PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS),...

24
PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH Noor Fazrina Binti Hamzar (28907) Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

Transcript of PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS),...

Page 1: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH

Noor Fazrina Binti Hamzar

(28907)

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2013

Page 2: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

t'usat Khidlllat Maldumat Akademlk UNIVlRS!TI 1't1ALAYSJA S.\N.AWAK.

P . KHIDIIAT IIAKLUIIAT AKADEIIIK

UNIIIAS

1111111111111111~ 111111 1000273088

PENGURUSAN ACARA PEST A REGATTA LEPA DI SEMPORNA SABAH

NOOR FAZRINA SINTI HAMZAR

(28907)

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2013

Page 3: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUOUL: PENGURUSAN ACARA PESTA REGAlTA LEPA 01 SEMPORNA SABAH

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya, NOOR FAZRINA BINTI HAMZAR (28907)

mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,

Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi

5. * sila tandakan 0 1

~_---JI SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat Terhad yang

telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

L-.__.....JI TERHAO

/ IT'OAK TERHAO

Disahkan oleh

(Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia)

Alamat tetap: TB6526, Taman Ria 11, Jalan Utara Baru, 91000 Tawau,Sabah.

Tarikh:Tarikh : lI) (T(~t; Catatan: *Tesis / laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjan Muda

• Jika Tesis / laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

ii

Page 4: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

PENGESAHAN

Projek bertajuk Pengurusan Acara Pesta Regatta Lepa Di Sempoma Sabah telah

disediakan oleh Noor Fazrina Binti Harnzar dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni

Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(DR. INDRA UT AMA)

Tarikh:

iii

Page 5: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa bahagian dalam penye1idikan ini hanya digunakan sebagai bahan

sokongan untuk sesuatu ijazah dan setiap ringkasan te1ah sayajelaskan sumbemya.

Noor Fazrina Binti Hamzar

(28907)

iv

Page 6: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah diucapkan ke hadrat ALLAH s.w.t kerana limpah kumia-Nya

Projek Tahun Akhir seSI 2011/2012 telah terlaksana pada masa yang ditetapkan.

Berdasarkan kenyataan itu, dengan setulus hati di sampaikan penghargaan kepada

pensyarah labatan Seni Liberal, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang

banyak meluangkan masa, memberi bimbingan, panduan dan cadangan yang membina

dalarn menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga dikhususkan kepada informan-informan yang terlibat dalam

kajian ini, terutarna kepada Pejabat Daerah Sempoma selaku penganjur dan Syarikat F&R

Exhibition and Conference selaku pengurus acara. Tanpa mereka kajian ini mungkin tidak

dapat disiapkan.

Pengkaji juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada bonda luwoh

binti Patipai serta adinda Noor Izrinda binti Harnzar yang telah memberi dorongan dan

semangat tidak terhingga. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan

seperjuangan atas sokongan dan galakkan yang diberikan bagi menyiapkan kajian ini.

Terima Kasih

Noor Fazrina Binti Harnzar

v

Page 7: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

ABSTRAK

Acara Pesta Regatta Lepa Sempoma, Sabah, dianjurkan oleh Pejabat Daerah

Sempoma dengan kerjasama daripada Syarikat F&R Exhibition And Conference. Acara ini

berkonsepkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Bajau. Me1alui usaha ini, Pejabat

Daerah Sempoma telah berj aya mengangkat acara ini sebagai "Pesta Air Malaysia."

Pelaksanaan acara tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta di sekitar

Negeri Sabah.

Pesta Regatta Lepa yang didominasikan oleh masyarakat Bajau telah dikekalkan

sebagai sebuah pesta warisan yang unggul di Malaysia dan berpotensi ke peringkat

Pengajian Tinggi Antarabangsa. Hal demikian kerana pesta ini merupakan lambang kepada

identiti budaya masyarakat Bajau. Melalui pesta tersebut, masyarakat Bajau dapat

memartabatkan kesenian dan kebudayan kaum yang menj adi kebanggaan mereka.

Kajian ini ingin menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan acara Pesta

Regatta Lepa oleh pihak Pejabat Daerah Semporna dan kerjasama daripada Syarikat F&R

Exhibitions And Conference dari sudut pandang ilmu pengurusan acara kesenian.

Kata kunci: Acara Pesta Regatta Lepa di Daerah Sempoma Sabah dan Pengurusan Acara

Kesenian.

vi

I

Page 8: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

r

,.. l'D"t Khillmat M.ldumat Akadl'mik VNlVERSln MALAVSIA SAAAWAK

lsi Kandungan

Perkara

Tajuk

Borang Pengesahan Status Tesis

Pengesahan

Perakuan

Penghargaan

Abstrak

lsi kandungan

BABSATV:PENGENALAN

l.l Latar Belakang

1.2 Objektif Kajian

1.3 Hipotesis

1.4 Skop Kajian

1.5 Perrnasalahan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

BAB DVA: SOROTAN KESVSASTERAAN

2.1 Pengenalan

2.2 Bacaan Berkaitan Objek Penyelidikan

2.2.1 Regatta Lepa Pelihara Budaya Baj au

2.2.2 Martabat Warisan Pembuatan Lepa

2.2.3 Pekan Sempoma Kena Serang

vii

I

MIS

II

III

IV

V

VI

Vll

17

18

19

20

21

22

23

24

25

Page 9: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

2.2.4 Pusat Seni dan Budaya Bakal dibina di Sempoma

2.2.5 Regatta Lepa-Pesta Air Tahunan, Sempoma Sabah

2.2.6 Pejabat F&R Exhibition and Conference

2.2.7 Regatta Lepa Sempoma

2.2.8 Sempoma di Kaki Langit

2.3 Bacaan Berkaitan Pembangunan Kerangka Teori

2.3.1 Special Events Best Practices in Modem Event Management

2.3.2 Pengurusan

2.3.3 Event Management For Tourism, Cultural, Business And

Sporting Events, Second Edition

2.3.4 Pengurusan Organisasi Perspektif Pemikiran

BAB TIGA: METODOLOGI KAJlAN

3.l Pengenalan

3.2 Lokasi Kajian

3.3 Data

3.3.2 Data Primer

3.3.1 Data Sekunder

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Rumusan

BAB EMPAT: ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.l Pengenalan

4.2 Analisis SWOT

26

26

28

29

30

31

33

36

38

40

41

41

43

46

48

49

50

50

viii

Page 10: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

4.3 FungsiPengurusan

4.3.1 Masa

4.3.1.1 Perancangan

4.3.2 Kewangan

4.3 .3 Tekno1ogi

4.3.4 Sumber Tenaga (Pengorganisasian)

4.3.4.1 Kepimpinan

4.3.4.2 Pengawa1an

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan

5.2 Cadangan kepada Pejabat Daerah Sempoma

5.3 Cadangan Kajian akan Datang

5.4 Kesimpu1an

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A

LA. 1 : Takwim Mesyuarat lawatankuasa Regatta Lepa Sempoma

Ka1i Ke-20/2013

LA.2: Aturcara Penuh Pe1aksanaan Acara-Acara Dan Persembahan Pesta Air

Regatta Lepa Ke-20 Sempoma 2013

LA.3: Zon Gerak KeIja Pesta Regatta Lepa 2013

56

57

57

65

71

73

110

112

114

115

116

117

118

121

121

126

ix

Page 11: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Lampiran B

LB. 1: Rekabentuk (Design) Mempromosikan Acara Pesta Regatta Lepa

Risalah Pelancongan Tahun 2012 132

LB. 2: Risalah Pelancongan Tahun 2013 Mengandungi Pelbagai lenis Bahasa 134

Lampiran C

Le. I: Senarai Informan 145

SENARAI GAMBAR

Gambar I: Pakaian Tradisional Masyarakat Bajau 8

Gambar 2: Masyarakat Bajau Memperagakan Pakaian Tradisional

ketika Menari Tarian Igal di atas Perahu Lepa 9

Gambar 3: Sambulayang dan Tipas 16

Gambar 4: Lepa, Sambulayang Dan Panji-Panji Pesta Regatta Lepa 16

Gambar 5: Malam Kemuncak Pesta Regatta Lepa 55

Gambar 6: Pengenalan Lepa 61

Gambar 7: Bunting Acara 66

Gambar 8: Baju Acara Ahli lawatankuasa dan Peserta 67

Gambar 9: Pelan Kedudukan Acara 2012 76

Gambar 10: Kawalan Pihak Polis Menggunakan Anjing Pengesan Sebelum Acara 95

Gambar II : Kawalan Pihak Polis Semasa Acara 95

Gambar 12: Penyampaian Arahan daripada Pengerusi kepada Pasukan Rela 96

Gambar 13: Kawalan Pihak Bomba 96

Gambar 14: Latihan Persembahan daripada PETRAS di Pentas Budaya 98

Gambar 15: Mesyuarat Diketuai oleh Tn. A.M Ibnu Hj. A.K Baba Selaku

x

Page 12: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Pengerusi lawatankuasa Pelaksana Regatta Lepa III

Gambar 16: Kolokium Budaya Regatta Lepa Sempoma 2012 142

Gambar 17: Backdrop Size 16x8 Tahun 2012 143

Gambar 18: Banner Size 14x3 Tahun 2012 143

Gambar 19: Sijil Penghargaan Tahun 2012 144

SENARAIPETA

Peta I : Negeri Sabah

Peta 2: Daerah Sempoma 2

Peta 3: Bandar Sempoma 52

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Logo Regatta Lepa 11

Rajah 2: Tapak Pameran 2012 77

Rajah 3: Carta Organisasi 79

xi

Page 13: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Negeri Sabah terkenal dengan gelaran ' negeri di bawah bayu'. Selain itu, Negeri

Sabah pemah dikenali dengan nama"Api-api." Pada asalnya nama Negeri Sabah diambil

daripada sejenis pisang yang dipanggil pisang saba'. Panggilan itu menjadi selari dengan

ramainya masyarakat pantai Barat Sabah menanam pisang saba' untuk bahan makanan

penduduk setempat. 1

Kebanyakkan masyarakat di negeri Sabah bidup berkelompok mengikut suku

kaum. Antaranya ialah Kaum Bajau yang merupakan etnik kedua terbesar di Negeri Sabah

selepas Kaum Kadazan.

_ ... c-. .... ' . ...... DI-ri••

Cl

_.... he .....i8__

......1­

Peta 1 Negeri Sabah2

1 Zakiah Hanum. 1989. Asal- usul negeri-negeri di Malaysia. Kuala Lumpur: Times Book International.

2 https://www.google.com/search?q=peta+negeri+sabah&client=fi refox

1

Page 14: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Pcta Oaerah Scmporna, Sabah

P . ... I ~PwaIrIII,....

,-",-",-",_,,0_ •.•_0"-

Peta 2 Daerah Sernporna3

Merujuk penulisan rnelalui larnan web yang berkaitan dengan rnasyarakat Bajau.

United Sabah Bajau Organization (USBO) rnencatatkan bahawa rumpun Bajau Sabah

terdiri daripada 12 sub-etnik di Malaysia. Antaranya ialah Irranun, Sarna, S uluk, Binadan

(Bannaran), Ubian, Sarna Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Sarnal, Yakan dan lama

Masyarakat Bajau Sarna terbahagi kepada beberapa kurnpulan yang tertumpu di

sekitar Pantai Barat Sabah dan Pantai Tirnur Sabah. Kumpulan rnasyarakat di Pantai Barat

3 http://www.google.com.my/search?q=peta+daerah+semporn&hI=en&client=firefox 4 Sarinah Abdul Ghani (USM). Isnin 15 November 2010, Bajau Sabah Vs Bajau Filipina,

http://penpasksgb.blogspot,com/2010/11/bajau-sabah-vs-bajau-filipina,ht m I

2

Page 15: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Sabah lebih tertumpu kepada suku kaum Bajau Sarna. Masyarakat Bajau Sarna ini terkenal

mem1liki kegiatan harian seperti menunggang kuda, petani dan nelayan di Persisiran Pantai

Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar.

Manakala kumpulan masyarakat di Pantai Timur Sabah pula terlibat dengan pekerjaan

seperti nelayan dan penyelam mahir yang tertumpu kepada aktiviti laut. Masyarakat Bajau

yang berasal dari Daerah Sempoma terkenal dengan gelaran seperti Sea Gypiest, Pang lima

Dilaut, Pelaut Dan Pelayar Terunggul. Gelaran tersebut diperolehi kerana kemahiran

mereka ketika berada di laut. Pantai Timur yang menetap di sekitar Kudat, Sandakan,

Lahad Datu, Kunak, Sempoma dan Tawau. Masyarakat Bajau Pantai Barat dan Pantai

Timur memiliki perbezaan dari segi pertuturan, pakaian, pemakanan, adat resam dan

budaya hidup seperti mana dapat dilihat di dalam Wikipedia Bahasa Melayu.5

Suku kaum Bajau di Daerah Sempoma merupakan kumpulan Bajau Pala'u (Pel aut)

yang terkenal dalam menggunakan perahu lepa. Pada masa dahulu, lepa dijadikan sebagai

tempat tinggal masyarakat Bajau. Hal ini bermakna bahawa masyarakat Bajau hidup diatas

air menggunakan perahu. Ketika mereka turun ke daratan untuk mendapatkan makanan dan

air atau mengebumikan kaum keluarga yang meninggal dunia, maka mereka menggunakan

perahu lepa. Kini, cara hidup sebegini tidak lagi diamalkan kerana rarnai masyarakat Bajau

telah bermastautin di daratan dan usaha menangkap ikan telah diubah secara perlahan-Iahan

dengan melakukan aktiviti pertanian. Namun sebahagiannya masih menjalankan aktiviti

menangkap ikan. Perubahan masa dan teknologi telah menyebabkan penggunaan lepa

semakin berkurang. Keadaan ini telah berganti dengan perahu yang menggunakan enjin bot

sehingga tidak lagi bergantung kepada keadaan angin dan layar. Sebelum lebih jauh

5 Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (2013)."Bajau".

3

Page 16: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

mengkaji kebudayaan tentang kaum Bajau, terlebih dahulu perlu dikenali persekitaran

Daerah Semporna sebagai daerah temp at bermukim Kaum Bajau.

Daerah Sempoma umumnya dihuni oleh Kaum Bajau. Daerah ini terbahagi kepada

dua kawasan iaitu Tanah Besar Sempoma dan kawasan pulau-pulau di sekitamya yang

dikenali sebagai Pulau Bum-bum, Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai dan lain-lain

pulau. Daerah ini terletak berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu

Indonesia dan Filipina. Kawasan ini mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113 412

hektar (282 880 ekar). Memandangkan Daerah Sempoma terletak pada lokasi yang strategi

di pinggiran laut, maka daerah ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang

dikelilingi dengan terumbu karang. Keindahan alam terse but menjadikan daerah Sempoma

sebagai daerah yang menarik perhatian pelancong untuk berkunjung di Negeri Sabah.

Seperti sedia maklum, daerah Semporna sentiasa merupakan zon industri pelancongan.

Terdapat lima buah pulau peranginan yang sentiasa mendapat tarikan pelancong, antaranya

ialah Pulau Sipadan, Mataking, Pulau Mabul, Kapalai dan Sibuan. Hal ini merupakan aset

terpenting dimana pesta Regatta Lepa dilakukan di kawasan pelancongan.

Nama asal Daerah Sempoma ialah "Tong Talun" yang bermaksud "Hujung hutan."

Nama tersebut diilhamkan daripada istilah masyarakat Bajau iaitu Panglima Sakti daripada

keturunan Bajau Kubang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menamakan

Tong Talun. Nama Tong Talun dipilih kerana daerah Sempoma diliputi oleh hutan

belantara di awal penemuannya. Seterusnya, nama Tong Talun ditukar kepada nama

Semporna yang membawa pengertian tempat yang aman atau damai sehingga dikekalkan

sampai hari ini.

4

Page 17: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

t'usat Khidmat MakJumat Akademik UNlVERSm MALAYSIA SAKAWA](

Menurut bancian penduduk dan perumahan Malaysia tahun 2000, daerah Sempoma

mempunyai bilangan penduduk seramai 114,989 orang. Suku kaum Bajau merupakan suku

kaum terbesar iaitu 63,008 diikuti oleh Suku Kaum Melayu 3 562, eina 1049, Kadazan

604, Murut 43, Bumiputera lain 7237, bukan Bumiputera 2 725 dan lain-lain 35761.

Ekonomi daerah Sempoma bergantung kepada tiga sumber utama iaitu pertanian

65%, nelayan 30% dan pemiagaan 5%. Perusahaan pertanian melalui tanaman kelapa sawit

merupakan sumber pendapatan yang utama bagi penduduk daerah Sempoma dan

sebahagian dari ladang-Iadang yang diusahakan dimiliki oleh orang-orang perseorangan

dan syarikat-syarikat tertentu. Nelayan dan perniagaan merupakan sumber kedua

pendapatan masyarakat Daerah Sempoma di samping pelancongan. Daerah Sempoma

mempunyai 11 kawasan mukim dan 117 buah kampung, 115 Badan lawatankuasa

Kemajuan dan Keselamatan Dalam Bandar (JKDB).6

Penyelidikan hanya dilakukan di Daerah Sempoma sesuai dengan tajuk kajian iaitu

memfokuskan kepada Acara Pesta Regatta Lepa. Dengan adanya penganjuran Pesta

Regatta Lepa di Sempoma maka telah membuka peluang kepada pengkaji untuk membuat

kajian akademik terutamanya dari aspek pengurusan. Pengkaji memilih Acara Pesta

Regatta Lepa kerana acara ini merupakan salah satu acara terbesar di Negeri Sabah. Selain

daripada itu, acara ini hanya disambut oleh masyarakat Bajau di Daerah Sempoma sahaja.

Kajian ini dilakukan untuk memartabatkan identiti kaum Bajau melalui penganjuran dan

pelaksanaan acara yang dilaksanakan. Pesta Regatta Lepa merupakan perayaan rasmi bagi

masyarakat Bajau di daerah Sempoma Sabah. Setiap tahun perayaan ini disambut bagi

merealisasikan kebudayaan tanah air hasil daripada budaya turun-temurun agar tidak pupus

6 Temubual dengan Pn. Samsiah Sabdan berusia 41 tahun. Urusetia dalam Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna di Pejabat Daerah Semporna, pada 12 April 2013.

5

Page 18: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

ditelan zaman. Pendapatan yang lumayan mampu dijana oleh usahawan di daerah ini

dengan menyambut kehadiran pengunjung. Selain daripada itu, lokasi ini dipilih kerana

pengkaji berminat dengan kebudayaan suku kawn Bajau dan tertarik dengan pengurusan

acara yang melibatkan bilangan yang besar serta mampu dikawal dengan baik. Pengurusan

acara yang dikaji bermula dari aspek perancangan, pelaksanaan dan cara menyelesaikan

acara tersebut.

Sebenarnya sehingga kini terdapat pelbagai konsep pengurusan yang dikemukakan

oleh tokoh-tokoh pengurusan yang saling melengkapkan dan memperkayakan maklwnat

mengenai konsep pengurusan. Pengkaji melihat konsep pengurusan seperti yang dijelaskan

oleh Saskin dan Morris (1987) lebih tertwnpu kepada pencapaian yang dilakukan

terutamnya para pen gurus kerana bertanggungjawab memastikan semua keIja dilaksanakan

dengan berkesan tanpa melakukan sendiri. Pihak pengurus perlu mengawasi dan

menyelaras aktiviti-aktiviti pihak lain. Seterusnya pengurus mencapai hasil kerja melalui

orang lain dengan membuat perancangan, pengelolaan, pengarahan, penstafan,

penyelarasan, pelaporan dan bajet (PODSCROB).7

Daerah Semporna sememangnya terkenal dengan identiti kawn Bajau. Melalui

Acara Pesta Regatta Lepa, identiti kawn Bajau dapat disebarkan kepada masyarakat umwn.

Nam1.U1 penyebaran identiti kawn Bajau masih tidak berkesan. Keadaan ini dapat dilihat

apabila masih ramai penduduk Malaysia tidak mengetahui akan tradisi kawn Bajau dengan

lebih lanjut. Oleh itu, pengkaji mencuba mengambil topik kajian berkait acara Regatta Lepa

1.U1tuk mempromosikan acara ini di Institut Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS).

7 Md Zuki Bin Hashim, 2008, Mengurus Acara Rasmi Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Halaman 1.

6

Page 19: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Sambutan Acara Pesta Regatta Lepa diraikan oleh beberapa buah kampung di

sekitar Daerah Semporna. Penglibatan beberapa buah kampung tersebut mampu

memeriahkan acara yang dianjurkan.

Pada tahun 1951, Pesta Regatta Lepa dikenal mesra Tamu Besar menjadi Daerah

Semporna. Pada masa itu, Y.A.B Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai

menjadi peneraju kepada acara ini. Acara Regatta Lepa diadakan untuk menghidupkan

warisan dan budaya masyarakat Bajau. Seterusnya pada tahun 1994, nama Tamu Besar

ditukarkan kepada Regatta Lepa. S Penggunaan nama Regatta Lepa dikekalkan sehingga

kini.

Perayaan ini telah menjadi naungan kepada Pejabat Daerah Semporna sejak tahun

1995 dan menjadi acara tahunan. Perayaan ini diadakan semasa cuti umum selama tiga hari

berturut-turut pada bulan April dalam takwim kalender Negeri Sabah. Pada asalnya,

perayaan ini tidak disambut secara rasmi sebelum campur tangan pihak kerajaan. Pada

tahun 2003, perayaan ini hanya direkodkan sebagai 'Pesta Air Malaysia' sahaja.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti, antaranya

ialah Acara Laut, Acara Darat dan Pentas Budaya. Acara Laut hanya memfokuskan kepada

aktiviti laut yang diadakan di tepi pantai dan persembahan kebudayaan hanya melibatkan

pentas budaya. Acara darat yang mendapat sambutan ialah pertunjukan tarian tradisional,

pertandingan Ratu Cantik Lepa, promosi makanan tradisional kaum Bajau, pameran

barangan kraf tangan dan pelbagai aktiviti tradisional yang dianjurkan bagi mengenali

budaya masyarakat Bajau. Semasa acara tersebut, masyarakat Bajau turut menonjolkan

pakaian tradisional mereka. (Lihat Gambar 1 dan 2).

B Temubual dengan En. Norsih bin Nusuri. Timbalan Pengerusi II dalam Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna di Pejabat Oaerah Semporna, pada 12 April 2013.

7

Page 20: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Gambar 1 Pakaian Tradisional Masyarakat 8ajau

(Foto Dokumentasi: Noor Fazrina binti Harnzar. 2013)

8

Page 21: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Gambar2 Masyarakat Bajau Memperagakan Pakaian Tradisional ketika Menari Tarian Igal di atas

Perahu Lepa (Foto Dokumentasi: Noor Fazrina binti Hamzar. 2013)

Pada umumnya, masyarakat Bajau selalu mengayakan pakaian tradisional mereka

semasa menyambut majlis keramaian seperti perayaan Regatta Lepa. Pakaian lelaki

diperbuat daripada kain satin yang dihias dengan kain renda. Seterusnya pakaian

perempuan pula turut diperbuat daripada kain satin yang dilengkapi dengan mandapan, tali

pinggang dan perhiasan kuku. Pembuatan perhiasan kuku tersebut adalah diperbuat

daripada bahan logam. Pada asalnya, pemilihan warna pakaian tradisional masyarakat

Bajau adalah berwarna gelap. Kini, pakaian tradisional ini tidak lagi terikat dengan

pemilihan warna. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat penggunaan warna cerah pada

kain satin. 9

Page 22: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Logo, lagu dan tema acara Regatta Lepa dicipta bagi memberi imej yang tersendiri

terhadap Pesta Regatta Lepa. Penggunaan simbol dan wama pada logo melambangkan

maksud tertentu. Wama kuning di belakang logo melambangkan negeri pertama menerima

pancaran matahari jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Selain itu, kuning

juga melambangkan kedaulatan negara. Wama biru melambangkan perpaduan kaum Bajau.

Seterusnya simbol kocakan air laut merupakan kepayahan yang dilalui oleh kaum Bajau

dalam mengharungi laut sebagai sumber pencarian rezeki mereka. Sambulayang merah

pada logo pula melambangkan keberanian kaum dalam menempuhi cabaran masa akan

datang. Semibulatan berwama kelabu pula bermaksud global iaitu budaya Bajau masih

dikekalkan walaupun terdapat pelbagai pengaruh yang mampu menghakis budaya ini.

Manakala Lagu 'Lepa Sampulna' diputarkan semasa acara ini berlangsung. Lirik pada lagu

perayaan ini dicipta berdasarkan bahasa Bajau yang sememangnya menjadikan Pesta

Regatta Lepa sebagai perayaan hari besar etnik ini. (Lihat Rajah 1).

10

Page 23: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

Rajah 1 Logo Regatta Lepa9

9 http://www.sabah .gov.my/pd.sprn/regatta.html 11

Page 24: PENGURUSAN ACARA PESTA REGATTA LEPA DI ... - … acara Pesta Regatta Lepa di...Sarawak (UNIMAS), terutarnanya kepada penyelia pengkaji iaitu Dr. Indra Utarna yang banyak meluangkan

"Lagu Lepa Sampulna"

Alami isab REGATIA LEPA Malahat ta malahat Sampulna

Hinang tahunan ba aheya Panimpunan banan lepa

Aheka rusab ginisan lepa Bulih pinasil maka biasa Sappit itu sab ba aheya

Aheka va tarua'na

C/O: TIP AS-TIP AS panon panji aheya SAMBULA YANG maka SALINGGURUH

Saluvang sangkil ninna' mapangah I yana pakakas lepa

Suli ta sab ba nionan lepa Iti bayanan saga manoa

Suvaiva ni kallogan heh ta MANJARI PUSAKA BANGSA

Lirik: Abd. Garang A wang Lagu: PETRAS/ Jasni Yakub'o

Terjemahan Lagu Bahasa Melayu

Meriah REGATA LEPA Tempat kita di Sempoma

KeIja tahunan besar-besaran Perhimpunan semua perahu

Banyak juga jenis perahu Hiasannya cantik menarik

Banyak bah saingan Banyak taruhannya atau saingannya

Bendera-bendera kecil diikuti bendera besar Bendera hiasan SALINGGURUH

Bujak @ tombak, kain disimpan di dalamnya ltulah alatan perahu

10 http://www.sabah.gov.my/pd.sprn/regatta .html 12