PENGHARGAAN

20
PENGHARGAAN. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan kajian tindakan yang telah dipertanggungjawabkan pada kali ini. Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya, banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan diri dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia yang telah diamanahkan bagi murid-murid tahun 3 dan tahun 4 SJK(C) La Salle, Sri Petaling. Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Puan Guru Besar iaitu Pn. Tan Kim Huay dan guru mentor saya, En. Mohd. Azuan bin Hashim yang telah banyak membantu dan mendorong saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak juga dilupakan kepada guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru rakan seperjuangan lain yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini. Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik. Segala kekurangan yang ada dalam kajian tindakan ini, saya anggap ini adalah kelemahan saya sebagai manusia biasa yang perlukan teguran dan didikan, dan begitu juga jika ada kelebihannya maka itu datangnya dari nikmat Allah yang DIA kurniakan untuk saya sebagai hambaNya yang akur pada ketentuanNya. Semoga dengan ilmu ini saya dapat curahkan sepenuhnya pada anak-anak bangsa yang tercinta. Amin...

description

yyyyyyy

Transcript of PENGHARGAAN

Page 1: PENGHARGAAN

PENGHARGAAN.

Alhamdulillah bersyukur saya  ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,

maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan kajian tindakan yang telah

dipertanggungjawabkan pada kali ini. Sememangnya peluang yang diberikan kepada

saya, banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan diri

dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia yang telah diamanahkan bagi murid-

murid tahun 3 dan tahun 4 SJK(C) La Salle, Sri Petaling.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Puan Guru Besar iaitu Pn. Tan Kim

Huay dan guru mentor saya, En. Mohd. Azuan bin Hashim yang telah banyak membantu

dan mendorong saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak juga dilupakan kepada guru-

guru Penolong Kanan serta guru-guru rakan seperjuangan lain yang terlibat secara

langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya

usahakan ini.

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya

menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik. Segala kekurangan  yang ada

dalam kajian tindakan ini, saya anggap ini adalah kelemahan saya sebagai manusia

biasa yang perlukan teguran dan didikan, dan begitu juga jika ada kelebihannya maka

itu datangnya dari nikmat Allah yang DIA kurniakan untuk saya sebagai hambaNya yang

akur pada ketentuanNya. Semoga dengan ilmu ini saya dapat curahkan sepenuhnya

pada anak-anak bangsa yang tercinta. Amin...

Page 2: PENGHARGAAN

ABSTARK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah

pembacaan yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4R. Seramai 10 orang murid Tahun

4R terlibat dalam kajian ini. Tujuan awal kajian ini dilaksanakan melalui hasil kerja murid

dan ujian-ujian kecil. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam membaca

dengan intonasi yang betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan

kemahiran tersebut. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan di mana

murid belajar kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan. Keputusan ujian pos

telah menunjukkan prestasi murid telah meningkat dan mereka lebih minat belajar.

Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada

kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan

kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan

lancar dan betul.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) La Salle merupakan sekolah pertama saya

berkhidmat sebagai seorang guru kakitangan awam yang terletak di Sri Petaling, Kuala

Lumpur. Sekolah ini mempunyai murid yang hampir mencecah 1100 orang dan

dijangka mencecah sehingga 1500 orang tahun hadapan. Saya diamanahkan untuk

mengajar Bahasa Malaysia bagi murid tahun 3 dan tahun 4.

Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa cina dan hanya

segelintir sahaja yang berbangsa Melayu dan India. Oleh hal demikian, telah menjadi

satu tradisi di sekolah jenis kebangsaan cina di mana murid-muridnya bertutur dalam

bahasa ibuanda mereka iaitu bahasa cina sebagai bahasa pengantar utama antara satu

sama lain.

Oleh kerana fenomena ini, maka sebahagian besar di antara murid-murid

sekolah ini tidak dapat bertutur Bahasa Malaysia dengan baik dan lancar. Masalah ini

berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di dalam

kelas dan menjadi masalah komunikasi dua hala antara guru dan murid.

Page 3: PENGHARGAAN

2.0 FOKUS KAJIAN.

Berdasarkan pemerhatian saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Malaysia setakat ini, saya dapati bahawa aspek tanda baca dalam ayat

Bahasa Malaysia selalu mengelirukan murid.

Contoh : i. Ini apa ?

ii. Ini seekor kucing.

Seperti dari contoh di atas, murid-murid selalu keliru ketika membaca ayat di

atas dengan mengikut intonasi yang betul. Terdapat di antara murid yang

membaca dengan suara mendatar dan ada pula yang membaca dengan suara

yang tinggi..

Jika masalah di atas tidak dapat diselesaikan, kelemahan dalam kemahiran ini

boleh menjadi semakin serius. Ini akan berlanjutan sehingga ke tahap

seterusnya. Apabila masalah ini berlarutan akhirnya akan menyebabkan murid-

murid hilang minat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Dengan ini

aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan saya kaji dalam kajian

tindakan ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

Dalam menyempurnakan kajian tindakan ini saya telah menetapkan dua objektif

yang perlu dicapai. Dua objektif tersebut ialah :

3.1 OBJEKTIF AM

Meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca seperti noktah,

koma dan tanda soal dalam ayat-ayat mudah Bahasa Malaysia.

Page 4: PENGHARGAAN

3.2 OBJEKIF KHUSUS

Saya telah menetapkan tiga objektif khusus yang perlu dicapai dalam

menyempurnakan kajian ini iaitu :

1. Murid dapat membaca dengan lancar.

2. Murid dapat membaca tanda baca yang betul.

3. Murid dapat membaca dengan intonasi yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 4 (R) seramai 10 orang iaitu enam lelaki dan empat

perempuan yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Murid-murid ini berasal dari latar belakang keluarga yang berlainan, sama ada

dari aspek ekonomi dan sosial.

Sebahagian besar ibu bapa murid-murid ini adalah bekerja sepenuh masa. Oleh

sebab itu, masa yang diperuntukan untuk bersama dengan anak-anak adalah

terhad.

5.0 PERANCANGAN TINDAKAN.

Berdasarkan kepada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran,

guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Di antara masalah

tersebut ialah tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul.

Kebanyakan murid membaca tidak dihentian yang sepatutnya dan meneruskan

pembacaan tanpa melihat tanda baca yang terdapat di dalam petikan.

Selain itu, melalui sesi temu bual dengan murid-murid yang bermasalah tersebut

didapati mereka tidak memahami fungsi setiap tanda baca yang mereka pelajari.

Page 5: PENGHARGAAN

Di samping itu juga, guru turut menjalankan soal selidik dan ujian bacaan di

kalangan murid yang bermasalah ini dan didapati bahawa sebilangan di antara

mereka tidak dapat membaca ayat dengan betul. Melalui ujian yang telah

dijalankan, guru telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid

iaitu terdapat sebahagian daripada murid yang mengambil ujian tersebut tidak

dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, ramai di antara mereka tidak memahami

konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti

tetap ( noktah ).

Selain itu, terdapat di antara murid-murid yang dianalisa tidak dapat memahami

Bahasa Malaysia sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di samping

itu, murid-murid juga tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan

menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dan tepat.

5.1 AKTIVITI YANG DI RANCANG.

i. Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi

mengesan masalah yang di hadapi oleh murid dalam membezakan

penggunaan tanda baca. Berikut adalah penerangan mengenai aktiviti-

aktiviti tersebut :

a. Aktiviti 1 : Membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan.

b. Aktivti 2 : Membina ayat mudah.

c. Aktiviti 3 : Belajar sambil bermain “ Kotak Beracun ’’

ii. Bahan-bahan yang digunakan dalam menyediakan setiap aktivti adalah

seperti berikut :

a. Aktiviti 1 : Kertas lembaran bacaan dan kad ayat

b. Aktivti 2 : Lembaran kerja, pensel dan warna

c. Aktiviti 3 : Kotak, radio dan simbol tanda baca.

Page 6: PENGHARGAAN

iii.  Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian adalah seperti berikut :

a. Soalan Ujian:

Tinjauan pos ialah untuk mendapatkan maklumat percapaian murid

dalam aspek yang dikaji.

Permarkahan diberikan.

Analisa dibuat untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan yang

dijalankan.

b. Temu bual

Guru berbual dengan murid untuk mengetahui pandangan mereka

terhadap topik iaitu ‘ Tanda baca ’.

c. Pemerhatian :

Seorang rakan sejawat akan memerhati dan menilai semasa guru

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar akan dicatat.

Amalan pembelajaran murid dapat dikesan.

6.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN.

6.1 AKTIVITI 1

i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .

Bagi memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengadakan sesi

soal jawab dengan murid sebagai set induksi. Guru menyoal murid beberapa

soalan untuk dijawab oleh murid.

Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang

mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang berlainan.

Page 7: PENGHARGAAN

Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan

seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan

tepat. Guru mengajar murid membaca dengan mengikut intonasi yang betul serta

membetulkan kesilapan murid secara langsung sekiranya berlaku.

Sebagai langkah penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali

untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.

ii. Pemerhatian.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh rakan sejawat didapati bahawa

semua murid memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa proses

pengajaran dan pembelajran dijalankan. Di samping itu, semasa sesi soal jawab

diadakan dapat dilihat dengan jelas bahawa penglibatan murid adalah sangat

aktif.

Di samping itu, murid-murid juga turut berasa gembira semasa aktiviti 1

dijalankan terutamnya semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan

menggunakan intonasi yang berlainan. Sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran didapati guru telah menunjukkan komitmen dan keyakinan serta

semangat yang tinggi sebagai seorang pendidik.

ii. Refleksi.

Guru mendapati bahawa aktiviti seperti aktiviti 1 berjaya dijalankan

memandangkan semua murid melibatkan diri sewaktu aktiviti 1 dijalankan

terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dipaparkan..

Selain itu juga, penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh

perhatian dan kerjasama kepada guru sepajang aktivti 1 dijalankan.

Guru juga mendapati bahawa aktiviti membaca secara kumpulan juga berkesan

kerana guru dapat mendengar intonasi yang disampaikan adalah amat jelas

kedengaran. Dengan segala kerjasama dan penglibatan semua murid aktiviti 1

telah berjaya dijalankan dengan lancar serta mencapai objektif serta

matlamatnya.

Page 8: PENGHARGAAN

6.2 AKTIVITI 2

Aktiviti 2 adalah aktiviti yang berbentuk tulisan.

i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .

Guru menerangkan fungsi setiap tanda baca seperti noktah,koma dan tanda soal

semasa sesi soal jawab. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja ( lembaran 4

dan 5 ) untuk muri-murid siapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan iatu 20

minit untuk 10 soalan. Seterusnya guru menjalankan sesi perbincangan setelah

murid menyiapkan kertas lembaran kerja ( lembaran 4 dan 5 ).

ii. Pemerhatian.

Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa murid menunjukkan reaksi

memahami akan penggunaan tanda baca yang diberikan. Selain itu juga murid

dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dengan cepat dan

baik sekali. Di samping itu juga, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

murid-murid telah memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama semasa

menjawab soalan serta sewaktu menjalankan aktiviti 2.

ii. Refleksi.

Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini

kerana murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh guru dengan

tepat serta dapat menulis jawapan yang betul pada kertas lembaran kerja yang

dikemukakan. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa murid-murid lebih

faham akan penggunaan tanda baca jika dibandingkan dengan sebelum

menjalankan aktiviti ini.

Page 9: PENGHARGAAN

6.2 AKTIVITI 3.

Aktiviti 3 adalah aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain (Kotak beracun)

i. Proses Pengajaran dan Pembelajaran .

Bagi menjalankan aktiviti ini, guru telah membawa murid keluar dari bilik darjah

dan berkumpul di Dataran Ilmu. Murid-murid diminta untuk membuat satu bulatan

dan duduk tanpa menjejaskan bentuk bulatan ( dalam kumpulan yang telah

ditetapkan ).

Guru telah mengedarkan sebuah kotak untuk setiap kumpulan, yang mana

setiap kotak mempunyai simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan

tanda soal ( , . ? ). Guru menerangkan langkah permainan bagi melincinkan

aktiviti ini. Guru memainkan muzik dan apabila muzik kedengaran secara

langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah

pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak

beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma

( , ). Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil.

Permainan ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat

dengan betul.

ii. Pemerhatian.

Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid.

Selain itu juga, murid-murid didapati bahawa murid kelihatan lebih memahami

tentang penggunaan tanda baca. Di samping itu juga, didapati hampir semua

murid dapat membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.

Kerjasama yang diberikan oleh murid telah berjaya melincinkan aktiviti ini

dengan jayanya.

Page 10: PENGHARGAAN

ii. Refleksi.

Proses pengajaran dan pembelajaran untuk aktiviti ini dianggap berjaya. Hal ini

kerana murid-murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul.

Secara tidak langsung telah membuktikan bahawa aktiviti 3 telah berjaya

mempertingkatkan kefahaman murid akan setiap penggunaan tanda baca.

7.0 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA.

Sebagai langkah tindakan seterusnya, guru Bahasa Malaysia seharusnya

mengadakan perjumpaan dan mengadakan perbincangan serta perbandingan

mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain.

Dengan adanya perbincangan dua hala secara tidak langsung dapat

memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah-masalah

yang timbul semasa proses pengajaran dan pemebelajaran.

Selain itu juga, guru boleh mengemukakan masalah yang dihadapi semasa

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia semasa perbincangan kumpulan

diadakan. Dengan adanya perbincangan kumpulan secara tidak langsung guru

dapat mengemukakan masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian

yang sewajarnya.

Di samping itu , guru-guru juga perlu menyediakan alat bantu mengajar yang

bersesuaian dan dipraktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat

bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti

mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat

dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.

Pihak pengurusan sekolah juga boleh mengambil insiatif melalui panitia Bahasa

Malaysia dengan mengadakan bengkel atau kursus pendek yang dapat memberi

guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar

seiring dengan pembaharuan sukatan pelajaran dan masa. Melalui bengkel yang

diadakan secara tidak langsung tahap profesionalisme guru turut ditingkatkan

seiring dengan kehendak semasa.

Page 11: PENGHARGAAN

Guru-guru Bahasa Malaysia juga boleh melaksanakan pengajaran rakan sebaya

antara murid yang sederhana dan cerdas semasa menjalankan aktiviti

pengukuhan di dalam kelas. Secara tidak langsung ia akan mewujudkan

pengajaan dan pembelajaran secara “ coperatif learning ” iatu pengajaran

berkumpulan. Dengan wujudnya kerjasama antara murid sederhana dan cerdas,

guru secara tidak langsung dapat memberi tumpuan yang lebih terperinci

terhadap murid-murid yang lemah serta yang belum menguasai kemahiran yang

diajar.

Semua guru termasuk guru Bahasa Malaysia juga harus sedar bahawa proses

pengajaran dan pembelajaran bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja tetapi

ia merangkumi merangkumi seluruh persekitaran sekolah. Sebagi contoh guru

boleh membawa murid keluar dari bilik darjah untuk menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemahiran dan masa.

Akhir sekali, motivasi atau pengukuhan dari guru kepada murid secara tidak

langsung dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Malaysia. Dengan adanya pujian seperti baik, bagus dan

sebagainya ini secara tidak langsung menunjukkan setiap kerjasama yang

diberikan oleh murid dihargai oleh seorang guru.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam

meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia

seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia. Beban dan

tanggungjawab ini bukan hanya di bahu guru Bahasa Malaysia semata-mata

bahkan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, pihak pengurusan sekolah,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru ( PIBG ) dan ibu bapa sendiri.

Page 12: PENGHARGAAN

Lampiran 1

S.J.K ( C ) LA SALLE, SRI PETALING

BAHASA MALAYSIA (TAHUN 4)

NAMA :______________________ MARKAH : _________%

KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________

ARAHAN : BACA AYAT-AYAT DI BAWAH DENGAN MENGIKUT INTONASI YANG BETUL.

1. Ini sebuah sekolah.

2. Setiap pagi, saya pergi ke sekolah.

3. Budak kecil itu, adik saya.

4. Di manakah buku saya ?.

5. Siapakah nama budak lelaki itu ?.

6. Emak ke pasar membeli ikan, daging dan telur.

7. Berapa bijikah guli itu ?.

8. Harimau, singa dan buaya ialah haiwan ganas.

9. Wah, besarnya rumah itu !

10. Inikah beg kamu ?.

Page 13: PENGHARGAAN

Lampiran 2

Petunjuk:

G – Guru M - Murid

( Sebelum aktiviti )

Dialog 1

G – Suka belajar Bahasa Melayu ?.

M – Suka, tapi kami tak faham.

G – Apa yang awak tak faham.

M – Cikgu cakap.

Dialog 2

G – Siapa yang tidak pandai membaca ?

M – Semua pandai baca cikgu.

G – Tapi mengapa kamu baca tak betul ?.

M – Baca saja, tapi tidak faham. Sikit-sikit sahaja faham.

( Selepas aktiviti )

Dialog 1

G – Bolehkah kamu menjawab soalan ini ?.

M – Boleh cikgu.

G – Mengapa kamu yakin boleh jawab ?.

M – Saya faham.

Dialog 2

G – Kamu sudah bertambah bagus ?

M – Betul cikgu.

Page 14: PENGHARGAAN

Lembaran 3

S.J.K ( C ) LA SALLE, SRI PETALING

BAHASA MALAYSIA (TAHUN 4)

NAMA :______________________ MARKAH : _________%

KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________

ARAHAN : DENGAR, KEMUDIAN SEBUT DENGAN INTONASI YANG BETUL.

1. Ini kucing.

2. Cantik

3. Kucing ada mata.

4. Kucing mata ikan.

ARAHAN : DENGAR, KEMUDIAN SEBUT DENGAN INTONASI YANG BETUL.

1. Ini kucing ?.

2. Cantik ?.

3. Kucing ada mata ?.

4. Kucing mata ikan ?.

Page 15: PENGHARGAAN

Lembaran 4

S.J.K ( C ) LA SALLE, SRI PETALING

BAHASA MALAYSIA (TAHUN 4)

NAMA :______________________ MARKAH : _________%

KELAS : 4 ( ) T.TANGAN PENGKAJI:___________

ARAHAN : ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN MENGGUNAKAN TANDA BACA YANG BETUL DAN TEPAT.

1. Ini apa___.

2. Aduh____sakitnya gigi saya !.

3. Saya suka makan durian___rambutan___dan ciku__

4. Siapakah nama kamu __.

5. Di manakah buku saya ___.

6. Tiba-tiba__ hujan pun turun ___

7. Setiap petang___kami akan ke padang__

8. Adik saya sedang menulis___

9. Itu pensel saya___

10. Mengapakah kamu lewat_____

Page 16: PENGHARGAAN

Lampiran 5

S.J.K ( C ) LA SALLE, SRI PETALING

ANALISIS UJIAN

TAHUN 4 ( R )

MURID SOALAN MARKAH

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

A ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 8

B ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 10

C ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 7

D ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 9

E ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 10

F ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 7

G ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 7

H ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 9

I ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 6

J ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ ∕ 8