Pengurusan Panitia
description
Transcript of Pengurusan Panitia
PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Oleh Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti
Negeri SabahKementerian Pelajaran Malaysia
2
PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:Perkara 8: Buku Rekod Guru
Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau PJJ, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan.
3
PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:Perkara 11: Penalti
(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit .
4
SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI), SURAT SIARAN KPM
CONTOH : SPI Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod P&P SPI Bil 3-1999.doc
SPI Bil. 3/1987 : Penyeliaan P&P Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar SPI Bil 3-1987.doc
SPI Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran SPI Bil 4-1986.doc
Salah satu kandungan penting dalam SKPM 2010 adalah
Standard 4 ( Pembelajaran dan Pengajaran)
6
KANDUNGAN SKPM 2010 (5 STANDARD)
1-KEPIMPINAN DAN HALA TUJU
2-PENGURUSAN ORGANISASI
3-PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN
HAL EHWAL MURID
4-PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
5-KEMENJADIAN MURID
7
STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
ASPEK 4.1 PENGLIBATAN MURID
ASPEK 4.2 PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID
ASPEK 4.3 HASIL KERJA MURID
ASPEK 4.4 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURUASPEK 4.5 KAEDAH PENYAMPAIAN
ASPEK 4.6 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ASPEK 4.7 PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN
ASPEK 4.8 PENILAIAN
ASPEK 4.9 TEKNIK PENYOALAN
ASPEK 4.10 PENGUASAAN ISI KANDUNGAN
ASPEK 4.11 PENGURUSAN KELAS (BILIK DARJAH/ MAKMAL/ BENGKEL / PADANG)
ASPEK 4.12 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN
8
STANDARD 4.4 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU
Kriteria kritikal
PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN YANG RAPI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN.
Skor 5
•Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan.
•Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.
•Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran.•Refleksi P&P digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang seterusnya.
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran dalam satu atau dua waktu pengajaran.
Apakah Rancangan Pelajaran Harian (RPH) ?
10
DRAF CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa2. Tema/Tajuk3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)4. Objektif Pembelajaran5. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran6. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P&P
7. Bahan Bantu Belajar8. Penilaian P&P9. Refleksi :
i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaranii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)
Penyediaan RPHDokumen Standard
Kurikulum
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Penyediaan RPH yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999
Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999
Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999
Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999
Objektif pendidikan (pengajaran/ pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan.“
(B.S.BLOOM(Ed.)(1956). TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1: Cognitive Domain)
Objektif Pengajaran/Pembelajaran
Menurut R.J.Kibler, et.al(1981). Objectives for Instruction and Evaluation.
Objektif pengajaran merupakan pernyataan yang menerangakn apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran.
Objektif Pengajaran/Pembelajaran
Bermaksud :• suatu pernyataan yang menjelaskan hasil/produk
pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu pelajaran.
• hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku pada murid-murid
Objektif Pengajaran/Pembelajaran
• Objektif implisit –melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara
seperti :• Memahami• melakukan• atau mengetahui• atau menghargai
sesuatu yang telah diajar
Objektif Pengajaran/Pembelajaran
• Objektif eksplisit–melibatkan perubahan tingkah laku yang
boleh dilihat seperti :• menyenaraikan• atau menjelaskan• atau memberikan contoh• atau menunjukkan cara yang betul
terhadap apa yang telah diajarkan
Objektif Pengajaran/Pembelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.
Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran
Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu perlu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembelajaran.
Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran
• Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid
• Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar masing-masing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza perlu dirancang untukmurid murid yang berbeza kecerdasan.
Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran
• Objektif diibaratkan sebagai suatu soalan (misalnya, apakah yang perlu dipelajari murid?)
• jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya, murid perlu mempelajari …
• aktiviti (guru-murid) mencadangkan bagaimana atau apakah langkah / tindakan (kaedah)yang perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab persoalan yang dikemukakan.
Perkaitan antara: Objektif , Isi Pelajaran dan Aktiviti
Refleksi yang sering ditulis oleh guru1. Pelajaran berjalan lancar seperti yang
dirancangkan2. Tiada masalah3. Objektif tercapai
Penulisan Refleksi
Merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru
Apakah Refleksi
Membantu guru untuk :• Mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam pengajaran• Mengambil tindakan susulan untuk
mempertingkatkan mutu pengajaran
Mengapa Perlu Refleksi ?
Sebaik sahaja selesai pembelajaran dan pengajaran (P&P)
Bila Perlu Refleksi?
1. Menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan
2. Memikirkan sama ada P&P telah berlaku
3. Memastikan sama ada objektif P&P telah tercapai
Proses refleksi
4. meneliti maklum balas mengenai pengajaran dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawat dan pencerap P&P
5. Menganalisis maklumat dan menilai kualiti P&P
6. Merancang untuk memperbaiki/ mempertingkatkan mutu P&P
Proses refleksi
Contoh RPH yang kurang baik
Contoh RPH yang kurang baik
Contoh RPH yang kurang baik