PENILAIAN KENDIRI.docx

4

Click here to load reader

Transcript of PENILAIAN KENDIRI.docx

Page 1: PENILAIAN  KENDIRI.docx

PENILAIAN KENDIRI

Saya berasa bersyukur kepada Than kerana diberi peluang untuk mengikuti

Program Bina Insan Guru Fasa V ini. Program Bina Insan Guru ini dilaksanakan dengan tujuan

untuk memberi pendedahan mengenai dasar dan perlaksanaan KSSR dan PBS di sekolah

rendah. Sepertimana yang kita sedia maklum,pendidikan di Malaysia telah melangkah masuk

ke suatu era yag baru dari segipentaksiran prestasi para pelajar. Pada pendapat saya, guru yang

berdedikasibukan saja mahir dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

malah mereka perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam menjalankan

pentaksiran di sekolah.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan

dalam menjayakan program ini. Ahli jawatankuasa kerja yang dilantik telahmenjalankan

tugas dengan baik mengikut bidang tugasan yang diamanahkan.Persiapan awal dari segi

pengisian program, perbincangan dengan pihak pentadbirSJK T KANGKAR PULAI, peralatan,

pengangkutan dan sebagainya telah berjalan denganlancar. Semasa program berjalan di SJK T

KANGKAR PULAI, semua peserta saling bantumembantu untuk memastikan setiap slot berjalan

seperti yang dirancang mengikuttentatif sehingga program tamat. Sifat kerjasama, saling

bantu membantu dan semangat kekitaan jelas diperlihatkan.

Kami tidak mengira penat lelah sepanjangprogram demi mencapai objektif

program seperti pepatah Melayu “ Berat sama-samadipikul, ringan sama-sama

dijinjing”.Pengalaman kami dalam merancang dan menjayakan program BIG Fasa V dan

IVmerupakan salah satu faktor yang membantu kejayaan program. Program bermuladari peringkat

perancangan sehingga perlaksaaan dapat dijalankan dengan mudah,baik dan bersistematik dan

bersesuaian dengan objektif program. Pengisian programyang disusun melibatkan interaksi dua hala

antara penceramah dan peserta kursusdan menglibatkan aktiviti “hands on” yang boleh

mengukuhkan kefahaman konsep.

Sokongan padu yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah SJK T KANGKAR

PULAIdan Unit KSSR/PBS sekolah berkenaan telah banyak membantu kepada kejayaanprogram

ini. Mereka sudi menerima lawatan kami walaupun program ini dijalankandalam masa cuti

sekolah. Mereka sanggup mengorbankan masa cuti untukmemastikan kami dapat ilmu yang

diperlukan untuk menjalankan PBS di sekolah masing-masing bila sekolah berbuka semula pada

Page 2: PENILAIAN  KENDIRI.docx

tahun 2013. Lawatan ke BilikGerakan KSSR/PBS telah membuka minda kami untuk menyediakan

fail-fail yang berkaitan dengan PBS agar para guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin

teratur.

Walau bagaimanapun kami juga menghadapi sedikit kesulitan semasa

program ini dijalankan. Antaranya, masalah kekangan masa. Masa yangdiperuntukkan

untuk bengkel membina eviden agak pendek dan menyebabkan aktiviti ini dijalankan dalam

keadaan tergesa-gesa dan keadaan ini sedikit sebnayak telah menyebabkan para peserta kursus

tidak dapat menguasai kemahiran ini dengan lebih mantap. Faktor umur dan kesihatan

menyebabkan berapa orang peserta menghadapi kesulitan semasa kursus

dijalankan.Walaubagaimanapun program Big ini telah Berjaya.

Page 3: PENILAIAN  KENDIRI.docx

secara keseluruhannya semua kekangan ini tidak menjadi penghalang program

diteruskan.