PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)...

35
PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)...

Page 1: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH

MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR

RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH

MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2011/2013

Saya RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( / )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA).

Alamat tetap: PROF. MADYA DR. YUSOF B. BOON

23, Jalan Putra 2/9,

Bandar Putra,85000 Segamat,

Johor.

Tarikh:__________________ Tarikh: ___________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

Pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

i

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan : ……………………………….................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YUSOF B. BOON

Tarikh :

Page 4: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

ii

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH

MENENGAH ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR

RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2013

Page 5: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………................

Nama Penulis : Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah

Tarikh : September 2013

Page 6: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

iv

DEDIKASI

Ditujukan Kepada Insan - Insan Yang Paling Istimewa Dalam Hidupku,

Suami tercinta, Ibubapa tersayang, Anak-anak yang dikasihi,

Terima kasih di atas segalanya…………..

Pengorbanan dan sokongan kalian

Dari sudut moral dan emosi, meniupkan semangat juang di jiwaku

Sesungguhnya jasa kalian amat besar

Tiada bahasa yang dapat mengungkapkan

Tiada ternilai untuk dibandingkan dengan apa jua di dunia ini

Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya

Kepada semua pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih di atas segala bantuan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan

Page 7: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

v

PENGHARGAAN

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Saya mengungkapkan Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

Akhirnya saya tiba jua ke penghujung perjuangan ini. Selama dua tahun bertungkus

lumus mengulangkaji, menyiapkan tugasan bersama rakan-rakan seperjuangan,

menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, suka duka yang dihadapi, penat lelah yang

dirasai, akhirnya saya sampai ke garisan penamat pengajian Sarjana ini.

Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof.

Madya Dr. Yusof b. Boon, selaku penyelia Projek Sarjana ini, yang telah banyak

bersabar dengan karenah saya, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan

bantuan yang telah beliau berikan sepanjang tempoh penyelidikan ini. Segala ilmu

dan kebaikan hati tuan amat saya hargai dan akan sentiasa dikenang.

Penghargaan ini juga diberikan semua pensyarah yang telah mengajar dan

banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya sepanjang pengajian ini.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentadbiran dan rakan-rakan

guru yang terlibat dalam penyelidikan ini di atas kerjasama yang kalian berikan.

Tidak lupa penghargaan diberikan kepada Tuan Pengarah Kolej Vokasional

Segamat, pihak pentadbiran dan rakan-rakan guru di atas segala sokongan moral dan

bantuan yang diberikan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Penghargaan juga

diucapkan kepada sesiapa yang telah memberi sumbangan kepada penyelidikan ini

secara langsung atau pun tidak langsung dalam menghasilkan kajian ilmiah ini.

Sekian, Terima kasih.

Page 8: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru dan tahap

kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah

menengah zon bandar daerah Segamat. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tahap

pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

sekolah menengah zon bandar daerah Segamat. Kajian turut dibuat untuk

menentukan sama ada terdapat perbezaaan antara tahap pengetahuan guru dan tahap

kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Hubungan antara

pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) terhadap tahap kepuasan guru di sekolah

menengah zon bandar daerah Segamat turut dikaji. Sebanyak 207 set soal selidik

telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah menengah

yang terpilih di zon bandar, daerah Segamat Johor. Kajian rintis telah dijalankan

dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach bagi menentukan kebolehpercayaan

instrumen kajian. Nilai alpha yang diperolehi ialah 0.972. Melalui dapatan kajian

secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru dan

tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah

menengah zon bandar daerah Segamat berada pada tahap sederhana. Selain itu, tahap

pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga berada tahap sederhana. Dapatan

kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru

terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor jantina dan

tempoh berkhidmat tetapi terdapat perbezaan berdasarkan kaum. Manakala tidak

terdapat perbezaan antara tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber

Sekolah (PSS). Kajian hubungan pula membuktikan terdapat hubungan yang lemah

antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media

(GPM) terhadap tahap kepuasan guru di sekolah menengah zon bandar daerah

Segamat.

Page 9: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

vii

ABSTRACT

This study was conducted to determine the knowledge of teachers and teacher

satisfaction on the management of the School Resource Centre (SRC) at the high

school urban zone in Segamat. In addition, this study examined the level of

management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library and Media

(GPM) secondary urban zone in Segamat. The study was made to determine whether

there is a difference between the level of teacher knowledge and the management of

teacher satisfaction School Resource Center (SRC). The relationship between the

management of School Resource Center (SRC) of the level of satisfaction of

secondary school teachers in urban zones Segamat studied. A total of 207

questionnaires were distributed to teachers who teach in six selected secondary

schools in urban zones, Segamat, Johor. A pilot study was conducted using

Cronbach Alpha method for determining the reliability of the instrument. Alpha

value is 0.972. The results of the study as a whole, the study showed that the level of

knowledge among teachers and teacher satisfaction on the management of the School

Resource Centre (SRC) at the high school urban zone in Segamat is moderate. In

addition, the management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library

and Media (GPM) secondary schools in Segamat urban zones are also moderate. The

study also showed no significant difference between the level of knowledge about

the management of the School Resource Centre (SRC) based on gender and length of

service but there is a difference based on race. While there was no difference

between the level of teacher satisfaction for the management of School Resource

Center (SRC). Relationship study also proves that the relation between the

management of the School Resource Centre (SRC) by Teachers Library and Media

(GPM) on the level of satisfaction of secondary school teachers in urban zones

Segamat district.

Page 10: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH x

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI SIMBOL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kerangka Kajian 8

Page 11: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

viii

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 9

1.10 Definisi Istilah dan Operasional 9

1.10.1 Pusat Sumber Sekolah 9

1.10.2 Pengurusan 11

1.10.3 Pengetahuan 12

1.10.4 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 12

1.11 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sejarah dan Hala Tuju Pusat Sumber Sekolah 14

2.3 Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 17

2.4 Visi Pusat Sumber Sekolah 18

2.5 Misi Pusat Sumber Sekolah 18

2.6 Objektif Pusat Sumber Sekolah 18

2.7 Fungsi Pusat Sumber Sekolah 19

2.8 Piawaian Pusat Sumber Sekolah 19

2.9 Halatuju Pusat Sumber Sekolah di Malaysia 22

2.10 Arah Aliran Pusat Sumber Sekolah Sedunia 22

2.11 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) 23

2.11.1 Peranan GPM 23

2.11.2 Senarai Tugas GPM 24

2.12 Kesimpulan 25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

Page 12: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

ix

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 28

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Kajian Rintis 32

3.6 Prosedur Kajian 33

3.7 Analisis Data 34

3.8 Kesimpulan 37

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 38

4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik 39

4.3 Latar Belakang Responden 40

4.3.1 Umur 40

4.3.2 Jantina 41

4.3.3 Kaum 41

4.3.4 Tempoh Berkhidmat 42

4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 42

4.4.1 Analisis Persoalan Kajian I : Apakah tahap 43

pengetahuan guru di sekolah menengah zon

bandar daerah Segamat terhadap pengurusan

Pusat Sumber Sekolah (PSS)?

4.4.2 Analisis Persoalan Kajian II: Apakah tahap 50

kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat

Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah

zon bandar daerah Segamat?

4.4.2.1 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 50

Kemudahan Yang Ditawarkan

4.4.2.2 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 53

Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi

Di Perpustakaan

Page 13: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

x

Page 14: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

xi

4.4.2.3 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 55

Pengurusan Di Dalam Perpustakaan

4.4.2.4 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 58

Kemudahan Bilik Sumber

4.4.2.5 Tahap Kepuasan Guru Terhadap 59

Layanan Guru / AJK Pusat Sumber

4.4.3 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Pusat 61

Sumber Sekolah

4.4.4 Analisis Persoalan Kajian III: Apakah tahap 62

pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat?

4.4.4.1 Aspek Merancang Dalam Pengurusan 62

Pusat Sumber Sekolah

4.4.4.2 Aspek Mengelola Dalam Pengurusan 64

Pusat Sumber Sekolah

4.4.4.3 Aspek Memimpin Dalam Pengurusan 67

Pusat Sumber Sekolah

4.4.4.4 Aspek Mengawal Dalam Pengurusan 68

Pusat Sumber Sekolah

4.4.5 Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Oleh 70

Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

4.5 Analisis Persoalan Kajian IV : Adakah terdapat perbezaan 71

antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon

bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber

Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi?

4.5.1 Tidak terdapat perbezaan antara pengetahuan guru di 72

sekolah menengah zon bandar daerah Segamat

terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

berdasarkan faktor demografi

4.6 Analisis Persoalan KajianV : Adakah terdapat perbezaan 74

antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM di sekolah

Page 15: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

xii

menengah zon Bandar daerah Segamat berdasarkan

faktor demografi?

4.6.1 Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengurusan 74

Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan

dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar

daerah Segamat berdasarkan faktor demografi

4.7 Analisis Persoalan Kajian VI : Adakah terdapat hubungan 76

yang signifikan antara pengurusan Pusat Sumber Sekolah

(PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan

tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber

(PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat?

4.7.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara 77

pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan

tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat

Sumber (PSS) di sekolah menengah zon bandar

daerah Segamat

4.8 Kesimpulan 77

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 79

5.2 Rumusan Kajian 79

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 80

5.3.1 Tahap pengetahuan guru terhadap pengurusan 80

Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah

menengah zon bandar daerah Segamat

5.3.2 Tahap kepuasan guru terhadap pengurusan 86

Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah

menengah zon bandar daerah Segamat

Page 16: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

xiii

5.3.3 Tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah 93

(PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media

(GPM) di sekolah menengah zon bandar

daerah Segamat

5.4 Cadangan Penambahbaikan 95

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96

RUJUKAN 97

Lampiran A-B 100 -133

Page 17: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

viii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Krejeic dan Morgan (1970) 28

3.2 Senarai Sekolah-Sekolah Yang Terpilih Dalam Tujuan Kajian 30

3.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 31

3.4 Indikator Skala Likert 32

3.5 Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Mengikut Item Soal 33

Selidik Bagi Kajian Rintis (Alpha If Item Deleted) Mengikut Konstruk

3.6 Tahap Pemeringkatan Min 35

3.7 Garis Panduan Guilford 36

3.8 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 36

4.1 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian 40

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 40

4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.4 Taburan Responden Mengikut Kaum 41

4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 42

4.6 Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah 48

Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

4.7 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Kemudahan Yang Ditawarkan 52

4.8 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Perkhidmatan Kaunter Sirkulasi 55

Di Perpustakaan

4.9 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Di Dalam Perpustakaan 57

4.10 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Kemudahan Bilik Sumber 59

4.11 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Layanan Guru / AJK Pusat Sumber 60

4.12 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 61

Page 18: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

ix

4.13 Aspek Merancang Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 64

4.14 Aspek Mengelola Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 66

4.15 Aspek Memimpin Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 68

4.16 Aspek Mengawal Dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 70

4.17 Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 71

Perpustakaan dan Media (GPM)

4.18 Ujian-t Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 72

Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber

Sekolah (PSS) Mengikut Jantina

4.19 Ujian ANOVA Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 73

Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber

Sekolah (PSS) Mengikut Kaum

4.20 Ujian ANOVA Tahap Pengetahuan Guru Di Sekolah Menengah Zon 73

Bandar Daerah Segamat Terhadap Pengurusan Pusat Sumber

Sekolah (PSS) Mengikut Tempoh Berkhidmat

4.21 Ujian-t Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 75

Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar

Daerah Segamat Mengikut Jantina

4.22 Ujian ANOVA Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh 75

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar

Daerah Segamat Mengikut Kaum

4.23 Ujian ANOVA Tahap Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 76

Perpustakaan dan Media (GPM) Di Sekolah Menengah Zon Bandar

Daerah Segamat Mengikut Tempoh Berkhidmat

4.24 Ujian Korelasi Pearson Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Oleh Guru 77

Perpustakaan dan Media (GPM) Dengan Tahap Kepuasan Guru Terhadap

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Di Sekolah Menengah Zon

Bandar Daerah Segamat

Page 19: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

x

SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kajian 7

Page 20: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

xi

SENARAI SINGKATAN

AJK - Ahli Jawatankuasa

ANOVA - Analysis of Variance

APD - Alat Pandang Dengar

Bil - Bilangan

BBM - Bahan Bantu Mengajar

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

GPM - Guru Perpustakaan dan Media

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PSS - Pusat Sumber Sekolah

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

SP - Sisihan Piawai

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

Page 21: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

xii

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

- Alpha

> - Lebih besar daripada

< - Lebih kecil daripada

Page 22: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 100

B Nilai Analisis Data 109

Page 23: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah merupakan suatu institusi pendidikan bagi pelajar menimba ilmu

pengetahuan seawal usia 4 tahun sehinggalah berusia 17 tahun. Selain itu, sekolah

juga menjadi tempat bagi pelajar untuk mempelajari dan memupuk nilai-nilai

kehidupan dalam diri. Dengan demikian, keberkesanan dan kejayaan sesebuah

sekolah dari semua bidang seperti kurikulum dan kokurikulum banyak bergantung

kepada pengurusan dan pentadbiran pihak sekolah berkenaan. Ini bermaksud

pengurusan sekolah yang baik akan mempengaruhi pencapaian akademik,

pencapaian kokurikulum dan juga imej sesebuah sekolah itu.

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, institusi pendidikan seperti

sekolah turut mengalami impak hebat daripada era globalisasi dan perkembangan

kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Malah sistem pendidikan di

Malaysia turut pesat berkembang seiring dengan kemajuan negara dan selaras

dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berilmu. Tugas seorang

guru tidak lagi sekadar mengajar dan menjadi sumber utama pengetahuan tetapi telah

diperluaskan sebagai agen perubahan, pemudah cara dalam pengajaran dan

pembelajaran dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar (Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Page 24: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

2

Pendidikan yang berkualiti dapat menghasilkan sumber manusia yang

berilmu pengetahuan dan memenuhi keperluan tenaga kerja agar dapat bersama-sama

membangunkan negara. Oleh itu, perkembangan dan kemajuan negara bergantung

kepada kecemerlangan dan kualiti pendidikan yang dihasilkan. Justeru itu, hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek haruslah dirialisasikan.

Kemajuan teknologi dan maklumat yang berkembang pesat dalam abad ini

ternyata mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita. Saban tahun, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) akan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem

pendidikan yang menuntut ke arah perubahan yang lebih baik. Dalam hal ini, Pusat

Sumber Sekolah (PSS) juga tidak terkecuali. Malah perkembangan ini turut

mempengaruhi pengurusan dan fungsi Pusat Sumber. Oleh yang demikian, Bahagian

Teknologi Pendidikan (BTP) menjadi satu organisasi penting dalam KPM yang

bertanggungjawab untuk memperkasakan keupayaan kepimpinanan sekolah melalui

pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak BTP dalam membantu untuk

memantapkan dan memajukan sistem pendidikan. Antaranya mewujudkan

perjawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) secara sepenuh masa untuk

mengurus Pusat Sumber Sekolah. BTP juga turut menghasilkan modul sebagai

panduan sumber rujukan kepada GPM untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan

dan mengendalikan PSS dengan berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengurusan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada masa kini telah

banyak mengalami perubahan sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT). Bahan bantu mengajar kini berbentuk kepada elektronik dan

keperluan untuk mengakses bahan-bahan tidak hanya terhad kepada guru malah

terbuka kepada pelajar dan para ibu bapa. Oleh yang demikian, pembelajaran pelajar

Page 25: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

3

pada masa kini tidak hanya terhad dalam kemahiran di kelas malah pelajar – pelajar

perlu dibekalkan dengan kemahiran mencari, menganalisis, mentafsir dan

menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh dengan berkesan.

Kewujudan Pusat Sumber Sekolah bukan lagi terhad kepada sebuah

perpustakaan sekolah yang dipenuhi dengan buku-buku ilmiah dan majalah sahaja.

Perpustakaan yang merupakan sebahagian daripada Pusat Sumber tidak hanya

sebagai tempat untuk pelajar berkumpul sambil mentelaah pelajaran. Ilmu tidak lagi

sekadar diperoleh melalui pembacaan buku semata-mata malah penggunaan

teknologi seperti CD ROM dan pelayar internet turut membantu dalam

mempelbagaikan maklumat dan ilmu pengetahuan.

Oleh yang demikian, guru-guru juga perlu mendorong diri untuk menjalankan

pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif serta melengkapkan

kemahiran secukupnya mengenai Pusat Sumber Sekolah (PSS). Antara objektif PSS

ialah berperanan untuk menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai

kemudahan pembelajaran dan juga membantu pelajar dan guru untuk menghasil,

menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Pusat Sumber Sekolah sebagai satu institusi pembelajaran perlu difokuskan

dan diberikan keutamaan oleh pihak pengurusan sekolah. Inovasi dalam pengurusan

Pusat Sumber perlu diperkembangkan bagi tujuan pembestarian pendidikan. Peranan

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) masa kini sememangnya sangat mencabar

dalam tanggungjawabnya untuk menguruskan Pusat Sumber Sekolah. GPM pada

tahun 2013 ini seharusnya amat jelas peranannya dan menjadi lebih proaktif

berbanding pada awal kewujudan jawatan GPM pada tahun 2005.

Ternyata perkembangan pesat dunia pendidikan telah memberikan impak

positif kepada perkembangan Pusat Sumber di sekolah. PSS sebagai pusat ilmu dan

pusat pengajaran dan pembelajaran di sekolah wajar menjadi agen perubahan untuk

memartabatkan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi utama pengajaran dan

pembelajaran. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah perlu dilaksanakan secara

Page 26: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

4

sistematik dan efisien untuk mencapai kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang

lebih berkesan.

1.3 Penyataan Masalah

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan satu kemudahan frasarana yang

ditubuhkan di sekolah untuk menyediakan kemudahan dan koleksi bahan pengajaran

dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik. Malah PSS juga menjadi satu

pusat yang menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi

memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pusat Sumber Sekolah

juga sebagai penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar

membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat

dan komunikasi masa kini.

Kelemahan pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah mendapat perbincangan

yang meluas di kalangan pengkaji pada awal tahun 1990–an. Terdapat pelbagai

kelemahan pengurusan yang telah dikesan antaranya kekurangan latihan dan

kepakaran, kekurangan masa oleh penyelaras pusat sumber untuk menguruskan PSS

pada masa persekolahan kerana jumlah waktu mengajar yang banyak, tidak ada

kakitangan perkeranian untuk membantu dalam proses rutin harian di Pusat Sumber

dan kekurangan minat, kemahiran dan keyakinan guru-guru untuk menggunakan

media pendidikan di sekolah.

Namun demikian, dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan sistem

pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun memperuntukkan

perlantikan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bermula pada tahun 2005.

Perlantikan GPM merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan berharap GPM dapat

menguruskan PSS dengan baik dan berkesan.

Page 27: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

5

Namun, kelemahan pengurusan Pusat Sumber telah menjadi penghalang

kepada penggunaan kemudahan pembelajaran dan media pendidikan di kalangan

guru. Karenah birokrasi, prosedur yang ketat dan kesukaran mendapatkan bahan dan

alatan Pusat Sumber kadang kala melemahkan keinginan berkobar-kobar para guru.

Masalah-masalah yang dihadapi seperti ini kadangkala mengundang rasa

ketidakpuasan hati para guru dan melihat perkhidmatan Pusat Sumber sebagai satu

bebanan tambahan. Guru-guru tidak melihat kewajaran PSS sebagai satu komponen

yang digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Oleh itu, amat wajar satu kajian yang menyeluruh terhadap keperluan

pengetahuan dan tahap kepuasan guru tentang pengurusan PSS perlu dijalankan

untuk memartabatkan kembali peranan Pusat Sumber sekolah sebagai nadi

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian yang ingin dicapai daripada kajian ini adalah :

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar

daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

ii. Mengenal pasti tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber

Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat.

iii. Mengenal pasti tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru

Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah

Segamat.

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru

di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat tentang Pusat Sumber

Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi.

v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat

Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah

menengah zon bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi.

Page 28: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

6

vi. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara

pengurusan Pusat Sumber Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media

(GPM) dengan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber

Sekolah (PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu :

i. Apakah tahap pengetahuan guru di sekolah menengah zon bandar daerah

Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)?

ii. Apakah tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah

(PSS) di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat?

iii. Apakah tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru

Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon bandar daerah

Segamat?

iv. Adakah terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru di sekolah

menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat Sumber

Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi?

v. Adakah terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah

(PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah zon

bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi?

vi. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan Pusat Sumber

Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan tahap kepuasan

guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah menengah

zon bandar daerah Segamat?

Page 29: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

7

1.6 Hipotesis Kajian

Terdapat tiga hipotesis kajian yang telah dibina dan perlu diuji dalam

kajian ini. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut :

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru di sekolah

menengah zon bandar daerah Segamat terhadap pengurusan Pusat

Sumber Sekolah (PSS) berdasarkan faktor demografi.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah

(PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di sekolah menengah

zon bandar daerah Segamat berdasarkan faktor demografi.

Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan Pusat

Sumber Sekolah oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dengan

tahap kepuasan guru terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

di sekolah menengah zon bandar daerah Segamat.

1.7 Kerangka Kajian

Rajah 1.1 : Kerangka Kajian

Pengurusan

Pusat Sumber Sekolah

Pengetahuan guru

Kepuasan guru

Demografi

Page 30: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

8

Kerangka kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di

bawah yang mengandungi tiga komponen iaitu aspek tahap pengetahuan guru, tahap

kepuasan guru dan tahap pengurusan pusat sumber sekolah. Kajian ini dijalankan

untuk mengkaji tahap pengetahuan para guru terhadap pengurusan pusat sumber dan

tahap kepuasan guru terhadap pengurusan pusat sumber sekolah. Komponen tahap

pengetahuan guru dan tahap kepuasan guru terhadap pengurusan pusat sumber

sekolah dihubungkan berdasarkan faktor demografi.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru-guru sekolah yang mengajar di

sekolah menengah zon bandar daerah Segamat, Johor. Kajian ini bertujuan untuk

menambahkan ilmu dan pengalaman pengkaji di dalam bidang penyelidikan

berkaitan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Justeru itu, pengkaji ingin

menjalankan kajian berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia bertujuan untuk

melihat sama ada amalan pengurusan pusat sumber sedia ada dapat diuruskan dengan

cekap dan berkesan mengikut dasar pengurusan yang telah ditetapkan oleh pihak

Bahagian Teknologi Pendidikan. Jika tidak, pengkaji ingin mencadangkan amalan

pengurusan pusat sumber yang bersesuaian dengan perubahan generasi masa kini.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat sama ada guru-guru

mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan pusat sumber dan menggunakan

pusat sumber sebagai tempat rujukan utama terutama untuk meningkatkan prestasi

pembelajaran pelajar. Malah, pengkaji juga berminat untuk mengetahui sama ada

para guru berpuashati dengan pengurusan pusat sumber di sekolah masing-masing.

Jika tidak, pengkaji ingin mencadangkan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan

oleh pihak sekolah supaya dapat menguruskan pusat sumber dengan lebih berkesan.

Page 31: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

9

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini mengkaji skop tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru

terhadap pengurusan Pusat Sumber Sekolah di sekolah menengah zon bandar di

daerah Segamat, Johor. Dalam kajian ini, hanya sebilangan sekolah sahaja di daerah

Segamat yang terlibat dalam kajian ini. Justeru itu, guru - guru dari enam buah

sekolah zon bandar telah dikenalpasti sebagai responden penyelidikan. Oleh yang

demikian, dapatan kajian ini hanya mewakili sampel kecil daripada keseluruhan

populasi guru sekolah menengah di seluruh negeri Johor.

1.10 Definisi Istilah dan Operasional

Dalam kajian ini, definisi-definisi berikut digunakan untuk menjelaskan

maksud pusat sumber sekolah, pengurusan, pengetahuan, guru perpustakaan dan

media.

1.10.1 Pusat Sumber Sekolah

Menurut Abd. Rahim Selamat (1982), pusat sumber adalah integrasi antara

perpustakaan, buku dengan perkhidmatan pandang dengar, menjadi satu alat yang

bersepadu. Bagi Wehmeyar (1984) merujuk pusat sumber sebagai satu persekitaran

pendidikan dan bukan gantian kepada bilik darjah, juga bukan sebuah pusat untuk

mendapatkan maklumat semata-mata, tetapi seharusnya menyediakan pengalaman-

pengalaman yang estetik dan kreatif serta menyediakan keadaan pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai untuk murid mengembangkan tanggungjawab mereka

sebagai individu dan ahli masyarakat.

Edsall (1984) pula menyatakan bahawa PSS adalah sebuah organisasi yang

menyusun dan menyebarkan semua bahan pembelajaran dan pengajaran yang telah

Page 32: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

10

dikelaskan dan diindekskan untuk kegunaan pelajar. Di sini terdapat sumber-sumber

hidup dan bukan hidup,bercetak dan bukan bercetak yang boleh digunakan untuk

membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Ia juga meliputi pelbagai jenis

kemudahan yang boleh meningkatkan mutu pendidikan. Pusat sumber ialah sebuah

tempat yang di dalamnya terdapat berbagai bentuk dan jenis sumber yang membantu

dan memperkukuhkan lagi segala gerak kerja pengajaran dan pembelajaran (Abd,

Rahim M.Saad, 1992).

Sementara Zaimi bin Zakaria (2001) menyatakan pusat sumber sekolah ialah

tempat pengumpulan dan penyebaran pelbagai maklumat. Ia dianggap sebagai pusat

pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik dan terancang oleh

kakitangan media yang terlatih untuk mempelbagai perkhidmatan bagi

mempertingkat mutu pendidikan.

Menurut Isnazhana et.al (2006) pula, pusat sumber sekolah merupakan pusat

penyimpanan dan memberi perkhidmatan mengenai pelbagai sumber pengajaran dan

pembelajaran. Di dalamnya mengandungi bahan jenis buku, bahan cetak,bahan

bukan buku, bahan grafik, bahan dengar dan alat-alat serta objek. Ia juga tempat

menyimpan rekod bahan lain yang terdapat di sekolah, memberi perkhidmatan

maklumat, dan mempunyai ruang dan alat untuk kakitangan sekolah dan murid-

murid membuat bahan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks kajian ini, pusat sumber merujuk kepada satu tempat

pengumpulan pelbagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan,

dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna dan tempat untuk warga

sekolah berkumpul, memilih dan menggunakan alat pengajaran dan pembelajaran

untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. PSS menjadi pusat

kelolaan dan tumpuan bagi GPM untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan yang

berkaitan dalam bidangnya.

Page 33: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

11

1.10.2 Pengurusan

Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti perancangan dan

pergerakan atau panduan oleh sesuatu organisasi berhubung dengan segala kaedah-

kaedah, peraturan-peraturan juga tanggungjawab serta tugas-tugas kakitangan (Mohd

Zamzuri, 2002).

Pengurusan dalam aspek pendidikan adalah bertujuan untuk memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan teratur

dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Robiah (1989), menegaskan bahawa

pengurusan sebagai satu proses membahagikan tugas-tugas dikalangan anggota-

anggota organisasi itu, mengatur sumber-sumber seperti alat-alat dan wang serta

mengurus semuanya supaya berkaitan antara satu sama lain. Mereka itu menjadi satu

kesatuan yang teguh.

Menurut Yahya (1989) pula, pengurusan adalah apa jua bentuk aktiviti yang

boleh memberi kepuasan kepada pengguna terhadap barangan atau servis yang

mereka nikmati dan ini dilakukan dengan cara yang ekonomi dan berkesan. Aktiviti-

aktiviti yang terkandung dalam bidang pengurusan merangkumi aktiviti-aktiviti

seperti merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Di

samping itu, pengurusan juga merupakan satu proses mengagihkan semua input

organisasi termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan dengan cara

perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bertujuan untuk

mengeluarkan output (segala barang-barang dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh

pengguna supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar, 1988).

Dalam kajian ini, pengurusan dikaitkan dengan cara-cara menguruskan pusat

sumber sekolah melalui aspek merancang, mengelola, memimpin dan mengawal.

Pengurusan merupakan proses penting dalam meningkatkan kualiti. Pengurusan PSS

yang baik dapat memastikan segala sumber yang ada dalam sesebuah sekolah

diuruskan dengan efektif dan efisyen.

Page 34: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

12

1.10.3 Pengetahuan

Pengetahuan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu ilmu yang diperolehi oleh

seseorang individu. Dalam kajian ini, pengetahuan merujuk kepada ilmu-ilmu yang

telah diperoleh oleh seseorang guru melalui proses tertentu seperti kursus, latihan

dan pembacaan. Pengetahuan yang ada pada seseorang guru dapat membantu untuk

memahami bidang tugas dan tanggungjawab pengurusan bagi Guru Perpustakaan dan

Media. Selain itu, guru - guru perlu mempunyai pengetahuan untuk menggunakan

PSS dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.10.4 Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Guru terlatih yang dipilih berdasarkan pengetahuan, kebolehan, kemahiran

dan kelayaka yang ada padanya berhubung dengan media, teknologi pendidikan atau

pusat sumber. Beliau juga harus berkebolehan dalam pengurusan dan pentadbiran

serta bertanggungjawab untuk memperkembang, mentadbir dan seterusnya

melaksanakan sepenuhnya rancangan PSS bagi memenuhi kehendak dan keperluan

pengguna. Beliau harus dilantik oleh pengetua untuk menjalankan tugas ini selain

daripada tugas hakikinya (Ab. Rahim, 1990; Zohra,1995)

Yusup Hashim (1992) mendefinisikan penyelaras pusat sumber adalah guru

perpustakaan dan media dan merupakan seorang pemimpin dan pakar dalam

organisasi sumber atau media yang merancang program sumber pendidikan untuk

meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Padlon (2004),

guru perpustakaan dan media dan memegang jawatan sebagai penyelaras pusat

sumber dan merupakan jawatan yang paling penting dalam organisasi pusat sumber

sekolah.

Dalam konteks kajian ini, GPM merupakan seorang guru biasa yang

mengajar mata pelajaran tertentu dan turut terlibat dalam ko-kurikulum sekolah.

Page 35: PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI … Rozita Binti... · pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah menengah zon bandar daerah Segamat juga

13

Beliau mempunyai ijazah yang berkaitan dan telah dilantik oleh pengetua untuk

mengendalikan dan menguruskan PSS.

1.11 Kesimpulan

Bab ini memberikan latar belakang kajian mengenai pengetahuan dan

kepuasan guru terhadap pengurusan PSS dan juga menyingkap mengenai pengurusan

PSS oleh Guru Perpustakaan dan Media. Pengurusan PSS yang baik dapat menjadi

nadi penggerak untuk menjadikan sesebuah sekolah lebih cemerlang dan sesuai

dengan keperluan pembelajaran masa kini. Pengetahuan guru terhadap pengurusan

PSS sebenarnya dapat membantu untuk guru itu sendiri akan kepentingan PSS dalam

meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang

berpuas hati dengan pengurusan PSS akan mewajarkan penggunaan PSS dengan baik

berbanding dengan guru yang sebaliknya. Oleh itu, pengurusan PSS oleh GPM perlu

dipertingkatkan menerusi perlaksanaan program yang lebih berkesan. Seharusnya

menjelang abad ini, PSS tidak boleh lagi menoleh ke belakang, menunggu dan

ketinggalan sebaliknya harus menyusun atur dan mengemas kini semua perancangan

agar matlamat dan objektif PSS dapat dicapai sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Negara (FPN).

Justeru diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat yang berguna

kepada guru serta bakal-bakal guru tentang peranan mereka terhadap pengurusan

PSS. Setiap warga sekolah harus memainkan peranan masing-masing dan guru

sebagai agen perubahan perlu memastikan PSS memainkan peranannya dengan baik

dan berkesan.