Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Click here to load reader
-
Upload
mohamad-tarmizi -
Category
Documents
-
view
1.004 -
download
2
Transcript of Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
GAYATRI DEVI KERISNAN
Menulis esei lengkap mengenai pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral
KBSR.
Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan setiap guru di sekolah
diwajibkan untuk menjalankan proses pentaksiran dengan cara yang tepat dan betul. Sebelum kita
melihat tentang pentaksiran dengan lebih terperinci marilah kita membuat sedikit kajian tentang
definisi Pentaksiran. Daripada kajian saya, Saya mendapat tahu bahawa Pentaksiran adalah salah
satu proses yang dijalankan oleh seseorang guru untuk mengumpul maklumat tentang
perkembangan murid supaya mereka dapat membuat penilaian terhadap murid- murid. Perkataan
pentaksiran berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “ duduk Bersama” dengan pelajar .
Selain daripada itu, Pentaksiran juga proses yang berterusan dan dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pentaksiran yang dijalankan oleh
guru harus berdasarkan kebolehan dan standard murid- murid. Segala maklumat yang diterima oleh
guru daripada hasil pentaksiran akan membantu mereka untuk memperbaiki kelemahan dan
meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, dalam proses Pentaksiran Pengumpulan bukti dan
pencapaian murid dalam satu masa tempoh memainkan peranan yang sangat penting untuk
mentaksir pembelajaran dan pemahaman murid dalam sesuatu pengajaran. Bukti dan data yang
dikumpul oleh guru boleh diambil dalam bentuk dialog, journal, lembaran kerja, portfolio, dan
beberapa ujian seperti ujian diagnostik.
Tambahan lagi, Pentaksiran dalam pendidikan Khas membantu untuk memberi maklumat
dan gambaran tentang tahap penguasan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca,
menulis, mengira, dan sebagainya. Ia juga akan mendorong untuk mengesan punca masalah yang
dihadapi oleh murid dan merangka intervesi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai
berdasarkan tahap murid. Pelbagai definisi pentaksiran telah dikemukakan oleh beberapa Pakar-
pakar yang terkenal.
Pertamanya, “ Salvia dan Yseldyke, 1978 mengatakan bahawa pentaksiran ialah satu
proses pengumpulan data dengan motif untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta
untuk mengambil sesuatu keputusan.
Selain daripada itu, Gearheart 1990 pula berkongsi pendapat beliau bahawa Pentaksiran
adalah satu proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu isu atau
maklumat yang luas berdasarkan intervensi.
GAYATRI DEVI KERISNAN
Seterusnya, David Lambert dan David Lines, 2000 menyatakan bahawa Pentaksiran
dalam bidang pendidikan ialah satu proses berterusan dan guru menjalankan proses ini untuk
mengumpul, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai tindak balas murid
terhadap tugas yang diberikan.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia pentaksiran ialah satu proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Terdapat beberapa tujuan penting yang mendorong untuk melaksanakan proses
Pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Objektif pertama ialah untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran . Seterusnya, Proses ini dijalankan
untuk menentukan kemahiran dan penguasaan yang sedia ada dalam kalangan murid sebelum sesi
pengajaran. Selain itu, objektif ketiga ialah untuk memilih calon- calon untuk memasuki sesuatu
kursus atau jurusan. Tambahan lagi, Guru melaksanakan Proses Pentaksiran ini untuk mendapatkan
maklumat tentang murid secara berterusan dan mereka akan menjadi sebagai alat motivasi bagi
murid serta memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran.
Selain daripada tujuan seperti di atas, Terdapat juga beberapa ciri yang harus difahami
oleh seseorang guru untuk menjalankan pentaksiran yang baik.. Ciri- ciri tersebut ialah ( keobjektifan)
yang membawa maksud ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawatan. (Kebolehtadbiran)
di mana kelicinan dan kerja- kerja susulan yang dilaksanakan oleh guru harus berpusat atau
berasaskan sekolah. Ciri lain ialah ( kebolehtafsiran) iaitu guru mempunyai kemahiran mengumpul
data atau maklumat calon berdasarkan skor, mendiskrimininasikan calon, menepati tujuan
mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Ciri yang terakhir ialah (Kekomprehensifan) yang
bermaksud guru harus memastikan soalan- soalan ujian diagonastik harus mewakili semua objektif
yang penting .
Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru- guru sekolah semasa
mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Jenis Pentaksiran tersebut ialah Pentaksiran Formal dan
Pentaksiran tidak Formal. Pentaksiran Formal biasanya melakukan secara formal atau rasmi yang
melibatkan prosedur, peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak- pihak tertentu. Segala
prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan harus memahami dan dipatuhi oleh semua murid.
Pentaksiran Formal terdiri daripada penilaian Formatif dan penilaian Sumatif. Menurut,
Ee Ah Meng ( 1998) beliau berkongsi pendapat bahawa Penilaian Formatif ialah satu proses
GAYATRI DEVI KERISNAN
penilaian yang melibatkan ujian untuk mengukur kemajuan murid selepas murid telah mencapai hasil
pembelajaran tentang sesuatu unit atau bab. Penilaian Formatif akan menjalankan secara berterusan
. Data- data tentang pencapaian murid akan menunjukkan tentang sejauh manakah seseorang murid
telah menguasai hasil pembelajaran. Setelah guru mendapat tahu tentang kelemahan dan kekuatan
serta potensi seseorang murid, mereka akan mula untuk mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya supaya dapat meningkatkan potensi murid. Dalam penilaian Formatif pemberian gred
tidak diperlukan. Pada masa yang sama, guru juga harus mengingat bahawa, keputusan penilaian
daripada penilaian Formatif tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan antara satu
individu dengan individu yang lain.Motif utama dalam penilaian Formatif adalah untuk mengesan
kejayaan dan kegagalan.
Selain daripada penilaian formatif seperti menjelaskan di atas, Penilaian Sumatif juga
merupakan salah satu penilaian yang terkandung dalam Pentaksiran Formal. Menurut Ee Ah Meng
Penilaian Sumatif ialah satu penilaian yang dilaksanakan pada akhir sesuatu kursus. Di mana guru
akan guru akan menilai murid pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian Sumatif
memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dan murid lain serta mendorong
untuk melakukan pemilihan .