all that remained of my childhood.” (hlm 475)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Aku baru sahaja hendak membiarkannya terbang dibawa angin di dalam
kegelapan malam, apabila aku teringat batu nisan yang dikirimkan oleh En.
Tanaka bertahun-tahun dahulu. Kita mesti sentiasa menyimpan sesuatu untuk
mengingati mereka yang telah meninggalkan kita. Hanya batu nisan di okiya itu
sahajalah yang tinggal daripada zaman kanak-kanakku.” (hlm 728)
Penjelasan
20
Masyarakat Melayu Islam meletakkan batu nisan di kuburan untuk menandakan
kubur. Penterjemahan tidak mengandungi unsur-unsur import sebaliknya seperti ditulis
dalam bahasa penerima.
Pengangkutan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Back then, around 1930, a fair number of rickshaws still operated in Kyoto.” (hlm
39)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Pada era 1930an, masih banyak beca yag beroperasi di Kyoto.” (hlm 59)
Penjelasan
Dalam budaya Melayu, beca juga digunakan sebagai alat pengangkutan.
Penterjemah menterjemahkan ayat ini dalam bentuk bahasa penerima. Bagi perkataan
’fair number’, penterjemah menggunakan ’masih banyak’ dan bukan ’nombor adil’ jika
diterjemahkan secara langsung.
Contoh-contoh budaya material yang menggunakan pendekatan dinamis
Pakaian
Ayat dalam bahasa Inggeris:
21
o “...but rather like a man’s kimono, with kimono trousers that made him look to me
like the illustrations you may have seen of a samurai.” (hlm 14)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Dia (Encik Tanaka) memakai kimono lelaki dengan seluar kimono ...padaku
pakaiannya membuatnya kelihatan seperti ilustrasi adengan samurai yang
mungkin pernah anda lihat.” (hlm 21)
Penjelasan
Dalam budaya melayu. Lelaki Melayu memakai baju Melayu sama seperti lelaki
Jepun memakai kimono lelaki. Walau bagaimanapun, ia berbeza dan cara
pemakaiannya juga bebeza. Oleh itu, perkataan kimono dikekalkan. Penterjemah cuba
menulis dalam betuknya sendiri.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “I had a sudden image in my mind of the chairman stepping up into the formal
entrace of our okiya late one night to meet Hatsumomo, holding a fedora in his
hand and smiling down at me as he began to unbutton his overcoat.” (hlm 225)
Ayat dalam bahasa Melayu:
22
o “Tiba-tiba terbayang di benakku, Pengerusi melangkah masuk ke ruang depan
okiya, pada larut malam, untuk bertemu Hatsumomo dengan memegang topi
fedora di tangannya sambil dia melonggarkan butang kotnya satu persatu.” (hlm
401)
Penjelasan
Orang Melayu tidak pakai topi fedora tetapi kaum lelaki Melayu memakai
songkok dan kopiah. Penterjemah cuba menulis dalam bentuk sendiri dan memberi
kesan kepada bahasa penerima. Berbeza dengan pendekatan dinamis, pendekatan ini
masih terdapat unsur budaya teks asal. Dalam hal ini perkataan ’okiya’ dan ’fedora’
masih dikekalkan.
Alat-alat kecantikan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “This is a nice dry piece of paulownia wood” she said”for drawing my
eyebrows....” (hlm 62)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Ini sekeping kayu paulownia yang baik,”katanya, ”untuk melukis keningku.” (hlm
106)
Penjelasan
23
Dalam budaya Melayu, wanita Melayu menggunakan celak untuk melukis kening
mereka. Penterjemah cuba menulis dalam bentuk sendiri dan memberi kesan kepada
bahasa penerima. Berbeza dengan pendekatan dinamis, pendekatan ini masih terdapat
unsur budaya teks asal. Dalam hal ini perkataan ’paulownia’ masih dikekalkan.
Tempat
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “...Anyway, the Kaburenjo Theather had been turned into a kyabarei.” I’d never
heard this word before, which came from the English ”caberet”, but I learnt soon
enough what it meant.” (hlm 417)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Apa pun, Panggung Kabunrenjo telah bertukar menjadi kyabarei sambungnya
lagi. Tak pernah aku dengar perkataan itu sebelum ini yang berasal daripada
perkataan Inggeris iatu ”caberet”, tapi aku akan faham akan maksudnya nanti.”
(hlm 642)
Penjelasan
Konsep kabaret juga terdapat dalam budaya Melayu. Penterjemah cuba menulis
dalam bentuk sendiri dan memberi kesan kepada bahasa penerima. Berbeza dengan
24
pendekatan dinamis, pendekatan ini masih terdapat unsur budaya teks asal. Dalam hal
ini perkataan ’kyabarei’ masih dikekalkan.
Seni Muzik
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Some people call it a Japanese guitar, but actually it’s a good deal smaller than
a guitar, with a thin wooden neck that has three large tuning pegs at the end. The
body is just a little wooden box with a cat skin stretched over the top like a drum.
The entire instrument can be taken apart and put into a box or a bag, which is
how it is carried about.” (hlm 63)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Setengah orang memanggilnya gitar Jepun tapi ia lebih kecil berbanding gitar,
dengan leher kayu nipis yang mempunyai tiga butang penala di hujungnya.
Badan shamisen adalah sebuah kotak kayu kecil dengan kulit kucing yang
ditegangkan menutupi bahagian atasnya seperti sebuah dram. Keseluruhan alat
muzik itu boleh dipisah-pisahkan dan disimpan dalam sebuah kotak atau beg,
sebagaimana cara ia dibawa orang.” (hlm 96)
Penjelasan
Muzik Shamisen tidak terdapat dalam budaya Melayu. Dalam budaya Melayu
terdapat gambus. Penterjemah cuba menulis dalam bentuk sendiri dan memberi kesan
kepada bahasa penerima. Berbeza dengan pendekatan dinamis, pendekatan ini masih
terdapat unsur budaya teks asal. Dalam hal ini perkataan ’shamisen’ masih dikekalkan.
25
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “But for stage performances, such as Dances of the Old Capital every spring, six
or more shamisen players join together as an ensemble, backed by various types
of drums and also Japanese flute we call fue.” (hlm 164)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Manakala untuk persembahan pentas, seperti Tarian Bandar Raya Lama yang
diadakan setiap musim bunga, seramai enam atau lebih orang bermain
shamisen akan bergadung sebagai satu kumpulan, diiringi dengan paluan
beberapa jenis dram dan juga seruling Jepun yang kami panggil fue.” (hlm 249)
Penjelasan
Dalam budaya Melayu ada seruling. Penterjemah cuba menulis dalam bentuk
sendiri dan memberi kesan kepada bahasa penerima. Berbeza dengan pendekatan
dinamis, pendekatan ini masih terdapat unsur budaya teks asal. Dalam hal ini
perkataan ’shamisen’ dan ’fue’ masih dikekalkan.
Contoh-contoh budaya material yang menggunakan pendekatan harfiah
Tempat
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “It’s an Okiya...It’s where Geisha live..” (hlm 46)
Ayat dalam bahasa Melayu:
26
o “Ini adalah sebuah okiya...Ini tempat tinggal geisha.” (hlm 69)
Penjelasan
Geisha tidak terdapat dalam budaya Melayu. Oleh itu konsep tempat tinggal
geisha tidak ada dalam budaya Melayu.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “When I returned to ther okiya, Auntie was waiting to take me to the bathhouse
down the street.” (hlm 69)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Apabila aku pulang ke okiya, Makcik sedang menunggu untuk membawaku ke
rumah mandi di hujung jalan.” (hlm 104)
Penjelasan
Konsep ’bathhouse’ tidak terdapat dalam budaya Melayu. Orang melayu mandi
di sungai atau perigi.
Seni Muzik
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “My first lesson in the morning was in a kind of a small drum we called tsutsumi.”
(hlm 164)
Ayat dalam bahasa Melayu:
27
o “Pelajaran pertamaku pada waktu pagi adalah alat muzik seperti dram kecil yang
kami panggil tsutsumi.” (hlm 248)
Penjelasan
Dalam budaya Melayu ada gendang seperti kompang dan rebana.
Budaya Non-Material
Budaya non-material merangkumi semua ciptaan masyarakat yang bukan
maujud ataupun abstrak. Budaya non-material juga merangkumi budaya yang
diwariskan dari generasi ke generasi misalnya dongeng, cerita rakyat, lagu dan tarian
tradisional. Antara budaya non-material yang terdapat dalam kedua novel asal dan
penterjemahan ialah upacara bukan keagamaan, upacara keagamaan, kepercayaan,
adab tatasusila dan pantang larang.
Contoh-contoh ayat mengenai budaya material dan penjelasan mengenai pendekatan
yang digunakan adalah seperti berikut;
Contoh-contoh budaya non-material yang menggunakan pendekatan literal
Unsur Hiburan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Some nights, wealthy businessmen or aristocrats threw geisha parties just for
themselves. They spent the evening dancing and singing, and drinking with the
geisha, often until well after midnight.” (hlm 336)
Ayat dalam bahasa Melayu:
28
o “Kadangkala, ahli perniagaan yang kaya atau seorang aristokrat akan
mengadakan majlis untuk diri mereka sendiri pada waktu malam. Mereka akan
menghabiskan masa dengan menari dan menyanyi dan minum bersama-sama
dengan geisha hingga larut malam.” (hlm 515)
Penjelasan
Ahli perniagaan atau aristokrat dalam masyarakat Jepun mengadakan majlis
sebegini. Dalam masyarakat Melayu, ahli perniagaan turut mengadakan acara-acara
kenal-mesra ataupun keramaian demi merapatkan hubungan anatara mereka. Namun,
khidmat pelacur tidak diperlukan.
Ritual Bukan Keagamaan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “I took three sips from a cup, and then passed it to her and she took three sips.”
(hlm 195)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Aku menghirup tiga kali dari sebiji cawan, dan kemudian memberikannya
kepada Mameha dan dia juga menghirup tiga kali.” (hlm 297)
Penjelasan
Di Jepun, upacara sebegini melambangkan hubungan adik beradik antara dua
orang geisha. Budaya Melayu tidak mengamalkan upacara ini. Di samping itu, biarkan
teknik menghirup air turut hadir dalam budaya Melayu, teknik itu tidak menggambarkan
29
apa-apa ritual yang simbolik. Hal ini berbeza dengan adab pemakanan orang Jepun.
Dalam budaya tempatan, masyarakat Melayu menghirup air sekiranya air tersebut
didapati panas. Hal ini berbeza dengan masyarakat Jepun yang tetap akan menghirup
air itu biarpun air itu sudah mula sejuk.
Ritual Keagamaan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Services were conducted for them at the Hoko-ji Temple in Senzuru, and in
addition the women in Yoraido have chanted sutras.” (hlm 119)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Upacara telah dilakukan di Kuil Hoko-ji di Senzuru, dan sebagai tamabahan,
para wanita di Yoroido telah membacakan sutra untuknya.” (hlm 180)
Penjelasan
Budaya Jepun mengadakan upacara membacakan sutra di kuil. Di masjid-masjid
pula, orang-orang Melayu mempunyai upacara seperti zikir dan pembacaan yasin.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “There I threw the coins into the offertory box-coins that might have been enough
to take me away from Gion- and announced my presence to the gods by
clapping three times and bowing.” (hlm 132)
Ayat dalam bahasa Melayu:
30
o “Di situ aku melemparkan syiling tersebut ke dalam kotak penghadiahan- syiling
yang cukup itu membawa aku keluar dari Gion – dan menyatakan kehadiranku
kepada tuhan-tuhan menepuk tangan tiga kali dan menduduk.” (hlm 201)
Penjelasan
Dalam budaya masyarakat Jepun, seorang individu akan menghadiahkan
jumlah-jumlah yang tertentu kepada pada dewa atau tuhan.Budaya tersebut tidak
diamalkan dalam budaya masyarakat Melayu kerana orang Melayu percaya bahawa
hubungan antara manusia dan tuhan tidak memerlukan sebarang balasan atau bayaran
material.Namun begitu,contoh terdekat dapat dilihat pada amalan membayar wang
pengeras kepada bomoh untuk mendapatkan khidmat daripada khadam.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “In the center was a square mound where the wrestlers would compete,
dominated by a roof in the style of a Shinto shrine. A priest walked around on it,
chanting blessings and shaking his sacred wand adorned with folded paper
strips.” (hlm 228)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Di bahagian tengah terletak sebuah pentas petak yang akan menjadi tempat
pertarungan ahli-ahli sump, di atasnya sebuah bumbung seperti Tokong Shinto.
Seorang sami berjalan mengelilinginya, berkumat-kamit membaca doa dan
menggoyang-goyang tongkat sucinya yang dihiasi cebisan-cebisan kertas
berlipat.” (hlm 349)
31
Penjelasan
Bagi masyarakat Jepnun khususnya, gelanggang sumo berada di paras lebih
tinggi daripada khalayak penonton. Ini berbeza dengan konsep gelanggang persilatan
Melayu yang berada di paras yang sama dengan khalayak penonton. Di samping itu,
terdapat juga aspek pembacaan doa ataupun mantera untuk “menjampi” atau
“memberkati” gelanggang itu. Namun begitu, upacara itu digelarkan sebagai
penguncian gelanggang. Kaedahnya juga amat berbeza daripada kaedah yang
digunakan oleh masyarakat Jepun. Dalam upacara pengucian gelanggang orang
Melayu, proses tersebut lazimnya dilakukan oleh wasit, guru ataupun jurulatih ilmu
persilatan. Tiada tongkat suci ataupun sakti yang digunakan dalam upacara ini.
Kepercayaan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Granny's funeral was held about a week later, on a morning chosen by a
fortune-teller.” (hlm 136)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Pengebumian Nenek dilakukan pada seminggu kemudian, pada pagi hari yang
dipilih oleh seorang tukang tilik.” (hlm 207)
Penjelasan
Masyarakat Jepun amat mempercayakan tukang tilik. Salah satu masa yang
orang Jepun akan merujuk kepada tukang tilik adalah semasa kematian. Budaya Jepun
32
mempunyai kepercayaan tentang cara untuk mengatasi kematian. Bagi orang Melayu,
kenduri arwah diadakan untuk mengingati yang sudah meninggal dunia.
Adab Tatasusila
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “I was careful to bow properly before coming into the room and then to cross to
the table and bow again.” (hlm 161)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Aku menunduk dengan penuh hati-hati sebelum masuk ke dalam bilik itu dan
kemudian melintas menuju ke meja dan menunduk hormat sekali lagi.” (hlm 244)
Penjelasan
Ini dapat dilihat dalam budaya Melayu. Membongkok ketika berjalan di hadapan
orang yang lebih tua sebagai tanda hormat.
Pantang Larang
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o "That old woman is so cruel!" she said. "Make sure you put your hands in a dish
of salt after she makes you rub her neck." "Why should I do that?" "My mother
used to say to me,'Evil spreads in the world through touch.' And I know it's true
too, because my mother brushed up against a demon that passed her on the
road one morning, and that's why she died. If you don't purify your hands, you'll
turn into a shriveled-up old pickle, just like Granny.” (hlm 59)
33
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Orang tua tu kejam betul!” kata Si Labu. “Pastikan kau letak tangan kau dalam
semangkuk garam selepas kau gosok lehernya.” “Kenapa nak buat begitu” “Mak
aku pernah cakap pada aku, kuasa jahat tersebar dalam dunia melalui sentuhan;
dan aku tahu benda tu betul juga sebab mak aku dilanggar oleh syaitan yang
melintasinya di sebatang jalan pada suatu pagi, dan sebab itulah dia meninggal
dunia. Kalau kau tak sucikan tangan kau, kau akan jadi orang tua kerepot,
macam Nenek.” (hlm 89)
Penjelasan
Kedua-dua budaya memberikan konotasi tertentu pada garam. Namun begitu,
garam dipandang dengan berbeza dalam budaya masyarakat Melayu dan Jepun.
Dalam budaya Melayu, sekiranya seseorang “terkena badi”, individu tersebut tidak akan
meletakkan tangannya dalam garam selepas bersentuhan dengan individu yang lain.
Individu tersebut hanya akan membuang sedikit garam (segenggam ataupun tujuh biji
garam kasar) ke tempat-tempat tertentu untuk membuang “kesialan” yang ada pada
dirinya.
Simbol Tempat
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “And a teahouse isn’t for tea, you see; it’s the place where men go to be
entertained by geisha.” (hlm 92)
Ayat dalam bahasa Melayu:
34
o “Dan restoran the bukanlah untuk orang minum the, sebenarnya; ia merupakan
tempat di mana lelaki pergi untuk dihiburkan oleh geisha.” (hlm 140)
Penjelasan
Dalam budaya masyarakat Jepun, khususnya dalam budaya Geisha, restoran
teh membawa konotasi yang berbeza bagi mereka. Bagi mereka, restoran menjadi
tempat mereka “mendagangkan” diri mereka sebagai Geisha. Namun begitu, konsep
tersebut langsung tidak hadir dalam budaya masyarakat Melayu. Contoh terdekat yang
dapat menerangkan fenomena tersebut merupakan konsep pelacur di rumah layanan.
Nilai Pendidikan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “All the girls studying to be geisha took classes at this same school.” (hlm 51)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Semua gadis yang belajar untuk menjadi geisha belajar di sekolah yang sama.”
(hlm 78)
Penjelasan
Dalam budaya masyarakat Jepun, Geisha dianggap sebagai sebuah kerjaya.
Untuk menjadi seorang Geisha, individu haruslah melalui sebuah proses yang tertentu.
Malahan, kerumitan proses menjadi Geisha telah menghadirkan sebuah institusi formal
untuk mendidik dan melatih para Geisha. Fenomena ini langsung tidak wujud dalam
35
masyarakat Melayu yang mengecam kerjaya sebagai pelacur. Bagi masyarakat Melayu,
pelacur tidak memerlukan sebarang proses didikan tertentu.
Ritual
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “If you’ve heard the story of the Forty-Seven Ronin – who avenged their master’s
death and afterwards killed themselves by seppuku, it was their leader who hit
himself in the Ichiriki Tea House while plotting revenge.” (hlm 194)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Jika anda pernah dengar legenda Empat Puluh Tujuh Orang Ronin – yang
membalas dendam terhadap kematian guru mereka dan kemudiannya
membunuh diri dengan teknik seppuku – ya, ketua mereka ialah samurai yang
menyembunyikan diri di Restoran Teh Ichiriki sambil membuat rancangan
membalas dendam.” (hlm 296)
Penjelasan
36
Seppuku merupakan sebuah proses yang dilalui Samurai untuk menebus
maruahnya. Dalam proses tersebut, samurai ataupun prajurit akan membunuh diri
mereka dengan menggunakan pedang samurai melalui teknik tertentu, iaitu dengan
membelah diri mereka dari bahagian kiri perut ke bahagian kanan. Konsep tersebut
langsung tidak hadir dalam budaya kependekaran atau persilatan Melayu. Dalam
budaya Melayu, maruah ditebus dengan cara yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya
seorang guru didapati mati di tangan lawan, maka murid-muridnya mempunyai
tanggungjawab untuk mencari pembunuh gurunya untuk membalas dendam.
Bahasa Tubuh
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “I looked laughable if I hide my sleeve up to my elbow; the trick was to act like I
was merely pulling it out of the way while at the same time drawing it a few finger
widths – above my wrist to give a view of my forearm.” (hlm 197)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Aku kelihatan lucu jika aku menyingsingkan lengan hingga ke siku; tekniknya
ialah supaya aku kelihatan seperti aku mengalihkan lengan bajuku supaya tidak
mengganggu, dan pada masa yang sama menariknya selebar beberapa jari
untuk memperlihatkan lengan bawahku.” (hlm 301)
Penjelasan
Teknik mengurat dalam masyarakat Melayu lazimnya tidak menggunakan teknik
menyingsingkan lengan. Perihal tersebut disebabkan oleh kenyataan bahawa daerah
37
tersebut turut tergolong sebagai salah satu daripada aurat wanita. Malahan, wanita
tidak digalakkan untuk mengurat sama sekali. Contoh yang terdekat mungkin dapat
dikaitkan dengan budaya pelacuran. Namun begitu, dalam budaya pelacuran, pelacur
tidak menutup aurat mereka. Lantaran itu, teknik tersebut langsung tidak hadir.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “In Japan, you see, holding up the little finger means "boyfriend" or "girlfriend.”
(hlm 382)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Di Jepun, menunjukkan jari kelengkeng bermaksud “teman lelaki” atau “teman
wanita.” (hlm 585)
Penjelasan
Dalam masyarakat Melayu, tidak ada sebarang isyarat ataupun simbol-sibol
tertentu untuk menunjukkan status “teman wanita’ atau “teman lelaki”.
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “This is why geisha wear the collars of the kimono so low in the back that the first
few bumps of the spine are visible; I suppose its like a women in Paris wearing a
short skirt.” (hlm 72)
Ayat dalam bahasa Melayu:
38
o “Kerana inilah kolar kimono dipakai rendah oleh geisha untuk menampakkan
beberapa bonggol tulang yang teratas; pada pendapatku mungkin ia sama
situasinya seperti wanita Paris memakai skirt pendek.” (hlm 109)
Penjelasan
Dalam budaya Jepun, daerah tengkuk wanita berupaya untuk menarik perhatian
lelaki. Hal tersebut berbeza dengan masyarakat Melayu yang bertanggapan bahawa
keanggunan perempuan dapat terlihat pada kemulusan tangan. Bagi masyarakat barat
pula, lelaki di sana tertarik pada wanita yang memakai skirt pendek. Perbandingan yang
diberikan sekali gus merumuskan kenyataan bahawa bahagian-bahagian tertentu pada
diri wanita digunakan untuk memikat lelaki, bergantung kepada budaya masyarakat
tersebut.
Sistem Panggilan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Mameha-san, I don't know what has led you to this decision . . ." I began, "but I
can't express how grateful I am.” (hlm 161)
o “Cheer up, Chiyo-chan, there's an answer to this riddle.” (hlm 170)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Mameha-san, saya tidak tahu apa yang mempengaruhikeputusanmu...”
mulaku,”tapi saya tak dapat menggambarkan betapa berterima kasih saya.” (hlm
244)
39
o “Jangan berkerut, Chiyo-chan, ada jawapannya untuk teka-teki ni”. (hlm 244)
Penjelasan
Dalam budaya masyarakat Jepun, panggilan tertentu digunakan untuk merujuk
kepada seseorang yang mempunyai darjat ataupun status yang tertentu dalam
masyarakat tersebut. Contohnya. “san” digunakan untuk seseorang yang lebih
dihormati dibandingkan dengan panggilan “chan” yang dikenakan kepada golongan
yang lebih muda.
Perhambaan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “He had taken me from my mother and father, sold me intro slavery, sold my
sister into something even worst.” (hlm 94)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Dia telah merampasku dari ibu bapaku, menjualku menjadi hamba, menjual
kakakku menjadi sesuatu yang lebih dasyat.” (hlm 142)
Penjelasan
Dalam masyarakat Jepun, konsep “menjual” anak merupakan sebuah kelaziman
atas sebab-sebab tertentu. Budaya tersebut sebenarnya turut hadir dalam masyarakat
40
Melayu biarpun perkara tersebut tidak digalakkan oleh agama mahupun adat Melayu.
Lazimnya, situasi tersebut mengambil tempat apabila keluarga tersebut berada dalam
keadaan tersesak.
Mizuage
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “But if these two men found me appealing enough, they might start a bidding war,
which could put me in the same position to repay my debts as if I’d been a
popular apprentice all along.” (hlm 272)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Namun jika kedua-dua orang lelaki ini merasakan aku cukup menarik, mereka
mungkin akan mula berlawan-lawan memberi tawaran, yang dapat membayar
balik hutangku seolah-olah aku perantis masyhur selama ini.” (hlm 415)
Penjelasan
Harga keperawanan seorang wanita dapat dipertaruhkan dalam budaya Geisha.
Namun begitu, dalam budaya pelacuran yang terdapat dalam persekitaran lokal,
pelacur tidak menjual “dara” mereka. Selain itu, budaya pelacuran sebenarnya dicemuh
sama sekali dalam masyarakat Melayu. Hal yang sama turut dapat dilihat dalam
perlakuan menjual keperawanan seseorang.
Sanbon-ashi
Ayat dalam bahasa Inggeris:
41
o “Auntie painted onto the back of Hatsumomo's neck a design called sanbon-
ashi-"three legs." It makes a very dramatic picture, for you feel as if you're
looking at the bare skin of the neck through little tapering points of a white fence.”
(hlm 72)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Makcik melukiskan pada tengkuk Hatsumomo corak sanbon-ashi (kaki-tiga).”
Hasilnya sangat dramatik, kerana anda rasa seperti melihat tengkuk wanita
melalui jalur-jalur halus pagar putih.” (hlm 109)
Penjelasan
Seperti yang telah diterangkan di atas, bahagian tengkok geisha dapat menarik
perhatian lelaki. Lantaran itu, bahagian tersebut dilukiskan dengan corak sanbon-ashi
pada diri Hatsumoto. Budaya melukiskan sebarang corak ke atas kulit merupakan
sesuatu yang ditegah dalam masyarakat Islam. Atas sebab itu, budaya tersebut tidak
hadir dalam masyarakat Melayu.
Danna
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “I'd already been in Gion long enough to know something of what Mameha meant
by a danna. It's the term a wife uses for her husband- or rather, it was in my day.
But a geisha who refers to her danna isn't talking about a husband.” (hlm 170)
Ayat dalam bahasa Melayu:
42
o “Aku telah berada di Gion cukup lama untuk tahu apa yang dimaksudkan oleh
Mameha dengan Danna. Danna adalah istilah yang digunakan oleh seorang
isteri untuk suaminya – atau mungkin hanya pada zamanku. Tapi seorang geisha
yang bercakap tentang Dannanya bukanlah bercakap tentang suaminya.” (hlm
259)
Penjelasan
Danna merujuk kepada seseorang individu yang berkemampuan serta dapat
menanggung kos perbelanjaan seorang Geisha. Dalam budaya Melayu, konsep
danna tidak hadir secara formal. Konsep danna sebenarnya dapat dihubungkaitkan
dengan konsep “sugar daddy” dalam budaya barat.
Adab Tatsusila
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “I was careful to bow properly before coming into the room and then to cross to
the table and bow again.” (hlm 161)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Aku menunduk dengan penuh hati-hati sebelum masuk ke dalam bilik itu dan
kemudian melintas menuju ke meja dan menunduk hormat sekali lagi.” (hlm 244)
Penjelasan
Ini dapat dilihat dalam budaya Melayu. Membongkok ketika berjalan di hadapan
orang yang lebih tua sebagai tanda hormat.
43
Contoh-contoh budaya non-material yang menggunakan pendekatan semantik
Kepercayaan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “The fortune-tellers said her eyes were so pale because of too much water in her
personality, so much that the other four elements were hardly present at all – and
this, they explained, was why her features matched so poorly.” (hlm 9)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Menurut para tukang tilik, mata ibu sangat pucat kerana pengaruh unsur air
dalam keperibadiannya terlalu kuat dan terlalu banyak sehingga mampu
menenggelamkan empat lagi unsure lain yang hampir-hampir tidak wujud
langsung – dan ini, kata mereka, menjadi penyebab mengapa bentuk mukanya
amat ‘tidak ‘padan’. (hlm 10)
Penjelasan
Budaya Jepun mempercayai kepada tukang tilik untuk menilik masa depan
mereka. Budaya Melayu juga mempercayai kepada dukun, pawang atau bomoh. untuk
memperbaiki masa depan mereka. Di samping itu, orang Melayu turut percaya akan
konsep empat elemen alam dalam diri manusia. Namun begitu, menurut kepercayaan
orang Melayu, konsep keseimbangan atau ketidakseimbangan unsur alam tidak
mempengaruhi bentuk tubuh mahupun perawakan seseorang.
Contoh-contoh budaya non-material yang menggunakan pendekatan dinamis
44
Kepercayaan
Ayat dalam bahasa Inggeris:
o “Fishermen are terribly superstitious, you see. They especially don't like women
to have anything to do with fishing. One man in our village, Mr Yamamura, found
his daughter playing in his boat one morning. He beat her with a stick and then
washed out the boat with sake and lye so strong it bleached streaks of coloring
from the wood. Even this wasn't enough, Mr Yamamura had the Shinto priest
come and bless it.” (hlm 16)
Ayat dalam bahasa Melayu:
o “Nelayan sekelompok insan yang terlalu mempercayai tahyul. Mereka paling
tidak suka orang perempuan terlibat dengan apa-apa berkaitan menangkap ikan.
En. Yamamura, seorang lelaki di kampung kami ternampak anak perempuannya
bermain di botnya pada suatu pagi. Dia memukul anaknya dengan kayu dan
kemudian membilas bot itu dengan sake dan air abu yang sangat pekat sehingga
menyebabkan warna kayu botnya luntur dan berbelang-belang. Samakan itu pun
masih belum cukup. Encik Yamamura menjemput paderi Shinto untuk
memberkatinya.” (hlm 22)
Penjelasan
45
Nelayan-nelayan Jepun mempercayai bahawa kaum wanita tidak seharusnya
terlibat dengan penangakapan ikan sama sekali. Masyarakat Melayu juga mempunyai
beberapa kepercayaan tetang hal-hal yang tidak sepatutnya melibatkan kaum wanita.
Bahagian ini memperlihatkan usaha penterjemah untuk menggarap wacana teks dan
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, penterjemah telah menggunakan pendekatan-pendekatan
terjemahan yang langsung dan tak langsung untuk memberikan kesan yang hebat
kepada para pembaca. Penggunaan pendekatan dinamis untuk membolehkan
pembaca memahami isi yang ingin disampaikan dalam teks asal telah digunakan.
Pendekataan harfiah digunakan untuk mengekalkan ayat-ayat dalam teks asal. Begitu
juga pendekatan-pendekatan yang lain yang telah digunakan dengan baik lantas
menaiktarakkan novel tersebut.
46
Bibliografi
Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. 2006. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Hasuria Bt. Che Omar. 2004. Penterjemahan dalam Media Audiovisual – Televisyen : Satu Analisis Mesej. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia, Penang.
Joyce M. Hawkins. 2008. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh. 2003. A study of the process of translating scientific texts from English into Malay. Latihan ilmiah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kanchana Devi Sibeperegasam. 2007. Penterjemahan Perkataan Taksa : Satu Analisis Berdasarkan Novel Harry Potter And The Chamber of Secrets Oleh J.K. Rowling dan Hasil Terjemahannya Harry Potter dan Bilik Rahsia. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia, Penang.
Peter Newmark. 1994. Pendekatan Penterjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
47
Lampiran 1
Bicara Karya: Kenang-kenangan Seorang Geisha
Halaman Empat Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 September 2006
“Kita menerokai sebuah dunia yang meletakkan penampilan diri sebagai sesuatu yang
sangat penting apabila kegadisan seorang wanita dilelong kepada pembida tertinggi,
wanita dilatih untuk memperdaya lelaki yang paling berkuasa dan cinta dianggap
sebagai ilusi. Ia merupakan sebuah karya fiksyen yang unik, berjaya, romantik, erotik
dan mendebarkan sekali gus tidak dapat dilupakan”, demikian kata-kata yang dapat
mengungkapkan novel Memoirs of a Geisha karya Arthur Golden yang telah
diterjemahkan oleh Abd. Latiff Bidin dan diberi judul Kenang-kenangan Seorang
Geisha. Novel hebat tersebut telah diperkatakan dalam majlis Bicara Karya Sastera
48
pada 15 Ogos lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dalam majlis
tersebut, Abd. Latiff Bidin dari ALB Translations Specialist yang membicarakan
aspek “Pendidikan Transformasi dalam Kenangkenangan Seorang Geisha”
menyatakan bahawa hanya pendidikan transformasi mampu mengubah sikap
menyerah atau menurut perintah seseorang kepada sikap bebas membuat keputusan
atau pilihan. Transformasi yang membentuk perwatakan boleh berlaku melalui tiga
cara, iaitu persekitaran, budaya dan warisan; didikan dan bimbingan; serta
pengalaman. Watak Sayuri yang digambarkan dalam novel tersebut memiliki daya
imaginasi yang tinggi terutama ketika menceritakan perkara penting yang berlaku di
sekelilingnya. Transformasi budaya, pendidikan dan pengetahuan, serta pengalaman
yang dilalui Sayuri secara tidak langsung mengubah sikapnya sehingga menjadi Geisha
yang berjaya pada zamannya. Terdahulu, beliau turut mengakui terpaksa berdepan
dengan cabaran ketika menterjemahkan novel yang kaya dengan nilai sastera seperti
penggunaan bahasa yang berseni dan berirama, serta disulami dengan ungkapan
melankolik dan bombastik. Sementelahan pula, beliau hanya diberikan masa selama 45
hari untuk menterjemahkan karya setebal lebih 700 halaman ini. Sementara itu, Dr.
Amida Abdul Hamid dari Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya
pula berbicara tentang “Kegemerlapan kimono dan keunikan restoran teh” yang menjadi
topeng kegiatan memperdagangkan wanita, iaitu Geisha untuk membangkitkan nafsu
berahi lelaki. Menurut beliau, novel ini merupakan sebuah novel yang berjaya dan
mengasyikkan kerana mampu menarik ramai pembaca. Selain mengandungi kejutan
budaya, plotnya yang kompleks diwarnai dengan watakwatak yang berbeza aura,
49
intelektual dan emosi. Kekuatan retorik, simile dan nilai naratifnya berjaya
menghidupkan visual logos novel ini. Dr. Amida turut meluahkan kekesalannya kerana
dalam novel ini martabat wanita tidak diberikan kedudukan yang sewajarnya dalam
masyarakat. Wanita masih dianggap sebagai komoditi daga ngan oleh mereka yang
tidak mempu nyai hati dan perasaan. Hal ini demikian kerana masyarakat masih dungu,
tidak terdedah kepada pembangunan ilmu pengetahuan, pemikiran, dan
keintelektualan. Beliau yang turut menggariskan persamaan dan perbezaan antara
novel ini de ngan novel Ronggeng Dukuh Paruk karya Ahmad Tohari yang membela
nasib dan membebaskan wanita daripada perhambaan serta meletakkannya di tempat
yang paling gemilang. Prof. Madya Dr. Ruzy Suliza Hashim dari Jabatan Bahasa dan
Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia pula mengutarakan konsep wacana
orientalisme menurut pandangan, gaya atau ciri-ciri yang berasaskan dunia atau
bangsa Timur. Beliau mengambil sikap berhati-hati apabila membaca penulisan Barat
yang menanggapi masyarakat Timur. Kenangkenangan Seorang Geisha dilihatnya
sebagai karya hebat, seronok, dan mengghairahkan. Ia membongkar kisah sedih
seorang kanak-kanak perempuan yang dihimpit kesusahan, dilelong mizuagenya (dara)
kepada pembida paling tinggi. Kanak-kanak itu akhirnya dibentuk sehingga menjadi
Geisha yang berpengaruh dan berkuasa. Meskipun penulisnya mengenali dari dekat
komuniti Geisha namun kadang-kadang gambaran yang diberikannya kurang tepat dan
tersasar dari pada hakikat sebenarnya. Program Bicara Karya Sastera anjuran Jabatan
Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Marshall Cavendish
(Malaysia) dan Shishedo Malaysia Sdn. Bhd. ini ternyata berjaya mencungkil rahsia
50
sebuah novel besar yang telah diadaptasikan ke filem malahan terjual sebanyak 16 juta
naskhah serta diterjemahkan ke dalam 35 bahasa dunia. Majlis yang dirasmikan
oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP, Y. Bhg. Dato’ Baharuddin Zainal atau lebih dikenali
sebagai Baha Zain dan dipengerusikan oleh Encik Abd. Ghapar Abdullah ini berjaya
menarik perhatian ratusan peminat sastera setempat, termasuk para pelajar.
51