Penjagaan Kesihatan Primer
-
Upload
kamal-peteh -
Category
Documents
-
view
224 -
download
12
description
Transcript of Penjagaan Kesihatan Primer
PENGENALAN
Sistem penjagaan kesihatan di negara ini sememangnya sedang mengalami
perubahan yang drastik. Kes-kes kejadian penyakit berjangkit seperti malaria, denggi,
kolera, tifoid, tuberkilosis, dan poliomielitis telah berkurangan dan terkawal manakala
kes-kes penyakit kronik contohnya seperti penyakit jantung, diabetis, hipertensi, asma
dan kanser pula semakin meningkat. Perubahan cara hidup dengan amalan gaya hidup
yang tidak sihat, faktor pemakanan dan faktor perpindahan tempat tinggal serta
kemasukan pendatang asing telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada status
kesihatan di negara kita.
Oleh sebab itu sistem kesihatan primer penting bagi negara kita kerana
kesihatan primer adalah bermaksud penjagaan kesihatan di peringkat pertama atau
asas yang melibatkan seseorang individu, keluarga, mahupun masyarakat sebelum
mendapatkan sesuatu rawatan lanjut di hospital atau berjumpa dengan doktor pakar.
Menurut World Health Organisation (WHO) pada persidangan di Alma Ata, Rusia
pada tahun 1978 telah menyatakan setiap kerajaan perlu mencapai matlamat satu
tahap kesihatan yang membolehkan rakyatnya hidup secara produktif dari segi sosial
dan ekonomi menjelang tahun 2000 dan ia menghasilkan slogan “Health For All by
The Year 2000”, (WHO, 2004). Selain itu, WHO juga telah menggariskan lapan
elemen bagi kesihatan primer dan diantaranya ialah, pendidikan kesihatan, makanan
berkhasiat, program imunisasi, perkhidmatan kesihatan ibu anak dan perancang
keluarga, kesihatan mental, pencegahan penyakit berjangkit, sanitasi dan bekalan air
selamat dan yang terakhir ialah rawatan awal kecederaan dan penyakit.
2
Selain itu, penjagaan kesihatan primer juga menekankan aspek pencegahan
penyakit, berfokuskan masalah kesihatan yang terdapat dalam komuniti dan rawatan
yang berkesan serta mempermosikan sudut pencegahan, pengubatan, pemulihan
kesihatan yang positif untuk kesejahteraan semua. Ia juga berasaskan sains dan
teknologi yang dapat diterima mudah oleh individu, keluarga dan masyarakat dengan
kos yang mampu ditanggung oleh masyarakat dan negara. Penjagaan kesihatan juga
boleh dilakukan di rumah pesakit dan bukan hanya di pusat-pusat kesihatan mahupun
institusi-instisusi kesihatan yang membolehkan penyampaian penjagaan kesihatan
mudah disampaikan terhadap semua lapisan golongan yang memerlukan penjagaan
kesihatan tentang pentingnya kesedaran penjagaan kesihatan dari awal ini.
(http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1998/
kosmik2.html)
3
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
Perkhidmatan penjagaan kesihatan primer merupakan perkhidmatan yang
berasaskan kepada penjagaan kesihatan ‘at the point of contact’dan perkhidmatan
pesakit luar merupakan asas kepada penjagaan kesihatan primer. Kesihatan primer
banyak menekankan kepada aspek-aspek mempromosikan kesihatan dan
memaksimakan proses pemulihan dari masalah kesihatan. Perkhidmatan kesihatan
primer telah tergolong dalam rancangan Malaysia ke tujuh iaitu ia telah dijadikan
tiang utama kepada sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia berdasarkan
perkhidmatan yang komprehensif yang merangkumi aspek-aspek seperti :
i. Promosi
Memberitahu kepada masyarakat dan mempromosikan tentang
penjagaan kesihatan yang sempurna dan dapat mengekalkan kesihatan
masyarakat pada tahap maksimum.
ii. Preventif
Pencegahan pada peringkat awal untuk mengawal penyakit-
penyakit. Pihak kesihatan juga perlu membendung penyakit
berjangkit dikalangan komuniti dan masyarakat supaya penyakit
tidak merebak dan berlarutan.
iii. Kuratif
Mengambil tindakan awal untuk penyembuhan penyakit
supaya tidak berjangkit kepada komuniti. Selain itu, pihak
kesihatan mengambil langkah awal untuk membendung penyakit
berjangkit.
4
iv. Rehabilitasi
Kaedah pemulihan dilakukan pada pesakit yang mengalami
kecacatan dan anggota pemulihan dan memberi sokongan kepada
pesakit yang memerlukan sepenuhnya.
v. Sokongan
Mengenalkan kaedah-kaedah phisioterapi atau terapi kepada
komuniti atau pesakit pada peringkat awal supaya dapat
melakukan kerja-kerja harian seperti biasa.
5
ELEMEN PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
Antara elemen-elemen yang terkandung didalam program yang digariskan oleh
WHO merupakan matlamat yang perlu diusahakan oleh kerajaan untuk dicapai
terutama dalam aktiviti komuniti yang perlu digalakkan sebanyak mungkin. Selain
pihak kerajaan, penduduk juga perlu memainkan peranan penting untuk sama-sama
berkerjasama bagi menjayakan elemen-elemen yang telah digariskan oleh WHO demi
kepentingan kesihatan sejagat. Antara lapan elemen penjagaan kesihatan primer yang
telah digariskan oleh WHO ialah :
1) Pendidikan Kesihatan
Elemen ini diterapkan kepada semua masyarakat tidak mengira
golongan kecil, dewasa, muda mahupun warga tua dan menggunakan
dua kaedah iaitu kaedah individual dan lokaliti (tempatan). Ia lebih
kepada memberi kesedaran kesihatan dikalangan komuniti,
kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup yang sihat.
Meningkatkan kesedaran dan langkah-langkah pencegahan penyakit
dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri.
Memberi kesedaran tentang kemudahan-kemudahan kesihatan yang
tersedia serta menggalakkan penggunaan kemudahan yang tersedia.
Elemen ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
penjagaan kesihatan melalui program-program seperti kempen cegah
diabetes, kempen tak nak merokok dan sebagainya sama ada di
peringkat sekolah mahupun di peringkat komuniti.
6
2) Makanan Berkhasiat
Makanan berkhasiat menjadi keutamaan untuk kesan jangka
panjang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Pengambilan
makanan seimbang, berkhasiat dan vitamin penting bagi manusia untuk
keperluan tubuh badan bagi menjaga kesihatan yang berpanjangan
selain mengelakkan dari mudah mendapat penyakit-penyakit yang
tidak diinginkan. Antara contoh bantuan pihak kerajaan yang dapat
membantu dalam aspek ini ialah seperti pemberian susu sekolah dan
dana makanan tambahan bagi murid miskin oleh pihak sekolah dari
sumber makanan tempatan yang sihat. Selain itu, media massa juga
turut mempopularkan gaya pemakanan seimbang yang berkhasiat
menerusi pelbagai program televisyen dan penulisan artikel bagi
mewujudkan minat kepada penduduk tentang kebaikan makanan
berkhasiat ini.
3) Program Immunisasi
Immunisasi atau juga dikenali sebagai pengvaksinan merupakan
perkara penting yang dilakukan terhadap seseorang kerana ia
merupakan pencegahan peringkat awal bagi seseorang terhindar dari
penyakit berbahaya diperingkat awal dan ia juga dikenali sebagai
immunisasi primer terhadap kanak-kanak berumur dibawah satu tahun.
Imunisasi adalah satu proses memberi vaksin kepada bayi bagi tujuan
mencegah kawalan penyakit seperti tifoid, meningitis, influenza dan
lain-lain. Immunisasi boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut
7
dan kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa yang tidak
membahyakan seseorang bayi itu.
4) Penjagaan Kesihatan Ibu Dan Kanak-Kanak
Program ini merupakan ‘bench marking’ utama untuk
menentukan taraf kesihatan negara. Ia perlu memastikan golongan ibu
dan kanak-kanak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang
berterusan dibawah struktur perkhidmatan yang tersusun melalui
aktiviti klinik ibu dan anak (kia). Selain itu, ia juga disokong oleh
sistem kesihatan kebangsaan yang kuat selain melibatkan masyarakat
tempatan.
5) Kesihatan Mental
Melalui program penjagaan kesihatan mental di komuniti
seperti melibatkan aktiviti rawatan, penyaringan, rehabilitasi dan juga
promosi. Secara umumnya ia terbahagi kepada dua iaitu rawatan
susulan kepada pesakit psikiatri dan promosi kesihatan mental.
Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang
harmoni dengan orang lain dalam pergaulan aktiviti kemasyrakatan di
peringkat komuniti.
6) Pencegahan Dan Kawalan Penyakit
Pencegahan ini melalui program yang dilaksanakan secara
sistematik sama ada pencegahan penyakit berjangkit atau pun penyakit
tidak berjangkit. Penyakit berjangkit sebagai contoh seperti malaria dan
denggi boleh dilaksanakan program seperti menganjurkan gotong
8
royong membersih kawasan persekitaran dan manakala contoh bagi
penyakit tidak berjangkit pula seperti diabetes, hipertensi dan CVD
boleh dilaksanakan melalui program seperti memberi ceramah dan
kempen kesedaran tentang pentingnya amalan gaya hidup sihat yang
melibatkan cara pemakanan yang sihat dan bersenam.
7) Sanitasi Dan Bekalan Air Yang Selamat
Elemen ini menyatakan tentang kepentingan sumber air bersih
yang memainkan peranan penting untuk kegunaan penduduk bagi
penjagaan kesihatan kerana air merupakan keperluan asas setiap
manusia. Program ini dijalankan oleh unit kebersihan alam sekitar,
kawalan mutu air, kawalan mutu makanan dan juga bahagian
penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun majlis
berkuasa tempatan. Dengan adanya sumber air bersih dan sempurna
kita dapat mengelak dan mencegah dari sebarang penyakit yang
melibatkan bawaan air.
8) Rawatan Awal Dan Ubatan Asas
Elemen ini biasanya dilakukan oleh penolong pegawai
perubatan yang bertugas di unit perkhidmatan pesakit luar dengan
memberi rawatan pada peringkat awal terhadap kes-kes kecederaan
ringan, demam dan sebagainya. Ubatan asas yang bersesuaian dengan
kes akan diberikan sebagai contoh antibiotic, kawalan demam, insulin
dan beberapa ubatan yang risiko kepada kesan sampingan adalah
rendah seperti paracetamol dan amoxycilline.
9
PERANAN DAN PERKEMBANGAN PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
Penjagaan Warga Tua
Warga tua ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengikut definisi
ASEAN manakala WHO, 2008 pula mengtakrifkan sebagai mereka yang berumur 65
tahun. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2006), di Malaysia golongan warga
tua yang ditakrif sebagai penduduk yang berumur 60 tahun ke atas merupakan 5.7%
dari jumlah penduduk atau 745,200 pada tahun 1980. Ia telah meningkat kepada 6.2%
atau 1.5 juta pada tahun 2000 dan dijangka akan mencapai 10% atau 3.4juta
menjelang tahun 2020. Bagi penjagaan warga tua ini, pihak kerajaan mahupun pihak
keluarga sebenarnya perlu memainkan peranan masing-masing tanpa melibatkan
perasaan pilih kasih mahupun hanya memikirkan tentang kepentingan masing-masing.
Masalah penjagaan warga tua ini semakin mendapat perhatian umum kerana ianya
melibatkan kualiti pekerjaan dan hasil produk yang semakin lama semakin meningkat.
Pihak kesihatan juga telah mewujudkan Pusat Jagaan Warga Emas bagi kebajikan dan
kesihatan warga emas yang kurang bernasib baik ini.
(http://eprints.uthm.edu.my/3996/1/
PANDANGAN_WARGA_TUA_DI_RUMAH_WARGA_TUA.pdf)
Kesihatan Remaja
Perkhidmatan bagi kesihatan remaja ini telah bermula semenjak tahun 1996 di
bawah perkembangan skop Program Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM.
Perkhidmatan ini disediakan di semua klinik kesihatan kerajaan untuk remaja 10-19
tahun selaras dengan dasar kesihatan remaja negara yang menekankan kesejahteraan
10
remaja secara menyeluruh dari aspek fizikal, sosial, mental dan kerohanian. Antara
skop perkhidmatan yang disediakan ialah kesihatan fizikal iaitu seperti jerawat, panau,
migraine, asma dan lain-lain. Kesihatan pemakanan pula seperti obesiti, kurangkan
berat badan, anemia dan lain-lain, manakala bagi kesihatan mental pula ialah seperti
stress, kemurungan, masalah keluarga, anoreksia dan bulimia. Antara skop lain ialah
kesihatan tingkah laku seperti merokok, alkohol, buli dan akhir sekali ialah kesihatan
seksual dan reproduktif seperti senggugut, haid tidak teratur, kehamilan remaja,
jangkitan penyakit kelamin dan lain-lain. Semua skop perkhidmatan ini dibawah
perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan, saringan dan penilain risiko
kesihatan, khidmat nasihat dan kaunseling serta rawatan dan rujukan sekiranya perlu.
(http://www.myhealth.gov.my/index.php/perkhidmatan-kesihatan-remaja)
Kesihatan Pekerjaan
Mempertingkatkan kesedaran setiap individu terhadap kepentingan kesihatan
diri yang baik, amalan cara hidup sihat dan pemuliharaan persekitaraan yang sihat dan
selamat untuk semua kehidupan. Memastikan semua kes-kes kemalangan, keracunan
dan penyakit yang berlaku dapat disiasat dengan lengkap dan langkah-langkah
pencegahan serta pengawalan dapat dilakukan dengan sempurna bagi menghapuskan,
meminimakan atau mengelakkan hazard yang memudaratkan kesihatan berlaku.
Penjagaan Terhadap Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas
Perkhidmatan ini merangkumi semua perkhidmatan yang disediakan untuk
kanak-kanak biasa seperti pemeriksaan pertumbuhan dan perkembangan, penilaian
status pemakanan dan imunisasi. Di samping itu perkhidmatan pemulihan disediakan
11
di klinik kesihatan, perkhidmatan outreach di pusat pemulihan dalam komuniti (PDK)
dan lawatan ke rumah. Semua klinik menjalanakan penilaian perkembangan bagi
pengesanan awal masalah ketidakupayaan. Kanak-kanak yang dikesan dengan
kelewatan perkembangan dirujuk kepada pegawai perubatan atau pakar untuk
pengesahan.
(http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/ms/skop-perkhidmatan-yang-disediakan/
penjagaan-kesihatan-kanak-kanak-berkeperluan-khas-kkkk)
Rehabilitasi
Bersedia untuk menerima rujukan kes-kes yang memerlukan program
rehabilitasi dan perkhidmatan yang ditawarkan merupakan perkhidmatan rehabilitasi
secara berpasukan yang terkoordinasi yang dijalankan bersama kakitangan dari unit-
unit pemulihan perubatan anggota dan pemulihan perubatan cara kerja. Program
rehabilitasi diperlukan khasnya oleh pesakit-pesakit yang mengalami ketidakupayaan
kompleks yang memerlukan intervensi atau rawatan lebih dari satu unit pemulihan.
Kumpulan pesakit ini termasuklah mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang,
pesakit amputee, pesakit yang menghidap sakit jantung atau selepas pembedahan
jantung, pesakit dengan ‘neurological deficit’ yang lain seperti stroke dan traumatic
brain injury, serta pesakit kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan disebabkan
oleh pelbagai masalah kesihatan. Pihak kesihatan memastikan pesakit boleh berdikari
yang optima bersesuaian dengan tahap ketidakupayaan fizikal yang dihadapi pesakit
bagi memastikan pesakit mendapat prosthesis dan orthosis yang sesuai.
(http://hserdang.moh.gov.my/index.php/ms/jabatan/perubatan/jabatan-perubatan-
rehabilitasi)
12
Well Adult Clinic
Perkhidmatan khidmat nasihat kepada remaja atau orang dewasa bagi
permasalahan yang dihadapi seperti masalah kegemukan atau obesiti diberi nasihat
dari segi diet yang betul dan cara pemakanan harian yang seimbang, bagaimana
langkah-langkah mahu berhenti merokok bagi perokok yang tegar dan juga
permasalahan seksual bagi remaja atau orang dewasa. Perkhidmatan ini membantu
seseorang untuk mendapatkan saringan awal dan ia lebih menekankan aspek-aspek
penjagaan kesihatan diri setiap individu dan memaksimakan proses pemulihan dari
masalah kesihatan.
Home Care Nursing
Perkhidmatan ini ialah bagi seseorang pesakit kronik yang memerlukan
rawatan di rumah atau penjagaan di rumah dengan mengambil jururawat peribadi
untuk penjagaan dirirnya di rumah. Pesakit kronik ini bermaksud pesakit yang
menghidapi penyakit yang berlarutan dan penyakit yang sukar untuk sembuh kerana
telah lama dihidapi oleh si pesakit. Selain itu, kronik juga digunakan untuk merujuk
keadaan atau masalah yang sangat teruk dan tidak menyenangkan terhadap penyakit
seseorang pesakit itu dan ianya berbahaya.
13
AKTIVITI UTAMA DALAM PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
1) Rawatan Pesakit Luar (Akut dan Kronik) di Klinik Kesihatan dan institusi
seperti Depo tahanan sementara dan PLKN.
2) Saringan wellness dikalangan remaja, warga dewasa dan warga emas.
3) Mewujudkan Perkhidmatan kecemasan secara jaringan dengan hospital.
4) Perkhidmatan Kesihatan Primer untuk golongan terpinggir melalui K1
Malaysia dan Perkhidmatan Kesihatan bergerak.
5) Melibatkan komuniti dalam kesihatan Primer melalui penglibatan wakil
kesihatan kampung dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan.
6) Mewujudkan infrastruktur dan infostruktur bagi tujuan pemantauan
perkhidmatan dan perancangan strategik.
TERMINOLOGI
1) Klinik Kesihatan dikategorikan kepada KK iaitu jenis 1, 2 3 4 5 dan 6.
Ia dikategorikan mengikut skop perkhidmatan dan jumlah populasi
dalam lingkungan kawasan operasi.
2) Klinik Ibu dan Anak adalah fasiliti yang memberi perkhidmatan
kesihatan Ibu dan Anak di dalam kawasan Bandar
3) Klinik Desa adalah fasiliti di luar bandar yang memberi perkhidmatan
kesihatan Ibu dan Anak sahaja. Buat masa kini Klinik ini dikendalikan
oleh Jururawat Masyarakat.
14
4) Perkhidmatan Kesihatan bergerak adalah perkhidmatan kesihatan yang
digerak melalui sungai, jalan darat dan udara untuk golongan terpinggir
yang mendiami kawasan pendalaman seperti pendalaman Sabah dan
Sarawak.
5) Klinik 1 Malaysia adalah klinik yang diwujudkan untuk memberi
perkhidmatan kesihatan kepada golongan terpinggir di bandar. Klinik
ini dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
6) Wakil Kesihatan kampung adalah sukarelawan kesihatan yang dipilih
oleh komuniti setempat dan dilatih oleh jabatan kesihatan Sarawak
mengenai aspek asas kesihatan untuk membantu jabatan kesihatan
dalam pengesanan awal dan rujukan pesakit dari kampung-kampung di
kawasan mereka ke klinik kesihatan.
(http://jknsarawak.moh.gov.my/bm/modules/mastop_publish/
print.php?tac=86)
15
PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Penolong pegawai perubatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan
kesihatan merangkumi aspek promotif (promosi), preventif (pencegahan), kuratif
(perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap yang bersesuaian dalam program.
Kesihatan awam dan perubatan di bawah pengawasan pegawai perubatan.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti berikut :
1. Penjagaan Kesihatan Primer (Prima)
Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik
Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik-Klinik
khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan, Pusat Tahanan
Imigresen, Institut Pengajian Tinggi Awam, Perkhidmatan kesihatan komuniti,
kem-kem kesihatan dan sebagainya. Antara program atau rawatan yang
diberikan ialah membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan,
memberi rawatan awal bagi kes-kes kecemasan, memberi kaunseling dan
pendidikan kesihatan kepada pesakit dan masyarakat setempat, memeriksa
atau mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan ke atas penyakit ringan.
2. Perkhidmatan Pengkhususan Dan Kepakaran (Skunder)
Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan
awam serta unit-unit kepakaran dan sub-kepakaran di bawah program
perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut :
16
Perkhidmatan Pengkhususan
i. Program Wellness
Kesihatan remaja, kesihatan remaja, kesihatan warga emas,
kesihatan orang kurang upaya, kesihatan mental, kesihatan
sekolah dan warga sihat.
ii. Program Non Communicable Disease
Diabetes, penyakit kardio vaskular, berhenti merokok, darah
tinggi, asma, routine medical examination dan lain-lain.
iii. Program Communicable Disease
Tuberculosis, leprosy, denggi, HIV, H1N1 dan lain-lain.
Perkhidmatan Kepakaran (Program Perubatan)
Kecemasan, perubatan Am, pembedahan, ortopedik, oftalmologi,
otorinolaringologi, nefrologi,koronari, respiratori, kardiotoraksik, dermatologi,
obstetric & ginekologi, urologi, pediatrik, anestesiologi, rawatan rapi,
hermodialisis, forensic, organ transplant dan psikiatri.
Perkhidmatan Sub-Kepakaran
Neurofisiologi, pembedahan plastik, pembedahan mikro tangan,
perubatan nuklear, pembedahan spinal dan lain-lain.
17
KESIMPULAN
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memainkan peranan sebaik mungkin
untuk mencapai misi kerajaan Malaysia dengan wujudnya penjagaan kesihatan primer
ini bagi memudahkan penyertaan dari golongan masyarakat dan komuniti untuk
memudahkan masyarakat mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan yang baik
tidak mengira kedudukan seseorang itu mahupun di mana seseorang itu berada di
bandar atau luar bandar. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memperkukuh dan
mempertingkatkan kerjasama serta penglibatan komuniti dan sektor swasta kearah
penjagaan kesihatan primer yang mantap, bersepadu dan tanpa sempadan.
Melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berkualiti,
kementerian mudah untuk mengintigrasikan aktiviti pencegahan dan penilaian risiko
penyakit, pengurusan penyakit akut, dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak
berjangkit, limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi penyakit. Selain itu, dengan
kewujudan kesihatan primer ini ia juga secara tidak langsung dapat memberi
kesedaran kepada individu dan masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan
dan langkah-langkah pencegahan awal ini.
Sehubungan dengan itu, kerajaan bersama-sama kementerian perlulah terus
mempertingkatkan lagi langkah-langkah untuk meningkatkan lagi taraf kesihatan
masyarakat seperti merancang dan mengurus keperluan dan perkembangan anggota
selaras dengan keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, mengawal selia
perkhidmatan sokongan teknikal bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan
primer, membantu penyampaian perkhidmatan kesihatan yang bersepadu,
komprehensif dan berkualiti secara berterusan tanpa sempadan melalui ICT serta
menyediakan perkhidmatan kepakaran berdekatan dengan tempat tinggal. Selain itu,
18
kementerian dan kerajaan juga boleh berkerjasama dengan agensi swasta dalam
pengurusan sistem teknologi maklumat untuk memperkasakan komuniti di peringkat
penjagaan kesihatan primer.
Secara kesimpulannya, misi Kementerian Kesihatan mewujudkan penglibatan
kesihatan primer di Malaysia berjaya dimana penglibatan dan penyertaan masyarakat
menghargai kesihatan mereka lebih ramai yang telah mengambil langkah-langkah
drastik dan langkah positif untuk meningkatkan lagi serta mengekalkan status
kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bermutu seperti melakukan
amalan gaya hidup sihat seperti bersenam, pemakanan yang seimbang, dan
mendapatkan rawatan serta nasihat pakar dengan segera tentang masalah-masalah
kesihatan yang di hadapi seiring dengan matlamat kesihatan primer.
19
RUJUKAN
DR. Mohd Izhan Mohamed Ibrahim, Pusat Racun Negara, USM (1998). “Penjagaan
Kesihatan Primer Lebih Popular” diakses pada 06 Mac 2015 di http://www.prn.usm.my
My Health, Kementerian Kesihatan Malaysia, (14 Julai 2006). “Langkah Mencapai
Kesihatan Mental Yang Baik” di akses pada 06 Mac 2015 di
http://www.myhealth.gov.my
Jabatan Bangunan dan Harta Tanah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, (1986).
“Pandangan Warga Tua Di Rumah Warga Tua” di akses pada 07 Mac 2015 di http://www.eprints.uthm.edu.my
DR. Nik Rubiah Bt. Nik Abdul Rashid, My Health, Kementerian Kesihatan Malaysia,
(25 April 2011). “Perkhidmatan Kesihatan Remaja” di akses pada 6 Mac 2015 di http://www.myhealth.gov.my
Portal Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pembangunan Kesihatan Keluarga (1986).
“Penjagaan Kesihatan Primer” di akses pada 6 Mac 2015 di http://www.jknsarawak.moh.gov.my
KKM (2003) Buku Panduan Pembantu Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluaraga JPA.
20