Pengurusan ICT Sekolah
description
Transcript of Pengurusan ICT Sekolah
PENGURUSAN ICT SEKOLAH
PERANCANGAN ICT SEKOLAH
VISI, MISI dan MATLAMAT ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah
Menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung terowong, dalam
apa-apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik dan
fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperoleh dari
pelbagai sumberDatuk Abdul Rafie bin Mahat
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Mengambil kira:- Kekangan dalam persekitaran Kepakaran Infrastruktur teknologi ICT
Matlamat:- Menghasilkan warga sekolah yang celik ICT Meningkatkan penggunaan ICT dalam kelas bagi P&P yang berkesan Meningkatkan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan melalui penggunaan ICT
PERANCANGAN ICT SEKOLAH
Menyediakan :
1 Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah
2 Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah
Rujuk Buku PanduanPelaksanaan ProgramPengkomputeran di Sekolah
PERANCANGAN ICT SEKOLAH
CARTA ORGANISASI JK ICT SEKOLAH
PENGERUSI(Pengetua/Guru
Besar)Naib Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
JK Perkembangan
Staf
JK Pengajaran &Pembelajaran
JK Pengurusan &
Penyenggaraan
JK Tugas-tugas Khas
JK Penyenggaraan
dan Keselamatan
JK KeceriaanJK Pengurusan Stok &
Dokumentasi
TUGAS JK ICT SEKOLAH
PENGERUSI - (Pengetua/Guru Besar)
1 Mengetuai JK untuk merancang pelaksanaan program ICT sekolah
2 Mengemukakan keperluan sekolah kepada JPN/KPM dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan dan bekalan
3 Mempengerusikan semua mesyuarat JK pelaksanaan ICT sekolah
4 Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah
5 Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya
6 Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar
7 Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan komputer oleh semua pihak
SETIAUSAHA
1 Mengurus mesyuarat JK ICT Sekolah
2 Mengurus latihan dan kursus dalaman
3 Mengurus kewangan JK ICT Sekolah
4 Memantau pembangunan web sekolah
5 Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT Sekolah
6 Menjadi pegawai perhubungan ICT Sekolah
7 Menyediakan jadual :- Pengajaran dan pembelajaran Kelab Guru bertugas
8 Menyediakan dan mengumpul laporan aktiviti ICT sekolah
9 Mengendalikan hal-hal pentadbiran JK ICT Sekolah
TUGAS JK ICT SEKOLAH
JK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1 Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan P&P melalui penggunaan ICT
2 Mengatur penggunaan bahan sumber P&P oleh guru
3 Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam P&P
4 Menambah koleksi bahan sumber P&P
5 Menilai kesesuaian bahan sumber P&P ICT
6 Mengurus penghasilan bahan sumber P&P yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Powerpoint
7 Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam P&P
8 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
TUGAS JK ICT SEKOLAH
JK PERKEMBANGAN STAF
1 Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf
2 Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut
3 Menguruskan pangkalan data sumber manusia dalam ICT
4 Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT akan mengurus dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah
5 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti
TUGAS JK ICT SEKOLAH
JK Pengurusan Stok dan Dokumentasi
1 Menguruskan stok, inventori dan harta modal
2 Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan lesen perisian
3 Memproses bahan-bahan sokongan P&P dan bahan sumber seperti perisian kursus
4 Menyedia dan menyimpan rekod penggunan makmal komputer
5 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
TUGAS JK ICT SEKOLAH
JK Keceriaan
1 Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal
2 Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal
3 Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan makmal komputer
4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
TUGAS JK ICT SEKOLAH
JK Penyenggaraan dan Keselamatan
1 Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan perisian serta mempamerkan di tempat yang strategik
2 Menydiakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal
3 Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan memantau pelaksanaannya(servis penghawa dingin, mencuci pemacu, mengemaskini cakera keras dan mengimbas disk)
4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
TUGAS JK ICT SEKOLAH
JK Tugas-Tugas Khas Program ICT
1 Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar
2 Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan program ICT sekolah
3 Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa
4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan
TUGAS JK ICT SEKOLAH