Pengurusan Kesihatan Keselamatan Dan Makanan Prasekolah

download Pengurusan Kesihatan Keselamatan Dan Makanan Prasekolah

of 25

description

Kualiti Pendidik Prasekolah

Transcript of Pengurusan Kesihatan Keselamatan Dan Makanan Prasekolah

PENGURUSAN KESIHATAN,KESELAMATAN DAN MAKANAN DI PRASEKOLAH

Feryn Fanera JefferyLee Wei ZherRaathigaa a/p MadhavanTiong Chiong Hung

Kumpulan 3Tutorial 3:PENGURUSAN KESIHATAN,KESELAMATAN DAN MAKANAN DI PRASEKOLAHPENGURUSAN KESIHATANMengikut WHO kesihatan didefinisikan sebagai satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal mental /emosi, rohani dan sosial.Kesihatan juga merupakan satu proses dinamik yang sentiasa berubah serta boleh diperoleh melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap, amalan yang seimbang dan berterusan.

Sambungan konsep.Mengikut Hugh Hawes et.all, kesihatan merupakan keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial bukan hanya sekadar bebas dari penyakit sahaja. Sekiranya salah satu daripada unsur- unsur yang disebutkan mengalami gangguan bermakna individu tersebut tidak sihat.

Penjagaan Kesihatan Kanak-KanakMengawal vector dan agen yang menyebabkan penyakit.Menyediakan air yang mencukupiMewujudkan persekitaran kerja yang sihat.Mengawal pencemaran. Mempastikan persekitaran prasekolah yang sihat,selesa dan selamat.Mempastikan sanitasi makanan dan minuman yang baik.

Memastikan Murid Prasekolah Mendapat Pemeriksaan Kesihatan Diri Dan Pemeriksaan Gigi

Memastikan Murid Mengeahui Cara Mencuci Tangan Dengan Betul

KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKonsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kecedaraan atau kematian. Tanpa amalan keselamatan kanak-kanak akan merasa takut, bimbang dan mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya secara sedar atau tidak. Sambungan.Tanpa keselamatan yang terjamin, pendidikan tidak dijalankan secara berkesan kerana dihantui olehkebimbangan dan takut yang tidak menentu.Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari resah, bebas dari ketakutan di mana semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak.

Prinsip keselamatan kanak-kanak:Bahan Permainan besar dan berbucu bulat.Soket elektrik tidak dapat dijangkau oleh kanak-kanak.Pastikan lantai kelas tidak licin.Ruang dapur adalah tempat larangan dan bukan laluan bagi kanak-kanak.Di ruang luar kelas, longkang perlu bertutup, alat permainan perlu dipastikan keselamatannya.Kawasan perlu berpagar.

Peralatan Prasekolah Yang Selamat dan Tidak Mempunyai Bucu Tajam

Taman Permainan yang selamat

SambunganLatihan kecemasan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Contohnya latihan kebakaran yang mana prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti : a ) Pastikan satu kawasan lapang yang agak jauh di luar bangunan untuk kanak-kanak berkumpul. b) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut. c) Kanak-kanak dilatih mengikut laluan dan bergerak secara tenang jika berlaku kecemasan. d) Sediakan pelan arah laluan ke tempat tersebut.

Pertolongan CemasPertolongan cemas merupakan rawatan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik atau pun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Prinsip-prinsip pertolongan cemasMenyelamatkan nyawa mangsa Mengelakkan komplikasi atau keadaan Jangan panik dan perlu bertenang.Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya dengan logik.Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin. Jika kita mengesyaki ada bahagian anggota yang patah, jangan gerakkan mangsa tersebut.PENGURUSAN MAKANANKonsep Makanan dan Pemakanan

Makanan adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh dikenali sama ada daripada segi warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa. Pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien-nutrien dalam makanan. Biasanya status kesihatan seseorang akan menentukan keperluan pemakanannya.

Pengurusan perkhidmatan makanan untuk kanak-kanak prasekolah sangat penting kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan, perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan. Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang kerana makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dalam program pemakanan di prasekolah.Konsep makanan dan pemakanan dalam pendidikan di prasekolah Meningkatkan kesihatan kanak-kanak.Membina kelaziman dan minat kanak-kanak supaya makan makanan berkhasiat.Meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan yang positif.Memelihara adab sopan dan peraturan makan.

SambunganBerpeluang memperoleh bimbangan ilmu pengetahuan tentang pemakanan, vitamin dan nilai-nilai positif di dalam membina gaya hidup yang sihat.Kanak-kanak diterapkan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberi.Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi fizikal, emosi atau rohani.

Objektif Program Amalan Pemakanan Berkhasiat kanak-kanak:Mempromosi hidup gaya sihat untuk kanak-kanak prasekolah. Di samping emenuhi keperluan sosial, menjadi tanggung jawab pihak pengurusan prasekolah untuk memastikan perancangan perkhidmatan makanan dilaksanakan dengan kesedaran dan komitmen yang tinggi baik dalam pemesanan kelengkapan pembelian makanan mahu pun yang dipertanggungjawabkan untuk memasak di dapur dan menyediakan kemudahan.

Sebagai guru yang mengurus prasekolah anda perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek pemakanan. Terdapat 5 komponen utama yang perlu dikenal pasti dan dikuasai :

1.Pengetahuan diet2.Pengetahuan berkenaan vegetarian3.Pengetahuan keperluan air4.Pengetahuan keperluan susu5.Pengetahuan berkenaan keracunan makanan

Memastikan Murid Prasekolah Memakan Makanan Berkhasiat Seperti Dalam Piramid Makanan

Beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam perancangan perkhidmatan makananMerancang menu yang seimbang yang memiliki nutrien yang baik.Membeli makanan.Membuat penyeliaan pada makanan yang ditempah dan masukkannya dalam inventori.Mengawasi keperluan dapur.Mengekalkan kepuasan yang tinggi iaitu pengurusan, penyediaan makanan dan tempat membuang sampah.Mengawal perbelanjaan makanan dan membuat laporan kepada pengurusan.Menghargai keperluan dan perbezaan budaya dalam pemakanan setiap kanak-kanak.Mengetahui keperluan dan cara komunikasi yang sesuai berkenaan pemakanan kanak-kanak.Menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan.Menyimpan rekod pemakanan kanak-kanak.Menyediakan rekod dan kapasiti pemakanan.Membina kerjasama dan persefahaman antara guru, ibu bapa dan pihak pengurusan.

RUJUKANNoriati A. Rashid (2010). Asas Kepimpinan Profesionalisme Guru. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Izzh Khalil (2011). Pengurusan Kesihatan,keselamatan dan makanan. Dicapai dari http://www.slideshare.net/izzahkhalil/tajuk-4-pengurusan-kesihatan-keselamatan-dan-makanan

Aiza Husnah A. Rahim (2009). Keselamatan Prasekolah. Dicapai dari http://www.slideshare.net/nurulanwar/keselamatan-di-prasekolah-1791676?next_slideshow=1