Penghayatan Konsep Hamalah al-Quran Dari Perspektif Adab...

21
Penghayatan Konsep Hamalah al-Quran Dari Perspektif Adab dan Akhlak dalam Kalangan Huffaz: Satu Kajian Untuk Pengukuhan Hafazan Zainora Daud Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM [email protected] ABSTRAK Perkataan hamalah al-Quran sangat sinonim dengan huffaz al-Quran. Para hamalah al-Quran ialah insan yang sangat prihatin dan komited dengan al-Quran sama ada dari aspek tilawah, hafazan, kefahaman dan amalan yang berterusan. Objekjtif kajian ini adalah untuk mengenalpasti profil Hamalah al-Quran serta mengkaji sejauhmana konsep Hamlah al-Quran yang diaplikasi dalam kalangan huffaz. Kajian berbentuk kuantitatif dipilih sebagai rekabentuk kajian ini. Instrumen soal selidik berbentuk lima skala likert diagihkan kepada 80 orang responden dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di Ma’ahad Tahfiz swasta terpilih. Instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan skor peratusan. Hasil dapatan keseluruhan kajian menunjukkan konsep Hamalah al-Quran kalangan Huffaz dari perspektif adab dan akhlak berada di tahap baik. Namun begitu terdapat beberapa item yang perlu diberi perhatian dari aspek 21.25% tidak memiliki sifat sabar, 15.0% tidak pasti mempunyai perasaan takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana Allah sentiasa melihat, 12.5% ikhtilat antara ajnabi dan 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran. Ini mendatangkan salah satu implikasi negatif terhadap pengukuhan hafazan apabila hanya terdapat 35 peratus pelajar yang berjaya menghafaz juz satu hingga lima sahaja walaupun mereka sudah berada tingkatan empat dan tingkatan lima berbanding dengan 36.25 peratus yang berjaya menghafaz lebih lima belas juz. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti Huffaz sangat menitiberatkan dan memahami bahawa terdapat hubungan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan pembentukkan peribadi dengan pemakanan halal serta kaitan antara pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan Allah. Kata kunci: Hamlah al-Quran, Adab, Akhlak, Ma’ahad Tahfiz, 1. Pengenalan Al-Quran dari segi bahasa ialah Qiraah. Sebagaimana firman Allah dalam surah al- Qiyamah bahawa: ﯿMaksud: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. (Al- Qiyamah: 17-18)

Transcript of Penghayatan Konsep Hamalah al-Quran Dari Perspektif Adab...

Penghayatan Konsep Hamalah al-Quran Dari Perspektif Adab dan Akhlak dalam

Kalangan Huffaz: Satu Kajian Untuk Pengukuhan Hafazan

Zainora Daud

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM

[email protected]

ABSTRAK

Perkataan hamalah al-Quran sangat sinonim dengan huffaz al-Quran. Para hamalah al-Quran ialah insan yang

sangat prihatin dan komited dengan al-Quran sama ada dari aspek tilawah, hafazan, kefahaman dan amalan

yang berterusan. Objekjtif kajian ini adalah untuk mengenalpasti profil Hamalah al-Quran serta mengkaji

sejauhmana konsep Hamlah al-Quran yang diaplikasi dalam kalangan huffaz. Kajian berbentuk kuantitatif dipilih

sebagai rekabentuk kajian ini. Instrumen soal selidik berbentuk lima skala likert diagihkan kepada 80 orang

responden dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di Ma’ahad Tahfiz swasta terpilih.

Instrumen pengutipan data telah diubahsuai oleh pengkaji dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar.

Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan skor peratusan. Hasil dapatan keseluruhan kajian

menunjukkan konsep Hamalah al-Quran kalangan Huffaz dari perspektif adab dan akhlak berada di tahap baik.

Namun begitu terdapat beberapa item yang perlu diberi perhatian dari aspek 21.25% tidak memiliki sifat sabar,

15.0% tidak pasti mempunyai perasaan takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana Allah sentiasa

melihat, 12.5% ikhtilat antara ajnabi dan 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran. Ini

mendatangkan salah satu implikasi negatif terhadap pengukuhan hafazan apabila hanya terdapat 35 peratus

pelajar yang berjaya menghafaz juz satu hingga lima sahaja walaupun mereka sudah berada tingkatan empat

dan tingkatan lima berbanding dengan 36.25 peratus yang berjaya menghafaz lebih lima belas juz. Hasil dapatan

kajian menunjukkan bahawa majoriti Huffaz sangat menitiberatkan dan memahami bahawa terdapat hubungan

antara maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan pembentukkan peribadi dengan pemakanan halal serta kaitan

antara pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan Allah.

Kata kunci: Hamlah al-Quran, Adab, Akhlak, Ma’ahad Tahfiz,

1. Pengenalan

Al-Quran dari segi bahasa ialah Qiraah. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-

Qiyamah bahawa:

چ جئ جئ جئ جئ جئ جئ جئ جئ جئی چ

Maksud: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu)

dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan

bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. (Al-

Qiyamah: 17-18)

Al-Quran merupakan kalam Allah yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad SAW, yang

telah ditulis di dalam mashaf-mashaf, dinaqalkan secara mutawatir kepada kita, membacanya

dikira sebagai ibadah1 bermula dari surah al-Fatihah hingga akhir surah al-Nas2 dan menjadi

sumber perundangan Islam yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyyah kepada

cahaya iman dan Islam3. Malaikat Jibril dilantik sebagai guru al-Quran kepada Rasulullah

secara talaqqi dan musyafahah dalam firman Allah ayat 5 surah al-Najm4.

چٹ ٹ ٹ ٹ چ

Maksudnya: Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat Jibril) yang

amat kuat gagah.

Al-Quran diturunkan melalui dua peringkat iaitu secara sekaligus dan secara

berperingkat-peringkat selama dua puluh tiga tahun. Antara hikmah penurunannya secara

berperingkat-peringkat ialah untuk menerapkan proses pentarbiyahan ummah secara

berperingkat-peringkat samaada dari aspek hafazan, kefahaman al-Quran, tanggungjawab

dengan syariat Islam, membersihkan aqidah serta adat kebiasaan dengan syariat dan akhlak

terpuji5. Lantaran itu seiring dengan keagunagn al-Quran sebagai kalam Allah dan mukjizat

terakhir Rasulullah SAW, maka setiap orang bertangungjawab mengamalkan adab-adab yang

dituntut oleh syara’ sama ada qari, muqri’, pelajar, guru dan masyarakat.6

Rasulullah meneruskan legasi pengajaran al-Quran kepada para sahabat yang

merupakan generasi al-Quran yang sangat cemerlang dengan keprihatinan dan komitmen jitu

untuk menghafaz, memperbanyakkan tilawah al-Quran,7 mempelajari, memahami al-Quran,

mengamalkannya serta mengajarkan al-Quran kepada keluarga mereka 8 sehingga mereka

menjadi ulama dan pakar-pakar rujukan yang terkenal seperti Ubay bin K’ab. Abdullah bin

Mas’ud, Zaid bin Thabit dan sebagainya. 9 Pengajian tahfiz al-Quran berkembang sejak

1 Muhaysin, (1989). Fi Rihab al-Quran. Beirut: Dar al-Jil. Hlm 12-13’ 2 Abu Shahbah. (1992). Al-Madkhal li Dirasat al-Quran al-Karim. Kaherah: Maktabah Sunnah, hlm 20. 3 Al-Qaṭṭan, (1996). Manna’, Mabaḥith fi ‘Ulum al-Qur’an. Kaherah: Maktabat Wahbat, hlm 1-2. 4 Al-Majidi, ‘Abd al-Salam Maqbal, (2000). Talaqqi al-Nabi Alfaz al-Qur’an al-Karim. Cet.per-1, Beirut,

Lubnan: Mu’assash al-Risalah, hlm 18-19. 5 Muḥaysin, Muḥammad Salim, (1409H/1989M) .Fi Rihab al-Qur’an al-Karim. Juzu’.1. Beirut: Dar al-Jil. 1,

hlm 20-29. 6 Al-Nawawi. (2005). Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran. Beirut: Dar al-Minhaj,hlm 5-8. 7 Mukram, Abd al-‘Al Salim. (1996). Al-Qiraat al-Quraniyyah wa Atharuha fi al-Dirasat al-Nahwiyyah. Beirut:

Muassasah al-Risalah, hlm 9-10. 8 Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya, hlm 145-146. 9 Abd al-Qadir dan Khairul Anuar Muhammad. (2014). Muzakirah Turuq Ta’lim al-Quran wa al-Tahfiz.

Selangor: Darul Syakir Enterprise, hlm 9-10.

penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w, zaman sahabat, tabi’in melalui proses talaqqi dan

musyafahah secara mutawatir10 dan terus berkembang sehingga ke hari ini dengan kewujudan

institusi-institusi tahfiz yang begitu pesat11.

Terdapat banyak hadis-hadis yang berkaitan para penghafaz dan pembaca al-Quran

antaranya hadis Rasulullah s.a.w yang menunjukkan kelebihan para penghafaz al-Quran, yang

diriwayatkan oleh Al-Bukhari12:

خريكم من تعلم القرأن وعلمه

Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah orang-orang yang belajar al-Quran dan

mengajarnya.

Bermula daripada masjid, rumah individu, istana-istana khalifah dan rumah-rumah

pembesar yang menjadi tempat perkembangan al-Quran selepas kedatangan Islam. Di Tanah

Melayu kelas al-Quran telah wujud bermula di rumah-rumah guru, sekolah-sekolah pondok

sehingga dalam sistem pendidikan sekolah Islam13 dan semakin berkembang sehingga lahir

institusi tahfiz kerajaan dan swasta.14

2. Latar belakang

Pengertian Hamlah diambil daripada perkataan Hamala ialah membawa atau

menanggung sesuatu iaitu menghafaz al-Quran atau mengamalkannya.15 Hamalah al-Quran

didefinisikan sebagai penghafaz al-Quran. 16 Hamilul Quran juga bermaksud orang yang

mampu memahami al-Quran, mengetahui segala hukum hakam serta mengamalkan segala isi

kandungan al-Quran.17

10 Ahmad Khalid Syukri etal. (2010). Al-Munir fi Ahkam al-Tajwid. Amman: Jam’iyyah al-Muhafazah ‘ala al-

Quran al-Karim, hlm 24. 11 Abd Rahman Abd Ghani etal. (2012) Tahap Pengurusan Institusi Tahfiz Persendirian di Negeri Selangor dalam

Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam Bil.1/Februari. Selangor: KUIS, hlm 242. 12 Al-Bukhari Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. 1410H/1937. Sahih Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi. Beirut. Kitab

Fadail al-Quran, Bab Khairukum Man Ta’allama al-Quran wa ‘Allamah, No. Hadith: 5027, hlm.1284 13 Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya, hlm 145-147. 14 Abd Rahman Abd Ghani etal. (2012) Tahap Pengurusan Institusi Tahfiz Persendirian di Negeri Selangor dalam

Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam Bil.1/Februari. Selangor: KUIS, hlm 242. 15 Ibrahim Mustafa etal. (1960). Al-Mu’jam al-Wasit. Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah, hlm 199. 16 http://www.almaany.com/ar/dict/حملة 17 Abu Mardhiyah. (2004). Tajwid al-Quran. Kuala Lumpur: al-Jenderaki Enterprise, hlm 15.

Al-Nawawi menyatakan bahawa hamlah al-Quran ialah pembawa al-Quran yang

sentiasa komited menjaga etika dan akhlak ketika bersama-sama al-Quran. Adab seorang

pelajar sebagai seorang penuntut ilmu termasuklah adab menjalani hal-hal yang menyibukkan

sehingga tidak boleh fokus perhatian untuk belajar, kecuali hal yang mesti dilakukan kerana

keperluan. Hendaklah dia membersihkan hati dari kotoran-kotoran dosa supaya boleh

menerima al-Quran, menghafaz dan memanfaatkannya. Tujuannya ialah menjaga dan

melindungi al-Quran dari kebatilan, kepalsuan dan pengubahan tidak lain.18

Sebagaimana hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Tabrani, no.hadis 2833,

bab al-Ha’ al-Husayn bin ‘Ali bin Abi Talib (al-Tabrani, t.t) dengan sanad marfu’.19

محلة القرآن عرفاء أهل اجلنة

Maksudnya: Para hamlah Al-Quran itu adalah ketua ahli syurga

Adab ialah tingkah laku serta tutur kata yang sopan dan halus atau cara seseorang

berkelakuan dalam sesuatu situasi. Manakala akhlak pula kelakuan atau tingkah laku yang baik,

budi pekerti, moral atau tabiat.20

Agama merupakan faktor utama dalam pembentukan akhlak agar manusia manjadi baik

sama ada melalui suruhan dan larangan. Nilai-nilai akhlak yang baik mendatangkan implikasi

positif terhadap tingkahlaku individu dan masyarakat.21

Hubungan akhlak serta adab dan agama Islam mempunyai kaitan yang rapat dalam

proses pendidikan untuk mengubah tabiat manusia yang menjadikan tingkah laku manusia

erteraskan kesepaduan iman dan amal dalam menerapkan akhlak-akhlak mulia.22

18 al-Nawawi, Mahyudin Abi Zakaria Yahya Syarafin. (2005). Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran. Beirut: Dar

al-Minhaj, hlm 71-72. 19 Al-Suyūtī, ‘Abd Raḥmān Abī Bakr, (2006). Al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Bayrūt: Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.

Jil.1, hlm 390. 20 Noresah Baharom. (2005) Kamus Dewan Edisi ke-4. Selangor: Dawama Sdn. Bhd, hlm 7. 21 al-Na’imy, Abdullah al-Amin, (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan al-Qabisi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, hlm 51-54 22 al-Na’imy, Ibid,hlm 73.

Antara konsep pembelajaran dan pendidikan al-Quran juga untuk menghayati dan ajaran dan

akhlak al-Quran dengan mengetahui, memahami maksud ayat-ayat al-Quran dan mengambil

pengajaran dan iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang terkandung dalam al-Quran.23

Rasulullah s.a.w. juga merupakan qudwah hasanah di dalam aspek adab dan akhlak

sebagaimana hadis bahawa Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang

mulia. Rasulullah telah berjaya mentarbiyyah dan membina para sahabat sebagai generasi al-

Quran, yang benar-benar faham tentang al-Quran sehingga sanggup berkorban kerana Allah.

Al-Qabisi juga menekankan beberapa pendekatan pendidikan akhlak seperti qudwah,

kesan jamaah terhadap individu, tujuk cara, kefahaman berkaitan dengan syariat Islam serta

akhlak-akhlak yang dituntut oleh Islam yang memberi implikasi kepada pelajar sebagai insan

yang berakhlak mulia.24

3. Permasalahan Kajian

Cabaran bergelar hafiz adalah untuk mengingatkan semua ayat-ayat hafazan, di

samping untuk memelihara diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menjauhkan perkara-

perkara maksiat di dalam mengukuhkan ayat-ayat hafazan. Bahkan faktor diri sendiri, sikap,

displin yang tinggi, cara hidup, suasana persekitaran sangat menyumbang dalam pengukuhan

ayat-ayat hafazan.25

Hasil kajian Ahmad Syamil Ikhwan mendapati bahawa tiga puluh peratus para huffaz

menghadapi kesukaran dalam menghafaz al-Quran kerana terlibat dengan masalah-masalah

akhlak seperti menghisap rokok, tidak komited dengan kelas tasmik, tidak menghormati guru

serta tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.26

Lantaran itu sebagai hamlah al-Quran yang sentiasa dekat dengan al-Quran, perlu

memiliki hati yang bersih dari sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang tercela seperti

pemarah, dengki, menurut hawa nafsu, khianat, takbur, bongkak dan lain-lain supaya mudah

23 Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya, hlm 182-183. 24 Al-Nai’my. (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran menurut Ibnu Khaldun dan al-Qabisi. DBP: Kuala

Lumpur. 25 Utusan Malaysia Online, Cabaran bergelar Hafiz, 31/8/2010 ttp: // ww1 . utusan. com. my/utusan /info. asp?y=

2010). 26 Ahmad Syamil Ikhwan, (2014) dalam latihan ilmiah bertajuk Pelaksanaaan Kaedah Hifz Al-Quran: Satu Kajian

di kalangan Pelajar Tahfiz, KUIS, tesis diploma, hlm 30-35.

menerima segala kefahaman. Secara tidak langsung akan menghasilkan perwatakan yang baik.

Malahan tuntutan fardhu ain dengan menjaga hubungan dengan Allah, dengan manusia serta

diri sendiri menjadi tanggungjawab kepada setiap mukallaf termasuk Hamlah al-Quran.27

Azmil Hashim, 2014 menyatakan bahawa terdapat hubungan yang sangat signifikan

antara adab-adab pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan pelajar. Adab-adab dalam

pembelajaran tahfiz ialah sentiasa ikhlas, sentiasa memelihara wudhu, membaca doa hafazan,

mengadap kiblat, menjauhi maksiat, makruhat dan syubhat, menjaga pemakanan halal,

menjaga pemakanan berkhasiat, bersabar, bergaul dengan golongan huffaz, menjaga solat

berjemaah, menghormati guru dan memperbanyakkan amalan sunat perlu dijadikan amalan,

budaya dan cara hidup mereka.28

Antara masalah-masalah yang mengganggu hafazan iaitu cintakan dunia serta terlalu

sibuk dengan urusan dunia, tidak merasai kenikmatan a al-Quran, hati yang kotor dan banyak

melakukan maksiat serta sikap malas, tidak sabra, berputus asa dan niat yang tidak ikhlas. Oleh

itu menghafaz al-Quran tidak mungkin dilakukan oleh orang yang berhati kotor kerana kitab

ini adalah suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang maha suci, dibawa oleh malaikat yang

suci, diberikan kepada Rasullulah S.A.W. yang suci dan diturunkan ke tanah yang suci.

Kekotoran hati ini mengikut perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang. Apabila hati

sudah kotor maka hafazan terhadap al-Quran akan berkurangan sehinggalah ke peringkat hati

yang hitam gelap yang akan menjauhkan seseorang dari kecintaan dan melupakan al-Quran.29

Dalam menyatakan adab tentang hamlah al-Quran ini, bersifat sebagai ahli al-Quran,30

meninggalkan perkara-perkara maksiat, makruhah dan syubhah menjadi antara faktor-faktor

yang menyumbang dalam pengukuhan ayat-ayat hafazan31

27 Abdul Salam Yusof. (2003). Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Selangor: Utusan Publication &

Distributor Sdn Bhd, hlm 37. 28 Azmil Hashim. (2014). Hubungan Antara Adab-Adab Pembelajaran Tahfiz Dan Pencapaian Hafazan Pelajar.

The Online Journal of Islamic Education, Jurnal 2014, Vol.2, Issue 2, hlm 79-80 dalam http://pustaka2. upsi.edu.

my/eprints 29 Abdul Hafiz Abdullah etal. (2005) Keberkesanan Kaedah Hafazan Di Pusat Tahfiz. UTM: Pusat Pengajian

Islam Dan Pembangunan Sosial, hlm 43-46. 30 Abd al-Qadir dan Khairul Anuar Muhammad. (2014). Muzakirah Turuq Ta’lim al-Quran wa al-Tahfiz.

Selangor: Darul Syakir Enterprise, hlm 11-12. 31 Abu Najihat. (2002). Panduan bagi Hafiz-Hafizah dan Qari –Qariah, Selangor: Darul Iman Sdn Bhd.hlm 85-

89.

Kajian ini bertujuan untuk untuk mengenalpasti profil Hamalah al-Quran serta mengkaji

pelaksanaan konsep Hamalah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak di salah sebuah

ma’ahad tahfiz.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan yang menggunakan satu set soal

selidik iaitu Skala Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak. Tujuannya untuk

mendapatkan maklumat daripada subjek kajian untuk menghuraikan fenomena dan untuk

membuat ramalan tentang sesuatu isu masyarakat semasa.32 Soal selidik adalah merupakan

salah satu alat secara khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan analisis persoalan

kajian.33

Pengkaji telah memilih Ma’ahad Tahfiz Swasta sebagai tempat kajian kerana

mempunyai subjek dan data yang mampu menjawab persoalan kajian serta tujuan kajian. Sidek

Mohd. Noah (2002) mencadangkan empat faktor untuk ditimbangkan dalam pemilihan tapak

atau lokasi kajian; kaya dengan data, unfamiliarity, sesuai dan mempunyai rangkaian sosial

yang baik.34 Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan

Lima yang mengikuti pengajian Tahfiz al-Quran secara sepenuh masa.

Kaedah persampelan yang digunakan bagi memilih sampel dalam kajian ini adalah

kaedah persampelan bertujuan. Kaedah ini digunakan bagi memenuhi tujuan kajian

berdasarkan justifikasi pelajar telah terlibat lama dengan sesi p&p tahfiz iaitu kalangan

tingakatan empat dan tingkatan lima.35 Dalam kajian ini, pemilihan jumlah sampel ini

mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Krejcie & Morgan (1970), Cochran’s

Formula (1977) dan Uma Sekaran (2003) berkenaan bilangan dan formula pemilihan sampel

serta mendapati jumlah sampel yang telah dipilih adalah yang terbesar.36

Secara umumnya, kajian ini akan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah

pengumpulan data secara kuantitatif. Instrumen yang dibentuk bagi mengumpulkan data yang

32 Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn Bhd,

hlm 110. 33 Sabitha Marican, (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson Prentice Hall, hlm 120. 34 Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori Dan Praktis. Fakulti Pengajian

Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang: Perkhidmatan Percetakan FPP, hlm 62-70. 35 Ibid, hlm 89. 36 Sekaran, Uma. (2003). Research Methods for Business. Ed. Ke- 4. New York: John Wiley & Sons, Inc, hlm

265-267.

diperlukan ialah melalui pengedaran soal selidik yang telah dibina oleh sekumpulan penyelidik.

Set soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian; Bahagian A: Latar belakang responden

dan Bahagian B: Maklumat tentang Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak.

Konstruk ini digunakan untuk mengukur elemen konsep Hamlah al-Quran dari perspektif

perspektif adab dan akhlak.

Instrumen kajian telah dibina oleh sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing

yang kemudiannya diuji melalui ujian rintis kepada sekumpulan belia Islam seramai 10 orang.

Instrumen kajian ini juga mendapat kesahan daripada panel rujukan pakar. Sebanyak 80 soal

selidik telah diedarkan kepada responden kajian rintis. Data yang dikumpulkan daripada 10

orang sampel rintis diproses dua kali untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan

instrumen yang digunakan.

5. Dapatan Kajian

Kajian ini melaporkan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti serta

mengkaji pelaksanaan konsep Hamlah al-Qur’an dari perspektif adab dan akhlak di Ma’ahad

Tahfiz swasta. Peserta kajian yang dipilih secara rawak adalah seramai 80 orang. Analisis

deskriptif peratusan digunakan untuk menerangkan profil responden kajian. Manakala analisis

deskriptif peratus digunakan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan penghayatan Huffaz

terhadap Konsep Hamlah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak peserta kajian.

5.1 Latar Belakang Demografi Kajian

Kajian profil dilakukan kepada 80 orang huffaz yang belajar di Ma’ahad Tahfiz (sila

rujuk jadual 5.1.1 hingga jadual 5.1.5) bagi mengenalpasti profil responden kajian.

Jadual 5.1.1: Profil Sampel Mengikut Jantina Dan Tingkatan

Sumber: Soal Selidik

Dari segi jantina jadual di atas menunjukkan seramai 28 orang responden (70.0%)

dalam kajian ini adalah pelajar lelaki, manakala seramai 12 orang (30.0%) pula adalah terdiri

daripada pelajar perempuan dalam tingkatan 4. Manakala bagi tingkatan 5 pula menunjukkan

seramai 18 orang (45.0%) adalah pelajar lelaki berbanding 22 orang (55.0%) adalah pelajar

Tingkatan Empat Tingkatan Lima

Jantina Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

Lelaki 28 70 18 45

Perempuan 12 30 22 55

perempuan. Ini menunjukkan jumlah responden lelaki melebihi jumlah responden perempuan

dalam kajian ini. Dari segi umur menunjukkan keseimbangan antara umur 16 tahun dan 17

tahun kerana soal selidik hanya diedarkan kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5

disebabkan mereka merupakan pelajar senior yang telah lama terlibat dengan proses p&p

hafazan al-Quran.

Jadual 5.1.2: Profil sampel mengikut Pendorong Responden Untuk Mengambil Bidang

Tahfiz Al-Quran

TINGKATAN 4

Pendorong Lelaki % Perempuan %

Ibu bapa 14 35 7 17.5

Diri Sendiri 11 27.5 5 12.5

Kawan 3 7.5 - -

Lain-lain - 0 - -

TINGKATAN 5

Ibu bapa 4 10 12 30

Diri Sendiri 12 30 10 25

Kawan 1 2.5 - -

Lain-lain 1 2.5 - -

Sumber: Soal selidik

Manakala jadual 5.1.2 menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, pendorong

utama untuk mengambil bidang tahfiz kebanyakannya daripada diri sendiri responden iaitu

seramai 23 orang (57.5%) bagi lelaki. Manakala bagi pelajar perempuan seramai 19 orang

(47.5%) bersetuju ibu bapa menjadi pendorong utama untuk memilih bidang tahfiz al-Quran.

dorongan diri sendiri. Faktor kawan-kawan dan diri sendiri, hanya pelajar lelaki tingkatan 4

iaitu 3 orang (7.5%) bersetuju kawan-kawan berbanding tingkatan 5 seramai seorang (2.5%)

Faktor lain-lain, hanya pelajar lelaki tingkatan 5 bersetuju seramai seorang (2.5%).

Jadual 5.1.3: Profil Sampel Mengikut Jumlah Juz Yang Telah Dihafaz Juz Bilangan Pelajar Peratus %

1-5 28 35

6-10 15 18.75

11-15 8 10

16-20 9 11.25

21-25 6 7.5

26-30 14 17.5

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.1.3 menunjukkan bahawa jumlah responden yang telah menghafaz 1-5 juz ialah

seramai 28 orang mewakili 35 peratus. Pelajar yang telah menghafaz 10 juz ialah seramai 15

orang iaitu 18.75 peratus. Seramai 8 orang pelajar yang telah menghafaz 15 juz iaitu bersamaan

10 peratus. 9 orang pelajar telah menghafaz 20 juz iaitu 11.25 peratus. Seramai 6 orang pelajar

yang telah menghafaz 25 juz iaitu 7.5 peratus manakala pelajar yang telah tamat menghafaz

keseluruhan al-Quran ialah seramai 14 orang yang mewakili 17.5 peratus.

Jadual 5.1.4: Profil Sample Mengikut Jumlah Juz Yang Telah Dihafaz Juz Bilangan pelajar Peratus %

1-5 28 35

6-10 15 18.75

11-15 8 10

16-20 9 11.25

21-25 6 7.5

26-30 14 17.5

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.1.4 menunjukkan bahawa jumlah responden yang telah menghafaz 1-5 juz ialah

seramai 28 orang mewakili 35 peratus. Pelajar yang telah menghafaz 10 juz ialah seramai 15

orang iaitu 18.75 peratus. Seramai 8 orang pelajar yang telah menghafaz 15 juz iaitu bersamaan

10 peratus. 9 orang pelajar telah menghafaz 20 juz iaitu 11.25 peratus. Seramai 6 orang pelajar

yang telah menghafaz 25 juz iaitu 7.5 peratus manakala pelajar yang telah tamat menghafaz

keseluruhan al-Quran ialah seramai 14 orang yang mewakili 17.5 peratus.

Jadual 5.1.5: Profil Sample Mengikut Mula Menghafaz Pernah % Tidak Pernah %

48 60 32 40

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.1.5 di atas menunjukkan bahawa seramai 48 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang

pernah menghafaz sebelum memasuki ma’ahad tahfiz. Manakala seramai 32 orang pelajar

MTAS yang tidak pernah menghafaz sebelum memasuki ma’ahad tahfiz.

Hasil dapatan profil responden menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih dominan

berbanding dengan pelajar perempuan tetapi terdapat sedikit perbezaan jantina antara pelajar

lelaki tingkatan 4 yang lebih ramai berbanding dengan pelajar perempuan tingkatan 5 lebih

dominan. Manakala dari aspek faktor-faktor pendorong utama minat memilih bidang hafazan

al-Quran ialah diri sendiri dan ibu bapa juga mendapat peratus kedua tertinggi. Ini berdasarkan

faktor umur responden yang masih lagi berada di bawah tanggungjawab ibubapa. Aspek jumlah

ayat-ayat yang telah dihafaz menunjukkan majoriti responden kalangan pelajar tingkatan 4 dan

5 masih menghafaz 5 juz. Ini menunjukkan pelajar masih mencari dan mungkin faktor baru

mula menghafaz sehingga mereka sukar untuk menghafaz al-Quran dengan lebih cepat. Ini

disokong dengan hasil dapatan menunjukkan bahawa punca utama jumlah hafazan yang sedikit

disebabkan mereka tidak pernah menghafaz al-Quran sebelum memasuki ma’ahad tahfiz

menyebabkan mereka kurang mahir dan tidak berpengalaman dalam kaedah hafazan al-Quran.

5.2 Konsep Hamalah al-Quran Dari Perspektif Adab dan Akhlak

Konsep Hamalah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak menunjukkan sebanyak 15

item yang merangkumi aspek-aspek adab dan akhlak iaitu tidak pasti mempunyai perasaan

takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana Allah sentiasa melihat, menghisap rokok

atau vape adalah merupakan perkara biasa, tidak suka mendengar teguran rakan-rakan, tidak

minat menghafaz al-Quran kerana tidak suka dengan guru tasmik, tidak memelihara akhlak

ketika bermua’malah dengan manusia, tidak memiliki sifat sabar dan tidak suka membantu

rakan-rakan tanpa mendapat ganjaran, suka pinjam barang-barang rakan tanpa meminta

kebenaran mereka terlebih dahulu, tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakan, ikhtilat

antara ajnabi, tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, tiada kaitan pembentukan

peribadi dengan pemakanan halal dan percaya tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan

hubungan dengan Allah, amalan ikhtilat, kaitan maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan

makanan syubhah dengan pembentukan peribadi, kaitan hafazan al-Quran dengan penjagaan

hubungan dengan Allah s.w.t.

Jadual 5.2.1: Penghayatan Pelajar Terhadap Konsep Allah Sentiasa Melihat Segala

Perbuatan Hamba-Hambanya

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju - 0

Tidak Setuju - 0

Agak Setuju 12 15

Setuju 29 36.25

Sangat Setuju 39 48.75

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.2.1 di atas menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab sebagai seorang

hamba Allah s.w.t. berdasarkan soalan kaji selidik ‘Takut hendak melakukan sifat-sifat

mazmumah kerana saya tahu Allah sentiasa melihat saya ’. Hasil dapatan menunjukkan bahawa

seramai 39 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 48.75 peratus. 29 orang

pelajar yang bersetuju dengan 36.25 peratus. 12 orang pelajar yang agak setuju bahawa Allah

s.w.t sentiasa melihat perbuatan hambaNya. Manakala tiada seorang responden yang tidak

setuju bahawa Allah sentiasa melihat setiap perbuatan yang dilakukan oleh hambaNya. Hasil

analisis menunjukkan bahawa ramai pelajar tahfiz yang memenuhi tanggungjawab sebagai

hamlah al-Quran dalam menjaga adab sebagai hamba Allah s.w.t.

Jadual 5.2.2: Sikap Pelajar Terhadap Amalan Rokok

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 62 77.5

Tidak Setuju 12 15

Agak Setuju 4 5

Setuju 2 2.5

Sangat Setuju - 0

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.2.2 di atas menunjukkan responden kajian berkenaan dengan sikap pelajar terhadap

amalan rokok berdasarkan soalan kaji selidik ‘Menghisap rokok atau vape adalah satu perkara

biasa bagi saya’. Hasil dapatan menunjukkan bahawa seramai 62 orang pelajar tingkatan 4 dan

5 yang sangat tidak setuju mewakili 77.5 peratus. 12 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan

15 peratus. 4 orang pelajar yang yang merokok dengan jawapan agak setuju. Manakala 2 orang

pelajar yang merokok kerana bersetuju dengan soalan kaji selidik ini. Hasil analisis

menunjukkan bahawa majoriti pelajar tahfiz mengetahui bahawa tabiat merokok itu adalah

menurut syariat Islam.

Jadual 5.2.3: Adab dengan Rakan-Rakan

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 11 13.75

Tidak Setuju 49 61.25

Agak Setuju 11 13.75

Setuju 7 8.75

Sangat Setuju 2 2.5

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.2.3 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab dengan rakan-rakan

berdasarkan soalan kaji selidik ‘Kadang-kadang saya tidak suka mendengar teguran rakan-

rakan saya’. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 11 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang

sangat tidak setuju mewakili 13.75 peratus. 49 orang pelajar yang tidak bersetuju bersamaan

dengan 61.25 peratus. 11 orang pelajar yang yang tidak suka ditegur oleh rakannya sekiranya

melakukan kesalahan dengan jawapan agak setuju. Manakala 9 orang pelajar yang tidak suka

ditegur rakan mereka dengan jawapan setuju dengan soalan kaji selidik ini.

Jadual 5.2.4: Adab dengan Guru

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.2.4 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab dengan guru iaitu

hendaklah hormati guru berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya tidak minat menghafaz al-Quran

kerana tidak suka dengan guru tasmik saya’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 40

orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 50 peratus. 32 orang pelajar

yang tidak bersetuju bersamaan dengan 40 peratus. 8 orang pelajar mewakili jawapan agak

setuju, setuju dan sangat setuju. Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat dua orang

sahaja responden yang benar-benar setuju tidak minat menghafaz al-Quran disebabkan faktor

guru.

5.3 Konsep Hamlah al-Quran dari Perspektif Akhlak

Jadual 5.3.1: Cara Bermua’malah

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 1 1.25

Tidak Setuju 2 2.5

Agak Setuju 27 33.75

Setuju 32 40

Sangat Setuju 18 22.5

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.1 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan adab cara bermua’malah

berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya sangat memelihara akhlak saya ketika bermua’malah

dengan manusia’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 18 orang pelajar tingkatan 4

dan 5 yang sangat setuju mewakili 22.5 peratus. 32 orang pelajar yang bersetuju bersamaan

dengan 40 peratus. 27 orang pelajar yang agak setuju (33.75%). Manakala hanya 3 orang

(3.75%) sahaja yang tidak menjaga cara bermua’malah dengan manusia.

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 40 50

Tidak Setuju 32 40

Agak Setuju 6 7.5

Setuju 1 1.25

Sangat Setuju 1 1.25

Jumlah 80 100

Jadual 5.3.2: Sifat Sabar

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 3 3.75

Tidak Setuju 51 63.75

Agak Setuju 9 11.25

Setuju 7 8.75

Sangat Setuju 10 12.5

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.2 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan sifat sabar soalan kaji selidik ‘

Saya cepat marah apabila rakan saya mengambil hak saya’. Jadual di atas menunjukkan bahawa

seramai 54 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju dan tidak setuju mewakili

67.5 peratus. 9 orang pelajar yang agak setuju bersamaan dengan 11.25 peratus. 7 orang

(8.75%) yang tidak dapat menahan kesabaran dan 10 orang (12.5%) yang sangat setuju bahawa

mereka tidak dapat bersabar.

Jadual 5.3.3: Contoh Ikutan (Qudwah Hasanah)

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju - 0

Tidak Setuju 2 2.5

Agak Setuju 13 16.25

Setuju 39 48.75

Sangat Setuju 26 32.5

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.3 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan qudwah hasanah iaitu contoh

ikutan yang baik berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka membantu rakan-rakan saya tanpa

mengharapkan balasan’. Jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 26 orang pelajar

tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 32.5 peratus. 39 orang pelajar yang bersetuju

bersamaan dengan 48.75peratus. 13 orang pelajar yang agak setuju bahawa mereka suka

membantu rakan-rakan. 2 orang pelajar tidak suka membantu rakan-rakan tanpa mengharap

balasan. Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat minoriti pelajar sahaja yang

bersifat negatif dalam pergaulan dengan membantu rakan-rakan. Ini membuktikan ramai

pelajar tahfiz faham sebagai hamalah al-Quran sangat perlu menunjukkan contoh ikutan yang

baik iaitu membantu rakan-rakan tanpa mengharap balasan.

Jadual 5.3.4: Mengambil Barang Dengan Izin

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 42 52.5

Tidak Setuju 31 38.75

Agak Setuju 5 6.25

Setuju 1 1.25

Sangat Setuju 1 1.25

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.4 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan akhlak pelajar iaitu mengambil

barang dengan izin berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka pinjam barang-barang rakan saya

tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu’. Jadual di atas menunjukkan bahawa

seramai 42 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 52.5 peratus. 31

orang pelajar yang tidak bersetuju bersamaan dengan 38.75 peratus. 5 orang agak setuju iaitu

suka mengambil barang tanpa izin, seorang setuju dan seorang lagi sangat setuju bahawa

mereka suka mengambil barang tanpa izin.

Jadual 5.3.5: Kekerapan Responden Terhadap Akhlak Memaafkan

Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju - 0

Tidak Setuju 1 1.25

Agak Setuju 4 5

Setuju 25 31.25

Sangat Setuju 50 62.5

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.5 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan akhlak sebagai seorang pemaaf

berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya suka memaafkan kesalahan rakan-rakan saya’. Jadual di

atas menunjukkan bahawa seramai 50 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat setuju

mewakili 62.5 peratus. 25 orang pelajar yang bersetuju bersamaan dengan 31.25 peratus. 4

orang pelajar yang tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakan dengan jawapan agak setuju,

seorang pelajar yang tidak setuju bermakna tidak suka memaafkan kesalahan rakan-rakannya.

Hasil analisis menunjukkan bahawa hanya terdapat lima orang sahaja pelajar yang

terlibat dengan sikap susah memaafkan orang lain.

Jadual 5.3.6: Kekerapan Responden Terhadap Amalan Ikhtilat (Pergaulan Antara

Lelaki Dan Perempuan) Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 13 16.25

Tidak Setuju 30 37.5

Agak Setuju 19 23.75

Setuju 11 13.75

Sangat Setuju 7 8.75

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.6 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pergaulan antara lelaki dan

perempuan di kalangan pelajar tahfiz MTAS berdasarkan soalan kaji selidik ‘Saya tidak kisah

untuk bersembang dengan lelaki ajnabi ’. Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 13 orang

pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat tidak setuju mewakili 16.25 peratus. Ini membuktikan

bahawa ramai pelajar ma’ahad tahfiz yang menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. 30

orang pelajar yang tidak bersetuju dengan peratus 37.5. Pelajar yang agak setuju dan tidak kisah

dalam menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan adalah seramai 19 orang. Pelajar yang

setuju dan tidak kisah tentang hal ikhtilat seramai 11 orang bersamaan 13.75 peratus. Manakala

tiada pelajar yang sangat setuju dan tidak kisah langsung tentang ikhtilat seramai 7 orang iaitu

8.75 peratus.

Jadual 5.3.7: Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Maksiat Dan Hafazan Al-Quran Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju 4 5

Tidak Setuju 6 7.5

Agak Setuju 10 12.5

Setuju 10 12.5

Sangat Setuju 50 62.5

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.7 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan

maksiat boleh menyebabkan hafazan al-Quran hilang pelajar tahfiz MTAS berdasarkan soalan

kaji selidik ‘Rancangan televisyen yang berunsurkan maksiat boleh menyebabkan ayat-ayat

hafazan saya hilang’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 50 orang pelajar tingkatan

4 dan 5 yang sangat setuju mewakili 62.5 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar yang

mengetahui bahawa maksiat boleh menghilangkan ayat hafazan al-Quran. 10 orang pelajar

yang bersetuju dengan peratus 12.5. Pelajar yang agak setuju bahawa maksiat boleh melupakan

pelajar dengan ayat hafazan al-Quran seramai 10 orang. Manakala 6 orang pelajar yang tidak

setuju dan 4 orang yang sangat tidak setuju dengan kaitan maksiat boleh melupakan ayat

hafazan yang telah dihafaz.

Jadual 5.3.8: Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Makanan Syubhah dan

Pembentukan Peribadi Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju - 0

Tidak Setuju 1 1.25

Agak Setuju - 0

Setuju 14 17.5

Sangat Setuju 65 81.25

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.8 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan

makanan halal dengan pembentukan peribadi muslim pelajar tahfiz berdasarkan soalan kaji

selidik ‘Saya tahu makanan halal akan membentuk jiwa dan peribadi muslim yang baik ’.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 65 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang sangat

setuju mewakili 81.25 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar yang menjaga

pemakanan mereka. 14 orang pelajar yang bersetuju dengan peratus 17.5. Tiada pelajar yang

agak setuju bahawa penjagaan makanan yang tidak halal boleh mempengaruhi pembentukan

jiwa dan peribadi muslim. Manakala seorang yang tidak setuju dengan peratus 1.25.

Jadual 5.3.9 Kefahaman Responden Terhadap Kaitan Hafazan Al-Quran Dengan

Penjagaan Hubungan Dengan Allah S.W.T. Skala likert Jumlah Pelajar Peratus %

Sangat Tidak Setuju - 0

Tidak Setuju 1 1.25

Agak Setuju 2 2.5

Setuju 13 16.25

Sangat Setuju 64 80

Jumlah 80 100

Sumber: Soal Selidik

Jadual 5.3.9 menunjukkan responden kajian berkenaan dengan pengetahuan tentang kaitan

hafazan al-Quran dengan hubungan dengan Allah s.w.t. pelajar tahfiz berdasarkan soalan kaji

selidik ‘Saya tahu menghafaz al-Quran perlu menjaga hubungan dengan Allah s.w.t..

Kesimpulannya jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 64 orang pelajar tingkatan 4 dan

5 yang sangat setuju mewakili 80 peratus. Ini membuktikan bahawa ramai pelajar yang

menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. 13 orang pelajar yang bersetuju dengan peratus 16.25.

2 orang pelajar yang agak setuju bahawa menghafaz al-Quran perlu menjaga hubungan dengan

Allah s.w.t. Manakala seorang yang tidak setuju dengan peratus 1.25.

Walaupun hasil dapatan menunjukkan bahawa lima belas item dalam konstruk konsep Hamlah

al-Quran dari perspektif adab dan akhlak menunjukkan tahap yang baik tetapi masih terdapat

segelintir huffaz yang terlibat dengan amalan-amalan yang tidak sewajarnya iaitu seramai

15.0% tidak pasti mempunyai perasaan takut hendak melakukan sifat-sifat mazmumah kerana

Allah sentiasa melihat, 2.5% bersetuju bahawa menghisap rokok atau vape adalah merupakan

perkara biasa, 11.5% tidak suka mendengar teguran rakan-rakan, 2. 5% tidak minat menghafaz

al-Quran kerana tidak suka dengan guru tasmik, 3.75% tidak memelihara akhlak ketika

bermua’malah dengan manusia, 21.25% tidak memiliki sifat sabar dan 2.5% tidak suka

membantu rakan-rakan tanpa mendapat ganjaran, 2.5% suka pinjam barang-barang rakan

tanpa meminta kebenaran mereka terlebih dahulu, 1.25% tidak suka memaafkan kesalahan

rakan-rakan, 12.5% ikhtilat antara ajnabi, 12.5% tiada kaitan antara maksiat dengan hafazan

al-Quran, 1.25% tiada kaitan pembentukan peribadi dengan pemakanan halal dan 1.25%

percaya tiada kaitan pemeliharaan ayat hafazan dengan hubungan dengan Allah.

Konsep Hamalah al-Quran dari perspektif adab dan akhlak dapat disimpulkan bahawa

sifat-sifat mukmin sejati ialah orang yang beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia. Bagi

seorang mukmin setiap yang dilaksanakan dalam kehidupan adalah mengikut syariat dan

peraturan Allah s.w.t., menjalani kehidupan dalam suasana ibadah dan mendapat keredhaan

Allah s.w.t.37 (Zainora Daud, 2011).

6. Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan aspek konsep Hamalah al-Quran kalangan Huffaz

dari perspektif adab dan akhlak berada di tahap yang baik. Walau bagaimanapun

pihak yang berwajib perlu memberi perhatian dan mengambil langkah yang

sewajarnya apabila dikaitkan dengan pengukuhan hafazan, hanya terdapat 35

peratus pelajar yang berjaya menghafaz juz satu hingga lima sahaja walaupun

mereka sudah berada tingkatan empat dan tingkatan lima berbanding dengan 36.25

peratus yang berjaya menghafaz lebih lima belas juz. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa majoriti Huffaz sangat menitiberatkan dan memahami bahawa

terdapat hubungan antara maksiat dengan hafazan al-Quran, kaitan pembentukkan

peribadi dengan pemakanan halal serta kaitan antara pemeliharaan ayat hafazan

37 Zainora Binti Daud. Rosfazila Binti Abd Rahman. 2011. Pengajian Tahfiz di Kalangan Kanak-kanak: Kesan

Terhadap Personaliti Ibadah, Satu Tinjauan. Kertas kerja dibentangkan di Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya, 11 dan 12 Oktober, Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya, hlm17.

dengan hubungan Allah. Ini bertepatan dengan hasil temubual menunjukkan

bahawa penekanan dari segi adab dan akhlak amat diterapkan dalam setiap pelajar

tahfiz. Bagaimanapun terdapat beberapa aspek konsep Hamalah al-Quran perlu

diberi perhatian, walaupun hanya minoriti sahaja yang terlibat dengan akhlak-

akhlak mazmumah. Perkara ini perlu diambil perhatian serius kerana dikhuatiri akan

menular kepada pelajar-pelajar lain. Ini mungkin disebabkan umur mereka yang

masih berada tahap pentarbiyahan serta faktor jadual yang padat dan pengaruh

daripada media sosial juga turut memberi kesan kepada sikap para Huffaz.

Bibliografi

Abu Shahbah, Muhammad ibn Muhammad. (1992). Al-Madkhal li Dirasat al-Quran al-Karim.

Kaherah: maktabah al-Sunnah

Abd al-Qadir dan Khairul Anuar Muhammad. (2014). Muzakirah Turuq Ta’lim al-Quran wa

al-Tahfiz. Selangor: Darul Syakir Enterprise.

Abd Rahman Abd Ghani etal. (2012) Tahap Pengurusan Institusi Tahfiz Persendirian di Negeri

Selangor dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Pengajian Islam Bil.1/Februari. Selangor:

KUIS.

Abdul Salam Yusof. (2003). Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Selangor: Utusan

Publication & Distributar Sdn Bhd.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia

Ahmad Khalid Syukri etal. (2010). Al-Munir fi Ahkam al-Tajwid. Amman: Jam’iyyah al-

Muhafazah ‘ala al-Quran al-Karim

Ahmad Syamil Ikhwan, (2014). Latihan Ilmiah (Pelaksanaan Kaedah Hifz al-Quran: Satu

Kajian di Kalangan Pelajar Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS.

Al-Bukhari Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. (1410H/1937). Sahih Dar Ihya’ al-Turath al-

‘Arabi. Beirut.

Al-Majidi, ‘Abd al-Salam Maqbal, Talaqqi al-Nabi Alfaz al-Qur’an al-Karim. Cet.per-1,

Beirut, Lubnan: Mu’assash al-Risalah, 1421H/2000M.

Al-Na’imy, Abdullah al-Amin, Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan

al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,

1994.

al-Nawawi, Mahyudin Abi Zakaria Yahya Syarafin. (2005). Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-

Quran. Beirut: Dar al-Minhaj.

Al-Qaṭṭan, (1996). Manna’, Mabaḥith fi ‘Ulum al-Qur’an. Kaherah: Maktabat Wahbat.

Al-Shabuni, Muhammad ‘Ali. (1980). Al-Tibyan fi Ulum al-Quran. Makkah al-Mukarramah:

Kulliyah al-Syari’ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah.

Al-Suyūtī, ‘Abd Raḥmān Abī Bakr, Al-Itqān fī ‘Ulūm al-Qur’ān. Jilid 1. Bayrūt: Dār al-Kutub

al-Ilmiyyah, 1427H/2006M.

Al-Tabrani, Abi al-Qasim Sulaiman bin Ahmad al-Tabrani. Al-Mu’jam al-Kabir, al’Ayn: man

ismuhu “Abd Allah (b). Kaherah: Maktabat Ibnu Taimiyyah.

Ary, D., Jacobs, L. C. & Razavieh, A. (1996). Introduction To Research In Education. Orlando,

Florida: Harcourt Brace College Publishers.

Azmil Hashim. (2014). Hubungan Antara Adab-Adab Pembelajaran Tahfiz Dan Pencapaian Hafazan

Pelajar. The Online Journal of Islamic Education, Jurnal 2014, Vol.2, Issue 2, dalam

http://pustaka2. upsi.edu. my/eprints

Babbie, E. R. (2001). The Practise Of Social Research. Ed. ke-9. USA: Thompson Learning.

Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies For Analysis And

Applications. Ed. ke-7. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Ibn Al-Kathir, ‘Imad al-Din Abi al-Fida’ Ismail bin ‘Umar. (2003). Mukhtasar Tafsir Ibnu

Kathir. Kaherah: Dar al-Salam. Jil.3.

Kerlinger, F. (1973). Foundations of Behavioral Research. Ed. ke-2. New York: Holt, Rinehart

and Winston.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement 30: 607-610.

Marohaini Yusoff. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Yusof Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Muḥaysin, Muḥammad Salim, (1409H/1989M) .Fi Rihab al-Qur’an al-Karim. Juzu’.1. Beirut:

Dar al-Jil. 1

Mukram, Abd al-‘Al Salim. (1996). Al-Qiraat al-Quraniyyah wa Atharuha fi al-Dirasat al-

Nahwiyyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Neuman, W. Lawrence. (2006). Social Research Methods. Ed. Ke- 5. New York: Pearson

Education Inc.

Noresah Baharom. (2005) Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Qabah, ‘Abd Halim bin Muhammad al-Hadi. (1999). Al-Qira’at al-Quraniyyah Tarikhuha,

thubutuha, Hujjiyyatuha wa Ahkamuha. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.

Sabitha Marican, (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson Prentice Hall

Sekaran, Uma. (2003). Research Methods for Business. Ed. Ke- 4. New York: John Wiley &

Sons, Inc.

Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori Dan Praktis. Fakulti

Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang: Perkhidmatan Percetakan

FPP.

Utusan Malaysia Online, Cabaran bergelar Hafiz, 31/8/2010

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010).

Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education: An Introduction. Needham Heights: A

Division of Simon & Schuster Inc.

Zainora Binti Daud. Rosfazila Binti Abd Rahman. 2011. Pengajian Tahfiz di Kalangan Kanak-

kanak: Kesan Terhadap Personaliti Ibadah, Satu Tinjauan. Kertas kerja dibentangkan di

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 11 dan 12 Oktober, Kuala Lumpur.

Penerbit Universiti Malaya.