Pengurusan Zakat - Official Portal of UKM kerja/perkem2017-muhammad shukri.pdf · pujian untuk...
Transcript of Pengurusan Zakat - Official Portal of UKM kerja/perkem2017-muhammad shukri.pdf · pujian untuk...
1
Pengurusan Zakat di Malaysia:
Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep
2
Cetakan Pertama, 2017
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
http://www.ukm.my/ekonis
e-mel:[email protected]
Dengan Kerjasama
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Unit Zakat UKM
Pejabat Unit Zakat UKM
Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM
43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
UKM Holdings Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hairunnizam Wahid
Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad
Tajuddin Abdul Rahim
1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.
Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul
ISBN 978-983-3198-98-6
3
Kandungan
Kandungan …3
Kata Pengantar …6
Sekapur Sirih…7
Prakata …8
Senarai Penulis…9
Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee
Wan Ab Rahaman...11
Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh
Syarikat
Adibah Abdul Wahab …23
Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39
Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65
Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian
Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83
Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103
Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun ... 125
Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133
4
Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155
Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171
Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,
Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …189
Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211
Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah
Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227
Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul
Halim Abu Bakar …245
Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …269
Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,
Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287
5
Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305
Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319
Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331
Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &
Hairunnizam Wahid …353
Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi
Kewangan di Malaysia
Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373
Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393
6
Kata Pengantar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam
atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang
terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku
bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.
Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan
komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian
kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.
Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak
harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan
harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan
sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka
yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan
ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak
yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat
membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda
futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai
perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan
tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat
mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut
kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi
negara yang lestari dan inklusif.
Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para
karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi
perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam
mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen
ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan
dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam
memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia
amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah
SWT.
Amin ya rabbal alamin.
HAJI HUSSIN MOHD ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Zakat Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
7
Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.
Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan
dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat
UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai
pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang
berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam
pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi
sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan
cendikiawan.
Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat
diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada
semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan
kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu
dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017
(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar
disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan
program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan
mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan
beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.
Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah
satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat
baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.
Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam
merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di
Malaysia.
Salam Hormat
MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM
Unit Zakat UKM
8
Prakata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas
dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu
alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat
serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu
keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala
dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang
bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang
diperolehi.
Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar
artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana
Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian
zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia
dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta
pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek
pengurusan zakat di Riau, Indonesia.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang
utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga
kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan
penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana
Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk
dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.
Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran
kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu
Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.
Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami
penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam
korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Sidang Penyunting
9
Senarai Penulis
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga
Zakat Selangor
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga
Zakat Selangor
Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),
Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
10
Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional
Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /189
Bab 11
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam
Johor: Kajian di Muar, Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor
Pengenalan
Sistem pembayaran secara atas talian ialah salah satu pendekatan pembayaran
elektronik ataupun lebih dikenali sebagai ‘e-Pembayaran’. Ia mempunyai
keupayaan melaksanakan proses jaringan internet tanpa menggunakan proses
manual. Pembayaran secara atas talian adalah nyata dan berkembang secara
berterusan sehingga ke hari ini sebagai medium pembayaran elektronik.
Pembayaran secara atas talian memerlukan teknik ataupun kaedah pembayaran
yang lebih efisyen. Dengan adanya sistem pembayaran atas talian dapat
memberi kebaikan kepada organisasi dan pengguna.
Peralihan kepada pembayaran secara elektronik secara tidak langsung
dapat meningkatkan kecekapan institusi kewangan terutamanya Majlis Agama
Islam Negeri dalam mentransformasikan landskap pembayaran di Malaysia
supaya menjadi suatu sistem yang berkesan dari segi kos, selamat, pantas dan
mudah digunakan. Oleh itu terdapat beberapa pendekatan yang digunakan
untuk menarik masyarakat islam dalam menggunakan aplikasi yang di
tawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Antaranya ialah, melaksanakan
struktur panduan manual untuk menggalakkan penggunaan e-pembayaran
seperti e-fidyah, menambah baik infrastruktur e-pembayaran untuk meluaskan
akses, menambah kemudahan serta memperkukuhkan ciri keselamatan dan
akhir sekali meningkatkan kesedaran mengenai manfaat penggunaan e-
pembayaran (e-fidyah).
Usaha ini adalah bagi memastikan setiap golongan yang tidak mampu
melakukan ibadat wajib seperti puasa dapat membayar denda (fidyah) dengan
cara membayar secara atas talian. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan,
MAINJ telah membangunkan sistem yang memberi perkhidmatan pembayaran
secara atas talian selain daripada e-Fidyah iaitu e-Zakat dan e-Waqaf. Dengan
190 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
adanya pelaksanaan sistem e-Fidyah menerusi atas talian dan aplikasi Fidyah
Mobile secara tidak langsung dapat memudahkan umat islam menyalurkan
bayaran denda (fidyah) berbanding sebelum ini pembayaran dibuat di kaunter.
Secara rumusanya, fidyah merupakan salah satu cara bagi menebus beberapa
amal ibadat yang tidak mampu ditunaikan oleh seseorang dengan sebab-sebab
tertentu. Para Imam Mujthahidin juga sepakat (ijmak) tentang pensyariatan
fidyah.
(Iaitu) dalam beberapa hari tertentu. Maka barang siapa di antara
kami ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka),
maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-
orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa)
membayar fidyah, (Iaitu) memberi makan seorang miskin. Barang
siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka
itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu
jika kamu mengetahui…
(Surah Al-Baqarah: 184)
Ayat tersebut menunjukan hukum-hukum mengenai rukhsah atau
“keringanan” yang diberikan kepada orang yang berpuasa dan apa yang perlu
dilakukan oleh mereka. Rukhsah ini diberikan kepada orang sakit, musafir, dan
juga orang yang tidak berupaya. Bagi orang yang tidak berupaya dikehendaki
membayar fidyah kepada orang miskin sebagaimana dinyatakan dalam ayat.
Dalam ayat lain juga Allah SWT berfirman :
“Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tidak terdaya memikulnya.”
(Surah Al-Baqarah : 286)
Dalam bahasa Arab dikatakan (اطاق الشئ) ia merujuk kepada orang yang
kekuatan serta kemampuannya telah mencapai puncak kelemahan sehingga
menderita kesukaran dan kesusahan untuk melakukannya. Al-Raghrib al-
Asfahani mengatakan bahawa (طاقة) ialah pengertian bagi sesuatu ukuran yang
orang masih mampu untuk melakukannya tetapi dengan kesusahan dan
kepayahan seumpama dengan gelang yang melingkari sesuatu justeru kalimat
ini berasal dari kata (طوق) iaitu gelang. Di sana terdapat qiraat lain seperti
riwayat daripada Ibn ‘Abbas yang membaca (يطوقونه) dengan fathah (baris atas)
tā (ط) dan tasydid (sabdu) wāw (و). Manakala Mujāhid meriwayatkan bacaan
.dan ianya adalah batil (ي baris atas pada) (يطيقونة) Al- Tabarī telah membawa
sejumlah riwayat yang banyak tentang ayat ini yang menunjukkan bahawa ia
telah dimansuhkan secara umum kecuali untuk mereka yang tua dan sakit
berpanjangan. Demikian juga dalam kitab-kitab tafsir yang lain.
Antaranya riwayat daripada Mu‘ādh bin Jabal yang menyatakan ketika
ayat ini turun mensyariatkan puasa pada bulan Ramadhan. Ia memberi pilihan
samada hendak berpuasa atau tidak. Yang tidak mahu berpuasa bolehlah
berbuka dan memberi makan kepada orang miskin (fidyah). Kemudian Allah
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /191
SWT mewajibkan berpuasa kepada orang yang sihat bermukim dan
menetapkan kelonggaran kepada orang tua yang tidak mampu berpuasa dengan
membayar fidyah dengan turunnya ayat :
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan
yang dimana dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeza (antara yang hak dan batil). Kerana itu, barang siapa di
antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu,
maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa
sakit atau alam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah
baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada
hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan
tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu
mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan
Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu
bersyukur.
(Surah Al-Baqarah: 185)
Ibn ‘Abbās pula menyatakan ayat tersebut (al-Baqarah : 184) turun
sebagai rukhsah kepada orang-orang tua dan lemah untuk berbuka lantaran
tidak mampu untuk berpuasa, kemudian dinasakhkan dengan ayat selanjutnya
(al-Baqarah : 185). Maka terhapuslah rukhsah tersebut melainkan untuk yang
lemah daripada mereka. Demikian juga riwayat daripada Ibn ‘Umar yang
menyatakan pemansuhan tersebut. Dalam ayat ini juga jelas bahawa fidyah itu
ialah (طعام مسكين) iaitu memberi makan kepada orang miskin atau mud daripada
makanan asasi sesebuah negeri pada setiap hari yang ditinggalkan puasanya
itu. Dalil daripada al-Hadis pula antaranya :
“Qutaybah telah menceritakan kepada kami, ‘Abthar bin al-Qasim
telah menceritakan kepada kami, daripada Ash’ath, daripada
Muhammad daripada Nafi’, daripada ibn ‘Umar r.a,
bahawasanya nabi SAW sabdanya; “Barangsiapa yang mati
sedangkan dia masih pasa Ramadan, hendaklah diberi makan
seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya.”
Majlis Agama Islam Negeri Johor telah ditubuhkan pada tahun 1925 di bawah
kuatkuasa Bahagian 4, Bab 15, Lembaga Aturan Bagi Pemerintahan Raja.
Fungsi awal penubuhannya adalah menguruskan hal ehwal agama, memberi
khidmat nasihat mengenai adat istiadat Raja memberi pelajaran dan pendidikan
kepada kerabat Di Raja dan menguruskan kebajkan masyarakat islam. Selain
itu antara fungsi utamanya adalah menguruskan dan mentadbir Kumpulan
Wang Zakat & Fitrah dan mengagihkan mengikut asnaf, mengurus dan
mentadbir Kumpulan Wang Zakat & Harta Baitulmal. Pengurusan baitulmal di
Negeri Johor terbahagi kepada beberapa unit iaitu unit persuratan dan fail, unit
192 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
harta pusaka dan faraid, unit wasiat dan publisiti, unit pembangunan hartanah
dan juga unit fidyah dan sumber am. Fungsi utama baitulmal adalah
mengenalpasti dan merekod harta baitulmal, mengawal dan memajukan harta-
harta baitulmal serta bertanggungjawab dalam menagihkan kepada masarif
mengikut ketentuan syara’. Sehingga kini pengurusan baitulmal terus ditadbir
oleh MAINJ mengikut perkara yang termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran
Agama Islam Negeri Johor 2003 Bahagian VI.
Jadual 1 : Trend Kutipan Hasil Fidyah di MAINJ 2012-2016
Tahun Hasil Fidyah (RM
Juta)
Jumlah
Pembayar
(orang)
2012 1.71 2,391
2013 1.79 2,650
(4.68) (10.83)
2014 1.91
(6.70)
2,942
(11.02)
2015 2.57 3,896
(34.55) (32.43)
2016 3.33
(29.57)
4,982
(27.87) Sumber : Bahagian Baitulmal MAINJ
Nota : ( ) Peratus Perubahan Tahunan Hasil Fidyah MAINJ
Jadual 1 menunjukkan prestasi kutipan fidyah di Majlis Agama Islam
Negeri Johor dari tahun 2012 hingga 2016. Berdasarkan Jadual 1 berikut,
menunjukkan pada tahun 2012, MAINJ telah mencatakan jumlah kutipan
sebanyak RM1.71 juta. Kutipan fidyah yang diterima ini seterusnya meningkat
pada tahun 2013 kepada RM1.79 juta. Peningkatan sebanyak 1.14 peratus ini
sesuai dengan peningkatan jumlah pembayar iaitu seramai 2,391 orang pada
tahun 2012 dan meningkat sebanyak 10.83 peratus pada tahun 2013 seramai
2,650 orang. Kutipan pada tahun berikutnya terus mancatatkan peningkatan
kepada RM2.57 juta, iaitu sebanyak 34.07 peratus jumlah peningkatan pada
tahun 2015. Peningkatan drastik yang dicatatkan dari tahun 2012 hingga tahun
2016 menunjukkan kemudahan pusat pembayaran fidyah ini sesungguhnya
telah memudahkan pembayar fidyah untuk menunaikan kewajipan mereka. Hal
ini dapat dibuktikan dengan peningkatan yang diterima pada tahun 2016 iaitu
sebanyak RM3.33 juta. Pada bulan Januari 2017, MAINJ telah
memperkenalkan aplikasi e-fidyah untuk memudahkan pembayaran fidyah
secara atas talian. Kaedah ini dijangkakan akan meningkatkan lagi pembayaran
fidyah kepada institusi. Namun begitu persoalannya ialah sejauhmanakah
aplikasi e-fidyah telah mula diterima secara meluas oleh masyarakat Islam
khususnya di negeri Johor. Justeru, kajian ini bertujuan untuk (1) Mengenal
pasti golongan sasaran yang menggunakan perkhidmatan e-fidyah. (2)
Mengenal pasti tahap kesediaan perkhidmatan e-fidyah dalam kalangan
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /193
masyarakat Islam, (3) Mengkaji faktor-faktor yang menghalang penggunaan e-
fidyah dalam kalangan masyarakat Islam di Johor.
Kajian Lepas
Menurut Rumaizi Ahmad (2010) , fidyah berasal daripada kosa kata Arab dari
kata akar yang terdiri daripada tiga huruf iaitu fā, dāl dan huruf mu‘tal (فدى )
yang menerbitkan kata ( مفاداة ,فداء , يفدى , فدى ) . Ia bermaksud menebus.
Kalimah ini terpakai pada beberapa ayat al-Quran dalam pelbagai bentuk kata
sesuai dengan tujuan maksudnya iaitu : ( وفدينه ) ( تفدوهم ) ,
( افتدى ) ,
( افتدت ) ,
, (
( الفتدوا ( ليفتدوا ) ,
( يفتدى ) ,
( فداء ) ,
dan (فدية )
Berdasarkan kepada perkataan-perkataan yang digunakan dalam al-
Quran tersebut, ia merujuk kepada penebusan dalam perkara ibadah (puasa dan
haji) seperti dalam surah al-Baqarah ayat 184 dan 196 selain daripada perkara
munakahat (khul’) seperti dalam surah al-Baqarah ayat 229. Selain itu juga
digunakan dalam beberapa ayat yang menerangkan tentang penebusan pada
hari akhirat seperti dalam surah al-Imran ayat 91 dan lain-lain.
Al-Jurjānī menyatukan kalimah ( الفدية ) dan (الفداء ) dalam
mentakrifkannya yang bermaksud "sesuatu ganti yang membersihkan
dengannya seseorang mukallaf daripada perkara-perkara yang tidak disukai
yang ditanggungjawabkan kepadanya ".
Kata (فدية ) jamaknya (فديات ) yang bermaksud penebusan digunakan
untuk menebus dirinya, baik merupakan harta atau lainya yang dilakukan
kerana terjadinya kekurangan dalam salah satu amal ibadahnya. Walaupun
dalam beberapa hal ia sama dengan kafarah al-Hulaymi membezakan fidyah
dengan kafarah justeru kafarah tidak diwajibkan melainkan pada dosa yang
telah dilakukan sedangkan fidyah merupakan bayaran denda untuk sesuatu
amal ibadat yang tertinggal atau dilaksanakan secara tersalah. Dalam bab puasa
ia merupakan tebusan dengan memberi makan kepada orang-orang fakir
dengan satu kadar ukuran tertentu makanan asasi untuk setiap hari puasa
ditinggalkan, manakala dalam bab haji fidyah ialah dam.
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) ataupun
dikenali sebagai ‘Internet of Things (IoT)’ Objek Rangkaian Internet.
Perkembangan teknologi maklumat telah memasuki fasa ke tiga dimana ia
digunakan secara meluas di dalam semua sektor di Malaysia bagi
meningkatkan penyampaian perkhidmatan elektronik. Objek rangkaian internet
(IoT) merujuk kepada segala peranti elektronik (ataupun dikenali objek) yang
berkomunikasi sesama sendiri melalui internet. Secara tidak langsung, objek
rangkaian internet ini merujuk kepada perubahan teknologi daripada telefon
pintar kepada persekitaran pintar seperti jam pintar dan lain-lain lagi.
Walaubagaimanapun menurut Staples, Pugach & Himes (2005) wujudnya
infrastruktur lengkap tidak menjamin penggunaan sebenar teknologi dalam
rutin harian. Pelaksanaan sistem maklumat menggunakan rangkaian internet
berhadapan dengan dua kemungkinan, kejayaan atau kegagalan. Kehadiran
internet telah membuka peluang besar kepada umat islam masa kini untuk turut
194 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
menikmati manfaat internet sebagai gedung maklumat, platform interaksi dan
komunikasi, serta perniagaan (Hanudin, 2008). Internet turut menjadi medium
penting dalam konteks mengingati kembali tatacara pelaksanaan ibadah khusus
dan penyebaran ilmu (dakwah) bersesuaian dengan era globalisasi (Zulkiple,
2010).
Majlis Agama Islam Negeri telah memperuntukkan sejumlah dana yang
besar dalam memastikan terdapat prasarana lengkap dalam organisasi dan
pentadbiran mula berkembang bagi menempuh cabaran-cabaran baru dalam era
globalisasi selaras dengan pandangan dan pendapat fatwa semasa. Dengan
momentum penyebaran maklumat melalui medium elektronik yang pantas ini,
adalah dijangkakan di setiap negeri di Malaysia dapat memperbaiki hasil
pungutan fidyah dari tahun ke tahun. Majlis Agama Islam Negeri Johor
(MAINJ) contohnya telah mempelbagaikan kaedah pembayaran elektronik
fidyah dengan tujuan menjimatkan waktu dan mempermudahkan cara bayaran
fidyah bagi umat islam di negeri Johor. Menurut Louho, Kallioja & Oittimen
(2006), penerimaan teknologi adalah berkaitan dengan bagaimana seseorang
menerima dan menggunakan teknologi tersebut. Kebanyakkan kajian
penerimaan teknologi adalah untuk menyiasat bagaimana untuk menggalakkan
penggunaan dan menjelaskan apa yang menghalang penerimaan dan
penggunaan teknologi (Kripanont 2007).
Pembayaran secara atas talian dapat didefinisikan salah satu pendekatan
pembayaran elektronik atau lebih dikenali sebagai e-payment. Pembayaran atas
talian ini mempunyai keupayaan untuk melaksanakan proses melalu jaringan
internet tanpa menggunakan proses manual iaitu melalui kaunter pembayaran.
Ia adalah cara yang sangat mudah dan pantas untuk menerima pembayaran
secara terus di atas talian. Malah ia adalah nyata dan berkembang secara
berterusan sebagai salah satu medium pembayaran elektronik. Masyarakat
ataupun pengguna hari ini kebiasaannya melayari internet bukan setakat untuk
membuat penempahan tiket, beli makanan, beli pakaian, tetapi mereka juga
menggunakannya untuk pelbagai perkhidmatan lain contohnya khidmat
perundingan dan pengurusan perniagaan. Penerimaan pembayaran secara atas
talian adalah sangat penting kepada urusan dan perkhidmatan moden seharian
kita hari ini. Terdapat beberapa faedah pembayaran secara atas talian
khususnya kepada pihak pengurusan dan perkhidmatan perniagaan seperti
menggalakkan pengaliran wang, mengurangkan kos, meningkatkan
perkhidmatan pelanggan dan memperbaiki kelebihan dalam persaingan. Dalam
kajian oleh Saadah Abdul Raub (2008), perlaksanaan pembayaran secara atas
talian bagi satu laman web memerlukan dua peraturan penting iaitu Akaun
Saudagar Internet (Internet Merchant Account) dan Pembekal Perkhidmatan
Pembayaran (Payment Sevice Provider).
Berdasarkan beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa
faktor utama yang menghalang penggunaan pembayaran secara atas talian
antaranya ialah pertamanya Isu keselamatan dan kepercayaan sistem. Terdapat
dua masalah keselamatan yang utama iaitu aktiviti pencerobohan dan serangan
virus. Keadaan ini terjadi kerana sifat semula jadi internet yang kurang
pentadbiran pusat (Hizamnuddin, 2001). Selain itu, trust merupakan komponen
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /195
yang penting dalam hubungan sosial dan perniagaan yang menentukan sifat
dan tanggapan sesuatu pihak (Fukuyama, 1995, Hosmer, 1995); Lewis &
Weigert, 1985; Luhman, 1979). Dengan kewujudan trust membolehkan
beberapa pihak membina suatu tanggapan terhadap pihak lain yang
melaksanakan perniagaan (Fukuyama, 1995; Luhman, 1979, Williamson,
1985). E-Fidyah melibatkan transaksi pembayaran menerusi rangkaian
telekomunikasi iaitu internet. Penerimaan masyarakat di Muar masih di tahap
yang rendah berkemungkinan disebabkan oleh faktor ketidakpercayaan
masyarakat untuk berurusan melalui kaedah ini. Apabila pengguna
memasukkan maklumat peribadi, kebarangkalian besar terdedah kepada
penggunaan yang tidak beretika dan penyebaran maklumat oleh pihak yang
tidak sempurna. Faktor kedua ialah Kurang kesedaran tentang kewujudan dan
kelebihan E-Fidyah. Penerimaan atau penolakan sesuatu inovasi bermula
apabila ‘pelanggan tahu’ tentang produk tersebut (Rogers dan Shoemaker,
1971). Peranan MAINJ adalah menggunakan saluran-saluran penyebaran
maklumat yang berkesan kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri Johor
tentang kemudahan dan kelebihan sistem pembayaran fidyah secara atas talian.
Antara saluran penyebaran maklumat yang berkesan adalah melalui masjid-
masjid atapun menghantar seorang wakil dari MAINJ untuk memberi
penerangan kepada orang kampung berkenaan e-fidyah ini.
Terdapat sebilangan masyarakat berkemungkinan merasa fobia ataupun
kurang mahir kepada teknologi kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan
dan pengalaman menggunakan komputer. Golongan ini lebih cenderung
dengan mempercayai manusia lebih daripada komputer dan mesin. Faktor
umur juga punca kepada fobia teknologi yang menyebabkan mereka kurang
menerima pakai e-fidyah. Fobia teknologi baru ada kaitan dengan mengapa
pelanggan lambat untuk menukar saluran perkhidmatan yang biasa digunakan
(Guru et al., 2001, Daniel, 1999). Sebahagian besar masyarakat lebih selesa
dengan pembayaran fidyah melalui kaunter di Majlis Agama Islam Daerah, hal
ini kerana sebahagian responden terdiri daripada warga emas yang kurang
mahir menggunakan teknologi. Juga terdapat faktor lain seperti kewujudan
saluran alternatif dimana Sebelum adanya pembayaran secara atas talian dan
aplikasi mobile, masyarakat sebelum ini hanya tahu menggunakan kaedah
pembayaran di kaunter-kaunter Majlis Agama Islam Daerah ataupun terus
memberi kepada fakir miskin. Hal ini kerana kaedah memberi terus kepada
fakir miskin dan kaunter adalah lebih mudah. Akhirnya menurut Cooper
(1997), pengendalian yang mudah merupakan salah satu aspek penting untuk
penerimaan sesuatu perkhidmatan baru dari perspektif pelanggan.
Perkhidmatan yang rumit akan menyebabkan pengguna tidak menggulangi
menggunakan bayaran atas talian. Panduan manual yang di sediakan oleh
MAINJ sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat dalam mendaftar dan
seterusnya mengakses e-fidyah dengan lebih efisyen. Selain itu, MAINJ juga
boleh menyediakan panduan manual secara bercetak bagi membantu
masyarakat yang kurang mahir teknologi untuk memahami kaedah e-fidyah
dan aplikasi mobile khususnya untuk masyarakat luar bandar.
196 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Metodologi
Kajian menggunakan sepenuhnya teori daripada Technology Acceptance Model
(TAM) yang merupakan salah satu model yang di bangunkan untuk
menganalisis dan memahami faktor-faktor dalam penerimaan penggunaan
teknologi. Ianya mula diperkenalkan pertama kali oleh Fred Davis pada tahun
1986. TAM merupakan hasil pengembangan daripada Theory of Reasoned
Action (TRA), yang sebelum ini di kembangkan oleh Fishbein dan Ajzen pada
1980. Oleh kerana itu, kajian ini menggunakan kaedah TAM dalam aplikasi
penyelidikan yang berasaskan teknologi kerana ianya masih merupakan kaedah
yang terbaik bagi menilai pembayaran fidyah secara atas talian yang
merupakan daripada inovasi dalam teknologi (Alain et al,2010 dan Lin et al,
2005). TAM bertujuan menjelaskan dan membuktikan penerimaan
(acceptance) pengguna terhadap suatu sistem teknologi. TAM menyediakan
suatu asas teori untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
penerimaan terhadap teknologi baru oleh pengguna mahupun organisasi. TAM
juga menjelaskan hubungan sebab akibat antara keyakinan (manfaat sesuatu
sistem maklumat dari kemudahan penggunaannya), gelagat, tujuan atau
keperluan, dan penggunaan dalam sistem teknologi. Model ini menggunakan
secara asasnya manfaat penerimaan sebagai pembolehubah bersandar, serta
faedah manfaat (perceived usefulness) dan faedah penggunaan (ease of use)
sebagai pembolehubah tidak bersandar, kedua pembolehubah ini di anggap
dapat menjelaskan perilaku pengguna.
Selain itu, Davis dalam kajiannya mendapati konstruk tahu kegunaan
mempunyai korelasi yang lebih signifikan berbanding konstruk tahu mudah
guna. Selanjutnya, konstruk tahu mudah guna dicadangkan sebagai faktor
mempengaruhi konstruk tahu kegunaan secara tidak langsung (Ma & Liu
2004). Selanjutnya penggunaan model TAM begitu meluas digunakan dalam
bidang penggunaan teknologi computer dan teknologi maklumat. Misalnya,
Davis (1993) menggunakan model TAM yang dibangunkannya itu untuk
memperjelaskan mengapa pengguna menerima dan menolak teknologi
maklumat dan bagaimana penerimaan pengguna terhadap sesuatu rekabentuk
sistem. Kajian tersebut dijalankan ke atas 112 responden yang terdiri daripada
kakitangan professional dan pengurusan Amerika Syarikat Utara. Davis
menggunakan kaedah analisis regrasi berganda untuk menguji kontruk dalam
model TAM berkenaan. Dapatan kajian mendapati konstruk tahu kegunaan
dalam model TAM berkenaan perkaitan yang signifikan dengan sikap dan
penggunaan sistem sebenar.
Penambahan dalam setiap pembolehubah dalam memperkembangkan
model TAM ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas bagi memperkukuhkan
lagi dapatan kelak. Kuo, Ming, dan Maria (2010) menggunakan aplikasi TAM
dalam kajian mereka untuk melihat peralihan pasaran fizikal kepada pasaran
dalam talian di Taiwan. Kita sedia maklum bahawa Taiwan merupakan salah
sebuah negara yang mempunyai tahap teknologi yang tinggi di mana sebuah
syarikat computer terbesar berpusat di negara tersebut iaitu ACER dan
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /197
beberapa firma teknologi turut mempunyai cawangan. Ini membolehkan
perkembangan teknologi yang bergitu pesat di sebuah negara.
Kajian yang dibuat oleh Norzalina, Nur Naddia, Aza Shahnaz dan Teh
Suhaila (2015) menggunakan model TAM untuk mengkaji tahap kecekapan
pengurusan permohonan ataupun agihan bantuan dari institusi zakat yang
diberikan sampai kepada kumpulan sasaran. Oleh itu, aplikasi permohonan
secara atas talian (on-line) atau dikenali sebagai E-Dermasiswa telah
diperkenalkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) pada
tahun 2009. Inovasi ICT ini dilihat sebagai satu kaedah pengurusan Majlis
Agama Islam yang lebih efisen untuk meningkatkan penggunaan terhadap
sistem ini.
Kajian peringkat awal melibatkan temubual berkenaan aplikasi e-fidyah
serta perlaksanaannya dengan Ustaz Mohd Nor Iqbal Bin Mazilan yang
merupakan Penolong Pegawai Baitulmal di pejabat Majlis Agama Islam Negeri
Johor (MAINJ). Untuk mengukuhkan kajian, kaedah soal selidik akan
dilaksanakan bagi mengenalpasti penerimaan masyarakat terhadap aplikasi ini
serta mengenalpasti masalah dan cabaran dalam melaksanakan pungutan
bayaran fidyah di negeri Johor. Sampel kajian ini adalah di daerah Muar yang
merupakan salah satu daripada 11 daerah di Johor. Kajian ini menggunakan
teknik pensampelan secara rawak terhadap 100 orang penduduk di Kg Ayer
Hitam, Batu 15 melibatkan seramai 60 orang peserta Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) dan selebihnya terdiri daripada jawatankuasa masjid dan penduduk
kampung pada bulan Mac 2017.
Spesifikasi Model & Kaedah Analisis Data: Kajian ini akan menggunakan
ujian regresi logistik untuk menguji apakah faktor penentu kebarangkalian
yang mempengaruhi masyarakat terhadap e-pembayaran. Model dibentuk
dengan pemboleh ubah bersandar berbentuk binari iaitu sama ada responden
meminati pembayaran secara atas talian atau sebaliknya mempraktik
pembayaran secara atas talian. Model yang dianggarkan secara umumnya
adalah seperti berikut:
Pi = E (Y=1 | X) = 1 / (1+e-Z
) (1)
Yang mana Pi adalah kebarangkalian responden yang meminati e-pembayaran
atas talian, Y=1 untuk responden yang minati pembayaran atas talian atau
praktik pembayaran atas talian; dan Y=0 bagi responden yang tidak berminat.
Berdasarkan persamaan (1), kajian ini akan menguji beberapa pemboleh ubah
yang dijangka mempengaruhi Pi seperti berikut:
Zi = β0 + β1X1 + β2X2 + β3X3 + … + βiXi (2)
dimana Zi adalah satu fungsi f(X) dengan X adalah pemboleh ubah bebas yang
dijangka mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu kemudahan
infrastruktur, persepsi manfaat, persepsi kemudahan penggunaan, kepercayaan
198 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
dalam penggunaan e-pembayaran dan keperihatinan penggunaan bagi
penerimaan.
Hasil Kajian
Profil responden: Penganalisisan data untuk menilai pembayaran e-fidyah bagi
menggantikan sistem konvensional yang melibatkan pembayaran di kaunter.
Daripada kajian yang dilakukan menunjukkan taburan jantina adalah kurang
seimbang antara responden lelaki dan perempuan iaitu lelaki 21.0 peratus dan
wanita 79.0 peratus. Kebanyakkan responden adalah berumur antara (20-35)
iaitu paling tinggi dengan 59.0 peratus, responden berumur 50 tahun ke atas
adalah sebanyak 22.0 peratus dan umur antara (36-49) dengan 19.0 peratus.
Hasil daripada soal selidik mendapati mereka terdiri daripada latar belakang
pendidikan yang berbeza iaitu tamat sekolah rendah 3.0 peratus, sekolah
menengah (SRP/PMR) 9.0 peratus, SPM/sijil kemahiran 18 peratus,
STPM/diploma adalah 20 peratus dan ijazah ke atas dengan 49.0 peratus.
Dapatan kajian juga memaparkan peratusan pendapatan bulanan keluarga
kurang daripada RM1000 49.0 peratus, RM1001-RM2000 20.0 peratus,
RM2001-RM3000 14.0 peratus dan RM3001 dan ke atas dengan 17.0 peratus.
(Lihat Jadual 2)
Jadual 2: Demografi Responden Demografi Kekerapan Peratusan
Jantina
Lelaki 21 21.0
Perempuan 79 79.0
Umur
20 – 35 tahun 59 59.0
36 – 49 tahun
50 tahun ke atas
19
22
19.0
22.0
Status perkahwinan
Bujang 36 36.0
Berkahwin
Janda / Ibu tunggal
59
5
59.0
5.0
Taraf pendidikan
Tamat sekolah
Sekolah Menengah (SRP/PMR)
SPM/Sijil Kemahiran
STPM/Diploma
Ijazah dan ke atas
Tahap kesihatan
Sihat
Kurang sihat
(penyakit kurang bahaya)
Pendapatan keluarga
<RM1000
RM1001-RM2000
RM2001-RM3000
RM3001 dan ke atas
3
9
18
20
49
90
10
49
20
14
17
3.0
9.0
18.0
20.0
49.0
90.0
10.0
49.0
20.0
14.0
17.0
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /199
Ujian realitibiliti dan analisis: Manakala dalam Jadual 3 memaparkan analisis
faktor lima faktor model kajian iaitu kemudahan infrastruktur, persepsi
manfaat (PM), persepsi kemudahan penggunaan (PKP), kepercayaan dalam
penggunaan E-pembayaran (EP), keperihatinan penggunaan bagi penerimaan
(KPP). Nunnaly (1978) menerangkan nilai Cronbach alpha bagi semua faktor
dari 0.55 sehingga 0.91 yang mana adalah diterima dalam kajian. Oleh itu,
dalam kajian ini mendapati nilai Cronbach alpha 0.796 – 0.936 adalah diterima
dalam kajian yang mana ianya adalah relevan dengan menghampiri satu (1).
Jadual 3 : Faktor Analisis dan Realibiliti Analisis
Faktor Indikator Loading Realitibility
Kemudahan Infrastruktur Q1
Q2
0.882
0.897
α = 0.796
Persepsi Manfaat Q3
Q4
Q5
0.914
0.922
0.896
α = 0.898
Persepsi kemudahan Penggunaan Q6
Q7
Q8
Q9
0.871
0.895
0.925
0.856
α = 0.909
Kepercayaan Dalam Penggunaan
E-Pembayaran
Keperihatinan Penggunaan Bagi
Penerimaan
Q10
Q11
Q12
Q13
Q14
Q15
Q16
Q17
0.906
0.913
0.923
0.921
0.684
0.862
0.901
0.877
α = 0.936
α = 0.831
Ujian Klasifikasi regresi logisitk: Dalam Jadual 4 menunjukkan faktor penentu
masyarakat dalam menggunakan aplikasi pembayaran secara atas talian dan
juga aplikasi mobile. Peratusan sebanyak 32 peratus menjawab berminat
dengan aplikasi pembayaran atas talian iaitu seramai 32 responden. Manakala
sebanyak 68.0 peratus iaitu keseimbangan responden seramai 68 orang tidak
berminat dengan aplikasi ini. Angka ini menunjukkan kesimbangan masyarakat
dalam tidak mempraktik pembayaran secara atas talian sebanyak 67 peratus.
Hal ini dapat dibuktikan bahawa berkemungkinan sesetengah kawasan di luar
bandar khususnya di Muar, Johor tiada kemudahan khidmat internet jalur lebar.
Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada
tahun 2016, langkah-langkah dalam mengatasi masalah liputan jalur lebar
sedang diusahakan. Hal ini selaras dengan usaha dalam meningkatkan kelajuan
dan liputan broadband malah perancangan Kementerian untuk membenarkan
“High Speed Broadband (HSBB) Infrastructure Provider” kepada syarikat lain
berbanding syarikat sedia ada yang mendatangkan kadar kos jalur lebar di
Malaysia buat masa ini agak tinggi. Seterusnya kajian ingin mengkaji apakah
200 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
faktor penentu yang dijangka mempengaruhi masyarakat di Muar, Johor
berminat dalam menggunakan aplikasi E-fidyah dalam melaksanakan konsep
ini melalui analisis regresi. Model II menunjukkan tahap peratusan betul
keseluruhan tertinggi iaitu sebanyak 81 peratus berbanding dengan model I
(73.0%). Dapatan klasifikasi model menunjukkan bahawa kesahan jawapan
responden boleh di lihat di Jadual 5.
Jadual 4 : Faktor Penentu Masyarakat terhadap E-Pembayaran
Kekerapan Peratusan (%)
Berminat Pembayaran Atas Talian
Tidak Minat
Minat
Praktik Pembayaran Atas Talian
Tidak Praktik
Praktik
Lain – lain
Minat – Praktik
68
32
67
33
81
19
68.0
32.0
67.0
33.0
81.0
19.0
Ujian hipotesis: Jadual 6 menunjukkan dapatan regresi logistik berdasarkan
model di Rajah 1 dan Rajah 3. Jika dilihat pada dapatan tersebut, terdapat lima
pembolehubah yang di bentuk dalam kajian ini akan di jawab melalui analisis
regresi di Jadual 6. Berdasarkan Model I dan Model II, pembolehubah persepsi
kemudahan penggunaan (Kemudahan) berhubung secara positif dengan
persepsi masyarakat terhadap pembayaran fidyah secara atas talian. Dalam
menjawab pemboleh ubah yang di bentuk kedua-dua model, Infrastruktur (β =
Model I 0.292, Model II 0.425, p>0.005), Manfaat (β = Model I -0.521, Model
II -0.221, p>0.005), Kemudahan (β = Model I 2.099, Model II 1.728, p<0.005),
Kepercayaan (β = Model 1 -0.045, Model II -0.558, p>0.005), Keperihatinan (β
= Model I -0.214, Model II -0.049, p>0.005). Didapati hubungan yang
signifikan dan positif dengan penerimaan masa hadapan untuk menggunakan
aplikasi E-fidyah hanya hipotesis H3 adalah di sokong dalam kajian ini
Berdasarkan Jadual 6, dua model telah di bentuk dan di analisis
menggunakan analisis regresi logistik. Jika dilihat kepada model I, hanya satu
pembolehubah yang signifikan, iaitu kemudahan dan pembolehubah tersebut
berhubungan secara positif dan signifikan pada aras keertian 5 peratus. Namun
begitu, ujian Hosmer dan Lemeshow menunjukkan model ini adalah tidak
signifikan dan nilai R2
pula menunjukkan variasi kesemua pembolehubah
kepada model amatlah kecil iaitu dalam lingkungan sekitar 19.6 peratus hingga
27.4 peratus. Model II juga menunjukkan hanya satu pembolehubah yang
signifikan iaitu kemudahan. Ujian Hosmer dan Lemeshow menunjukkan model
ini pada aras keertian 5 peratus dan nilai R2
adalah dalam lingkungan 11.4
peratus hingga 18.3 peratus. Model II menunjukkan variasi yang sama dengan
model I iaitu amatlah kecil bagi menerangkan pembolehubah bersandar dalam
kajian ini.
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /201
Jadual 5: Klasifikasi Regresi Logistik Diramalkan
Pemerhatian 1
Pemerhatian 2
Tidak Minat
Minat
Lain – Lain
Minat – Praktik
Tidak Minat Minat
61 7
20 12
Lain – lain Minat-Praktik
80 1
18 1
Nota : Nilai batasan adalah 0.500; Peratusan Betul : Tidak minat = 89.7%, minat = 37.5%, keseluruhan 73.0% Peratusan Betul : Lain-lain = 98.8%, minat-praktik = 5.3%, keseluruhan 81.0%
202 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Jadual 6 : Hasil Regresi
Model I (Minat) Model II (Minat-Praktik)
Pembolehubah Nilai Koefisien (B) Exp (B) Statistik Wald Nilai Koefisien (B) Exp (B) Statistik
Wald
Konstan -0.754 0.471 12.36 -1.450 0.235 32.37
(2.161) (2.407)
Infrastruktur 0.292 1.339 1.192 0.425 1.530 1.464
(0.267) (0.352)
Manfaat -0.521 0.594 0.785 -0.221 0.801 0.120
(0.587) (0.640)
Aplikasi 2.099* 8.162 9.891 1.728* 5.629 5.934
(0.668) (0.709)
Kepercayaan -0.045 0.956 0.006 -0.558 0.572 0.748
(0.606) (0.645)
Keperihatinan -0.214 0.808 0.113 -0.049 0.952 0.005
(0.636) (0.722)
Hosmer dan Lemeshow (X2) 10.222 12.002
Cox dan Snell R2 0.196 0.114
Nagelkerke R2 0.274 0.183
Nota: ( ) ralat piawai Model I: regresi binari logistik. Pembolehubah bersandar : Minat menggunakan E-fidyah
Model II : regresi binari logistik. Pembolehubah bersandar : Minat-praktik E-fidyah
*Signifikan pada aras keertian 5%
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /203
Perbincangan dan Implikasi Dasar
Berdasarkan hasil daripada analisis yang telah dibuat, kajian mendapati
aplikasi pembayaran fidyah secara atas talian ini masih kurang di terima oleh
masyarakat. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan menunjukkan 32
peratus responden menunjukkan minat dengan kaedah pembayaran fidyah ini.
Namun hasil dari temubual yang telah dibuat bersama Penolong Pegawai
Baitulmal iaitu Ustaz Mohd Nor Iqbal Bin Mazlan dari MAINJ, jumlah kutipan
dan bayaran fidyah menerusi atas talian dan aplikasi mobile sejak bulan Januari
hingga April menunjukkan peningkatan yang positif. Jika melihat data yang
diperolehi daripada sumber dalaman, jumlah bayaran denda yang dikutip
sehingga ke hari ini mencatatkan anggaran sebanyak RM 26,572 iaitu seramai
83 orang untuk aplikasi pembayaran secara atas talian, manakala sebanyak RM
620 iaitu seramai 10 orang untuk jumlah bayaran denda yang diterima
menerusi aplikasi mobile. Berbanding dengan jumlah kutipan sebelum ini iaitu
pembayaran fidyah melalui kaunter yang mencatakan anggaran berjumlah
RM3.33 juta pada tahun 2016.
Kajian ini berpendapat pembayaran fidyah secara atas talian ini masih
baru diperkenalkan dan masih ramai lagi masyarakat yang tidak memahami
aplikasi ini serta cara perlaksanaannya di laman sesawang e-fidyah. Selain itu,
beliau juga menjelaskan terdapat banyak faktor selain dari fobia teknologi baru
antaranya ialah kurangnya kesedaran masyarakat tentang kewujudan dan
kelebihan pembayaran atas talian kerana lebih selesa menggunakan kaedah
pembayaran di kaunter-kaunter. Masyarakat islam seharusnya sedar, sudahnya
tiba masanya kita harus berubah kerana kini telah terdapat alternatif lain yang
sangat mudah dalam membayar fidyah.
Selain itu, jika dilihat dari medium yang diperolehi oleh responden
menunjukkan MAINJ memainkan peranan bagi mempromosikan E-fidyah
pada semua masyarakat islam khususnya di Negeri Johor berkenaan aplikasi
pembayaran atas talian dan juga aplikasi mobile. Permasalahan timbul apabila
ramai dalam kalangan masyarakat islam tidak memahami pembayaran e-fidyah
serta cara perlaksanaannya, selain kurangnya ilmu berkenaan kemahiran
teknologi khususnya kepada warga emas di luar bandar. Walau bagaimanapun,
antara cadangan yang disarankan adalah perlu satu usaha dilakukan oleh semua
Majlis Agama Islam Daerah ialah memastikan pegawai bagi setiap daerah
untuk pergi setiap kawasan luar bandar dengan mengadakan sekurang-
kurangnya sebulan sekali membuat briefing dihadapan masyarakat kampung
dan sama-sama mempromosikan pembayaran e-fidyah secara berterusan.
MAINJ juga boleh membuat beberapa promosi dengan mengedarkan panduan
manual bercetak di masjid-masjid ataupun di kompleks Penghulu untuk
memudahkan masyarakat setempat. Faktor kurangnya promosi merupakan
salah satu punca e-fidyah kurang dikenali oleh orang ramai.
Rajah 2 menunjukkan illustrasi perlaksanaan e-fidyah oleh MAINJ
dalam memastikan aplikasi atas talian ini lebih efisyen. Kerangka aliran data
ini boleh dirujuk melalui panduan manual yang di sediakan oleh MAINJ untuk
204 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
mengetahui dengan lebih terperinci proses untuk mengakses ke portal aplikasi
atas talian dan juga aplikasi mobile.
Kesimpulan
Kajian ini merumuskan bahawa keperluan masyarakat masa kini terhadap
sistem pembayaran secara atas talian sangat tinggi. Ini telah dibuktikan oleh
sokongan dan keperluan masyarakat terhadap perkhidmatan atas talian dan
aplikasi mobile yang diperkenalkan oleh MAINJ semakin mendapat sambutan
hasil data dalaman yang diberikan oleh staf MAINJ. Walaupun begitu,
pengetahuan masyarakat dan pemahaman tentang e-Fidyah dalam kalangan
masyarakat masih ditahap yang sederhana terutamanya masyarakat di luar
bandar. Mungkin kerana sistem e-fidyah merupakan perkhidmatan baru yang
diperkenalkan oleh MAINJ. Selain itu, jika melihat kepada kedua-dua aplikasi
pembayaran secara atas talian e-fidyah dan aplikasi mobile dari sudut
memenuhi keperluan pengguna dalam jangka masa panjang berkemungkinaan
dapat menyumbang peratusan minat yang tinggi terhadap perkhidmatan yang
disediakan oleh MAINJ. Hal ini kerana, bersesuaian dengan era globalisasi
semua sistem yang menggunakan jaringan internet menjadikan teknik
pembayaran yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor sangat
efisyen dan mudah diakses oleh masyarakat hari ini. Ia juga berkemungkinan
disebabkan oleh mereka yang mempunyai kemahiran teknologi lebih terdedah
dalam pembayaran secara atas talian seterusnya dapat membantu kedua
ibubapa mereka dalam membuat pembayaran fidyah secara atas talian. Namun
hakikatnya, perkhidmatan aplikasi pembayaran fidyah secara atas talian dan
aplikasi mobile adalah diharapkan mampu untuk meningkatkan kepercayaan
masyarakat seterusnya mampu mendorong mewujudkan perkhidmatan maya
bagi menggantikan perkhidmatan fizikal yang sedia ada kini. Secara
keseluruhan daripada kajian yang dijalankan, responden menerima aplikasi
baru di dalam pembayaran fidyah dalam bentuk kemudahan, kepercayaan dan
kesan masa hadapan namun kajian telah membuktikan bahawa manfaat
daripada penggunaan aplikasi pembayaran baru adalah kurang akibat
keyakinan masyarakat untuk beralih terutama daripada segi jaminan
keselamatan.
Rujukan
Al-Quran Al Karim
Abd.Ghani bin Yahya (1959), Suluh Maṭ la‘ al-Badrayn. Singapura : Al-Ahmadiah
Press.
Alain Yee Loong Chong, Keng Boon Ooi, Binshan Lin dan Boon In Tan.(2010). Online
Banking Adoption : An Empirical Analysis. International Journal of Bank
Marketing. Vol. 28 No.4 (2010).
Al-Jurjānī, Abī al-Hasan ‘Alī bin Muhammad bin ‘Alī al-Husaynī (2003), Al-Ta‘rifāt.
Beirut : Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyāh. Al-Marbawī, Muhammad Idrīs ‘Abd al-Ra`ūf (1350 H), Qāmūs Idrīs Al-Marbawī
‘Arabī – Malāyūwī. Mesir : Mustafa al-Bābi al-Halabī, j.1
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /205
Al-Ṣābūni, Muhammad ‘Ali (1980), Rawa’I al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam min al-
Quran.c.3.,2 j Damsyik : Maktabah al-Ghazali.
Cooper, R.G.(1997). Examining Some Myths About New Product Winner, Oxford : The
Human Side of Managing Technological Innovation.
Daniel, E.(1999). Provision of Electronic Banking In The UK and The Republic Ireland.
International Journal of Bnaking Marketing,. Vol. 17 : 72-82.
Davis, F.D.(1993). User Acceptance of Information Technology : System
Characteristics, User Perceptions and Behavioral Impacts. International
Journal of Man-Machine Studies.8 : 475-487.
Davis, F.D.(1989). Perceived Usefulness, Percieved Ease of Use , and Use Acceptance
of Information Technology.MIS Quarterly, 13(3),pp. 318-340.
Franky Anak Naul.(2011). Penerimaan Teknologi : Pengaruh Persepsi Kebergunaan
Dan Persepsi Kemudahan Ke Atas Niat Bertingkah Laku Terhadap E-Dagang
Di Kalangan Pengurusan Atasan Di Sabah. Universiti Utara Malaysia.
Fukuyama F.(1995). Trust : The Social Virtues and the Creation of Prosperity, London :
Hamisah Hamilton.
Guru, B.K, Vaithilingam, S., Norhazlin Ismail dan Prosad. R.(2000). Electronic
Banking in Malaysia : A Note on Evolution of Services and Consumer
Reactions. Journal of Internet Banking and Commerce. Vol. 5 (1).
Hanudin, A.(2008). E-Business From Islamic Perspectives : Prospects and Challenges.
Journal of Internet Banking and Commerce, 13 (3).
Hizamuddin Awang.(2011). Polisi Keselamatan Bagi Melindungi Maklumt Dalam
Internet, Dalam Malaysia’s Primier Internet Magazine :
http://www.magazine.jaring.my/2001/August/Index2.html?Content=saty10.html
[2004, Jan. 22]
Hj.Othman b. Hj.Khalid et.al (2006), Qamus Besar Arab-Melayu Dewan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn al-Husayn Ahmad bin Faris bin Zakariyya (1971), Mu‘jam Maqāyis al-Lughah.
Mesir : Mustafa al-Bābi al-Halabī.
Kripanont, N.(2007). Examining a Technology Acceptance Model of Internet Usage by
Academics Within Thai Business Schools. Thesis PhD Victoria University,
Melbourne, Australia.
Louho, R., Kallioja, M., & Oittinen, P.(2006). Factors Affecting the use of Hybrid
Media Applications. Graphic Arts in Finland, 35(3), 11-21.
Luhmann, N.(1979). Trust and Power : Two Books by Niklas Luhmann, New York :
John Wiley and Sons.
Ma, Q. & Liu, L.(2004). The Technology Acceptance Model : A Meta Analysis of
Empirical Findings. Journal of Organizational and End User Computing. 16(1) :
59-72.
Mustafa al-Khin et.al.(1998), al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhhab al-Imam al-Shafi‘i.
Damsyik : Daral-Qalam.
Kuo Wei Lee, Ming Ten Tsai dan Maria Corazon.(2010). From Market Place to
Marketspace : Investigating the Consumer Switch to Online Banking. Journal
Electronic Commerce Research And Applications.
Norzalina Zainudin, NurNaddia Nordin, Aza Shahnaz Azman, Teh Suhaila Tajuddin,
Mohd Rozaini Jumali dan Muhammad Asyraf Farhan Saharil.(2015). War 24
Model Penerimaan Teknologi Dalam Penilaian Keberkesanan Prosedur
Permohonan Zakat Pendidikan Secara Elektronik (E-Dermasiswa). World
Academic and Research Congress 2015 (World-AR 2015). Jakarta, Indonesia.
206 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Noorrul Izzatthol Akhbariee Bt Hj. Sapar.(2012). Muslim Android Application For
Zakat Selangor. Malaysian Institute of Information Technology University
Kuala Lumpur.
Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam (PSPSA) 2016-2020. Bahagian Strategik
Korporat dan Komunikasi Perbendaharaan Malaysia dan Bahagian Kerajaan
Digital Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU).
Rogers, E.m dan Shoemaker, F. Communications In Innovations, New York: Free
Press.
Rumaizi Ahmad (2010), Amalan fidyah dalam kalangan masyarakat islam di Kanchong
Darat, Banting, Selangor : Satu analisis. Jabatan Fiqh dan Usul Akademi
Pengajian Islam. Universiti Malaya Kuala Lumpur
Saiful Afzan Baru, Lazim Abdullah, Azwadi Ali dan Hafiz Yusoff.(2014). Pemodelan
Penerimaan Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).
Shairil Izwan Taasim, Hasnah Ali dan Sanep Ahmad.(2011). Pembayaran Elektronik
Bil Utiliti Melalui Sistem E-Banking : Satu Tinjauan Umum di Malaysia.
Prosiding PERKEM VI. Jilid 1 (2011) 160-172 ISSN : 2231-962X.
Saadah Abdul Raub.(2008). Sistem Pembayaran e-Zakat. Fakulti Sains Komputer dan
Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia.
Staples, A., Pugach, M.C, & Himes, D.(2005). Rethinking the Technology Integration
Challenge : Cases From Three Urban Elementory Schools. Journal of Research
on Technology in Education, 37(3), 285-311).
Zarkashi, Abi ‘Abd Allah Badr al-Din Muhammad (2000), al-Manthur fi al-Qawa‘id
Fiqh Shafi`i.
Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Zulkiple, A.G.(2010). Dakwah Dalam Era Siber di Malaysia. Bandar Baru Nilai,
Universiti Sains Islam Malaysia.
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /207
Lampiran
Rajah 1 : Kerangka Model Penerimaan Teknologi Kajian
Model Penerimaan
Teknologi
Keperihatinan Penggunaan
Bagi Penerimaan
(Keperihatinan)
Kepercayaan Dalam
Penggunaan E-Payment
(Kepercayaan)
Persepsi Kemudahan
Penggunaan (Kemudahan)
Persepsi Manfaat
(Manfaat)
Kemudahan Infrastruktur
(Infrastruktur)
208 / Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Rajah 2 : Iiustrasi rekabentuk aliran E-fidyah
5 6 7 8 9
1 2 3 4 10
Petunjuk :
1. Login 6. Pembayaran FPX
2. Semak rekod bayaran 7. Semak rekod bayaran
3. Kemaskini maklumat fidyah 8. Kemaskini maklumat peribadi
4. Logout 9. Semak profil bank
5. Login 10. Simpan dan semak maklumat pembayar dan staf
Sistem E-Fidyah
Sistem Pengkalan
Data Staf MAINJ
Sistem Bank Pembayar Fidyah
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan E-Fidyah dalam Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar, Johor /209
Rajah 3: Model Penerimaan Teknologi Kajian
Model Penerimaan
Teknologi
Keperihatinan Penggunaan
Bagi Penerimaan
(keperihatinan)
Kepercayaan Dalam
Penggunaan E-Payment
(Kepercayaan)
Persepsi Kemudahan
Penggunaan (Kemudahan)
Persepsi Manfaat
(Manfaat)
Kemudahan Infrastruktur
(Infrastruktur) β = Model I (0.292)
Model II (0.425)
β = Model I (-0.521)
Model II (-0.221)
β = Model I (2.099)
Model II (1.728)
β = Model I (-0.045)
Model II (-0.558)
β = Model I (-0.214)
Model II (-0.049)