PENGURUSAN PEMELIHARAAN TARIAN NGAJAT MASYARAKAT …
Transcript of PENGURUSAN PEMELIHARAAN TARIAN NGAJAT MASYARAKAT …
PENGURUSAN PEMELIHARAAN TARIAN NGAJAT MASYARAKAT IBAN
Jessica Empayong Anak Gansal
(26518)
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2013
....t DI.....t MakJulllat Akatltmilc rJNIVDSm MALAYSIA SAKAWAK
PENGURUSAN PEMELIHARAAN TARIAN NGAJAT MASYARAKAT IBAN
JESSICA EMPAYONG ANAK GANSAL
26518
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
( Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK 2013.
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PENGURUSAN PEMELIHARAAN T ARIAN NGAJAT MASYARAKAT
IBAN
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya JESSICA EMPAYONG ANAK GANSAL mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. TesisiLaporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. *sila tandakan 0
D (mengandungi rnaklumat yang berdarjahSULIT keselarnatan atau kepentingan seperti termaktub
di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972) o (mengandungi maklumat Terhad yang telahTERHAD ditentukan oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) D I TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
tlf·
(Tandatan.san Penulis) (Tandatangan PenyeIia) Tarikh: 5 Ju14i -;to1.3 Tarikh :
--------------~-
Alarnat tetap: Lot 110, lorong 22c Desa I1mu, Kota Samarahan
Catatan: ... Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Saljana Muda >I< Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesislLaporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD:
PENGAKUAN
Projek bertajuk Pengurusan Pemeliharaan Tarian Ngajat Masyarakat
Iban telah disediakan oleh Jessica Empayong Anak Gansa) dan telah
diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat bagi
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
(Dr. Anna Durin)
Tarikh:
ii
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberkati setiap kerja-kerja yang telah
saya lakukan dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih saya ucapkan buat keluarga
saya yang telah memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada saya
selama ini dalam menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat
kawan-kawan saya yang turut bersama-sama membantu saya dalam mengumpulkan
maklumat berkaitan dengan isu-isu kajian.
Seterusnya, terima kasih buat penyelia saya iaitu Dr. Anna Durin kerana telah
membimbing dan memberikan teguran yang membina kepada saya sepanjang
menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif iaitu Dr. Noria Anak Tugang, Cik Karen Audrey Samy dan yang
lain kerana turut bersama-sama membimbing saya sepanjang pengajian di UNIMAS.
Tidak ketinggalan juga, saya berterima kasih kepada staf-staf di Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif terutamanya kepada Pn. Sabtuyah kerana turut membantu saya dalam
menjayakan lagi kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan buat informan saya iaitu En.
William Awel, dan En. Thomas Goh daripada Dayak Culture Foundation, En. Formalavia
Tingang di Kampung Budaya Sarawak, En. Philip Igai di MajIis Adat Istiadat Sarawak,
dan Pn Sayak Nandong di Kampung Nyemungan Lubok Antu yang telah memberikan
maklumat berkaitan dengan tarian Ngajat yang dapat saya jadikan sebagai bahan-bahan
bukti serta mengukuhkan lagi kajian saya ini. Terima kasih juga saya ucapkan kerana
iii
I
sudi meluangkan masa untuk saya membuat temuramah dan mendapatkan maklumat
berkaitan dengan perkara yang hendak dikaji.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana melalui bimbingan daripada kalian semua
saya dapat menyiapkan kajian saya ini dengan sempurna. Dengan adanya sokongan
kalianjuga, kajian saya ini akan siap denganjayanya.
iv
ABSTRAK
Kajian ini mengenai pengurusan pemeliharaan tarian Ngajat masyarakat Iban. Tujuan
kajian untuk mengenalpasti konsep tarian Ngajat tradisi masyarakat Iban dan mengkaji
kaedah-kaedah pemeliharaan tarian Ngajat masyarakat Iban. Tujuannya untuk
mengetahui ciri-ciri, fungsi, dan jenis-jenis tarian Ngajat masyarakat Iban. Di samping
mengkaji kaedah-kaedah yang dilakukan oleh segelintir masyarakat dalam memelihara
tarian Ngajat Iban. Kajian ini, menggunakan kaedah kerja lapangan di Kampung Budaya
Sarawak, Dayak Cultural Foundation, Majlis Adat Istiadat Sarawak, dan Kampung
Nyemungan Lubuk Antu. Kajian lapangan dilakukan di kawasan ini kerana terdapatnya
infonnan yang masih mengetahui tentang tarian Ngajat tradisi Iban.
Kata kunci: Ngajat, Iban, Tradisional, Pemeliharaan
v
ABSTRACT
This research is foclls on preservation management of Ngajat Dance among lban
communities. The objectives of this research are to ident!fy the concept of lban
communities traditional Ngajat Dance and to study the preservation approaches oflban
communities Ngajat Dance. This include the functions and type of this research was done
through field ",'Ork at Sarawak Cultural Village, Dayak Cultllral Foundation, Majlis Adat
lstiadat Sarawak, and Nyemungan Lubok Antu Village. The field ",'Ork carried out at
those places because it some informants that are knowledgeable in lban traditional
Ngajat Dance.
Keywords: Dance, lban, Tradition, preservation
vi
tuut KAidmat MaJdumat Akadt>..ik VNlVEum MALAYSIA SARAWAK
lSI KANDUNGAN
PENGESAHAN
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
lSI KANDUNGAN
BAB 1: PENGURUSAN PEMELIHARAAN TARIAN
NGAJAT MASYARAKAT IBAN
Pendahuluan
Latar Belakang Kajian
Hipotesis Kajian
Permasalahan Kajian
Objektif Kajian
Soalan Kajian
Lokasi Kajian
Kerangka Teori Kajian
Kepentingan Kajian
Skop Kajian
Rumusan
BAB 2: SOROTON KESUSASTERAAN
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
vii
i
ii
iii-iv
v
vi
vii-viii
1
1-2
2-5
5
6
6
7-8
9-10
11-14
14-16
16
17
18-25
26-29
l I
BABl
PENGURUSAN PEMELmARAAN TARIAN NGAJAT MASYARAKAT IBAN
Pendahuluan
Kajian ini mengenai tarian Ngajat masyarakat Iban. Tarian Ngajat adalah salah
satu daripada tarian yang sangat penting dalam budaya masyarakat lban pada mas a
dahulu. Zaman dahulu masyarakat Iban sarna seperti juga masyarakat lain, masyarakat
loon sering menarikan tarian Ngajat kerana tarian Ngajat sebagai lambang identiti
masyarakat I ban. Oleh hal yang demikian, tarian Ngajat banyak memainkan peranan
dalam melangsungkan budaya tradisi masyarakat lban.
Dalam budaya tradisi masyarakat Iban, tarian Ngajat diperlukan dalam bidang
ekonomi misalnya tarian Ngajat dapat dikomersilkan sebagai tarian untuk menghibur
para tetamu dan untuk menarik minat pelancong. Selain itu, tarian Ngajat juga digunakan
sebagai tarian untuk upacara keagamaan seperti ritual.
Selain itu, masyarakat Iban juga mengalami proses pertembungan budaya dan
oleh hal yang demikian maka terbentuklah beberapa jenis-jenis tarian Ngajat yang telah
di ubah sedikit fungsi dan rentak tarian tersebut. Proses pertembungan budaya membawa
kepada penciptaan jenis-jenis tarian Ngajat yang barn. Dengan pernbahan kepercayaan
1
daripada annnIsme kepada agama wahyu maka fungsi-fungsi tarian Ngajat yang
berkaitan dengan kepercayaan animisme hampir lenyap.
Pendidikan moden juga banyak menyumbang kepada berkurangnya penggunaan
tarian Ngajat seperti sebagai hiburan. Selain itu, pembangunan yang dijalankan sarna ada
oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri Sarawak juga banyak menyebabkan masyarakat
lban zaman sekarang tidak mementingkan persembahan tarian Ngajat pada masa silam.
Dengan kesedaran ini, penyelidik berusaha mencari jalan penyelesaian supaya
tarian Ngajat kekal dalam budaya masyarakat Iban dapat terns bersambung dan
berkembang dengan cara yang lebih produktif terutarnanya dalam bidang komersil. Oleh
yang demikian, ia dapat memberi keuntungan bukan sahaja kepada masyarakat Iban
tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam tariannya. Oleh itu, ia diharap dapat
membantu meningkatkan ekonomi negara Malaysia pada umumnya.
Latar Belakang Kajian
Kesenian merupakan elemen yang popular diperkatakan dalam arus pemodenan.
Kesenian merupakan salah satu hasil kreatif masyarakat Iban yang banyak diamalkan dan
mengha ilkan seni tari mengikut gerak hati dan kreativiti masing-masing. Kini, dapat
dilihat terdapat banyak basil kesenian telah dikomersialkan bukan sahaja dalam negara
bahkan luar Negara juga.
2
Menurut Noor (2006), beliau berpendapat bahawa tarian merupakan gerakan pada
bahagian badan serta kaki dan tangan mengikut irama serta rentak muzik atau melodi.
Setiap Negara mempunyai tarian yang berbeza-beza antara satu sama lain. Oi Malaysia
rnisalnya, cukup terkenal sebagai sebuah Negara yang mempunyai pelbagai keunikan.
Kewujudan pelbagai kaum telah melahirkan kebudayaan yang cukup menarik.
Urnumnya, setiap kaum mempunyai bentuk dan asas tarian yang berlainan antara satu
sarna lain, yang secara tidak langsung telah menjadi tarikan kepada pelancong luar.
Tarian yang dirniliki oleh sesuatu kaum itu bukan sahaja diwarisi secara turun-temurun,
tetapi juga diubah mengikut kehendak semasa.
Menurut Mahmud (1987) menyatakan hingga ke hari ini masih belum dapat
dipastikan asal usul Ngajat ini bermula di dalam masyarakat Iban. Ada yang mengatakan
rnereka mempelajari dari nenek moyang mereka secara turun temurun. Mereka tidak
dapat rnempastikan tarikh sebenar tarian Ngajat ini masuk dan berkembang di Sarawak,
hanya kernunculan Ngajat ini berkembang bersama-sama mereka di rantau ini lebih
kurang dalam abad ke 16. Bagi Orang Kayan Kenyah untuk mengiringi tarian mereka,
rnereka harus menggunakan alat muzik yang disebut Sape. Sedangkan Ngajat Iban ini
pula akan diiringi dengan alat muzik tabuh yang disebut engkenlmong. Hanya dapat
ditarik kesimpulan di sini bahawa muzik suku kaum Iban, memang sudah ada sebelum
adanya tarian Ngajat.
Bahagian pemeliharaan dan promosi di Kampung Budaya Sarawak dan Oayak
Cultural Foundation memikul tanggungjawab yang penting dimana mereka berperanan
rnemastikan tarian Ngajat tetap terpelihara dan sentiasa dijaga. Kajian ini memfokuskan
3
kepada pengurusan pemeliharaan tar ian Ngajat masyarakat Iban. Penglibatan organisasi
kerajaan dan wasta serta masyarakat Iban khasnya dapat membantu proses pemeliharaan
tarian Ngajat.
Menurut Boettinger (1994), beiiau mentakrifkan pengurusan suatu seni
mewujudkan ketertiban kepada keadaan kucar-kacir. Melukis atau menulis puisi atau
sebarang bentuk seni sastera atau seni halus memerlukan tiga komponen, iaitu imp ian
pelukis, asas kemahiran dan kejayaan dari segi penyampaian. Kemahiran melukis boleh
dipertingkatkan melalui latihan, maka kemahiran pengurusan juga boleh dikembangkan
dengan eara-cara yang sarna seperti yang digunakan untuk melatih para pelukis yang lain.
Menurut Mahmud (1987), suku kaum Iban adalah suku kaum bumiputera yang
terbesar di Negeri Sarawak. Mereka tinggal berselerak di seluruh negeri iaitu dari Lundu
ke timur barat dan hingga ke Limbang di bahagian utara. Sebahagian juga terdapat di
Negara Brunei Darnlssalam dan barn-baru ini terdapat juga yang menetap di Sabah
selepas menjadi buruh di ladang-Iadang dan kern-kern pembalakan. Terdapat juga
bilangan yang tidak diketahui tinggal di Kalimantan, Borneo. Suku kaum Iban sangat
kaya dengan unsur-unsur kesenian tradisionalnya terutama yang disebut dengan tarian
Ngajat atau Ajat Iban yang mana maksud di dalam bahasa Malaysianya adalah tarian.
Tarian Ngajat kini sudah terkenal di seluruh Malaysia dan ianya juga sudah
dipersernbahkan ke peringkat antarabangsa.
Menurut Noor (2006), tarian Ngajat cukup popular di negeri Sarawak, sebab itu /
hampir semua masyarakat di Negara ini sudah arif dan mengenali tar ian ini. Tarian
Ngajat merupakan tarian popular bagi masyarakat Iban. Dalam kalangan masyarakat
4
I
I'u••t KlUdlllat MakJumat AkadtmiJ.VNlVIRMTI MAUYiIA SAKAWA)(
lban, tarian Ngajat merupakan tarian yang mempunyai mesej yang tersendiri yang hendak
disampaikan kepada umum. Tarian ini dipercayai bertujuan mengajar masyarakat Iban
tentang cara-cara bagaimana untuk berperang pada masa dulu. Latihan yang telah
diberikan ini merangkumi latihan rohani dan jasmani.
Hipotesis Kajian
Berdasarkan kajian yang dilakukan, masyarakat Iban mempunyai tarian yang
indah seperti masyarakat yang lain. Tarian ini telah menjadi simbolik kepada budaya
mereka seperti nampik, bertenun, dan berburu. Oleh kerana disebabkan perubahan
budaya, tarian Ngajat tradisional bembah dari segi bentuk serta pergerakannya tetapi
masih mempunyai simbol. Setelah berlakunya perubahan tersebut, tidak ramai
masyarakat lban yang masih mengekalkannya. Terdapat kaedah-kaedah yang digunakan
untuk memelihara geraktari tradisi Iban. Hanya segelintir kecil sahaja yang masih
memelihara gerak tari tradisi tersebut yang dijalankan oleh organisasi seperti Dayak
Cultural Foundation, Kampung Budaya Sarawak, dan Majlis Adat Istiadat Negeri
Sarawak.
5
Permasalahan Kajian
Tarian Ngajat adalah tarian tradisi masyarakat I ban. Gaya tarian Ngajat berubah
dari tradisi kepada moden. Tarian Ngajat tradisi dan moden mempunyai gaya yang
berbeza tetapi rnasih memiliki simbol di sebalik pergerakannya. Tarian Ngajat tradisi
jarang sekali dipersembahkan. Oleh sebab itu, tidak ramai yang mengetahui. Hanya
segelintir kecil sahaja yang masih memelihara tarian tersebut. Isu-isu kajian ialah tentang
pemeliharaan tarian tradisi Iban yang dilakukan oleh segelintir rnasyarakat.
Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif kajian. Objektif utama kajian ini ialah
untuk Mengenalpasti konsep tarian Ngajat rnasyarakat Iban. Melalui konsep ini definisi,
fimgsi dan jenis tarian Ngajat dapat diketahui.
Objektif kajian yang kedua ialah mengkaji kaedah-kaedah pemeliharaan tarian
Ngajat masyarakat lban. Melalui kaedah-kaedah ini dapat mengetahui cara-cara
pemeliharaan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.
6
Soalan Kajian
PersoaIan kajian ini, samalah dengan permasalahan kajian. Daripada persoalan
itu, timbulnya beberapa persoalan yang boleh menyelesaikan masalah kajian seterusnya
boleh mencapai objektifkajian. Antara soalan yang diutarakan adalah:
I. Apakah yang dimaksudkan dengan tarian Ngajat Iban?
11. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan?
Ill. Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan?
IV. Adakah kaedah pemeliharaan tarian Ngajat Iban yang berpotensi dalam
mengekalkan tarian Ngajat?
v. Apakah aktiviti-aktiviti untuk memelihara tarian Ngajat Iban?
VI. Mengapakah generasl muda kurang berminat dalam mempelajari tarian
Ngajat?
V11. Mengapakah tarian Ngajat boleh dipengaruhi elemen moden?
Vlll. Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi dalam pengurusan pemeliharaan
tarian Ngajat Iban?
IX. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh institut kesenian dalam
memelihara tarian Ngajat Iban?
7
x. Bagaimana kaedah yang lebih berkesan untuk menarik minat generasi muda
dalam mempelajari tarian Ngajat?
Xl. Bagaimana pengurusan kewangan untuk memelihara tarian Ngajat?
XU. Apakah langkah-langkah yang seterusnya untuk terus mengekalkan tarian
Ngajat masyarakat Iban?
8
Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang dipilih untuk kajian ini ialah di Kampung Budaya Sarawak,
Dayak Culture Foundation, Majlis Adat Istiadat Sarawak, dan Kampung Nyemungan,
LubokAntu.
Kampung Budaya Sarawak dipilih kerana terdapatnya pakar-pakar yang berkaitan
dengan perkara yang hendak dikaji iaitu tarian Ngajat. SeIain itu, boleh membantu dalam
meooapatkan maklumat yang berkaitan kajian ini .. Sebagai contoh, di Kampung Budaya
Sarawak terdapatnya tenaga pengajar tarian Ngajat masyarakat Iban. Tenaga-tenaga
pengajar ini boleh memberikan penerangan berkaitan dengan tarian Ngajat. Melalui
penerangan ini nanti, akan di jadikan sebagai sumber rujukan dalam membuat kajian ini.
Selain itu, di Kampung Budaya Sarawak juga memang menjadi sebuah tempat untuk
melatih sesiapa sahaja yang berminat untuk beIajar tarian Ngajat. Di sini juga terdapatnya
pelbagai aktiviti-aktiviti kesenian yang mempamerkan tarian Ngajat yang dapat
membantu untuk mengumpulkan maklumat.
Lokasi yang kedua dipilih ialah di Dayak Culture Foundation. Tempat ini dipilih
untuk membantu dalam membuat kajian ini iaitu mengenai pengurusan pemeIiharaan
tarian Ngajat masyarakat Iban. Di sini adanya informan dan organisasi ini juga ada
menyediakan tempat untuk meIatih sesiapa sahaja yang ingin belajar tarian Ngajat Iban.
Lokasi yang ketiga dipilih ialah di Majlis Adat Istiadat Sarawak. Disini
terdapatnya bahagian yang terlibat dengan penyelidikan berkaitan dengan tarian Ngajat.
9
Lokasi ini juga tempat untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkara yang
henciak dikaji. Selain itu, terdapat informan yang berkemahiran dalam menari tarian
Ngajat.
Lokasi yang keempat ialah di Rumah Nyemungan, Lubok Antu Sarawak. Lokasi
ini dipilih kerana terdapatnya informan yang mengetahui tentang tarian Ngajat tradisional
masyarakat lban. Selain itu, di sini juga terdapatnya golongan masyarakat yang berumur
dalam lingkungan lima puluh tahun yang merupakan orang yang lebih mengetahui
kebudayaan masyarakat Iban.
10
Kerangka Teori Kajian
Merujuk penulisan Syed (1996), menyatakan:
" ... ..bahawa pemeliharaan adalah mengikut apa-apa yang terkandung di dalam Bursa
Charter adalah satu istilah umum yang bermaksud segala proses yang terlibat untuk
menjaga sesuatu tempat bagi tujuan memelihara kepentingan budaya.
II Pengekalan
II Pemulihan~ II II
~ Pembangunan semula
Penyesuaiguna
11
Pemeliharaan merupakan proses pengekalan atau melakukan tindakan bagi
mengekalkan nilai estetika pada tarian. Tujuan pemeliharaan adalah untuk mengekalkan
nilai sebuah kesenian yang terdapat pada tarian Ngajat. Proses ini termaksuklah kerja
kerja menjaga, membaik pulih dan mengekalkan nilai kesenian yang terdapat pada tarian
Ngajat.
Dalam kenyataan Syed, beliau menekankan pemeliharaan penyelenggaraan
"warisan Budaya" atau "Kawasan pemugaran" dalam bentuk semasa dan menghalang
keusangan. Namun begitu, kerangka ini juga boleh digunakan untuk menjalankan kerja
kerja pemeliharaan terhadap produk kesenian. Kajian ini memfokuskan kepada aspek
pengurusan pemeliharaan yang dijaiankan oleh individu dan institusi kerajaan serta
badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengekalkan kesenian masyarakat Iban
daripada terns dipinggirkan.
Pengurusan pemeliharaan melibatkan pengurusan aspek-aspek seperti kos
perbelanjaan menghasilkan tarian Ngajat, membuat persembahan kesenian, dan
penyelidikan. Dalam aspek pengurusan, elemen ini sangat penting bagi melihat
keberkesanan pengurusan yang dijalankan. Keberkesanan pengurusan boleh dilihat
apabila ia berjaya dijalankan dengan baik dan berkesan.
Aktiviti pemeliharaan dijalankan oleh individu dan institusi kerajaan serta badan
badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengekalkan kesenian masyarakat Iban daripada
terns pupus. Selain itu, kajian ini turut menekankan kepada langkah-langkah yang perlu
dilakukan oleh masyarakat bagi menjayakan pengurusan pemeliharaan tarian Ngajat
12
seperti proses melatih masyarakat yangterlibat dengan tarian Ngajat , persembahan dan
sebagainya.
Selain itu, pengurusan pemeliharaan dijalankan untuk mengekalkan kesenian
tarian masyarakat Iban sebagai bahan rujukan kepada generasi akan datang. Oleh itu,
penting bagi kita untuk mengekalkan budaya warisan ini daripada terus dipinggirkan.
Dengan adanya pengurusan pemeliharaan, generasi akan datang boleh menjadikan
sumber kajian ini sebagai bahan rujukan untuk mereka mendalami ilmu budaya warisan
yang dimiliki oleh masyarakat Iban pada suatu ketika dahulu.
Petikan berdasarkan laman sesawang:
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=20 1 O&dt=0806&pub=Utusan _ Malaysia&
sec=Sabah _%26_Sarawak&pg=wb _0 1.htm)
" ...... . bagi memelihara keunikan dan keindahan tarian ngajat, Persatuan Dayak
Miri (PDM) mengambil inisiatif mengadakan kelas Ngajat yang diadakan di Ruai
Francis Loke, Bangunan PDM di lalan Merpati di sini. Pengerusi penganjur Kelas
ngajat 2010, Roseline Minggang berkata, ia diadakan setiap tahun bertujuan
melatih dan mengajar generasi baru agar tarian tradisi ini tidak pupus ditelan
zaman"
13
Dalam dunia kesenian, waJar bagi semua pihak untuk menJaga identiti
kebudayaan dan kesenian terutamanya masyarakat Iban seperti mana masyarakat lain.
Kesenian ini merupakan kesenian tarian ngajat yang boleh ditonjolkan kepada pelancong
yaug merupakan produk kebudayaan masyarakat Iban. Selain itu, keaslian tarian Ngajat
masyarakat Than perlu mendapat hak perlindungan oleh masyarkat khasnya masyarakat
lban. Perlindungan ini penting kerana tarian Ngajat merupakan salah satu produk
kesenian yang melambangkan identiti budaya masyarakat Iban.
Kepentingan kajian
Berdasarkan sorotan kesusasteraan, maka didapati kajian ini berbeza daripada
kajian pengkaji lepas. Sebagai contoh, kajian lepas mengkaji tentang Peranan Dayak
Culture Foundation (DCF) Dalam Memelihara Tarian Ngajat tetapi kaj ian ini hendak
meogkaji Pengurusan Pemeliharaan Tarian Ngajat Masyarakat Iban. Pengkaji lepas hanya
memfokuskan kepada peranan Dayak Culture Foundation (DCF) dalam pemeliharaan
tarian Ngajat sahaja. Terdapat ruang kosong yang ditinggalkan dan hendak diisi dalam
kajian ini iaitu tentang pengurusan oleh agensi-agensi yang lain yang turut dalam
memelihara tarian Ngajat. Melalui kajian ini juga, dapat dijadikan sebagai rujukan serta
panduan kepada generasi penerus dalam mengekalkan Tarian Ngajat yang sememangnya
mempunyai keunikan serta keindahan tersendiri.
14
Kajian ini penting kepada pengkaji kerana melalui kajian ini, dapat mengetahui
peagurusan pemeliharaan tarian Ngajat. Selain itu, dapat menambahkan lagi pengetahuan
tentang tarian Ngajat yang merupakan identiti masyarakat Iban. Tambahan lagi sebagai
generasi penerus, melalui kajian ini pengkaji akan mengetahui perkembangan tarian
gajat. Tarian Ngajat masih dikekalkan sehingga sekarang walaupun terdapatnya
perubahan pada pergerakan, kostum, rentak dan fungsinya.
Melalui kaj ian ini nanti dapat mempamerkan keunikan sesebuah Negara yang
mempunyai kepelbagaian bangsa dan agama. Selain itu, dapat menjamin keutuhan
ekonomi Negara kerana dengan adanya kepelbagaian ini dapat menarik kedatangan
pelancoog dari luar N egara. Kesannya ialah kepada industri pelancongan serta tumt
kepada industri-industri yang lain. Perkara ini dapat dilihat melalui kedatangan pelancong
iaitu mereka bukan sahaja membeli tiket mengikut pakej-pakej yang ditawarkan oleh
Syarikat Penerbangan Malaysia malah akan tinggal untuk beberapa hari serta membeli
produk-produk yang ada di Negara ini.
Kajian ini penting kepada masyarakat Iban terutamanya golongan mud a sebagai
tatapan dan untuk menambahkan lagi nilai penghayatan yang tinggi terhadap tarian
Ngajat Iban. Selain itu, agar masyarakat sedar dan mengetahui bahawa tarian Ngajat
masih dikekalkan sekarang. Melalui kajian ini juga, masyarakat Iban dapat mengetahui
koosep, asal-usul dan fungsi tarian Ngajat pada masa dahulu dengan sekarang. Selain itu
daripada itu, agar masyarakat mengetahui bahawa tarian Ngajat masih dikekalkan,
diperkenalkan serta dihargai walaupun telah berlakunya peredaran zaman. Melalui kajian
ini juga, dapat menyemai semangat cintakan budaya sendiri dalam kalangan masyarakat
15