Penglihatan dan Mimpi - satu pengenalan Alkitabiah

download Penglihatan dan Mimpi - satu pengenalan Alkitabiah

of 5

description

Maklumat tentang penglihatan dan mimpi dari perspektif Kristian yang diambil sepenuhnya daripada Alkitab. memberi landasan Alkitabiah untuk menangani dan respons kepada orang yang bergantung/percaya kepada mimpi dan penglihatan.

Transcript of Penglihatan dan Mimpi - satu pengenalan Alkitabiah

Penglihatan: Apa yang diajar dalam AlkitabWaktu saya berdoa saya melihat Iblis mengikat anak-anak Tuhan, tidak membuat mereka murtad, tetapi tidak dapat maju dalam iman. Iblis itu juga memiliki wajah yang jahat, bermata merah dan badan dia berasap hitam; dia berbentuk ular dan sedang membelit anak-anak Tuhan supaya tidak dapat mahu dalam Tuhan Yesus. Respons: Kita berdoa melepaskan anak-anak Tuhan yang tidak sedar mereka sedang dibelit kuasa jahat

Maksud perkataan penglihatan Perjanjian Baru Yunani (Greek) G3701 visuality, apparition G3705 something gazed at, spectacle (supernatural), sight G3706 act of gazing, external or internal, inspired appearance Perjanjian Lama Ibrani (Hebrew) H4236 vision, to gaze at, perceive H4759 vision, mirror, looking glass H2376/7 a mental sight, sight

Perjanjian Baru Ada janji orang muda akan mendapat penglihatan KPR 2:17 KPR 9:10-16 Saluran yang dipakai Tuhan untuk berfirman (memberi arahan) kepada manusia secara langsung Manusia sedar ketika mendapat penglihatan dan boleh respons/berinteraksi dengan Tuhan Penglihatan ialah gambar bergerak (video audiovisual yang interaktif) ay 12

KPR 10:3-6, 30 Jam tiga petang, ketika sedang berdoa Melihat malaikat Allah dan berinteraksi dengannya Mendapat arahan

KPR 10:9-17, 19-20, 28-29, 34 12 tengah hari, ketika berdoa (dalam keadaan lapar) rohnya diliputi kuasa ilahi (English trance; Yunani displacement of the mind, ecstasy, astonished) Nampak gambar bergerak + dengar + respons (interaktif) Tertanya apakah erti penglihatan itu apa yang dilihat bukan mesejnya tetapi apa yang dimaksudkan oleh apa yang digambarkan; mencari erti/makna penglihatan penting Mengambil masa berfikir tentang pengertian itu berusaha mencungkil maksudnya Akhirnya mendapat maksudnya bukan tentang makanan tetapi tentang manusia dan bagaimana untuk melayan mereka!

KPR 16:9-10 Pada malam hari Nampak orang berseru menarik kesimpulan + tindakan diambil Tujuan penglihatan memberi petunjuk/arahan; membimbing

KPR 18:9-11 Pada waktu malam Tuhan berfirman, memberi galakkan dan membantu buat keputusan

* visi peribadi

Perjanjian Lama Kejadian 15:1-6 Tuhan berfirman untuk memberi galakkan

Bilangan 12:5-8 (penting 6,8) Diberi kepada nabi Merupakan teka-teki Cara Allah menyatakan diri (tanpa manusia musnah)

Bilangan 24:4 Lihat Tuhan Mata terbuka

Mazmur 89:19 Allah berbicara kepada kita melalui penglihatan

Yeremia 14:14 Ada visi yang palsu

Yeremia 23:16 Ada visi dari hati manusia

Yehezkiel 12: 24 Visi yang vain desolating, evil (destructive), ruin, useless, false

Daniel 8:26 Waktu pagi dan petang Penglihatan satu rahsia bukan untuk diberitahu orang

Daniel 10:1 (lihat juga 8:15-16 dan 9:22) Penglihatan perlu difahami (dicamlah)

Daniel 10:7,8 Penglihatan tak dapat dilihat oleh orang lain yang bersama anda Memberi kesan atas badan fizikal lemah dan sakit (lihat 8:26-27)

Habakuk 2:2,3 Tulis (catat/rekodkan) visi yang diterima Untuk orang lain baca dan bertindak Ada masanya apabila visi (penglihatan) itu akan berlaku

*visi profetik

Mimpi dan Orang Kristian

Saya bemimpi teman lelaki saya itu bercumbuan dengan seorang wanita. Dan bila saya bertanya dia mengaku dia pernah bercumbuan dengan perempuan itu. Teman lelaki saya pun pernah bermimpi tentang perempuan yang sama ini. Apakah maksud mimpi ini dan ada atau tidak kesinambungan atau mereka ada jodoh atau ada maksud lain?

Mimpi diberi perhatian serius oleh ramai orang dari pelbagai latar belakang dan agama. Apabila mereka menjadi Kristian, kepentingan yang dianugerahkan kepada mimpi masih dipelihara. Tapi apakah ini betul dan Alkitabiah? Apakah pendirian Kristian yang Alkitabiah tentang mimpi?

Cara Lama, Cara Baru Ibrani 1:1-2 Di dalam Perjanjian Lama jumlah ayat yang mengandungi perkataan dream, dreams dan dreamed adalah 91 manakala dalam Perjanjian Baru jumlahnya 8. Mengapakah ini? Mimpi adalah satu cara penting yang digunakan oleh Tuhan untuk berkomunikasi kepada manusia pada zaman sebelum Yesus. Mimpi adalah satu cara komunikasi lama Allah. Mimpi bermesej ini khususnya diberikan kepada nabi (Bilangan 12:6; Hosea 12:10; ) dan juga mereka yang mempunyai pengaruh atau tanggungjawab atas ramai orang (contohnya raja). Penggunaan mimpi untuk berbicara dengan manusia nampaknya berakhir (atau sekurangkurangnya sangat sedikit digunakan) sesudah kedatangan Yesus. Ini adalah kerana Allah sekarang berkomunikasi khasnya melalui Yesus dan juga melalui Roh Kudus dan Firman Allah yang tertulis. Walaupun begitu ada kemungkinan (yang kecil) Allah akan menggunakan mimpi untuk berkomunikasi dengan kita (KPR 2:17, walaupun janjinya khusus untuk orang tua)

7 Prinsip Asas Menterjemah Mimpi 1. Kebanyakan mimpi berbentuk simbolik (gambaran akan sesuatu) 2. Simbol-simbolnya datang dari kehidupan si pemimpi a. Apakah maksud simbol mimpi ini kepada saya, dalam konteks kehidupan saya (Yusuf gembala dan bermimpi tentang gandum dan bintang Kejadian 37:111) 3. Mimpi biasanya berbicara tentang apa yang diambil berat/risaukan ketika itu a. Apakah isu-isu yang memenuhi hati saya ketika ini (Paulus dan keinginan tahu mana dia harus pergi menginjil KPR 16:6-11 [visi pada waktu malam] )

4. Maksud mimpi mesti datang dari si pemimpi minta bantuan Roh Kudus (Daniel 1:17) 5. Hati pemimpin ada loncatan dan ya bila interpretasi betul dicapai 6. Mimpi tidak mengutuk tetapi menyatakan sesuatu untuk menyelamatkan nyawa (Ayub 33:13-18) 7. Jangan membuat keputusan/tindakan HANYA berdasarkan mimpi.

Respons Kepada Mimpi Peribadi Hampir semua mimpi adalah tentang diri anda untuk diri anda sahaja (Kejadian 15:1-21, 20:1-18, 28:10-22, 31:10-29, 37:1-11, 40:1-23, 46:1-7). Jika ada mimpi yang diterima sebagai mesej peribadi dari Allah, apakah yang harus dilakukan? 1. Asingkan elemen emosi terlebih dahulu dalam mimpi itu. a. Apakah yang anda rasa apabila bangun sesudah bermimpi? b. Aspek manakah hidup anda pada masa ini mengalami emosi yang sama? 2. Perhatikan aksi dalam mimpi itu pula a. Kenal pasti simbolisme di sebalik aksi-aksi dalam mimpi; semua aksi dalam mimpi adalah simbol untuk sesuatu yang lain b. mimpi mati bukan anda akan mati tetapi sesuatu dalam hidup anda akan berakhir; tiada hubungan/komunikasi lagi c. kereta yang anda pandu bergerak ke belakang = dalam perjalanan hidup anda ada kemunduran; tidak ada kemajuan dalam perjalanan hidup 3. Orang dalam mimpi anda melambangkan aspek sifat yang spesifik dalam hidup anda a. Apakah sifat dominan orang itu (seperti mana anda kenal dia) b. Apakah fungsi atau keistimewaan orang itu? 4. Binatang biasanya melambangkan emosi a. Apakah emosi yang disimbolkan oleh binatang itu biasanya? 5. Nombor/jumlah biasanya apa yang dimaksudkan di dunia dan berkait rapat dengan apa yang diwakilinya a. Yusuf bermimpi 11 bintang (Kejadian 37:1-11) = 11 adik beradiknya

Beberapa pemerhatian lain Seperti nubuatan, mesej dan amaran dalam mimpi bergantung pada respons manusia (Yehezkiel 33:13-16). Jika anda bertindak sesuai dengan maran/arahan yang diberi anda akan mendapat kebaikan yang dijanjikan. Hanya ada satu amaran sahaja dalam Alkitab tentang mimpi jangan dengar mimpi orang lain kerana anda mungkin akan tersesat (Yeremia 14:14; 23:16,25-27,32; Yehezkiel 13:1,7; 12:24; Ulangan 13:1-5; Yeremia 27:9-11; Zakaria 10:2). Mimpi buruk (nightmare) adalah jeritn hati yang luka yang merupakan petanda anda memerlukan doa penyembuhan batin atau pelepasan. Ada mimpi yang mencetus idea dan menyatakan kreativiti ilahi.