PENILAIAN KENDIRI

3
NAMA : SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY KELAS : MATEMATIK 2 ANGKA GILIRAN : 2013272340056 PENILAIAN KENDIRI Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan antara elemen yang wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih. Pada semester ini, kami pelajar guru dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang semester 5 diberikan tugasan untuk menganjurkan Program Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Paya Besar di kulim kedah. Bagi melaksanakan program ini dengan jayanya, sebagai langkah pertama kami telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pelaksanaan. Dalam perancangan tersebut semua ahli jawatankuasa telah memahami tanggungjawab mereka yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas bagi menjayakan program ini. Sememangnya Program BIG pada kali ini telah memberikan banyak impak positif dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Dengan melibatkan diri dalam bina insan guru fasa kelima ini, saya telah dapat belajari beberapa perkara yang penting dalam hidup saya sebagai seorang bakal guru ataupun manusia. Perkara yang pertama ialah, kerja yang beban itu akan menjadi ringan apabila semua orang membuat tanggungjawab mereka masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana, kami sekelas harus menganjurkan lawatan tersebut dalam masa yang singkat kerana pensyarah pembimbing kami iaitu En. Abdul Aziz Bin Isyak sakit dan beliau tidak dapat mengikuti kami ke sekolah tersebut. Beberapa pengajaran yang diperolehi oleh saya melalui lawatan ini. Pengajaran yang pertama adalah cara mengurus pengurusan yang sistematik. Pengurusan yang sistematik memainkan peranan yang

description

penilaian kendiri

Transcript of PENILAIAN KENDIRI

Page 1: PENILAIAN KENDIRI

NAMA : SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY

KELAS : MATEMATIK 2

ANGKA GILIRAN : 2013272340056

PENILAIAN KENDIRI

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan antara elemen yang wajib dilaksanakan

oleh semua guru pelatih. Pada semester ini, kami pelajar guru dari Institut Pendidikan Guru

Kampus Pulau Pinang semester 5 diberikan tugasan untuk menganjurkan Program Lawatan

Penanda Aras atau “Benchmarking” ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Paya Besar

di kulim kedah. Bagi melaksanakan program ini dengan jayanya, sebagai langkah pertama

kami telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pelaksanaan. Dalam perancangan tersebut

semua ahli jawatankuasa telah memahami tanggungjawab mereka yang perlu dilaksanakan

sebelum, semasa dan selepas bagi menjayakan program ini.

Sememangnya Program BIG pada kali ini telah memberikan banyak impak positif

dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Dengan melibatkan diri dalam bina insan guru

fasa kelima ini, saya telah dapat belajari beberapa perkara yang penting dalam hidup saya

sebagai seorang bakal guru ataupun manusia. Perkara yang pertama ialah, kerja yang

beban itu akan menjadi ringan apabila semua orang membuat tanggungjawab mereka

masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana, kami sekelas harus menganjurkan

lawatan tersebut dalam masa yang singkat kerana pensyarah pembimbing kami iaitu En.

Abdul Aziz Bin Isyak sakit dan beliau tidak dapat mengikuti kami ke sekolah tersebut.

Beberapa pengajaran yang diperolehi oleh saya melalui lawatan ini. Pengajaran

yang pertama adalah cara mengurus pengurusan yang sistematik. Pengurusan yang

sistematik memainkan peranan yang penting dalam pembanguan sekolah. Pengurusan

sistematik yang dijalankan di sekolah baharu tersebut memberi keyakinan dan bimbingan

kepada saya. Dengan ini, saya dapat mempelajari cara -cara mengurus bilik darjah dan

sekolah yang kondusif. Saya juga dapat melihat cara guru melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di setiap kelas adalah berbeza. Melalui perbincangan dengan guru besar

sekolah tersebut, saya dapat mengetahui bahawa setiap selepas tiga bulan corak

kedudukan bilik darjah akan berubah, ini kerana supaya pelajar dapat menarik perhatian dan

juga dapat memberi dorongan kepada semua pelajar supaya melibatkan diri sepenuhnya

dalam pembelajaran dan pengajaran.

Di samping itu, penyusunan meja dalam pelbagai bentuk (segi tiga, segi empat, segi

empat tepat dan sebagainya) dapat membantu murid – murid di sekolah tersebut

mempelajari khususnya mata pelajaran matematik dengan mudah dan tepat. Daripada ini

Page 2: PENILAIAN KENDIRI

NAMA : SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY

KELAS : MATEMATIK 2

ANGKA GILIRAN : 2013272340056

saya dapat mengetahui betapa pentingnya pengurusan kelas dan kebaikan yang akan

diperolehi melaluinya. Cara susun meja dan mencatat kehadiran murid telah menarik

perhatian saya dan memberikan satu idea yang baharu kepada saya.

Seterusnya, saya juga dapat mengetahui betapa pentingnya hubungan baik antara

guru, murid dan ibu bapa. Hubungan yang baik dan mesra akan membawa kejayaan

kepada semua pihak di sekolah. Hal ini kerana hubungan yang baik akan membantu untuk

memahami antara satu sama lain dan dapat meningkatkan sikap berkerjasama semasa

menghadapi sebarang masalah. Ini dapat dibuktikan semasa mengenali sejarah sekolah

berserta kemajuan sekolah. Saya dapat merasai kasih sayang yang ada pada setiap warga

sekolah melalui program-program yang dilaksanakan di sekolah tersebut akan terus

meningkat. Dengan ini saya dapat mengetahui bahawa kasih sayang dan juga sikap saling

memahami antara satu sama lain, memainkan peranan yang penting dalam mengurus

sekolah serta menjayakan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, sumbangan PIBG juga

memerlukan dalam sebuah sekolah untuk mencapai kecemerlangan.

kesimpulannya, lawatan ini banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan

berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi pendedahan kepada saya untuk

melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja

sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat

kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang diajar. Saya berjanji saya akan

mengaplikasikan semua pengajaran yang saya dapat daripadanya di sekolah pada masa

hadapan.