Peningkatan Martabat Profesion Keguruan
-
Upload
ahmad-rajaie -
Category
Documents
-
view
1.303 -
download
15
Transcript of Peningkatan Martabat Profesion Keguruan
570401-03-6165
Soalan 1
“Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam
menjayakan wawasan negara, peranan guru amat penting untuk
memastikan nilai nasional dapat disempurnakan”.
Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein
Perutusan Hari Guru 2006
Bincangkan bagaimana martabat profesion keguruan dapat ditingkatkan
selaras dengan perutusan Y.B. Menteri Pelajaran agar misi nasional dapat
disempurnakan.
Pengenalan.
Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa
jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat
dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam
proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.
Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks
dan mencabar.Golongan guru hendaklah memastikan martabat keguruan
sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan
dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi nasional kerajaan.
1
570401-03-6165
Mengikut Kamus Dewan,’profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang
undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Martabat’ pula
ialah kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat,tingkat. Dari pengertian
tersebut memberi makna bahawa imej profesion keguruan samada tinggi atau
rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi
para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar.
Dalam usaha meningkatkan martabat profesion keguruan maka pakatan
bijak semua pihak hendaklah digerakkan samada secara langsung atau tidak
langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian
Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota
masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan
guru dan pihak swasta.
Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.
Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
memartabatkan profesion ini merupakan kekuatan utama kerana kerajaan yang
bertanggungjawab dalam penggubalan dasar-dasar pendidikan negara. Jika
dilihat dalam misi nasional yang telah dilancarkan semasa pembentangan
RMK9, Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
menggariskan lima teras utama iaitu:
Teras 1: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
2
570401-03-6165
Teras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta
memupuk ‘minda kelas pertama’.
Teras 3: Menangani masalah ketidak samaan sosioekonomi yang berterusan
secara membina dan produktif.
Teras 4: Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup.
Teras 5: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
Di antara kelima-lima teras di atas, teras yang kedua merupakan teras
yang berkait rapat dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan martabat
profesion keguruan. Dalam tempoh rancangan tersebut, usaha
dipergiatkan bagi membangunkan modal insan demi memacu transformasi
negara ke arah keupayaan ilmu pengetahuan . Antara kandungan
program besar akan dilaksanakan untuk meningkatkan martabat profesion
keguruan berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe9)
ialah:
1. Menambah baik sistem pendidikan
2.Meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di semua peringkat
kurikulum dan pengajaran, pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
yang seragam dan berkualiti, mengkaji aktiviti kurikulum dan kokurikulum
peringkat sekolah, kajian terhadap kurikulum latihan perguruan, menambah baik
kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran pedagogi dan penggunaan
ICT yang lebih meluas.
3 Kerjasama antara industri dengan institusi pengajian tinggi untuk responsif
kepada keperluan pasaran buruh, meningkatkan keupayaan siswazah tempatan
3
570401-03-6165
untuk kerjaya, program latihan praktikal dan penempatan industri. Sistem Latihan
Dual Kebangsaan akan diperbaiki lagi melalui rundingan dengan pihak terbabit,
menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan bagi pendidikan dan latihan bagi
memberi panduan mengenai dasar dan strategi berkaitan pendidikan dan
industri.
4. Infrastruktur dan kemudahan.
Akses kepada pendidikan prasekolah akan diperluaskan dengan
penyediaan lebih banyak kelas prapersekolahan, terutama kawasan luar bandar
serta Sabah dan Serawak.
5. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.
Kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan
100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah
akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang 2010.
Peluang pendidikan untuk kanak-kanak istimewa,pembestarian sekolah
dan penggunaan teknologi dan ICT.
6. Melahirkan Institusi Tertiari bertaraf antarabangsa.
IPT akan ditanda aras mengikut piawai antarabangsa dan satu sistem
penarafan akan diperkenalkan..
Melalui rangka dasar yang telah digariskan oleh kementerian di atas maka
Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memperkukuhkan dan
memperkemaskan serta membuat reformasi pendidikan sepenuhnya menjelang
tahun 2020.
4
570401-03-6165
Teras misi nasional tersebut diperjelaskan lagi secara terperinci dalam
Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010 yang telah
dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) pada 16 Januari 2007. Kerangka bagi Pelan Tindakan
Pembangunan Pendidikan seperti di bawah:
KERANGKA PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010.
Meneliti kepada
Bertolak dari misi nasional dan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan
maka untuk mengangkat martabat profesion keguruan berbagai langkah dapat
dilaksanakan oleh kementerian seperti:
5
ASAS PEMBANGUNAN• Misi Nasional• Dasar-dasar
Pembangunan Negara• Dasar Pendidikan
Kebangsaan.• Islam Hadhari• Pelan Intergriti Nasional
TERAS ASAS PEMBANGUNAN PENDIDIAKN
• Akses • Ekuiti • Kualiti • Kecekapan dan
keberkesanan Pengurusan
PENDEKATAN• Kesamarata-an Peluang Pendidikan• Kecemerlan-gan Institusi Pendidikan
MATLAMAT
PENDIDIKANBERKUALITIUNTUKSEMUA
TERAS STRATEGIK PIPP• Membina Negara Bangsa• Membangun Modal Insan• Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan• Merapatkan Jurang
Pendidikan• Memartabatkan Profesion
Keguruan• Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN• Kerjasama dan Komitmen
Warga Pendidik• Sistem Penyampaian
Pendidikan• Sistem Pemantauan dan
Penilaian
570401-03-6165
1. Membuka peluang peningkatan kerjaya.
Kerajaan mewujudkan gred baru guru berasaskan merit dan prestasi
tahunan serta menggariskan langkah-langkah bagi menambah perjawatan dan
peluasan naik pangkat guru-guru. Menerusi beberapa strategi pelaksanaan
penambah baikan perjawatan guru dengan menambah quota bagi gred kenaikan
pangkat guru besar dan pengetua cemerlang.
Antara strategi memantapkan kerjaya guru, dasar baru kementerian telah
mewujudkan:
i. Gred kenaikan pangkat untuk mempercepatkan Khas Untuk Penyandang
(KUP) pegawai di kementerian dan di JPN memegang jawatan hakiki .
ii. Dalam proses peningkatan pula, konsep Pengetua Cemerlang dan,Jusa C
serta Guru Cemerlang Gred Khas diwujudkan .Sekurang-kurangnya seorang
Guru Cemerlang bagi setiap sekolah menengah pada Gred DG44.
Iii. Meningkatkan quota Guru Cemerlang PPP, Lepasan Diploma (PPPLD) Gred
DG32 serta menambah gred kenaikan pangkat Guru Cemerlang PPPLD
sehingga ke Gred DGA34.
2. Pengambilan calon guru.
6
570401-03-6165
Syarat pengambilan calon guru telah diperketatkan sejak 2005 lagi dalam
usaha melahirkankan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa. Tiga pelan
tindakan telah dirangka mencakupi Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI) dan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon bagi Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu memiliki ijazah yang menepati bidang
yang dipohon, menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif
dalam kokurikulum, melepasi tapisan keselamatan, bebas dari penyalahgunaan
bahan dadah dan lulus temuduga.
Begitu juga dengan Program kursus perguruan lepasan SPM pula calon
perlu melepasi syarat-syarat akademik yang ditetapkan,menduduki Ujian
Sahsiah Guru,ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temu duga.
Kementerian juga telah mengambilkira kelayakan dalam memenuhi
Petunjuk Prestasi Utama untuk diberi insentif kepada para guru. Melalui proses
seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil mampu menyumbang
dan merealisasikan wawasan negara.
Pemilihan guru bukan sekadar akademik semata-mata malah mereka
yang aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi membentuk modal insan yang
cemerlang.
3. Menaik taraf maktab perguruan Institut Pendidikan Guru.
7
570401-03-6165
Dalam usaha melahir dan melestarikan guru yang berkualiti,kementerian
telah menaikkan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
Pengiktirafan ini telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai
2005.
Dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru
(IPG),kementerian dapat memantapkan pemilihan bakal guru dan memberi
latihan serta menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya. Proses
seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil merupakan guru yang
mampu menyempurnakan misi pendidikan negara.
Pada ketika ini terdapat 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh
negara dan melibatkan seramai 3,129 pensyarah serta enrolmen 28,755, dengan
‘Malaysian Quality Framework’ diguna sebagai garis panduan dalam usaha
mempertingkatkan kelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga
kerja yang berkualiti dapat dihasilkan.
Kementerian juga telah menjenama dan merangkaikan Institut Pendidikan
Guru dengan universiti serta kolej terkenal di luar negara dan dalam negara.
Mewujudkan Program Khas Pensiswazahan guru, Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, Program berkembar Praperkhidmatan (Sarjana Muda Pendidikan
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dan Program Bahasa-
Bahasa Antarabangsa.
Langkah kementerian menaik taraf IPG juga mampu melahirkan guru
siswazah yang memahami keperluan dan cabaran sekolah kearah mencapai
8
570401-03-6165
sasaran kementerian untuk mengisi 100 peratus guru siswazah di sekolah
menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010.
Semasa membentangkan bajet 2006,Perdana Menteri telah mengatakan
bahawa kerajaan akan meningkatkan tahap latihan dan kurikulum termasuk
menarik kerjasama dan kepakaran asing dalam bidang perguruan sebagai usaha
memartabatkan profesion keguruan (Bernama:30 Sept.2006).
4. Guru Pendidikan Islam.
Kementerian juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti
dan berkesan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam
(IPPI). Pendidikan Islam merupakan suatu usaha untuk memberi ilmu dan
pendidikan berteraskan wahyu kepada penganutnya supaya dapat memahami
dan dapat menghayatinya dalam kehidupan demi untuk kebahagiaan diri,
keluarga, masyarakat dan negara.(Kementerian Pendidikan Malaysia 1887).
Pendidikan Islam juga perlu didedahkan kepada orang yang bukan Islam supaya
mereka memahami agama tersebut dan seterusnya dapat mengikis prasangka
buruk terhadap Islam dan penganutnya serta tidak mengeluarkan tuduhan yang
tidak benar tentang Islam.
Pelaksanaan Program j-QAF (Jawi, Khatam Al-Qur’an, Bahasa Arab dan
pengukuhan Fardhu Ain) sekolah rendah juga merupakan langkah untuk
meningkatkan martabat profesion keguruan dan memperkasakan Pendidikan
Islam. Kementerian telah merangka strategi pelaksanaan program tersebut yang
melibatkan bahan, modul, prasarana, tenaga guru, penilaian dan
9
570401-03-6165
pemantauan.Tujuannya untuk membentuk dan melahirkan masyarakat Malaysia
yang mempunyai nilai-nilai rohani, bermoral tinggi dan mempunyai perasaan
bertanggungjawab yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
5 .Kemudahan kediaman guru dan persekitaran kerja yang kondusif.
Kemudahan kediaman disediakan supaya guru lebih selesa menjalankan
tugas tanpa menghadapi masalah tempat tinggal,terutama untuk guru di luar
bandar, pedalaman dan bandar-bandar besar melalui pembinaan kuarters baru
serta membaik pulih kuarters yang sedia ada. Bagi keselesaan para guru,
peruntukan sebanyak 690 juta ringgit disediakan untuk membina rumah guru dan
dan hampir separuh dari peruntukan tersebut untuk projek rumah guru di luar
bandar.
Selain itu kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif juga akan
disediakan melalui projek naik taraf, membina bangunan tambahan dan
pembinaan bangunan-bangunan baru. Setakat ini telah dikenalpasti sekolah
usang sejumlah 5,951buah sekolah rendah dan 870 buah sekolah menengah
yang berusia lebih 30 tahun dan membangunkan infrastruktur yang
membabitkan 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang
belum mempunyai bekalan elektrik selama 24 jam.
10
570401-03-6165
Tindakan-tindakan lain kementerian dalam mengangkat martabat
profesion keguruan ialah:
1.Memperkasakan sekolah kebangsaan.
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan masa yang amat penting dalam
melahirkan generasi yang berwawasan. Dalam memperkasakan sekolah
kebangsaan, kementerian perlu menambahkan bilangan kelas prasekolah
terutama di kawasan luar bandar dan menggunakan Kokurikulum Prasekolah
Kebangsaan.
Selain itu kementerian menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas
yang mencukupi serta berkualiti termasuk melengkapkan prasarana, mengubah
suai dan menaik taraf sekolah –sekolah yang usang dan menambah bilangan
bilik darjah.
2. Sistem pengawasan dan pemantauan.
Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuhkan dan memperkemaskan
sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru untuk memastikan
mereka sentiasa bertugas dengan betul, berdedikasi dan telus. Pemantauan
yang sistematik merupakan ciri penting bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran berjalan seperti yang dirancangkan. Untuk mengetahui
keberkesanan pengajaran guru berkesan atau sebaliknya serta mengesan
masalah dan membuat pemulihan.
11
570401-03-6165
Proses pemantauan harus dilakukan secara tekal oleh pentadbir sekolah
dan jemaah nazir. Laporan pemantauan boleh digunakan untuk pengesahan dan
kenaikan pangkat guru.
3. Penguatkuasaan Akta Pendidikan.
Semasa menjadi Menteri Pendidkan, Datuk Sri Najib Tun Razak pernah
mengatakan. ”Dengan terlaksananya kesemua akta berkenaan membolehkan
kita menjalankan transformasi yang menyeluruh kpada sistem pendidikan negara
selaras dengan wawasan negara dan tuntutan globalisasi dan zaman maklumat”
Dua akta baru telah dikuatkuasakan iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi
Pendidikan tinggi Swasta 1996. Beliau menjelaskan Akta Pendidikan 1996 bagi
membolehkan matlamat pendidikan diperluaskan dan disesuaikan dengan
keperluan wawasan dan tuntutan-tuntutan tersebut. Sementara pelaksanaan
Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 pula selaras dengan hasrat hendak
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik.
Dengan iltizam serta usaha kementerian ini seterusnya akan
diimplikasikan ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) seterusnya ke peringkat sekolah mengikut rangkaian
bagi memastikan kejayaan wawasan negara 2020 menjadi suatu kenyataan.
Peranan guru.
Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan
12
570401-03-6165
pendidikan. Kedudukan perguruan sebagai suatu profesion di dalam Dasar
Pelajaran Kebangsaan turut menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan akan
datang.
Di tangan guru sendiri martabat profesion keguruan dapat ditingkatkan
dengan memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap
palajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab
terhadap profesion keguruan.
1.Mempertingkatkan Profesionalime
Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik
generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan
dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah-
kaedah pengajaran dan pendidikan terkini.
Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan
keupayaan, ketahan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin
kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para
pendidik.
2. Mahir IT dan ICT.
Bidang keguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan
perubahan zaman Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan
internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai misi
13
570401-03-6165
nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan
perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu IT mesti terlebih dahulu
dapat dikuasa oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar
luaskan kepada para pelajar.
Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi
menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan
komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan negara maju menjelang 2020, Kerajaan membangunkan koridor raya
multimedia (MSC) sebagai pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan
antarabangsa.
Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era
teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah
dihargai oleh guru dengan menggunakan semaksima mungkin. Jangan ada di
kalangan guru dan pentadbir sekolah yang berfikiran sempit dengan ‘mengunci’
segala peralatan kerana takut rosak. Situasi ini akan merugikan pelajar dan
kerajaan .Guru tidak menyalahgunakan teknologi dengan mengunjungi laman-
laman web yang tidak sepatutnya dikunjungi. Guru juga tidak menjadikan alasan
teknologi yang dibekalkan sebagai satu masalah kepada mereka.
14
570401-03-6165
3. Berpengetahuan dan berdaya fikir dan berakhlak.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah
pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk
dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan
kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan politik.Guru yang berpengetahuan
dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.
Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini,
profesion keguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan
akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang
perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini
penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada
bangsa dan negara .
4. Berupaya membuat keputusan dan menyelesai masalah serta berfikiran
kritis dan kreatif.
Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja
mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
5. Menyedari tanggungjawab.
Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar untuk
mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan
tanggungjawab terhadap:
15
570401-03-6165
i.Tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni.
ii.Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mewujudkan hubungan
mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan
anak-anak mereka.
iii.Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari
menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta
menggalakkan kerjasama dan persefahaman.
iv.Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak
dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang
menjejaskan kepercayaan masyarakat, membantu rakan sejawat.
6. Menjadi guru yang berkualiti.
Bagi mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang guru mempunyai
ciri-ciri guru yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Guru jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat.
Seseorang guru hendaklah mempunyai kualiti-kualiti berikut:
Peribadi Profesional Sosial- penyayang
- adil
- kelonggaran
- pandai berjenaka
- tegas
- dedikasi
- peka
- mengingati
keperluan negara
- sikap positif untuk
- inovasi
- bermoral
- penyesuaian
- kepimpinan
- peka terhadap
16
570401-03-6165
- dedikasi
- toleransi
pelajar
- inovatif
alam sekitar
- toleransi
Kualiti guru dapat diperkemaskan dari masa ke semasa dengan latihan, seminar,
dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan. Penubuhan Institut Aminudin Baki
(IAB) dalam meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan dalam melahirkan
para guru yang lebih efisien.
Peranan pelajar.
Pelajar merupakan modal insan yang akan dibentuk oleh guru.
Kecemerlangan pelajar menjadi ukuran keberkesanan pengajaran dan
pendidikan para guru serta dilihat oleh berbagai pihak . Kecekapan dan martabat
profesion ini dilihat baik jika ramai pelajar mendapat kecemerlangan dalam
peperiksaan awam dan sebaliknya. Analisa peperiksaan awam seperti Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dibuat
setiap kali keputusan diumumkan dan analisa serta komen berbagai pihak akan
dapat dilihat.
Pandangan umum juga melihat tahap disiplin pelajar di semua peringkat
pelajar sebagai angka tunjuk kecekapan profesion keguruan. Sejak akhir-akhir ini
masalah pelanggaran disiplin hebat diperbincangkan. Kes-kes jenayah pelajar
seperti peras ugut,pembunuhan,rogol,pelacuran,ponteng,vandalisme dan banyak
lagi salah laku pelajar semakin kerap diperbincangkan .
17
570401-03-6165
Oleh itu peranan para pelajar sendiri merupakan faktor penting dalam
meningkatkan profesion ini. Pelajar mesti menyambut baik program dan dasar
yang telah ditetapkan demi untuk kesejahteraan mereka. Pelajar yang
bermotivasi mempunyai matlamat hidup masa depan. Satu model telah dirangka
bagi menunjukkan kepentingan hubungan antara pencapaian akademik dengan
motivasi. Motivasi dan matlamat ini mendorong pelajar yang cemerlang disiplin
dan cemerlang akademik.
Model hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Motivasi.
Peranan ibu bapa dan anggota masyarakat.
Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh
mengangkatkan martabat guru. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti
18
PELJAR
Mendapat perhatian penuh daripada ibu bapa dan guru
Pencapaian akademik & konsep kendiri tinggi
Cemerlang dan bermotivasi tinggi untuk berjaya
Tiada matlamat hidup
Kurang perhatian daripada ibu bapa dan guru
Taraf hidup kabur
Mendapat perhatian penuh daripada ibu bapa dan guru
Pencapaian akademik & konsep kendiri sederhana
Kurang motivasi untuk berjaya
Pencapaian akademik & konsep kendiri tinggi
Cemerlang dan bermotivasi tinggi untuk berjaya
Taraf hidup terjamin
570401-03-6165
memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan
selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota
masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta
memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan
oleh guru dan sekolah.
Penglibatan anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga
tidak kurang pentingnya, khususnya institusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru
(PIBG), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), jawatankuasa masjid dan surau, RELA serta pihak polis harus sentiasa
berdamping dengan sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu
proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak
langsung Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam
menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat.
Konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan dengan
mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yanag
melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah
kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan
guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang
tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan
pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi
Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan
19
570401-03-6165
suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga
kesetabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.
Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti PEMADAM dan
pertubuhan-pertubuhan belia seperti GPMS, 4B, MAYC, Belia Bimbingan, ABIM,
Tamil Bell dan lain-lain juga penyumbang kepada peningkatan martabat
profesion keguruan melalui aktiviti-aktiviti penerangan kepada ahli. Sebahagian
besar ahli NGO terdiri dari kalangan guru-guru muda dan pelajar yang masih
aktif dan bertenaga. Aktiviti-aktiviti kepimpinan, pembinaan semangat, motivasi,
gotong royong adalah antara aktiviti positif ke arah mencapai matlamat tersebut.
Lain-lain pihak yang menyumbang kepada memartabatkan profesion
keguruan ialah seperti badan swasta dan kesatuan-kesatuan guru. Pihak swasta
juga harus menjalankan aktiviti-aktiviti membantu kegiatan sekolah dan guru-
guru di dalam proses pembinaan ilmu ini. Pihak swasta dianjurkan memulakan
‘program mesra pekerja ‘ dengan mewujudkan pusat-pusat penjagaan anak dan
taman didikan di tempat-tempat yang berhampiran dengan kawasan industri
masing-masing. Pihak swasta juga boleh mengambil sekolah-sekolah
berdekatan sebagai sekolah angkat mereka dan menyediakan peruntukan untuk
membantu program-program kecemerlangan di sekolah-sekolah angkat tersebut.
Dengan cara ini profesion perguruan akan lebih kukuh dan meyakinkan.
20
570401-03-6165
Kesatuan-kesatuan guru juga memainkan peranan dalam
memperjuangkan kebajikan guru demi meningkatkan martabat guru. Persatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga memperjuangkan kebajikan
guru-guru siswazah dimana sebanyak 12 perkara yang membabitkan guru
kumpulan pengurusan dan professional itu telah diperjuangkan. Antaranya ialah
tuntutan kenaikan kadar imbuhan tetap perumahan (ITP) bagi pegawai
perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG 3 (DG 41) kepada RM400,
berbanding hanya RM165 sekarang. Tuntutan-tuntutan lain ialah kenaikan kadar
elaun makan, harian, dan penginapan bagi pegawai yang bertugas di luar
pejabat serta menuntut tempoh pengesahan jawatan lebih awal daripada tiga
tahun sekarang.
Turut diperjuangkan ialah skim gaji berasingan bagi pensyarah di
politeknik dan maktab serta hadiah pergerakan gaji (HPG) kepada PPPS DG 3
dan DG 2 yang mempunyai kelayakan lebih tinggi terutama peringkat sarjana
dan doktor falsafah.
Kesatuan Guru-Guru Mlelayu Malaysia Barat (KGGMB) telah
mengadakan Seminar Kebangsaan Kebangsaan Profesion Perguruan 2002,
satu resolusi yang menggariskan 27 perkara bagi meningkatkan martabat
profesion keguruan telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan ,Tan Sri Musa
Mohamad boleh dijadikan panduan betapa peningkatan profesion ini perlu
ditingkatkan.
21
570401-03-6165
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Profesor
Madya Dr.Abdul Rahman Daud manyatakan resolusi tersebut telah melalui
proses pemurnian secara teliti bagi memastikan perkara yang hendak di
sampaikan jelas dan tepat.
Antara perkara yang dicapai ialah;
a. Etika profession keguruan sedia ada harus disemak semula
bersesuaian dengan cabaran pendidikan kini. Pendedahan semula
melalui latihan dalam perkhidmatan yang menfokus kepada etika
keguruan dan dipastikan menjadi garis panduan kepada para pendidik.
b. Kurikulum pendidikan guru harus mengambil kira kepentingan
hubungan interpersonal antara guru dan pelajar. Latihan dalam
perkhidmatan dan kursus jangka pendek boleh dijalankan untuk tujuan
berkenaan.
c. Tatasusila profession keguruan harus memberi tumpuan kepada
ikhtisas dan ilmiah, manakala latihan dalam perkhidmatan perlu
dimantapkan dari aspek kesesuaian bidang pendidikan semasa supaya
bergerak seiring dengan perkembangan terkini. Sebuah jawatan kuasa
mesti diwujudkan untuk meneliti kepiawaian dalam latihan
praperkhidmatan di samping konsep pembelajaran sepanjang hayat harus
diterapkan kepada guru supaya peningkatan ilmu dapat dilakukan.
d. Program pengenalan kepada profesion keguruan harus dijalankan
untuk guru permulaan dengan menggunakan konsep mentoran, manakala
22
570401-03-6165
pentadbir pula perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam
menangani perubahan supaya dapat diterima oleh pendidik.
e. Pemantauan harus dilakukan ke atas guru permulaan untuk
meningkatkan kredibiliti mereka dalam aspek amalan pengajaran .
f. Budaya profesionalisme harus diterapkan pada semua peringkat
organuisasi pendidikan. Sebuah jawatankuasa peringkat Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
sekolah harus dibentuk untuk memastikan budaya profesionalisme diikuti
pada setiap peringkat.
Dengan resolusi yang digariskan itu, sebenarnya menunjukkan
kesungguhan warga pendidik untuk mengangkat martabat profesion keguruan,
seterusnya memastikan profesion ini terus diiktiraf, dihormati, dan dikagumi bagi
merealisasikan misi nasional.
Kesimpulan.
23
570401-03-6165
Sebagai kesimpulannya peningkatan martabat profesion keguruan
sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan
gandingan mantap berbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia,
institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat dalam proses pendidikan.
Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini Insya Allah akan dapat
menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja setakat 2020 bahkan
melangkaui masa-masa selepasnya.
24
570401-03-6165
RUJUKAN
Awang Had Salleh (1980 ) ”Keguruan dan perguruan di Malaysia :
Keperihalan kini dan arah yang ditujui”. KONPEN V,Johor
Bharu 6- 8 Disember.
Mok Soon Sang (1996).Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur:Kumpulan
Budiman.
Sufean Hussin (1993). Pendidikan di Malaysia: Sejarah sistem dan
falsafah,Kuala .Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berita Harian,17 Januari 2007.muka surat 1
Berita Harian, 30 September 2006
http://www.moe.edu.my/hariguru/tatasusila.htm
http://www.moe.edu.my/hariguru/perutusan.2006.html
http://berita.perak.gov.my/Mei 2001/htm
25
570401-03-6165
26
570401-03-6165
27