Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat Panduan...Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat 1...
Transcript of Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat Panduan...Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat 1...
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
0
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF 1
3.0 TAHAP PENSIJILAN 1
4.0 SKOP PENGETAHUAN & PENGALAMAN 2
5.0 SYARAT PERMOHONAN 4
6.0 CARA MEMOHON 5
7.0 KURSUS DAN LATIHAN 6
8.0 PENILAIAN 6
9.0 LAMPIRAN
BAHAGIAN A: SENARAI KURSUS
BAHAGIAN B: SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN
BAHAGIAN C: BORANG PERMOHONAN
8-11
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
1
Program pensijilan ini adalah satu proses di mana Jurutera Awam dan Penolong Jurutera Awam akan
diberi pentauliahan berdasarkan pengalaman dan kemahiran/kepakaran tertentu dalam bidang
Kejuruteraan Pengangkutan Darat dan telah berjaya menepati piawaian pensijilan. Pencapaian yang
telah dicapai membolehkan Jurutera Awam dan Penolong Jurutera Awam memainkan peranan yang
lebih profesional sebagai wacana mencapai tanda aras (benchmark) yang optima demi mencapai
matlamat organisasi.
Jurutera Awam dan Penolong Jurutera Awam yang bertauliah dalam kejuruteraan Pengangkutan
Darat adalah mereka yang telah berjaya melalui beberapa latihan asas dibawah bidang Kejuruteraan
Pengangkutan Darat termasuk sistem pengangkutan bas dan keretapi serta komponen yang
berkaitan, pengalaman menyelesai masalah di tapak bina dalam penyelian projek , berkemahiran
tinggi dan berpotensi. Mereka yang menerima pentauliahan ini adalah memperolehi
kemahiran/kepakaran khusus dalam pelaksanaan projek dalam bidang kejuruteraan Pengangkutan
Darat di JKR.
i. Memberi pengiktirafan dan pentauliahan kepada Jurutera Awam dan Penolong Jurutera
Awam di JKR berdasarkan kepada tahap pencapaian kepakaran dalam bidang kejuruteraan
Pengangkutan Darat;
ii. Meningkatkan peluang pembangunan kerjaya dan kebajikan jurutera awam;
iii. Meningkatkan pencapaian kompetensi individu berdasarkan kepada pengalaman dan
pengetahuan dalam bidang pembinaan bagi memenuhi visi jabatan;
iv. Melahirkan pakar dan penasihat dalam kejuruteraan Pengangkutan Darat secara
berperingkat dan terancang.
Selaras dengan MODEL COMPETENCY & DICTIONARY JKR 29300-0006-11, Program pensijilan ini
terbahagi kepada TIGA (3) tahap pengkelasan. Tahap pengkelasan tersebut adalah Tahap 2- Basic,
Tahap 3 – Competent dan Tahap 4 – Proficient. Semua jurutera awam dan penolong jurutera awam
yang telah tamat pengajian Ijazah pertama adalah dikelaskan pada Tahap 1.
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 TAHAP PENSIJILAN
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
2
Pada Pensijilan Tahap 4, seorang jurutera awam bukan sahaja ditauliahkan sebagai seorang Jurutera
Awam (Pengangkutan Darat) yang Proficient malah pada tahap ini beliau juga diiktiraf sebagai
Subject Matter Expert (SME) mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan diberi gelaran seperti
berikut:
i. Sijil Land Transport Engineer Competency Level 2 – LTEC2
ii. Sijil Land Transport Engineer Competency Level 3 – LTEC3
iii. Sijil Land Transport Engineer Competency Level 4 – LTEC4
Calon-calon hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bersesuaian bagi
memohon kelas-kelas pentauliahan yang ditetapkan tahap kekompetenan tersebut. Skop
pengetahuan bagi tahap-tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti berikut:
4.1 Pensijilan Tahap 2- Asas (Basic)
Pada tahap ini, calon berkemampuan dan berpengetahuan untuk mengawal selia projek –projek
kejuruteraan Pengangkutan Darat yang berasaskan rel seperti landasan keretapi, stesen, yad, pakir
dan depoh serta kejuruteraan Pengangkutan Darat yang berasaskan tayar seperti sistem BRT.
Selain itu, calon-calon juga perlu mengikuti kursus-kursus dan mempunyai pengalaman seperti
berikut:
i) Pengenalan Pengangkutan dan Kejuruteraan Asas BRT
ii) Asas jalanraya dan struktur atau setara ;
iii) Pengurusan lalulintas dan Keselamatan atau setara;
iv) Kejuruteraan Keretapi peringkat asas;
v) Kursus Penjadualan Projek Modiul 1(Schedule & Control)
vi) Berpengalaman dalam mengawasi 1 projek atau terlibat dalam pasukan di bawah HOPT
atau HODT projek Pengangkutan Darat atau setara.
4.2 Pensijilan Tahap 3 – Competent
Pada tahap ini, calon berkemampuan untuk menganalisa dan memberi nasihat kepada pelanggan
bagi mencapai matlamat pembinaan untuk projek-projek pengangkutan darat untuk sistem keretapi
4.0 SKOP PENGETAHUAN & PENGALAMAN
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
3
dan BRT yang optima dan boleh menjadi rujukan kepada pegawai dibawahnya. Bagi mencapai tahap
ini calon-calon perlu mengikuti kursus-kursus dan memenuhi kriteria berikut:
i) Kursus Pengangkutan dan Kejuruteraan BRT Peringkat Pertengahan
ii) Kursus Kejuruteraan Keretapi peringkat Pertengahan
iii) kursus Penjadualan Projek Modiul 2(Schedule Assesment & Performance Measurement)
iv) Value Management
v) Selain itu, calon-calon perlu mempunyai pengalaman dalam penyeliaan dan pengurusan
projek JKR di bawah pasukan HOPT, HODT dan Pasukan Pelaksana Projek(PPP).
Pengalaman berkerja dengan industri berkaitan pengangkutan darat dibawah program -
program attachment, cross fertilization dan pinjaman dengan organisasi tertentu/
syarikat tertentu akan memberi kelebihan dan nilai tambah kepada calon;
vi) Mengemukakan write up pengalaman kerja yang berkaitan.
4.3 Pensijilan Tahap 4 – Proficient (SME)
Pada tahap ini, calon mestilah mempunyai kebolehan dan kepakaran yang tinggi dalam bidang
kejuruteraan Pengangkutan Darat dari aspek Sistem Pengangkutan Keretapi dan BRT yang boleh
dirujuk atau memberi khidmat nasihat kepada agensi luar bagi menjayakan dan mencapai matlamat
pembinaan projek pengangkutan darat yang optima dari aspek masa, kualiti dan kos seperti yang
diingini pelanggan.
i) Calon-calon juga perlu memenuhi kriteria seperti berikut:
a) Berkemampuan memberi idea, pandangan dan khidmat nasihat;
b) Berkeupayaan dengan amalan pengurusan terbaik (BMP) mengenai isu rekabentuk;
c) Mempunyai kefahaman tentang spesifikasi yang berkaitan;
d) Berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan di tapak;
e) Berpengetahuan di dalam bidang rekabentuk kerja sivil serta dapat menjalankan
tugas tanpa pengawasan.
ii) Calon-calon perlu terlibat dengan projek Kejuruteraan Pengangkutan Darat atau setara
dengannya sebagai HOPT,HODT atau Pengurus Projek.
iii) Calon-calon juga perlu menghadiri sekurangnya 2 kali seminar yang dianjurkan oleh agensi
luar mengenai kejuruteraan pengangkutan Darat atau setara.
iv) Kursus yang perlu diikuti pula ialah seperti berikut:
a) Kursus Pengangkutan dan Kejuruteraan BRT Peringkat Lanjutan;
b) Kursus Kejuruteraan Keretapi peringkat Lanjutan.
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
4
Pada tahap ini, calon yang mempunyai kepakaran tertentu boleh ditauliahkan sebagai Subject
Matter Expert (SME) dalam Kejuruteraan Pengangkutan Darat samada bidang Keretapi atau pun
BRT.
Calon-calon yang berminat boleh memohon tahap pensijilan yang telah dinyatakan dengan
memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.
5.1 Pensijilan Tahap 2 – Asas (Basic)
Bagi tahap ini, calon-calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
a) Memegang jawatan sama ada;
i) Jurutera Awam atau;
ii) Penolong Jurutera Awam (mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Awam)
iii) Berpengalaman dalam mengawasi 1 projek atau terlibat dalam pasukan HOPT atau
HODT projek Pengangkutan Darat atau setara.
b) Pengalaman bekerja di JKR minima satu (1) tahun bagi Jurutera Awam dan tiga (3) tahun
bagi Penolong Jurutera Awam;
c) Mengemukakan write up pengalaman kerja yang berkaitan
d) Telah hadir kursus teknikal (sila lihat senarai kursus teknikal di Lampiran A).
5.2 Pensijilan Tahap 3 – Kompeten (Competent)
Bagi tahap ini, calon-calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
a) Memegang jawatan sama ada;
i) Jurutera Awam atau;
ii) Penolong Jurutera Awam (mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Awam)
b) Pengalaman bekerja di JKR minima tiga (3) tahun bagi Jurutera Awam dan lima (5) tahun
bagi Penolong Jurutera Awam;
5.0 SYARAT PERMOHONAN
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
5
c) calon-calon perlu mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan penyeliaan projek JKR.
Pengalaman berkerja dengan industri lain di bawah program cross fertilization atau program
attachment kepada syarikat akan memberi kelebihan dan nilai tambahan kepada calon;
d) Mengemukakan write up pengalaman kerja yang berkaitan.
e) Telah hadir kursus teknikal (sila lihat senarai kursus teknikal di Lampiran A)
5.3 Pensijilan Tahap 4 – Proficient
Bagi tahap ini, calon-calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
a) Memegang jawatan Jurutera Awam ;
b) Pengalaman bekerja di JKR minima 5 tahun;
c) Berstatus Jurutera Profesional(Profesional Engineer@PE) yang masih sahlaku atau
Memiliki Doktor Falsafah(PHD) dalam bidang berkaitan ;
d) Mempunyai amalan pengurusan terbaik (BMP) mengenai isu rekabentuk;
e) Mempunyai kefahaman tentang spesifikasi yang berkaitan;
f) Berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan di tapak;
g) Berpengetahuan di dalam bidang rekabentuk kerja sivil serta dapat menjalankan tugas
tanpa pengawasan;
h) Terlibat dengan projek Kejuruteraan Pengangkutan Darat atau setara dengannya
sebagai HOPT,HODT atau Pengurus Projek;
i) Telah hadir kursus teknikal (sila lihat senarai kursus teknikal di Lampiran A)
Hebahan program ini akan disiarkan melalui:
a) Laman web rasmi JKR
b) Surat rasmi kepada Ketua Jabatan
Sebarang pertanyaan dan borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada
Urusetia Program Pensijilan Jurutera Awam (Darat) beralamat seperti berikut:
Urusetia
Program Pensijilan Jurutera Awam (Pengangkutan Darat)
Bahagian Darat Unit MRT
Cawangan Pangkalan Udara & Maritim
6.0 CARA MEMOHON
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
6
Tingkat 19 Menara PJD
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Bagi memastikan calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik, maka mereka
dikehendaki menyertai kursus teknikal yang dikategorikan sebagai wajib dan bersesuaian dengan
pengkelasan sijil yang dipohon.
Kursus-kursus yang dimaksudkan mesti merangkumi kursus Kejuruteraan Pengangutan Darat dan
boleh merangkumi mana-mana kombinasi modul kursus seperti yang dinyatakan di Lampiran A
Kursus-kursus bagi tajuk yang hampir sama dan dikendalikan selain dari Bahagian Latihan & Inovasi
JKR boleh dipertimbangkan dan bergantung kepada kurikulum atau silibus kursus berkenaan.
8.1 Kaedah
Penilaian adalah berasaskan kepada proses temuduga dan laporan pengalaman termasuk sikap
calon tersebut. Penilaian ini akan dikendalikan oleh pihak urusetia Program Pensijilan Jurutera Awam
(Darat).
Calon yang telah memiliki Ijazah Sarjana (Master) atau pernah menyediakan kertas kerja/ jurnal
sama ada melalui JKR/ Agensi lain akan diberi pertimbangan sewajarnya. Kertas kerja dan laporan
pengalaman hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian/ Pengarah Jabatan.
Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai kanan JKR yang telah dilantik oleh
pihak pengurusan atasan.
7.0 KURSUS DAN LATIHAN
8.0 PENILAIAN
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
7
8.2 Pemarkahan
Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut:
Kriteria Markah
Temubual 30%
Kertas Kerja & Laporan Pengalaman
Berserta Lesson Learnt
60%
Sikap 10%
Calon-calon perlu mendapatkan markah keseluruhan sekurang-kurangnya 80% untuk lulus dalam
sesi penilaian ini.
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
9
BAHAGIAN A:
SENARAI KURSUS
Kursus-kursus teknikal yang wajib dihadiri oleh calon bagi pensijilan tahap-tahap yang berkaitan
mengikut bilangan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Pensijilan Tahap 2 – Asas (Basic)
Calon bagi pensijilan tahap asas wajib menghadiri kesemua kursus yang ditetapkan iaitu lima (5)
kursus yang disenaraikan di bawah.
ModulProgram Tajuk Kursus Bil Hari
Kejuruteraan
Pengangkutan BRT
Pengenalan Pengangkutan dan
Kejuruteraan Asas BRT
3 hari
Kejuruteraan
Keretapi
Kejuruteraan Keretapi peringkat asas
4 hari
Kerja Sivil dan
Pengurusan Projek
Asas jalanraya dan struktur atau setara 3 hari
Pengurusan lalulintas dan Keselamatan
atau setara
3 hari
Kursus Penjadualan Projek
(Schedule And Control)
3 hari
2. Pensijilan Tahap 3 – Kompeten (Competent)
Calon bagi pensijilan tahap kompeten wajib menghadiri enam (6) kursus. seperti yang disenaraikan
di bawah.
ModulProgram Tajuk Kursus Bil Hari
Kejuruteraan
Pengangkutan BRT
Kursus Pengangkutan dan Kejuruteraan BRT
Peringkat Pertengahan
3 hari
Kejuruteraan
Keretapi
Kejuruteraan Keretapi peringkat
Pertengahan
4 hari
Pengurusan Projek
kursus Penjadualan Projek Modul
2(Schedule Assement & Performance
Messurement)
3 hari
Value Management Modul 1 3 hari
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
10
3. Pensijilan Tahap 4 – Proficient
Calon bagi pensijilan tahap Proficient wajib menghadiri sekurang-kurangnya mana-mana satu (1)
kursus/seminar/persidangan yang disenaraikan di bawah.
ModulProgram Tajuk Kursus Bil/ Hari
Kejuruteraan
Pengangkutan BRT
Kursus Pengangkutan dan Kejuruteraan
BRT Peringkat Lanjutan
3 hari
Kejuruteraan
Keretapi
Kejuruteraan Keretapi Peringkat Lanjutan 4 hari
Kejuruteraan
Pengangkutan BRT
dan Keretapi
Menghadiri seminar yang dianjurkan oleh
agensi luar mengenai Kejuruteraan
Pengangkutan Darat atau setara
2 bil
Pensijilan Kejuruteraan Pengangkutan Darat
11
BAHAGIAN B:
SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN
Berikut adalah senarai semak (checklist) bagi dokumen-dokumen yang perlu dihantar kepada
urusetia;
i. Borang Permohonan Pensijilan Jurutera Awam (Darat);
ii. Resume /CV;
iii. Laporan pengalaman dan latihan yang telah dilalui;
iv. Laporan pengiraan yang dilaksanakan secara manual bagi projek yang dinilai;
v. Sijil-sijil kehadiran kursus teknikal wajib;
vi. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.